Content
AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES NO : DG-83-172-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMAD ZAKIRAN BIN MOHD ZAIN (940508-03-5547)
DH-83-172-12/2023
Magistrates Court of Malaysia4 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ys aroused public outrage but however sensational may be the crime, the requirement of strict proof in a criminal trial can neither be compromised nor sacrificed at any cost. (See Sia Soon Suan v. PP [1965] CLJU 165; [1965] 1 LNS 165; [1966] 1 MLJ 116). Although the court in this jurisdiction had adhered to the adversa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MACHANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES NO : DG-83-172-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMAD ZAKIRAN BIN MOHD ZAIN (940508-03-5547)
1
A. PENDAHULUAN Tertuduh telah hadir ke mahkamah ini pada 17.12.2023 bagi menjawab satu pertuduhan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
2
Pertuduhan ke atas Tertuduh adalah seperti mana berikut: “BAHAWA KAMU PADA 06/04/2023 JAM L/KURANG 1830HRS, BERTEMPAT DI JALAN KAMPUNG GALANG PULAICHONDONG DI DALAM DAERAH MACHANG, DI DALAM NEGERI KELANTAN, SEBAGAI PEMANDU M/KAR NO. PENDAFTARAN WB7449N TELAH MEMANDU MKAR ITU DENGAN CARA YANG MANA SETELAH MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SEGALA HAL KEADAAN TERMASUK JENIS KEADAAN, SAIZ JALAN DAN KESESAKAN LALULINTAS YANG DIJANGKA ADA DI JALAN ITU, TELAH MEMANDU DENGAN MERBAHAYA, SEHINGGA MENYEBABKAN S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 2 KEMATIAN KEPADA PENAMA RIFQI DANISH ARMAN BIN ROSMAIDI NO.K/P: 080623-03-1077 OLEH YANG SEDEMIKIAN ITU, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987.” HUKUMAN: HENDAKLAH DIHUKUM PENJARA SELAMA TEMPOH
10
TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA RM20,000.00 DAN TIDAK LEBIH DARIPADA RM 50,000.00. LESEN MEMANDU DIENDORSKAN OLEH MAHKAMAH
3
Tertuduh telah memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Pihak pendakwaan telah memanggil lima orang saksi untuk memberikan keterangan bagi membuktikan kes pendakwaan. Di akhir kes pendakwaan, setelah mendengar semua keterangan, meneliti ekshibit, dan hujahan-hujahan yang difailkan oleh pihak-pihak, mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ). Oleh yang demikian itu, mahkamah telah melepaskan dan membebaskan Tertuduh daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela.
4
Pihak pendakwaan tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut dan merayu terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 3
5
Pada 6.4.2023, jam lebih kurang 6.30 petang satu kemalangan telah berlaku di Jalan Kampung Galang, Pulai Chondong yang melibatkan sebuah M/kar jenis Perodua Axia, No Pendaftaran: WB 7449N, sebuah M/sikal jenis Modenas Kriss, No Pendaftaran: PFN 5491 serta sebuah M/bas jenis Hino, No. Pendaftaran: DEH 9755. Mangsa dalam kes ini iaitu Rifqi Danish Arman bin Rosmaidi No. K/P: 080623-03-1077 (selepas ini dirujuk sebagai “Si Mati”) merupakan pembonceng motorsikal bernombor PFN 5491.
6
Berdasarkan keterangan SP1 (penunggang motorsikal), semasa kejadian dia sedang menunggang motorsikal bernombor PFN 5491 dengan membonceng Si Mati dalam perjalanan dari arah Pulai Chondong menghala ke Kampung Galang. Manakala Tertuduh pula memandu motokar jenis Perodua Axia, bernombor WB 7449N dalam perjalanan dari Kampung Galang menghala ke Pulai Chondong. Tertuduh telah berhenti di tengah jalan untuk masuk ke satu simpang di sebelah kanannya. Motobas bernombor DEH 9755 pula dipandu oleh SP4 daripada arah Kampung Galang menghala ke Pulai Chondong dan berada di belakang motokar Tertuduh.
7
Pada masa kejadian, Tertuduh telah membelok untuk masuk ke simpang di sebelah kanannya namun telah berhenti di tengah jalan berhadapan simpang tersebut memandangkan ada motokar jenis MPV yang ingin keluar daripada simpang tersebut. Tindakan Tertuduh ini telah menyebabkan halangan kepada laluan SP1 yang datang dari arah Pulai Chondong. SP1 tidak sempat mengelak motokar Tertuduh kerana jarak yang terlalu dekat namun dia telah cuba mengelak ke kanan. S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 4 Walaubagaimanapun, SP1 tidak berjaya mengelak dan berlanggar bahagian bumper belakang motokar yang dipandu Tertuduh. Perlanggaran ini telah menyebabkan SP1 terjatuh, manakala motorsikal bersama Si Mati telah terjatuh dan terseret sehingga ke laluan bertentangan.
8
Berdasarkan keterangan SP4, SP1 telah terjatuh di atas jalan manakala Si Mati telah menggelongsor bersama motorsikal dan terkena bahagian mudguard sebelah kanan motobas yang dipandu oleh SP4. SP4 telah terdengar bunyi seperti sesuatu terkena di bahagian belakang motobas tersebut. SP4 telah turun daripada motobasnya dan melihat Si Mati telah terbaring di atas jalan berlumuran darah. Akibat daripada perlanggaran tersebut telah menyebabkan Si Mati meninggal dunia di tempat kejadian. Laporan post-mortem ke atas Si Mati juga telah dijalankan dan punca kematian mereka adalah head and neck injury due to road traffic crashed.
9
Hasil pemerhatian dan siasatan oleh pegawai penyiasat, iaitu SP5 yang hadir ke tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berlaku, mendapati terdapat kesan kemalangan (bertanda X di dalam rajah kasar – P8) dan kesan geseran di atas jalan sejauh 41 meter bermula daripada laluan Si Mati sehingga ke laluan bersebelahan di mana motobas berada (bertanda X1-X2 di dalam rajah kasar – P8). OKT telah dituduh di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana telah memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian kepada Si Mati. S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 5
10
ELEMEN PERTUDUHAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Pihak pendakwaan telah menuduh Tertuduh selaku pemandu motokar jenis Perodua Axia bernombor pendaftaran WB 7449N, telah memandu secara berbahaya setelah mengambil kira hal keadaan jalan dan lalulintas di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada Rifqi Danish Arman bin Rosmaidi.
11
Bagi membuktikan pertuduhan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan beberapa elemen iaitu Tertuduh yang memandu motokar WB 7449N tersebut, Tertuduh telah memandu motokar tersebut dengan cara yang setelah mengambilkira hal keadaan jalan adalah berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan cara pemanduan berbahaya Tertuduh itu telah menyebabkan kematian simati dalam kes ini.
12
Bagi elemen pertama, mahkamah percaya ianya adalah satu fakta yang jelas dari keterangan yang diberikan bahawa Tertuduh merupakan pemandu motokar jenis Perodua Axia WB 7449N. Mahkamah merujuk kepada pengecaman yang dibuat pegawai penyiasat SP5 ke atas Tertuduh di dalam mahkamah. Pengecaman oleh SP5 ini, pada pandangan mahkamah adalah satu keterangan yang mencukupi bagi membuktikan elemen pertama pertuduhan. Malahan sepanjang kes ini dibicarakan fakta ini tidak pernah dinafikan oleh Tertuduh. Tambahan daripada itu, Tertuduh sendiri ada membuat satu laporan polis iaitu Trafik Machang 492/23 yang telah dikemukakan sebagai ekshibit D18. Tertuduh di dalam laporan polisnya iaitu ekshibit D18 telah mengesahkan dia merupakan pemandu motokar Perodua Axia S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 6 WB7449N yang terlibat di dalam kemalangan ini. Oleh itu, berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini mahkamah berpuas hati bahawa elemen pertama telah dipenuhi.
