Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO: WA – 62K – 226 – 11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMED NOOR BIN MOHAMED AMIN ALASAN KEPUTUSAN A.
WA-62K-226-11/2021
Sessions Court of Malaysia8 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut (Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210). S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
“aklah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya (Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH (3) DI KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH NO: WA – 62K – 226 – 11/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHAMED NOOR BIN MOHAMED AMIN ALASAN KEPUTUSAN A.
1
Di dalam kes ini, OKT telah dituduh dengan 3 pertuduhan-pertuduhan asal sebagai mana berikut: PERTUDUHAN PERTAMA: Bahawa kamu pada tarikh 15/04/2019 jam 0001 hrs hingga 2359 hrs di Jakel Mall, Lot 159, Jakel Square, Persiaran Capsquare, Off Jalan Munshi Abdulllah, 50100 Kuala Lumpur, dalam daerah S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Aiman Bin Dazuki, No. KP: 900516145301 selaku pengurus undang-undang Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham syarikat yang tidak wujud dengan itu kamu dengan curangnya mendorong Jakel Trading Sdn Bhd sehingga menyerahkan harta berjumlah RM100,000/- yang mana beliau tidak akan menyerahkan harta berjumlah RM100,000/- tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN KEDUA: Bahawa kamu pada tarikh 27/05/2019 jam 0001 hrs hingga 2359 hrs di Jakel Mall, Lot 159, Jakel Square, Persiaran Capsquare, Off Jalan Munshi Abdulllah, 50100 Kuala Lumpur, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Aiman Bin Dazuki, No. KP: 900516145301 selaku pengurus undang-undang Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham syarikat yang tidak wujud dengan itu kamu dengan curangnya mendorong Jakel Trading Sdn Bhd sehingga menyerahkan harta berjumlah RM150,000/- S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA yang mana beliau tidak akan menyerahkan harta berjumlah RM150,000/- tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan. PERTUDUHAN KETIGA: Bahawa kamu pada tarikh 12/06/2019 jam 0001 hrs hingga 2359 hrs di Jakel Mall, Lot 159, Jakel Square, Persiaran Capsquare, Off Jalan Munshi Abdulllah, 50100 Kuala Lumpur, dalam daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Aiman Bin Dazuki, No. KP: 900516145301 selaku pengurus undang-undang Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham syarikat yang tidak wujud dengan itu kamu dengan curangnya mendorong Jakel Trading Sdn Bhd sehingga menyerahkan harta berjumlah RM150,000/- yang mana beliau tidak akan menyerahkan harta berjumlah RM150,000/- tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.
2
Selanjutnya OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan Pindaan sebagaimana berikut:- PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA: “Bahawa kamu pada tarikh 15/04/2019 bertempat di Maybank Cawangan Jalan Bunus, 105 Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, dalam daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel No KP: 720130-01-5805 selaku Pengarah Syarikat Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham Syarikat JJM Intergrated Sdn Bhd dengan itu kamu dengan curangnya mendorong beliau untuk menyerahkan harta iaitu wng berjumlah RM100,000.00 daripada akaun Maybank bernombor 564593303920 milik Jakel Trading Sdn Bhd kepada akaun Bank Islam bernombor 02048010063107 milik H&S Ibra Enterprise yang mana beliau tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.” S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA: “Bahawa kamu pada tarikh 27/05/2019 bertempat di Maybank Cawangan Jalan Bunus, 105 Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, dalam daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel No KP: 720130-01-5805 selaku Pengarah Syarikat Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham Syarikat JJM Intergrated Sdn Bhd dengan itu kamu dengan curangnya mendorong beliau untuk menyerahkan harta iaitu wng berjumlah RM150,000.00 daripada akaun Maybank bernombor 564593303920 milik Jakel Trading Sdn Bhd kepada akaun Bank Islam bernombor 02048010063107 milik H&S Ibra Enterprise yang mana beliau tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.” PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA: “Bahawa kamu pada tarikh 12/06/2019 bertempat di Maybank Cawangan Jalan Bunus, 105 Jalan Bunus, Off Jalan Masjid S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA India, dalam daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menipu Datuk Seri Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel No KP: 720130-01-5805 selaku Pengarah Syarikat Jakel Trading Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau dalam urusan pembelian saham Syarikat JJM Intergrated Sdn Bhd dengan itu kamu dengan curangnya mendorong beliau untuk menyerahkan harta iaitu wng berjumlah RM150,000.00 daripada akaun Maybank bernombor 564593303920 milik Jakel Trading Sdn Bhd kepada akaun Bank Muamalat bernombor 8040001163714 milik Ambang Korporat Sdn Bhd yang mana beliau tidak akan menyerahkannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun
3
Terhadap kesemua pertuduhan tersebut, OKT telah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
4
Kes telah pun dibicarakan dan di akhir kes pendakwaan, mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap OKT dan OKT dipanggil untuk membela diri terhadap kesemua pertuduhan tersebut.
5
Di akhir kes pembelaan, mahkamah dapati bahawa OKT telah gagal menimbulkan suatu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan tersebut dan mahkamah berpuashati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan oleh itu OKT telah di dapati bersalah dan disabitkan dengan kesemua pertuduhan.
6
Selanjutnya OKT telah dijatuhi hukuman sebagaimana berikut:- * Bagi Pertuduhan Pindaan Pertama: Penjara 3 tahun dari tarikh keputusan, * Bagi Pertuduhan Pindaan Kedua: Penjara 4 tahun dari tarikh keputusan, dan; * Bagi Pertuduhan Pindaan Ketiga: Penjara 4 tahun dari tarikh keputusan. Kesemua hukuman penjara dijalankan serentak.
7
Tidak berpuashati dengan sabitan dan hukuman tersebut, pihak OKT telah membuat rayuan ini.
