Content
FA-62JSKK-176-03/2021 1 / 61 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PUTRAJAYA (MAHKAMAH JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA KES JENAYAH NO.: FA-62JSKK-176-03/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
FA-62JSK-176-03/2021
Sessions Court of Malaysia19 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“came from a child witness (SP16) who had given evidence on oath and whose evidence was not corroborated. The manner a child witness may choose to give his/her evidence is provided by the Evidence of Child Witness Act 2007. Section 133A of the Evidence Act 1950 provides for the weight to be given to the evidence of a ch”
“angan di luar negara yang telah mengiktirafkan saksi kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan boleh memberi keterangan sebagaimana seorang dewasa. Antara peruntukan luar negara adalah Youth Justice and Criminal Evidence Act United Kingdom, Evidence Act New Zealand, Evidence Act Queensland, dengan izin. Satu pindaan di pe”
“ts case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the ac”
“tirafkan saksi kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan boleh memberi keterangan sebagaimana seorang dewasa. Antara peruntukan luar negara adalah Youth Justice and Criminal Evidence Act United Kingdom, Evidence Act New Zealand, Evidence Act Queensland, dengan izin. Satu pindaan di peringkat Jawatankuasa juga dicadangkan”
“atter, to decide whether a police report discloses a civil or a criminal matter. That power lies with the attorney general acting in his capacity as public prosecutor as provided in art 145(3) of the Federal Constitution read together with s 376(1) of the CPC. If indeed the applicant had been the victim of a crime, it”
“hkamah Persekutuan di dalam kes Loo Chuan Hua v. PP [1971] 1 MLRA 761; [1971] 2 MLJ 167b di mana YAA Hakim Azmi Ketua Hakim Negara menyatakan berkenaan dengan keterangan kanak-kanak seperti berikut: "Our Evidence Ordinance does not exclude it but prudence requires that it should be corroborated. Hence it is called a ru”
“enekanan ditambah] [39] Seterusnya, dalam kes Sakai Anak Sanga v PP [2021] 1 LNS 390 Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “...in order to secure a conviction under s. 14(a) of the Sexual Offences Against Children Act 2017, the prosecution must prove the following elements beyond reasonable doubt. a. T”
“n memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [101] Perkara ini telah diulas dengan terperinci oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Huang Qiang [2020] MLJU 895 dalam penghakiman Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali HMT (kemudian HMR) yang menjadi panduan kepada Mahkamah in”
“keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.”. [51] Mahkamah juga merujuk kepada panduan berikut yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Khairul Azlan bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052: “[55] Apa yang jelas ialah mahkamah perlu melihat keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Bagi melihat”
“(c) sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual. [38] Hal ini adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Zarul Afifi Mohd Zaki v. Pendakwa Raya [2023] MLRAU 231 seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal FA-62JSKK-”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
FA-62JSKK-176-03/2021 1 / 61 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PUTRAJAYA (MAHKAMAH JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK) DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA KES JENAYAH NO.: FA-62JSKK-176-03/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Pendakwaan bagi kes ini pada asalnya melibatkan dua pertuduhan ke atas tertuduh bernama Mohamed Zairin bin Mohidin (“OKT”). Dua pertuduhan tersebut melibatkan nombor kes FA-62JSKK-174-03/2021 (“Kes Pertama”) dan FA-62JSKK-176-03/2021 (“Kes Kedua”). Mahkamah ini telah membicarakan kedua-dua nombor kes tersebut bersama-sama.
2
Bagi Kes Pertama, OKT telah dituduh sebagaimana dalam Kertas Pertuduhan iaitu telah melakukan suatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama XXX binti YYY (No. KP: ZZZ) yang FA-62JSKK-176-03/2021 2 / 61 berumur 8 tahun 2 bulan dengan cara memegang bahu, kaki, peluk dan mencium mangsa bagi tujuan seksual.
3
Bagi Kes Kedua, OKT telah dituduh sebagaimana dalam Kertas Pertuduhan iaitu telah melakukan suatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama XXX binti YYY (No. KP: ZZZ) yang berumur 9 tahun 5 bulan dengan cara memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa bagi tujuan seksual.
4
OKT tidak mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan di atas.
5
Di akhir kes pendakwaan bagi Kes Pertama, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh OKT dan OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dengan serta merta. Tiada sebarang rayuan difailkan oleh pihak pendakwaan berkenaan keputusan mahkamah untuk melepaskan dan membebaskan OKT di akhir kes pendakwaan bagi Kes Pertama.
6
Di akhir kes pendakwaan bagi Kes Kedua, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh OKT dan seterusnya memerintahkan OKT untuk membela diri. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Oleh yang demikian, OKT telah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
7
Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.
8
Penghakiman bertulis ini mengandungi keseluruhan analisis dan sebab-sebab keputusan bagi Kes Kedua.
9
OKT telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] (“SOACA”) seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada bulan Januari 2021 jam lebih kurang 11 pagi, bertempat di dalam rumah alamat No 118 Lorong Balai Raya Batu 4 Gombak, 53000 Kuala Lumpur, di dalam daerah Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan suatu amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan bernama XXX binti YYY (No. K/P: XXX) yang berumur 9 tahun 5 bulan dengan cara memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jari kamu ke dalam kemaluan mangsa bagi tujuan seksual. Dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Apabila disabit boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat”.
10
Seksyen 14(a) SOACA memperuntukkan seperti yang berikut: FA-62JSKK-176-03/2021 4 / 61 “Amang seksual fizikal atas kanak-kanak
14
Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
c
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Huraian 1—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. Huraian 2—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu. [penekanan ditambah] FA-62JSKK-176-03/2021 5 / 61 KES PENDAKWAAN [11] Inti pati kes pendakwaan adalah seperti yang dinyatakan oleh saksi-saksi pendakwaan dalam keterangan mereka yang berjumlah sepuluh (10) orang kesemuanya dan juga berdasarkan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan kepada Mahkamah ini sebagai keterangan. [12] Seramai sepuluh orang saksi pendakwaan yang telah dipanggil untuk memberikan keterangan adalah seperti yang berikut:
a
SP 1 – D/KPL Sadzylee (Jurugambar);
b
SP2 – Anisah binti Kamrudin (Ibu Mangsa);
c
SP3 – Khojani binti Ku Ismail (Nenek Mangsa);
d
SP4 – XXX bin YYY (Adik Mangsa);
e
SP5 – Dr. Siti Noratikah Mohd Said (Pegawai Perubatan O&G);
f
SP6 – Dr. Nurainul Hana Shamsuddin (Pakar Perubatan
g
SP7 – SM Khuzaimay Ismail (Pegawai Teknikal CIC);
h
SP8 – XXX bin YYY (Mangsa Kes Pertama);
i
SP9 – XXX bin YYY (Mangsa Kes Kedua); dan
j
SP10 – Insp. Roshazrina binti Muhamad (Pegawai Penyiasat). [13] Dalam kes ini, SP2 merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai anak seramai 3 orang iaitu SP9 (anak pertama), SP8 (anak kedua) dan SP4 (anak ketiga). FA-62JSKK-176-03/2021 6 / 61 [14] SP2 tinggal di rumah peninggalan arwah neneknya (“selepas ini dirujuk sebagai rumah pusaka”) bersama anak-anaknya serta pakcik saudara SP2 iaitu OKT. Rumah pusaka tersebut terletak dalam satu tanah lot besar yang turut menempatkan beberapa rumah keluarga berhampiran rumah pusaka tersebut. SP2 hanya tinggal di bilik di rumah tersebut bersama anak-anaknya dan rumah SP3 iaitu ibu kepada SP2 terletak di belakang rumah SP2 dalam jarak satu (1) tapak. [15] Sekiranya SP2 pergi bekerja, SP4, SP8 dan SP9 akan pergi ke rumah neneknya, SP3 di sebelah rumah pusaka. SP4, SP8 dan SP9 akan bermain sama ada di rumah SP3 atau di rumah pusaka bersama OKT. Sekiranya SP4, SP8 dan SP9 bermain di rumah pusaka bersama OKT, OKT akan memberikan telefon bimbit OKT kepada SP4, SP8 dan SP9 untuk menonton kartun. SP4, SP8 dan SP9 telah menceritakan bahawa mereka bertiga menonton kartun melalui telefon bimbit OKT secara bersama-sama sama ada di ruang tamu ataupun di bilik OKT. [16] Pada 25.2.2001 jam lebih kurang 4.00 petang, SP2 baru sahaja pulang dari kerja dan ternampak SP4, SP8 dan SP9 dan OKT sedang duduk di atas sofa di ruang tamu rumah pusaka. Mereka sedang melihat telefon bimbit OKT. Pada masa itu, SP2 hendak lalu di ruang tersebut untuk ke biliknya dan SP2 melihat OKT memegang kaki SP9. [17] SP2 terus masuk ke bilik dan kemudiannya memanggil SP9 masuk ke biliknya dan SP2 kemudiannya bertanya kepada SP9 sama ada OKT ada memegang kakinya dan jawapan yang diberikan oleh SP9 adalah ya. SP2 terus bertanyakan soalan yang lain kepada SP9 sama ada selain kaki, di FA-62JSKK-176-03/2021 7 / 61 mana lagi OKT pegang dan jawapan yang diberikan oleh SP9 ialah OKT memegang bahu dan menyentuh kemaluan setelah SP2 bertanya beberapa kali. [18] SP2 turut bertanya kepada SP4 memandangkan mereka bertiga selalunya bersama-sama dan SP4 mengesahkan OKT ada memegang SP9. Dalam keterangan SP9, SP9 memberitahu Mahkamah bahawa OKT telah memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jari OKT ke dalam kemaluannya semasa berada di bilik OKT dan juga di ruang tamu rumah pusaka yang diduduki bersama-sama dengan OKT. SP9 menceritakan kejadian OKT memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9 adalah semasa mereka bertiga melihat telefon bimbit OKT di bilik OKT dalam keadaan berbaring di atas tempat tidur OKT. SP9 turut menyatakan OKT memasukkan jarinya dalam kemaluan SP9 ketika di ruang tamu. [19] SP4 telah menceritakan keadaan mereka bertiga melihat telefon bimbit OKT di bilik OKT dan SP4 telah melihat OKT memegang kaki SP9 dan telah ditunjukkan di Mahkamah bagaimana cara OKT memegang kaki SP9. [20] Pihak pendakwaan dalam hujahnya menyatakan bahawa OKT telah melakukan kontak fizikal bagi tujuan seksual terhadap SP9 dan tidak melibatkan persetubuhan iaitu OKT telah menggunakan telefon bimbitnya untuk mengumpan SP9 untuk melihat kartun dan terdapat dua (2) tempat di mana SP4, SP8 dan SP9 melihat kartun melalui telefon bimbit OKT iaitu di ruang tamu dan bilik tidur OKT. FA-62JSKK-176-03/2021 8 / 61 [21] SP9 telah menyatakan bahawa OKT telah memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9 pada bulan Januari 2021 jam lebih kurang 11.00 pagi. Pihak pendakwaan dalam hujahnya menyatakan keterangan SP9 secara bersumpah adalah konsisten dengan keterangan CIC SP9 (ekshibit P10(c)) dan diterjemahkan ke dalam transkrip ekshibit P13 serta keterangan SP4 dan keterangan SP2. [22] Berdasarkan keterangan SP9 secara bersumpah di Mahkamah dan semasa ditemu bual di CIC serta keterangan saksi mata SP4 dan SP9 adalah konsisten dan tindakan OKT yang melakukan tindakan memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9 merupakan perbuatan OKT iaitu satu kontak fizikal bagi tujuan seksual tanpa melibatkan persetubuhan di bawah seksyen 14(a) SOACA. [23] Keterangan SP9 dalam ekshibit P10(c) dan P13 juga adalah kredibel dan konsisten bilamana SP2 telah membuat laporan polis (ekshibit P6) pada keesokan hari setelah SP9 memaklumkan SP2 mengenai kejadian seksual tersebut. [24] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP9 adalah kredibel dan konsisten dan langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. INTI PATI HUJAHAN PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [25] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kesalahan pertama iaitu tertuduh menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak iaitu kontak fizikal FA-62JSKK-176-03/2021 9 / 61 dan elemen kesalahan kedua iaitu tertuduh membuat kontak fizikal bagi tujuan seksual. [26] Bagi elemen kesalahan pertama, pihak pembelaan telah menghujahkan seperti yang berikut:
