(S) 166. The applicability of the exception is said to depend on the facts of the case and the circumstances of the offence. It is stated in broad S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg and general terms and although it may be criticized as vague, it is necessarily in such terms in order that the sentence may impose an appropriate sentence in each particular case upon each particular offender at that particular time the case is heard”. In explaining the totality principle his Lordship referred (at p 85) to the view of DA Thomas in Principles of Sentencing, 2nd edn ap pp 57–58: The many decisions of the court in which the totality principle has been applied to explain the reduction of a cumulative sentence made up of correctly calculated individual parts suggest that the principle has two limbs. A cumulative sentence may offend the totality principle if the aggregate sentence is substantially above the normal level of sentence for the most serious of sentence not in keeping with his record and prospects. In this regard reference is also made to Emmins on Sentencing, 2nd edn, p 151: It is well established that sentences must have regard to the total length of sentence passed, particularly where consecutive sentences have been imposed, to ensure that the sentence properly reflects the overall seriousness of the behaviour. There will be cases properly described as crushing the hope in the offender of reformation and a return to a desirable life but in which the offender has, by his criminal acts, forfeited any right to have his sentence reduced on that account (see Crowley and Gamer v R [1991] 55 A Crim R 201). As O” Bryan J said in Vitos v R [1981] 4 A Crim R 238 at p 301: I have some difficulty appreciating the concept that a richly deserved sentence, not manifestly excessive, should be disturbed because the person upon whom the sentence is imposed may feel crushed by it. It is quite true that the applicant has to face a very long term of imprisonment S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg before he will be released and because he is a comparatively young man, many of the best years of his life will be spent in custody. However, from the community point of view, his detention for a very substantial period is necessary to protect females from his criminal behaviour. Young CJ said in that case that the question of whether the sentence imposed is crushing cannot be answered mathematically by reference to the offender’s age and the length of sentence to be served by the circumstances of the case”. [13] Tertuduh di dalam kes ini sedang menjalani hukuman bagi kes JA-62JS-21-10/2023 (selepas ini dirujuk sebagai kes 21), pertuduhan di bawah s.376B (1) Akta 574 di Mahkamah Sesyen Jenayah 3 (MSJ3), Johor Bahru. Tertuduh telah mengaku bersalah dan telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 5 sebatan rotan. [14] Bagi memudahkan kesemua pihak, dinyatakan pertuduhan s.376B (1) Akta 574 di dalam kes JA-62JS-21-10/2023 seperti berikut: Pertuduhan “Bahawa kamu pada tarikh 4/8/2023, jam lebih kurang 6.00 petang, bertempat di dalam rumah No. 1944, Jalan Scientex Jaya 33, Taman Scientex Senai, dalam daerah Kulai, dalam negeri Johor, telah melakukan persetubuhan dengan anak tiri kamu bernama XXX, No. KP: XXX yang pada waktu itu berumur 19 tahun 6 bulan, yang mana perhubungan kamu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah hukum agama kepada kamu untuk berkahwin dengannya, dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan”. S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg [15] Tertuduh di dalam notis rayuannya memohon supaya hukuman dan sabitan diringankan (lihat kandungan 12). [16] Sekiranya dilihat kepada kedua-dua pertuduhan di dalam kes ini, kes JA-62JSK-157-10/2023 (kes 157) dan kes JA-62JS-21-10/2023 (kes 21), walaupun kesalahan-kesalahan tersebut tersebut dilakukan ke atas mangsa yang sama yang merupakan anak tiri tertuduh, di tempat kejadian yang sama dan di bawah pertuduhan yang sama, di mana kedua-dua kesalahan tersebut di pertuduhkan di bawah s.376B (1) Akta 574 tetapi kedua-kedua kesalahan tersebut dilakukan pada tarikh-tarikh dan masa-masa yang berbeza. [17] Bagi kes 157, kejadian tersebut berlaku pada 16 Jun 2021 jam lebih kurang 9 pagi di mana pada ketika itu mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia 17 tahun 4 bulan manakala bagi kes 21, kejadian tersebut berlaku pada 4 Ogos 2023 pada jam lebih kurang 6 petang dan mangsa ketika itu berusia 19 tahun 6 bulan. Walaupun, kedua-dua kesalahan tersebut dituduh di bawah s.376B (1) Akta 574 tetapi kesalahan-kesalahan tersebut tidak dilakukan oleh tertuduh dalam satu transaksi yang sama. [18] Seterusnya, mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, sedia maklum bahawa pengakuan salah tertuduh merupakan satu faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah untuk peringanan hukuman. Namun demikian, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan keadaan kesalahan itu dilakukan adalah sangat keji kerana perlakuan sumbang mahram tersebut dilakukan oleh tertuduh ke atas mangsa yang merupakan anak tiri tertuduh. S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg [19] Di dalam kes Ahmad Sukri bin Ariffin v PP, rayuan jenayah no. T-09-192-08/2023 di mana Mahkamah Rayuan merujuk kepada kes Kesavan a/l Baskaran v PP [2008] 6 MLJ 387, Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) menyatakan