Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN RAUB DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES NO: CC-62JSK-14-06/2026 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHAMAD YUSOFF BIN AWG CHIK [No. K/P: 720520-06-5103] PENGHAKIMAN
CC-62JSK-14-06/2026
Sessions Court of Malaysia23 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“f place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).””
“duh dan kepada masyarakat. Hukuman yang sekadar gigitan semut (pinprick) akan mengakibatkan masyarakat menganggap kesalahan rogol sebagai tidak serius. Didalam kes Regina v WN Hammar [1957] 1 LNS 77; [1958] MLH 4 HC, ianya telah diputuskan “ punishment which amounts to a pinprick does not deter.” **Note : Serial number”
“agar OKT dikenakan hukuman yang berat dengan mempertimbangkan fakta kes ini. Kesalahan sumbang mahram adalah serius. Pendakwaan merujuk kes Mahkamah Tinggi Temerloh, Ali bin Deraman lwn Pendakwa Raya [2016] MLJU 1401 di mana YA Hakim telah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan unt”
“32. Di dalam kes Md Adam bin Mustafar lwn Pendakwa Raya [2016] MLJU 1886 YA Hakim menyatakan: [23] Peningkatan jenayah seksual mestilah dibendung dan perlakuan ini mestilah dibenteras agar ianya tidak menjadi penyakit yang serius di kalangan masyarakat. Oleh itu mahkamah”
“an secara berasingan/berturutan, saya merujuk kepada kes **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 Kamaruzaman bin Jaffar v Pendakwa Raya [2024] AMEJ 1740, di mana Mahkamah Rayuan dalam mengesahkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Ti”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN RAUB DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR KES NO: CC-62JSK-14-06/2026 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN MOHAMAD YUSOFF BIN AWG CHIK [No. K/P: 720520-06-5103] PENGHAKIMAN
1
Orang Kena Tuduh (OKT) telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA:- BAHAWA KAMU PADA 17/03/2026 JAM LEBIH KURANG 4.00 PAGI BERTEMPAT DI RUMAH NO A4-1, FLAT BENTONG MAKMUR, DIDALAM DAERAH BENTONG, DI DALAM NEGERI PAHANG TELAH MEROGOL ANAK KANDUNG KAMU, BERNAMA XXXX NO.KP: 13XXXX YANG MANA PERHUBUNGAN KAMU DENGANNYA ADALAH TIDAK DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG, HUKUM AGAMA, ADAT ATAU KEBIASAAN UNTUK BERKAHWIN DENGANNYA, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 376 (3) KANUN KESEKSAAN. PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA:- BAHAWA KAMU PADA 27/05/2026 JAM LEBIH KURANG 5.00 PAGI BERTEMPAT DI RUMAH NO A4-1, FLAT BENTONG MAKMUR, DIDALAM DAERAH BENTONG, DI DALAM NEGERI PAHANG TELAH MEROGOL ANAK KANDUNG KAMU, BERNAMA BERNAMA XXXX NO.KP: 13XXXX YANG MANA PERHUBUNGAN KAMU DENGANNYA ADALAH TIDAK DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG, HUKUM AGAMA, ADAT ATAU KEBIASAAN UNTUK BERKAHWIN DENGANNYA, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN YANG BOLEH
2
Nama dan nombor kad pengenalan kanak-kanak/mangsa dirahsiakan bagi melindungi identiti kanak-kanak/mangsa tersebut.
3
OKT telah dituduh kali pertama pada 09.06.2026 di Mahkamah Sesyen Raub dengan pertuduhan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan hukuman bagi pertuduhan ini hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan. Kes ditangguhkan ke 23.06.2026 bagi fakta dan hukuman.
4
Pada 23.06.2026 pertuduhan pindaan telah dibacakan semula kepada OKT dan beliau masih mengekalkan pengakuan bersalahnya. OKT faham hukuman dan akibat dari pengakuan bersalahnya. Setelah semua eksibit dikemukakan, pengakuan salah tanpa syarat itu telah diterima Mahkamah dan Mahkamah telah membenarkan OKT membuat rayuan dan seterusnya menjatuhkan hukuman.