a
Pihak pendakwaan telah memanggil SP2 untuk memberi keterangan berkenaan sentuhan. Pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa keterangan SP2 perlu diperhalusi memandangkan SP2 mempunyai sejarah perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga SP2 dan OKT;
b
SP2 merupakan saudara kepada OKT. SP2 mempunyai masalah pertikaian dengan OKT mengenai rumah pusaka;
c
Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan OKT berkelakuan lucah semasa memegang kaki SP9;
d
Mahkamah ini seharusnya berwaspada dalam penilaian keterangan-keterangan kanak-kanak SP8 dan SP9;
e
Keterangan pakar-pakar perubatan juga adalah tidak kredibel dan tidak disediakan mengikut garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Laporan perubatan yang dikemukakan sebagai keterangan harus ditolak oleh Mahkamah ini. FA-62JSKK-176-03/2021 10 / 61 [27] Bagi elemen kesalahan kedua, pihak pembelaan telah menghujahkan seperti yang berikut:
a
SP10 semasa soal balas mengakui tiada keterangan yang menunjukkan OKT berkelakuan aib atau tidak sopan semasa SP2 mendakwa OKT memegang kaki SP9;
b
SP10 juga tidak mempunyai alasan atau sebab untuk memeriksa telefon bimbit OKT semasa OKT berada dalam tahanan. Antara dakwaan SP2 adalah modus operandi OKT untuk mencabul SP9 adalah dengan pujukan menggunakan telefon bimbit;
c
Semasa OKT ditangkap tiada sebarang pergelutan berlaku dan OKT telah memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis;
d
Tingkah laku selepas kejadian juga menunjukkan OKT tiada apa-apa untuk disembunyikan atau terdapat sebarang usaha di pihak OKT untuk meloloskan diri daripada siasatan polis. Malah OKT juga telah memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak polis;
e
Segala tingkah laku OKT selepas kejadian ini menyangkal sebarang kesimpulan bahawa OKT bertindak, secara umumnya dengan niat jahat, atau secara khususnya, dengan FA-62JSKK-176-03/2021 11 / 61 niat seksual seperti dalam Huraian 2 seksyen 14(a) SOACA terhadap SP 9. [28] Selain itu, pihak pembelaan juga telah membangkitkan mengenai isu keterangan kanak-kanak tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas lain. Dalam hal ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa atas dasar ‘matter of prudence and practice’ Mahkamah ini seharusnya berpuas hati dengan mencari keterangan bebas lain yang menyokong keterangan kanak-kanak. Hakikat bahawa SP8 dan SP9 adalah kanak-kanak yang berkebolehan untuk memberi keterangan kerana mereka dapat memahami soalan dan memberikan jawapan yang rasional tidak semestinya menjadikan keterangan mereka boleh dipercayai. Khususnya bagi keterangan berdasarkan pengadu jenayah seksual, Mahkamah perlu mencari keterangan sokongan bebas lain yang menyokong keterangan pengadu. [29] Keterangan sokongan bebas lain dikehendaki, khususnya di mana pengadu jenayah seksual melibatkan seorang kanak-kanak. Secara khususnya mengenai kesalahan seksual, mahkamah juga perlu mengambil perhatian kepada perkara-perkara yang dijelaskan dalam kes PP v. Mohamed Malek Ridzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359. [30] Pihak pembelaan turut membangkitkan bahawa SP10 gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh. Isu yang berbangkit adalah siasatan adalah tidak lengkap dan hasil siasatan mengandungi pelbagai kelemahan, kelompangan dan kecacatan. Huraian kepada isu ini FA-62JSKK-176-03/2021 12 / 61 sebagaimana yang dikemukakan oleh pihak pembelaan adalah seperti yang berikut:
a
SP10 adalah seorang saksi yang tidak berkredibel, telah memberikan keterangan yang tidak betul dan mengelirukan
b
SP10 telah membuat permohonan reman kepada mahkamah dengan alasan kononnya untuk menahan OKT dalam reman adalah untuk membawa OKT ke tempat kejadian untuk pandu arah;
c
Semasa pemeriksaan semula, SP10 menjelaskan tindakannya untuk tidak melibatkan OKT untuk pandu arah di tempat kejadian adalah atas sebab OKT tidak mengakui kesalahan. Penjelasan SP10 adalah pelik dan janggal memandangkan OKT sudah menafikan kesalahan ini sejak seawal jam 8.41 malam pada 26 Februari 2021 iaitu sebelum permohonan reman dibuat ke atas OKT di Mahkamah. Ini menunjukkan SP10 telah jelas mengelirukan Mahkamah atas alasan untuk mendapatkan tempoh reman ke atas OKT;
d
SP10 juga telah memberi keterangan yang tidak benar dalam Mahkamah. Semasa OKT tidak diwakili oleh peguam dan cuba menyoal balas SP10, SP10 menafikan berjumpa dengan OKT dalam keadaan bersiap sedia untuk solat Maghrib. Menurut keterangan SP10, tangkapan ke atas OKT FA-62JSKK-176-03/2021 13 / 61 dibuat pada 26 Februari 2021, jam 8.41 malam, tetapi menurut kandungan ekshibit P14, SP10 menyatakan tangkapan dibuat pada jam 7.15 malam, iaitu pada sekitar waktu Maghrib;
e
Tiada satu gambar yang menunjukkan OKT diberi peluang untuk pandu arah di tempat kejadian. Semasa pemeriksaan balas, SP10 hanya memberikan alasan bahawa OKT menafikan kesalahan-kesalahan yang disiasat maka OKT tidak dibawa ke tempat kejadian;
f
SP10 telah menjalankan satu siasatan yang jelas berpihak kepada pengadu iaitu SP2 sahaja. Siasatan yang dijalankan juga adalah tidak teratur dan menyalahi undang-undang mantap;
g
Semasa soal balas, SP10 telah membuat pengakuan iaitu telah mencatatkan perkara yang tidak betul dan cuai dalam rakaman percakapan;
h
Penglibatan SP10 adalah banyak dan mempunyai pengaruh yang mutlak ke atas siasatan, pengesanan keterangan dan penghasilan keterangan yang sama. Semasa rakaman CIC, SP10 telah melibatkan diri secara peribadi walaupun tiada keperluan untuk berbuat demikian. SP10 sepatutnya boleh mendapatkan bantuan pegawai polis CIC lain untuk merakam FA-62JSKK-176-03/2021 14 / 61 percakapan CIC yang adil dan bebas daripada sebarang pengaruh;
i
SP10 juga tidak menjalankan siasatan secara menyeluruh dan SP10 telah mengganggu keterangan pendakwaan semasa siasatan;
j
Ketidakseragaman penyata saksi SP10 juga mendatangkan keraguan sama ada penyata ini telah disediakan oleh orang lain bagi SP10;
k
Kegagalan atau kecuaian SP10 menjalankan siasatan secara menyeluruh dan merakam percakapan saksi-saksi penting juga telah merampas peluang OKT untuk dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini. Tertuduh tidak patut dihukum atas kesalahan, kecuaian atau kegagalan pegawai penyiasat dalam menjalankan tugas;
l
Dalam kes ini, terdapat keraguan yang munasabah untuk mengesyaki adik lelaki SP2 sebagai suspek. Malangnya, pihak polis telah memfokuskan segala tenaga terhadap OKT sehingga tidak sedar berkenaan suspek lain;
m
SP10 juga telah gagal untuk merakam percakapan saksi-saksi lain yang berada di tempat kejadian dan hanya memfokuskan siasatan terhadap saksi-saksi yang berpihak kepada SP2 sahaja; dan FA-62JSKK-176-03/2021 15 / 61
n
SP10 turut mengakui kesalahan berlaku semasa tempoh kawalan pergerakan. [31] Isu-isu ini akan dikupas secara lebih mendalam selepas ini dalam penilaian mahkamah secara maksimum terhadap keterangan-keterangan yang boleh dipercayai dan bersifat berwibawa (credible) yang telah dikemukakan di mahkamah ini. PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN Penilaian maksimum dan prima facie [32] Tugas utama Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan telah digariskan dalam peruntukan seksyen 173(f) dan seksyen 173(h) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”). Di peringkat ini, Mahkamah ini mesti membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan yang dituduh ke atasnya. [33] Prinsip undang-undang ini adalah mantap (“trite law”) dan bagi tujuan penghakiman bertulis ini, Mahkamah ini merujuk kepada dua kes Mahkamah Persekutuan seperti di bawah. [34] Kes yang pertama ialah kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, di mana Augustine Paul HMR (pada ketika itu) telah menjelaskan mengenai maksud prima facie seperti berikut: FA-62JSKK-176-03/2021 16 / 61 “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can only be overthrown by evidence in rebuttal … The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s 180(2) and (3). Of course in a jury trial where the evaluation is hypothetical the question to be asked would be whether on the evidence as it stands the accused could (and not must) lawfully be convicted. That is so because a determination on facts is a matter for ultimate decision by the jury at the end of the trial. Since the court, in ruling that a prima facie case has been made out, must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent he must be convicted. The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.”. (Penekanan ditambah). [35] Kes yang kedua ialah kes Mahkamah Persekutuan yang mengupas prinsip-prinsip ini iaitu kes Abdullah bin Atan v PP & Anor Appeal [2020] 9 CLJ 151. Dalam kes ini YAA Ketua Hakim Negara dalam penghakiman beliau di perenggan 44, antara lainnya, telah merujuk kes PP v Ong Chong Heong [1998] 4 CLJ 209 dan seterusnya mengendors penyataan berikut dalam kes tersebut: FA-62JSKK-176-03/2021 17 / 61 “What then constitutes a ‘prima facie case’? ... While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary, but is not conclusive.”. [36] Justeru, Mahkamah ini mestilah di peringkat akhir kes pendakwaan melakukan penilaian maksimum terhadap keterangan-keterangan pihak pendakwaan yang telah dikemukakan, termasuk menilai kewibawaan keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam menentukan sama ada elemen kesalahan berjaya dibuktikan atau sebaliknya. Sekiranya lebih daripada satu inferens atau kesimpulan yang timbul daripada hasil penilaian ini, inferens yang memberi manfaat kepada OKT yang patut diterima oleh Mahkamah ini. ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN BAGI KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 14(a) SOACA [37] Bagi pertuduhan di bawah seksyen 14(a) SOACA, elemen yang perlu dibuktikan bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut adalah seperti yang berikut:
