Registrable interests falling short of ownership. These are leases charges and easements. Registration carries with it a bundle of rights, which includes, subject to any restriction imposed by the alienating authority, the right to effect a transfer of the particular registered interest. The Code, in s. 340(1), confers indefeasibility upon registered title and interests in land. Section 340(2) creates exceptions which, if established, may operate to defeat such registered title or interest; Category 2: Interests that are incapable of registration. These include tenancies exempt from registration, which may be protected by means of an endorsement upon the register document of title; Category 3: Caveatable interests. These are unregistered interests which are capable of protection by the entry of a private caveat. In the context of s. 323(1)(a), it is only a claim to the interests falling under category 1(a) and (b) above that may be protected by the entry of a private caveat. Cases falling under category (2) are not caveatable interests. A private caveat cannot, therefore, be entered by one who claims such an interest. Protection for such interests must be secured in the manner prescribed by the Code. I fear that any other construction upon s. 323(1)(a), especially one that places a meaning wider than that I subscribe to, may result in judicial disobedience to the will of Parliament: and that in my view should be avoided at all cost. [35] It is our considered view, therefore, that based on the provisions of the NLC and the authorities cited above, the only parties who are authorised to lodge a private caveat are those who may effect dealings in the particular interests in the land. Those parties may either have a claim to the title to the land or a claim to a registrable interest in the land or a claim to any right to such title or registrable interest. [36] Emphasis should be given to the words "registrable interest" in s. 323(1)(a) of the NLC. To be caveatable, the interest must be an interest in the land and that interest must be capable of registration. In short, it must represent a transaction that can ultimately lead to its registration on the register.". [34] Bersandarkan kedudukan undang-undang sepertimana yang diputuskan di atas, kesimpulannya, satu kaveat boleh kekal secara sah ke atas Hartanah tersebut, jika Plaintif memenuhi keperluan undang-undang seperti berikut: a) dibuktikan Plaintif mempunyai kepentingan mengkaveat (caveatable interest); b) terdapat persoalan serius yang patut dibicarakan; dan c) imbangan kemudahan (balance of convenience) memihak kepada Plaintif. Siti Khajidah – Pemilik Berdaftar Hartanah [35] Kembali kepada kes dihadapan saya sekarang, Siti Khajidah adalah pemilik berdaftar hartanah yang menjadi perkara subjek dalam pergelutan hak mengkaveat antara Plaintif dan Defendan. Beliau tidak dinamakan sebagai pihak dan tiada sebarang kenyataan dari pihak Siti Khajidah samada untuk mengesahkan, menafikan atau menyangkal apa-apa pengataan dari mana-mana pihak berkenaan fakta yang dikemukakan. Oleh itu, saya berpendapat, fakta yang hanya dalam pengetahuan Siti Khajidah, terutama mengenai urusannya dengan Pelabur, kekal satu keterangan dengar cakap jika diutarakan oleh Plaintif tanpa disokong dengan bukti dokumen yang lain. [36] Plaintif, sebagai nominee Pelabur, hanya membuat kenyataan berdasarkan maklumat yang diberikan kepadanya oleh Pelabur. Plaintif bukan privi atau pihak kepada Profit Guarantee Agreement yang pertama dan kedua dan tidak dapat mengesahkan atau mengemukakan bukti bahawa bayaran pinjaman asal yang dikatakan berjumlah