Perbuatan, sokongan atau tentangan itu tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya. vi-Rujukan dibuat kepada kes Lim Chong Kooi V PP [1965] 2 MLJ 169: “Held (3) in view of s 6(1) of the Prevention of Corruption Act, it was not open to the appellant to argue that he had no power to do what he promised” vii-Rujukan juga dibuat kepada kes Gurbachan Singh v. PP [1966] 2 MLJ 125 yang memutuskan bahawa: “Held (3) on a charge of corruptly receiving money or goods it is not necessary to prove that favour has been shown by the accused person.” S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw viii-Kes Gurbachan ini telah banyak dirujuk di dalam kes-kes terkemudian seperti kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak di Miri, di dalam kes Kee Yiik Kwok @ Kee Yuk Kwok v PP [2005] 1 LNS 75 yang menyebut seperti berikut: Similarly, in Gurbachan Singh v. Public Prosecutor [1966] 1 LNS 57; [1966] 2 MLJ 125 it was held that it was not necessary to prove that favour had been shown. All the cases that I have referred to above points to one principle that is in a corruption case the prosecution need not adduce evidence that the person who received the bribe had done a favour to the giver or that the giver of the bribe had enjoyed or receive the favour promised by the receiver of the bribe. All that is required of the prosecution to prove is that the person who offers the bribes did give the bribe to the person who solicits for it and that person did receive it. ix-Meletakkan beban sebagaimana dihujahkan pihak pembelaan akan menyebabkan salah arah yang serius dan hanya akan melepaskan perayu yang telah dibuktikan melakukan kesalahan jenayah rasuah atas alasan yang tidak tepat. x-Merujuk kes PP v. Tang Eng Peng Alan [1995] 3 SLR 131 di perenggan H-I yang mana Mahkamah menyatakan seperti berikut: “… However, there is no necessity in law for an express request for a bribe or an express reference to a favour to be shown in order to establish a charge of corruption. To impose such a condition is undesirable and far too restrictive: the nets S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw would not cast wide enough to catch the often subtle and sophisticated forms of corruption” [30] Berdasarkan fakta kes serta keterangan saksi-saksi yang telah dipanggil memberi keterangan, Mahkamah mendapati bahawa kesemua elemen di bawah seksyen 16(a)(B) dan seksyen 17(a) ASPRM telah berjaya dibuktikan terhadap perayu. [31] Terdapat 6 isu yang Mahkamah ingin huraikan: Isu pertama: Adakah pihak pembelaan berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM semasa kes pendakwaan? [32] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM telah berjaya dipatahkan semasa kes pendakwaan dibentangkan. [33] Berdasarkan keterangan SP11 dan SP14 serta SP15 pihak pembelaan berhujah bahawa intipati-intipati pertuduhan ke atas perayu telah berjaya dipatahkan apabila kredibiliti saksi-saksi pendakwaan telah tergugat. [34] Mahkamah mendapati bahawa berdasarkan keterangan bersumpah daripada 15 orang saksi pendakwaan dan juga keterangan dokumentar, kesemua elemen pertuduhan terhadap perayu telah berjaya dibuktikan. [35] Keterangan penting berkaitan dengan pertuduhan terhadap perayu adalah daripada keterangan SP7, SP11 dan SP14 serta 2 rakaman video S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw iaitu ekshibit P21 dan P24 yang menunjukkan bagaimana permintaan dan penerimaan wang oleh perayu berlaku. [36] Keterangan SP11 semasa disoal balas oleh pihak pembelaan berkait dengan mengubah keputusan air kencing SP11 adalah seperti berikut: Sepanjang perbualan awak dengan OKT, OKT tak pernah berjanji untuk dia ubah keputusan ujian air kencing awak? ada ubah macamana? bagi urin tak sangkut, bagi tak positif. [37] Mahkamah mendapati bahawa dengan berjayanya dibuktikan elemen pertama dan kedua oleh pihak pendakwaan, anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM adalah terpakai terhadap perayu dan perayu perlu menjawab atau mengakas anggapan tersebut. [38] Rujukan dibuat kepada kes Noordin Saakathullah & Ors v. PP [2019] 1 CLJ 748 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: Held (1) The appellants were police officers attached to the Criminal Investigation Division, IPD Shah Alam and as