5
Tatacara perbicaraan ringkas (summary procedure) di bawah seksyen 173 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) mengikut prosedur bermula dari peringkat pertuduhan dibacakan sehinggalah hukuman dijatuhkan kepada OKT telah dipatuhi.
6
OKT kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap hukuman bagi kes CC-62JSK-14-06/2026 agar hukumannya dapat berjalan serentak.
7
Pada tarikh sama, selain kes ini yang dirayu CC-62JSK-14-06/2026, OKT juga telah dituduh dengan 2 lagi kes lain iaitu CC-62JSK-13-06/2026 dan CC-62JSK-16-06/2026.
8
Ketiga-tiga kes tersebut telah dituduh pada tarikh yang sama dan atas permohonan pihak pendakwaan, kesemua tiga kes telah dipanggil bersama-sama semasa prosiding fakta dan hukuman dilakukan.
9
Senarai hukuman yang telah dijatuhkan bagi 3 kes tersebut: No. kes Tarikh kejadian Pertuduhan Hukuman 13-06/2026 19.09.2025 jam 4.00 pagi Rogol T1- hukuman 8 tahun penjara dari tarikh tangkap 27.05.2026 dan 10 sebatan rotan. 14-06/2026 (Notis rayuan hanya difailkan bagi kes ini)
17
17.03.2025 jam 4.00 pagi Rogol T1-hukuman 12 tahun penjara dari tarikh tangkap 27.05.2026 dan 10 sebatan rotan.
27
27.05.2025 jam 5.00 pagi Rogol T2-hukuman 12 tahun penjara selepas selesai menjalani hukuman bagi T1 serta 10 sebatan rotan. 16-06/2026 14.04.2026 jam 6.45 pagi Amang seksual T1-hukuman 2 tahun penjara dari tarikh tangkap 27.05.2026 dan 1 sebatan rotan; hukuman tambahan s.16(1) AJSKK Akta 792 sebagai bapa, penjara 2 tahun dan 2 sebatan.
14
14.04.2026 jam 6.45 pagi Amang seksual T2-hukuman 2 tahun penjara dari tarikh tangkap 27.05.2026 dan 1 sebatan rotan; hukuman tambahan s.16(1) AJSKK Akta 792 sebagai bapa, penjara 2 tahun dan 2 sebatan.
10
Hukuman tambahan turut diperintahkan di bawah Seksyen 26(1) Akta 792 iaitu OKT perlu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan; dan di bawah Seksyen 27(1) Akta 792 untuk menjalani 2 tahun pengawasan polis setelah selesai menjalani hukuman penjara. Fakta kes:
11
Pada 19.09.2025 jam lebih kurang 4.00 pagi semasa mangsa berada di dalam biliknya OKT telah masuk ke dalam biliknya di rumah beralamat no. A4-1, Flat Bentong Makmur, Bentong. Seterusnya OKT telah meraba payudara dan kemaluan mangsa dan seterusnya memasukkan kemaluan beliau (OKT) ke dalam kemaluan mangsa. Kemudiannya, OKT memberitahu mangsa agar jangan beritahu kejadian ini kepada sesiapa pun dan meminta mangsa bersumpah atas Al-Quran yang mangsa tidak akan memberitahu sesiapa.
12
Seterusnya pada 17.03.2026, jam lebih kurang 4.00 pagi, OKT telah sekali lagi masuk ke dalam bilik mangsa, meraba payu dara mangsa dan menjilat kemaluan mangsa. Kemudiannya, OKT memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.
13
Kemudian pada 14.04.2026 jam lebih kurang 06.45 am, semasa berada di dalam kereta jenis Honda HRV warna kelabu, no pendaftaran SMU 4332 berhampiran dengan rumah sebelum pergi ke sekolah, mangsa turun terlebih dahulu sebelum adik-adiknya, kemudiannya, apabila sampai di kereta, OKT telah minta mangsa duduk di belakang dan kemudiannya meraba payu dara dan menyentuh kemaluan mangsa dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.
14
Kejadian seterusnya iaitu pada 27.05.2026 jam lebih kurang 5.00 pagi semasa berada di bilik di rumahnya, mangsa telah dikejutkan oleh OKT. OKT kemudiannya memaksa mangsa bangun dari katil dengan menarik tangan mangsa dan membawanya ke ruang tamu rumah. OKT telah meramas payu dara mangsa dan OKT telah memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa. Setelah selesai merogol mangsa, OKT suruh mangsa masuk tidur dan memesan kepada mangsa jangan beritahu sesiapa.
15
Seterusnya, pada jam lebih kurang 7.00 pagi setelah OKT pergi kerja, mangsa telah menceritakan kejadian rogol dan amang seksual fizikal kepada ibunya. Tangkapan ke atas OKT telah dibuat pada 27.05.2026 jam lebih kurang 10.20 malam di rumah beralamat no. A4-1 Flat Taman Bentong Makmur, 28700 Bentong, Pahang oleh pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong Pahang.
16
Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat kes, daripada keterangan mangsa dan saksi-saksi serta laporan perubatan didapati bahawa OKT telah merogol mangsa sebanyak (3) kali iaitu pada 19.09.2025 jam lebih kurang 04.00 pagi, 17.03.2026 jam lebih kurang 4.00 pagi dan pada 27.05.2026 jam lebih kurang 5.00 pagi di rumah beralamat no. AA4-1 Flat Taman Bentong Makmur, 28700 Bentong Pahang dan OKT juga telah melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap mangsa bagi maksud seksual dengan memegang payudara dan menyentuh kemaluan pengadu pada 14.04.2026 jam lebih kurang 6.45 pagi di dalam kereta jenis honda HRV warna kelabu, no pendaftaran SMU 4332 berhampiran Flat Taman Bentong Makmur, 28700 Bentong Pahang.
17
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun pada tahun 2025 dan 12 tahun pada tahun 2026 di mana mangsa merupakan anak kandung kepada OKT yang mana hubungan seksual dengannya tidak dibenarkan di bawah undang-undang.
18
Oleh yang demikian OKT telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376(3) kanun keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (AJSKK/ Akta 792) dibaca bersama seksyen 16 (1) Akta 792.
19
Semua eksibit P1-P9 telah ditunjukkan kepada OKT dan diakui benar oleh OKT.
20
OKT telah dibenarkan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan terhadap beliau. Di dalam rayuannya, OKT memaklumkan beliau memohon hukuman diringankan kerana beliau mempunyai sakit jantung serta darah tinggi. Beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM2,000.00. OKT mempunya seorang tanggungan iaitu seorang isteri yang bekerja di CIMB serta 4 orang anak. Mangsa ialah anak sulung beliau 13 tahun. Anak-anaknya yang lain berumur 11 tahun, 10 tahun dan 6 tahun semuanya perempuan.
21
Pihak pendakwaan menghujahkan agar OKT dikenakan hukuman yang berat dengan mempertimbangkan fakta kes ini. Kesalahan sumbang mahram adalah serius. Pendakwaan merujuk kes Mahkamah Tinggi Temerloh, Ali bin Deraman lwn Pendakwa Raya [2016] MLJU 1401 di mana YA Hakim telah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dari tarikh tangkap dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara untuk pertuduhan kedua berjalan berturut-turut selepas Perayu menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama. Kes Ali bin Deraman juga melibatkan kesalahan sumbang mahram di mana OKT ialah bapa saudara kepada mangsa kes tersebut.
22
Pendakwaan memohon mengambilkira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan OKT meskipun OKT telah mengaku bersalah pada sebutan kali pertama dan diskaun terhadap hukuman bukanlah satu keistimewaan kepada OKT. Faktor hubungan OKT dan mangsa, iaitu OKT ialah bapa kandung mangsa sepatutnya melindungi mangsa dan memberi pendidikan, namun sebaliknya OKT bertindak merogol anaknya sendiri.
23
Pendakwaan juga memohon agar hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada OKT dan masyarakat. Puan Timbalan Pendakwa Raya juga memohon hukuman dijalankan berasingan bagi kes rogol dan kes amang seksual walaupun berlaku pada tarikh sama namun perbuatan dan kesalahannya adalah berbeza.
