Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: DA-12B-28-04/2018
DA-12B-28-04/2018
High Court of Malaysia29 Nov 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: DA-12B-28-04/2018
1
MOHAMAD ZUKHAIRI BIN YUSOFF … PERAYU
1
1.
2
2.
3
ALLIANZ GENERAL INSURANCE COMPANY(M) BERHAD … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Pada 10 Julai 2016 kira-kira 6.30 petang Plaintif telah menunggang Motorsikal DCL 231 dan tiba-tiba sebuah Motorsikal bernombor DCV 4257 telah datang dari arah yang bertentangan telah masuk ke dalam laluan Plaintif, lalu berlaku perlanggaran. Akibat daripada itu, Plaintif telah mengalami kecederaan. [2] Seterusnya, Plaintif telah menfailkan tuntutannya di Mahkamah Sesyen di mana Penunggang Motorsikal DCV 4257 iaitu Nik 2 Muhamad Amirul dinamakan sebagai Defendan Pertama. Tuan punya berdaftar Motorsikal DCV 4257 iaitu Puan Noraini binti Daud dinamakan sebagai Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dinamakan sebagai Penanggung Insuran. [3] Hakim Mahkamah Sesyen (selepas ini dipanggil sebagai “HMS”) telah mendapati Defendan Pertama adalah bertanggungan 50% dan Plaintif sumbang cuai sebanyak 50%. Defendan Kedua dan Ketiga bertanggungan secara vikarius. Mengenai Kuantum HMS mendapati bahawa memandangkan Plaintif tidak memanggil “maker” kepada Laporan Pakarnya, HMS telah tidak memberi award ganti rugi kepada Plaintif ie tuntutan Kuantum ditolak. [4] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Plaintif telah memfailkan rayuan tersebut kepada Mahkamah ini mengenai Liabiliti dan Kuantum. [5] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak yang merangkumi Defendan Pertama hingga Defendan Ketiga, Mahkamah ini telah menolak rayuan Plaintif mengenai Liabiliti tetapi membenarkan sebahagian rayuan terhadap Kuantum, dimana ganti rugi kepada Plaintif/Perayu dibenarkan (di atas purata 50:50) terhadap kecederaan-kecederaan seperti Laporan Pakar melainkan kecederaan “left branchial plexus” kerana surat daripada Hospital Pasir Mas di muka surat 114 Rekod Rayuan mengesahkan tiada bukti pesakit mendapat kecederaan tersebut. 3 [6] Plaintif masih telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini terhadap Liabiliti sahaja dan telah memfailkan rayuan mengenai yang sama ke Mahkamah Rayuan. [7] Defendan Kedua (Tuan Punya Berdaftar Motorsikal tersebut) juga tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut mengenai Kuantum, telah memfailkan rayuan silangnya terhadap Kuantum sahaja ke Mahkamah Rayuan. [8]
Preamble
Menurut rekod, Defendan Ketiga tidak memfailkan apa-apa rayuan. [9] Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut. [10] Untuk kemudahan, kedua-dua alasan ini disatukan sebagai satu Alasan Penghakiman. B. FAKTA KES [11]
Preamble
Menurut Plaintif, pada hari kejadian beliau sedang menunggang Motorsikal No. DCL 231. Kira-kira pukul 6.30 petang apabila sampai di tempat kejadian di Kampung Becah Semak, Bunut Susu, sebuah Motorsikal bernombor DCV 4257 yang datang dari arah bertentangan telah melanggarnya. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif telah mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri dan telah memfailkan tindakan ini untuk mendapatkan ganti rugi 4 sepertimana di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan seperti berikut: Butir-Butir Tuntutan Gantirugi Khas Plaintif
1
Kos perjalanan ulang alik daripada hospital ke rumah dan sebaliknya oleh keluarga Plaintif
2
Kos perjalanan bagi Plaintif untuk rawatan di hospital dan/atau klinik dan/atau rawatan susulan
3
Kos makan minum di hospital oleh keluarga Plaintif
4
Kos makanan dan minuman berkhasiat
5
Kerosakan pakaian dan kasut
6
Rawatan tradisional
7
Laporan perubatan
8
Laporan Polis, rajah kasar & kunci dan Laporan JPJ
9
Laporan perubatan pakar RM600.00 +
10
Perbelanjaan ‘nursing care’ pada kadar RM900.00 sebulan daripada tarikh kemalangan dan masih berterusan
11
Perbelanjaan ‘domestic help’ pada kadar RM900.00 sebulan daripada tarikh kemalangan dan masih berterusan