8
Pihak Pendakwaan juga telah tidak berpuashati dan telah membut rayuan ke atas Hukuman yang dikatakan tidak memadai. S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA B. FAKTA KES PENDAKWAAN. Kes pendakwaan 9. Pihak pendakwaan di dalam kes ini telah memanggil seramai 17 orang saksi bagi membuktikan kesnya iaitu;- SP1 – Aiman Bin Dazuki – pegawai undang2 Jakel Sdn Bhd, SP2 – Nurulina Bte jalil – pegawai Maybank, SP3 – Ishsam Bin Shahrudin – peniaga, SP4 – Lye Wai Guan – setiausaha syarikat, SP5 – Mohd Azmil Bin Jamil – Pengarah JJM Intergrated SB, SP6 – Mohd Amirul Amin Bin Jamaludin – Pengarah JJMISB, SP7 – Jamaludin Bin Ariffin – Pengarah JJMISB, SP8 – Jamil Bin Ariffin – Pengarah JJMISB, SP9 – Dato Abdul Kadir Bin Mohd Din – Pesara Indah Water, SP10 – Erfan Ghani Bin M.A.Ghani – Peniaga, SP11 – Mohammad Syamsul B Ibrahim – pemilik H&S Ibra SB, SP12 – Mohd Shafis Bin Ibrahim – Kontraktor, SP13 – Toriq Azfar Bin Maketab – Guru, SP14 – Zailina Bt Mazalan – Akaun Exec Jakel, S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA SP15 – Sjn Mohd Amirul Azly Bin Razali – penolong pegawai penyiasat, SP16 – Datuk Seri Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel – Grup MD. SP17 – Insp Muhammad Aleef B Ramle – Pegawai Penyiasat.
10
Secara ringkasnya fakta kes pendakwaan boleh disimpulkan sebagaimana berikut.
11
SP16 adalah merupakan seorang Pengarah Urusan Kumpulan Jakel Group. Beliau mengatakan pada sekitar tahun 2018, selepas pertukaran Kerajaan, beliau mencari mana-mana syarikat yang boleh membuat kerja-kerja kontrak kerana pada masa itu banyak peluang-peluang kerja kontrak sebagaimana yang telah diberitahu oleh OKT kepadanya. Selanjutnya OKT telah menawarkan satu syarikat kontraktor G7 yang boleh membuat kerja-kerja kontrak melibatkan air di Kedah iaitu syarikat JJM Integrated Sdn Bhd (JJMI). Syarikat ini berharga RM400 ribu dan SP16 bersetuju untuk membeli syarikat itu kerana OKT turut menjanjikannya untuk memperolehi projek yang bernilai RM200 juta lebih yang akan dilaksanakan oleh syarikat yang akan dibeli itu nanti.
12
SP16 telah mengenali OKT semenjak sekitar tahun 2007 lagi yang merupakan sahabat yang dipercayainya kerana mereka adalah sekampung ketika di Gujerat, India.
13
Atas dasar kepercayaan penuh terhadap OKT, maka SP16 telah mengarahkan agar urusan pembelian syarikat JJMI diuruskan sepenuhnya oleh OKT dan beliau hanya akan membuat pembayaran sahaja. Menurut SP16, status OKT adalah sebagai orang tengah antara JT dan JJMI.
14
SP16 telah membuat 3 kali pembayaran bagi maksud pembelian syariakt tersebut dalam masa 3 bulan pembayaran penuh telah dibuat. Kesemua ini menurutnya adalah diuruskan sepenuhnya oleh OKT baik dari segi perjanjian jualbeli syarikat itu dan sebagainya.
15
Pembelian ini dibuat di atas nama Erfan Ghani (SP10) yang telah beliau kenali melebihi 20 tahun yang juga merupakan sahabat baiknya dan juga mempunyai hubungan kekeluargaan.
16
Peranan SP10 ini adalah sebagai pengganti diri atau wakil kepada SP16 di dalam syarikat JJMI itu nanti. Ini juga adalah salah satu bentuk pelaburan yang dibuat oleh SP16 terhadap syarikatnya.
17
SP16 juga turut melantik SP9 yang merupakan bekas CEO Indah Water sebagai salah seorang Pengarah di dalam syarikat JJMI yang dibelinya itu nanti memandangkan SP9 mempunyai pengalaman penuh bagi menguruskan segala kerja kontrak berkaitan air nanti.
18
SP16 mengesahkan bahawa beliau telah membuat 3 kali pembayaran bagi maksud pembelian JJMI itu iaitu menerusi 3 transaksi perbankan yang mana untuk transaksi pertama untuk sejumlah RM100 ribu pembayaran dibuat kepada syarikat H&S Ibra Enterprise (HSIE), keduanya sejumlah RM150 ribu juga kepada HSIE dan ketiga kepada Ambang Korporat Sdn Bhd (AK) untuk jumlah sebanyak RM150 ribu.
19
Kesemua penama penerima pembayaran itu diberikan kepadanya oleh OKT atas dasar beliau mempercayai sepenuhnya OKT bagi urusan jualbeli syarikat JJMI tersebut. Menurutnya perjanjian telah ada dan apabila tiba masa untuk membuat pembayaran, beliau telah membayarnya. Beliau secara bulat-bulat percayakan akan OKT.
20
Beliau hanya menyedari adanya masalah ini apabila pada tahun 2021, beliau telah mengarahkan SP1 untuk membuat semua semakan akan segala perniagaan beliau dengan OKT untuk setiap transaksi yang diuruskan oleh OKT. Dari semakan SP1 mendapati bahawa pemilik JJMI tidak tahu menahu tentang perkara ini dan dari situlah maka SP16 telah mendapati bahawa beliau telah ditipu oleh OKT dan wang RM400 ribunya itu telah tidak dapat diperolehinya kembali.