a
mangsa adalah seorang kanak-kanak;
b
tertuduh telah menyentuh bahagian badan kanak-kanak tersebut; dan
c
sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual. [38] Hal ini adalah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Zarul Afifi Mohd Zaki v. Pendakwa Raya [2023] MLRAU 231 seperti yang berikut: FA-62JSKK-176-03/2021 18 / 61 “[1] Pendakwaan terhadap Perayu/Tertuduh bermula di Mahkamah Sesyen Kuantan atas kesalahan di bawah s 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. Di akhir kes pembelaan, pada 28 April 2021, Hakim Mahkamah Sesyen telah membebaskan dan melepaskan Perayu terhadap pertuduhan tersebut. …
i
SP3 adalah seorang kanak-kanak;
II
(ii) Perayu telah menyentuh bahagian badan mangsa kanak-kanak tersebut; dan
II
(ii) Sentuhan tersebut adalah bagi maksud seksual. … [29] Bagi menyelami hasrat kerajaan menggubal s 14 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 adalah wajar bagi kami terlebih dahulu merujuk kepada Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 3 April 2017 ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said (beliau pada ketika itu) membahaskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-kesalahan Seksual 235 Terhadap Kanak-kanak 2017 di halaman 25 di mana beliau menyatakan seperti berikut: "Bahagian empat terdiri daripada fasal 15 memperuntukkan mengenai kesalahan amang seksual, sexual assault, dengan izin, secara fizikal terhadap kanak-kanak. Di bawah fasal ini, mana-mana orang yang bagi maksud seksual menyentuh mana-mana bahagian kanak-kanak, membuat kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau mana-mana orang lain atau membuatkan kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri atau melakukan apa-apa perbuatan yang melibatkan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan sesuatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan tidak melebih 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat. Dapat dilihat perbuatan yang dirangkumi di bawah perbuatan amang seksual ini merupakan perbuatan yang melibatkan sentuhan". [30] Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan, adalah jelas bahawa SP3 adalah seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun FA-62JSKK-176-03/2021 19 / 61 sewaktu kejadian tersebut. Maka dengan itu elemen pertama kesalahan bagi s 14(a) Akta tersebut iaitu mangsa adalah seorang kanak-kanak telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Malah tiada apa-apa pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai usia SP3 tersebut.”. [penekanan ditambah] [39] Seterusnya, dalam kes Sakai Anak Sanga v PP [2021] 1 LNS 390 Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti yang berikut: “...in order to secure a conviction under s. 14(a) of the Sexual Offences Against Children Act 2017, the prosecution must prove the following elements beyond reasonable doubt. a. The accused had touch any part of the body of the child and, b. The accused had done the act for sexual purposes.”. [40] Mahkamah ini akan membuat perincian lanjut ke atas elemen-elemen kesalahan tersebut seperti di bawah. Elemen pertama – Sama ada SP9 adalah seorang kanak-kanak [41] Berdasarkan kertas pertuduhan, SP9 berumur 9 tahun 5 bulan ketika kejadian berlaku. Pihak pendakwaan dalam hujahnya turut menekankan bahawa SP9 telah dilahirkan pada 27 Ogos 2012 dan turut melampirkan perakuan Jabatan Pendaftaran Negara melalui ekshibit P4. Pihak pembelaan juga tidak membangkitkan apa-apa pertikaian mengenai usia SP9. FA-62JSKK-176-03/2021 20 / 61 [42] Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan elemen pertama. Elemen kedua – Sama ada OKT telah menyentuh bahagian badan SP9 [43] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa SP9 telah menyatakan bahawa OKT telah memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9 pada Januari 2021, lebih kurang jam 11.00 pagi. Keterangan SP9 secara bersumpah juga adalah konsisten dengan keterangan CIC SP9 dan keterangan SP4 dan SP2. [44] Pihak pendakwaan merumuskan bahawa perbuatan OKT merupakan satu kontak fizikal bagi tujuan seksual tanpa melibatkan persetubuhan di bawah seksyen 14(a) SOACA. [45] Pihak pembelaan telah mempertikaikan elemen ini dan menghujahkan bahawa SP2 telah membuat tuduhan palsu ke atas OKT kerana SP2 mempunyai sejarah perselisihan faham dengan OKT mengenai harta pusaka. Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan OKT berkelakuan lucah semasa memegang kaki SP9. [46] Dari sudut keterangan SP4, SP8 dan SP9 sendiri sebagaimana yang telah dikupas sebelum ini, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT ada menyentuh bahagian badan SP9. Malah berdasarkan keterangan SP2 FA-62JSKK-176-03/2021 21 / 61 sendiri, SP2 telah melihat OKT menyentuh kaki SP9 ketika mereka berada di ruang tamu rumah pusaka. [47] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan elemen kedua. Elemen ketiga – Sama ada sentuhan adalah bagi maksud seksual [48] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa OKT telah memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9. SP9 semasa memberikan keterangan di Mahkamah telah menyatakan bahawa OKT memasukkan jari ke dalam seluar, menyentuh perut, kaki dan bahu SP9 ketika melihat telefon bimbit OKT di ruang tamu dan di bilik OKT. Keterangan CIC, keterangan SP2 dan SP9 juga adalah konsisten mengenai perkara tersebut. [49] Pihak pembelaan pula menghujahkan bahawa SP10 mengakui tiada keterangan yang menunjukkan OKT berkelakuan aib atau tidak sopan semasa SP2 mendakwa OKT memegang kaki SP9. Pihak pembelaan seterusnya menghujahkan bahawa segala tingkah laku OKT selepas kejadian ini menyangkal sebarang kesimpulan bahawa OKT bertindak dengan niat seksual. FA-62JSKK-176-03/2021 22 / 61 [50] Dalam menentukan sama ada perbuatan sentuhan yang dilakukan oleh OKT adalah bagi maksud seksual, Huraian 2 seksyen 14 SOACA memberikan panduan berikut: “Huraian 2—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.”. [51] Mahkamah juga merujuk kepada panduan berikut yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Khairul Azlan bin Mohd Napi lwn Pendakwa Raya [2021] MLJU 2052: “[55] Apa yang jelas ialah mahkamah perlu melihat keseluruhan keterangan yang dikemukakan. Bagi melihat sama ada ianya mencukupi untuk menunjukkan bahawa sentuhan dan bahagian yang disentuh itu sudah menjurus kepada bermaksud seksual. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa sebarang sentuhan yang dibuat terhadap kanak-kanak bukan semestinya boleh dikatakan sebagai satu kesalahan di bawah s. 14(a) sebaliknya penelitian lanjut perlu dibuat kepada keterangan bagi mendapatkan keterangan yang jelas bahawa sentuhan tersebut bermaksud seksual. Ia bertujuan bagi menghalang sebarang penyalahgunaan s. 14(a) bagi tindakan sentuhan kanak-kanak yang tiada keterangan ianya bermaksud seksual. Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu memberi perhatian bahawa kejadian sentuhan tersebut adalah melibatkan dua orang iaitu seorang kanak-kanak dan tertuduh. Oleh yang demikian keterangan kanak-kanak tersebut perlu diteliti dengan sewajarnya dan tidak diketepikan begitu sahaja. Oleh yang demikian s. 18 dalam keadaan yang sedemikian boleh digunakan dengan tidak mengenepikan kredibiliti saksi tersebut atau percanggahan-percanggahan yang serius yang berlaku di antara saksi kanak-kanak tersebut dengan saksi yang lain.”. [penekanan ditambah] FA-62JSKK-176-03/2021 23 / 61 [52] Berdasarkan panduan di atas, Mahkamah telah menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksimum. Hasil penilaian tersebut terutamanya kepada keterangan SP2, SP4, SP8 dan SP9 sendiri serta setelah meneliti CIC, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan elemen ketiga. [53] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, SP9 telah memberikan keterangan bahawa OKT telah memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan SP9 semasa berada di bilik OKT dan juga di ruang tamu rumah pusaka yang diduduki bersama-sama OKT. Melihat kelakuan OKT ini secara menyeluruh terutamanya tindakan OKT memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9 yang merupakan bahagian anggota seksual, Mahkamah berpuas hati bahawa tindakan-tindakan OKT tersebut menjurus kepada sentuhan bagi maksud seksual. [54] Setelah mendengar keterangan daripada SP2, SP4, SP8 dan SP9 sendiri serta meneliti CIC, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan elemen ketiga. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [55] Mahkamah ini setelah mempertimbangkan secara maksimum keseluruhan keterangan dan ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga setelah meneliti dan memperhalusi semua hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah FA-62JSKK-176-03/2021 24 / 61 berjaya mengemukakan keterangan-keterangan yang berwibawa (credible evidence) bagi membuktikan setiap satu elemen kesalahan di bawah seksyen 14(a) SOACA. Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT. [56] Mahkamah telah memerintahkan OKT untuk membela dirinya bagi pertuduhan di bawah seksyen 14(a) SOACA. Mahkamah telah menjelaskan tiga pilihan yang ada kepada OKT. Selepas pilihan-pilihan untuk membela diri diterangkan kepada OKT, OKT memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi di mana OKT boleh disoal balas. KES PEMBELAAN Tanggungjawab Mahkamah di akhir perbicaraan [57] Tugas Mahkamah di akhir perbicaraan telah dijelaskan dalam seksyen 173(m) KTJ di mana Mahkamah ini perlu menimbangkan serta menilai semua keterangan di hadapannya dan perlu menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. [58] Mahkamah ini ingin menekankan bahawa mahkamah bicara dalam penilaian dan penelitian keterangan pihak pembelaan perlulah dipandu (must be guided) oleh kes Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 yang merupakan kes yang menjadi duluan penting dalam undang-undang tatacara jenayah yang mana telah diputuskan seperti yang berikut: FA-62JSKK-176-03/2021 25 / 61 “The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt — Convict.
b
If you accept or believe the accused’s explanation — Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused’s explanation — Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt — Convict.