12
Kos rawatan/pembedahan masa hadapan (akan dikemukakan)
13
Bil-bil hospital dan kos ubat-ubatan (akan 5 dikemukakan)
14
Kehilangan pendapatan (akan dikemukakan)
15
Kos membaiki motorsikal (akan dikemukakan)
16
Kos membeli tongkat & kerusi roda (akan dikemukakan) JUMLAH [12] Dan Plaintif menuntut:
1
Ganti rugi Am;
2
Ganti rugi Khas;
3
Faedah bagi ganti rugi Am pada kadar 5% setahun dari tarikh pengeluaran Saman sehingga tarikh keputusan dikeluarkan;
4
Faedah bagi ganti rugi Khas pada kadar 5% setahun dari 27- 12-2015 sehingga tarikh keputusan hukuman dikenakan;
5
Faedah bagi jumlah yang ditetapkan dalam keputusan pada 5% setahun bagi tarikh keputusan dikeluarkan sehingga tarikh pembayaran;
6
Kos; dan 7. Lain-lain relief yang Mahkamah fikir patut dan munasabah. [13] Di dalam tindakan ini, penunggang Motorsikal DCV 4257 dinamakan sebagai Defendan Pertama dan Pemilik Berdaftar Motorsikal tersebut dinamakan sebagai Defendan Kedua. Pihak Insuran, Allianz General Insurance Company (M) Bhd telah memfailkan untuk menjadi Pencelah dan Mahkamah (HMS) telah 6 membenarkan permohonan tersebut dan dijadikan mereka sebagai Defendan Ketiga. [14] Di dalam tindakan ini, Peguam yang mewakili Defendan Pertama telah memohon untuk menarik diri, ie Tetuan Othman Hasham & Co. HMS telah membenarkan permohonan tersebut setelah tidak ada bantahan daripada pihak Plaintif. Namun HMS telah mengarahkan pihak Peguam untuk memaklumkan kepada Defendan Pertama supaya menghadirkan diri dan mewakili dirinya sendiri. Namun, Defendan Pertama tidak hadir pada hari perbicaraan. Di atas permohonan Plaintif, Penghakiman Ingkar Ketidakhadiran dan Pembelaan telah direkodkan terhadap Defendan Pertama oleh HMS. Perbicaraan perlu diteruskan terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga/Pencelah juga, memandangkan Defendan Kedua dan Ketiga masih bertanggungan secara vikarius jika mereka gagal membuktikan Motorsikal milikan Defendan Kedua tersebut tidak terlibat dengan kemalangan tersebut. Pernyataan Keterangan/Versi Plaintif [15] Plaintif dalam keterangannya ke Mahkamah menyatakan pada tarikh kejadian, apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah Motorsikal yang ditunggang oleh Defendan yang datang dari arah bertentangan telah memotong Motorvan di hadapannya lalu menceroboh masuk ke laluan sah beliau dan melanggar beliau. Akibatnya Plaintif tidak sedarkan diri dan dirawat di Hospital Pasir 7 Mas. Menurut Plaintif beliau mula nampak Motorsikal tersebut dalam jarak 20 meter tetapi ianya tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk memotong, namun begitu dalam jarak lebih kurang 10 meter Motorsikal tersebut telah memotong Motorvan tersebut. Plaintif juga telah menandakan di rajah kasar (P1), “X” tempat pertembungan dikatakan berlaku. [16] Pada 1 Ogos 2016, iaitu 20 hari selepas kejadian, baru Plaintif membuat Laporan Polis sebagaimana Trafik Pasir Mas 1757/16 (P4A). Plaintif kemudian pada 16 Ogos 2016 sekali lagi telah datang ke Balai Polis Pasir Mas untuk membetulkan Laporan Polis yang dibuat oleh Defendan bersabit dengan tarikh kemalangan. Laporan tersebut adalah sebagaimana Pasir Mas 1891/16 (P4B). Versi Pegawai Penyiasat [17] Pegawai Penyiasat (SP-1) mengesahkan bahawa beliau telah menyiasat kemalangan berkenaan yang telah berlaku pada 10 Julai 2016 jam lebih kurang 6.30 petang di Kampung Bechah Semak, Bunut Susu Pasir Mas yang melibatkan Motorsikal bernombor pendaftaran DCL 231 yang ditunggang oleh Plaintif dengan Motorsikal DCV 4257 yang ditunggang oleh Defendan Pertama. [18] Namun beliau telah pergi ke tempat kejadian selepas Laporan Polis dibuat oleh kedua-dua pihak iaitu pada 1 Ogos 2016, lebih kurang 20 hari selepas kejadian. Beliau telah pergi ke tempat kejadian dan telah melakar rajah kasar (P1 dan P1K). Menurut siasatan beliau, 8 Plaintif telah menunggang Motorsikal DCL 231. Plaintif telah bergerak dari arah atas menghala ke bawah mengikut rajah kasar manakala Motorsikal DCV 4257 yang ditunggang oleh