23.5 Gambar-gambar tempat kejadian di eksibit P2A & D jelas menunjukkan kesan seretan yang menguatkan lagi naratif SP1. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ [24] SP8 adalah seorang ahli kimia yang telah menjalankan ujian ke atas barang rampasan di dalam kes ini dan hasil ujian beliau dilihat di P33. SP8 mengesahkan bahawa terdapat kesan air mani pada tisu (eksibit P23(9)) yang dirampas di tandas lelaki berhampiran labour room HGM dan ianya adalah berpadanan dengan profil DNA perayu. SP8 juga mengesahkan bahawa terdapat profil DNA campuran perayu dan SP1 (daripada ekstrak sel bukan sperma) pada baju yang dipakai oleh perayu pada masa kejadian. Baju ini telah dicamkan oleh SP1 dan telah ditandakan sebagai eksibit P18. [25] Mahkamah dengan ini berdapat terdapat ‘overwhelming evidence’ yang membuktikan tentang berlakunya penetrasi dan ianya berlaku tanpa kerelaan SP1. Apabila kes dikatakan berjaya dibuktikan secara prima facie ia membawa makna bahawa kes Pendakwaan akan hanya dapat diakas dengan cara mengemukakan keterangan lain yang dapat mamatahkannya. Prinsip undang-undang adalah sebagaimana dalam kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “A Prima Facie is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be overthrown only by evidence in rebuttal.” [26] Mahkamah beepuas hati bahawa keterangan-keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan berlangsung telah memenuhi beban pembuktian yang dikehendaki iaitu satu kes prima facie. Di dalam kes Looi Kow Choi v PP [2003] 2 MLJ 65, Gopal Sri Ram JCA (beliau pada masa itu) memutuskan bahawa:- S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the procesution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [27] HMS di dalam alasan penghakimannya telah mengguna pakai prinsip undang-undang dalam kedua-dua kes yang disebut di atas untuk mencapai keputusannya. HMS juga dengan betul telah membuat penilaian maksimum ke atas kes Pendakwaan dalam memutuskan untuk memanggil perayu untuk membela diri sebagaimana yang telah diberikan di dalam kes klasik PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. [28] HMS juga jelas ‘aware’ berkenaan dua elemen yang perlu dibuktikan bagi kes-kes di bawah seksyen 376(1) Kanun Keseksaan sebagaimana yang boleh dilihat di dalam alasan penghakimannya iaitu: i) berlakunya hubungan seksual/kemasukan kemaluan perayu ke dalam kemaluan SP1, dan ii) hubungan seksual tersebut berlaku tanpa kerelaan SP1. [29] HMS juga telah membuat dapatan bahawa SP1 merupakan saksi yang kompeten dan memahami soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya oleh pihak Pendakwaan dan juga pihak Pembelaan. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ [30] HMS juga ‘aware’ bahawa bagi kes-kes rogol bahawa telah menjadi ‘rule of prudence’ adalah lebih selamat sekiranya wujud keterangan-keterangan sokongan bagi menyokong keterangan SP1. HMS dilihat di dalam alasan penghakimannya jelas memberikan pertimbangan kepada keterangan SP2, SP4 dan SP5. [31] Oleh yang demikian keputusan HMS memanggil perayu membela diri adalah betul, tepat dan selaras dengan prinsip undang dalam nas-nas duluan yang dirujuk di atas. Pembelaan Perayu [32] Di peringkat kes pembelaan pendekatan yang harus diambil oleh mahkamah yang mendengar kes adalah sebagaimana yang diputuskan di dalam kes klasik Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 seperti berikut:- “a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt....convict. b) If you accept or believe the accused’s explanation....acquit. c) If you do not accept or believe the accused’s explanation....Do not convict but consider the next steps below. d) If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasnable doubt as to his guilt...convict. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt...acquit.” [33] Teras pembelaan Perayu adalah hubungan seks yang berlaku antara perayu dengan SP1 adalah dengan kerelaan SP1. Ini jelas dapat dilihat daripada soalan-soalan yang dikemukakan oleh peguam perayu dalam pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP1 dan juga di dalam penyata saksi perayu di dalam WSD-1. Tiada cabaran serius dibuat terhadap keterangan saksi-saksi Pendakwaan tentang berlakunya penetrasi. [34] Fakta bahawa berlaku penetrasi/hubungan seks antara perayu dengan SP1 tidaklah dipertikaikan. Malahan perayu dalam pernyataan saksinya yang telah ditandakan sebagai WSD-1 yang boleh dilihat di muka surat 77 Jilid 3(A) RR jelas mengakui berlakunya hubungan seks antara perayu dengan SP1 tetapi menyangkal ianya berlaku secara paksaan. [35] Dalam keterangannya, perayu mendakwa dia telah berjumpa dengan pengadu di kerusi batu di HGM pada malam kejadian untuk bertanya tentang hutangnya dengan pengadu. Semasa sedang bercakap dengan pengadu, perayu bertanya mengenai seorang lelaki tidak berbaju yang dilihat berada di rumah SP1 pada hari sebelumnya. Namun diamati perkara tentang hutang ini tidak pernah sama sekali dicadangkan kepada SP1 sewaktu pemeriksaan balas. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ [36] Perayu menyatakan bahawa SP1 memberitahu bahawa lelaki tersebut adalah suaminya. Jawapan SP1 itu menimbulkan kemarahan perayu dan mereka bertengkar. Selepas itu, mereka pun ke tandas tempat kejadian untuk melakukan hubungan seks. Perayu mendakwa bahawa mereka telah beberapa kali berasmara di tandas tersebut sebelum malam kejadian. Perayu turut mendakwa bahawa pada malam kejadian, pengadu mengikutnya dengan rela hari dan tanpa paksaan. Dakwaan bahawa perayu dan SP1 sudah beberapa kali melakukan hubungan seks di tandas berkenaan walaubagaimanapun tidak pernah sama sekali dicadangkan kepada SP1 sewaktu pemeriksaan balas. [37] Bila keterangan Perayu di dalam WDS1 ini diteliti, Mahkamah yang mulia ini mendapati bahawa perayu telah mengesahkan naratif yang diberitahu oleh SP1 bahawa berlaku hubungan seks di dalam tandas berkenaan, cuma cerita perayu berbeza hanya di mana perayu mendakwa SP1 dengan sukarela mengikutnya ke tandas dan melakukan hubungan seks dengannya. Mahkamah mendapati bahawa keterangan ini hanyalah penafian kosong semata-mata dan tidak disokong oleh apa-apa keterangan sokongan yang lain. Dakwaan perayu ini juga sama sekali tidak pernah dicadangkan kepada SP1 sewaktu pemeriksaan balas. [38] Di dalam keterangan perayu, tiada penjelasan diberikan mengenai kesan seretan di tanah berhampiran kerusi batu tersebut, tiada penjelasan dikemukakan mengenai bagaimana kasut pengadu boleh tercabut jika beliau tidak diheret ke tandas. Juga tiada penjelasan diberikan mengenai bagaimana SP1 boleh mendapat kesan calar pada kedua-dua tangan dan lebam di kaki kanan SP1. Juga tiada penjelasan tentang bagaimana S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ kemaluan SP1 luka dan lebam jika sebenarnya tiada kekerasan telah berlaku semasa melakukan hubungan seks. [39] Adalah sukar untuk dipercayai dan amat tidak munasabah bahawa SP1 yang baru sahaja bergaduh dengan perayu akan dengan sukarelanya mengikut perayu ke tandas untuk melakukan hubungan seksual. Apa yang lebih munasabah adalah versi cerita SP1 yang menyatakan perayu yang naik marah dan cemburu lalu bertindak mengheret SP1 ke tandas selepas mendengar jawapan SP1 bahawa dia sudah bersuami. Situasi di masa tersebut adalah tegang dan tidak mungkin membawa kepada hubungan intim secara suka sama suka. [40] Versi perayu bahawa SP1 yang mengajak perayu melakukan hubungan seks di tandas untuk membuktikan dia sayang kepada perayu adalah amat tidak munasabah sedangkan mereka baru sahaja bertengkar mulut. Tambah lagi versi cerita perayu ini tidak pernah dicadangkan kepada SP1 semasa pemeriksaan balas. Apa yang lebih munasabah adalah versi SP1 di mana perayu telah memaksa SP1 melakukan hubungan seks dengannya setelah berang kerana cintanya