Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42(R)(A)-1-05/2022 & BA-42(R)(A)-2- 05/2022 MOHAMED AZLI BIN ADAM …PERAYU
BA-42(R)(A)-1-05/2022
High Court of Malaysia28 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42(R)(A)-1-05/2022 & BA-42(R)(A)-2- 05/2022 MOHAMED AZLI BIN ADAM …PERAYU
1
Tertuduh perayu seorang pegawai polis berpangkat Sarjan ketika kejadian, telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan di bawah seksyen 165 KK iaitu menerima wang berjumlah RM300.00 tanpa balasan yang berkait dengan tugasnya seperti berikut: “Bahawa kamu pada 14 Mac 2016 di Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, 43500, Semenyih, di dalam daerah Hulu Langat di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai penjawat awam, iaitu Sarjan yang bertugas di Balai Polis Komuniti Bandar Teknologi, telah menerima untuk diri kamu suatu benda yang berharga iaitu wang tunai RM300.00 dari Wong Chiew Hoong (No. K/P: S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 790102-14-5593) dengan tanpa balasan yang mana kamu mengetahui ada hubungan dengan tugas rasmi, yang mana kamu adalah seorang Ketua Polis Balai, Polis DiRaja Malaysia pada masa itu, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.”
2
Atas sabitan ini, perayu dijatuhkan hukuman penjara 2 bulan dari tarikh keputusan 20.5.2022 dan denda RM5,000.00. Mahkamah ini stelah mendengar rayuan Perayu, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. Isu yang berbangkit semasa rayuan [3] Terdapat 5 isu yang dibangkitkan oleh perayu semasa rayuan di Mahkamah ini yang berkisar kepada alasan terdapat kekhilafan di pihak Hakim Bicara yang gagal memberi pertimbangan sewajarnya seperti berikut: Isu pertama: perniagaan ini berdaftar dengan SSM oleh itu tiada apa-apa isu berbangkit bersabit keperluan untuk perayu melindungi perniagaan ini; Isu kedua: keterangan SP13 yang menunjukkan tiada isu perniagaan ini menggajikan pekerja asing yang memerlukan perayu melindungi perniagaan ini; Isu ketiga: jika kehadiran anggota SPRM di Pejabat perayu bersifat sebagai satu dorongan; Isu keempat: sama ada terdapat keraguan penyerahan RM300.00 kepada perayu dengan bergantung kepada keterangan SP16 semata-mata; S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Isu kelima: jika operasi bersifat ‘entrapment’ ini sah. Fakta kes berdasarkan penemuan oleh Hakim Bicara dan dapatan Mahkamah [4] Fakta kes ini sebagaimana dipetik daripada penghakiman Hakim Bicara adalah berbangkit daripada makluman risikan SPRM tentang terdapat permintaan dan penerimaan wang rasuah oleh penguatkuasa bagi melindungi perniagaan rumah urut tanpa lesen yang menggajikan warga asing tanpa permit melalui aduan di P11 yang menyaksikan satu ‘operasi relax’ dan pasukan undercover di tubuhkan SPRM.
5
SPRM telah melantik SP16 untuk menjalankan tugas undercover ini dengan menyamar sebagai pemilik premis urut JJ Harmony SPA. Perniagaan ini diambil nama dan gaya perniagaannya jenis perniagaan pusat kesihatan, kecantikan dan refleksologi daripada perniagaan asalnya berdaftar sebagai Zhang King Foot Massage. Operasi relax ini dipantau oleh SP13 PKP Shaheed dan PPj Rony Azley SP5 yang merupakan pengadu di laporan aduan P11.
