Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BJ-83-531-07/2024 & BJ-83-532-07/2024 PENDAKWARAYA LWN MOHAMAD SHAHRIZA BIN OTHMAN (No. Kad Pengenalan: 920909105261)
BJ-83-532-07/2024
Magistrates Court of Malaysia25 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dengan kepentingan awam kerana kesalahan jenayah ini berkait rapat dengan keselamatan dan kebajikan mangsa yang juga merupakan kanak – kanak perempuan. Mahkamah merujuk kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V. PP [2016] CLJU 17; [2016] 1 LNS 17 yang menjelaskan lebih lanjut seperti berikut:- [8] In certain cases, depending on the s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BJ-83-531-07/2024 & BJ-83-532-07/2024 PENDAKWARAYA LWN MOHAMAD SHAHRIZA BIN OTHMAN (No. Kad Pengenalan: 920909105261)
1
AWALAN Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang bijaksana tidak berpuas hati dengan keseluruhan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret ke atas Orang Kena Tuduh (OKT) pada 25 Julai 2024 bagi kedua – dua kes di mana melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Notis rayuan telah difailkan pada 29 Julai 2024. OKT semasa perbicaraan terus di bawah Seksyen 173(b) Kanun Tatatcara Jenayah telah diwakili oleh Peguambela yang bijaksana dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Saya menyediakan alasan penghakiman bagi kedua-dua kes secara bersama dalam naskah ini.
2
PERTUDUHAN PINDAAN SECARA LISAN (BJ-83-531-07/2024) Bahawa kamu pada 19.07.2024 jam lebih kurang 6.30 petang di No.2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas, di dalam Daerah Kuala Selangor, di dalam Negeri Selangor telah menculik Keysha Binti Khaidil Khalid K/P : 160918-10-0308 dan Nur Aafiyah Adawiyah Binti Abdul Qayyum K/P : 180922-10-2566 dari penjaganya yang sah dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan boleh juga dikenakan denda. PERTUDUHAN (BJ-83-532-07/2024) Bahawa kamu pada 19.07.2024 jam lebih kurang 6.30 petang di No.2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas, di dalam Daerah Kuala Selangor, di dalam Negeri Selangor telah menculik Nur Aafiyah Adawiyah Binti Abdul Qayyum K/P : 180922-10-2566 dari penjaganya yang sah dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Hukuman: Pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan boleh juga dikenakan denda.
3
PENGAKUAN SALAH OKT OKT telah dihadapkan ke Mahkamah pada 25 Julai 2024. Pertuduhan – pertuduhan tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam bahasa Melayu dan OKT faham terhadap pertuduhan tersebut. OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan tersebut. OKT faham sifat dan akibat pengakuan beliau. Pihak Pendakwaan telah mengemukakan eksibit-eksibit dan telah ditanda seperti berikut: a. Fakta Kes – P1 b. Laporan Pengadu – P2 c. Laporan Tangkapan – P3 d. Laporan Soal Siasat – P4 e. Laporan Rampasan – P5 f. Laporan Pandu Arah – P6 g. Gambar Tempat Kejadian – P7 h. Gambar Barang Rampasan – P8 i. Gambar Mangsa (Kanak-Kanak) – P9 Berkenaan Eksibit P1 iaitu fakta kes bertulis telah dibacakan dalam Bahasa Melayu, diterangkan dalam Bahasa Melayu dan diakui benar oleh OKT. Barang rampasan, tempat kejadian dan mangsa – mangsa juga dicamkan dan diakui benar oleh OKT melalui gambar eksibit P7 – P9. Mahkamah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam eksibit P1 tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung dalam pertuduhan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika OKT mengakui fakta kes itu secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan OKT sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan dengan perbicaraan. Oleh itu, kesemua hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengakuan salah OKT adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa OKT mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah OKT diterima.