such they were the agents of the Government of Malaysia. Thus, the first element of the offence was established. It was not disputed that PW7 and PW11 had handed over RM10,000 to the appellants, thus the element of the offence of obtaining the S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw gratification from PW7 and PW11 was established. Since these two primary facts were undisputed, the presumption under s. 50 of the Act applied to this case in that the gratification obtained by the appellants 'shall be presumed to have been corruptly obtained' by the appellants as an inducement for or on account of the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary was proved. (para 14). [39] Pihak pembelaan didapati telah gagal mengakas anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM dan sepatutnya perayu perlu menjawab anggapan tersebut. Isu Kedua: Adakah tujuan permintaan dan penerimaan wang oleh perayu dapat dibuktikan? [40] Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan tujuan wang yang diminta dan diterima oleh perayu berdasarkan keterangan SP11 melalui soal balas oleh pihak pembelaan sendiri sebagaimana dijelaskan di atas. [41] Hanya perayu yang tahu dan boleh menjelaskan bagaimana hendak mengubah keputusan ujian air kencing SP11 memandangkan beliau telah berpengalaman sebagai pegawai penyiasat narkotik selama 2 tahun. [42] Walaupun perayu tidak berhasrat mengubah keputusan urin SP11, namun keterangan yang menunjukkan perayu meminta dan menerima S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw wang RM2,000 daripada pengadu adalah jelas dan telahpun dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [43] Ekshibit P21 dan P24 sangat jelas menunjukkan bagaimana perbincangan, janji-janji perayu kepada pengadu sehingga pengadu menyerahkan wang RM2,000 kepada perayu pada keesokkannya. [44] Reaksi perayu semasa tangkapan dan semasa wang bertanda dijumpai di dalam bilik beliau adalah tidak releven di dalam kes ini. [45] Penafian perayu berkaitan wang yang dijumpai di dalam biliknya tidak menunjukkan bahawa perayu berkata benar apabila ekshibit P24 membongkarkan segalanya. [46] Perlu diingat bahawa perayu ditangkap semasa menunggang motosikal ingin keluar dari IPD dan hanya dibawa ke biliknya selepas pemeriksaan badan dibuat. Penafian berkaitan wang tersebut dibuat oleh perayu disaat beliau mula-mula masuk ke bilik beliau yang mana menunjukkan perayu mengetahui berkaitan dengan kewujudan wang tersebut. Tambahan pula keterangan melalui ekshibit P21 dan P24 yang nyata tidak memihak kepada perayu. Isu Ketiga: Sama ada SP11 adalah saksi yang kredibel [47] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa keseluruhan kes pendakwaan bergantung kepada keterangan SP11 yang mana SP11 bukanlah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw [48] Mahkamah meneliti semula keterangan SP11 semasa memberi keterangan di mahkamah di mana SP11 dengan secara jujur menceritakan bagaimana perayu pada mulanya bertanya kepada SP11 macamana nak “settle” kan urin SP11 yang di dapati positif dadah. [49] Perayu juga yang mencadangkan agar SP11 mencari duit RM2,000 untuk selesaikan urin dan nama SP11 dari rekod polis. Sehinggalah SP11 balik ke rumah dan menceritakan perihal permintaan perayu kepada keluarga beliau. [50] Selepas itu SP11 tidak mengambil tahu berkaitan dengan permintaan perayu sehingga keluarga SP11 pergi ke Jeli bagi menguruskan kes SP11 dengan perayu. [51] SP11 tidak terlibat pun dengan kejadian pada 14/11/2017 dan 15/11/2017 sebagaimana keterangan SP7 dan SP14. [52] Dengan itu Mahkamah tidak dapat menerima hujahan pembelaan yang mendakwa keterangan SP11 dibina atas dasar tidak berpuas hati terhadap pihak polis sedangkan SP11 langsung tidak terlibat semasa permintaan wang dan penerimaan wang oleh perayu daripada keluarga [53] Keterangan SP11 juga mengesahkan bahawa perayu langsung tidak terlibat semasa proses pengambilan dan keputusan urin SP11 selepas tangkapan SP11. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw [54] Tambahan pula keterangan SP11 disokong oleh keterangan SP14 yang mencari alternatif menghubungi perayu bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan kes yang dihadapi oleh SP11. [55] Oleh itu Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP11 adalah kukuh dan beliau merupakan seorang saksi yang kredibel. Isu Keempat: Kegagalan pihak pendakwaan memanggil Pak Su Mie dan Mohd Kusairi Syakirin. [56] Hujahan pembelaan bahawa anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai adalah tidak relevan memandangkan kedua-dua saksi ini tidak mengetahui dan tidak terlibat di dalam kes ini. [57] Adalah mencukupi dengan keterangan SP7, SP11 dan SP14 serta keterangan sokongan daripada dokumen-dokumen yang telah diekshibitkan di Mahkamah Yang Mulia ini yang membina kes terhadap perayu. Oleh itu keterangan Pak Su Mie dan Mohd Kusairi Syakirin adalah tidak relevan dan tidak penting kerana kes ini bukan melibatkan pertuduhan memiliki ketum. Isu Kelima: Sama ada permintaan dan penerimaan wang RM2,000 adalah wang rasuah [58] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa wang RM2,000 diminta oleh perayu kerana tiada S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw saksi yang menyatakan perayu ada menyebut wang RM2,000 kecuali [59] Mahkamah menyimpulkan bahawa andainya permintaan wang RM2,000 bukannya datang daripada perayu, bagaimanakah SP11, pengadu, SP14 dan SP7 serta pegawai serbuan yang lain mengetahui berkaitan permintaan wang RM2,000 ini? [60] Mahkamah berpendapat SP11 dengan secara jujurnya telah memberitahu kepada pengadu bahawa perayu ada membuat permintaan wang RM2,000 daripada SP11 sebelum melepaskan [61] Disebabkan itulah semasa perjumpaan pertama pengadu, SP7 dan SP14 dengan perayu tidak disebut berkait jumlah wang yang diminta oleh perayu. Jika bukan RM2,000, sudah semestinya perayu akan memperbetulkan pengadu kerana pengadu ada beberapa kali menyebut jumlah wang RM2,000 kepada perayu. [62] Malah, pengadu ada meminta untuk perayu mengurangkan jumlah wang yang diminta, namun perayu tidak bersetuju. Keterangan ini menunjukkan bahawa perayu sememangnya mengetahui jumlah wang yang perlu diserahkan oleh pengadu kepada perayu. [63] Berdasarkan ekshibit P21, adalah dengan jelas menunjukkan bagaimana reaksi perayu semasa perjumpaan dengan pengadu, SP7 dan S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw SP14 bagi menunjukkan terdapatnya permintaan wang rasuah daripada perayu. i. Perayu tanpa segan silu mengajak pengadu untuk menyelesaikan terus kes SP11 pada hari itu apabila pengadu menyatakan beliau datang untuk berbincang dahulu. [15:32:18] ii. Perayu tidak berani untuk membenarkan pengadu memasukkan/membayar wang rasuah melalui bank. iii. Perayu menerangkan bahawa jika kes tersebut tidak selesai, denda di mahkamah pun RM3,000 dan kena pengawasan serta lapor diri. [15:33:22] iv. Perayu tidak bersetuju apabila pengadu minta wang rasuah dikurangkan. [15:34:00] v. Perayu memberi jaminan akan memberikan keputusan urin SP11 setelah keputusan urin SP11 sampai apabila pengadu minta perayu memberi jaminan selepas pengadu membayar RM2,000. [15:34:56] vi. Perayu tidak setuju apabila pengadu minta resit dikeluarkan apabila wang diserahkan. [15:35:11] S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw vii. Semasa penyerahan wang pula, reaksi perayu semasa berjumpa dengan pengadu dilihat takut-takut dan menyuarakan rasa tidak sedap hati kepada pengadu. [12:47:39] viii. Perayu telah meminta pengadu meletakkan wang rasuah di mana-mana di dalam bilik perayu. [12:49:00] ix. Pengadu telah meletakkan wang rasuah di atas mesin pencetak di dalam bilik perayu yang mana wang tersebut telah ditemui semasa perayu dibawa oleh pegawai tangkapan selepas perayu ditangkap. [12:49:34] [64] Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pihak pedakwaan telah berjaya membuktikan elemen permintaan dan penerimaan wang RM2,000 oleh perayu daripada pengadu. Isu Keenam: Kebolehterimaan ekshibit P31 sebagai keterangan [65] Mahkamah mendapati bahawa P31 boleh diterima sebagai ekshibit dan boleh dijadikan keterangan sokongan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan berdasarkan sebab-sebab berikut: i-Kandungan P31 adalah selari dengan keterangan SP7 dan SP14 serta kandungan P21 dan P24. ii-SP10 sebagai pegawai perakam memberi akuan bersumpah bahawa beliau merakam P31 setelah diarahkan oleh SP15 dan diberi kuasa untuk merakam percakapan tersebut. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw [66] Persoalannya, jika sekiranya P31 tidak diekshibitkan di mahkamah, adakah keterangan pihak pendakwaan terhadap pertuduhan ke atas perayu gagal dibuktikan? [67] Walaubagaimanapun keterangan pendakwaan tidak sepenuhnya bersandar kepada P31. P31 hanyalah sekadar keterangan sokongan bagi menunjukkan bahawa kejadian permintaan dan penerimaan wang oleh perayu memang benar-benar wujud. [68] Keterangan terhadap perayu adalah melimpah ruah tanpa perlu bersandar kepada P31 apabila SP7, SP11 dan SP14 serta P21 dan P24 dikemukakan yang mana keterangan P21 da n P24 tidak akan menipu tentang apa yang telah berlaku. [69] Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dan prinsip undang-undang yang berkaitan, pihak pendakwaan Mahkamah berpuas hati bahawa kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan tersebut telah berjaya dibuktikan terhadap perayu dan anggapan di bawah seksyen 50(1) ASPRM adalah terpakai maka adalah sewajarnya perayu dipanggil membela diri terhadap kedua-dua pertuduhan. Kes Pembelaan [70] Perayu telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya tanpa disokong oleh mana-mana keterangan yang lain. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw a. Perayu tidak mempertikaikan bahawa dirinya berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia sebagai seorang Penolong Pegawai Penyiasat pada 15/11/2017. b. Pada 14/11/2017 pada jam 3.00 petang, perayu mengaku telah bertemu dengan pengadu kerana pengadu ingin mengetahui status kes SP11 yang telah ditangkap di IPD Jeli. Perayu telah menerangkan kepada pengadu bahawa ujian urin SP11 positif methaphetamine dan telah memberitahu SP11 bahawa perlu hadir ke balai polis dengan memberikan surat jamin polis sebelum keputusan urin sampai di tangan perayu. c. Perayu mengakui mengeluarkan eksibit P33 atas arahan Ketua Bahagian Narkotik Daerah (KBND) dan telah menyerahkan surat tersebut kepada SP11 pada 10/11/2017 dan permintaan wang RM2,000 yang dikatakan sebagai wang jaminan juga telah diarahkan oleh KBND. d. Perayu mengakui bahawa keluarga pengadu yang mula-mula menghubunginya bertanyakan kes yang dihadapi oleh SP11 namun perayu minta pengadu hadir ke IPD Jeli berjumpa dengan perayu bagi memudahkan urusan. e. Permintaan wang yang dikatakan oleh perayu sebagai wang jaminan sebanyak RM2,000 daripada keluarga SP11 hanya timbul semasa perjumpaan perayu dengan keluarga SP11 pada 14/11/2017. f. Wang tersebut dikatakan oleh perayu untuk digunakan sebagai wang jaminan untuk menjamin SP11 di mahkamah sekiranya urin SP11 positif. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw g. Perayu juga memberi jaminan semasa memberikan pembelaan bahawa wang tersebut akan dipulangkan kepada pengadu sekiranya SP11 tidak dituduh di mahkamah. h. Keterangan pembelaan perayu berkaitan P33 menunjukkan bahawa nilai RM2,000 tidak ditulis pada P33 atas alasan wang RM2,000 belum diperolehi dan hanya akan ditulis selepas keluarga SP11 melunaskan bayaran. i. Perayu mengesahkan dirinya tidak terlibat dengan ujian pengambilan sampel urin SP11 dan hanya mengambil gambar botol urin SP11 sahaja. j. Perayu menafikan wang RM2,000 adalah permintaan wang rasuah untuk mengubah keputusan air kencing. k. Pada 15/11/2017, pengadu sekali Iagi telah berjumpa dengan perayu untuk menyerahkan RM2,000 namun perayu telah mengarahkan pengadu untuk meletakkan wang tersebut di mana-mana saja di dalam bilik perayu. l. Perayu menafikan beliau melihat wang yang diletakkan oleh pengadu di dalam biliknya kerana perayu mendakwa telah keluar dari bilik tersebut dan terlibat dengan operasi. m. Perayu mengesahkan tiada resit dikeluarkan kepada pengadu setelah wang RM 2,000 diletakkan kerana pengadu keluar dari bilik perayu dalam keadaan kelam kabut. n. Perayu mengesahkan beliau telah ditangkap oleh pegawai SPRM di perkarangan Balai Polis IPD Jeli. o. Perayu mendakwa dirinya telah dianiaya apabila dia dibawa oleh pegawai SPRM ke biliknya dan mendapati ada duit di atas mesin pencetak. S/N mTu5y5JiREyyqu0TesI7xw Peruntukan Undang-Undang [71] Di akhir kes pembelaan Mahkamah perlu menentukan sama ada pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan di bawah seksyen 50(1) ASPRM yang telah diguna pakai oleh pihak pendakwaan semasa kes pendakwaan. Seksyen 50(1). Anggapan dalam kesalahan tertentu: