Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA KES NO. NA-A53KJ–227-07/2022 ANTARA MOHAMAD SHAZWAN BIN IBRAHIM …PLAINTIF
NA-A53KJ-227-07/2022
Sessions Court of Malaysia10 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ote : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 supports the plaintiff's case, and which weighs against the defendants see Noor Mohamed Vs Palanivelu [1956] MLJ 11; EA Long Vs Wong Chin Wah [1975] MLJ 165.”. [16] Walau bagaimanapun, dalam kes ini, tanpa pengakuan bersala”
“fy the originality of this document via eFILING portal 9 supports the plaintiff's case, and which weighs against the defendants see Noor Mohamed Vs Palanivelu [1956] MLJ 11; EA Long Vs Wong Chin Wah [1975] MLJ 165.”. [16] Walau bagaimanapun, dalam kes ini, tanpa pengakuan bersalah oleh Defendan, maka pertuduhan terhada”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA KES NO. NA-A53KJ–227-07/2022 ANTARA MOHAMAD SHAZWAN BIN IBRAHIM …PLAINTIF
2
JAAFAR BIN M. PILUS …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Suatu notis rayuan yang bertarikh 14 Mac 2025 telah difailkan oleh Defendan/Perayu berkaitan isu liabiliti, kuantum, faedah dan kos yang diputuskan oleh Mahkamah ini pada 10 Mac 2025. Defendan/Perayu tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan liabiliti, kuantum, faedah dan kos yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 10 Mac 2025. Latar belakang [2] Prosiding di Mahkamah Sesyen ini berbangkit daripada kemalangan jalan raya pada 31 Oktober 2021 yang melibatkan motorkar No. NCK 7247 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki Defendan Kedua dengan motorsikal BJB 8421 yang ditunggangi Plaintif di simpang tiga Jalan Persiaran Forest Height 1, Seremban, Negeri Sembilan. [3] Bagi membuktikan kes, Plaintif memanggil 3 orang saksi untuk memberikan keterangan manakala bagi Defendan, Defendan Pertama sendiri memberikan keterangan seperti yang berikut:
a
Inspektor Sankar a/l Ganeson-Pegawai Penyiasat (“SP1”);
b
Teong Shin Yi (“SP2”);dan
c
Plaintif sendiri ("SP3"); Keputusan Liabiliti [4] Setelah menilai dan mempertimbang segala keterangan di hadapan Mahkamah ini, termasuk hujahan bertulis ke dua-dua pihak, saya memutuskan Defendan bertanggungan sebanyak 100%. Keputusan Kuantum [5] Berikutan kemalangan tersebut, Plaintif mengalami kecederaan yang berikut:
a
Closed fracture right 3rd distal radius and ulna styloid with distal radioulnar joint (DRUJ) disruption;
b
Closed comminuted fracture midshaft of the right tibia and fibula;
c
Closed fracture of the right medial malleolus;
d
Cerebral concussion;
e
Laceration wound through and through over upper lip;
f
Muscle wasting; dan
g
Scarring. [6] Berdasarkan asas taksiran liabiliti 100%, amaun gantirugi am dan gantirugi khas yang dibenarkan dan ditaksirkan adalah seperti yang berikut:
a
Closed fracture right 3rd distal radius and ulna styloid with distal radioulnar joint (DRUJ) disruption dibenarkan kuantum sebanyak RM 35,000.00;
b
Closed comminuted fracture midshaft of the right tibia and fibula dibenarkan kuantum sebanyak RM 25,000.00;
c
Closed fracture of the right medial malleolus dibenarkan kuantum sebanyak RM15,000.00;
d
Cerebral concussion dibenarkan kuantum sebanyak RM 10,000.00;
e
Laceration wound through and through over upper lip dibenarkan kuantum sebanyak RM3,000.00;
f
Muscle wasting dibenarkan kuantum sebanyak RM 3,000.00;
g
Scarring dibenarkan kuantum sebanyak RM 5,000.00;
h
Kesakitan dan penderitaan pembedahan masa hadapan dibenarkan kuantum sebanyak RM5,000.00;
i
Kos rawatan dan pembedahan masa hadapan
i
Fisioterafi RM 23,520.00; dan
II
(ii)Removal of implant RM 22,500.00. Gantirugi Khas
a
Kos perjalanan (item- (a) dan (b) dibenarkan sebanyak RM 1400;
b
Kos dokumen polis dan carian JPJ dibenarkan sebanyak RM
37
37.00;
c
Laporan perubatan dibenarkan sebanyak RM 80.00;
d
Laporan pakar ortopedik dibenarkan sebanyak RM 1490.00;
e
Kos rawatan Plaintif di HTJ dibenarkan sebanyak RM 376.00;dan
f
Kehilangan pendapatan dibenarkan sebanyak RM 29,918.73. [7] Saya juga membenarkan tuntutan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh saman sehingga penghakiman, faedah terhadap ganti rugi khas pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga penghakiman, faedah di atas ganti rugi am dan khas pada kadar 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh jumlah penghakiman dan juga kos mengikut skala. ALASAN KEPUTUSAN Liabiliti [8] Pada peringkat ini, Plaintif mempunyai beban untuk membuktikan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 101 of the Akta Keterangan 1950 yang memperuntukan seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person.”. [9] Penekanan ini juga diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 oleh Ong CJ seperti yang berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” [10] Selain itu, Hakim Evrol Mariette Peters, dalam kes Sabri Abdul Talib and Vt Logistics (M) Sdn. Bhd. V. Tiong Mee Kooi [2021] 1 LNS 2275 turut menekankan bahawa - “[21] The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim was on a balance of probabilities. The term ‘balance of probabilities’ was described in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as ‘more probable than not’ and which is ‘not so high as required in a criminal case…but if the probabilities are equal, it is not discharged’. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise or conjecture. Miller v. Minister of Pensions has been assimilated into Malaysian jurisprudence through several cases including Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1.”. [11] Plaintif menghujahkan bahawa Defendan bertanggungan 100% kerana kemalangan ini disebabkan oleh tindakan Defendan Pertama dari arah bertentangan telah membelok masuk ke simpang di kiri Plaintif. Malahan Defendan Pertama telah pun disaman di bawah perenggan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan [L..N165/59] [12] Sebaliknya Defendan menghujahkan bahawa tuntutan Plaintif sewajarnya ditolak kerana kemalangan ini disebabkan oleh tindakan Plaintif sendiri (author of his own misfortune). Analisis dan Penemuan Mahkamah [13] Plaintif sedang menungang motorsikal di laluan sah Plaintif. Apabila sampai di simpang tiga Jalan Persiaran Forest Height 1, Defendan Pertama dari arah bertentangan telah membelok masuk ke simpang di kiri Plaintif. Didakwa di bawah perenggan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan [L..N165/59] [14] Defendan Pertama telah didakwa di bawah perenggan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan [L..N165/59] kerana cuai memandu dan telah membayar saman tersebut. [15] Isu mengenai liabiliti apabila salah satu pihak telah didakwa di Mahkamah telah dibincangkan di Mahkamah Rayuan dalam kes Annamalay Retnam Vs Mah Chong Peng & Anor [2010] 6 CLJ 487- di muka surat 499 yang dipetik seperti yang berikut: “[26] In Lim Ah Toh, supra, the pertinent of the judgement at p. reads: The plea of guilty by the first defendant to a charge of inconsiderate driving is an admissible admission that further supports the plaintiff's case, and which weighs against the defendants see Noor Mohamed Vs Palanivelu [1956] MLJ 11; EA Long Vs Wong Chin Wah [1975] MLJ 165.”. [16] Walau bagaimanapun, dalam kes ini, tanpa pengakuan bersalah oleh Defendan, maka pertuduhan terhadap Defendan semata-mata tidak boleh menjadikan Defendan bertanggungan sepenuhnya. Maka bagi isu ini, Mahkamah merujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Abdul Kudus Haji Abd Aziz v Normah Chik [2003] 4 MLRH 668; [2003] 6 MLJ 169, yang memutuskan bahawa “it is incumbent upon this court to make a considered decision based on the totality of the evidence adduced before it”. Oleh yang demikian, Mahkamah ini, akan mengkaji dan menilai semua keterangan termasuk keterangan senyap bagi kes ini. [17] Dalam kes ini, saya merujuk perenggan 3(2)(b) Road Transport Rules 1959 [L.N.166/1959] yang memperuntukan seperti yang berikut: “3. (1) Every vehicle shall ordinarily be driven on the left hand side of the road, that is to say that part of the road which lies between the centre thereof and the left hand edge of the road; and shall allow all traffic which is proceeding in the opposite direction to pass on the right hand side.
2
The driver of each and every vehicle when driven on a road shall-
a
…;
b
give right if way to traffic travelling straight ahead before turning across the path of such traffic; [18] Menurut perenggan 3(2)(b) Road Transport Rules, Defendan Pertama sepatutnya memberi hak laluan kepada Plaintif yang sedang melalui jalan lurus. Berdasarkan keterangan Saksi-Saksi Plaintif, atas imbangan kebarangkalian saya berpuas hati Defendan Pertama bertanggungan 100% menyebabkan kemalangan ini terjadi. Manakala Defendan Kedua bertangungan secara vikarius. Kuantum [19] Setelah mengambil kira autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak untuk menyokong hujah-hujah mereka, awad telah diberikan mengikut prinsip undang-undang untuk gantirugi am dan awad yang terkini atas dasar taksiran 100%, amaun gantirugi khas dan gantirugi am yang dibenarkan dan ditaksirkan berdasarkan laporan perubatan. Oleh itu, setelah meneliti hujahan-hujahan dan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, nas undang-undang dan kadar inflasi matawang terkini, Mahkamah memutuskan award atas dasar 100% liabiliti sebagaimana yang berikut: Gantirugi Am [20] Gantirugi Am yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:
a
Closed fracture right 3rd distal radius and ulna styloid with distal radioulnar joint (DRUJ) disruption (merujuk keputusan kes Faiz Ullah v Nurul Fatehah binti Abdul Rashed & Anor [2021] 1 PIR 16 dibenarkan sebanyak RM 35,000.00;
b
Closed comminuted fracture midshaft of the right tibia and fibula (merujuk keputusan kes Puah Soh Yong v Saiful Nazim bin Johari & Anor (Bala Subramaniam a/l Vellasamy @ Mayandy-Third Party [2021] 2 PIR 10 dan kes Kathir Gamman a/l Michael v Omar anak Lengkis [2018] 1 PIR 18) dibenarkan sebanyak RM 25,000.00;
c
Closed fracture of the right medial malleolus (merujuk keputusan kes Mohd Shah bin Mat Jusoh v Norsyafiqah binti Roslan @ Ruslan [2018] 2 PIR 50 dan Noraini binti Sukur v Liau Sin Yong & Anor [2020] 1 PIR 58) dibenarkan sebanyak RM 15,000.00;
d
Cerebral concussion (merujuk keputusan kes Azmadarmawi bin Saupi v Mohd Zamri bin Abu Bakar & Anor [2021] 1 PIR 45) dibenarkan sebanyak RM 10,000.00;
e
Muscle wasting dibenarkan sebanyak RM 3,000.00;
f
Kesakitan dan penderitaan pembedahan masa hadapan RM5,000.00;
g
Kos rawatan dan pembedahan masa hadapan dibenarkan seperti yang berikut:
i
Fisioterapi RM 23,520.00; dan
II
(ii) Removal of implant RM 22,500.00 [21] Gantirugi Khas yang dibenarkan adalah seperti yang berikut:
a
Kos perjalanan (item- (a) dan (b) dibenarkan RM 1400
b
Kos dokumen polis dan carian JPJ dibenarkan RM37.00
c
Laporan perubatan dibenarkan RM 80.00
d
Laporan pakar ortopedik dibenarkan RM 1490.00
e
Kos rawatan Plaintif di Hospital Tuanku Jaafar dibenarkan RM 376.00
f
Kehilangan pendapatan dibenarkan RM 29,918.73 Kesimpulan [22] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan keterangan senyap yang dikemukakan di Mahkamah dan setelah menimbangkan kes ini secara keseluruhannya, saya memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya atas ujian imbangan kebarangkalian dan saya memutuskan Defendan Pertama bertanggungan 100% atas kemalangan tersebut memandangkan kemalangan ini telah berlaku atas kecuaian dan kelalaian Defendan Pertama sepenuhnya manakala Defendan Kedua bertanggungan secara vikarius. [23] Saya berpendapat keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 10 Mac 2025 yang memutuskan isu liabiliti, kuantum iaitu gantirugi am dan gantirugi khas yang telah ditaksirkan oleh Mahkamah, faedah dan kos dalam kes ini wajar dan adil juga bersesuaian dengan prinsip undang-undang. (MAZNI BINTI NAWI) Hakim Mahkamah Sesyen (4) Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus 13 Mei 2025 Bagi pihak Plaintif: Tetuan V Gobi & Associates Peguambela dan Peguamcara No.130A, 1st Floor, Jalan Gurney (Mewah) 72100 Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus. Bagi pihak Defendan: Tetuan Lovelace & Hastings, Unit 5-2, 5th Floor, Wisma Bandar, No.18, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.