4
HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN OKT berumur 31 tahun dan telah berkahwin yang mana mempunyai tanggungan seorang isteri dan dua orang anak di mana kedua-duanya masih bersekolah. OKT merupakan seorang peniaga secara kecil-kecilan di mana pendapatan bulanan anggaran RM 2000.00 sebulan. OKT adalah penyara tunggal keluarga beliau kerana isterinya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Pengakuan salah OKT banyak menjimatkan masa dan kos pihak Mahkamah dan Pendakwaan. Pihak Pembelaan telah dimaklumkan bahawa OKT tiada rekod lampau dan ini merupakan kesalahan pertama OKT. Sebelum ini, OKT telahpun direman selama 5 hari bagi membantu siasatan dan beliau telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis. Pihak Pembelaan memohon agar Mahkamah mengambil kira fakta kes bahawa OKT telah dengan rela hati menghantar semula kedua-dua mangsa kepada penjaga ataupun keluarga masing-masing. Pihak pembelaan dimaklumkan juga, tujuan OKT berbuat demikian kerana OKT menginginkan anak perempuan dan setakat ini, beliau dan isterinya masih belum diberikan lagi rezeki untuk mendapat anak perempuan di mana anak – anak OKT ketika ini kedua-duanya merupakan anak lelaki. OKT juga berasa amat insaf atas kesalahan beliau. Oleh itu, pihak Pembelaan memohon hukuman paling minima dikenakan ke atas OKT bagi kedua – dua pertuduhan. Sekiranya diizinkan pihak Pembelaan memohon hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap dan hukuman pemenjaraan tersebut berjalan serentak.
5
HUJAHAN PEMBERATAN HUKUMAN Hukuman yang berat hendaklah diberikan ke atas OKT mengambil kira kesalahan ini adalah satu kesalahan yang melibatkan kepentingan awam di mana kejadian penculikan melibatkan dua orang mangsa kanak-kanak. Pihak pendakwaan memohon agar faktor di mana kebelakangan ini kes penculikan semakin meningkat yang akan mengancam keselamatan dan nyawa mangsa diambil kira oleh Mahkamah. Selanjutnya, hukuman penjara dipohon berjalan secara berasingan
6
SABITAN DAN HUKUMAN Mahkamah mendapati OKT bersalah dan OKT disabitkan sebagaimana pertuduhan – pertuduhan. Berikut adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT: a) Hukuman kes BJ-83-531-07/2024 : Penjara 12 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM 1000 gagal bayar 1 bulan penjara. b) Hukuman kes BJ-83-532-07/2024 : Penjara 24 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM 1000 gagal bayar 1 bulan penjara. Mahkamah juga memerintahkan hukuman penjara bagi kedua – dua kes adalah berjalan serentak dari tarikh sabitan.
7
Pertimbangan berkenaan apa yang boleh menjadikan suatu hukuman yang berpatutan lagi setimpal dalam suatu kes adalah telah dinyatakan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] 1 LNS 864 diputuskan seperti berikut: It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a)the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities;(h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court… Berdasarkan kepada otoriti kes terdahulu yang dinyatakan di atas, berikut merupakan faktor-faktor yang diambil kira mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman yang sewajarnya kepada OKT.
8
Seseorang tertuduh yang membuat pengakuan salah dan hakikat yang tertuduh tersebut juga adalah seorang pesalah pertama adalah antara hal keadaan yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah sebagai antara faktor-faktor peringanan hukuman. Mahkamah merujuk kes SAU SOO KIM V PP [1975] 2 MLJ 137 yang menyatakan seperti berikut: Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness. Tambahan itu, mahkamah merujuk kepada kes HASANUDDIN ABD HAMID V. PP [2002] 3 CLJ 495 yang menyatakan seperti berikut: [16] In the criminal justice system, the court should give the appropriate discount to the sentence supposed to be imposed at the end of a full trial after having heard the mitigation. In the present case, this court takes into account the plea of guilty and the respondent being a first offender as relevant mitigating factors, and acknowledged that the learned trial judge had correctly considered these factors in her grounds of judgment.”
9
Kembali kepada kes ini, pihak Pendakwaan tidak pernah mengemukakan sebarang bukti menujukkan OKT telah disabitkan mahupun dikehendaki oleh pihak polis bersangkutan mana – mana kesalahan jenayah. Maka adalah tidak boleh dinafikan, OKT bukan seorang penjenayah tegar tetapi seorang pesalah pertama. Mahkamah mendapati OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan pada tarikh sebutan pertama pertuduhan dikemukakan dan dibacakan ke atasnya.
10
Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat terawal dan beliau sebagai pesalah pertama wajar diberikan kredit peringanan hukuman penjara mahupun denda yang dijatuhkan ke atasnya. Malah mahkamah ini mengakui bahawa kesegeraan OKT membuat pengakuan salah membolehkan mahkamah ini menyelesaikan kes ini dengan segera melalui perbicaraan terus dan situasi ini sudah tentu tidak melibatkan kehadiran saksi dan penyerahan apa-apa dokumen perbicaraan kepada peguambela sekaligus menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak yang terlibat.
11
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah OKT di peringkat paling awal mencerminkan sendirinya penyesalan dan keinsafan OKT. Akan tetapi mahkamah ini sedar bahawa faktor – faktor ini tidak boleh dipertimbangkan secara berasingan dan mesti diimbangi dengan faktor-faktor mitigasi/pemberatan yang lain.
12
Seterusnya, faktor kepentingan awam adalah faktor paling mahsyur dan seringkali mendapat perhatian mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kes. Pada peringkat ini, mahkamah ini mengambil maklum bahawa ketika kes ini dipertuduhkan di mahkamah, tidak dinafikan kekerapan berlaku kejadian penculikan kanak-kanak mahupun orang dewasa di Malaysia adalah membimbangkan dan mengundang simpati masyarakat keseluruhannya.
13
Namun pada hemat mahkamah ini, kejadian kesalahan penculikan dilihat sebagai sesuatu yang bermusim jika dibandingkan dengan kekerapan ketara (rampancy of offence) kesalahan berkaitan dadah yang mana kesalahan sebegini turut mendorong kepada perlakuan kesalahan jenayah yang lain seperti pecah rumah, ragut, samun dan mencederakan orang. Malah hukuman berkaitan dadah adalah amat berat sehingga mampu membawa tertuduh ke tali gantung. Ini jelas mencerminkan kebencian kesemua institusi negara ini (executive, legislative, judiciary) terhadap najis dadah. Manakala peruntukan hukuman bagi kesalahan culik yang telah digubal dan diwartakan Parlimen adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda sahaja.
14
Berbalik kepada kes ini, mahkamah mengambil maklum suatu kejadian jenayah yang tular mengundang simpati masyarakat, seringkali hukuman yang diharapkan adalah suatu hukuman keras lagi berat sebagai pengajaran kepada OKT bagi tidak mengulangi semula kesalahan tersebut pada masa hadapan. Malahan ia turut bertindak sebagai pencegahan (deterrent) kepada masyarakat berkenaan hukuman berat yang bakal dihadapi mereka jika terlibat dalam kesalahan jenayah seumpama dalam kes ini.
15
Kendatipun, mahkamah ini berpendapat institusi mahkamah perlu bersifat bebas dan tidak boleh terbawa-bawa dengan sentimen emosi kemarahan masyarakat apabila sesuatu kejadian kesalahan jenayah tersebut tular mendapat perhatian masyarakat. Demi keadilan dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kepentingan awam mahkamah tidak boleh mengabaikan atau menolak tepi kepentingan OKT keseluruhanya. Mahkamah perlu membuat imbangan di antara kepentingan awam dan kepentingan OKT dalam menentukan hukuman yang berpatutan agar manfaat dapat dinikmati semua pihak.
16
Dalam kes ini, mahkamah mendapati kesalahan yang dilakukan OKT adalah dalam tempoh yang singkat iaitu tidak melebihi 2 jam dan OKT telah dengan rela hati menghantar semula kedua - dua mangsa kepada penjaga masing-masing. Kejadian yang berlaku juga tidak melibatkan apa-apa ugutan bayaran wang tebusan dan tiada keterangan dikemukakan yang menunjukkan OKT melakukan apa-apa kekerasan fizikal mahupun seksual ke atas kedua-dua mangsa dalam tempoh masa penculikan berlaku. Fakta-fakta penting ini adalah diambil kira oleh mahkamah dalam mengimbangi keperluan melindungi kepentingan awam dan kepentingan OKT dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal lagi adil. Adalah perlu difahami juga, kepentingan awam dalam beberapa keadaaan memerlukan mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih ringan kepada Pesalah Pertama seperti OKT bagi memberi peluang kepada OKT kembali ke jalan yang benar. Mahkamah berpendapat hukuman penjara yang tidak terlampau panjang ini bagi mengelak OKT menjadi pesalah tegar akibat pergaulan dengan penjenayah-penjenayah tegar lain di penjara yang kemungkinan besar menganggu usaha pemulihan dan rehabilitasi OKT. Mahkamah yakin memandangkan umur OKT 31 tahun yang masih boleh dianggap sebagai golongan belia maka kepentingan awam berkemampuan dilindungi sebaiknya bukan semata – mata hanya dengan mengenakan hukuman penjara yang panjang tetapi dengan dorongan dan dukungan jitu agar pesalah berubah kepada kehidupan yang jujur.