e
If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt — Acquit.”. [59] Pendekatan yang digariskan secara terperinci dalam kes ini telah dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes seperti dalam kes Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393 sebagai pendekatan yang betul untuk diikuti dalam proses penilaian keterangan pembelaan dan semua keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah ini. Inti pati pembelaan OKT [60] OKT (SD1) telah memberikan keterangan bersumpah dan telah memanggil satu lagi saksi untuk memberikan keterangan iaitu SD2 yang merupakan abang kepada OKT dan bapa saudara kepada SP2. SD2 juga telah memberikan keterangan bersumpah. [61] Secara keseluruhan, OKT menafikan melakukan sebarang perbuatan termasuk memegang bahu, tangan, perut, kaki dan memasukkan jari OKT ke dalam kemaluan SP9 dengan niat seksual. FA-62JSKK-176-03/2021 26 / 61 [62] OKT menyatakan OKT mengingati satu kejadian di mana SP9 bermain sepak bantal ketika OKT sedang baring di ruang tamu. SP9 duduk berdekatan dengan OKT dan OKT telah menahan kedua-dua kaki SP9 dan mengalihkannya ke arah bawah. Pada waktu ini, secara kebetulan SP2 lalu di kawasan ruang tamu dan melihat kejadian ini. Tiada sebarang konfrontasi berlaku semasa SP2 melihat kejadian ini walaupun SP2 kononnya mendakwa dalam laporan FIR (ekshibit P6) rasa tidak selesa dengan tindakan OKT. [63] Pihak pembelaan memohon Mahkamah menyimpulkan satu inferens bahawa semasa OKT mengalihkan kaki SP9, OKT tidak melakukannya dengan niat seksual. Tiada keterangan (circumstantial evidence) lain yang turut menunjukkan OKT melakukannya dengan niat seksual. Sekiranya ada, berdasarkan demeanour and temperament SP9 sebagai saksi dalam Mahkamah, sudah tentu SP2 akan terus membuat konfrontasi dengan OKT dan menyoal perbuatannya. [64] Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa keterangan OKT adalah satu keterangan fikir semula (afterthought) memandangkan perkara ini tidak pernah dibangkitkan kepada mana-mana saksi pendakwaan. Pihak pembelaan menafikan perkara ini kerana pihak pembelaan telah membangkitkan isu-isu ini kepada SP10 semasa pemeriksaan balas. Lanjutan kepada keterangan SP10 semasa pemeriksaan balas, OKT memberikan penjelasannya berkenaan insiden OKT pegang bahagian kaki, di mana SP2 telah melihat kejadian tersebut secara kebetulan. FA-62JSKK-176-03/2021 27 / 61 [65] Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa OKT turut menyatakan bahawa keluarga OKT dan keluarga SP2 mempunyai masalah pemilikan rumah pusaka dalam kalangan adik-beradik sendiri, termasuk bapa SP2 dan OKT. OKT mendakwa SP2 telah memfitnah OKT melakukan perkara-perkara seperti dalam pertuduhan bagi tujuan untuk mengaibkan OKT. [66] OKT menyatakan ketika kejadian ini dikatakan berlaku, perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan oleh Kerajaan. Ahli-ahli keluarga OKT lain turut berada di dalam rumah atau berdekatan persekitaran rumah kejadian. Sekiranya OKT melakukan apa-apa amang seksual atau perbuatan mencurigakan sudah tentu ahli keluarga lain akan mengambil perhatian dan menegur perbuatan OKT, terutamanya apabila kejadian-kejadian dikatakan berlaku beberapa kali di ruang tamu rumah pusaka dan di ruang-ruang lain. [67] Selanjutnya, SD2 turut memberi keterangan bahawa SD2 tidak nampak apa-apa kejadian yang mencurigakan sepanjang masa beliau berada di rumah pusaka tersebut. SD2 telah berkahwin dan tinggal bersama-sama dengan 6 orang ahli keluarga dalam rumah pusaka yang sama di alamat yang sama. Semasa pemeriksaan balas juga, beliau mengesahkan bahawa OKT sangat rapat dengan adiknya yang bernama Jamil bin Maidin. OKT dan Jamil banyak meluangkan masa bersama dengan hobi memancing mereka. SD2 juga mengesahkan Jamil selalu meluangkan masa di rumah pusaka di bahagian ruang tamu. FA-62JSKK-176-03/2021 28 / 61 [68] Pihak pendakwaan juga menyoal secara bertubi-tubi bahawa SD2 tidak tinggal di rumah pusaka dan SD2 tiada sebarang pengetahuan mengenai kejadian-kejadian yang berlaku di dalam rumah pusaka. SD2 telah memberikan keterangan yang konsisten dengan keterangan OKT bahawa selalunya ada kehadiran orang dalam rumah termasuk dirinya. Melalui pemeriksaan balas terhadap OKT dan SD2, pihak pendakwaan telah memberikan gambaran kepada Mahkamah seolah-olah kanak-kanak meluangkan banyak masa dalam rumah pusaka bersama-sama dengan OKT dan OKT pula menggunakan banyak masa yang diluangkan oleh kanak-kanak untuk mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan amang seksual. [69] SP2 sendiri telah memberi keterangan bahawa kanak-kanak adalah di bawah jagaan ibunya. SD2 yang juga merupakan salah seorang saksi yang tinggal dalam rumah pusaka memberi keterangan bahawa, anak-anak SP2 selalu balik ke rumah bapa SP2 yang berhampiran dengan rumah pusaka untuk tujuan makan dan mandi ketika SP2 tiada di rumah. Dalam hal ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang keterangan yang kukuh selain syak wasangka oleh SP2 terhadap OKT dan bergantung kepada dakwaan kanak-kanak yang tidak mempunyai independent corroboration. [70] Selanjutnya, pihak pembelaan turut membangkitkan mengenai isu-isu lain bagi menyokong pembelaannya yang membangkitkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan seperti yang diperincikan di bawah. FA-62JSKK-176-03/2021 29 / 61 Isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan
i
Pegawai penyiasat gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh: Siasatan adalah tidak lengkap dan hasil siasatan mengandungi pelbagai kelemahan, kelompangan dan kecacatan [71] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa tanggungjawab ke atas siasatan sesuatu kes jenayah terletak pada pegawai penyiasat dan bukan OKT. SP10 dalam kes ini juga telah memikul kesemua tangungjawab kepolisan dalam siasatan tanpa melibatkan anggota lain.
II
(ii) Kehadiran saksi-saksi dalam rumah kejadian semasa tempoh PKP [72] Pihak pembelaan menyatakan SP10 telah gagal untuk melaksanakan amanahnya secara adil sebagai seorang pegawai penyiasat dengan hanya berpuas hati untuk merakam percakapan saksi-saksi yang berpihak kepada SP2 seperti SP3 sahaja, yang jelas tidak tinggal dalam rumah pusaka. [73] Penghuni-penghuni lain di rumah pusaka tidak pernah dipanggil untuk membantu siasatan walaupun SP10 kononnya menyatakan telah berjumpa dengan ahli-ahli keluarga OKT semasa OKT ditangkap. [74] Pihak pendakwaan telah mempertikaikan kehadiran SD2 dalam rumah pusaka dan mencadangkan SD2 tiada dalam rumah pusaka dalam bulan Januari 2021. Jawapan SD2 semasa soal balas oleh TPR FA-62JSKK-176-03/2021 30 / 61 mengesahkan bahawa masih ada saksi-saksi lain termasuk SD2 dalam rumah pusaka sepanjang bulan Januari 2021, malangnya beliau tidak pernah dipanggil untuk membantu siasatan. Sepanjang masa SD2 berada dalam rumah pusaka, beliau juga tidak pernah menyaksikan apa-apa kejadian amang seksual.
III
(iii) SP10 adalah seorang saksi yang tidak berkredibel, telah memberikan keterangan tidak betul dan pernah mengelirukan mahkamah secara sengaja [75] Pihak pembelaan menyatakan bahawa SP10 adalah seorang saksi yang tidak berkredibel dan telah memberikan keterangan tidak betul dan mengelirukan Mahkamah. SP10 telah membuat permohonan reman kepada mahkamah kononnya, antara alasan untuk menahan OKT dalam reman adalah untuk membawa OKT ke tempat kejadian untuk pandu arah. Semasa pemeriksaan semula, SP10 menjelaskan tindakan untuk tidak melibatkan OKT untuk pandu arah di tempat kejadian adalah atas sebab OKT tidak mengakui kesalahan. [76] SP10 juga telah memberi keterangan yang tidak benar dalam Mahkamah. Semasa OKT tidak diwakili oleh peguam dan cuba menyoal balas SP10, SP10 menafikan berjumpa dengan OKT dalam keadaan bersiap sedia untuk solat Maghrib. Menurut keterangan SP10, tangkapan ke atas OKT dibuat pada 26 Februari 2021, jam 8.41 malam, tetapi menurut kandungan ekshibit P14, SP10 menyatakan tangkapan dibuat pada jam 7.15 malam, iaitu pada sekitar waktu Maghrib. FA-62JSKK-176-03/2021 31 / 61 [77] Semasa rakaman CIC, SP10 juga telah melibatkan diri secara peribadi walaupun tiada keperluan berbuat demikian. SP10 juga telah mempengaruhi keterangan rakaman CIC dan menghasilkan keterangan bertentangan ke atas OKT. [78] Ketidakseragaman penyata saksi SP10 juga menimbulkan keraguan sama ada penyata saksi telah disediakan oleh orang lain bagi pihak SP10. [79] Kegagalan atau kecuaian SP10 menjalankan siasatan secara menyeluruh dan merakam percakapan saksi-saksi penting telah merampas peluang OKT untuk dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini. Pihak pembelaan telah membangkitkan bahawa terdapat keraguan yang munasabah untuk mengesyaki adik lelaki SP2 sebagai suspek. Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa wujudnya suspek lain iaitu adik SP2 yang pernah berkelakuan aib tersebut tiada kaitan dengan kes ini. [80] Pihak pembelaan menyatakan suspek ini bukan satu watak fiksyen atau fictitious character yang direka bagi tujuan pembelaan dan sekiranya siasatan yang dijalankan adalah bagi tujuan untuk menangkap dan menuduh orang bersalah, maka siasatan yang sama seharusnya merangkumi adik SP2 sendiri yang bernama Amir bin Kamaruddin. Lebih-lebih lagi apabila Amir memiliki rekod lampau dan OKT pula tidak mempunyai sebarang rekod lampau. FA-62JSKK-176-03/2021 32 / 61
IV
(iv) Pendakwaan kes bercanggah dengan keterangan [81] Pihak pembelaan menghujahkan kes pendakwaan adalah bercanggah dengan keterangan pendakwaan sendiri. Percanggahan ini telah menyebabkan kekeliruan dan memprejudiskan tertuduh dalam kes yang dibicarakan. [82] Kertas pertuduhan menuduh tertuduh melakukan 5 perbuatan amang seksual iaitu, memegang bahu (1), tangan (2), perut (3), kaki (4) dan memasukkan jari OKT (5) ke dalam kemaluan mangsa bagi tujuan seksual. Manakala keterangan pendakwaan, terutamannya ekshibit P6 menyatakan SP9 memaklumkan kepada SP2 bahawa OKT telah menyentuh di bahagian bahu (1), peha (2) dan kemaluan (3) SP9 sahaja. Tiada sebarang dakwaan bahawa OKT telah memasukkan jari ke dalam kemaluan SP9. SP2 menyatakan ini adalah maklumat hasil soal siasat SP2 sendiri. [83] Laporan FIR yang dibuat oleh SP2 dan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan dalam Mahkamah juga adalah berbeza. SP2 menyatakan dalam ekshibit P6, laporan FIR bertarikh 26 Februari 2021, bahawa: “Pada 25 Februari 2021, jam 4.00 petang, OKT telah mengusik-usik kedua-dua kaki anak sulung saya [SP 9]. Saya rasa tidak selesa dengan cara sentuhan pak cik saya ke atas anak saya dan saya terus bawa anak saya ke dalam bilik.” Dalam ekshibit P6 yang sama, SP2 juga mendakwa kononnya ‘hasil soal siasat’ bersama dengan SP9, SP9 telah maklum bahawa OKT pernah sentuh di bahagian bahu, peha dan sentuh bahagian kemaluan (tempat buang air kecil) dengan menggunakan jari. Dalam ekshibit P6 ini, SP2 mendakwa berlakunya sentuhan, iaitu kontak sahaja. Tiada FA-62JSKK-176-03/2021 33 / 61 sebarang dakwaan bahawa kanak-kanak telah maklum pengadu bahawa OKT telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP9. Ini adalah maklumat penting, sekiranya dinyatakan dalam ekshibit P6, ia boleh digunakan oleh pendakwaan sebagai corroborative evidence atau keterangan sokongan selaras dengan seksyen 157 Akta Keterangan 1950. [84] Apabila SP10 bertanyakan beberapa kali mengenai kejadian ini kepada SP9 semasa rakaman CIC, SP9 teragak-agak untuk memberi jawapan dan juga enggan kenal pasti tubuh badan (pada anak patung) yang OKT dikatakan sentuh atau masukkan jari. SP9 juga mendakwa rasa sakit di bahagian kemaluannya disebabkan OKT telah masukkan jari. Kenyataan ini jauh bercanggah dengan dakwaan SP2 (berdasarkan dakwaan kanak-kanak) dalam FIR yang hanya menyatakan perbuatannya adalah hanya sekadar kontak atau sentuhan sahaja, dan bukan jenis penetration. [85] Pihak pembelaan juga membangkitkan bahawa tiada sebarang laporan perubatan yang menyatakan terdapatnya koyakan pada hymen kanak-kanak, kecederaan atau luka pada mana-mana bahagian kemaluan kanak-kanak. Tiada sebarang keterangan lain yang turut menyokong dakwaan ini. Sekiranya benar dakwaan SP9 ini, sudah tentu ada keterangan perubatan yang menyokong kehadiran koyakan, kecederaan, ataupun luka yang menyokong kenyataan SP9 bahawa OKT telah masukkan jari sehingga tahap SP9 rasa sakit. [86] SP6 menyatakan hasil pemeriksaan oleh pakar ginekologi menunjukkan tiada koyakan ditemui pada hymen. Pembelaan memohon Mahkamah untuk menyimpulkan di sini bahawa bukan sahaja pendakwaan FA-62JSKK-176-03/2021 34 / 61 telah gagal untuk membuktikan elemen pertama, malah terdapat kelompangan dalam keterangan SP9 sendiri berkaitan dakwaan OKT memasukkan jari ke dalam kemaluan SP9. [87] Pihak pembelaan turut menyatakan bahawa SP2 telah nampak OKT mengalihkan kaki SP9 secara kebetulan semasa berada di ruang tamu. Dalam keadaan kecurigaan dan syak wasangka, SP2 telah membuat andaian dan mengaitkan isu rasa sakit di bahagian kemaluan SP9 dengan satu andaian bahawa OKT telah mencabul SP9. [88] Dalam keadaan sebegini, pihak pembelaan telah memohon Mahkamah untuk lebih berhati-hati dalam memperhalusi keterangan SP9. Mahkamah juga perlu berwaspada dalam pengamatannya sama ada keterangan SP9 adalah inherently credible dan disokong kukuh oleh keterangan-keterangan bebas lain, dan berpuas hati keterangan SP9 adalah bukan bertujuan mengiakan desakan SP2 dan dalam keadaan ketakutan SP2 akan memarahi SP9.