6
SP16 telah bertindak untuk mendaftarkan perniagaan ini dengan SSM dengan nombor daftar A0372905-U (lihat perakuan pendaftaran SSM P20 bertarikh 29.2.2016) dan membuka akaun bank di Hong Leong Bank dengan premis perniagaan ini beralamat di Taman Anggerik Perdana, Semenyih. Pada 14.3.2016 pada jam lebih kurang 12.50 tengahari, telah sampai kepada pengetahuan SP16 melalui pekerjanya bernama Thuy yang merupakan tukang urut (warganegara Vietnam) S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 bahawa satu pemeriksaan premis telah dijalankan oleh seorang anggota polis bernama Konstable Fazid (SP6) yang mendapati perniagaan ini tiada lesen perniagaan yang sah dan hasil percakapan dengan Konstabel Faizd ini, SP16 diminta untuk hadir berjumpa dengan OCS Balai Polis Bandar Teknologi Tuan Shahridhuan untuk perbincangan lanjut.
7
Pada tarikh yang sama jam lebih kurang 1.02 petang, SP16 telah menerima panggilan dari seorang bernama CID Wan yang memperkenalkan dirinya sebagai Shah@Wan dari Balai Polis Bandar Teknologi (SP17) dan memberitahu SP16 boleh datang ke Balai Polis Bandar Teknologi pada jam 4.00 petang bertemu dengannya untuk berbincang lanjut berkenaan dengan operasi pemeriksaan polis di premis dan pengesahan dokumen perniagaan dengan Ketua Polis Balai.
8
Pasukan operasi SPRM telah dimaklumkan oleh SP16 mengenai perbualan ini dengan arahan oleh PKj Rony (SP5) untuk SP16 menerangkan kepada penguatkuasa, dia (SP16) baru mengambil alih perniagaan pusat urut ini dan masih belum mempunyai lesen perniagaan pusat urut yang sah daripada Majlis Perbandaran manakala pekerja warganegara Vietnam pula adalah tukang urut yang tiada permit kerja yang sah daripada Jabatan Imigresen.
9
Untuk melengkapkan operasi relax ini, SP16 telah dilengkapkan dengan peralatan elektronik rakaman audio dan video serta panduan penggunaannya serta wang tunai RM1,000.00 diberi oleh SP5 sebagai persediaan jika berlaku sebarang permintaaan wang suapan. Pada jam 4.04 sebelum pertemuan SP16 jam 4.06 petang dengan CID Wan (SP17), S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 SP16 telah menekan applikasi bagi memulakan rakaman audio dan video telefon bimbitnya yang diletakkan di poket baju depan SP16.
10
Hasil perjumpaan SP16 dan CID Wan (SP17) serta Sarjan Mohamed Azli iaitu perayu sebagai OCS di Balai Polis Bandar Teknologi ini, SP17 CID Wan telah menyatakan kedudukan Zhang Qing Foot Massage yang tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah dari Majlis Perbandaran Kajang yang mengakibatkan saman dikeluarkan sebelum ini. Perayu OCS (singkatan bagi Ketua Balai) Mohamed Azli pula menyatakan kebimbangan jika OCPD dan Timbalan, Balai Polis Kajang akan memantau kedudukan ini.
11
Hakim Bicara dalam membuat dapatan berhubung penerimaan wang RM300.00 tersebut telah bergantung kpeada rakaman video P6 dan transkrip perbualan yang dikemukakan sebagai P18. Meskipun tidak diperincikan oleh Hakim Bicara di dalam penghakimannya, P18 menunjukkan perayu tertuduh telah 3 kali mengulangi ingatan untuk SP16 perlu ‘pandai-pandai boss’ dalam isu permohonan lesen perniagaan dan jika SP16 ‘memahami apa maksudnya’ atau tidak. Perayu juga menambah perbualan tersebut dengan berkata ‘tak apa, u taruhlah tak apa, tak ada masalah’, ‘depend pada u’’, ‘tak apa, u taruh tak apa, tak ada hal punya’, ‘nanti saya bagi kepada budak-budak saya’ (lihat baris 145, 147,336 hingga 348 transkrip P18).
12
Berbangkit perjumpaan di antara SP16 dan perayu ini, keterangan SP16 ialah satu serahan wang berjumlah RM300.00 telah berlaku semasa SP16 bersalam dengan perayu. Serahan ini disusuli dengan S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 SP17 CID Wan bertanya ‘tak kan belanja pada boss saja, kat saya tak ada belanja’ (lihat transkrip P18 baris 414). Semasa bicara, SP17 tidak menafikan dia (SP17) ada menyatakan sesuatu semasa mengiringi SP16 keluar dari bilik perayu namun menyatakan dia sekadar bergurau namun tidak ingat apa yang dikatakannya.