Defendan Pertama dari arah yang bertentangan. Hasil siasatan SP-1, kemalangan berlaku bilamana Motorsikal DCV 4257 yang ditunggang oleh Defendan telah memotong dan masuk ke laluan bertentangan iaitu laluan Plaintif dan menyebabkan kemalangan. [19] Hasil siasatan SP-1 juga mendapati bahawa Defendan Pertama adalah bersalah. Satu saman di bawah Rule 10 LN 166/59 telah dikeluarkan terhadap Defendan Pertama. Versi Defendan Pertama [20] Defendan Pertama tidak hadir ke Mahkamah untuk memberi sebarang keterangan walaupun HMS telah memaklumkan kepada bekas peguamnya (yang menarik diri sebelum ini) untuk mengingatkan Defenden Pertama untuk hadir. Justeru itu, Mahkamah itu (HMS) telah merekodkan penghakiman ingkar ketidakhadiran dan pembelaan terhadapnya. Namun, dari Rekod Mahkamah, Defendan Pertama ada membuat satu Laporan Polis mengenai kejadian (Pasir Mas 1758/16) pada 1 Ogos 2016 dan mengesahkan bahawa beliau yang menunggang motosikal DCV 4257 dan berlanggar dengan motosikal bernombor DCL 231ketika memotong Motorvan. Kemalangan berlaku pada 16 Julai 2016. 9 [21] Anehnya, Plaintif telah datang ke Balai Polis Pasir Mas dan membuat laporan pembetulan dengan menyatakan bahawa kemalangan berlaku pada 10 Julai 2016. [22] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak memberi keterangan. C. PRINSIP-PRINSIP UNDANG-UNDANG MENGENAI RAYUAN [23] Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa Mahkamah ini di peringkat rayuan tidak boleh sewenang-wenangnya mencampurtangan di dalam dapatan Hakim bicara yang mempunyai kelebihan dari segi audio visual melainkan terdapatnya “appealable error” seperti dapatannya adalah bertentangan dengan keterangan-keterangan yang ada dan nyata (goes against the weight of the evidence) atau mengambil kira keterangan atau fakta yang tidak sepatutnya diambil kira. (misapprehension of facts). D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [24] Di dalam rayuan ke Mahkamah ini, Plaintif telah merayu terhadap Liabiliti dan Kuantum manakala rayuannya ke Mahkamah Rayuan adalah mengenai Liabiliti sahaja. Defendan-Defendan tidak memfailkan rayuan silang ke Mahkamah ini. Plaintif telah merayu mengenai Liabiliti sahaja ke Mahkamah Rayuan. Hanya Defenden Kedua memfailkan rayuan silang mengenai Kuantum ke Mahkamah Rayuan. Justeru penekanan diberi kepada Liabiliti bagi Plaintif dan 10 Kuantum terhadap Defendan Kedua di dalam Alasan Penghakiman ini. [25] Di dalam kes Wong Ngee Yen & Others v. Ng Yoon Thai & Others (1941) 10 MLJ (F.MS.R) 37, McElwaine CJ (S.S.) yang memberi keputusan majoriti bagi Mahkamah Rayuan pada masa itu telah memutuskan seperti berikut: “An Appellate Court should be very loath to differ on a finding of fact by a Court which has seen and heard the witnesses but if the leaned judge can be shown to have misdirected himself on the evidence, or to have rejected evidence for a wrong reason or to have drawn an inference from evidence which was equally capable of supporting a different inference it may be the duty of an Appellate Court to interfere.” (Emphasis added). [26] Namun begitu di dalam kes Lim Chor Ching & Ors. V. Idris Abdul Karim & Another Appeal [1998] 3 CLJ SUPP 145 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “Inspite of these strong views generally held by Courts, an Appellate Court on the other hand will not hesitate to interfere if the Subordinate Courts are clearly found to have acted on wrong principles, or that a miscarriage of justice had occurred in the circumstances of those cases, Lord Denning MP in Kerry v. Carte [1969] 1 WLP 1372 at p. 1376 had occasion to say: 11 “We will interfere if the judge had gone wrong in principle or is shown to have misapprehended the facts; but even if neither of these is shown, we will interfere if we are in opinion that the judge was clearly wrong. After all, the function of this Court is to be a Court of Appeal. We are here to put right that which has gone wrong.” [27] Adalah juga menjadi undang-undang yang mantap