17
Seterusnya, tidak mustahil mahkamah akan dilabel tidak tegas dalam melindungi kepentingan awam akibat hukuman yang terlalu ringan jika mahkamah hanya mengenakan hukuman penjara sahaja ketimbang dengan hukuman yang dijatuhkan sekarang. Hal ini demikian dilihat berlawanan dengan kepentingan awam kerana kesalahan jenayah ini berkait rapat dengan keselamatan dan kebajikan mangsa yang juga merupakan kanak – kanak perempuan. Mahkamah merujuk kes NORSHAHRIZAN JUNAIDI V. PP [2016] CLJU 17; [2016] 1 LNS 17 yang menjelaskan lebih lanjut seperti berikut:- [8] In certain cases, depending on the sentence passed and the relevant statutory provisions on sentencing, the sentence could also serve as a means to rehabilitate the offender and to keep the offender (particularly the first offender) away from the path of crime in the future. It is here that the Court in meting out sentence must do the balancing act - between public interest and that of the offender. Too lenient a sentence would not have a deterrent effect and may be seen as a weakness. Too excessive a sentence (especially long custodial sentence) may not have the desired effect on the offender which is to punish him and at the same time to allow him to rehabilitate.
18
Oleh yang demikian, mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman ke atas OKT iaitu: -Hukuman kes BJ-83-531-07/2024 : Penjara 12 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM 1000 gagal bayar 1 bulan penjara. -Hukuman kes BJ-83-532-07/2024 : Penjara 24 bulan dari tarikh sabitan dan denda RM 1000 gagal bayar 1 bulan penjara. Mahkamah turut memerintahkan untuk kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak dari tarikh sabitan Maka OKT akan menjalani hukuman penjara selama 2 tahun keseluruhannya dan keluarga OKT juga perlu membayar denda RM 2000 keseluruhanya. Mahkamah berpendapat hukuman dan perintah tersebut adalah amat munasabah dan setimpal dengan apa yang telah dilakukan OKT pada hari kejadian malah berupaya menginsafkan OKT dan orang awam di samping kepentingan awam keseluruhannya dilindungi.
19
Seterusnya, seperti pihak-pihak sedia maklum bahawa hukuman pemenjaraan bagi kedua-dua kes atau pertuduhan adalah berjalan serentak dari tarikh sabitan. Mahkamah berpendapat pekara ini adalah asas rayuan pihak Pendakwaan. Dalam membincangkan berkenaan hukuman pemenjaraan, maka Seksyen 282 dan Seksyen 292 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) adalah berhubung kait antara satu sama lain. Seksyen 282 (d) menyatakan hukuman penjara hendaklah bermula dari tarikh jatuh hukum melainkan mahkamah memerintahkan sebaliknya. Seksyen 282 (d) KTJ juga harus dibaca bersama dengan Seksyen 292 (1) KTJ yang diperturunkan seperti berikut: When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the sentence may direct.
20
Prinsip undang-undang mantap juga menyatakan hukuman serentak secara am dijatuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang serupa atau merupakan kesalahan dari satu transaksi yang sama. Jika sebaliknya hukuman berturutan adalah wajar diberikan. Dalam perlaksanaan wewenang ini, mahkamah sentiasa perlu mengambil panduan kepada prinsip satu transaksi dan prinsip totaliti agar kuasa budi bicara tersebut tidak disalahguna. Kedua-dua prinsip mantap dan mahsyur ini dijelaskan dalam dalam kes BACHIK ABDUL RAHMAN V. PP [2004] 2 MLJ 534 seperti berikut: In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle. Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design .... In explaining the totality principle his Lordship referred (at p 85) to the view of DA Thomas in Principles of Sentencing, 2nd edn at p p 57-58: The many decisions of the court in which the totality principle has been applied to explain the reduction of a cumulative sentence made up of correctly calculated individual parts suggest that the principle has two limbs. A cumulative sentence may offend the totality principle if the aggregate sentence is substantially above the normal level of sentences for the most serious of the individual offences involved, or if its effect is to impose on the offender 'a crushing sentence' not in keeping with his record and prospects.
