The ILN of his right femur can be removed once the fracture is well consolidated. The removal of implant surgery will be cost RM8,000.00 at private hospital. [64] Pakar Defendan juga menyatakan di mukasurat 19 ikatan C bahawa kos untuk membuang implant ini adalah sebanyak RM8,000.00 hingga ke RM10,000.00. iii. The implant removal procedure can be carried out in any government hospital for RM100, while the cost at a private centre RM8000- RM10,000.00. [65] Atas sebab itu, mahkamah membenarkan sebanyak 1/3 daripada keseluruhan kos keseluruhan di hospital swasta untuk prosedur ini. [66] Mahkamah ini percaya kos tersebut adalah memadai dan munasabah untuk diberikan. [67] Untuk kos fisioterapi mahkamah membenarkan sebanyak RM3,000.00 untuk perkara ini. Jumlah ini merupakan jumlah yang dihujahkan oleh peguam Plaintif. KESIMPULAN [68] Berdasarkan kepada alasan-alasan dan dapatan-dapatan yang dinyatakan di atas, mahkamah yang mulia ini berpendapat bahawa keputusan mahkamah yang mulia ini adalah tepat dan bersesuaian. [69] Mahkamah yang mulia ini sekali lagi tegaskan bahawa keputusan ini adalah adil, wajar dan berpatutan kepada Plaintif dan Defendan berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas sebelum ini. Bertarikh pada 27 Oktober 2025 Nik Habri Nik Habri bin Muhamad Hakim Sesyen Mahkamah Sesyen Kota Bharu Kelantan Darul Naim. Peguam Plaintif: En. Sivaraja (Tetuan Sivaraja & Co.) Peguam Defendan: Puan Khazan dan Puan Akmar (Tetuan Othman