bahawa apabila terdapatnya 2 versi yang berbeza maka Mahkamah perlu mengambil kira versi yang paling “probable”. Di dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yau (1999) 3 CLJ 188 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “The trial court fell into error when it approached the case solely on the basis of deciding which story is to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and should also consider other probable versions provided they were within the scope of the pleading and supportable by admissible evidence including the neutral ones.” Beban Pembuktian [28] Di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamad Ali [1971] 2 MLJ 175, Mahkamah Persekutuan memutuskan: 12 “In a negligence action, tho onus of proof rest wholly on the Plaintiff, whether or not the Defendant give evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence.” [29] Undang-undang adalah jelas bahawa beban adalah pada pihak Plaintif untuk membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian. Fakta bahawa Defendan tidak hadir memberi keterangan dan menyatakan versinya tidak bermakna bahawa Mahkamah seharusnya memberikan keputusan memihak kepada Plaintif. Pihak Plaintif masih terikat dengan beban pembuktian kesnya di atas imbangan kebarangkalian. [30] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada kes Kunasegaran Manckam v. Baula Singh Kipa Singh & Anor. & Another case [1982] CLJ (rep) 506 di mana Yang Arif Hakim Abdul Razak menyatakan: “The fact that the Defendants had not been called to rebut the Plaintiff’s case did not mean judgment must be entered in favour of the Plaintiff. The question of tilting the balance of probabilities in the Plaintiff’s favour would only arise where the Plaintiff has proved his case.” [31] Seterusnya di dalam kes Nadarajan Muniandy v. Ayob Jauhari [2001] 4 CLJ 718, Yang Arif Hakim RK Nathan (pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: 13 “Since the Defendant did not adduce evidence and as the onus of proof of negligence on the part of the Defendant rested with the Plaintiff, the Court was left to decide the issue of liability based on the Plaintiff’s evidence. As the Court was bereft of the benefit of hearing the Defendant’s version the evidence of the Plaintiff that the Defendant was turning right must be accepted. In the circumstances, the Court had no doubt of the Defendant’s negligence in cutting across the path of following traffic. However, it does not mean that the Defendant has to give evidence before the Court can find the Plaintiff contributory to his own negligence. His contribution if any can be ascertained from his own evidence.” [32] Sekarang Mahkamah akan menyentuh mengenai rayuan Plaintif terhadap Liabiliti. Di dalam kes ini, menurut Plaintif pada hari kejadian, beliau telah menunggang dalam kelajuan 70 kmj dan pertama kali melihat Motorsikal Defendan Pertama dalam jarak 20 meter dan pada ketika ini menurut Plaintif tidak ada sebarang isyarat yang menunjukkan Defendan Pertama ingin memotong. Namun begitu, dalam jarak 10 meter tiba-tiba Defendan Pertama telah memotong Motorvan tersebut dan melanggar Plaintif yang menunggang di laluan bertentangan. [33] Ke arah itu, Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan-keterangan/Pernyataan Saksi Plaintif (SP-2) mengenai perkara ini di muka surat 20 Rekod Rayuan Tambahan (3), Plaintif ditanya dan menjawab: 14 “6. : Sila beritahu Mahkamah bagaimana kemalangan ini berlaku? : Saya menunggang dari arah Gelang Mas menghala ke Tendong. Namun, apabila sampai di Kampung Bechah Semak, tiba-tiba sebuah Motorsikal No. DCV 4257 datang dari arah bertentangan telah memotong Motorvan di hadapannya lalu menceroboh masuk ke laluan sah saya lalu melanggar saya. Akibatnya saya tidak sedarkan diri dan telah dirawat di Hospital Pasir Mas.
7
: Sebelum kemalangan, adakah kamu nampak Motorsikal tersebut? : Ya, saya nampak Motorsikal tersebut tetapi ia tidak menunjukkan sebarang isyarat untuk memotong.