13
Dari keterangan SP16, apa yang nyata ialah perniagaan ini meskipun mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kajang bagi tempoh sah dari 1.6.2016 hingga 31.12.2016 (P21), Lesen Tred, Perniagaan & Perindustrian dari Majlis Perbandaran Kajang bertarikh 1.6.2016 hingga 31.12.2016 (P22 a-b) dan Lesen Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Pembaharuan) dari 1.6.2016 hingga 3.12.2016 (P23a-b), perniagaan ini tidak mempunyai lesen yang sah semasa pemeriksaan dilakukan oleh penguatkuasa pada 14.3.2016.
14
Hakim Bicara di dalam perbicaraan ini telah melihat rakaman video ini yang dikemukakan sebagai P6, mendengar perbualan dan melihat transkrip perbualan SP16 dan perayu serta keterangan lisan SP16 di mahkamah. Di dalam alasan penghakimannya, jelas Hakim Bicara telah mengarahkan mindanya kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu berhubung penyerahan wang RM300.00 ini dan bila serta kenapa penyerahan ini berlaku. Sama ada keterangan SP13 menafikan wujudnya elemen seksyen 165 [15] Apa yang menjadi isu ialah keterangan SP13 PKP Shaheed telah menafikan wujudnya situasi yang menunjukkan terdapat keperluan dalam S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 perniagaan SP16 untuk meminta bantuan perlindungan dari pihak polis apabila SP13 bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa lesen perniagaan JJ Harmony bukan terletak di bawah bidang kuasa PDRM dan perniagaan tidak melibatkan pekerja aktiviti pelacuran serta tidak ada warga asing digajikan dalam menjalankan perniagaan ini. SP13 juga bersetuju apabila video rakaman dimainkan dan transkripsi dirujuk, tiada keterangan untuk menunjukkan terdapat permintaan wang oleh perayu dan tiada juga serahan wang RM300.00 yang berlaku di antara SP16 kepada Perayu.
16
Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan semula, SP13 telah menjelaskan bahawa maksud perniagaan ini berlesen yang dia telah bersetuju semasa soal balas ialah ia berdaftar dengan SSM tetapi tiada lesen perniagaan urut yang dikeluarkan Majlis Perbandaran dan ini telah membawa saman dikeluarkan oleh Majlis. Semasa soal semula, SP13 juga menjelaskan berdasarkan rakaman video tidak kelihatan SP16 telah menyerahkan wang kepada Perayu secara terang-terangan tetapi SP13 menyatakan berlaku penyerahan tersebut.
17
Keterangan SP13 ini disokong oleh pegawai penyiasat SP18 yang menyatakan meskipun wang RM300.00 tidak kelihatan, berlaku penyerahan wang tersebut semasa SP16 bersalam dengan perayu di akhir perjumpaan tersebut. SP5 PPK Rony yang merupakan pegawai yang bertanggungjawab menyerahkan wang RM1000.00 (dominasi RM50.00 sebanyak 20 keping) kepada SP16 menyatakan di akhir perjumpaan SP16 dengan perayu, SP16 telah menyerahkan semula baki RM700.00. S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8
18
Mahkamah ini sebagai tambahan, mendapati tiada soal balas oleh pihak tertuduh berhubung keterangan SP5 yang spesifik ini berhubung jumlah yang dikembalikan kepada SP5 hanyalah RM700.00, setakat ada dicadangkan tiada berlaku permintaan wang oleh perayu tetapi tidak mencabar SP5 berlakunya penerimaan wang oleh perayu (lihat kes PP v Mokbul Hossain & Anor [2023] 3CLJ 207 berhubung ‘an appeal is a continuation of a trial’ dan tugas serta kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan untuk membuat penilaian ‘evaluation’). Isu-isu yang dibangkitkan semasa bicara [19] Hakim Bicara sedar isu-isu yang berbangkit ini sebagaimana muka surat 3-4 alasan penghakimannya dan isu-isu ini telah diberi pertimbangan oleh Hakim Bicara. Dapatannya boleh dilihat di dalam alasan penghakiman Hakim Bicara di mukasurat 14 dan seterusnya khususnya berhubung penerimaan keterangan SP16 sebagai ‘agent provocateur’ di bawah seksyen 52 ASPRM dan berpuashati berlakunya penyerahan wang oleh SP16 kepada perayu ini.