v
Keterangan kanak-kanak tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas lain [89] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa atas dasar ‘matter of practice and prudence’ Mahkamah ini seharusnya turut melihat keterangan bebas lain yang menyokong keterangan kanak-kanak. Hakikat bahawa SP9 adalah kanak-kanak yang berkebolehan untuk memberi keterangan kerana mereka dapat memahami soalan dan memberikan jawapan yang rasional tidak semestinya menjadikan keterangannya boleh dipercayai. Ini kerana FA-62JSKK-176-03/2021 35 / 61 kanak-kanak mempunyai kesukaran untuk membezakan kebenaran realiti dan dunia fantasi khayalan. Mahkamah harus mengambil maklum akan risiko yang terkandung dalam keterangan seseorang kanak-kanak apabila menilai keterangan bersumpah SP9, terutama sekali bagi keterangan berdasarkan SP2 dalam kes jenayah seksual, Mahkamah perlulah mencari keterangan sokongan bebas lain yang menyokong keterangan pengadu.
VI
(vi) SP6 bukan pakar yang berkredibel dan keterangannya harus ditolak [90] Ekshibit P8 iaitu laporan perubatan disediakan oleh SP6 pula bukan satu laporan yang memenuhi kehendak Guidelines for Hospital Management of Child Abuse and Neglect dan pihak pembelaan menghujahkan supaya Mahkamah menolak ekshibit P8 daripada diambil dalam pertimbangan. Dalam ekshibit P8, SP6 gagal membuat sebarang pemerhatian dan tiada sebarang diagnosis direkodkan.
VII
(vii) Tiada keterangan corroboration atau sokongan yang menyokong kejadian amang seksual [91] SP10 mengesahkan tiada keterangan yang menyatakan OKT telah mengugut SP9 untuk tidak memaklumkan SP2 dan tiada keterangan yang menyatakan OKT menghalang atau meminta SP9 untuk merahsiakan apa-apa kejadian daripada SP2. [92] Selain itu, tiada keterangan yang menunjukkan SP9 pernah ditemui dalam keadaan bogel atau separa bogel. Tiada saksi lain yang pernah FA-62JSKK-176-03/2021 36 / 61 terserempak dengan OKT berkelakuan aib dengan SP9. Malah ibu SP2 yang turut tinggal dalam rumah berhampiran tidak pernah menemui SP9 dalam keadaan yang mencurigakan.
VIII
(viii) Inferens pendakwaan atas tingkah laku OKT adalah tidak munasabah [93] Pihak pendakwaan cuba menjadikan isu mengenai interaksi-interaksi OKT dengan SP9 seperti memberikan telefon bimbitnya adalah dengan niat untuk melakukan amang seksual. [94] Pembelaan telah menekankan bahawa SP9 dan OKT adalah ahli-ahli keluarga yang bukan sahaja kenal antara satu sama lain tetapi turut tinggal dalam jarak yang berdekatan dan sering bertemu secara kerap dalam rumah pusaka. Perbuatan-perbuatan OKT memberikan telefon bimbitnya kepada SP9 untuk menonton kartun atau berinteraksi harus dinilai dari aspek latar belakang persekitaran rumah tersebut. [95] Tiada apa-apa keterangan lain yang menunjukkan interaksi OKT adalah dengan niat seksual. Tiada sebab untuk meragui niat baik OKT meluangkan masa bersama dengan anak-anak saudaranya. [96] SP10 juga tidak menyiasat telefon bimbit OKT walaupun telefon bimbit OKT telah diserahkan kepada pihak polis. FA-62JSKK-176-03/2021 37 / 61
IX
(ix) Inferens pendakwaan mengenai perubahan bilik OKT adalah tidak wajar dan tidak munasabah [97] Pihak pembelaan membangkitkan bahawa pihak pendakwaan telah memberi gambaran negatif berdasarkan keadaan bilik OKT dalam rumah pusaka yang telah dikemas selepas OKT ditahan. Selain itu, SP10 mengesahkan tiada sebarang notis secara bertulis atau halangan dikeluarkan untuk memaklumkan penghuni rumah pusaka daripada memasuk bilik tersebut. [98] Sebagai kesimpulan, pembelaan menghujahkan di sini, berdasarkan keraguan-keraguan munasabah dan kelompangan keterangan, adalah tidak selamat untuk mensabitkan OKT ke atas pertuduhan yang dihadapinya. Inti pati hujahan pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan [99] Inti pati hujahan pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan boleh dirumuskan seperti yang berikut:
a
Tiada keterangan pihak pembelaan yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan;
b
Keterangan pihak pembelaan gagal untuk membuang kes pihak pendakwaan dan keterangan pihak pendakwaan masih utuh dan tidak tergugat dengan keterangan pihak pembelaan; FA-62JSKK-176-03/2021 38 / 61
c
Keterangan pihak pembelaan boleh disimpulkan sebagai kesemua kejadian melibatkan OKT dan SP9 tidak pernah berlaku dan sekiranya terdapat orang lain yang menyedari kejadian tersebut akan menegur kelakuan OKT;
d
OKT adalah saksi yang tidak kredibel dan tidak konsisten dalam memberi keterangan;
e
Keterangan OKT adalah penafian semata-mata (“bare denial”);
f
Pembelaan OKT bersifat pemikiran terkemudian (“afterthought”);
g
Saksi pembelaan adalah saksi berkepentingan, tidak konsisten dalam memberi keterangan serta keterangan saksi adalah bercanggah dengan keterangan OKT. RUMUSAN DAN DAPATAN [100] Sebelum Mahkamah ini mengupas dapatan dengan lebih lanjut, dalam hal keterangan oleh saksi pendakwaan yang akan disentuh oleh Mahkamah ini dan bagi kesempurnaan alasan penghakiman ini dan juga bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Mahkamah ini ingin menjelaskan berkenaan dengan dapatan Mahkamah ini di akhir kes pendakwaan. Memang benar Mahkamah ini telah memutuskan pihak pendakwaan telah FA-62JSKK-176-03/2021 39 / 61 membuktikan satu kes prima facie di akhir kes pendakwaan dan Mahkamah ini juga tidaklah berhasrat untuk melihat kembali dapatan prima facie (revisit the prima facie findings) yang telah diputuskan. Di akhir kes pembelaan, walaupun OKT telah dipanggil untuk membela diri, perlu diingatkan bahawa Mahkamah ini mempunyai tanggungjawab setelah mendengar keterangan pembelaan untuk menimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. [101] Perkara ini telah diulas dengan terperinci oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Pendakwa Raya v Huang Qiang [2020] MLJU 895 dalam penghakiman Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali HMT (kemudian HMR) yang menjadi panduan kepada Mahkamah ini: “[37] On the contrary, it is crystal clear from her grounds of judgment that the learned trial judge knew what exactly was required of the trial court in the situation before her, having devoted seven paragraphs to deal with the same. The essence is the provision of Section 173(m)(i) of the CPC which prescribes the duty to be undertaken by the trial court at the close of the defence case. This is similar to Section 182A of the CPC which is applicable for trials in the High Court. [38] Section 173(m)(i) reads:- At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. [39] As correctly highlighted by the Sessions Court the criminal law imposes on the trial courts the duty to evaluate the entire evidence and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. [40] The one and only question to be determined by a trial court at the end of the trial is whether the defence has raised a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case or as to the guilt of the accused. And for this purpose the trial FA-62JSKK-176-03/2021 40 / 61 court must judicially consider the defence in the light of the prosecution case and pronounce its decision on the totality of the evidence before it (see the Federal Court decision in PP v Datuk Tan Cheng Swee & Anor [1980] 2 MLJ 276). [41] The learned trial judge then also referred to two other leading cases to further demonstrate the correct judicial approach towards arriving at a decision at the end of the trial. The first is the landmark decision of Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 where this often quoted passage (approved by the Federal Court in Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457) from the very important judgment of Suffian J (as he then was) will continue to merit reproduction:- “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:–
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict.
b
If you accept or believe the accused’s explanation Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused’s explanation Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict.