RM200,000.00 telah dibayar kepada Siti Khadijah. [37] Perenggan 6 afidavit sokongan Plaintif mengatakan bahawa beliau hanya “difahamkan” oleh Pelabur bahawa bayaran tersebut telah dibuat. Ini bukan dari pengetahuan peribadi Plaintif. Plaintif sebagai penama Pelabur [38] Dari penelitian saya, setelah diteliti affidavit dan hujahan yang difailkan, peranan Plaintif yang dikatakan sebagai penama (nominee) kepada satu syarikat, Chin Xing Agro Sdn Bhd yang dirujuk sebagai Pelabur tidak dibuktikan dari mana-mana dokumen yang dikemukakan. [39] Juga tiada bukti bahawa Pelabur ada memberi surat kuasa kepada Plaintif atau melantiknya sebagai penama untuk bertindak bagi pihak Pelabur dalam urusan dengan Siti Khajidah. Maka, saya berpendapat peranan Plaintif diragui dan tidak diasaskan dengan authoriti yang jelas. [40] Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa kesemua pengataan Plaintif berkenaan semua urusan yang berkait dengan Pelabur dan Siti Khadijah tidak mencukupi (insufficient) tanpa disokong atau disahkan oleh samada Pelabur atau Siti Khadijah sendiri sebagai pemilik berdaftar. Dengan itu, saya dapati, Plaintif gagal membuktikan bahawa beliau adalah pihak yang terkilan dengan kewujudan kaveat Defendan. Kepentingan Plaintif untuk mengkaveat [41] Hujahan Defendan bahawa Plaintif tiada locus standi untuk menuntut kepentingan mengkaveat ada asasnya. Plaintif semata-mata bergantung kepada Perjanjian Jual Beli yang dikatakan telah ditanda-tangani oleh Plaintif dan Siti Khajidah sebagai dasar wujudnya hak beliau dan kepentingan mengkaveat. Namun, tidak dikemukakan bukti bahwa jumlah harga belian yang dipersetujui telah dibayar kepada Siti Khajidah untuk perjanjian jual beli boleh dikatakan dimuktamadkan dan mengikat pihak-pihak. Maka, dengan hanya mengemukakan satu perjanjian jual beli yang tidak disahkan telah sempurna, tidak mencukupi untuk membuktikan Plaintif mempunyai kepentingan yang boleh didaftarkan. [42] Siti Khajidah juga dikatakan telah memungkiri kedua-dua perjanjian dengan Pelabur, sekali lagi tiada bukti dikemukakan kegagalan Siti Khajidah mematuhi terma mana-mana perjanjian. Malah, sepertimana disebut sebelum ini, jumlah asal RM200,000.00 yang dikatakan dibayar kepada Siti Khadijah juga tidak dibuktikan oleh Pelabur ataupun Plaintif. [43] Mengenai isu pemberian pinjaman wang tanpa lesen oleh Pelabur yang ditimbulkan oleh Defendan, pada hemat saya, relevan dan jelas menjadikan urusan antara Pelabur dan Siti Khadijah salah disisi undang-undang. [44] Saya bersetuju dengan hujah Defendan bahawa cara mana urusan peminjaman yang dibuat antara Pelabur dan Siti Khadijah mirip transaksi pinjaman wang yang tidak sah. Syarikat Pelabur tidak mengemukakan bukti bahawa mereka mempunyai lesen untuk menjalankan transaksi pinjaman wang (rujuk kes Triple Zest Trading & Suppiliers & Anors v Applied Business Technologies Sdn. Bhd. (2023) 10 CLJ 187) menjadikan urusan dan apa-apa perjanjian antara mereka menjadi tidak sah dan terbatal (void) dibawah s.24 Akta Kontrak 1950. Kesimpulan [45] Sehubungan dengan alasan yang dibincangkan di atas, saya dapati bahawa Plaintif gagal mendedahkan sebarang kepentingan berkaveat, tiada persoalan serius yang patut dibicarakan dan imbangan kemudahan tidak memihak kepada Plaintif. [46] Oleh kerana permohonan ini dibuat oleh Plaintif, maka hanya kedudukan beliau sahaja diputuskan dan saya tidak membuat apa-apa dapatan mengenai kepentingan Defendan yang juga telah memasukkan kaveat terhadap hartanah tersebut. Jika pun perlu, pihak yang berhak untuk mempertikai kedudukan Defendan adalah Siti Khadijah, pemilik berdaftar hartanah.