Dadah yang dirampas ada di dalam milikan OKT dan OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [19] Bagi intipati pertama, ianya telah dibuktikan melalui ahli kimia (SP1) yang telah mengesahkan bahawa bahan yang terdapat di dalam 33 peket plastic lutsinar (P8 [1-33]) tersebut adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 6.63 gram. Dadah tersebut disahkan oleh SP1 adalah merupakan dadah berbahaya sebagaimana yang tersenarai dalam jadual di bawah Akta 234. Keterangan SP1 tidak dapat dicabar berkenaan identiti dadah tersebut dan perjalanan barang kes juga tidak terganggu. Oleh itu, saya perlu menerima secara prima facie keterangan SP1 melainkan ianya sukar untuk dipercayai. SP1 juga tidak perlu memperincikan apakah yang diperlakukannya di makmal semasa menjalankan ujian-ujian untuk mengetahui jenis dan berat dadah. Di dalam kes Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP [2006] 6 MLJ 197 (Mahkamah Rayuan), menyatakan iaitu: “Bagi maksud itu, Mahkamah perbicaraan seperti juga Mahkamah ini seharusnya mengambil pendekatan yang disarankan oleh Mahkamah Agong dalam kes Munusamy v PP[1987] 1MLJ 492 (diikuti) yang diikuti dalam kes PP v Lam San [1991] 3 MLJ 426 (diikuti) dalam menangani keterangan ahli kimia. Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah pebicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmalnya.” [20] Dalam kes ini, saya dapati rantaian keterangan dalam pengendalian barang kes adalah tidak terganggu dan tidak dicabar oleh pihak Perayu. Barang kes dadah juga telah dapat dicam dengan baik oleh saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP2, SP3 dan SP4. Dalam kes Hasbala Mohd Sarong v PP [2013] 6 CLJ 945, Mahkamah Persekutuan Malaysia: “Perbezaan dalam berat ekshibit-ekshibit dadah itu sendiri seperti yang didapati oleh PW6 dan PW3 tidak cukup untuk membentuk keraguan munasabah terhadap kes pihak Pendakwaan. Tiada keraguan bahawa ekshibit-ekshibit dadah yang dirampas daripada perayu-perayu dan yang dianalisa oleh PW3 adalah ekshibit-ekshibit dadah yang sama yang menjadi perkara pertuduhan terhadap perayu. Tidak ada pemutusan dalam rangkaian keterangan dan ekshibit-ekshibit dadah telah dikenalpasti secara positif oleh saksi-saksi Pendakwaan.” [21] Oleh itu, intipati pertama bahawa dadah-dadah sebagaimana pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan sebagai dadah-dadah yang tersenarai dalam Jadual di bawah Akta 234 dan dengan berat sepertimana dinyatakan dalam pertuduhan. [22] Seterusnya bagi intipati kedua, dadah tersebut telah dijumpai di dalam kotak rokok yang dilihat berada dalam genggaman tangan kanan Perayu semasa Perayu diperiksa secara fizikal oleh SP2. Dalam hal ini, perbuatan Perayu memegang kotak rokok tersebut pada masa kejadian jelas menunjukkan Perayu mempunyai kawalan dan jagaan ke atas kotak rokok tersebut sekaligus mempunyai kawalan dan jagaan secara fizikal terhadap kandungan dadah dalam kotak rokok tersebut (rujuk kes Tan Lay Hwa v PP [2016] 1 LNS 507). Mengambil kira faktor bahawa kotak rokok tersebut dipegang oleh Perayu pada waktu yang material, maka jelas ianya dapat mengaitkan Perayu secara langsung terhadap barang kes dadah yang ditemui di dalam kotak rokok tersebut. Fakta ini mencukupi untuk membuktikan Perayu mempunyai milikan, kawalan dan jagaan ke atas dadah yang dirampas. (rujuk kes Neo Koon Cheo v Regina [1959] 1 LNS 64 , Ramis a/l Muniandy v PP [2001] 3 SLR 534, Tan Ah Tee v PP [1978] 1 LNS 193 dan kes Zulfikar bin Mustaffa v PP [2001] 1 SLR 633) [23] Dalam menentukan elemen pengetahuan, adalah perlu untuk saya meneliti tingkah laku Perayu dan inferens-inferens yang boleh dibuat berdasarkan keadaan persekitaran semasa kejadian tangkapan ke atas Perayu berlaku (rujuk kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Daripada fakta kes pendakwaan sebagaimana diceritakan oleh SP2 dan SP3, Perayu dikatakan telah dilihat dalam keadaan takut