e
If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit. Magistrates would assist the appellate court if they indicate in their grounds that they are aware of the tests laid down in steps (d) and (e) above”. [42] Secondly is in respect of the all-important term “reasonable doubt” which has long been defined in the often quoted case of Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 where Sharma J ruled as follows:- FA-62JSKK-176-03/2021 41 / 61 “With the greatest respect to the learned magistrate I have to observe that he failed to apply and totally ignored the very elementary principles which a court of criminal justice must strictly adhere to. It is the duty of the prosecution to prove the charge against the accused beyond all reasonable doubt and the court is not entitled merely for the sake of the joy of asking for an explanation or the gratification of knowing what the accused have got to say about the prosecution evidence to rule that there is a case for the accused to answer. The proof of a case against the accused depends for its support not upon the absence or weakness of the explanation on his part but on the positive affirmative evidence of his guilt given by the prosecution………….. …………………………………………………… A conviction cannot be sustained even if the court is satisfied that the prosecution story “may be true” unless and until it is found that the prosecution story “must be true.” The burden of proof remains on the prosecution throughout the trial. If the learned magistrate was not satisfied with the case of the prosecution it was his duty to acquit and discharge the accused at the close of the prosecution case. The falsity of the defence does not relieve the prosecution from proving the prosecution case beyond reasonable doubt. The burden of proving guilt in a criminal charge is always on the prosecution except in certain cases with which we are not concerned here. ……………………………………………………. The following definition of “reasonable doubt” is often quoted: “It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge.” It has again been said that ‘reasonable doubt’ is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment FA-62JSKK-176-03/2021 42 / 61 and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence”. [Emphasis added]. [43] For completeness I should also refer to another decision of the Federal Court which is Balachandran v Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 which held thus:- As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt. However it must be observed that it cannot, at that stage, be properly described as a case that has been proved beyond reasonable doubt. Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. [44] It is in my view quite manifest that the complaint of the appellant in this appeal that the learned trial judge had revisited the prima facie finding to be a misapprehension of the approach correctly taken by the trial court. Trial court had to and must evaluate the entire evidence of the case by considering the defence case in light of and be tested against the prosecution case. It is therefore inevitable that in performing this judicial process at the end of trial the evidence elicited at the prosecution stage (which had led to a prima facie case) must also be evaluated, albeit in a context of an entire case. [45] This does not mean a revisiting of a prima facie finding. Not at all. That finding stands at the end of the trial (unless reversed on appeal). But the evaluation process is now different, requiring evaluation of the entire evidence and the FA-62JSKK-176-03/2021 43 / 61 question is also different, where, as stated, is whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt (or whether the defence has successfully raised a reasonable doubt in the prosecution case). Fundamentally in all situation, the burden remains on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt throughout the case to justify a conviction of an accused on the charge levelled against him. [46] The overarching primary burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt continues to hold true throughout the trial, whereby at the close of the whole case the Court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proven beyond reasonable doubt (see the Supreme Court decision in Nagappan Kuppusamy v PP [1988] 1 CLJ (Rep) 229), such that any findings by the trial judge consequent upon the examination of the evidence adduced and the arguments posited by the defence which are intended to cast a reasonable doubt against the case of the prosecution or to rebut on a balance of probabilities any statutory presumption against the accused cannot in any event change the determination of prima facie case earlier pronounced against the accused. [47] In the event that the trial judge comes to the conclusion that the accused has successfully raised a reasonable doubt or rebutted a presumption, the legal analysis would be that the prosecution has failed to prove its case because the accused has raised a reasonable doubt or rebutted the presumption. As such any subsequent acceptance by the trial judge of the existence of a reasonable doubt or of the rebuttal would not be capable in any fashion of affecting the earlier finding of prima facie at the end of prosecution case, unless it is reversed on appeal. [48] There is as such no valid basis to challenge the approach taken by the trial court in its evaluation of the evidence at the end of trial in the instant case before me.” [penekanan ditambah] [102] Mahkamah telah meneliti keterangan kedua-dua saksi pembelaan iaitu SD1 dan SD2 dan pemerhatian Mahkamah ini adalah sebagaimana yang diperincikan di bawah. FA-62JSKK-176-03/2021 44 / 61 [103] SD1 dalam keterangannya telah menafikan kejadian amang seksual yang berlaku ke atas SP9 dan telah membangkitkan mengenai kejadian SP9 menyepak bantal ketika OKT sedang baring di atas sofa dan SP9 pada ketika itu duduk di sofa berhampiran kepala OKT. OKT telah menahan kaki SP9 dan mengalihkan kaki SP9. Pada masa tersebut, SP2 telah lalu di kawasan ruang tamu di mana OKT dan SP9 berada. Pihak pembelaan dalam hujahan pembelaan turut membangkitkan bahawa tiada sebarang konfrontasi berlaku semasa SP2 melihat kejadian tersebut, meskipun SP2 dalam laporan FIR telah menyatakan rasa tidak selesa dengan tindakan yang dilakukan oleh OKT. [104] Mahkamah ini berpandangan bahawa meskipun kejadian menyepak bantal yang dinyatakan oleh OKT tidak pernah disebut oleh SP4, SP8 dan SP9 secara khusus dalam keterangan-keterangan mereka, perkara ini boleh mewujudkan kelompangan dan keraguan dalam kes pendakwaan terutamanya dari aspek sama ada sentuhan tersebut adalah bagi tujuan seksual/aib/lucah. Bagi tujuan ini, Mahkamah telah meneliti keterangan yang diberikan oleh SP4, SP8 dan SP9 yang memfokuskan kepada kedudukan mereka bertiga semasa melihat telefon bimbit OKT sama ada di ruang tamu rumah pusaka atau di bilik tidur OKT dan keterangan tersebut turut berkisar mengenai bagaimana OKT menyentuh SP9 sama ada ketika di bilik tidur atau di ruang tamu. [105] Dari segi keterangan OKT sebagai SD1, OKT juga tidak menafikan ada memegang SP9 di bahagian kaki dan ketika itu SP2 telah lalu di ruang tamu di mana OKT dan SP9 berada. Keterangan-keterangan yang ada FA-62JSKK-176-03/2021 45 / 61 daripada SP4, SP8 dan SP9 sememangnya secara konsisten merujuk kepada sentuhan OKT terhadap SP9 kecuali keterangan mengenai sentuhan OKT memasukkan jari ke dalam kemaluan SP9 hanya merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh SP9 sendiri iaitu: “TPR : Tokcu pegang along. Tokcu pegang along dekat mana ni? SP9 : Kemaluan. TPR : Kemaluan. Macam mana tokcu pegang kemaluan along? Kan. Susunan sama kan, tokcu, ahmad, along, angah. Macam mana macam mana tokcu boleh pegang kemaluan along? Masa semua orang baring tu? Macam mana? Dia pegang macam mana? SP9 : Masuk jari dalam seluar. TPR : Masuk jari dalam seluar. Masuk jari dalam seluar siapa? SP9 : Along. TPR : Okay. Masa dia masuk jari dalam seluar along tu, dia pegang apa along? Apa yang dia pegang? SP9 : Kemaluan. TPR : Kemaluan. Macam mana along rasa dia pegang kemaluan along? Macam mana along rasa? SP9 : Sakit. Sakit. TPR : Rasa sakit. Rasa sakit. Along, masa dia pegang kemaluan along tu, along pakai spender ke tak pakai spender? SP9 : Pakai. FA-62JSKK-176-03/2021 46 / 61 TPR : Pakai. Masa dia pegang tu, dia masuk jari dalam seluar along tu, maksudnya seluar along yg pertama ke spender along? SP9 : Spender.”. [106] Pihak pembelaan juga telah membangkitkan isu mengenai kehadiran orang lain di rumah pusaka. Melalui keterangan oleh SD2, SD2 memaklumkan bahawa SD2 tidak nampak apa-apa yang mencurigakan sepanjang berada di rumah pusaka dan SD2 tinggal bersama-sama dengan 6 orang ahli keluarga dalam rumah pusaka yang sama di alamat yang sama. SD2 turut menyatakan bahawa OKT dan adik SD2 iaitu Jamil banyak menghabiskan masa di rumah pusaka di bahagian ruang tamu. [107] Pihak pembelaan turut menyentuh mengenai kewujudan adik kepada SP2 yang bernama Amir bin Kamaruddin yang pernah berkelakuan aib dan mempunyai rekod jenayah lampau namun tidak dipanggil untuk siasatan. [108] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa SP10 sewajarnya menjalankan siasatan dengan lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada OKT sahaja kerana mengambil kira keadaan rumah pusaka yang mempunyai banyak pintu yang boleh diakses oleh keluarga yang tinggal di persekitaran dalam satu tanah lot besar dan juga terdapat keluarga yang turut tinggal di rumah pusaka tersebut. [109] Mahkamah ini ingin memetik satu artikel terkini yang diterbitkan dalam Malayan Law Journal [2024] 1 MLJ cxii oleh Datuk Dr Baljit Singh FA-62JSKK-176-03/2021 47 / 61 Sidhu dan Michelle Liew Jet Nee bertajuk “Criminal Investigations: A Closer Look” yang mana penulis telah membuat kupasan mengenai peranan polis dalam aspek penyiasatan dan peranan Pendakwa Raya dalam aspek pendakwaan seperti yang berikut: “ROLE OF POLICE OFFICER AND PUBLIC PROSECUTOR A closer study of the CPC would reveal that the Public Prosecutor wields the power to decide whether an offence known in law has been committed and the existence of any person that is to be prosecuted in connection therewith. The Public Prosecutor however does not conduct the investigation. The police fill that function. The demarcation of the powers and duties of the police has been comprehensively summarised by Abdul Rahman Sebli J in Gu Kien Lee v Ketua Police Daerah Kota Kinabalu & Anor [2012] 7 MLJ 733 as follows: [13] It is important to remember that it is the public prosecutor who decides whether an offence has been committed and if so whether any person is to be prosecuted in connection therewith. The power of the police is to investigate, not to decide whether any person is or is not to be prosecuted for any crime or, for that matter, to decide whether a police report discloses a civil or a criminal matter. That power lies with the attorney general acting in his capacity as public prosecutor as provided in art 145(3) of the Federal Constitution read together with s 376(1) of the CPC. If indeed the applicant had been the victim of a crime, it would be a gross injustice to allow her to be kept out of her property for such a long period of time. No one should be allowed to suffer from the criminal act of another and no one should profit from a crime under whatever pretext. … The effectiveness of a police investigation plays a crucial role in not only uncovering the actual perpetrator of a crime but also in preventing law enforcement from mistakenly thinking they have found the culprit. Investigative shortcomings often stem from various cognitive biases or FA-62JSKK-176-03/2021 48 / 61 ‘tunnel vision,’ which cause the police to ignore evidence conflicting with their predetermined theory of a suspect’s guilt in a specific case. Thus, the courts have made it clear that while the roles of the investigating body and the Public Prosecutor are seemingly inextricably intertwined, it cannot be the case that the investigation be done with the aim of helping the prosecution establish its case. It is an important duty of the Public Prosecutor to scrutinise the investigation papers (IP) properly and not conduct a mere mechanical exercise.”