Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA GUAMAN NO: TB-A53KJ-31-09/2021 ANTARA MOHAMAD SHAHHIRAN BIN OTHMAN PLAINTIF
TB-A53KJ-31-09/2021
Sessions Court of Malaysia18 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ogik serta suatu yang judicial notice bahawa setiap pergerakan atau perjalanan yang dilakukan memerlukan kos, Mahkamah ini mendapat suluhan dari kes Kasirin Kasmani v The Official Administrator &Anor [1991] MLRH 325- “As to the claims for the items of special damages not agreed upon in the absence of any proof of actua”
“A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [69] Pihak Plaintif merujuk kepada kes Mohamed Nazir Bakar & Anor V. Wan Darulsalam Wan Zain & Ors [2017] CLJU 205 yang mana Mahkamah mengekalkan keputusan untuk kepatahan femur dengan 1 cm shortening sahaja sebanyak RM5”
“this document via eFILING portal [40] Pihak Plaintif telah merujuk beberapa kes Suriyati bte Takril v Mohan A/L Govindasamy & anor [2001] 2 MLJ 275, Nor Azizah Miskan V. Noor Fadhilah Nisman & Anor [2021] PILRU 21 dan kes Inas Faiqah Mohd Helmi (a child suing through her father and next friend, Mohd Helmi Abdul Aziz) V”
“g mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan awad sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan multiple abrasion wound over upper limbs and lower limbs. - Mohd Redza Hassan & Kes Yang Lain Lwn. Anih Berhad [2023] PILRU 11 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan award sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan multiple ab”
“000 adalah terlampau tinggi dan menghujahkan RM5,000 adalah wajar bagi kedua-dua pain and suffering tersebut. Bagi menyokong hujahan Defendan merujuk kes Tan Zhi Xiong & Anor lwn Gopinath Pathmanaban [2024] CLJU 2662 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah mengaward RM5,000 sahaja antecedent pain & suffering for future o”
“Zain & Ors [2017] CLJU 205 yang mana Mahkamah mengekalkan keputusan untuk kepatahan femur dengan 1 cm shortening sahaja sebanyak RM50,000.00. Kes Lim Eng Seng @ Lim Tiau Chen lwn. Prasanth Annamalai [2024] CLJU 630 yang telah membenarkan RM45,000.00 untuk kepatahan tulang femur tanpa kependekan. [70] Pihak Defendan pul”
“pada SP2 sebagai lelaki muda yang masih bujang dan tiada rawatan khusus bagi menghilangkan parut tersebut. [82] Pihak Plaintif merujuk kepada kes Mohandas Kalidas Lwn. Kannan Govindasamy & Yang Lain [2024] PILRU 35 yang mana Mahkamah membenarkan awad sebanyak RM10,000.00 untuk kecederaan scar. Selanjutnya Plaintif meru”
“menuntut sejumlah RM12,000 dengan merujuk kepada kes- - Yusrihasnizam Yusuf Lwn. Aril Saiful Ahmad Nazeri & Satu Lagi; Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (Suke) & Satu Lagi (Pihak Ketiga) [2024] PILRU 69 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan awad sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan multiple abr”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KEMAMAN DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA GUAMAN NO: TB-A53KJ-31-09/2021 ANTARA MOHAMAD SHAHHIRAN BIN OTHMAN PLAINTIF
4
SANI EXPRESS SDN BHD (748950-W) DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Ini Adalah satu tuntutan Plaintif berkait kemalangan jalan raya yang berlaku pada16/01/2020 jam lebih kurang 3.45 pagi melibatkan motor lori No. VCF 7669 yang dipandu oleh Defendan Pertama (selepas ini disebut sebagai “m/lori tersebut”) yang mana Plaintif (SP2) adalah penumpang m/lori tersebut dengan m/bas No. VAU 5060 yang dipandu oleh Mohamed Badrie bin Abdullah (selepas ini disebut sebagai “m/bas tersebut”) di lampu isyarat KM106 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan dan Mahkamah ini pada 18.8.2025 setelah meneliti keterangan-keterangan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan-hujahan yang difailkan, setelah membuat penilaian yang menyeluruh dan selanjutnya atas imbangan kebarangkalian telah mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan dan memutuskan membenarkan Tuntutan Plaintif dengan liability 100% ke atas Defendan dan Mahkamah selanjutnya kuantum sebagaimana berikut;- i) Kos tindakan Item A-RM64-dibenarkan dan telah dipersetujui pihak-pihak sewaktu perbicaraan Item B-RM10 carian JP-dibenarkan Item G RM120 Laporan perubatan-dibenarkan Item M RM1313- Laporan pakar-dibenarkan ii) GANTIRUGI KHAS Mahkamah ini memutuskan berhubung dengan item h, item I dan item J, tidak bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif yang bijaksana dan tiada sebarang keterangan yang menyokong kos yang dibelanjakan adalah RM100. Namun begitu, Mahkamah ambil maklum keluarga S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Plaintif iaitu secara khususnya ibu Plaintif menjaga Plaintif sepanjang Plaintif dirawat di 3 buah hospital. Mahkamah lebih sependapat dengan peguam pihak Defendan tentang cara pengiraan pihak Defendan dan iaitu sejumlah RM831.46. Pihak Defendan berkenaan perbelanjaan kelurga Plaintif tertumpu kepada kos perjalanan semata-mata tanpa mengambil kira kos makan minum, Oleh itu Mahkamah benarkan kos makan minum sebanyak RM20 x17 hari= RM340 Bagi Item K- (a) pembedahan pembuangan implant, tidak dipertikai kedua-dua pakar mencadangkan agar Plaintif membuang implant dan Mahkamah benarkan RM8,000 bagi Item P-Kehilangan Pendapatan-Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa Plaintif kehilangan pendapatan selama 2 tahun sehinggalah beliau bekerja semula sebagai penjaga stor dan berdasarkan. Keterangan Plaintif menjelaskan beliau cuba mendapat pekerjaan namun tidak mampu bertahan dengan kerja-kerja yang dilakukan disebabkan tidak boleh berdiri lama dan tidak boleh banyak berjalan. Mahkamah bersetuju mengawardkan RM1250+RM500 x 24 bulan=RM42,000 S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA iii) Gantirugi am Closed fracture midsharft of left femur-Mahkamah award RM40,00 sebagai munasabah mengambil kira kos semasa, rujukan kepada Revised Compendium of Personal Injury Award 2018 multiple wound abrasion-Mahkamah awardkan RM7,000 sahaja. Scars – kedua-dua pakar menyatakan terdapat scar 28 cm (pakar Plaintif) dan 27cm x 1.5 cm Pakar Defendan: berdasarkan kes yang dirujuk serta Revised Compendium of Personal Injury Award 2018- Mahkamah award RM10,000 Pain & suffering- (a) bagi rawatan atau pemebedahan yang telah dijalani yang mana Plaintif telah jalani Thomass Splint and skin traction left lower limb serta pembedahan open reduction and plating of left femur RM10,000- tanpa faedah dan (b) bagi pembedahan di masa akan datang RM5,000- tanpa faedah [3] Defendan yang tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi ke atas sebahagian kuantum iaitu award bagi parut, pain and suffering serta kos kehilangan pendapatan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA B. UNDANG-UNDANG [4] Adalah suatu undang-undang yang mantap bahawa pampasan bagi sesuatu kes atau tuntutan tersebut hendaklah adil, munasabah dan memadai dan bukan sesuatu yang melampau: Yang Salbiah & Anor v. Jamil Bin Harun [1981] 1 MLJ 292; Inas Faiqah Mohd Helmi (a child suing through her father and next friend: Mohd Helmi Abdul Aziz v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885; Wong Li Fatt William (an infant) v. Haidawati Binti Boihen & Anor [1994] 2 MLJ 