21
Keterangan dari kesemua saksi-saksi selanjutnya mengesahkan akan perkara tersebut. Siasatan dalaman yang dijalankan oleh SP1 mengesahkan bahawa pada tarikh 6.10 2021, beliau telah membuat pertemuan di Ipoh dengan OKT, SP5, SP6 dan SP7 yang merupakan pemegang saham JJMI. SP1 telah menunjukkan Perjanjian Jualbeli Saham (Ekhibit P2) kepada mereka dan mereka semua terkejut dan menafikan akan perkara itu. Mereka juga menafikan ada menerima apa-apa wang sebanyak RM400 ribu itu dari mana-mana pihak. Mereka juga mengesahkan ada berjumpa OKT pada sekitar bulan 10 tahun 2020 yang mana OKT ada membincangkan berkenaan dengan projek kerjasama untuk projek Perpaipan di Kedah yang mana OKT ingin menggunakan JJMI kerana JJMI memiliki lesen G7 dan OKT ingin memasukkan 2 penama sebagai Pengarah di dalam JJMI iaitu Dato Abdul Kadir (SP9) dan Erfan Ghani (SP10). Pada malam itu kesemua mereka telah sedar bahawa mereka telah ditipu oleh OKT dan masing-masing telah membuat beberapa laporan polis berkenaan kes penipuan OKT tersebut.
22
Siasatan lanjut telah dilakukan oleh Pegawai Penyiasat (SP17) dan mengesahkan bahawa sejumlah wang sebanyak RM 400 ribu telah dikeluarkan oleh JT dan sebanyak RM telah diterima oleh HSIE dan AK dari transaksi itu. Menariknya kesemua pemilik HSIE dan AK mengenali OKT dan kesemua mereka mengesahkan bahawa kemasukan wang ke S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA dalam akaun mereka itu dimaklumkan oleh OKT sebagai pembayaran kepada pelbagai hutang yang ditanggung oleh OKT kepada mereka antaranya seperti hutang oleh OKT bagi menghantar anaknya belajar keluar negeri, hutang renovasi rumah OKT dan sebagainya. Lanjutan dari siasatannya itu beliau telah mendapat arahan untuk membuat pertuduhan ke atas OKT sebagaimana kesalahan yang dipertuduhkan ini. C. Analisa mahkamah. Penemuan mahkamah di akhir kes Pendakwaan.
23
Sesyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan; Section 420. Cheating and dishonestly inducing delivery of property. Whoever cheats and thereby dishonestly induces the person deceived, whether or not the deception practised was the sole or main inducement, to deliver any property to any person, or to make, alter, or destroy the whole or any part of a valuable security, or anything which is signed or sealed, and which is capable of being converted into a valuable security, shall be punished with imprisonment for a term which shall not be less than one year and not more than ten years and with whipping, and shall also be liable to fine.
24
Maka adalah menjadi beban kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa kesemua elemen di bawah seksyan 420 KK tersebut telah dibuktikan secara maksima di peringkat ini bagi memanggil suatu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT. Kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 2 MLJ 65, Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85, PP S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 , PP v Lee Hock Lai (2004) 1 CLJ 57, adalah dirujuk.
25
Elemen pati yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah sebagaimana diputuskan di dalam kes Loh Liang Gun & Anor v PP
2007
5 MLJ 159 mengatakan; Essential Ingredients Under s.420 [5] For the purpose of sustaining the charges of cheating against the first appellant under s.420 the prosecution must establish the following ingredients:
1
Hong Leong Finance delivered property (ie, the amount stated in the charges respectively) to another person (here, the second appellant);
2
The first appellant induced Hong Leong Finance to deliver that property to the second appellant;
3
Hong Leong Finance acted upon such inducement in consequence of the first appellant's deceit;
4
The first appellant acted dishonestly in so inducing Hong Leong Finance to part with the property; and S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA
5
Hong Leong Finance suffered damage or harm as a result of the deceit.
26
Bermakna bahawa antara elemen yang perlu dibuktikan di dalam kes ini adalah;- * terdapatnya harta yang telah diserahkan oleh pengadu/mangsa kepada OKT. * OKT telah mendorong mangsa untuk menyerahkan harta kepadanya yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan. * OKT melakukan perkara tersebut dengan niat curang. * Mangsa mengalami kerugian akibat dari pemerdayaan tersebut. Maka kesemua elemen ini hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwaan telah dilakukan oleh OKT di dalam kes ini.
27
Bagi kesemua elemen-elemen tersebut telah dengan jelas dibuktikan oleh pihak pendakwaan melepasi tahap prima facie yang mana dapat dibuktikan bahawa SP16 telah melakukan perpisahan dengan hartanya iaitu untuk wang sejumlah RM400 ribu itu dimana kesemua pembayaran yang dilakukannya kepada 2 syarikat lain itu adalah di atas S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA arahan dan cara yang diberitahu oleh OKT kepada SP16. OKT telah memperdayakan SP16 dengan mempercayai bahawa kesemua bayaran yang dibuat olehnya itu adalah bagi tujuan untuk membeli syarikat JJMI sebagaimana yang diberitahu oleh OKT kepadanya. Apa yang jelas manfaat sebenarnya adalah diperolehi oleh OKT sedangkan SP16 yang mengalami kerugian. Kerugian kerana wang telah dikeluarkan tetapi beliau tidak mendapat apa-apa pun dari urusniaga pembelian JJMI itu. Kesemua transaksi ini berlaku kerana peranan besar yang telah dimainkan oleh OKT di dalam urusan jualbeli syarikat JJMI itu serta kepercayaan penuh yang telah diberikan oleh SP16 kepada OKT yang tidak pernah meragui akan kejujuran OKT atas dasar perhubungan rapat diantara mereka sedangkan OKT pula telah dengan curangnya mengambil kesempatan itu untuk menipu SP16. Dorongan kuat dari OKT ialah apabila beliau mengemukakan ekhibit P2 kepada pihak SP16 yang jelas menunjukkan bahawa perjanjian jualbeli syariakt JJMI telah lengkap apabila terdapatt tandatangan penjual dan hanya menjadi lengkap apabila pembayaran penuh dibuat maka SP16 tanpa ragu telah membuat pembayaran penuh menurut arahan dan cara yang telah diberitahu oleh OKT. Niat curang sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 25 Kanun Keseksaan dan juga sepertimana diputuskan di dalam kes Seet Soon Guan v PP (1955) 21 MLJ 223, telah dilakukan oleh OKT di dalam kes ini yang mana beliau telah mendorong SP16 mempercayai akan S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA sesuatu yang tidak benar sebagai benar dan beliau mengetahui mengenai ketidakbenaran perkara tersebut. Dan akhirnya SP16 telah menanggung suatu kerugian akibat dari perbuatan OKT ini. Maka lengkaplah kesemua elemen pertuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan tersebut.