20
Isu yang sama juga dibangkitkan semasa pendengaran rayuan ini dan Mahkamah ini setelah meneliti nota keterangan dan alasan penghakiman Mahkamah Bicara, bersetuju dengan penemuan Hakim Bicara ini dengan mengambil kira cadangan dan hujahan pihak pembelaan sendiri bahawa pihak polis PDRM tiada kaitan dengan pengeluaran lesen oleh pihak Majlis Perbandaran kerana jikapun ada kesalahan berlaku, ia adalah di bawah bidangkuasa pihak Majlis dan bukan PDRM. S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
21
Malahan, SP8 Timbalan Penguasa JSJ IPD Kajang menyatakan tidak ada menerima apa-apa aduan melibatkan perniagaan JJ Harmony SPA menjalankan operasi tanpa lesen, menggaji pekerja asing tanpa permit atau pekerja asing bekerja tanpa permit sehingga membawa kepada perniagaan ini dipantau dan diperiksa di dalam ops Noda, satu operasi bersabit serbuan operasi premis urut dan pusat hiburan.
22
Di dalam kes Mohd Khir Toyo v PP [2013] 5 CLJ 323, Mahkamah Rayuan telah memetik Mallal's Penal Law, 2002 edn. ms. 261 mengenai intipati kesalahan penjawat awam menerima suatu barangan yang berharga di bawah s. 165 Kanun seperti berikut:
a
The accused was a public servant.
b
The accused accepted or obtained, or agreed to accept, or attempted to obtain, for himself or for someone else, a valuable thing.
c
The accused gave no consideration for it, or gave a consideration which he knew to be inadequate.
d
The person from whom the accused accepted, etc, the valuable thing was known to the accused to have been, or to be, or to be likely to be, concerned in a proceeding or business transacted or about to be transacted by himself, or which had a connection with the official functions of himself, or a public servant to whom the accused was subordinate or from a person known to the accused to be interested in, or related to, the person so concerned. [23] Berdasarkan atas penemuan oleh Hakim Bicara ini melalui keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentar khususnya S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g keterangan SP16 melalui rakaman perbualan P18 dan P6 yang pada dapatan Mahkamah ini ia termasuklah keterangan saksi SP8 ini, satu inferens yang dibuat oleh Hakim Bicara ialah tiada apa-apa balasan daripada perayu tertuduh yang berbangkit atas penyerahan RM300.00 oleh SP16 ini. [24] Mahkamah ini bersetuju dengan penemuan Hakim bicara ini bahawa tiada apa-apa balasan atas penyerahan wang tunai yang dibuat SP16 sewaktu pertemuan SP16 dengan perayu, maka tiada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan Mahkamah bicara. Meskipun Hakim Bicara telah memutuskan di perenggan 42 alasan penghakimannya bahawa SP16 telah membuat serahan wang tunai ini kepada perayu tertuduh supaya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang atas premisnya ketika pemeriksaan dijalankan oleh anggota Balai Polis Bandar Teknologi, namun tiada apa-apa pengesahan yang datang daripada tertuduh perayu ke arah ini. [25] Ini secara keseluruhannya memenuhi elemen (b), (c) dan (d) yang dipetik dari Mallal’s Penal Law di perenggan 22 penghakiman ini iaitu perayu telah menerima sesuatu yang berharga iaitu wang tunai dan ia diterima tanpa memberi apa-apa balasan sedangkan perayu mengetahui pemberian ini ada hubungan dengan tugas rasminya sebagaimana yang diperuntukkan kuasa kepadanya menurut seksyen 3 secara amnya dan seksyen 20 Akta Polis, secara khususnya. S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g Sama ada penemuan SP16 dengan perayu satu ‘entrapment’ [26] Hakim Bicara telahpun membuat dapatan bahawa pertemuan SP16 dengan perayu adalah atas undangan SP7 untuk SP16 bertemu