24
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa pengakuan salah OKT telah dibuat mengikut peruntukan seksyen 173 (b) Kanun Tatacara Jenayah dan adalah teratur mengikut peruntukan undang-undang sebagaimana dinyatakan dalam kes Seah Ah Chiew v. PP [2006] 8 CLJ 585, Lee Weng Tuck & Anor v. PP [1989] 2 CLJ 120 dan Mohammad Hassan v. Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 485, maka Mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT, mendapati beliau bersalah dan disabitkan bagi kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan.
25
Pertimbangan Mahkamah ini dalam memutuskan hukuman bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan OKT tetapi juga kepada faktor kepentingan awam serta keseriusan kesalahan yang dilakukan seperti mana pertuduhan-pertuduhan.
27
Rayuan OKT adalah berkenaan hukuman yang diperintahkan untuk berjalan secara berasingan/berturutan, saya merujuk kepada kes Kamaruzaman bin Jaffar v Pendakwa Raya [2024] AMEJ 1740, di mana Mahkamah Rayuan dalam mengesahkan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi telah memutuskan: [73] Mengenai hukuman pula, kami mendapati tiada kekhilafan yang dilakukan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi apabila memerintahkan hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan di atas alasan perbuatan yang dilakukan oleh Perayu melibatkan jarak masa yang berbeza meski pun mangsa yang terlibat dan tempat kejadian adalah sama. [74] Prinsip perundangan samada hukuman pemenjaraan harus berjalan secara berasingan atau serentak ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572; [2004] 3 AMR 429 di mana Augustine Paul HMR (beliau pada ketika itu) di dalam menyampaikan penghakimannya menyatakan seperti berikut: "…combined effect of s. 282 and s. 292 is that unless the court imposing a sentence says anything to the contrary, the sentence runs from the date on which it was passed (see Ooi Sim Yim v. PP [1990] 1 CLJ 435; [1990] 1 CLJ (Rep) 223). The exercise of the discretion to determine the date of commencement of the sentence of imprisonment is dependent on the facts and circumstances of each case. In deciding whether the terms of imprisonment should be consecutive or commence at another date the court will be guided by the one transaction rule and the totality principle.
Preamble
Pursuant to the one transaction rule where two or more offences are committed in the course of a single transaction all sentences in respect of these offences should be concurrent rather than consecutive (see R v. Saleem [1964] Crim LR 482; R v. Walsh [1965] Crim LR 248). For there to be one transaction four elements must be present, that is to say, proximity of time, proximity of place, continuity of action and continuity of purpose or design (see Jayaraman & Ors v. PP [1979] 1 LNS 36; [1979] 2 MLJ 88; Amrita Lal Hazra v. Emperor 42 Cal 957; Chin Choy v. PP [1955] 1 LNS 17; [1955] MLJ 236).”
28
Prinsip kes tersebut diaplikasikan di dalam hukuman terhadap OKT, di mana OKT telah melakukan kesalahan rogol walaupun terhadap mangsa yang sama, namun perbuatan terkutuk itu dilakukan pada 2 tarikh yang berbeza iaitu pada 17.03.2026 dan 27.05.2026. Ternyata ianya bukanlah dalam satu transaksi sebalik melibatkan transaksi-transaksi berbeza pada kedua-dua tarikh berbeza. Perbuatan terkutuk OKT sebagai ayah mangsa sudah pastinya mengakibatkan trauma dan kesakitan yang berulang-ulang kepada mangsa yang sepatutnya mendapat kasih sayang namun telah diperlakukan sebaliknya.