seperti berikut: “[7] Generally speaking, a plea of guilt is a strong mitigating circumstances operating in favour of an accused. However, there may be cases where the offence committed is so serious and the circumstances in which it was committed so heinous that a plea of guilt need be given little or no weight. The need to protect the public is another factor that may prevail over a plea of guilt. In this context we find it sufficient to refer to the decision of the Criminal Division of the English Court of Appeal in R v Costen [1989] 11 Cr App R (S) at p.184 where Lord Lane LCJ said: But there are certain exceptions, likewise well authenticated in the authorities, to the general rule that discount will be allowed for a plea of guilty. The first and most important exception is the protection of the public. Where it is necessary that a long sentence, should be passed in order to protect the public, in those circumstances a plea of guilty may not result in any discount. [9] Lastly, in Fu Foo Tong v PP [1995] SLR 448, Karthigesu JA when delivering the judgment of the Singapore Court of Appeal expressed views which we are entirely in agreement: It is not axiomatic that every plea of guilty ‘entitles’, as it was contended by counsel to a discount of between one-quarter to one-third of what might otherwise be considered an appropriate sentence after a trial. A plea of guilty can be no mitigating value, for example, when the evidence overwhelmingly supports a conviction. As Chan Sek Keong J (as he then was) said in Wong Kai Chuen Philip v PP [1991] 1 MLJ 321 (cited with approval by this court in Public Prosecutor v Lee Meow Sim Jenny [1993] 3 SLR 885). S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg … the voluntary surrender by an offender and a plea of guilty by him in court are factors that can be taken into account in mitigation as they may be evidence of remorse and a willingness to accept punishment for his wrongdoing. However, I think that their relevance and the weight to be placed on them must depend on the circumstances of each case. I do not see any mitigation value in a robber surrendering to the police after he is surrounded and has no means of escape, or much mitigation value on a professional man turning himself in the face of absolute knowledge the game is up”. [20] Selanjutnya di dalam kes Tuan Mat bin Tuan Lonik v PP [2009] 4 CLJ 638, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “[20] The appellant here had pleaded guilty to all the despicable offences committed during those years, when the stepdaughter was his ward. Even though the plea of guilty is a mitigating factor and some credit or discount is normally given, not all pleas of guilt may be accorded that privilege. A court has discretion not to entertain such discounts (Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134; Melvani v PP [1971] 1 MLJ 137; PP v Sulaiman bin Ahmad [1992] 4 CLJ 2283; [1992] 3 CLJ (Rep) 447, PP v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45. It is widely known that incest statistically appears to be on the rise, with the victim getting younger by day, as reported daily by the local media. And no amount of consensual defence will be accepted, be it on the ground of religion, morality or law. With the facts as they are, let alone public interest demands a retributive and deterrent sentence, discounts are not appropriate here (PP v Govindnan a/l Chinder Nair [1998] 2 CLJ 596)”. [21] Kes-kes yang melibatkan jenayah seksual adalah suatu kesalahan yang sangat keji dan memalukan. Tambahan pula, di dalam kes seperti ini yang melibatkan kesalahan sumbang mahram di antara bapa tiri dan anak tiri menunjukkan niat curang tertuduh untuk mencapai kepuasan S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg nafsu seksualnya terhadap mangsa tanpa rasa bersalah dan belas kasihan. [22] Tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa bertanggung jawab untuk menjadi pembimbing dan pelindung kepada mangsa sebaliknya tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa telah mencabuli dan memecahkan amanah tersebut dengan menjadi pemangsa (predator) kepada anak tirinya sendiri demi memuaskan nafsu serakahnya. Malah, tertuduh mempunyai perasaan cinta terhadap mangsa dan melakukan perbuatan sumbang mahram dengan mangsa (lihat tangkap layar perbualan whatsapp di antara tertuduh dan mangsa di eksibit P7 (1-3)). [23] Merujuk kepada fakta kes di eksibit P1, tertuduh telah merogol mangsa beberapa kali semenjak tahun 2021 di mana pada ketika itu mangsa merupakan seorang kanak-kanak berusia 17 tahun sehinggalah pada 4 Ogos 2023, di mana mangsa pada ketika itu berusia 19 tahun. Akibat daripada perbuatan rogol tersebut, mangsa telah mengandung dan tertuduh telah menyuruh mangsa untuk mengugurkan kandungannya. Mangsa telah mengalami keguguran sebanyak 3 kali. [24] Perbuatan tertuduh yang mengambil kesempatan dengan melakukan sumbang mahram terhadap mangsa telah meninggalkan memori hitam dan trauma yang mendalam dalam hidup mangsa serta meruntuhkan institusi kekeluargaan. Perbuatan sumbang mahram ini, sekiranya tidak dibendung akan menyebabkan masalah sosial seperti kelahiran anak tidak sah taraf, pembuangan bayi dan masalah seks bebas. S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg [25] Mahkamah merujuk kepada kes PP v Hishamudin Kumaran Abdullah [2020] CLJU 1297; [2020] 1 LNS 