28
Diakhir kes pendakwaan, dengan lengkapnya pembuktian dari keterangan dan bukti secara maksima yang telah dipersembahkan oleh pihak pendakwaan, maka mahkamah telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT dan OKT telah dipanggil membela diri. D.
29
Tiga (3) pilihan telah diterangkan kepada OKT iaitu samada memberi keterangan bersumpah atau memberi keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri dan OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah.
30
Pembelaan telah mengemukakan 5 orang saksi pembelaan iaitu:- SD1 – OKT sendiri. SD2 – Ahmad Arham Bin Talib – Pengarah Syarikat, SD3 – Mohamed Azlan Shah Bin Aziz Mohamed – juruaudit, S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA SD4 – Al-Fattah Bin Ramli – PA OKT, SD5 – Muhamad Shafiq Izwan B Mohd Yunus – peniaga,
31
Secara ringkasnya pembelaan OKT adalah turut berdasarkan keterangan dari keempat-empat saksi tersebut. OKT (SD1) di dalam keterangannya mengatakan beliau merupakan seorang peniaga yang juga pemilik farmasi dan perkhidmatan consultant sejak tahun 2018 dan turut melibatkan produk petroleum.
32
Menurutnya, beliau tahu dan faham akan pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Beliau juga mengesahkan mengenali SP16 (Datuk Seri Faroz) semenjak dari kecil lagi yang mana mereka merupakan etnik dari Gujerat, India. Saling mengenali bapa masing masing sejak tahun 1960an yang sama-sama turut terlibat di dalam perniagaan textile di Segamat, Johor.
33
Pada tahun 2010 atau 2011, SP16 telah menghadiri majlis perkahwinan adik OKT di Kedah, dan dikesempatan itu mereka telah bertemu secara muka (face to face) dan semenjak itu hubungan mereka menjadi semakin erat khasnya di dalam bidang perniagaan. Beliau turut memasukkan nama SP16 sebagai pengarah di dalam syarikatnya Berkat Hasrat marketing Sdn Bhd.
34
Pada tahun 2013, OKT juga turut menjawat jawatan Ketua Pemuda Baling, Kedah dan ini merapatkan lagi hubungan antara OKT dan SP16. Namun pada tahun 2020, hubungan di antara mereka menjadi renggang. Akibat dari krisis wabak Covid, perniagaan Jakel telah mengalami kerugian dan OKT merasakan bahawa bantuan darinya tidak lagi diperlukan oleh SP16. Rentetan dari itu pada 8.1.2021, OKT telah diusir keluar dari bangunan Jakel Mall oleh SP16. Menurut OKT, sebab beliau dihalau keluar adalah kerana beliau telah difitnah dan dituduh melakukan kecurangan yang beliau sendiri tidak tahu dan tidak pasti kerana beliau tidak dapat berinteraksi dengan SP16.
35
Berkenaan dengan jualbeli saham JJMI, pada sekitar tahun 2019, SP16 telah mengarahkannya untuk mencari syarikat berlesenkan G7 sebagai laluan untuk mendapatkan tender kerajaan. OKT telah menemui banyak syarikat yang ingin dijual namun yang dipilih oleh SP16 ialah JJMI.
36
Beliau tahu mengenai JJMI ini menerusi kawannya yang bernama Hisham (SP3) yang merupakan seorang ADUN Air Kuning, Perak, yang telah memberikannya profile JJMI kepadanya. Setelah itu beliau menyerahkan profile itu kepada SP16. Secara ringkasnya, peranannya hanyalah menyampaikan profile syarikat JJMI kepada SP16 dan memaklumkan syarikat itu ingin dijual melalui SP3.
37
Berkenaan dengan ekhibit P2, beliau mengesahkan pernah melihat dokumen ini pada sekitar tahun 2019. Dokumen ini diberikan oleh Gharib/Aiman untuk diserahkan kepada pemilik JJMI untuk ditandatangani. Oleh kerana beliau dalam perjalanan ke Kedah, maka beliau telah menyerahkannya kepada Azmil (SP5). Azmil memberitahunya akan memulangkan dokumen itu kembali ke JT secara kurier. Beliau sama sekali tidak mengetahui terma-terma di dalam P2 itu.
