a
(a) peletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans itu;
/akn/my/judgment/high-court/2026/d1cdcfb6-21cd-4e7a-96dc-49d38613e070
High Court of Malaysia15 Jul 2026BA-16-7-02/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-16-7-02/2025 ANTARA MOHAMAD SHAHARANI BIN MOHAMED YUNUS ... PERAYU DAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL ... RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 1) Pengenalan
section
1. Ini adalah rayuan Perayu terhadap keputusan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) bertarikh 2.1.2025 yang menolak rayuan Perayu untuk faedah di bawah Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 (Akta 800). 22/07/2026 15:11:09 BA-16-7-02/2025 Kand. 19 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2
section
2. Setelah meneliti kesemua suratcara rayuan ini dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan tersebut. Berikut adalah alasan keputusan tersebut. Latar belakang
section
3. Perayu, seorang Penyelia Kanan di Bahagian Pengeluaran dengan Syarikat Taylor-Wharton Malaysia Sdn Bhd sejak 26.6.2000. Perayu didapati bersalah atas pertuduhan salahlaku perlanggaran “Code of Ethics and Business Conduct” dan ditamatkan perkhidmatan pada 11.1.2023.
section
4. Berikutan penamatan tersebut, Perayu telah memfailkan tuntutan untuk faedah mencari pekerjaan di bawah seksyen 30(1) Akta 800 kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada 12.3.2024. Walau bagaimanapun, PERKESO menolak tuntutan tersebut pada 27.3.2024 atas alasan bahawa penamatan kerja Perayu berpunca dari salahlakunya.
section
5. Pada masa yang sama, Perayu telah mengemukakan representasi di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perrusahaan 1967 (Akta 177) bagi mencabar kesahihan penamatan perkhidmatannya atas alasan proses siasatan dalaman yang dijalankan majikan tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang. Tuntutan Perayu telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan, namun pihak-pihak bersetuju **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 menyelesaikan pertikaian tersebut secara rundingan penyelesaian atas dasar tanpa pengakuan liabiliti dan tanpa prejudis.
section
6. Perayu merayu terhadap keputusan PERKESO kepada JRKS. Rayuannya juga telah ditolak atas alasan penamatan kerja Perayu berpunca dari salahlaku.
section
7. Dalam alasan penghakiman merekan, JRKS merujuk kepada kes Perayu di Mahkamah Perusahaan dan Awad No: 1615 Tahun 2024 bertarikh 16.10.2024 yang menunjukkan aduan Perayu terhadap di Mahkamah Perusahaan telah dibatalkan tanpa kebebasan susulan penyelesaian di antara pihak-pihak.
section
8. JRKS juga merujuk kepada surat bertarikh 8.10.2024 yang mengandungi terma-terma penyelesaian mereka dan menyatakan – “19. Dalam surat Tetuan Skrine tersebut, juga dinyatakan bahawa jumlah penyelesaian yang dipersetujui merupakan bayaran ex gratia kepada Pemohon, ianya bukanlah dalam bentuk pampasan.
section
20. Oleh yang demikian, penyelesaian damai tersebut langsung tidak membawa sebarang kesan ke atas alasan perkhidmatan Pemohon sebab salahlaku dan/atau dapatan kesalahan salahlaku yang disabitkan terhadap Pemohon. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
section
21. Walaupun kes Pemohon dirujukkan ke Mahkamah Perusahaan, ianya telah ditarik balik oleh Pemohon sebelum sebarang keputusan berhubung dengan dakwaan salahlaku terhadapnya dapat dibicara dan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.
section
22. Justeru itu, hakikatnya masih ialah perkhidmatan Pemohon dengan majikannya telah ditamatkan atas alasan salahlaku yang disabitkan dan Pemohon adalah tidak layak mendapat faedah kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP 2017 kerana tidak berlakunya kehilangan pekerjaan menurut Seksyen 30(1)(f) Akta SIP.” Hak merayu
section
8. Seksyen 91 Akta 4 memperuntukkan – “(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatanya dalam seksyen ini, tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu perintah jemaah rayuan yang ditubuhkan menurut atau di bawah Akta ini.
subsection
(2) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi terhadap **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 sesuatu perintah jemaah rayuan yang ditubuhkan menurut atau di bawah Akta ini jika rayuan itu berkenaan dengan soal undang-undang yang material.
subsection
(3) Had tempoh bagi sesuatu rayuan di bawah seksyen ini ialah enam puluh hari dari tarikh perintah itu dibuat.”
section
9. Hak rayuan di bawah Akta 4 terhad kepada “soal undang-undang yang material”. (Patrick Ho Chang v. Pertubuhan Keselamatan Sosial [2020] 1 CLJ 284 di 297) Analisa dan dapatan Mahkamah
section
10. Seksyen 30(1) Akta 800 memperuntukkan – “Kehilangan pekerjaan berlaku jika kontrak perkhidmatan orang berinsurans ditamatkan atau menjadi tidak sah disebabkan oleh apa-apa sebab selain yang berikut:
a
(a) peletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans itu;
b
(b) habisnya tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans itu;
c
(c) penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan dan orang berinsurans itu tanpa terma dan syarat;
d
(d) penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6
e
(e) persaraan orang berinsurans itu; atau
f
(f) penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans itu disebabkan oleh salah laku.”
section
11. Dalam konteks rayuan ini, kesan penyelesaian kes Mahkamah Perusahaan bermakna cabaran Perayu tehadap dapatan salahlaku tidak didengar dan diputuskan atas meritnya kerana kes itu ditarik balik oleh Perayu sendiri. Oleh yang demikain, rekod penamatan kerja Perayu atas alasan salahlaku kekal tidak berubah.
section
12. Mahkamah berpuas hati tiada sebarang kekhilafan dalam dapatan JRKS yang penamatan kerja Perayu adalah atas alasan salahlaku di mana keadaan ini secara undang-undang melucutkan haknya untuk mendapatkan faedah di bawah seksyen 30(1) Akta 800.
section
13. Perlu ditekankan bahawa PERKESO, JRKS mahupun Mahkamah ini tiada bidangkuasa untuk mengkaji semula atau mempersoalkan alasan penamatan kerja Perayu. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.