8
: Berapakan jarak semasa kamu mula nampak Motorsikal tersebut. : 20 meter.” [34] Plaintif juga telah dicadangkan oleh Pihak Defendan-Defendan bahawa sebenarnya kemalangan ini tidak berlaku, kerana dia jatuh sendiri dengan motorsikalnya namun beliau tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. [35] Plaintif juga telah membuat satu Laporan Polis (P4) mengenai kemalangan ini walaupun lewat. 15 [36] Plaintif tidak pula menyatakan berapakah kelajuan Defendan Pertama, manakala beliau mengakui beliau menunggang kira-kira 70 KM/sejam. Dapatan Mahkamah [37] Mahkamah telah membuat penelitian secara “judicial appreciation of evidence”. Keterangan yang ada di depan Mahkamah berkaitan kemalangan ini adalah daripada SP-1 Pegawai Penyiasat dan Plaintif (SP-2) sahaja. Defendan Pertama tidak memberi keterangan. Begitu juga Defendan Kedua dan Ketiga. [38] Keterangan SP-2 (Plaintif) yang dirujuk tadi telah disokong oleh Rajah Kasar yang dilakarkan oleh SP-1. [39] Di dalam Rajah Kasar yang dilakar oleh SP-1, “X” telah ditanda oleh Plaintif sebagai tempat berlakunya pertembungan antara mereka. “X” yang ditanda oleh Plaintif berada di laluan sebelah Plaintif. Ini menyokong keterangan Plaintif/SP-2 bahawa Defendan Kedua telah memasukki laluannya yang menyebabkan pertembungan/ kemalangan ini berlaku. [40] Keterangan SP-2 juga disokong oleh gambar-gambar yang menunjukkan bahawa terdapat kerosakan-kerosakan di bahagian depan kedua-dua motorsikal menunjukkan wujudnya pertembungan. 16 [41] Keterangan SP-2 ini disokong lagi oleh Laporan Polisnya (muka surat 105 Rekod Rayuan) yang konsisten dengan keterangannya di Mahkamah. Undang-undang mantap menyatakan bahawa Laporan Polis yang dibuat mangsa/Pengadu boleh diterima sebagai keterangan yang menyokong keterangan Pengadu/mangsa itu sendiri. (Lihat Seksyen 157 Akta Keterangan) [42] Keterangan SP-2 ini juga disokong oleh Laporan Polis yang dibuat oleh Defendan Pertama sendiri di muka surat 106 Rekod Rayuan. Laporan Polis ini telah menyokong keterangan SP-2 bahawa kemalangan ini berlaku di antara keduanya. [43] Namun, Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Jalan di tempat kemalangan berdasarkan kepada rajah kasar adalah satu jalan yang lurus di mana keluasannya dari A – A2 dan A2 – A4 adalah 7.5 meter, ianya agak luas. Seandainya betul terdapat Motorvan yang hendak dipotong oleh Defendan Pertama pada hari tersebut, jalan di sebelah lagi iaitu dari A2 – A4 adalah agak luas dan tidak ada sebarang masalah untuk dua buah Motorsikal berselisih sekiranya kedua-dua pihak menunggang dengan cermat dan berhati-hati. [44] Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan HMS bahawa berkaitan tandaan “X” yang dibuat Plaintif, ianya agak ke tepi dan berhampiran dengan kaki lima. Pada pendapat Mahkamah sekiranya Defendan Pertama memotong sekalipun ianya tidak akan sampai ke tepi sehinggakan sampai ke tempat “X”. 17 [45] Setelah meneliti Rekod Rayuan, Mahkamah mendapati keterangan yang ada untuk pertimbangan Mahkamah adalah datangnya daripada Plaintif (SP-2) dan Pegawai Penyiasat sahaja. Namun Pegawai Penyiasat telah pergi ke tempat kejadian 20 hari selepas kejadian iaitu pada hari Laporan Polis dibuat oleh kedua-dua pihak. Tidak ada apa-apa keterangan senyap seperti bekas serpihan, bekas tanda tayar (tyre marks) yang masih berada di tempat kejadian. Mahkamah ini bersetuju bahawa keterangan SP-1 diperolehi hanya daripada rakaman percakapan terhadap Plaintif dan Defendan Pertama sahaja. Apakah asas dapatan SP-1 pun tidak diketahui sehingga SP-1 mengeluarkan saman terhadap Defendan Pertama. SP-1 tidak pula menyiasat mengenai wujudnya Motorvan seperti didakwa Plaintif. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan SP-1 tidak banyak membantu Mahkamah. [46] Gambar dan keadaan kedua-dua Motorsikal yang rosak di bahagian hadapan menunjukkan terdapat pertembungan telah berlaku di antara kedua mereka. Namun di manakah tempat pertembungan tersebut (point of impact) itu berlaku tidak dapat ditentukan. Laporan Polis dibuat oleh kedua-dua pihak adalah 20 hari selepas kejadian. [47] Justeru keterangan yang ada di hadapan Mahkamah adalah agak lemah. [48] Mahkamah juga merujuk kepada jarak pertama kali Plaintif melihat Defendan Pertama dan jarak semasa Defendan Pertama mula 18 memotong Motorvan tersebut. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa pertama kali Plaintif melihat Defendan Pertama adalah 20 meter iaitu lebih dari 60 kaki dan semasa memotong Motorvan pula adalah 10 meter iaitu lebih dari 30 kaki. Jarak ini agak jauh tambahan pula tempat kejadian adalah satu jalan yang lurus. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa dengan kelajuan 70 km sejam, Mahkamah berpendapat terdapat banyak ruang dan peluang untuk Plaintif mengambil tindakan untuk mengelak perlanggaran ini. Mahkamah berpendapat dengan keadaan jalan dan situasi semasa tersebut, Plaintif mempunyai ruang, peluang dan tanggungjawab untuk cuba mengelak daripada kejadian tersebut berlaku, tetapi malangnya tidak ada sebarang keterangan yang menunjukkan Plaintif telah berbuat demikian. [49] Justeru itu, Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS di muka surat 14 dan 15 Rekod Rayuan Tambahan 2 yang menyatakan: “Secara kesimpulan, atas imbangan kebarangkalian saya yakin bahawa kemalangan antara Plaintif dan Defendan Pertama sememangnya berlaku namun daripada keterangan-keterangan yang ada, adalah sukar untuk ditentukan point of impact kemalangan yang sebenar. Adalah sukar untuk membahagikan peratusan tanggungan dengan tepat antara Plaintif dan Defendan Pertama kerana berlaku ketidaktentuan dalam menentukan point of impact kemalangan.” 19 [50] Ke arah itu, Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS bahawa di atas imbangan kebarangkalian Plaintif dan Defendan Pertama bertanggungjawab masing-masing 50% terhadap kemalangan tersebut. [51] Mahkamah membuat keputusan sebegini bersandarkan 2 Otoriti-Otoriti kukuh. [52] Di dalam kes Ng Aik Kian & Anor lwn Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 218 Mahkamah memutuskan: “the varied versions of the accident given by the parties herein have created doubt that this court is unable to determine their respentive degree of blameworthiness. On the facts, and on the balance of probabilities, it is just impossible to apportion the blame. This being the case, the Court can only hold that both are equally to blame.” [53] Di dalam kes Chan Nai Inn lwn Lim Choi Chay [1989] 1 MLJ 153 Mahkamah memutuskan: “Since the Court is unable to determine the degree blame worthiness of each of them, both are equally to blame.” [54] Pihak Plaintif telah mempertikaikan kenapa walaupun Defendan tidak datang memberi keterangan namun, Liabiliti tidak diletak 100% ke atas bahu Defendan. Sebaliknya Plaintif perlu 20 menanggung 50% Liabiliti pula. Perkara ini telah dijawab sebelum ini di para-para terdahulu. [55] Perlu ditekankan di sini bahawa sama ada Defendan hadir atau tidak hadir untuk memberi keterangan beban pembuktian masih di atas bahu Plaintif untuk membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian sehingga di akhir kes. Apa yang beralih kepada Defendan ialah tanggungan mengemukakan keterangan oleh dirinya dan/atau saksi-saksi lain. Defendan masih boleh melepaskan tanggungan melalui soal balas terhadap saksi-saksi Plaintif dan juga bergantung kepada keterangan dokumentari yang dikemukakan sebagai eksibit (Tan Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) Sdn Bhd [1998] 1 MLJ 697). D. KUANTUM [56] Plaintif turut memfailkan rayuan terhadap Kuantum di Mahkamah ini. Plaintif tidak merayu ke Mahkamah Rayuan sebaliknya Defendan Kedua telah memfailkan rayuan silangnya mengenai Kuantum ke Mahkamah Rayuan. Walaupun HMS mendapati Plaintif menyumbang cuai sebanyak 50% namun Plaintif tidak layak kepada mana-mana ganti rugi. Menurut HMS, memandangkan Plaintif tidak memanggil pakarnya (“maker”) untuk memberi keterangan, maka, laporan tersebut ditandakan sebagai ID sahaja sehinggalah di akhir bicara. Justeru, HMS memutuskan tiada apa-apa keterangan pakar berada di hadapan Mahkamah (HMS) untuk dipertimbangkan. Oleh itu, HMS telah menolak tuntutan Plaintif 21 mengenai Kuantum. Namun, HMS telah membuat “award” secara provisional seperti mana terdapat di muka surat 18 dan 19 Rekod Rayuan Tambahan (2). (Ini akan dibincangkan kelak). [57] Namun Mahkamah tidak bersetuju dengan dapatan HMS sedemikian. Perlu ditekankan di sini mengikut hujahan Plaintif, pihak Defendan Kedua telah memfailkan Ikatan Dokumen yang mengandungi Laporan-Laporan Pakar pilihan mereka (muka surat 143 – 146 Rekod Rayuan) dan juga Sebut Harga bertarikh 21 September 2017 dari KK Prosthethic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd (muka surat 152 – 153 Rekod Rayuan). [58] Semasa Perbicaraan, Plaintif telah mempersetujui kesemua Laporan Pakar tersebut memandangkan Laporan Pakar tersebut telah disediakan oleh Pakar Defendan berdasarkan Laporan Awal Perubatan Plaintif. [59] Selain itu, Laporan Pakar Defendan di muka surat 143 hingga 146 Rekod Rayuan yang disediakan oleh Pakar Defendan telah merujuk kepada Laporan Awal Perubatan Plaintif (Initial Medical Report) (muka surat 111 – 113 Rekod Rayuan) (walau pun masih di dalam berbentuk ID). Laporan tersebut telah mengesahkan bahawa Kecederaan dan Kecacatan yang dialami Plaintif di dalam kes ini adalah berpunca daripada Kemalangan tersebut yang sama. [60] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Peguam Plaintif bahawa tiada keperluan bagi doktor dari Hospital Pasir Mas 22 dipanggil memandangkan Laporan Awal Perubatan tersebut telahpun dirujuk oleh pihak Pakar Defendan sendiri semasa menyediakan Laporan Pakar mereka dan Laporan Pakar mereka tersebut telahpun dipersetujui oleh pihak Plaintif. [61] Sewajarnya HMS sepatutnya menerima masuk Laporan Pakar Orthopedik Defendan dan Sebut Harga yang dikemukakan dan difailkan oleh Peguamcara Defendan dan dipersetujui oleh pihak-pihak tanpa perlu kepada kehadiran pembuat dokumen tersebut. Adalah undang-undang mantap bahawa di dalam kes sivil, apabila pihak-pihak bersetuju kepada sesuatu keterangan, maka keterangan itu boleh diterima masuk sebagai keterangan atau ekshibit. [62] Mahkamah mendapati adalah tidak boleh diterima akal dan tidak adil apabila Laporan Pakar Orthopedik dan Sebut Harga telah disediakan oleh wakil pilihan Defendan dan telah difailkan sendiri oleh Peguamcara Defendan tetapi tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan. Justeru itu, mahkamah menolak dapatan HMS dan menerima masuk Laporan tersebut sebagai keterangan. [63] Bersandarkan dapatan Mahkamah di atas bahawa Laporan Pakar Plaintif diterima masuk dan Laporan Pakar Defendan digunakan sebagai rujukan, kini Mahkamah merujuk kepada award “provisional” yang diberikan oleh HMS, seperti di bawah: “Ganti Rugi Am (atas 100% liability) 23 Plaintif mengalami kecederaan seperti berikut:
1
Cerebral concussion – Mahkamah benarkan RM 5,500.00
2
Closed (malunited) fracture midshaft left clavicle with 1 cm shortening – Mahkamah benarkan RM 24,000.00
3
Left branchial plexus injury – ditolak
4
Muscles wasting – Mahkamah benarkan RM 8,000.00
5
Pain and suffering – Mahkamah benarkan RM 5,000.00
1
Kos perjalanan ulang alik dari rumah ke hospital – ditolak
2
Kerosakan pakaian – Mahkamah benarkan RM 100.00
3
Pembedahan masa depan – Mahkamah benarkan RM 132,288.00
4
Kehilangan pendapatan – Mahkamah benarkan RM 500.00 sebulan untuk tempoh selama 16 tahun. (RM 500.00 x 12 bulan x 16 tahun = RM 96,000.00)
5
Laporan polis dan rajah kasar – Mahkamah benarkan RM30.00 24
6
Laporan perubatan – Mahkamah benarkan RM 40.00
7
Laporan Pakar Ortopedik – Mahkamah benarkan RM 600.00
8
Laporan Pakar Ortotik – Mahkamah benarkan RM 310.00” [64] Namun, tidak pula HMS memberi alasan dan justifikasi bagaimana beliau mendapat jumlah tersebut. Apabila disemak, didapati dapatan beliau ini adalah bersandarkan Laporan-Laporan Pakar pihak Defendan ie Klinik Dr. Azhar (muka surat 143 – 146) dan otoriti-otoriti berkaitan. Mahkamah berpendapat tindakan HMS adalah tidak salah. [65] Mahkamah ini telah meneliti Laporan-Laporan Pakar tersebut dan dapatan Mahkamah ini juga dipandu dengan otoriti-otoriti yang berkaitan. Setelah membuat penelitian secara “judicial appreciation of evidence” Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS mengenai ganti rugi yang diberikan di atas. [66] Mengenai “Cerebral Concussion”, HMS mengawardkan RM5,500.00. Di dalam kes Mohd Fadzil bin Saadon & Anor v. Mohd Izzal bin Azman & Anor [2016] 1 PIR 65, Mahkamah telah mengawardkan jumlah yang sama bagi kecederaan yang sama Mahkamah ini bersetuju dengan jumlah ini. [67] Bagi kecederaan “Closed (malunited) fracture mishaft left clavicle with 1 cm shortening”, HMS mengawardkan RM24,000.00. 25 Berdasarkan Laporan Pakar Defendan, Plaintif telah mengalami kecederaan tersebut dengan “with 1 cm shortening”. Panduan dibuat ke atas kes Faizul bin Salleh v. Lim Koi Seng & Anor [2011] 2 PIR (31) di mana Plaintif menghadapi kecederaan yang sama di mana Mahkamah memberikan jumlah yang sama. Kes ini juga dirujuk di dalam kes Thiban Selvaraju, Nagarajan Sulvamaniam v. Ow Toong Hing [2013] 5 LNS 54 mengenai kecederaan yang sama. Mahkamah bersetuju dengan dapatan HMS ini. [68] Mengenai kecederaan “Left branchial plexus injury”, Plaintif menuntut RM70,000.00. Ini adalah berdasarkan Laporan Pakar Defendan. Namun, HMS menolaknya. Mahkamah bersetuju dengan dapatan ini oleh kerana Laporan Pakar Plaintif (Hospital Pasir Mas) sendiri menyatakan Plaintif tidak mengalami kecederaan tersebut. (Sila lihat muka surat 114 Rekod Rayuan). [69] Mengenai kecederaan “Muscles wasting of left arm and left forearm” HMS mengawardkan RM8,000.00. Ini berdasarkan Laporan Pakar Defendan sendiri yang mengesahkan kecederaan ini. Mahkamah berpandukan kes Yasothai a/p Sinnayan v. Anamalai [2016] 2 PIR (13) di mana melibatkan “0.5 cm in the left arm and 1.5 cm in the left forearm”. Memandangkan muscle wasting di sini melibatkan 4 cm left arm dan 5 cm left forearm maka Mahkamah mendapati award sejumlah RM8,000.00 oleh HMS adalah berpatutan dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah ini. 26 [70] Mengenai “pain and suffering” HMS telah mengawardkan sebanyak RM5,000.00. Laporan Pakar Defendan sendiri menunjukkan Plaintif telah menanggung kesakitan dan penderitaan, kesannya masih dirasai sehingga sekarang. Kesakitan ini menghadkan pergerakan beliau dan juga menghadkan aktiviti-aktiviti beliau. Beliau tidak boleh menjalani kehidupan secara normal lagi. Di atas sebab itu, beliau layak kepada award ini dan Mahkamah mendapati award HMS sebanyak RM5,000.00 ini adalah bersesuaian. [71] Mengenai Ganti Rugi Khas, Mahkamah tidak bercadang untuk mengganggu dapatan fakta HMS yang menolak tuntutan kos ulang-alik ke hospital. Ini adalah kerana Plaintif hanya masuk ke hospital selama satu hari sahaja. [72] Mengenai pembedahan masa depan dan kos Orthosis, HMS telah mengawardkan sejumlah RM132,288.00. Keperluan Plaintif kepada Orthosis atau alat bantuan untuk bahu beliau ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam tindakan ini, bahkan Defendan sendiri telahpun mengemukakan Sebutharga pihak mereka sebagaimana Sebutharga dari K.K. Prtosthetic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd di muka surat 1 Bundle F. Tuntutan Plaintif bagi kos Orthosis ini adalah berdasarkan kepada sebutharga yang disediakan oleh syarikat Orthosis Defendan sendiri dan yang telah dipersetujui. Mahkamah ini bersetuju dengan jumlah ini. [73] HMS telah membenarkan kos kehilangan pendapatan berdasarkan kiraan RM500.00 pendapatan sebulan selama 16 tahun = 27 RM96,000.00. Plaintif memohon RM50.00 sehari x 26 hari sebulan iaitu RM1,300.00 selama “16 tahun” menjadikan jumlah keseluruhan RM249,600.00. Mahkamah tidak bersetuju dengan cadangan Plaintif tersebut. Multiplier yang digunakan HMS sejumlah 16 tahun adalah betul. Plaintif mampu juga menyara dirinya untuk membuat kerja-kerja ringan dimasa-masa depan. Justeru Mahkamah ini mengesahkan jumlah RM96,000.00 tersebut sepertimana dapatan HMS. Bagi kos-kos lain seperti laporan polis, laporan pakar ortotik, laporan perubatan, mahkamah ini mengekalkannya kerana ianya adalah beresit/munasabah. E. KESIMPULAN [74] Di atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah ini menolak rayuan Plaintif terhadap Liabiliti dan mengekalkan keputusan HMS mengenainya. Mengenai rayuan terhadap Kuantum, Mahkamah membenarkan rayuan Plaintif sebahagian sepertimana diputuskan di atas dengan kos sebanyak RM3,000.00. Tarikh: 31 Julai 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur 28 Pihak-Pihak: Peguam Perayu/Plaintif : Encik Ahmad Mustaqim bin Zaki & Adrian Tetuan Saleha Tahir & Partners Lot 379, Tingkat 1 Jalan Padang Garong 15000 Kota Bharu KELANTAN. Peguam Responden Kedua/ : Puan Roselizawati binti Mustapha & Defendan Kedua Siti Shafiqah Tetuan Othman Hashim & Co 1st Floor, PT 371 Rumah Kedai Lembah Sireh 15050 Kota Bharu KELANTAN. Peguam Responden Ketiga/ : Puan Lavia Defendan Ketiga Tetuan S. G. Lingam & Co. No. 27, Jalan Bukit Desa 5 Taman Bukit Desa
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.