38
Beliau juga menafikan setiap satu dari pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Beliau juga mengatakan keterangan SP16 adalah melucukan kerana Jakel adalah merupakan sebuah syarikat dan organisasi besar, maka bagaimana OKT boleh dikatakan mengarahkan Managing Director Jakel untuk membuat bayaran kepada pihak-pihak tertentu. Beliau juga bukanlah orang yang membuat PRF (payment request form) bagi membolehkan pembayaran tersebut dibuat. Berkenaan dengan pembayaran kepada Ambang Klasik yang dimiliki oleh SP3, OKT tahu bahawa SP16 adalah rapat dengan ahli politik dan VIP namun beliau tidak tahu sejauhmana hubungan mereka. Berkenaan dengan HSIE, OKT menafikan ada berhutang apa-apa dengan SP12. OKT mengesahkan ada membuat kerja renovation tetapi bayaran penuh telah dibayar kepada syarikatnya secara online transfer. Berkenaan dengan ekhibit P3, OKT S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA menafikan ada pernah melihat dokumen itu. Beliau juga menafikan tandatangannya yang ada di dalam P3 itu.
39
SD2 pula di dalam keterangannya mengesahkan hanya tahu sedikit mengenai kes ini. Beliau mengenali OKT setelah diperkenalkan oleh SP16 pada tahun 2010. Beliau tahu OKT telah dihalau keluar dari pejabat Jakel Mall pada bulan 1 tahun 2021 dan tidak lagi melihat OKT di pejabat. Beliau juga mengesahkan SP16 membuat segala keputusan mengenai kewangan syarikat. Beliau juga mengesahkan system PRF yang berlaku didalam syarikat Jakel.
40
SD3 pula di dalam keterangannya mengesahkan mengenali SP16 semenjak lebih 15 tahun yang lalu. Beliau hanya berurusan dengan adik SP16 iaitu Mohd Nizam dan menurutnya secara tidak langsung turut berurusan dengan SP16. Beliau mempunyai isu saman dari pihak ketiga akibat dipergunakan oleh adik SP16. Beliau mengesahkan tidak tahu apa yang berlaku di dalam perhubungan antara OKT dan SP16. Turut mengesahkan SP16 adalah penyelamat beliau di dalam urusannya dengan Nizam.
41
SD4 adalah merupakan bekas pekerja OKT yang memegang jawatan sebagai Personal Assistant (PA). juga sebagai pegawai khas dari S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA segi politik dan perniagaan bermula dari tahun 2013 hingga 2021. Beliau yang menyusun jadual harian, mingguan dan bulanan OKT.
42
Beliau mengesahkan pernah mendengar urusan OKT yang melibatkan JJMI iaitu sebanyak 2 kali, sekali pada tahun 2019 dan sekali pada tahun 2021. Tarikhnya tidak ingat. Sepanjang pertemuan itu beliau duduk diluar dan tidak mengetahui kandungan dokumen itu. Beliau turut mengesahkan penglibatan OKT dengan JJMI adalah diperingkat pengenalan sahaja dan tidak melihat penglibatan OKT yang serius mengenai JJMI itu. Beliau juga mengesahkan OKT tidak ada perniagaan dobi. Beliaujuga tahu hubungan OKT dan SP16 adalah kaitan kekeluargaan selain Jakel mempergunakan OKT untuk urusan tertentu kerana OKT ialah ahli politik yang mempunyai urusan dan hubungan dengan orang tertentu diperingkat tertinggi di dalam kerajaan dan UMNO.
43
SD5 pula di dalam keterangannya hanya menerangkan bagaimana proses tuntutan (claim) dibuat di dalam syarikat JT dan segala proses itu adalah setakat bulan 5 tahun 2018 dan apa yang berlaku selepas itu tiada di dalam pengetahuannya kerana beliau telah bertukar kerja setelah tarikh tersebut. S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA Penemuan di akhir kes pembelaan.
44
Mahkamah telah meneliti kesemua keterangan dari pihak pembelaan baik dari keterangan oleh OKT mahupun 4 lagi saksi lain yang dibawanya dan menilaikannya dengan keterangan yang ada disemua peringkat kes dan memutuskan bahawa keterangan dari pihak pembelaan itu telah gagal menimbulkan suatu keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan.
45
Atas panduan kes PP v Saimin & Ors (1971) 2 MLJ, H Sharma mengatakan ; “a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to the evidence.”
46
Secara ringkasnya keterangan dari OKT adalah bahawa beliau menafikan kesemua pertuduhan yang telah dipertuduhkan ke atasnya.
47
Jelas dari keseluruhan keterangan yang ada, keterangan dari OKT ini adalah dilihat tidak selaras dengan keterangan dari kesemua saksi pendakwaan yang lain. Pembelaan dari OKT hanya menafikan dan sokongan dari keterangan saksi pembelaan lain tidak dapat menggugat pembuktian terhadap pertuduhuan.
48
Secara mudahnya, apabila kita melihat di dalam kes ini, siapakah yang telah mendapat keuntungan dan siapakan yang telah mendapat kerugian dari pengaliran keluar wang sebanyak RM400 ribu milik SP16 itu?.
49
Pihak pendakwaan telah membuktikan dengan jelas nyata bahawa wang sebanyak RM400 ribu milik SP16 telah pun dipindahkan keluar kepada 2 syarikat iaitu Ambang Klasik SB dan H&S Ibra E. Keterangan dari SP3 yang merupakan Pengarah Urusan dan pemegang saham AK mengesahkan menerima wang sejumlah RM150 ribu dan wang itu diterima dari OKT bagi maksud mengembalikan semula wangnya akibat dari pembatalan pembelian stesen minyaknya. Manakala keterangan dari SP11 yang merupakan pemilik HSIE jelas mengatakan telah menerima wang dari OKT menerusi 2 transaksi dimana transaksi pertama adalah untuk wang sebanyak RM100 ribu dimana kemasukan kali pertama ini adalah kerana pembayaran oleh OKT bagi kerja-kerja renovation menaiktaraf kedai biasa kepada kedai dobi milik OKT di Pekan, Baling, serta pembayaran hutang OKT melanjutkan pelajaran anaknya belajar ke Russia. Pada kali kedua terdapat kemasukan wang sebanyak RM150 ribu juga dimasukkan oleh OKT bagi tujuan pembayaran bagi kerja-kerja renovasi rumah OKT sendiri di Taman Berlian, Baling, Kedah.