497. [5] Beban pembuktian dalam kes sivil adalah jelas dan nyata terletak kepada Plaintif dan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sum Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 menyatakan:- “In an action for personal injuries, there are two classes for damages which have to be considered which has to be specifically pleaded and damages which need not be specially pleaded. In both classes of damages, the burden of proof based on the balance of probabilities in the evidence, lien on the Plaintiff. Special damages consist of out-of pocket expenses, such as hospital bills and actual loss of earning during period of total incapacity, and is generally capable of substantially exact calculation” S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA C. LIABILITI [6] Plaintif telah memangil 2 orang saksi bagi memberi keterangan ialah Pegawai Penyiasat [SP1] dan Plaintif [SP2] manakala Pihak Defendan tidak mengemukakan sebarang saksi. i. FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI [7] Pada masa kemalangan tersebut, Plaintif [SP2] adalah penumpang dan merupakan kelindan m/lori tersebut. - Defendan Pertama adalah pemandu m/lori tersebut. - Defendan Kedua merupakan pemilik m/lori tersebut. - Defendan Pertama dan SP2 memandu dan menumpang m/lori tersebut dari arah Banting, Selangor menghala ke arah Kuala Terengganu iaitu dari bawah ke atas berdasarkan P1 & P1K. - Arah pergerakan m/bas tersebut adalah dari Klang ke Marang iaitu dari bawah ke atas berdasarkan P1 & P1K. - Defendan Pertama telah disaman di bawah kesalahan Rule 10 LN 166/59 (sebagaimana P3 di m/s 22 Ikatan B). - Semasa SP1 sampai ke tempat kejadian pada 16/01/2020 jam 4.45 pagi, kedua-dua kenderaan iaitu m/bas tersebut dan m/lori tersebut masih berada di tempat kemalangan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA - Kedudukan m/bas (“D”) dan kedudukan m/lori (“C”) yang dilukis di dalam P1 dan P1K adalah kedudukan asal m/bas dan m/lori tersebut selepas kemalangan yang belum dialihkan - Tandaan “B” (komponen kenderaan) dan tandaan “E” (gurisan pada jalan) dalam P1 & P1K adalah terhasil akibat kemalangan dan kedua-dua tandaan tersebut dipercayai terhasil dari m/bas tersebut. ii.Kerosakan kedua-dua kenderaan iaitu: Kerosakan m/lori No. VCF 7669 adalah: - • Cermin depan pecah • Bonet depan kemek • Bumper depan kemek • Lampu depan kiri kanan pecah iii. Kerosakan m/bas No. VAU 5060 adalah: - • Bumper belakang kemek • Lampu besar bahagian belakang sebelah kanan pecah • Tempat buka enjin kemek S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [8] Berdasarkan keterangan Pegawai Penyiasat [SP1] dan keterangan Plaintif [SP2], hanya terdapat satu versi sahaja tentang bagaimana kemalangan berlaku iaitu kemalangan tersebut berlaku apabila m/lori yang dipandu oleh Defendan Pertama tersebut telah melanggar bahagian belakang m/bas tersebut yang berada di hadapan m/lori tersebut di persimpangan lampu isyarat. [9] Pihak Plaintif menghujahkan penemuan fakta adalah sebagaimana berikut:- - Semasa kemalangan, SP2 adalah penumpang dan kelindan m/lori No. VCF 7669. - Keadaan cuaca baik semasa kemalangan tersebut berlaku. - Kedudukan m/lori tersebut sebelum dan semasa kemalangan tersebut adalah di belakang dan m/bas di hadapan. - Jalan di tempat kemalangan pada jam 3.45 pagi adalah gelap berlampu. - Lalu-lintas di tempat kemalangan semasa kemalangan tersebut berlaku adalah tidak sibuk. - Kemalangan berlaku di Persimpangan Lampu Isyarat. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA - Semasa perlanggaran berlaku, berdasarkan siasatan SP1 dan rakaman percakapan daripada pihak terlibat, lampu isyarat adalah merah. - Selepas kemalangan tersebut berlaku, SP2 tercampak dicermin hadapan dan jatuh ke bawah lori. - Semasa kemalangan berlaku, SP2 memakai tali pinggang keledar. [9] Manakala pihak Defendan pula berhujah bahawa kemalangan tersebut berpunca secara keseluruhannya dan/atau sebahagian besar daripada motor bas tersebut yang dipandu secara berbahaya dengam kelajuan yang tinggi dan membrek secara mengejut menyebabkan m/lori Defendan-Defendan tidak dapat mengelak dan seterusnya mengakibatkan kemalangan dan menghujahkan bahawa Defendan bergantung kepada keterangan senyap kepada kesan goresan E berukuran 37 meter, kedudukan kenderaan selepas kemalangan dan komponen bertandan B berdasarkan Rajah Kasar dan kekunci (P1-P1K serta kerosakan pada kedua-dua kenderaan yang mana Defendan mendakwa kerosakan m/lori tertumpu kepada bahagian hadapan manakala kerosakan m/bas tertumpu pada bahagian belakang. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [10] Defendan menghujahkan m/bas dipandu secara laju dam membrek secara mengejut sejurus sebelum kemalangan hingga menyebabkan m/lori dari arah belakang tidak sempat mengelak lalua berlakunya perlanggaran dan seterusnya Defendan menghujahkan sekiranya m/bas dipandu secara berhemah dan berhenti secara perlahan, kemalangan tersebut boleh dielakkan. [11] Mahkamah ini setelah memperhalusi hujahan Defendan diperenggan 6 sehingga 6.13 Hujahan Bertulis Defendan Pertama dan Defendan Kedua mendapati pihak Defendan meletakkan 100% kecuaian kepada m/bas. [12] Defendan juga seterusnya menghujahkan bahawa SP2 sebagai penumpang dan Kelindan m/lori turut menyumbang cuai kerana mendakwa SP2 tidak memakai tali pinggang keledar dan menghujahkan bahawa sekiranya SP2 memakai tali pinggang keledar, SP2 tidak akan tercampak keluar dan SP2 sebagai penumpang turut mempunyai tanggungjawab untuk exercise reasonable duty iaitu dengan memakai tali pinggang keledar. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [13] Plaintif sebaliknya menghujahkan fakta SP2 yang tercampak keluar dari lori walaupun beliau memakai tali pinggang keledar semasa kemalangan menyokong fakta bahawa m/lori tersebut dipandu dengan agak laju menyebabkan ianya tidak sempat di brek mengikut masa yang sesuai dan merujuk kepada kes Mohd. Rosle Yusof V. Lye Kim Hee [1991] 3 CLJ Rep 309 dimana Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut:- “[5] As the road was a straight road and as there was no evidence at the speed at which either party was travelling, and taking into account the fact that the collision had occurred after the overtaking of the van, the plaintiff had failed to take steps to avoid the collision, as he must have been travelling fast as the width of the road would have allowed him to take evasive action. If he had slowed down and swerved to the left when he flashed his lights to warn the defendant, the collision could have been avoided. [14] Pihak Plaintif selanjutnya berhujah Defendan Pertama telah mengekori terlalu rapat di belakang m/bas tersebut sehingga tidak sempat membrek. Keterangan SP1 di Mahkamah menyatakan sebagaimana berikut:- a) SP1 bersetuju apabila dicadangkan bahawa kenderaan belakang mempunyai “duty” untuk mengekori kenderaan hadapan dalam jarak selamat. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA b) SP1 bersetuju apabila dicadangkan bahawa sekiranya m/lori tersebut mengekori m/bas tersebut dalam jarak selamat, kemalangan boleh dielakkan. c) SP1 memaklumkan bahawa jarak antara kenderaan yang menentukan kemalangan d) SP1 memaklumkan bahawa dari rakaman percakapan pemandu m/lori tersebut, beliau cuba membrek tetapi disebabkan jarak yang dekat, tidak sempat. [15] Pihak Plaintif selanjutnya meneruskan hujahan dengan menghujahkan keterangan SP1 tersebut disokong oleh keterangan SP2 di Mahkamah iaitu pada soalan dan jawapan nombor 8 [P10] dengan menyatakan bahwa jarak m/lori dengan m/bas sewaktu m/bas membrek adalah agak “agak dekat”. [16] Plaintif berhujah keterangan SP1 dan SP2 tersebut jelas menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah mengekori m/bas tersebut terlalu rapat menyebabkan Defendan Pertama gagal membrek m/lori tersebut. Keterangan SP1 dan SP2 tersebut gagal dicabar oleh peguamcara Defendan Pertama dan Kedua semasa pemeriksaan balas. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [17] Pihak-pihak turut menghujahkan berkenaan tiada keterangan pemandu m/lori dikemukakan di Mahkamah ini yang mana pihak Plaintif menghujahkan Defendan Pertama gagal hadir untuk memberi keterangan bagi membuktikan kecuaian pemandu m/bas No. VAU 5060 tersebut atau menyangkal atau mematahkan keterangan SP1 dan SP2 tersebut dan pihak Plaintif merujuk kepada kes Loo Khoo Chin and Loo An Mooi & Anor. V Tan Cheng Hang & Ors. [1997] 1 CLJ 109 di mana Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut; “once the plaintiff succeeds in establishing a prima facie case of negligence against the defendant, it is incumbent upon the defendant to give a reasonable explanation as to the cause of the accident so as to negate any negligence on his part”. [18] Defendan sebaliknya menghujahkan ketiadaan keterangan Defendan Pertama sebagai pemandu m/lori tentang bagaimana versi kemalangan berlaku tidak bermakna keterangan pihak Plaintif boleh diterima secara mutlak dan menghujahkan Defendan Pertama tidak dapat hadir memberi keterangan disebabkan kecederaan yang dialami adalah suatu alasan yang kukuh dan konkrit. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [19] Mahkamah ini setelah meneliti hujahan pihak-pihak berkenaan dengan isu ini merujuk kepada kes berkenaan dengan innocent passenger sebagaimana dalam kes Mohd Jafri bin Jantan &Ors v Zainal bin Md Rais [2005] 2 MLJ 318 CA yang mana dala kes tersebut Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan berkenaan isu penumpang yang tidka bersalah (innocent passenger) ini yang mana Mahkamah mendapati bahwa Plaintif adalah seorang innocent passenger, oleh yang demikian berhak kepada gantirugi RM100%. [20] Selanjutnya dalam kes Tau Liong lwn Mohd Taufiq Selamat [2010] 10MLRS 135, dalam kes tersebut Mahkamah memutuskan bahawa sebagai penumpang, seseorang itu layak menuntut gantirugi akibat kemalangan ini daripada pihak yang didapati cuai. “….it is the personal prereogative of the innocent passenger to sue the negligent party responsible for causing damage or injury to him in the incident” Dalam kes tersebut Mahkamah memutuskan walau bagaimana keadaan sekalipun innocent passenger layak kepada 100% dan Mahkamah setelah meneilti keterangan serta hujahan pihak-pihak bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa SP2 sebagai innocent passenger berhak kepada 100%. rujuk kes-kes berikut-Tea Hock Chong V Razali Hanafiah [1990] 3 CLJ Rep 219, Reliance Omnibus Co. Sdn. Bhd. & Anor V Ishak S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Mohd Jaafar & Anor [1993] 4 CLJ 291, Ang Soong Seng & Anor V Noraini Bte Doralik & Anor [2003] 5 MLJ 456, Jos Ak Alam V Zahimah Bte Lifat & Anor [2013] 2 PIR (13). [21] Mahkamah ini mendapati dakwaan SP2 tidak memakai tali pinggang keledar tidak dibuktikan dan dalam situasi ini sekiranya Defendan Pertama hadir memberi keterangan perkara ini dapat disahkan oleh Defendan Pertama. Justeru kegagalan Pihak Defendan mengemukakan Defendan Pertama adalah merugikan kes Defendan. [22] Justeru, Mahkamah mendapati oleh kerana keterangan Plaintif iaitu SP1 dan SP2 tidak berjaya dicabar oleh pihak Defendan Mahkamah ini menerima keterangan pihak Plaintif dan mendapati Defendan bertanggungan secara 100% ke atas kemalangan tersebut. C. KUANTUM [23] Sebagai panduan Mahkamah ini berpandukan kes Laksamana Realty Sdn Bhd [2005] 4 CLJ 871, yang mana dalam kes tersebut Mahkamah telah merujuk kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Angasamy [1985] 1CLJ 429 yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case, in particular the amount of the award. In a particular case therefore, it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials or he had admitted for purposes of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed it is its duty to reverse the finding of the trial Judge. ” (penekanan adalah ditambah) [24] Pihak Plaintif dengan merujuk kepada m/s 8 dan 9 Ikatan A untuk Butir-Butir Kerugian Khas Plaintif, menuntut item berikut dimasukkan di bawah :- GANTIRUGI KHAS i. Kos tindakan - Item a) RM64.00; (Laporan Polis, Rajah Kasar & Kunci serta gambar) [resit di m/s 23 Ikatan B sebagaimana yang telah dipersetujui] S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA - Item b) RM10.00; (Carian JPJ) [resit di m/s 14 Ikatan B] - Item g) RM120.00 (Laporan Perubatan dari Hospital Kemaman, Hospital Tumpat dan HRPZ II [RM 40.00 x 3]) [resit di m/s 10-12 Ikatan B] - Item m) RM1,313.00 (Kos Laporan Pakar dari KPJ Pahang) [resit di m/s 35 dan 36 Ikatan B] [25] Pihak Defendan juga dalam hujahan di perenggan 12.3 hujahan Bertulis Defendan Pertama dan Defendan Kedua bersetuju bahawa item a, item b dan item g dimasukkan dibawah kos [26] Item m juga dipersetujui pihak Defendan berdasarkan invois dan resit yang dikemukakan ii. Gantirugi khas Plaintif - Item h) Belanja keluarga menjaga di Hospital Kemaman sehari pada kadar RM100 sehari - Item i) Belanja keluarga menjaga di HRPZ II selama 10 hari pada kadar RM100 sehari S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA - Item j) Belanja keluarga menjaga di Hospital Tumpat selama 6 hari pada kadar RM100 sehari [27] Pihak Plaintif menghujahkan bahawa [SP2] berdasarkan keterangannya di Mahkamah menyatakan bahawa akibat kemalangan yang berlaku pada 16/01/2020 tersebut, SP2 telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan dan telah dimasukkan ke dalam wad selama sehari iaitu pada 16/01/2020 sehingga 17/01/2020. [28] Seterusnya, SP2 telah dipindahkan ke dalam wad di HRPZ II dan menerima rawatan selama 10 hari iaitu pada 18/01/2020 hingga 28/01/2020. Seterusnya, SP2 telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk menjalani pembedahan dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Tumpat selama 6 iaitu dari 28/01/2020 sehingga 02/02/2020. [29] Keterangan SP2 tersebut disokong oleh laporan perubatan dari Hospital Kemaman di m/surat 2 Ikatan B, laporan perubatan dari HRPZ II di m/surat 4 Ikatan B dan laporan perubatan dari Hospital Tumpat di m/surat 6 Ikatan B. Plaintif berhujah Berdasarkan keterangan SP2 tersebut serta laporan-laporan perubatan tersebut, jumlah bilangan hari SP2 berada di wad adalah sebanyak 17 hari. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [30] Plaintif turut berhujah bahawa keterangan SP2 tersebut berhubung bilangan hari beliau berada di wad adalah tidak menjadi pertikaian. Perkara yang menjadi pertikaian adalah berkenaan kos perbelanjaan keluarga SP2 yang menjaga SP2 di wad dalam tempoh 17 hari tersebut.
Preamble
Menurut keterangan SP2 di Mahkamah, SP2 memaklumkan bahawa dalam tempoh SP2 berada di dalam wad tersebut, SP2 dijaga oleh ahli keluarga SP2 sebagaimana soalan dan jawapan nombor 16 [P10]. SP2 dalam keterngannya di Mahkamah, menyatakan berkenaan kos perbelanjaan keluarga SP2 semasa menjaga di wad berkenaan kos penjagaan dan perjalanan ulang-alik, serta kos makan dan minum keluarga untuk menjaga SP2 di wad adalah lebih kurang RM100.00 sehari [31] Keterangan SP2 semasa pemeriksaan balas pula adalah:- • Maksud keluarga yang menjaga SP2 di jawapan nombor 16 P10 tersebut merujuk kepada ibu SP2. • Rumah ibu SP2 di Machang-Pulai Chondong. • Ibu SP2 tidur di hospital semasa menjaga SP2 di dalam wad di Hospital Kemaman, HRPZ II dan Hospital Tumpat. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA • SP2 memaklumkan bahawa ibu beliau ada juga berulang-alik ke hospital namun beliau tidak pasti berapa kali ibu beliau berulang-alik ke hospital. • SP2 tidak bersetuju apabila dicadangkan oleh Peguamcara Defendan bahawa kos perbelanjaan keluarga sebagaimana soalan dan jawapan nombor 17 P10 adalah RM50.00 sahaja. [32] Plaintif berhujah bahawa jumlah RM100.00 sehari sebagaimana keterangan SP2 di Mahkamah adalah munasabah mengambil kira faktor ekonomi semasa dan jarak rumah ibu SP2 dengan Hospital Kemaman, HRPZ II dan Hospital Tumpat untuk ibu SP2 berulang-alik. Oleh yang demikian pihak Plaintif berhujah, SP2 adalah wajar dan layak untuk menerima award sebanyak RM1,700.00 (RM100.00 x 17 hari) dimana ianya adalah jumlah yang munasabah. [33] Defendan sebaliknya menghujahkan Plaintif hanya mengesahkan melalui keterangan lisan semata-mata tentang RM100 yang dibelanjakan, tiada keterangan dokumentari dikemukakan dan ia sewajarnya ditolak. [34] Secara alternatifnya pihak Defendan menghujahkan dengan merujuk jarak KM berdasarkan google map dan mencadangkan-S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Pulai Condong-Hospital Kemaman : 287 KM x 2 kali (pergi dan balik) x 0.70 sen = RM401.80 Pulai Condong-HRPZ II : 32.7KMx 2 kali (pergi dan balik) x 0.70 sen x 10 hari = RM45.78 Pulai Condong-Hospital Tumpat: 45.7KM x 2 kali (pergi dan balik) x 0.70 sen x 6 hari = RM383.88 Berdasarkan pengiraan di atas Defendan mencadangkan jumah RM831.46 sahaja [35] Mahkamah ini setelah menilai keterangan SP2 serta hujahan pihak-pihak berhubung item ini bersetuju dengan pihak Defendan iaitu RM831.46. [36] Namun begitu, jika dilihat kepada hujahan pihak Defendan berkenaan perbelanjaan kelurga Plaintif tertumpu kepada kos perjalanan semata-mata tanpa mengambil kira kos makan minum, oleh itu Mahkamah benarkan kos makan minum sebanyak (RM20 x17 hari) = RM340 S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [37] Adalah munasabah dan logik serta suatu yang judicial notice bahawa setiap pergerakan atau perjalanan yang dilakukan memerlukan kos, Mahkamah ini mendapat suluhan dari kes Kasirin Kasmani v The Official Administrator &Anor [1991] MLRH 325- “As to the claims for the items of special damages not agreed upon in the absence of any proof of actual expenditure in the form of receipts I would award the sum RM560 at the rate of RM20 per day for the wife’s transport and living expenses for the 28 days she had to reside in Johore Bahru in order to visit the Plaintif at Hospital Sultanah Aminah in Johore Bahru. This sum will bear interest at the rate of 4% per anum from the date of the accident. Again, in the absence of actual proof, I would award the sum of RM400 for her transport expenses for her visits to the Plaintif at the Plaintiff at Hospital Daerah Banting which is near the kampung where she lived”. [penekanan ditambah] Kos perubatan dan pembedahan pada masa hadapan a) Pembedahan pembuangan implan, Merujuk kepada laporan pakar ortopedik Plaintif dari KPJ Pahang di m/surat 34 Ikatan B [P11] dan laporan pakar ortopedik Defendan dari Klinik Tegoh di m/surat 5 Ikatan C [D39], kedua-dua pakar tersebut mencadangkan agar SP2 menjalani pembedahan pembuangan implan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Dinyatakan di dalam laporan pakar Plaintif di muka surat 34 Ikatan B (P11) sebagaimana berikut:- “6.1 The fracture shaft left femur has united. The implant (plate) is felt on the proximal left thigh (i.e. greater trochanter left femur) and causes pain during distance walking, lifting heavy load and sport activities. These implants which were used to stabilize the fracture can be surgically removed as the fracture has united. This surgery is approximated at RM10,000.00.” [38] Berdasarkan laporan pakar Defendan di mukasurat 5 Ikatan C [D39] turut mencadangkan SP2 agar menjalani pembedahan pembuangan implan sebagaimana berikut:- “4. The double plates of left femur can be removed as patient’s wish but only after the fracture is well consolidated, usually after 2 years postsurgery. This will cost him RM500.00 at Government Hospital.” [39] Menurut keterangan SP2 di Mahkamah,SP2 memaklumkan bahawa SP2 dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang besi pada tulang paha kiri dan SP2 mahu menjalani pembedahan tersebut, pihak Plaintif berhujah bahawa berdasarkan hujahan di atas, ianya adalah jelas bahawa SP2 perlu menjalani pembedahan tersebut dan SP2 mahu menjalani pembedahan tersebut. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [40] Pihak Plaintif telah merujuk beberapa kes Suriyati bte Takril v Mohan A/L Govindasamy & anor [2001] 2 MLJ 275, Nor Azizah Miskan V. Noor Fadhilah Nisman & Anor [2021] PILRU 21 dan kes Inas Faiqah Mohd Helmi (a child suing through her father and next friend, Mohd Helmi Abdul Aziz) V Kerajaan Malaysia & 2 ORS [2016] 2 CLJ 885 bagi menyokong tuntutan Plaintif dan menuntut jumlah RM10,000.00 sebagaimana dicadangkan oleh doktor pakar Plaintif. [41] Pihak Defendan pula bergantung kepada laporan perubatan pakar orthopedik Defendan dan mencadangkan RM500.00 sahaja sebagai gantirugi untuk pembedahan di masa hadapan. [42] Mahkamah setelah meneliti keterangan dan hujahan pihak berkenaan pembedahan masa hadapan mendapati kedua-dua pakar tidak mempertikaikan bahawa memerlukan pembedahan pembuangan implan pada masa hadapan dan Mahkamah mengawardkan RM8,000 sebagai kos pembedahan masa hadapan dengan berpandukan kes Suriyati bte Takril v Mohan A/L Govindasamy & anor (supra) S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Kehilangan Pendapatan [43] Plaintif menuntut bagi kos kehilangan pendapatan/elaun iaitu loss of actual earnings. Plaintif menghujahkan isu pertama yang perlu diputuskan adalah sama ada Plaintif [SP2] telah berjaya membuktikan bahawa semasa kemalangan berlaku, beliau dalam keadaan yang sihat dan bekerja sebagai attendant/kelindan lori di The Good Store Trading Sdn Bhd sebagaimana keterangan beliau dan majikan beliau (SP4) di Mahkamah. menyatakan sebagaimana berikut di dalam keterangannya:- “24. S: J: Adakah kamu mempunyai sebarang pekerjaan pada masa kemalangan tersebut? Ya, saya bekerja sebagai Attendant atau kelindan lori di Syarikat The Good Store.” [43] SP2 juga telah menjelaskan semasa memberi keterangan di Mahkamah bahawa beliau bekerja di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd tersebut sejak 08/01/2019, dengan gaji pokok sebanyak RM1,250.00 tidak termasuk elaun. Semasa pemeriksaan