dan mendiamkan diri semasa ditahan. Perayu juga kelihatan terkejut serta tidak sempat melarikan diri semasa ditangkap oleh mereka. Berkaitan dengan tingkah laku serta reaksi Perayu sebelum, semasa dan selepas tangkapan, ianya adalah merupakan sesuatu yang material dan relevan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 (rujuk kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v PP [2010] 3 CLJ 269 dan kes PP v Ouseng Sama-Ae (2008) 1 CLJ 337). Melalui tindakan itu juga, inferen boleh dibuat bahawa Perayu mempunyai pengetahuan adanya barang salah bersamanya sehingga menyebabkan dia terlihat dalam keadaan terkejut dan ketakutan (rujuk kes Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717). [24] Seterusnya, pertimbangan saya tidak hanya tertumpu kepada tingkah laku Perayu semata-mata, malah pertimbangan juga diberikan terhadap keseluruhan faktor keadaan dan suasana sekeliling semasa kejadian serbuan dan tangkapan ke atas Perayu dibuat oleh SP2 dan SP3 (rujuk kes Public Prosecutor v. Tan Tatt Eek [2005] 4 CLJ 460; dan kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113). [25] Diperhatikan dadah dijumpai dalam milikan fizikal Perayu iaitu berada di dalam kotak rokok yang dipegang oleh Perayu (dalam genggaman tangannya). Kotak rokok itu tidak dibungkus dan tidak diikat sehingga menyukarkan Perayu untuk memeriksa isi kandungannya. Hanya sedikit usaha yang diperlukan oleh Perayu untuk membukanya. Perayu juga ada peluang untuk membuka dan memeriksa isi kandungan sebelum ditangkap. Justeru itu mustahil Perayu tidak mengetahui mengenai kewujudan dadah-dadah tersebut. Kedudukan Perayu sebegitu jelas menunjukkan bahawa Perayu mempunyai kuasa untuk mengendali dadah tersebut sebagai pemilik dan boleh dianggap untuk berbuat demikian jika keadaan memerlukannya (rujuk kes Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149, Chan Pean Leon v. Public Prosecutor [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17). Oleh itu, fakta ini menyokong adanya pengetahuan Perayu terhadap kewujudan dadah tersebut. [26] Sehubungan dengan pemerhatian saya di atas, maka saya berpendapat pihak Responden telah berjaya membuktikan segala intipati sebagaimana pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu. Oleh itu, suatu kes Prima Facie telah berjaya dibuktikan terhadap Perayu dan sewajarnya Perayu dipanggil membela diri sebagaimana yang diperintahkan oleh Majistret. TERDAPAT PERCANGGAHAN DAN ADANYA 2 VERSI KETERANGAN BERKENAAN BAGAIMANA PEMERIKSAAN DIJALANKAN PADA HARI KEJADIAN [27] Peguambela Perayu dalam penghujahannya mengatakan bahawa pihak Responden telah mengemukakan dua versi keterangan yang berbeza berhubung pemeriksaan yang dibuat pada hari kejadian. Ini berdasarkan keterangan SP2 dan SP3 yang mengesahkan bahawa ada pemeriksaan dilakukan di dalam restoran manakala SP4 pula tidak tahu atau tidak pasti berkenaan adanya pemeriksaan tersebut dilakukan. Ekoran percanggahan tersebut, pihak Perayu menyatakan ianya terjumlah kepada tinggalan (omission) oleh SP4 untuk menyiasat secara menyeluruh kes ini yang melayakkan fakta tersebut memihak kepada Perayu . [28] Merujuk kepada alasan penghakiman Majistret di muka surat 9-42 Jilid 1 Rekod Rayuan, saya bersetuju dengan dapatan Majistret bahawa perbezaan yang dibangkitkan itu hanyalah “mere discrepancies” dan bukannya perbezaan yang menyentuh kepada “root of the charge”. Dalam hal ini, saya telah meneliti secara keseluruhan keterangan SP2, SP3 dan SP4. Hasil penelitian saya mendapati percanggahan yang ada itu adalah tidak material dan fakta kes kekal disahkan oleh SP2, SP3 dan SP4 bahawa kotak rokok yang mengandungi dadah itu berada dalam genggaman tangan kanan Perayu semasa tangkapan dibuat ke atasnya di hadapan restoran oleh SP2 dan SP3. Sementara itu, pemeriksaan di dalam restoran telah disahkan oleh SP2 dan SP3 tidak menjumpai apa-apa barang salah. [29] Seterusnya pemerhatian saya pada