50
Oleh itu jelas jawapan kepada persoalan tadi bahawa kesan langsung kepada kehilangan wang oleh SP16 adalah merupakan suatu keuntungan besar kepada OKT yang telah diperolahinya secara curang.
51
Persoalan kedua, bagaimana perkara ini boleh berlaku? Jawapannya adalah mudah dimana SP16 telah meletakkan suatu kepercayaan penuh kepada OKT dan OKT telah memanipulasikan keadaan ini sehingga menyebabkan beliau berjaya membentuk suatu orkestra keadaan yang telah menyebabkan SP16 mengeluarkan wang tersebut kononnya sebagai pembayaran kepada pembelian syarikat JJMI sedangkan ini tidak pernah berlaku sebaliknya tindakan SP16 itu telah menyebabkan membawa keuntungan khusus kepada OKT dimana segala huang piutang OKT kepada pihak ketiga telah selesai sepenuhnya.
52
Akhirnya, di dalam menimbangkan keseluruhan kes, pembelaan dari OKT termasuk segala keterangan, ekhibit serta segala isu dan hujahan bertulis yang telah difailkan olehnya, juga telah diperhalusi dan diambilkira serta diperbandingkan (tested) secara maksima dengan ditimbal balik terhadap kes pendakwaan. Kes-kes seperti Mohd Radhi Bin Yaakob v PP (1991) 1 CLJ 311 (rep), Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85, Gunalan Ramachandran & Ors v PP (2006)1 CLJ 857, Mah S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA Kok Cheong v R (1953) MLJ 46 dan PP v Iskandar Mohamad Yusof
2006
6 CLJ 379, Md Zainudin Bin Raujan v PP (2013) 4 CLJ 21 dijadikan panduan dalam perkara tersebut.
53
Setelah mengambilkira segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pembelaan, mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan oleh yang demikian mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan dengan itu mendapati OKT bersalah dan disabitkan dengan kesemua pertuduhan pindaan tersebut.
54
Pembelaan yang telah dibawa oleh OKT secara amnya adalah berbentuk penafian, rekaan dan pemikiran terkemudian.
55
55.
Preamble
Menurut kes Alcontara A/L Ambross Anthony Vs PP (MR) (1996) 1 MLJ 209 diputuskan: “Speaking generally, in criminal trial, the whole point and purpose of the defence having put to its case to such prosecution witnesses as might be in position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused’s version of facts is true or false, and S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention – in other words, ‘kept up its sleeve’ as it were – and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence. However, failure on the part of defence to put it case, as aforesaid, can never, by itself relieve the prosecution of its duty of establishing the case against the accused beyond reasonable doubt.”
56
56.
Preamble
Menurut kes Shah Rehan Bin Abd Rahman v PP (2015) 3 MLJ 337 mengatakan: “….bare denial can never be a good defence”. Begitu juga kes Nanda Kumar A/L Kunyikanan & Anor V PP (2011) MLJU 1566 dimana mahkamah mengatakan: “A mere denial is no defence. A mere denial is insufficient to raise a reasonable doubt. A defence of this nature is not a good defence.”
57
Walau apa pun, mahkamah ini telah meneliti kesemua keterangan dari pihak pembelaan secara terperinci dan begitu juga kesemua hujahan yang telah dibuat atas kesemua isu-isu yang telah ditimbulkan oleh pihak pembelaan dan sebagainya telah mahkamah ambilkira dan di akhir kes pembelaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan suatu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan dan oleh yang demikian maka mahkamah memutuskan bahawa pihak S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan OKT di dapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan. E. HUKUMAN. Prinsip 58. Undang-undang tidak pernah membuat suatu penetapan hukuman ke atas suatu kes tertentu tetapi hanya meletakkan suatu hukuman maksima terhadapnya dan ini tidak bermakna bahawa suatu hukuman maksima hendaklah sentiasa dikenakan di dalam setiap kes mengenainya (Mohd Jalani bin Saliman v PP [1997] 5 MLJ 551), maka terpulanglah kepada mahkamah yang menjatuhi hukuman tersebut mengenakan suatu hukuman yang dirasakan sesuai dalam lingkungan julat hukuman yang dibenarkan tertakluk kepada fakta dan keadaan kes masing-masing. Sekiranya terdapat peruntukkan hukuman minima dikenakan maka suatu jumlah minima yang telah ditetapkan oleh undang-undang wajiblah dipatuhi. Selain dari itu kes-kes seperti New Tuck Shen v PP (1982) 1 MLJ 27, Zaidon Shariff v PP (1966) 4 CLJ 441, mengatakan bahawa berkaitan dengan hukuman, penentuan dalam menentukan berapa banyak jumlah hukuman ke atas pesalah adalah S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA sepenuhnya di bawah budibicara pihak mahkamah yang membicarakan kes itu.
59
Adalah menjadi tugas mahkamah untuk mengenakan suatu hukuman yang mana hukuman tersebut dapat mencerminkan keseriusan suatu kesalahan yang telah dilakukan (PP v Khairudin [1982] 1 MLJ 331). Tujuan meletakkan budibicara kepada Penghukum adalah bagi membenarkan Penghukum memberikan hukuman yang dirasakan paling sesuai di dalam setiap satu kes secara berasingan dan apa-apa kecenderungan untuk menyeragamkan hukuman bagi sesuatu kesalahan hendaklah dielakkan kerana itu bermakna pesalah tersebut dihukum bukan atas fakta kesnya tetapi disebabkan oleh jenis kesalahan yang telah dilakukannya (Abdul Karim v R; Sundra Singh v R; Loh Kai Hoi v R [1954] MLJ 86).
60
Suatu pertimbangan yang adil perlu dilihat dan dibuat antara keperluan kepada suatu hukuman yang mencegah dan juga peluang kepada tertuduh untuk dipulihkan (Kesavan Senderan v PP [1999] 1 CLJ 343). Setiap penghukuman hendaklah bersifat ekslusif dan peribadi tergunapakai hanya kepada pesalah tersebut sahaja yang dilaras kepada keadaan moral dan kewangannya juga kepada sifat suatu kesalahan tersebut (Low Oi Lin v R [1949] MLJ 210).
61
Di dalam menjatuhkan suatu hukuman, pertimbangan yang diambilkira sebelum hukuman dijatuhkan ialah kepentingan awam, keadaan suatu kesalahan tersebut dan juga latarbelakang pesalah berkenaan. Suka ditekankan bahawa menurut kes R v Sargeant (1974) 60 Cr App R 74, merumuskan bahawa “Society, through the courts, must show its abhorrence for the occurrence of particular types of crime and the only way which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts act as a vehicle to show abhorrence for particular types of criminal conduct. However, the courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, court could not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion.” (ulasan oleh penulis buku “The process of criminal justice”). Oleh itu, mahkamahlah yang sepatutnya melaraskan dan melakarkan apa kehendak yang patut dibentuk oleh masyarakat menerusi hukuman yang dibuatnya.
62
Prinsip klasik di dalam menilai suatu hukuman yang bakal dikenakan terhadap pesalah ialah sebagaimana diputuskan dalam kes R v Sargeant, supra, iaitu: “retribution, deterrence, prevention and rehabilitation.” Kes R v Sargeant, supra, juga turut mengariskan apakah panduan di dalam menentukan suatu tempohmasa pemenjaraan yang sesuai yang patut dikenakan terhadap pesalah yang mana antara lainnya ialah; sifat dan keseriusan suatu kesalahan tersebut, keadaan dimana S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA kesalahan tersebut dilakukan, diskaun kepada keinsafan dan akhirnya imbangan diantara kepentingan awam di dalam mencegah kesalahan tersebut dan peluang pesalah memulakan kehidupan yang baru. Analisa hukuman untuk OKT di dalam kes ini,
63
Setelah mendengar rayuan peringanan dan hujahan pemberatan dari kedua-dua pihak, mahkamah telah menjatuhi hukuman sebagaimana dinyatakan sebelum ini iaitu; * Bagi Pertuduhan Pindaan Pertama: Penjara 3 tahun dari tarikh hukuman. * Bagi Pertuduhan Pindaan Kedua: Penjara 4 tahun dari tarikh hukuman, dan; * Bagi Pertuduhan Pindaan Ketiga: Penjara 4 tahun dari tarikh hukuman. Kesemua hukuman penjara diperintahkan dijalankan serentak.
64
Seksyen 420 Kanun Keseksaan tersebut memperuntukkan hukuman untuk suatu sabitan iaitu hendaklah dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda. Perkataan asal yang digunakan ialah “shall be punished with imprisonment for a term which shall not be S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA less than one year and not more than ten years and with whipping, and shall also be liable to fine.”
65
Di dalam rayuannya, OKT hanya memohon agar dikenakan hukuman penjara minima yang mana beliau adalah merupakan seorang ketua keluarga dengan mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak. Isterinya adalah merupakan seorang pesakit kanser yang memerlukan bantuan dan sokongan dari OKT dari semua sudut. OKT juga turut menanggung kedua ibubapa yang tidak sihat dan lumpuh. Beliau juga turut menanggung perbelanjaan anaknya yang sedang belajar di Russia sebanyak RM30 ribu sebulan atau dalam 100 ribu setahun. Pendapatan bulannya sekarang hanya sekitar RM4 ribu sebulan setelah dibuang kerja dari Jakel. Beliau turut memohon agar hukuman denda tidak dikenakan dan hanya digantikan dengan hukuman penjara atas dasar ketidakmampuannya membayar denda tersebut.
66
Pihak pendakwaan pula menghujahkan agar suatu hukuman berat dan maksima dikenakan ke atas OKT. Pertuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan adalah melibatkan suatu bentuk kesalahan yang serius yang telah mendatangkan kerugian kepada mangsa yang tidak dapat dikembalikan. Jumlah kerugian sebanyak RM400 ribu adalah sangat besar. Adalah juga merupakan suatu kepentingan awam perlu S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA diutamakan di dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuian dengan OKT. Maka pihak pendakwaan memohon agar hukuman penjara dan denda dikenakan ke atas OKT.
67
Setelah menimbangkan kesemua prinsip dan faktor, mahkamah merasakan tempoh hukuman pemenjaraan yang paling sesuai dikenakan adalah untuk tempoh selama antara 3 ke 4 tahun.