balas, fakta-fakta ini tidak dicabar secara spesifik kepada SP2. Plaintif merujuk kes S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Kanan Subramaniam & Satu Lagi Lwn. Aman Syah Abadzyuid [2002] 6 CLJ 34 di mana Mahkamah Tinggi menolak rayuan Defendan ke atas tuntutan loss of earning yang dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal mencabar secara spesifik keterangan Plaintif dan saksi-saksi lain mengenai pekerjaan dan pendapatan. [44] Berdasarkan keterangan-keterangan SP2, SP4, serta dokumen pengesahan pekerjaan dan pendapatan iaitu P15, P16, P7, P8 dan P9, pihak Plaintif berhujah bahawa pekerjaan SP2 sebagai attendant/kelindan lori di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd telah berjaya dibuktikan kerana:- a) Sebelum kemalangan berlaku SP2 adalah dalam keadaan sihat. b) SP2 semasa kemalangan bekerja sebagai attendant/kelindan lori di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd semenjak 08/01/2019. c) Keterangan bahawa beliau bekerja sebagai attendant/kelindan lori di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd disokong oleh keterangan SP4 yang merupakan Pengarah di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd. Jawatan SP4 ini S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA disahkan melalui Carian SSM terhadap Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd di m/s 3 dan 4 Ikatan H (P14). d) Gaji SP2 adalah RM1,250.00 sebulan tidak termasuk elaun. Fakta ini disokong oleh keterangan SP3 di Mahkamah, “Confirmation of Employment” di m/s 39 Ikatan B [P16] serta salinan-salinan slip gaji SP2 bagi bulan Ogos 2019 sehingga bulan Januari 2020 di mukasurat 40-42 [P7]. e)
Preamble
Menurut keterangan SP2, beliau menerima elaun dalam lingkungan RM500.00-RM800.00 setiap bulan yang mana minimun elaun yang beliau dapat adalah RM500.00. Keterangan tersebut disokong oleh salinan slip gaji SP2 [P7] dan keterangan SP4 di Mahkamah yang menyatakan bahawa SP2 menerima elaun setiap bulan. f) Bayaran gaji SP2 dibuat secara bulanan melalui Instant Transfer Public Bank Berhad sebagaimana salinan Instant Transfer Public Bank Berhad di m/s 43-47 Ikatan B [P8] manakala kesemua transport allowance pula dibayar secara tunai sebagaimana keterangan SP2 dan SP4 yang tidak dicabar secara spesifik oleh Peguamcara Defendan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA g) Tugas yang perlu dilakukan oleh sebagai attendant/kelindan m/lori adalah mengangkat barang naik dan turun lori. [45] Plaintif kemudiannya menghujahkan berdasarkan keterangan SP2 dan disokong oleh keterangan SP4 serta eksibit-eksibit yang dikemukakan, SP2 telah berjaya membuktikan pekerjaan SP2 sebagai attendant/kelindan lori di Syarikat The Good Store Trading Sdn Bhd semasa kemalangan. [46] Mahkamah turut mendapati Pihak Defendan juga menghujahkan bahawa ia adalah suatu fakta bahawa SP2 adalah pekerja kepada Defendan pada masa kemalangan berlaku dan ia adalah tidak dipertikaikan namun Defendan mempertikaikan berapa jumlah sebenar SP2 wajar dipampas. [47] Plaintif menghujahkan persoalan kedua yang perlu diputuskan ialah sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa beliau kehilangan pendapatan/elaun dari tarikh kemalangan sehingga hari perbicaraan. Akibat daripada kemalangan tersebut, SP2 telah mengalami kecederaan-kecederaan yang parah dan akibat daripada kecederaan-kecederaan S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA tersebut, SP2 telah mengalami kesan sampingan yang menyebabkan beliau tidak dapat bekerja sebagai attendant/kelindan m/lori selama 2 tahun. [48] Mahkamah ini mengambil maklum keterangan SP2 bahawa beliau telah berusaha untuk mencari pekerjaan baharu namun tidak mampu bertahan disebabkan keadaan fizikal terkini SP2, telah memaklumkan SP2 telah mencuba 4 pekerjaan iaitu kerja dikedai makan, bekerja dikedai runcit, bekerja menjual ayam serta bekerja di Pasaraya Salamku Kok Lanas namun paling lama mampu bertahan selama 7 hari atau seminggu sahaja. Peguam Defendan juga telah menyoal balas SP2 dengan dengan bertalu-talu dan panjang lebar berkenaan pekerjaan SP2 ini. [49] Berdasarkan hujahan pihak Plaintif daripada kesemua kerja-kera yang dilakukan SP2 berjumlah 16 hari dengan jumlah gaji yang diterima RM835. Ini adalah berdasarkan keterangan SP2- • Bekerja di kedai makan selama 3 hari dan dibayar gaji sebanyak RM40.00 sehari yang mana jumlah gaji SP2 adalah sebanyak RM120.00 untuk tempoh 3 hari tersebut (RM40.00 x 3 hari). S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA • bekerja di kedai runcit selama seminggu dan dibayar gaji sebanyak RM45.00 sehari yang mana jumlah gaji SP2 adalah sebanyak RM315.00 untuk tempoh seminggu tersebut (RM45.00 x 7 hari). • Bekerja di Pasaraya Salamku Kok Lanas selama 4 hari dan dibayar gaji sebanyak lebih kurang RM300.00. • Bekerja menjual ayam di lampu isyarat Kok Lanas selama 2 hari dan dibayar gaji RM50.00 sehari yang mana jumlah gaji SP2 bagi tempoh 2 hari tersebut adalah sebanyak RM100.00 (RM50.00 x 2 hari). [50] Berdasarkan keterangan SP2, beliau kembali bekerja 2022 sebagai penjaga stor di GS Electronic, Ketereh, Kelantan sehingga kini yang menurut SP2 tugas SP2 sebagai penjaga stor tidak memerlukan kerja mengangkat barang dan hanya menunjukkan barang kepada pelanggan-pelanggan dan staf lain yang akan mengeluarkan atau mengambil barang tersebut. [51] Pihak Plaintif selanjutnya berhujah dalam keterangan SP2 di Mahkamah, SP2 menyatakan bahawa setiap bulan, SP2 menerima elaun dalam lingkungan RM500.00 hingga RM800.00 sebulan. menjelaskan sekali lagi bahawa elaun minimum yang beliau dapat setiap bulan adalah sebanyak RM500.00 yang mana adalah disokong oleh S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA salinan slip-slip gaji SP2 di muka surat 40-42 Ikatan B [P7] yang mana dinyatakan secara jelas bahawa SP2 menerima elaun setiap bulan pada bahagian gratuity dan transport allowance tersebut. Namun, akibat kemalangan tersebut, SP2 mengalami kehilangan elaun memandangkan SP2 tidak dapat bekerja semula dengan The Good Store Trading Sdn Bhd selepas kemalangan. [52] Pihak Plaintif selanjutnya berhujahan bahawa berdasarkan keterangan SP2 dan SP4, “transport allowance deducts” tersebut adalah kerana elaun tersebut dibayar secara tunai dan bukan bermaksud SP2 tidak menerima elaun tersebut. Hal ini jelas menyokong keterangan SP2 bahawa beliau ada memperoleh elaun pada setiap bulan. Tambahan lagi, keterangan ini turut disokong oleh keterangan SP4 di Mahkamah yang menyatakan SP4 menerima elaun setiap bulan. [53] Justeru itu, pihak Plaintif berhujah bahawa SP2 mengalami bukan sahaja mengalami kehilangan pendapatan, tetapi SP2 turut mengalami kehilangan elaun bulanan dalam tempoh 2 tahun tersebut. Pihak Plaintif berhujah bahawa tuntutan bagi kehilangan pendapatan dan elaun SP2 selama 2 tahun adalah munasabah dan wajar dibenarkan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [53] Dengan demikian pengiraan kehilangan pendapatan dan elaun SP2 bagi tempoh 2 tahun tersebut adalah seperti berikut:- (RM1,250.00 + RM500.00) x 24 bulan = RM42,000.00 [54] Defendan sebaliknya berhujahan bahawa SP2 hanya mengalami kehilangan pendapatan sebanyak RM2,500.00 sahaja, ini adalah berdasarkan keterangan bahawa gaji pokok SP2 hanyalah RM1,250.00 beserta potongan caruman dan gratuiti yang berbeza-beza dan dengan merujuk [P7] dan [P8]. [55] Mahkamah setelah meneliti hujahan pihak-pihak, mendapati pihak-pihak mempunyai tafsiran berbeza- • Plaintif berhujah (RM1,250.00 + RM500.00) x 24 bulan = RM42,000.00 dengan alasan elaun yang diterima SP2 adalah antara RM500 dan RM800 dan elaun tersebut dibayar secara tunai. • Defendan berhujah Plaintif hanya mendapat pendapatan bersih RM1,113,10 sebulan sahaja, SP2 menurut pihak Defendan gagal membuktikan kehilangan pendapatan sebenar selama 24 bulan tersebut dan berhujah bahawa kehilangan pendapatan sebenar S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA adalah termasuk gantirugi khas yang perlu diplid secara spesifik dan merujuk kes Bespoke Motoring Sdn Bhd v AM General Insurance Bhd [2023] 11 MLJ 621 yang secara ringkasnya pihak-pihak adalah terikat dengan pliding. [56] Pihak Defendan menghujahkan bahawa Plaintif tidak pernah memplid dalam Pernyataan Tuntutan untuk menuntut kos kehilangan elaun/gratuiti selama 24 bulan dan hanya menuntut kehilangan pendapatan sahaja dan mendakwa SP2 menerima elaun dengan jumlah yang berbeza dan tidak pernah mencecah RM500. [57] Mahkamah ini tidak sependapat dan tidak bersetuju dengan pihak Defendan dalam hal ini, pengiraan pihak Defendan bahawa SP2 tidak boleh melakukan pekerjaan selama 3 bulan sahaja tersebut tidak disokong oleh keterangan yang kukuh. Sebaliknya SP2 secara nyata memberi keterangan secara lisan bahawa beliau hanya kembali bekerja pada tahun 2022. [58] Mahkamah ini sepanjang perbicaraan tidak mendapati bahawa pihak Defendan mencadangkan kepada SP2 bahawa SP2 hanya kehilangan S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA pendapatan selama 3 bulan sahaja dan persoalan tuntutan elaun/gratuity juga tidak dibangkitkan oleh pihak Defendan. [59] Defendan turut berhujah bahawa SP2 berdasarkan Laporan Perubatan Hospital Tumpat SP2 diberikan cuti selama 19 hari dan SP2 dalam keterangannya memaklumkan selepas 8 bulan SP2 ada kembali bekerja dan berhujah bahawa SP2 bukannya tidak boleh bekerja namun dengan kemampuan yang terhad. [60] Mahkamah dalam hal ini bersetuju dengan hujahan Defendan namun tidak juga mengenepikan keterangan SP2 bahawa bahawa telah mencuba 4 pekerjaan dan yang paling lama bertahan selama seminggu atas keterbatasan dan kemampuan SP2 dan selepas itu SP2 tidak mendapat pekerjaan. Mahkamah berpandangan ini sudah memadai membuktikan PS2 berusaha untuk kembali bekerja namun tidak mampu kerana berdasarkan keterangan SP2 tidak boleh bekerja kerana sakit pada paha dan tidak boleh berdiri lama. [61] Mahkamah ini justeru itu membenarkan tuntutan Plaintif untuk jumlah RM42,000 sebagai kehilangan pendapatan SP2 selama 24 bulan. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Mahkamah ini merujuk kes Petronas penapisan (Melaka) Sdn Bhd v Ahmani Sdn Bhd [2016] 2 MLRA 407 yang mana hakim Mahkamah Rayuan memberikan contoh berikut-
b
In a case where the grounds of the award says the claimant has not proved damages, nevertheless the court has assessed damages: on such facts, a question of law will have arisen but whether it substantially affects the right of one or more parties is questionable. A holistic approach must be taken as the substantive law of the country does not not prohibit the court in granting damages even though damages has not been proved but where common sense will dictate that the claimant will have suffered damages. There are a number a cases in accident matters where courts have granted loss of earning where it where it has not been proved. In any event, such a breach may not qualify to attract the jurisprudence relating to “patent injustice”. [62] Mahkamah juga tidak sependapat dengan pihak Defendan berkenaan dengan penolakan 1/3 living expenses sebagaimana yang telah dihujahkan oleh pihak Defendan dan Mahkamah berpandukan kes Kanan Subramaniam & satu lagi lwn Aman Syah Abadzyuid [2002] 6 CLJ 34 yang mana Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut relah memutuskan seperti berikut;- “Oleh itu, hujahan peguam defendan-defendan nuntuk potongan 1/3 di atas tuntutan kehilangan pendapatan bagi tuntutan Plaintif harus ditolak. Juha selepas penyelidikan dibuat, Mahkamah ini mendapati bahawa Mahkamah S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Rayuan iaitu koram yanglain (koram Gopal Sri Ram HMR, Ahmad fairuz HMR (pada masa itu) dan Mokhtar sidin HMR, lihat Rayuan Sivil no P04-14-96) pada 8 September 1999 telah memutuskan bahawa tempoh multiplier yang Perayu/Plaintif berhak diakui 16 tahun dan melalui implikasi ini dan ini dapat memberi makna bahawa tidak ada sebarang potongan 1/3 di atas tuntutan kehilangan pendapatan seperti yang diputuskan di kes Takong Tabari”. (Penekanan ditambah) GANTIRUGI AM [63] Pihak Plaintif dalam menuntut gantirugi am ini merujuk kepada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Plaintif [SP4] adalah sebagaimana di dalam laporan-laporan perubatan dan laporan-laporan pakar-pakar berikut:- - Laporan Perubatan dari Hospital Kemaman bertarikh 27/08/2020 di m/surat 2 dan 3 Ikatan B; - Laporan Perubatan dari HRPZ II (Jabatan General Orthopaedics) bertarikh 07/01/2021 Ikatan B; - Laporan Perubatan dari Hospital Tumpat bertarikh 20/01/2021; - Laporan Pakar dari KPJ Pahang bertarikh 16/12/2021 di m/surat 32 hingga 34 Ikatan B (P11); dan - Laporan Pakar dari Klinik Tegoh bertarikh 06/03/2022 di m/surat 1 hingga 6 Ikatan C (D39). S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [64] Pihak Plaintif dalam tuntutan ini menuntut bagi kecederaan sebagaimana laporan-laporan perubatan serta laporan-laporan pakar-pakar diatas, Plaintif [SP2] menuntut untuk awad gantirugi am bagi item-item berikut:- - Closed displaced fracture midshaft of left femur - Multiple abrasion wound (forehead, upper limb and lower limb) - Scar - Pain & Suffering Closed displaced fracture midshaft of left femur [65] Secara ringkas Plaintif menuntut sejumlah RM50,000 bagi kecederaan ini dengan menghujahkan bahawa SP2 disebabkan kecederaan ini telah menjalani- - Thomas splint and skin traction left lower limb di Hospital Kemaman - Open reduction and double plating of left femur pada 29/01/2020 di Hospital Tumpat S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [66] Pihak Plaintif dengan berpandukan laporan pakar Plaintif [SP3] di m/surat 33 Ikatan B [P11], semasa SP2 dirujuk kepada SP3 pada 14/12/2021, SP2 ada mengadu mengalami kesakitan berikut:- Pain proximal left thigh on distance walking and sport activity dan Setelah pemeriksaan dilakukan terhadap Plaintif pada 14/12/2021, SP3 membuat dapatan sebagaimana m/surat 34 Ikatan B iaitu:- “6.1 The fracture shaft left femur has united. The implant (plate) is felt on the proximal left thigh (i.e. greater trochanter left femur) and causes pain during distance walking, lifting heavy load and sport activities…” [67] Plaintif selanjutnya Laporan pakar Defendan di m/surat 2 Ikatan C juga ada menyatakan bahawa SP2 mengadu residual pain of left thigh upon prolonged duration or long distance. [68] Melalui keterangan SP2 di Mahkamah juga SP2 ada menyatakan berkenaan kecederaan beliau sekarang iaitu beliau masih rasa kesakitan pada paha kiri dimana beliau tidak boleh melakukan aktiviti lasak. SP2 turut menyatakan bahawa sekarang beliau tidak boleh berjalan jauh kerana akan rasa lenguh dan sengal di bahagian paha. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [69] Pihak Plaintif merujuk kepada kes Mohamed Nazir Bakar & Anor V. Wan Darulsalam Wan Zain & Ors [2017] CLJU 205 yang mana Mahkamah mengekalkan keputusan untuk kepatahan femur dengan 1 cm shortening sahaja sebanyak RM50,000.00. Kes Lim Eng Seng @ Lim Tiau Chen lwn. Prasanth Annamalai [2024] CLJU 630 yang telah membenarkan RM45,000.00 untuk kepatahan tulang femur tanpa kependekan. [70] Pihak Defendan pula menghujahkan jumlah RM50,000 yang dituntut oleh pihak Plaintif adalh terlalu tinggi dan tidak munasabah dan Defendan mencadangkan RM30,000 sebagai amaun yang sesuaai dan munasabah dan merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang mencadangkan amaun RM21,500.00 sehingga ke RM48,500.00. Selanjutnya merujuk kepada kes Koogeleswaran A/L A Siundarajan (seorang kurang upaya yang menuntut melalui ibunya, Kalaiveni A/P Thangiah sebagai wakil litigasi beliau) lwn Norzarina bt Roslan & Anor 2 PIR [16] dan dalam kes tersebur HMS telah mengawardkan sejumlah RM30,000 bagi kecederaan closed fracture midshaft of the left femur (united and healed with residual pain in the left tigh). S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [71] Pihak Defendan selanjutnya menghujahkan bahawa Plaintif telah diperiksa oleh Pakar Defendan pada 5hb Mac 2022 iaitu selepas 2 tahun kemalangan yang mana keadaan Plaintif adalah bertambah baik jika dibandingkan dengan pemeriksaan yang dilakukan oleh Pakar Plaintif. Defendan menghujahkan SP2 telah mencapai maximal medical improvement (MMI) yang mana keadaan SP2 adalah stabil dan menghujahkan laporan pakar Defendan adalah yang terkini maka ia adalah terpakai dan menghujahkan RM30,000 adalah sebagai munasabah mengambil kira keadaan terkini SP2. [71] Mahkamah ini setelah memperhalusi hujahan pihak-pihak dan berpandukan laporan-laporan pakar pihak-pihak, mengawardkan RM40,000 bagi kecederaan ini dengan mengambil kira laporan keadaan terkini Plaintif yang telah mencapai tempoh penyembuhan yang maksimum. Kes bagi jumlah RM50,00 yang dirujuk pihak Plaintif adalah melibatkan 1cm shortening dan Mahkamah turut memperhalusi kes yang dirujuk pihak Defendan bagi jumlah RM30,000 adalah kes Mahkamah Sesyen dan diputuskan pada tahun 2023 , justeru RM40,000 adalah munasabah dan wajar. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Multiple abrasion wound (forehead, upper limb and lower limb) [72] Bagi kecederaan ini Plaintif menuntut sejumlah RM12,000 dengan merujuk kepada kes- - Yusrihasnizam Yusuf Lwn. Aril Saiful Ahmad Nazeri & Satu Lagi; Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd (Suke) & Satu Lagi (Pihak Ketiga) [2024] PILRU 69 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan awad sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan multiple abrasion wound over upper limbs and lower limbs. - Mohd Redza Hassan & Kes Yang Lain Lwn. Anih Berhad [2023] PILRU 11 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan award sebanyak RM10,000.00 bagi kecederaan multiple abrasion wounds kepada Plaintif Keenam. [73] Pihak Defendan sebaliknya menghujahkan RM3,000 sahaja sebagai amauan yang munasabah bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada Revised compendium of Personal Injury Awards 2018 yang mencadangkan jumlah dalam jumlan RM1,300 sehingga RM5,000 dan sseterusnya merujuk kes Windah permatasari bt Imran & Anor [2021] 2 PIR [48] yang mana dalam kes tersebut Mahkamah membenarkan sejumlah RM3,000 sahaja bagi multiple abrasion wounds. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [74] Mahkamah ini setelah menimbangkan hujahan pihak-pihak membenar sejumlah RM7,000 sahaja sebagai munasabah kecederaan tersebut melibatkan 3 bahagian yang berbeza iaitu muka, anggota badan bhgn atas dan bhgn badan bawah. Ia tidaklah terlalu rendah dan juga tidak terlalu tinggi. Scar [75] Laporan Pakar dari KPJ Pahang (P11) menyatakan parut berikut yang mana ianya kekal sebagaimana m/s 33 dan 34 Ikatan B:- Hypertrophic surgical scar lateral left thigh – 28 cm [76] Manakala laporan pakar Defendan pula menyatakan parut berikut yang mana ianya kekal sebagaimana m/s 2 dan 5 Ikatan C:- Healed hyperpigmented vertical incision scar measuring 27 x 1.5 cm on the lateral aspect of left thigh [77] Laporan pakar Defendan tersebut disokong oleh keterangan Doktor Pakar Defendan [SD1] di Mahkamah, yang menyatakan bahawa SP2 masih lagi mempunyai parut tersebut semasa beliau dirujuk kepada pakar Defendan pada 05/03/2022. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [78] Berdasarkan keterangan Doktor Pakar Defendan [SD1] di Mahkamah, SD1 menyatakan bahawa hyperpigmented scar adalah berbeza dengan keloid scar. SD2 menjelaskan bahawa keloid scar adalah scar which is beyond the scar margin yang mana parut tersebut meninggi daripada kulit pesakit seperti cendawan manakala hyperpigmented scar pula adalah parut berwarna gelap di bahagian kulit yang cedera yang mana kadangkala ianya meninggi daripada permukaan kulit yang juga dikenali sebagai hypertrophic scar. [79] SD1 juga menyatakan di Mahkamah bahawa tiada rawatan khusus bagi hyperpigmented/hypertrophic scar dan ianya menyebabkan cosmetic deformity kepada SP2. [80] Doktor Pakar Plaintif [SP3] semasa pemeriksaan balas menyatakan bahawa parut di paha tersorok/tertutup apabila SP2 memakai seluar. [81] Pihak Plaintif berhujah meskipun parut tersebut berada di kawasan yang tersorok, Mahkamah perlu mengambilkira bahawa parut tersebut adalah parut kekal, gelap, timbul dan bersaiz besar yang menyebabkan S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA cosmetic deformity kepada SP2 sebagai lelaki muda yang masih bujang dan tiada rawatan khusus bagi menghilangkan parut tersebut. [82] Pihak Plaintif merujuk kepada kes Mohandas Kalidas Lwn. Kannan Govindasamy & Yang Lain [2024] PILRU 35 yang mana Mahkamah membenarkan awad sebanyak RM10,000.00 untuk kecederaan scar. Selanjutnya Plaintif merujuk kes Mohamad Khirul Mizan Shafie & Anor V Yue Ah Kai [2002] 3 MLRH 42 yang mana mahkamah membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 untuk satu parut bersaiz 17 cm. [83] Defendan pula menghujahkan amaun yang wajar dan munasabah bagi scar adalah RM3,000 sahaja dan menghujahkan jumlah RM12,000 adalah terlampau tinggi dan tidak munasabah. [84] Defendan dalam menyokong hujahannya merujuk sekali lagi kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 yang mana dicadangkan jumlah antara RM1,300 sehingga RM3,300 sahaja bg minor scarring to leg dan RM 9,500-RM18,000 bagi extensive scarring to leg. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Defendan juga merujuk kepada kes Mohd Rashidi bAbdul Rahman &3 ors lawan Mohamad Tarmizi b Zahari [2021] 1 PIR [57] yang mana Mahkamah membenarkan RM 2,000 bagi multiple scars. [85] Defendan seterusnya menghujahkan oleh kerana scar tersebut telah pun sembuh dan berada dibahagian badan yang tersorok dan berdasarkan trend terkini jumlah RM3,000 adalah munasabah dan wajar. [86] Mahkamah ini dalam membenarkan tuntutan ini mengambil kira panjang scar 28 cm sebagaimana dimaklumkan oleh laparan Pakar Plaintif dan 27.5 cm yang dicatatkan dalam laporan Pakar Defendan, SP2 masih bujang dan parut tersebut mejadi kecacatan kosmetik yang kekal meskipun ia tersorok, ia tetap suatu yang mengaibkan dan menyebabkan SP2 merasa rendah diri disebabkan parut yang berwarna gelap pada Bahagian anggota badan SP2 bahkan merujuk kepada Kompedium juga meletakkan jumlah RM9,500 sehingga RM18,000 bagi extensive scaring dan dalam kes ini parut SP2 adalah terjumlah dalam extensive scar. Dalam kes Chandragupta Meialagan v Tan Lay Yin [2007 PILRU 8 mahkamah membenarkan RM15,000 untuk parut (0.7 cm v 0.5cm scar over anteromedial aspect of the upper part of the leg, 1.cmx 0,75 cm scar S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA over anteromedial aspect of the upper part of the leg and 17.5 cm x 0,5cm operative scar over the posterolateral aspect of the hip region. Justeru Mahkamah berpandangan RM10,000 adalah wajar dan munasabah. Pain & Suffering [87] Pihak Plaintif dalam tuntutan heading menghujahkan terdapat dua limbs untuk pain and suffering yang wajar diawadkan kepada SP2 untuk rawatan atau pembedahan yang telah dijalani. [88] Beradasarkan laporan perubatan dari Hospital Kemaman di m/surat 2 Ikatan B, SP2 telah menjalani pembedahan dan menerima rawatan Thomas splint and skin traction left lower limb. [89] Seterusnya, merujuk kepada laporan perubatan dari HRPZ II di m/surat 4 Ikatan B dan laporan perubatan dari Hospital Tumpat di m/surat 6-8 Ikatan B, menyatakan bahawa SP2 telah menjalani pembedahan open reduction and plating of left femur di Hospital Tumpat pada 29/01/2020. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [90] Justeru itu, Pihak Plaintif berhujah bahawa pembedahan-pembedahan yang dijalani dan rawatan-rawatan yang diterima oleh SP2 tersebut adalah menyakitkan dan selanjutnya berhujah bahawa SP2 layak menerima pampasan untuk pain & suffering yang ditanggung oleh SP2 akibat dari pembedahan dan rawatan yang telah beliau jalani tersebut. [91] Plaintif bagi menyokong tuntutannya merujuk kes Ngui Hock Seng V Tangakumar Supramaniam [2014] 1 LNS 1093 yang mana Mahkamah Tinggi membenarkan awad ini sebanyak RM50,000.00 dan seterusnya kes Tinagarr A/L Murthy v Yuen Soon Wei [2019] 1 PIR [62] iaitu awad sebanyak RM15,000.00 telah diawadkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen secara berasingan untuk pain & suffering. Seterusnya Plaintif merujuk Siti Puyoh V. Rashidah Salam [2014] 5 CLJ 104 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah Tinggi telah mengekalkan award oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang membenarkan awad secara berasingan bagi pain & suffering dan awad kecederaan yang di alami oleh Plaintif. [92] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk diatas, pihak Plaintif berhujah bahawa SP2 wajar dibenarkan untuk menerima pampasan ini sejumlah S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA RM10,000.00 untuk kesakitan dan penderitaan atas pembedahan serta rawatan yang telah dijalani oleh SP2. [93] Pihak Defendan pulak berhujah RM 10,000 dan RM5,000 adalah terlampau tinggi dan menghujahkan RM5,000 adalah wajar bagi kedua-dua pain and suffering tersebut. Bagi menyokong hujahan Defendan merujuk kes Tan Zhi Xiong & Anor lwn Gopinath Pathmanaban [2024] CLJU 2662 yang mana dalam kes tersebut Mahkamah mengaward RM5,000 sahaja antecedent pain & suffering for future operations. [94] Defendan seterusnya menghujahkan beradsarkan Kes Shanmugam Gopal v Zinal Abidin Nazim & Anor [2003] 8 CLJ 729 yang amana dalm kes tersebut menyatakan- “….The award under general damages should be a global sum commensurate with the injury sustained and not a full compensation which might result in ruinous consequences to the Defendant Although this isfuture operation, the award for pain and suffering has to be made at the date of the decision so as to bring about the finality. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA [95] Mahkamah ini secara menimbangkan bahawa SP2 telah melalui 2 pembedahan dan pembedahan Thomas splint and skin traction left lower limb adalah menyakitkan jika dirujuk kepada gambar yang dikemukakan dalam hujahan pihak Plaintif dan juga satu pembedahan pada masa hadapan. Mahkamah ini RM5,000 yang dicadangkan oleh pihak Defendan adalah terlampau rendah jika dibandingkan dengan kesengsaraan yang telah dan perlu ditanggung oleh SP2. Mahkamah menyedari tiada nilai mampu dibayar untuk kesakitan yang dialami namun paling tidak ia membantu SP2 dalam mengimbangi kesengsaraan tersebut. Justeru Mahkamah ini mengaward RM10,000 bagi pain and suffering pembedahan yang telah dilalui SP2 dan RM5,000 bagi pain & suffering bagi pembedahan pada masa hadapan dan tiada faedah bagi award ini D. DAPATAN MAHKAMAH [96] berpandukan kepada Laksamana Realty sdn Bhd [2005] 4 CLJ 871, yang mana dalam kes tersebut Mahkamah telah merujuk kepada kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani Angasamy [1985] 1 CLJ 429 yang mana Mahkamah telah memutuskan: S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA “The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case [97] Justeru Mahkamah ini sedar dan memahami dalam membuat pertimbangan dan penentuan berkenaan kuantum bagi sesautu kerugian adalah berasaskan keadaaan sesuatu kes bahawa tiada suatu skala yang tepat dan khusus untuk dipatuhi melainkan bergantung kepada fakta sesuatu kes tersebut. [98] Oleh demikian, berdasarkan keterangan pihak-pihak, ekshibit-ekshibit yang ditandakan serta hujahan-hujahan yang difailkan pihak-pihak setelah membuat penilaian secara keseluruhan serta atas imbangan kebarangkalian Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif untuk-i) Kos tindakan Item A-RM64-dibenarkan dan telah dipersetujui pihak-pihak sewaktu perbicaraan Item B-RM10 carian JP-dibenarkan Item G RM120 Laporan perubatan-dibenarkan Item M RM1313- Laporan pakar-dibenarkan S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA ii) Gantirugi khas Perbelanjaan keluarga menjaga Plaintif (RM 831.46 + RM340) =RM1171.46 Kos membuang Implan-RM8,000 Kos Kehilangan pendapatan (RM1250+RM500 x 24 bulan) =RM42,000 JUMLAH: RM51,171.46 iii) Gantirugi am Closed fracture midsharft of left femur-RM40,00 Multiple wound abrasion-RM7,000. Scars-RM10,000 Pain & suffering-RM10,000 + RM5,000- tanpa faedah. iv) Faedah-Faedah ke atas Gantirugi Am 5% daripada tarikh penyerahan saman sehingga keputusan; -Faedah ke atas Gantirugi Khas 2.5% daripada tarikh kemalangan sehingga penyelesaian penuh; dan-Faedah ke atas penghakiman sebanyak 5% sehingga penyelesaian penuh. S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA v) Kos-Kos tindakan ini sebagaimana dalam skala; E. KESIMPULAN [99] Sekian untuk pertimbangan Yang Arif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan sesungguhnya Yang Arif jualah yang lebih arif dan bijaksana dalam membuat pertimbangan dan keputusan seadil-adilnya. Bertarikh 01 haribulan Februari 2026 ………………………………………… WAN SUHAILA BINTI MOHD HAKIM MAHKAMAH SESYEN KEMAMAN S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA Kepada: Tetuan Othman Hashim & Co Lot 5127m1st Floor Pusat Perniagaan KT Prima (Dataran Emas) Jln Sultan Sulaiman 20200 Kuala Terengganu TERENGGANU Tetuan Azhar Fazuny No F3, Lot 478, Seksyen 14, Jalan Bayam 15200 kota Bharu KELANTAN S/N iSurmwKy3kSgc6VWvkrvA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.