dengan perayu dan bukannya atas tindakan SP16 untuk memerangkap perayu. Daripada transkrip rakaman P18 juga, tiada apa-apa dorongan yang berbangkit daripada pertuturan SP16 dengan perayu. Oleh itu, isu terdapatnya dorongan atau ‘entrapment’ yang dirancang oleh SP16 tidak timbul. [27] Ini ditambah dengan Akta SPRM sendiri melalui seksyen 52 telah dengan jelas menyatakan kedudukan keterangan oleh seorang ‘agent provocateur’ sebagai boleh diterima masuk dan berdiri dengan sendirinya. Mahkamah Persekutuan juga melalui kes Hari Bahdur Ghale v PP [2012] 7 CLJ 789 membincangkan seksyen 40A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pari materia dengan seksyen 52 ASPRM) dan isu ‘entrapment’ atau dorongan, telah memutuskan kebolehterimaan keterangannya seperti berikut: “(1) Subsection (1) of s. 40 of the DDA acts as a variation or exception. It is to remove or minimize the impact of the presumption of credit unworthiness as a witness against an agent provocateur. Such presumption could otherwise be invoked under the general rules of evidence and procedure in view of the role that he might have played in the commission of the offence in question. Without the sub-section, a trial judge might exclude such evidence on the basis of it being prejudicial to the accused, or even if admitted, he might give little or no weight to the evidence upon finding the agent provocateur unworthy of any credit as a witness”. S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g [28] Dengan bersandarkan kes ini, seksyen 52 itu sendiri dan dapatan Hakim Bicara bahawa SP16 menemui perayu atas arahan yang disampaikan oleh SP7, maka Mahkamah ini bersetuju dengan penemuan Hakim Bicara bahawa tidak wujud apa-apa dorongan berbangkit di pihak SP16 yang boleh menjurus kepada satu penemuan bahawa perayu telah diperangkap untuk melakukan perbuatan yang menjadi satu kesalahan seksyen 165 ini. [29] Berhubung pemakaian seksyen 52 ASPRM yang dihujahkan oleh perayu sebagai tidak terpakai kerana kesalahan yang dipertuduhkan ke atas perayu adalah di bawah Kanun Keseksaan dan bukan kesalahan rasuah di bawah Akta Rasuah, Mahkamah ini bergantung kepada kes Mohd Khir Toyo v PP [2015] 8 CLJ 769 keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan seksyen 165 KK adalah satu kesalahan yang ditetapkan di bawah Akta SPRM dan ini menjadikan seksyen 52 terpakai kepada kesalahan seksyen 165 KK. [30] Atas dapatan Hakim Bicara ini, Mahkamah memutuskan tiada apa-apa sebab untuk menggangu sabitan ke atas perayu. Sabitan adalah selamat. Rayuan terhadap sabitan ditolak. Berhubung rayuan Pendakwa Raya ke atas hukuman pula, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara adalah memadai kerana hukuman ini mempunyai sebab dan akibat yang berpanjangan iaitu perayu hilang pekerjaan dengan rekod sabitan didaftarkan, dan ini juga akan membawa kesan jangka panjang terhadap perayu. Atas alasan ini, rayuan Pendakwa Raya terhadap hukuman ditolak dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Bicara dikekalkan. S/N Mj/cMuLeg0GKMqrbEmvF8g Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Jenayah (3) Shah Alam Bertarikh: 28 haribulan Februari 2023 Bagi pihak Perayu En. Wan Shahrizal bin Wan Ladin Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co. Peguambela dan Peguamcara 3-2, 1st Floor, Jalan PJS 8/4, Dataran Mentari, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Bagi pihak Pendakwa Raya Nurul Atiqah binti Mohamad Alias bersama Mohammad Asraf bin Mohamed Tahir Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Tingkat 4, Podium Utara, Bangunan SSAAS 40152 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.