13
Seterusnya elemen kedua yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan ialah Tertuduh, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan ada di jalan itu telah memandu motokarnya secara berbahaya di atas jalan raya sehingga menyebabkan kematian kepada Si Mati.
14
Di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ), maksud pemanduan secara melulu atau berbahaya tidak dijelaskan. Oleh yang demikian mahkamah telah merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan untuk menentukan apakah yang dimaksudkan dengan pemanduan secara berbahaya.
15
Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP V BALA A/L ARULAPPAN [2007] 9 CLJ 521 di mana YA Pesuruhjaya Kehakiman telah merujuk kepada beberapa kes dalam mentakrifkan pemanduan berbahaya. Di dalam kes tersebut mahkamah telah menyatakan bahawa; “Di dalam APJ definisi pemanduan yang berbahaya kepada orang awam tidak dijelaskan, namun pengertiannya telah diperjelaskan di dalam kes Lim Chin Poh v. PP [1969] 1 LNS 92; [1969] 2 MLJ 159. Di dalam kes ini Hakim Choor Singh memutuskan: S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 7 “In my opinion the expression driving in a manner which is dangerous to the public indicates some dangerous act or manoeuvre on the part of the driver of a vehicle, eg, overtaking a vehicle on the wrong side of it, or overtaking in the face of oncoming traffic or overtaking when unable to see oncoming traffic, or crossing a junction against traffic light, and so on. There must be some positive act on the part of the driver which is dangerous having regard to all circumstances. Prinsip yang sama di gariskan di dalam kes PP v. Ong Kia Chian [2006] 4 CLJ 334 yang diputuskan oleh Hakim Low Hop Bing ketika itu seperti berikut: In a case of dangerous driving, the prosecution must establish that:
a
a situation created by the accused is dangerous eg, turning right into the side road without stopping to give way to through traffic; and
b
when creating such a situation the accused was at fault. Fault involves a failure; a failing below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances (per Raja Azlan Shah) in Ramiah v. Public
16
Prosecutor at pp. 258-259.” Berdasarkan kepada panduan yang diberikan di dalam kes-kes di atas, bagi membuktikan pemanduan secara berbahaya, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa Tertuduh telah menimbulkan satu situasi yang berbahaya setelah dia mengambil kira semua keadaan yang sepatutnya dan situasi itu timbul akibat dari tindakan yang salah dipihak Tertuduh (at fault).
17
Jika dilihat di dalam kes yang dirujuk diatas, tindakan salah termasuk apabila seorang pemandu memandu di bawah kemahiran yang S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 8 sepatutnya ada bagi seorang pemandu yang berpengalaman jika pemandu tersebut berada di situasi berkenaan.
18
Bagi membuktikan elemen kedua, pihak pendakwaan telah berhujah bahawa Tertuduh telah menimbulkan situasi yang berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian apabila telah menghalang laluan SP1 apabila berhenti di tengah jalan. Berdasarkan keterangan Tertuduh telah menghalang separuh daripada laluan SP1 menyebabkan SP1 tidak sempat mengelak sehingga melanggar bahagian belakang motokar Tertuduh. Perbuatan Tertuduh yang membelok masuk ke simpang tanpa memastikan keadaan adalah selamat dan dalam jarak antara motorsikal SP1 dan motokarnya adalah dekat, telah menimbulkan situasi yang berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Tertuduh seharusnya mengambil kira saiz dan keadaan jalan sebelum membelok dan memastikan ianya adalah selamat sebelum mengambil tindakan untuk membelok. Selain itu, Tertuduh juga seharusnya memberi laluan kepada kenderaan yang ingin keluar terlebih dahulu sebelum membelok.
19
Pihak Pembelaan pula menghujahkan bahawa Tertuduh telah mengambil tindakan sewajarnya sebelum membelok. Tertuduh telah berhenti dan memberikan lampu isyarat untuk membelok. Malahan dia telah memastikan keadaan telah selamat untuk membelok sebelum dia membelok. Namun apabila ada motokar jenis MPV yang tiba-tiba ingin keluar daripada lorong tersebut, Tertuduh terpaksa berhenti di tengah jalan untuk memberikan laluan kepada motokar tersebut. SP5 selaku penyiasat juga tidak membuat siasatan lanjut berkenaan motokar jenis S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 9 MPV yang hendak keluar tersebut serta bersetuju dengan cadangan pembelaan bahawa kemalangan ini berlaku akibat halangan daripada motokar ini. Walaubagaimanapun siasatan tidak dilakukan oleh SP5.
