Case JB-42JSKH-3-01/2025 Pertuduhan pertama: “Bahawa kamu pada bulan Ogos 2024 jam lebih kurang 5.45 petang, bertempat di bilik tidur kamu, asrama pondok pengajian Ahmadi, Lot 214, Kampung Parit Belahan Tampok, Rengit dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor, telah menyentuh kemaluan, punggung dan bibir kanak-kanak iaitu XXXXXX XXXXXX (KPT: XXXXXX-XX-XXXX), bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan Amang Seksual Fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu pada bulan Ogos 2024 jam lebih kurang 5.45 petang, bertempat di bilik tidur kamu, asrama pondok pengajian Ahmadi, Lot 214, Kampung Parit Belahan Tampok, Rengit dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor, telah membuatkan kanak-kanak iaitu (KPT: XXXXXX-XX-XXXX), menyentuh kemaluan kamu bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan Amang Seksual Fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.” Pertuduhan Ketiga: “Bahawa kamu pada bulan Ogos 2024 jam lebih kurang 5.45 petang, bertempat di bilik tidur kamu, asrama pondok pengajian Ahmadi, Lot 214, Kampung Parit Belahan Tampok, Rengit dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor, telah menyentuh dubur kanak-kanak iaitu XXXXXX XXXXXX (KPT: XXXXXX-XX-XXXX), dengan menggunakan kemaluan kamu bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan Amang Seksual Fizikal di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama.”