ditolak. [41] Oleh itu Mahkamah berpendapat bahawa keterangan yang dikemukakan oleh perayu semasa perbicaraan hanyalah bersifat penafian kosong semata-mata dan juga merupakan ‘afterthought’. Penafian kosong dan cadangan-cadangan yang bersifat ‘afterthought’ sama sekali tidak dapat mengakas (rebut) keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan juga sema sekali gagal membangkitkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ Dakwaan bahawa perayu dan SP1 mempunyai hubungan asmara (kekasih) adalah tidak relevan [42] Perayu mendakwa bahawa beliau dan SP1 merupakan sepasang kekasih dan semasa kes Pembelaan telah mengemukakan gambar-gambar mereka berdua bersama (Ekshibit D27) untuk menyokong dakwaannya. [43] Dapatan Mahkamah adalah gambar-ganbar tersebut bukanlah bukti kukuh bahawa mereka merupakan pasangan kekasih. Harus diingati bahawa SP1 tidak pernah menafikan bahawa beliau memang berkawan dengan Perayu dan Perayu telah cuba melamar SP1 dan ditolak oleh SP1 sebelum kejadian rogol tersebut. Oleh itu, berkemungkinan gambar-gambar di D27 itu hanyalah gambar dua orang kawan rapat sahaja dan tidaklah secara konklusif menunjukkan bahawa mereka adalah sepasang kekasih. [44] Jikapun dakwaan itu benar sekalipun bahawa mereka merupakan pasangan kekasih, ia adalah tidak relevan. Ini adalah memandangkan jenayah rogol boleh juga terjadi dalam hubungan suami isteri, apatah lagi dalam hubungan kekasih. Elemen yang perlu dibuktikan adalah berlakunya penetrasi dan ianya berlaku tanpa kerelaan. Jika sekalipun benar mereka sepasang kekasih fakta ini sama sekali tidak mengakas keterangan kes Pendakwaan berkenaan dengan kejadian pada malam tersebut seperti tindakan perayu yang menarik sweater SP1 secara paksa, mengheret SP1 ke tandas secara paksa, memperlakukan SP1 dengan kasar, mencabul kehormatan SP1 dengan cara membuka secara paksa pakaian SP1, meraba dan menghisap payudara SP1 dan akhirnya merogol SP1 sehingga mencederakan kemaluan SP1. Jika benar pun Perayu dan SP1 merupakan S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ sepasang kekasih ianya sama sekali gagal untuk mengakas laporan perubatan SP1 dan kesan seretan di tanah berhampiran kerusi batu. Kesemua keterangan ini merupakan koroborasi yang sangat kukuh bagi versi cerita SP1 bahawa hubungan seksual yang berlaku pada malam itu adalah tanpa kerelaan beliau. [45] Dengan itu gambar-gambar D27 adalah satu keterangan yang tidak bernilai, tidak relevan dan tidak harus dipertimbangkan oleh mahkamah yang mulia ini kerana jika ia diambil kira sekalipun, ia tidak membentuk suatu pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan munasabah dalam kes ini. Dapatan Hakim Mahkamah Sesyen Di Akhir Kes Pembelaan [46] Sudah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa di akhir kes Pembelaan, Mahkamah perlu menimbangkan pembelaan yang dikemukakan ‘in the light of’ keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. [47] HMS di dalam alasan penghakimannya jelas memberikan pertimbangan kepada pembelaan yang dikemukakan ‘in the light of’ kes Pendakwaan berdasarkan prinsip-prinsip di dalam kes-kes Mat v PP, Mohd Radzi, Balachandran dan Looi Kow Chai yang dirujuk di atas dan memutuskan bahawa Perayu gagal membangkitkan apa-apa keraguan telah berjaya ditimbulkan oleh Perayu dan Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan yang munasabah. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ [48] Mahkamah diperingkat rayuan berpuas hati bahawa HMS tidak melakukan kekhilafan di dalam mensabitkan perayu di akhir kes Pembelaan. Hukuman [49] Apabila diteliti Nota Keterangan perbicaraan, HMS telah mempertimbangkan mitigasi perayu yang berumur 30 tahun, sebelum ditangkap bekerja sebagai pembantu di sebuah syarikat swasta, bapa perayu tidak sihat dan perayu merupakan anak sulung dimana perayu memohon hukuman penjara minima [50] Manakala hujahan pemberatan yang dipertimbangkan adalah pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dijatuhkan, dan dipohon untuk Mahkamah mempertimbangkan situasi pengadu yang mengalami trauma akibat kejadian tersebut. Dipohon juga dipertimbangkan bahawa kes ini merupakan sabitan setelah tamat perbicaraan penuh. [51] HMS telah mengambilkira trend hukuman untuk sabitan bagi pertuduhan kes sebegini iaitu Shahrul Hafizam Samsul Kamal & Anor v Pendakwa Raya [2022] 1 LNS 2172 yang mana hukuman dijatuhakan adalah 15 tahun penjara dan 10 sebatan dikenakan bagi kejadian merogol mangsa berusia 14 tahun ketika kejadian. [52] Rujukan juga dibuat kepada nas PP v Mohamad Asri Afiq Zul [2022] 1 LNS 2652 dalamana hukuman penjara 14 tahun dan 1 sebatan yang dijatuhkan HMS dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes melibatkan mangsa berusia 14 tahun 5 bulan setelah selesai perbicaraan penuh. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ [53] Nas-nas duluan telah menggariskan bahawa Mahkamah diperingkat rayuan tidak akan dengan mudah mengakas sesuatu keputusan atas hukumanyang telah dijatuhkan melainkan ianya menyalahi undang-undang yang diperuntukkan ataupun tidak wajar berdasarkan fakta dan situasi kes berkenaan. Nas PP v Mohamed Nor & Ors [1985] 2 MLJ 200 menyatakan: “It is the established principle that an appellate court should be slow to interfere or disturb with a sentence passed by the court below unless it is manifestly wrong in the sense of being illegal or of being unsuitable to the proved facts and circumstances…” [54] Di dalam Bhandulananda Jayatilake v PP [1985] 1 MLJ 83 pula, dinyatakan: ‘the learned trial judge was justified in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law in this country.” [55] Mahkamah di dalam rayuan ini berpuas hati bahawa hukuman12 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 2 sebatan yang dijatuhkan bagi pertuduhan ini adalah wajar dan tidak bersifat “manifestly excessive”. Tiada kekhilafan dilakukan HMS di dalam pertimbangannya dari segi fakta dan undang-undang dalam menjatuhkan hukuman. Kesimpulan [56] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa tanggungjawab Mahkamah diperingkat rayuan adalah sepertimana S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ ditetapkan di dalam Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor (1995) 3 MLJ 395 dalamana diputuskan: “It is trite law that an appellate court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the trial court to which the law entrusts the primary task of evaluation of evidence. However, the appellate court has a duty to intervene where a trial court has misdirected itself, that one may say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion.” [57] Mahkamah ini telah mengambilkira nas tersebut dan setelah mengambilkira dapatan Hakim Mahkamah Sesyen didapati tiada kekhilafan telah dilakukan dari segi undang-undang dan fakta dilakukan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Dengan itu Mahkamah diperingkat rayuan memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen mensabitkan perayu atas pertuduhan adalah selamat dan perlu dipelihara. Dengan itu rayuan ini ditolak dengan hukuman penjara dan sebatan adalah dikekalkan. Bertarikh: 1 Mac 2025. AZMI BIN ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI KOTA BHARU S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ PEGUAM Perayu: Zuhaidie Akmal bin Hasan Basri (lantikan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan) Tetuan Zuhaidie Akmal & Co Peguambela & Peguamcara PT 474, Tingkat 2, Blok K, Jalan Kota Jelasin, Pusat Perniagaan Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Responden/Pendakwaan: Hazwanie binti Husain Bustari Timbalan Pendakwa Raya Cawangan Pendakwaan Kelantan, Tingkat 3, AG-03-03, Al-Waqf Garden Boulevard @ Tunjong, Jalan Kuala Krai, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan. S/N gFkqts1DUkGbdrB10LdeQ