29
Berkenaan hukuman-hukuman yang diperintahkan untuk dijalani secara berasingan, Mahkamah telah mengamati kes-kes yang telah diputuskan, trend semasa dan peruntukan di bawah seksyen 282 dan 292 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang mana membenarkan kuasa budi bicara kepada seseorang Hakim Bicara untuk menentukan sama ada sesuatu hukuman penjara yang dikenakan ke atas OKT itu berjalan secara serentak atau secara berasingan apabila OKT mempunyai lebih dari satu hukuman pemenjaraan. Seksyen 102 Akta Mahkamah Rendah 1948 juga memperuntukkan secara khusus berkenaan dengan hukuman pemenjaraan serentak atau berturutan bagi dua perbicaraan berbeza. Walaupun Mahkamah mempunyai kuasa budibicara dalam menjatuhkan hukuman, namun adalah menjadi undang-undang mantap bahawa budi bicara tersebut hendaklah tidak dilaksanakan dengan cara sewenang-wenang (PP v. Lau Chin Huat [2011] 4 CLJ 554)
30
Berdasarkan prinsip undang-undang dalam menjatuhkan hukuman, walaupun mangsa adalah orang yang sama namun kejadian rogol berlaku pada tarikh dan masa yang berbeza. Oleh yang demikian kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh OKT bukanlah dilakukan dalam satu transaksi yang sama, tidak mempunyai kaitan di antara satu sama lain, dan kesalahan dalam pertuduhan kedua juga bukanlah merupakan kesalahan subsidiari kepada kesalahan dalam pertuduhan pertama. Kesalahan-kesalahan rogol itu telah berlaku pada masa dan tarikh berbeza. Prinsip kehakiman seperti dalam kes Bachik Abdul Rahman lwn Pendakwa Raya [2004] 2 MLJ 534; [2004] 2 CLJ 572 adalah dirujuk.
31
Melalui perbuatan-perbuatan OKT ini jelas menunjukkan OKT tidak menyesali akan perbuatannya dan terus mengulangi kesalahannya terhadap anak kandung beliau sendiri. Seperti yang telah dinyatakan di dalam jadual di atas, OKT juga mempunyai 2 lagi kes lain dan salah satunya juga melibatkan kes rogol CC-62JSK-13-06/2026 di mana tarikh kejadian dalam pertuduhan ialah 19.09.2025 dan saya menjatuhkan hukuman 8 tahun penjara dari tarikh tangkap 27.05.2026 dan 10 sebatan rotan. Hukuman ini berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dalam kes CC-62JSK-14-06/2026, dan hanya pertuduhan kedua kes no. 14 ini untuk dijalani selepas selesai hukuman penjara bagi pertuduhan pertama.
32
Di dalam kes Md Adam bin Mustafar lwn Pendakwa Raya [2016] MLJU 1886 YA Hakim menyatakan: [23] Peningkatan jenayah seksual mestilah dibendung dan perlakuan ini mestilah dibenteras agar ianya tidak menjadi penyakit yang serius di kalangan masyarakat. Oleh itu mahkamah merasakan hanya dengan hukuman yang berat, cita-cita dan tujuan murni badan perundangan yang telah menetapkan hukuman yang berat ke atas pesalah-pesalah rogol dapat dicapai. Jika tidak dapat dibenteras sepenuhnya sekurang-kurangnya pelaku-pelaku seks tidak akan memilih kanak-kanak yang masih mentah atau seorang nenek yang telah tua sebagai mangsa kebuasan nafsu seks serakah mereka. Setidak-tidaknya seorang ayah, bapa saudara tidak akan memilih anaknya atau anak saudaranya sendiri untuk membuang tempias kebuasan nafsu seks mereka. [24] Seperti yang dikatakan oleh Y.A Hakim Azman Abdullah di dalam kes Yek Hock Soon (supra): [32] Setiap hukuman hendaklah berbentuk memberi pengajaran dan mendatangkan rasa takut dan gerun serta serik kepada tertuduh dan kepada masyarakat. Hukuman yang sekadar gigitan semut (pinprick) akan mengakibatkan masyarakat menganggap kesalahan rogol sebagai tidak serius. Didalam kes Regina v WN Hammar [1957] 1 LNS 77; [1958] MLH 4 HC, ianya telah diputuskan “ punishment which amounts to a pinprick does not deter.”
33
Setelah mempertimbangkan semua faktor serta fakta kes ini, rayuan OKT, hujahan pemberatan pihak pendakwaan serta eksibit yang dikemukakan Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT adalah memadai dan wajar. Hukuman tersebut juga sepatutnya menjadi pengajaran kepada OKT supaya tidak mengulangi kesalahan jenayah lagi. Bertarikh pada: 15 Julai 2026 ………………………….. (Noor Zaihan binti Mohamad Ali) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Raub Pahang Darul Makmur Pendakwa Raya : TPR Fathin Nadhirah binti Kasim Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Peguam bela: : Tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.