20
Pembelaan juga menghujahkan bahawa kemalangan ini turut disumbangkan oleh kecuaian oleh SP1 yang memandu dengan laju serta keadaan motorsikal SP1 yang tidak sempurna. Daripada laporan Puspakom (Ekshibit P12A) menunjukkan motorsikal tersebut tidak mempunyai sistem brek hadapan. Ini menyebabkan SP1 tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya untuk melakukan brek kecemasan sebelum kemalangan berlaku.
21
Bagi tujuan alasan ini, mahkamah akan membincangkan elemen kedua dan ketiga pertuduhan secara bersekali. Mahkamah telah meneliti segala keterangan yang diberikan dan juga hujahan dari kedua belah pihak dan berpandangan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kedua dan ketiga pertuduhan iaitu Tertuduh telah memandu secara berbahaya setelah mengambil perhatian terhadap segala keadaan hal di atas jalan tersebut dan pemanduan Tertuduh tersebut telah menyebabkan kematian kepada Si Mati. Mahkamah berpandangan walaupun ada tindakan daripada Tertuduh yang membelok masuk ke simpang, namun ianya tidak terjumlah kepada pemanduan yang bahaya.
22
Berdasarkan keterangan SP4 telah mengesahkan bahawa Tertuduh ada berhenti di tengah jalan sebelum membelok dan telah membiarkan sebuah Motokar jenis Proton Waja untuk keluar terlebih dahulu S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 10 daripada simpang sebelum dia membelok masuk. Tindakan Tertuduh yang telah berhenti di tengah jalan terlebih dahulu untuk memastikan motokar Proton Waja keluar sebelum dia membelok, pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa Tertuduh selaku pemandu telah mengambil langkah berjaga-berjaga sebelum membelok untuk memastikan keselamatan penguna jalan raya yang lain. Tindakan ini juga merupakan satu tindakan yang berhemah serta dilakukan oleh mana-mana pemandu motokar yang cekap serta mahir.
23
Selain itu, SP4 juga menyatakan bahagian hadapan motokar Tertuduh telah berada di kaki lima lorong. Ini ada pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa Tertuduh telah hampir masuk ke simpang tersebut. Jika dilihat kepada rajah kasar (ekshibit P8) dan juga tandaan X pada rajah kasar, jelas pada pandangan mahkamah bahawa masih ada ruang di belakang motokar Tertuduh untuk digunakan oleh mana-mana pengguna jalan raya yang lain. Tertuduh tidaklah menghalang keseluruhan laluan SP1. Malahan bahagian bumper belakang yang dilanggar oleh SP1 telah berada di tengah jalan dan SP1 masih mempunyai ruang dan peluang untuk mengelak daripada melanggar motokar Tertuduh. Sekiranya SP1 memandu secara perlahan, dan motorsikal berada dalam keadaan baik, mahkamah percaya, SP1 mampu untuk mengelak motokar Tertuduh.
24
Mahkamah juga percaya faedah atas keraguan wajar diberikan kepada Tertuduh. SP5 semasa memberikan keterangan mengakui bahawa tidak menjalankan siasatan lengkap terhadap simpang ini dan tidak ada mengukur keluasan lorong. SP5 juga mengakui tidak menyiasat sama S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 11 ada Tertuduh mampu melihat motokar jenis MPV yang turut berada di belakang motokar waja sebelum dia membelok. Ini semua telah menimbulkan keraguan kepada siasatan yang dijalankan oleh SP5. Sekiranya siasatan dilakukan dan hasil siasatan mendapati Tertuduh sememangnya nampak MPV tersebut namun tetap memilih untuk terus membelok, maka mahkamah percaya, Tertuduh telah memandu secara berbahaya kerana dia sanggup mengambil risiko tersebut walaupun dia tahu tindakannya itu akan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Sayangnya tiada siasatan dilakukan oleh SP5 atas fakta ini.
25
Ini semua pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa wujudnya kelompangan dalam siasatan SP5 untuk mengaitkan Tertuduh dengan pemanduan yang berbahaya. Mahkamah mengambil maklum kes ini telah melibatkan satu kematian mangsa yang tidak berdosa, namun SP5 tidak seharusnya berkompromi dalam siasatan yang dijalankan agar satu siasatan yang lengkap dan efisien dapat dibuat. Mahkamah merujuk kepada kes PP vs Azman Ismail & Another case [2007] 10 CLJ 469 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: [99] Sensational crimes have always aroused public outrage but however sensational may be the crime, the requirement of strict proof in a criminal trial can neither be compromised nor sacrificed at any cost. (See Sia Soon Suan v. PP [1965] CLJU 165; [1965] 1 LNS 165; [1966] 1 MLJ 116). Although the court in this jurisdiction had adhered to the adversarial procedure it had always been astute to strike down tactics employed by parties as tactical consideration, which did not have relation to the achievement of justice, it would not be the blind man's buff or be S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 12 allowed to continue such a practice to be a norm. As for the investigation, it has come to light from the evidence adduced at this trial that there has been no proper supervision or direction and lack of proper legal scrutiny of the materials available by the investigating agency which appears to have been carried out in a unsatisfactory, muddled and mechanical fashion with possible eagerness to prosecute all the five accused persons on the charge of murder and without any proper legal foundation when considering the totality of the evidence. [100] It cannot be disputed that a conviction or acquittal of an accused person is dependent upon the evidence which is obtained through investigation which results in his trial. It is therefore important for the investigating agency to carry out a thorough investigation by collecting all the material evidence to support a charge against a suspect so that the task of the prosecution will be made much convenient and easier to produce the evidence at the trial of an accused person.
26
Berdasarkan kepada petikan yang dirujuk di atas, mahkamah berpandangan, pegawai penyiasat telah gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh di dalam kes ini seterusnya telah menimbulkan beberapa inferen. Berpandukan kepada panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, maka mahkamah harus memilih inferen yang memihak kepada Tertuduh iaitu dia telah mengambil tindakan sewajarnya sebelum membelok ke simpang tersebut. Oleh itu, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan elemen kedua pertuduhan. S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 13
27
Selain itu, mahkamah juga berpandangan, punca kematian di mati juga bukanlah disebabkan oleh tindakan Tertuduh semata-mata, sebaliknya ada sumbang cuai daripada SP1 sendiri. SP1 mengakui di dalam keterangannya bahawa dia ada memecut untuk mengelak motokar Tertuduh namun tidak berjaya. Tindakan SP1 yang menunggang dengan laju, ini pada pandangan mahkamah adalah penyebab utama kematian Si Mati. Mahkamah telah mengambil perhatian terhadap kesan seretan yang ada ditempat kejadian (tandaan X1-X2 di dalam ekshibit P8) yang secara jelas menunjukkan bahawa motorsikal SP1 berada dalam keadaan laju sebelum kemalangan. SP4 & SP5 juga mengesahkan bahawa motorsikal SP1 adalah laju berdasarkan kesan seretan dan juga Si Mati yang tercampak jauh sehingga melanggar motobas SP4.
28
Tambahan daripada itu, mahkamah juga merujuk kepada laporan pemeriksaan motosikal yang dikemukakan di mahkamah iaitu ekshibit P12A. Berdasarkan laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa motorsikal yang ditunggang oleh SP1 tidak mempunyai komponen brek hadapan. Ini pada pandangan mahkamah menunjukkan bahawa, SP1 telah menunggang motorsikal dalam keadaan yang tidak lengkap dan menimbulkan bahaya kepadanya dan juga Si Mati. Mahkamah percaya semua yang memiliki lesen memandu mengambil maklum bahawa dalam keadaan kecemasan yang memerlukan brek kecemasan dilakukan, brek hadapan merupakan satu komponen yang amat penting. Dalam keadaan di mana komponen tersebut tiada, maka sudah pasti SP1 tidak dapat melakukan brek kecemasan sehingga menyebabkan dia mengambil Keputusan untuk memecut apabila S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 14 motokar Tertuduh berada di hadapannya. Ini pada hemah mahkamah telah menyumbang kepada kemalangan ini berlaku.
29
Selain itu, SP3 selaku doktor yang menjalankan bedah siasat turut bersetuju bahawa punca kematian Si Mati adalah disebabkan oleh high velocity impact dan high velocity impact ini adalah berpunca daripada pemanduan yang laju. Selain itu, mahkamah juga telah menilai laporan bedah siasat dan juga keterangan SP3 yang menyatakan bahawa kepatahan tulang cervical spine C3 pada leher Si Mati yang menyebabkan kematian. Kecederaan pada tulang C3 ini, boleh dielakkan sekiranya Si Mati memakai topi keledar. Menurut SP5, Si Mati tidak memakai topi keledar semasa kemalangan. Ini pada pandangan mahkamah juga menjadi penyumbang kepada kematian ini. Dari fakta-fakta ni, mahkamah berpandangan terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan kematian Si Mati selain daripada tindakan oleh Tertuduh.
30
Mahkamah merujuk kepada kes Yee Kar Heng v PP, [2022] 1 LNS 2159 di mana YA Hakim telah menyatakan sebagaimana berikut: “The magistrate too had failed to consider the apparent fact, whether death of the victims whom were in the car was immediately caused by the accused who is alleged to have driven his lorry dangerously or was it only a remote cause…” Mahkamah ini merujuk kepada panduan oleh YA Hakim di dalam kes Yee Kar Heng v PP, supra berkenaan tanggungjawab mahkamah dalam menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan. S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 15 “The trial magistrate is duty bound to have considered the evidence available in its entirely and not to pick and choose evidence tending to conviction of the accused”. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk menilai keterangan secara menyeluruh sebelum membuat dapatan fakta dalam sesuatu kes. Berdasarkan fakta-fakta yang ada mahkamah berpandangan banyak punca-punca yang menyebabkan kemalangan ini berlaku seperti keadaan motorsikal yang tidak sempurna, SP1 yang memecut ketika motokar tertuduh berada di hadapannya, dan Si Mati yang tidak memakai helmet. Ini semua pada taakulan mahkamah menunjukkan bahawa wujudnya elemen lain yang menyebabkan kemalangan serta kematian. Oleh itu adalah tidak selamat untuk mahkamah menyatakan bahawa kemalangan dan kemalangan adalah immediately caused by the accused sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes di atas. Atas alasan ini, mahkamah berpandangan pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan pertuduhan ke atas Tertuduh.
31
C. PENUTUP Mahkamah telah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana yang ditetapkan oleh prinsip undang-undang yang mantap (LOOI KOW CHAI & ANOR V PP [2003] 1 CLJ 734, BALACHANDRAN V PP [2005] 1 CLJ 85 dan PP v MOHD RADZI B ABU BAKAR [2006] 1 CLJ 457 dirujuk) dan mendapati wujudnya keraguan-keraguan ini di dalam kes pendakwaan, Oleh itu, pada taakulan dan hemah mahkamah ini, pihak pendakwaan S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA AP-MM-DG-83-172-12/2023 PR Lwn Mohamad Zakiran bin Mohd Zain 16 telah gagal untuk membuktikan prima facie kes bagi pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ke atas Tertuduh. Dengan ini Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. dan perintah gantung lesen dibatalkan serta wang jaminan dikembalikan.
32
Mahkamah juga memerintahkan agar ekshibit dokumen disimpan oleh mahkamah. TPR : Nur Akmal binti Mohd Bakri, TPR Negeri Kelantan PEGUAMBELA : Nik Saiful Adli bin Burhan bersama Che Muhammad Redzuan bin Jihad, Tetuan Irmohizam Rosley & Nik Adli Disediakan oleh
29
29.
9
9.2025 S/N 3hWn3edPGUe3ydhnM6dJkA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.