. [penekanan ditambah] [110] Adalah tidak dapat dinafikan bahawa keputusan sesuatu bicara jenayah sama ada berakhir dengan sabitan atau pembebasan tertuduh sedikit sebanyak bergantung kepada bukti dan keterangan yang diperoleh melalui siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat. Oleh itu, adalah penting bagi pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan yang teliti dengan mengumpul semua bukti material untuk menyokong tuduhan terhadap tertuduh. Selain itu, tugas pengawai penyiasat juga bukan setakat menyiasat versi pengadu sahaja namun meliputi kesemua aspek yang menimbulkan keraguan dan kelompangan secara adil termasuk ciri-ciri kes yang bukan hanya memihak kepada pendakwaan tetapi juga kepada tertuduh. [111] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pembelaan di samping juga menyemak kembali kes pendakwaan, Mahkamah mendapati wujudnya keraguan berkenaan siasatan yang dilakukan oleh SP10 terutamanya kepada maklumat yang diberikan oleh OKT berkenaan ketidakbersalahannya menyebabkan ketinggalan yang serius dan memprejudiskan OKT. FA-62JSKK-176-03/2021 49 / 61 [112] Kedudukan berhubung dengan kelemahan dalam penyiasatan dan siasatan yang tidak menyeluruh ini telah diperjelas dalam kes Magendran a/l Mohan v Public Prosecutor [2011] 6 MLJ 1, Alauddin PMR (pada ketika itu) seperti yang berikut: “[61] Before parting with the case, it is necessary to state that from the facts and circumstances of this appeal it would appear to us that the investigation had been somewhat shoddy. Undoubtedly, heinous crimes are committed under great secrecy and that investigation of a crime is a difficult and tedious task. At the same time the life and personal liberty of a citizen is a precious one guaranteed by art 5 of the Federal Constitution and its deprivation shall be only in accordance with law. [62] Thus, before accusing an innocent person of the commission of a grave crime like the one punishable under s 302 of the PC, an honest, sincere and dispassionate investigation has to be made and to feel sure that the person suspected of the crime alone was responsible to commit the offence. Therefore, greater care and circumspection are needed by the investigating agency in this regard.” [Penekanan ditambah] [113] Seterusnya dalam kes Public Prosecutor v Azman bin Ismail & Ors [2007] 3 MLJ 628, VT Singham HMT menjelaskan: “[101] Sensational crimes have always aroused public outrage but however sensational may be the crime; the requirement of strict proof in a criminal trial can neither be compromised nor sacrificed at any cost (see Sia Soon Suan v Public Prosecutor [1966] 1 MLJ 116). Although the court in this jurisdiction had adhered to the adversarial procedure it had always been astute to strike down tactics employed by parties as tactical consideration, which did not have relation to the achievement of justice, it would not be the blind man's buff or be allowed to continue such a practice to be a norm. As for the investigation, it has come to light from the evidence adduced at this trial that there has been no proper supervision or direction and lack of proper legal scrutiny of the materials available by the investigating agency which appears to have been carried out in a unsatisfactory, muddled and mechanical fashion with possible eagerness to FA-62JSKK-176-03/2021 50 / 61 prosecute all the five accused persons on the charge of murder and without any proper legal foundation when considering the totality of the evidence. [102] It cannot be disputed that a conviction or acquittal of an accused person is dependent upon the evidence which is obtained through investigation which results in his trial. It is therefore important for the investigating agency to carry out a thorough investigation by collecting all the material evidence to support a charge against a suspect so that the task of the prosecution will be made much convenient and easier to produce the evidence at the trial of an accused person.”. [Penekanan ditambah] [114] Rujukan juga boleh dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v. PP [2014] 5 MLJ 433 yang telah memutuskan bahawa: “[18] … In our view, the conduct of PW6 is most unsatisfactory and unacceptable. As an investigating officer, PW6 has an onerous responsibility to investigate all aspects and fairly, including feature of the case which not only favours the prosecution but also the appellant. The duty of the investigating officer is not merely to bolster up a prosecution case with such evidence as may enable the court to record a conviction but to bring out the real unvarnished truth (see Jamuna Chaudhary & Ors v State of Bihar [1974] 3 Supreme Court Cases 774). The appellant cannot be penalised for lack of ingenuity in investigation by PW6 depriving him of the time honoured benefit of doubt (see Pang Chee Meng v Public Prosecutor [1992] 1 MLJ 137). This was never considered by the learned trial judge. Consequently, the appellant's right to a fair trial has been compromised, which has the effect of rendering the conviction very unsafe. The appellant may thereby have lost a chance which was fairly opened to him of being acquitted and that there had been occasioned a failure or a miscarriage of justice (see Mraz v The Queen
1955
93 CLR 493 quoted with approval in Lim Hock Boon v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 46).”. [penekanan ditambah] FA-62JSKK-176-03/2021 51 / 61 [115] Mahkamah ini juga ingin menyentuh mengenai prinsip am mengenai hak tertuduh untuk mendapat perbicaraan yang adil sebagaimana dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Lee Kwan Woh v. PP [2009] 5 MLJ 301: “[18] … However, when the principle is applied to a criminal case, what it means is that an accused has a constitutionally guaranteed right to receive a fair trial by an impartial tribunal and to have a just decision on the facts. If there is an infraction of any of these rights, the accused is entitled to an acquittal. [116] Selanjutnya berhubung dengan isu berbangkit iaitu keterangan SP9 tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas lain, Mahkamah ini mengambil maklum peruntukan statutori di bawah seksyen 18 SOACA yang memperuntukkan bahawa mahkamah boleh mensabitkan seseorang bagi sesuatu kesalahan berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak yang diberikan dengan sumpah atau selainnya (the court may convict such person of such offence on the basis of the uncorroborated evidence of a child, given upon oath or otherwise). Peruntukan tersebut adalah seperti yang berikut: “Keterangan saksi kanak-kanak
18
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya.”. FA-62JSKK-176-03/2021 52 / 61 [117] Dalam kes Mohd Khairul Azlan Mohd Napi lwn. Pendakwa Raya (supra), Roslan Mat Nor PK telah menjelaskan dengan terperinci mengenai kedudukan seksyen 18 SOACA: “[32] Semasa mengemukakan rang undang-undang tersebut pada 4 April 2017 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said telah menjelaskan tujuan peruntukan tersebut seperti berikut: "Pindaan kepada fasal 18 yang dinomborkan semula bertujuan untuk memperuntukkan yang berbeza dengan s 133A Akta Keterangan mengenai keterangan saksi kanak-kanak berhubung dengan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang ini dan kesalahan-kesalahan di bawah jadual jika mangsa ialah kanak-kanak." [33] Apa yang jelas ialah peruntukan tersebut bertujuan mengatasi masalah yang dihadapi bagi kes-kes kesalahan seksual kanak-kanak untuk keterangan saksi kanak-kanak diperlukan keterangan sokongan seperti yang dikehendaki di bawah s 133A Akta Keterangan 1950. Ini bermakna keterangan SP5 di dalam kes ini boleh dijadikan sandaran untuk satu sabitan Perayu tanpa memerlukan keterangan sokongan yang lain. Semasa rang undang-undang Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dikemukakan buat pertama kali pada 3 April 2017 telah dinyatakan bahawa fasal 18 iaitu s 18 ketika itu yang masih belum dipinda di peringkat jawatankuasa dan telah diterangkan mengapakah s 18 itu dimasukkan seperti berikut: "Bahagian VI adalah terdiri daripada fasal 18 yang secara ringkasnya peruntukkan mengenai kebolehpercayaan, credibility dengan izin, saksi kanak-kanak untuk memberikan kesan dalam prosiding yang melibatkan kesalahan seksual. Di bawah fasal ini, walau apa pun, apa-apa yang berlawanan dalam undang-undang bertulis dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah rang undang-undang ini atau kesalahan yang dinyatakan dalam jadual, jika mangsa itu adalah kanak-kanak, saksi kanak-kanak dianggap mempunyai kewibawaan untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpandangan sebaliknya. Buat masa sekarang s 118, Akta Keterangan 1950 dan s 8, Akta Sumpah dan Ikrar 1949 menyatakan kanak-kanak bukanlah saksi yang kompeten untuk memberikan keterangan. Asas bagi cadangan peruntukan ini adalah berdasarkan bahawa kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk FA-62JSKK-176-03/2021 53 / 61 memberi keterangan yang tepat mengenai sesuatu fakta sekiranya kaedah yang digunakan untuk mengemukakan soalan pada saksi kanak-kanak tersebut adalah bersesuaian dengan pemikiran kanak-kanak tersebut. Selain itu, kebanyakan kes yang melibatkan jenayah seksual kanak-kanak tidak berjaya disabitkan. Ini kerana terdapat keperluan agar keterangan kanak-kanak perlu disokong. Kerajaan berpandangan bahawa nilai keterangan kanak-kanak perlu diiktiraf sewajarnya. Menurut art 12 Convention mengenai hak kanak-kanak. Satu, States party shall assure to the child who is capable of forming his or her own views, the right to express those views freely on all matters affecting the child, the views of the child being given due weight in accordance with the age and maturity of the child. For this purpose the child shall in particular be provided the opportunity to be heard in any judicial and administrative proceedings affecting the child either directly or through a representative or an appropriate body in a manner consistent with procedure rules of national law Menurut perenggan 18 UN Guidelines on Justice in Matters involving Child Victims of Crime. "Every child should be treated as a capable witness". Selain itu terdapat beberapa perundangan di luar negara yang telah mengiktirafkan saksi kanak-kanak sebagai saksi kompeten dan boleh memberi keterangan sebagaimana seorang dewasa. Antara peruntukan luar negara adalah Youth Justice and Criminal Evidence Act United Kingdom, Evidence Act New Zealand, Evidence Act Queensland, dengan izin. Satu pindaan di peringkat Jawatankuasa juga dicadangkan untuk menggantikan perkataan kebolehpercayaan dengan perkataan keupayaan yang akan memberikan satu takrifan yang lebih jelas." [34] Adalah jelas daripada penelitian Penyata Rasmi Parlimen tersebut menunjukkan bahawa s 18 ini adalah bertujuan untuk mahkamah menggunakan keterangan saksi kanak-kanak untuk mensabitkan satu pertuduhan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 tanpa perlu kepada keterangan sokongan. Ia adalah bagi menutup kebimbangan berkenaan dengan keterangan saksi kanak-kanak seperti yang pernah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Loo Chuan Hua v. PP [1971] 1 MLRA 761; [1971] 2 MLJ 167b di mana YAA Hakim Azmi Ketua Hakim Negara menyatakan berkenaan dengan keterangan kanak-kanak seperti berikut: "Our Evidence Ordinance does not exclude it but prudence requires that it should be corroborated. Hence it is called a rule of prudence which merely means that the evidence is not to be given weight unless it is FA-62JSKK-176-03/2021 54 / 61 corroborated in material particulars. The rule is based on human experience that a child, unlike an adult, sometimes finds it difficult to distinguish between realities and fantasies. That is, perhaps, one reason, if not the only, reason, for the rule." [35] Begitu juga di dalam kes Chao Chong & Ors & Public Prosecutor [1959] 1 MLRA 111; [1960] 1 MLJ 238 di mana YAA Hakim Thomson, Ketua Hakim Negara pada masa itu menyatakan seperti berikut: "One reason why children's evidence is regarded with suspicion is that there is always the danger that a child may not fully understand the effect of taking an oath. In this country where evidence is taken on affirmation that consideration loses much of its force. Another reason, however, which in this country possesses undiminished force is that it is a matter of common knowledge that children at times find it difficult to distinguish between reality and fantasy. They find it difficult after a lapse of time to distinguish between the results of observation and the results of imagination. .... Another reason, however, which in this country possesses undiminished force is that it is a matter of common knowledge that children at times find it difficult to distinguish between reality and fantasy. They find it difficult after a lapse of time to distinguish between the results of observation and the results of imagination." [36] Namun demikian s 18 tersebut telah membebaskan keterangan kanak-kanak yang menjadi saksi bagi kesalahan di bawah Akta ini daripada terikat dengan keperluan Akta Keterangan 1950 iaitu s 133A Akta Keterangan 1950. Hakikat s 133A Akta Keterangan 1950 dan pemakaiannya telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Naki Mohd Yusuf v. PP [2014] 5 MLRA 385; [2014] 6 MLJ 16; [2014] 7 CLJ 441; [2014] 5 AMR 204 seperti berikut: "[50] The direct evidence that the appellant was the person who hit the deceased with an iron rod came from a child witness (SP16) who had given evidence on oath and whose evidence was not corroborated. The manner a child witness may choose to give his/her evidence is provided by the Evidence of Child Witness Act 2007. Section 133A of the Evidence Act 1950 provides for the weight to be given to the evidence of a child witness and the proviso to this s 133A expressly provides that FA-62JSKK-176-03/2021 55 / 61 an accused is not liable to be convicted unless the evidence is corroborated by some other material evidence thereof implicating him. We observe that the trial judge who heard the evidence of child witness SP16, as well as the trial judge who heard the evidence of child witness SP17, had not conducted a preliminary inquiry as to their comprehension of the duty of speaking the truth and the nature of an oath or affirmation." [37] Ini bermakna bahawa apabila seseorang kanak-kanak menjadi saksi perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu:
a
adakah keterangan kanak-kanak tersebut diberikan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Sekiranya keterangan tersebut diberikan di bawah Akta tersebut maka segala tatacara pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak di bahagian 2 perlulah dipatuhi. Namun demikian ia tidak menyebabkan Akta Keterangan 1950 tidak boleh digunakan sepenuhnya. Ini dinyatakan di bawah s 16 Akta tersebut seperti berikut:
6
Pemakaian Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah Peruntukan Akta Keterangan 1950 dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terus terpakai kecuali setakat yang peruntukan-peruntukan itu secara nyata diubah suai oleh Akta ini.