68
Undang-undang menetapkan bahawa terdapat hukuman minima yang perlu dikenakan untuk suatu sabitan iaitu penjara selama 1 tahun dan hukuman tidak melebihi 10 tahun. Jelas jenayah kolar putih ini merupakan suatu jenayah yang serius walaupun ianya tidak mendatangkan kecederaan pada tubuh fizikal namun mempunyai kesan yang besar kepada mangsa apabila kehilangan sejumlah wang yang besar sebagaimana di dalam kes ini. Maka atas dasar itu dicerminkan melalui suatu bentuk hukuman minima hendaklah dikenakan terhadap pesalah. Selain dari itu peruntukan undang-undang untuk tempoh maksima selama 10 tahun juga adalah menunjukkan kesalahan ini adalah jenayah yang serius. Mahkamah ini memilih untuk mengenakan hanya selama antara 3 dan 4 tahun dan merasakan ianya adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Mahkamah ini tidak mengenakan tempoh pemenjaraan selama 5 atau 10 tahun S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA memandangkan ini adalah kesalahan kali pertama OKT dan beliau mempunyai keluarga anak yang masih belajar untuk dipelihara dan disara. Suatu tempoh pemenjaraan yang lama adalah dirasakan tidak sesuai dimana peluang harus diberikan kepada OKT untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi insan yang berguna di masa hadapan dan dapat terus membina keluarganya yang lebih baik. Mahkamah juga telah memerintahkan agar hukuman untuk ketiga-tiga pertuduhan tersebut dijalankan serentak kerana kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah melibatkan satu transaksi jualbeli syarikat walaupun pembayaran melibatkan 3 transaksi yang menjadikannya kepada 3 pertuduhan.
69
Oleh yang demikian mahkamah merasakan bahawa tempoh pemenjaraan selama 3 tahun ke 4 tahun dari tarikh keputusan adalah adil, setimpal dan munasabah dikenakan ke atas OKT. Mahkamah berharap agar hukuman pemenjaraan yang dikenakan ke atas OKT dapat menjadi suatu hukuman kepada OKT bagi kesalahan yang telah dilakukannya dan juga sebagai pencegahan kepada mana-mana bakal pesalah lain yang berkemungkinan ingin terlibat dengan kesalahan seperti ini.
70
Mahkamah juga turut tidak mengenakan hukuman sebatan kerana faktor umur OKT telah melebihi 50 tahun sewaktu keputusan dibacakan. Mahkamah juga tidak mengenakan hukuman denda kerana pertamanya S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA ianya bukanlah suatu bentuk hukuman wajib kerana perkataan yang digunakan adalah “liable” bukannya “punished” sebagaimana telah diputuskan dalam banyak nas-nas perundangan dan keduanya kerana kedudukan kewangan OKT pada masa sekarang maka sebarang bentuk hukuman denda adalah tidak sesuai cukup sekadar ditimbalbalikkan kepada hukuman pemenjaraan yang akan diberikan.
71
Dari fakta kes juga menunjukkan bahawa OKT adalah angkuh dan tidak pernah insaf di mana di dalam kes ini OKT telah minta dibicarakan dan sehingga terbukti bahawa kesalahan itu telah dilakukan olehnya. Sebagai bandingan, di dalam kes Wickrasooriya v PP (1964) MLJ 281 dimana di dalam kes tersebut OKT telah di dapati bersalah di bawah seksyen 408 KK melibatkan hanya sejumlah wang sebanyak RM39.70 dan RM12 telah dikenakan hukuman 3 tahun penjara dan rayuannya telah ditolak dan hukuman itu dikekalkan. Perkara ini telah berlaku pada tahun 1964 lagi iaitu hampir 60 tahun dari hari keputusan kes ini dibuat. Kes tersebut ini dibincangkan di dalam kes PP v Khairuddin Hj Musa (1981) CLJ Rep 234 dimana antara lain Mohd Azmi J. antara lain mengatakan: Public interest demands that cases of this nature involving persons in positions of trust, particularly in financial institutions, must be dealt with severely, in the hope that would-be offenders would be deterred. Until it S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA is understood by such people that the normal punishment for helping themselves to their employers' money is to be sent to prison, there will continue to be officials in commercial and co-operative banks and similar institutions, prepared to pilfer the till. I have taken into consideration that the accused was a first offender and had pleaded guilty, and I have also taken into account that the Public Prosecutor has not appealed against sentence, although the Deputy Public Prosecutor, Encik Shaikh Daud, is not objecting to a revision. Nevertheless, I am of the view that this is a proper case where the Court should exercise its revisionary power and enhance the sentence at least on the CBT charge. I therefore order that on the CBT charge, the sentence of one day's imprisonment be enhanced to eighteen months in addition to the fine of RM2,000 (Case A.C.C.M. 510/80).
72
Di dalam kes itu, OKT telah mengaku bersalah namun mahkamah tetap mengenakan hukuman pemenjaraan selama 18 bulan, apatah lagi di dalam kes ini OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan dan akhirnya di dapati bersalah maka suatu hukuman yang berat hendaklah dikenakan kepadanya.
73
Oleh itu suatu hukuman yang sewajarnya perlu diberikan kepada OKT. Memetik kata Fair. J dalam kes R v Radish (1954) NZLR 86 S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA mengatakan; “one of the main purposes of punishment is to protect the public from the commission of such crimes by making it clear to the offender and to other persons with similar impulses that, if they yield to them, they will meet with severe punishment”.
74
Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab mahkamah untuk memberikan hukuman yang mana hukuman itu adalah mencerminkan akan keseriusan suatu kesalahan (PP v Khairudin (Supra)) dan mahkamah ini berpendapat bahawa tugas tersebut telah pun dilaksanakan. F.
75
Setelah mengambilkira prinsip dan kesemua faktor yang perlukan di dalam membuat keputusan sabitan dan menjatuhkan hukuman, maka mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan yang dikenakan terhadap OKT adalah selamat dan hukuman yang diberikan adalah adil, setimpal, wajar dan mengikut undang-undang. Sekian. S/N KrZlgDWrukuq0oHpVg6iRA Disediakan oleh; t.t KAMARUDIN BIN KAMSUN, Hakim, Mahkamah Sesyen Jenayah 3, Kuala Lumpur. Bertarikh: 8 MEI 2024. Pendakwa Raya: Tuan Muhammad Aiman Bin Azahan, Timbalan Pendakwa Kuala Lumpur. OKT diwakili oleh: Tuan Haniff Khatri, Peguambela dan peguamcara, Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.