21
Kembali kepada kes ini, OKT telah disabitkan dengan kesalahan menculik bagi dua pertuduhan kerana melibatkan dua mangsa kanak-kanak pada 19.07.2024 jam lebih kurang 6.30 petang di No.2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas, di dalam Daerah Kuala Selangor. Berdasarkan fakta kes bertulis – P1 dalam menggunakan ujian prinsip satu transaksi tersebut; fakta kes menunjukkan bahawa kedua - dua pertuduhan mempunyai kesinambungan/ proksimiti tarikh dan masa. Mahkamah juga mengambil kira bahawa motif/tujuan kesalahan tersebut dilakukan adalah sama iaitu menculik kanak – kanak perempuan. Kedua – dua mangsa culik juga telah dikembalikan secara serentak oleh OKT kepada penjaga masing-masing. Jesturu itu, mahkamah berpendapat kedua – dua kesalahan ini jelas daripada satu transaksi yang sama, maka hukuman penjara serentak yang diperintahkan oleh mahkamah ini adalah wajar. Mahkamah memperturunkan fakta kes – P1 bagi fahaman bersama:
22
Selain daripada menggunakan ujian prinsip satu transaksi tersebut, sudah pasti mahkamah ini perlu mempertimbangkan prinsip totaliti. Mahkamah ini mendapati bahawa jika hukuman bagi pertuduhan kes pertama dan pertuduhan kes kedua diperintahkan berjalan berasingan maka OKT perlu menjalani hukuman penjara selama tempoh 3 tahun secara keseluruhannya. Maka hukuman penjara OKT adalah lebih panjang dan melampau dengan kesalahan yang telah dilakukan berdasarkan fakta kes yang telah dikemukakan. Justeru itu, hukuman serentak yang diperintahkan oleh mahkamah ini adalah wajar berlandaskan prinsip undang-undang.
23
Mahkamah turut berpendapat bahawa jumlah hukuman penjara 24 bulan dari tarikh sabitan secara kumulatif bagi kedua - dua kes tersebut tidak menjejaskan prinsip totaliti dan adalah memadai dengan jenis kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Hal ini kerana, ini adalah kesalahan pertama OKT dan beliau wajar diberi peluang kedua demi membina dan menyara keluarganya.
24
Selain daripada itu, undang-undang mantap menetapkan bahawa rayuan mitigasi OKT juga perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tidak boleh diketepikan tanpa pertimbangan oleh Mahkamah. Dalam kes RAJA IZZUDDIN SHAH V PUBLIC PROSECUTOR [1979] 1 MLJ 270; diputuskan bahawa:- In his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counsel for the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.
25
Berbalik kepada kes ini, rayuan mitigasi OKT melalui Peguambela YBGK, memaklumkan bahawa OKT baru berumur 31 tahun dan berkahwin yang mana mempunyai tanggungan seorang isteri dan dua orang anak di mana kedua-duanya masih bersekolah. OKT merupakan seorang peniaga secara kecil-kecilan di mana pendapatan bulanan anggaran RM 2000.00 sebulan. OKT adalah penyara tunggal keluarga beliau kerana isterinya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Mahkamah telah mengambil kira rayuan mitigasi tersebut dengan sewajarnya dan mengimbanginya dengan faktor-faktor lain yang dibincangkan dengan sewajarnya. Mahkamah berharap hukuman penjara yang berjalan serentak dan denda tersebut akan mendatangkan keinsafan kepada OKT disebabkan sifat hukuman ini yang diakui membantaskan pergerakan kehidupan OKT daripada dunia luar, maka akan memberi peluang kepada OKT untuk pemulihan dan rehabilitasi yang mencukupi di penjara sebelum pulang ke pangkuan keluarga.
26
Tambahan itu, mahkamah ini berpendapat hukuman penjara yang panjang akan meningkatkan bebanan kewangan kerajaan kerana menampung lambakan banduan akibat pertambahan banduan yang dijatuhi hukuman penjara di seluruh penjara di Malaysia. Semua pihak sedia maklum bahawa dunia sekarang sedang berdepan dengan cabaran ekonomi yang mencabar pada tahun 2023 – 2024 akibat proses pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid-19 dan keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu. Maka pengurangan kos perbelanjaan banduan di penjara dapat membantu pentadbiran kerajaan Madani dalam usaha pengukuhan semula ekonomi negara demi mengangkat martabat kehidupan rakyat yang lebih baik di samping mampu mengurangkan kesesakan di penjara di Malaysia yang ketika ini berhadapan dengan kesesakan yang memuncak.
27
KESIMPULAN Mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang telah dijatuhkan bagi kedua – dua pertuduhan adalah memadai dan berpatutan. Mahkamah telah mengambil kira kesemua faktor mitigasi dan pemberat dengan sewajarnya. Keputusan tersebut adalah sentiasa berlandaskan kepada prinsip undang-undang yang mantap. Oleh yang demikian, saya dengan rendah hati memohon agar hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah dikekalkan. Bertarikh: 16 Ogos 2024 Disediakan oleh, …………………………
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.