1279, YA Dr Shahnaz binti Sulaiman PK (pada ketika itu) memutuskan: “[34] Adults are expected to conduct themselves as an example to younger members of society. When the older responsible members of society act in an irresponsible manner, the children who are the future of a society maybe influenced and affected by this irresponsible behaviour. A child to expose to such behaviour may be traumatised and may himself be affected by this incident. This, in the longer term will lead to the disintegration of society”. [26] Perbuatan sumbang mahram telah menimbulkan rasa jijik dan kebencian masyarakat serta mengugat kesejahteraan awam. Secara tidak langsung perbuatan sumbang mahram ini telah menjejaskan institusi kekeluargaan. Masyarakat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sumbang mahram ini dan kepentingan awam menuntut supaya hukuman yang bersifat deteren dikenakan ke atas tertuduh. [27] Seterusnya, kesalahan sumbang mahram merupakan kesalahan yang serius di mana hukuman di bawah seksyen 376B (1) Akta 574 memperuntukan hukuman penjara mandatori minima 10 tahun dan maksima 30 tahun dan sebatan. [28] Di dalam kes Ong Lai Kim v PP [1991] 3 MLJ 111, Hakim Zakaria Yatim (pada ketika itu) mengatakan seperti berikut: “The offence of rape is rampant in this country. The court will be failing in his duty if it does not impose a deterrent sentence in this case. The punishment must not only deter others from committing a similar offence in future but it must also deter others from committing such an offence. The punishment inflicted for S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg grave offence including the crime of rape should adequately reflect the revulsion felt by the great majority of society”. [29] Mahkamah telah mempertimbangkan mitigasi tertuduh tetapi kepentingan awam hendaklah sentiasa diutamakan berbanding kepentingan tertuduh kerana kes-kes kesalahan seksual ini ibarat satu penyakit kronik yang semakin merebak dan menjadi ancaman kepada masyarakat. Gejala sumbang mahram bukanlah satu fenomena baru, malah telah menjadi “duri dalam daging” yang membelenggu masyarakat sejak sekian lama tanpa mengira bangsa, budaya dan agama. (kes Ahmad Sukri bin Ariffin v PP, rayuan jenayah no. T-09-192-08/2023 dirujuk) [30] Mahkamah merujuk kepada kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang memutuskan: “One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 as follows:– “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living”. S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg [31] Mahkamah ini mempunyai tanggung jawab kepada masyarakat dan kepentingan awam secara keseluruhannya bagi memastikan perlakuan-perlakuan keji sebegini dapat dibendung dan tidak terus menjadi berleluasa. Masyarakat hendaklah dilindungi dari sebarang perlakuan yang bukan sahaja membahayakan masyarakat tersebut secara keseluruhan tetapi juga ahli atau warganya. Pada masa yang sama, individu berkenaan diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkuan jalan. Konsep melindungi masyarakat am bukan saja melindungi orang lain dari pelakuan jenayah seseorang pesalah tetapi juga melindungi pesalah dari perlakuan yang seumpamanya yang boleh dilakukan oleh warga lain terhadap diri pesalah tersebut (kes PP v Ismahairi Ismail [2021] 1 LNS 1456 dirujuk). [32] Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman pemenjaraan secara berturut-turut ke atas tertuduh tidak akan mendatangkan kesan yang meranapkan “crushing effect” kepada tertuduh memandangkan umur tertuduh semasa dijatuhkan hukuman bagi kes ini adalah 46 tahun 10 bulan dan 14 hari. Sekiranya tertuduh menjalani hukuman pemenjaraan secara berturut-turut di dalam kes 21, selama 15 tahun penjara dari tarikh tangkap (14 Oktober 2023) dan selama 12 tahun penjara bagi kes 157 (kes ini), maka tertuduh berusia lebih kurang 72 tahun. [33] Bersandarkan kepada kes Tuan Mat Lonik, purata jangka hayat bagi lelaki di Malaysia adalah 70 tahun. Namun begitu, kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan keji, kepentingan awam dan kutukan masyarakat terhadap kesalahan-kesalahan seumpama ini mengatasi kesan yang meranapkan (crushing effect) tertuduh. Oleh itu, mahkamah beranggapan bahawa hukuman S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg pemenjaraan secara berturut-turut tidak akan mendatangkan kesan meranapkan tertuduh. KESIMPULAN [34] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas dan setelah mahkamah ini mengambil kira kesemua aspek yang telah dinyatakan, maka hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh adalah wajar dan setimpal serta ianya tidak melampau dan berpatutan dengan jenayah yang dilakukan. Hukuman yang dijatuhkan tersebut juga tidaklah terlampau berkurangan dari apa yang sewajarnya diperuntukkan dan ianya berlandaskan peruntukkan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. Bertarikh 31 haribulan Disember 2024 (SITI NORAIDA BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru, Johor S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg Pihak Pendakwaan Puan Nur Farah Wahida binti Shahinudin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad 79100 Iskandar Puteri Johor Pihak Pembelaan Encik Salleh bin Togimin Peguam lantikan YBGK Tetuan Aba & Associates Peguamcara & Peguambela No. 34-02, Jalan Larkin Idaman 3 Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru Johor S/N x4iyybiO90uBfEEez7IMrg