b
Jika kanak-kanak itu memberi keterangan bagi kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 s 18 perlu diberikan perhatian. Namun demikian isu berkenaan dengan kebolehpercayaan saksi kanak-kanak tersebut seperti yang terpakai kepada saksi-saksi lain juga perlu diberikan perhatian.
c
Kanak-kanak tersebut perlu memuaskan hati Mahkamah bahawa kanak-kanak itu faham memberi keterangan bersumpah serta mengetahui keperluan untuk bercakap benar ketika memberi keterangan. Ia boleh dilakukan berdasarkan kepada soalan-soalan awalan bagi menentukan perkara tersebut. [38] Apa yang jelas Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 memperuntukkan tatacara pemberian keterangan oleh saksi kanak-kanak. Ia adalah digubal bagi membolehkan keterangan kanak-kanak dikemukakan dengan keadaan yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana FA-62JSKK-176-03/2021 56 / 61 pihak atau keadaan di mana keterangan itu dikemukakan dengan mengambil kira saksi itu adalah seorang kanak-kanak. [39] Walau bagaimanapun mahkamah berpendapat keterangan saksi di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 hendaklah sesuatu yang kredibel. Mahkamah sewajarnya meneliti keseluruhan keterangan-keterangan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan serta terikat dengan beban pembuktian yang telah termaklum di bawah undang-undang keterangan dan prosedur jenayah dalam menilai keterangan saksi-saksi kanak-kanak dan saksi-saksi lain dalam kes tersebut. … [43] Jika dilihat kepada kedudukan undang-undang berkenaan dengan sabitan yang boleh dibuat berdasarkan keterangan yang tidak memerlukan kepada keterangan sokongan, sebenarnya telah diputuskan oleh Majlis Privi dalam kes Chiu Nang Nong v. Public Prosecutor [1964] 1 MLRA 602; [1965] 1 MLJ 40. Ini bermakna walaupun keterangan memerlukan kepada keterangan sokongan tetapi hakim bicara mendapati bahawa keterangan saksi tersebut adalah kredibel sabitan boleh dibuat dalam kes rogol tanpa memerlukan keterangan sokongan. Secara perbandingannya s 18 ini sebenarnya meletakkan kedudukan saksi yang mana dikehendaki untuk disokong oleh saksi keterangan boleh diterima keterangannya untuk tujuan sabitan tanpa keterangan sokongan. Dalam konteks ini saksi yang tersebut adalah kanak-kanak. Jika perbicaraan melibatkan di bawah akta ini maka keterangan kanak-kanak tersebut boleh dijadikan sandaran untuk sabitan bagi pertuduhan di bawah akta ini. Namun mahkamah perlu berpuas hati bahawa keterangan saksi kanak-kanak tersebut adalah kredibel. Ini bermaksa s 18 itu tidak melonggarkan syarat untuk saksi kanak-kanak tersebut seorang yang kredibel. Sebaliknya s 18 itu hanya melonggarkan keperluan untuk keterangan saksi kanak-kanak tersebut memerlukan keterangan sokongan seperti yang diperlukan sebelum ini di bawah s 133A Akta Keterangan 1950. Majlis Privi dalam kes Chiu Nang Hong (supra) di atas telah menyatakan seperti berikut melalui penghakiman Lord Donovan seperti berikut: "Their Lordships would add that even had this been a case where the learned Judge had in mind the risk of convicting without corroboration, but nevertheless decided to do so because he was convinced of the truth of the complainant's evidence, nevertheless they do not think that the FA-62JSKK-176-03/2021 57 / 61 conviction could have been left to stand. For in such a case a judge, sitting alone, should in their Lordships' view, make it clear that he has the risk in question in his mind, but nevertheless is convinced by the evidence, even though uncorroborated, that the case against the accused is established beyond any reasonable doubt." [44] Di dalam kes ini mahkamah boleh bersandarkan kepada keterangan kepada SP5 sekiranya keterangan beliau kredibel dan tidak memerlukan keterangan sokongan bagi menyokong keterangan SP5 dan boleh mensabitkan Perayu dengan pertuduhan di bawah s 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 seperti yang dinyatakan di bawah s 18 akta yang sama.”. [penekanan ditambah] [118] Prinsip di atas turut dijelaskan dalam penghakiman Duncan Sikodol PK dalam kes Sakai ak Sanga v Public Prosecutor (supra): “[21] It is also clear from the record that the trial judge has looked for corroboration and properly regarded that evidence from her friend and teachers as corroborative, to wit, that the evidence is confirmed in its material particulars, not only that the victim has been the object of sexual assault by the Appellant, but also that the said sexual assault was for the purpose of sex. (See the case of Liew Wah Ming v. PP [1963] 1 MLJ 82; PP v. Teo Eng Chan [1988] 1 MLJ 156; Liew Kim Kong v. PP [1989] 3 MLJ 323; Lim Guan Eng v. PP [2000] 2 MLJ 577 FC). Besides, the evidence of X to her friends and teachers is admissible as corroboration of the victim’s own evidence as to the sexual assault by the Appellant on her by virtue of s.157 of the Evidence Act 1950. [22] Hence, I therefore find that the allegation by the learned counsel that there was no evidence to corroborate X’s evidence is without merit. In any case, by virtue of s.18 of Act 792, the court may convict a person based on uncorroborated evidence of the child victim given under oath if her evidence is unshaken, intact and consistent, which from the ROA, is the case.” [penekanan ditambah] FA-62JSKK-176-03/2021 58 / 61 [119] Dalam hal ini, keterangan SP9 hendaklah sesuatu yang kredibel bagi memenuhi kehendak seksyen 18 SOACA itu sendiri. Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, hanya SP9 dalam keterangannya semasa sesi soal balas dan CIC serta ketika ditanya oleh SP2 menyatakan bahawa OKT memasukkan jari ke dalam kemaluannya. Mahkamah telah meneliti keterangan lain yang ada di hadapan Mahkamah tetapi tiada yang dapat menunjukkan secara khusus (points directly) kepada perbuatan OKT memasukkan jari ke dalam kemaluan SP9. [120] Pihak pembelaan juga telah membangkitkan beberapa keraguan sama ada kejadian tersebut benar-benar berlaku khususnya mengenai keberadaan orang lain di rumah pusaka yang telah tidak dipanggil oleh SP10 untuk disiasat. Pihak pembelaan juga menyatakan bahawa kehadiran ahli keluarga lain di rumah pusaka sudah pastinya dapat melihat perbuatan OKT terhadap SP9. Laporan perubatan iaitu ekshibit P8 yang dikeluarkan oleh SP6 turut menyatakan bahawa tiada koyakan pada hymen SP9. [121] Berdasarkan penilaian terhadap keterangan-keterangan seperti yang dihuraikan di atas, Mahkamah berpandangan bahawa keterangan pihak pembelaan mampu menyangkal keterangan pihak pendakwaan dalam menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. Undang-undang adalah mantap bahawa sebuah pembelaan yang berwibawa adalah pembelaan yang dapat menjawab keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. FA-62JSKK-176-03/2021 59 / 61 KESIMPULAN [122] Tanggungjawab Mahkamah ini di akhir kes adalah untuk menentukan sama ada OKT berjaya menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes ini. Manakala pihak pendakwaan sama ada telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah berdasarkan kesemua keterangan yang dikemukakan. Dengan kata lain, Mahkamah ini hendaklah membuat penelitian dan penilaian terhadap pembelaan yang diutarakan oleh OKT dan memutuskan sama ada pembelaannya telah dapat menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan atau ketidakbersalahannya. [123] Secara keseluruhannya bagi pertuduhan yang dihadapi oleh OKT, Mahkamah ini berpandangan wujud kelompangan yang material dari segi naratif yang dibawa oleh saksi-saksi pendakwaan apabila dinilai bersama dengan keterangan OKT. [124] Mahkamah ini membuat dapatan ini dengan berpandukan kepada kes Ganapahty Rengasamy v Public Prosecution [1998] 2 CLJ di muka surat 3 yang menyatakan seperti berikut: “Seberapa lemah sekalipun sesuatu pembelaan, Hakim-Hakim perbicaraan sebagai Hakim-Hakim bagi fakta dan juga undang-undang tidak seharusnya mengenepikan pembelaan itu semata-mata atas dasar bahawa saksi-saksi pihak pendakwaan harus dipercayai dan bukannya pihak pembelaan. Di mana undang-undang meletakkan bebanan memberikan penjelasan ke atas seorang tertuduh, dan penjelasan diberikan, yang mana jika ianya kosisten dengan ketidakbersalahan, maka Mahkamah berkewajipan untuk menimbang sama ada ianya berkemungkinan benar, walaupun tidak yakin dengan kebenarannya”. FA-62JSKK-176-03/2021 60 / 61 [125] Justeru, di akhir kes pembelaan, setelah Mahkamah meneliti semula keseluruhan keterangan-keterangan dengan mengambil kira keterangan-keterangan pembelaan dan pendakwaan dan membuat satu analisis maksimum terhadap segala keterangan-keterangan di hadapan Mahkamah, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah bagi pertuduhan ke atas OKT dan OKT berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi pertuduhan tersebut. [126] Maka OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan ini dengan serta merta. Wang jaminan dipulangkan semula kepada penjamin. Bertarikh: 19 Mac 2024. t.t. (WAN AIMA NADZIHAH BINTI WAN SULAIMAN) Hakim Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Putrajaya FA-62JSKK-176-03/2021 61 / 61 PIHAK-PIHAK: Bagi pihak pendakwaan: Puan Noor Shakira Aliana binti Alias Timbalan Pendakwa Raya Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan Tingkat 7 Sayap Kanan, Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan Damansara Heights 50512 Kuala Lumpur. Bagi pihak OKT: Encik Sreetharan a/l Vallithan Tetuan Sreetharan P 33, Blok B Kelana Square 17, Jalan SS 7/26 47301 Petaling Jaya Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.