keseluruhan keterangan mendapati percanggahan yang ada dalam keterangan SP4 itu adalah tidak ketara yang boleh menyebabkan keterangan SP2, SP3 dan SP4 tidak boleh diterima. Fakta masih kekal bahawa dadah tersebut dijumpai berada pada milikan fizikal Perayu. Apatah lagi kredibiliti SP2, SP3 dan SP4 tidak pernah tercabar. Oleh itu, tiada alasan bagi saya untuk tidak menerima fakta bahawa kotak rokok yang mengandungi dadah tersebut dijumpai pada Perayu dengan adanya percanggahan yang kecil dan tidak ketara sedemikian (rujuk kes Muthusamy v. PP [1947] 1 LNS 71 dan PP v Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129) [30] Seterusnya saya juga mengambil pedoman terhadap keputusan kes Ahmadi Moharam Lotfollah v. PP [2014] 1 LNS 33 yang menyatakan seperti berikut: [34] It is trite that the issue on the credibility of a witness is a finding made by a trial judge which we will always be slow to interfere. The court must always take cognizance about human fallibility and the different mental faculties of witnesses. Minor discrepancies is excusable and no two witnesses can be expected to give the exact details of each occurrence of events especially after a lapse of some time. Ordinarily witnesses cannot be expected to recall accurately the sequence of events which had taken place. No two persons would possess the same power of observation, retention, recollection and of course, memory. (Bharwada Bhoginbal Hirjibhai AIR 1983 SC 753). As observed by Raja Azlan Shah FJ (as His Highness then was) in PP v. Datuk Hj. Harun b. Hj. Idris (No 2) [1976] 1 LNS 180; [1977] 1 MLJ 15.” [penekanan ditambah] [31] Saya juga tidak dapat menerima hujahan Perayu yang mengatakan kotak rokok mengandungi dadah itu adalah berkemungkinan sebenarnya milik pekerja lain yang bekerja di restoran tersebut. Keterangan SP2, SP3 dan SP4 adalah konsisten antara satu sama lain dan jelas menyatakan bahawa kotak rokok mengandungi dadah itu berada di tangan Perayu semasa kejadian dan hanya Perayu seorang berada di hadapan restoran itu ketika dia ditangkap. [32] Oleh yang demikian, percanggahan kecil sedemikian tidak melemahkan kes pendakwaan sekaligus tidak menggugat dapatan Majistret yang telah membuat keputusan untuk memanggil Perayu membela diri dan kemudiannya mensabitkan Perayu ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya itu. MAJISTRET GAGAL AMBIL KIRA KETERANGAN PEMBELAAN TERUTAMANYA SD2 YANG MENYOKONG VERSI PEMBELAAN. [33] Pihak Perayu dalam penghujahannya menyatakan bahawa Majistret telah gagal untuk mengambil kira keterangan SD2 yang menyokong keterangan Perayu bahawa kotak rokok mengandungi dadah itu bukan dijumpai pada milikan fizikal Perayu tetapi sebaliknya dijumpai berada di dalam sebuah tin yang diambil dari dalam sebuah bilik yang berada di dalam restoran tersebut. Berikutan itu, pihak pembelaan cuba mengaitkan pekerja-pekerja restoran yang menggunakan bilik itu dengan dadah yang dirampas tersebut. [34] Bagi meneliti isu ini, saya telah merujuk kepada dapatan yang telah dibuat oleh Majistret dalam alasan penghakimannya di muka surat 34-36 Rekod Rayuan Jilid 1(1) yang mana Majistret telah membuat penilaian terhadap keterangan SD2 dan Perayu. Walau bagaimanapun, Majistret memilih untuk menerima dan mempercayai fakta yang diberikan berdasarkan keterangan SP2, SP3 dan SP4 yang dilihat lebih konsisten bahawa kotak rokok mengandungi dadah itu dijumpai dalam genggaman tangan kanan Perayu pada hari kejadian. [35] Walau pun SD2 merupakan saksi berkepentingan kerana SD2 merupakan isteri kepada Perayu, namun tiada anggapan undang-undang yang meletakkan kedudukan keterangan saksi berkepentingan seperti SD2 sebagai keterangan yang tidak boleh dipercayai. Keterangannya layak untuk dipercayai sehingga ada alasan yang munasabah untuk tidak mempercayainya boleh didapati daripada keterangan-keterangan yang ada dan keadaan sekeliling (rujuk kes Balasingham v. PP [1959] 1 LNS 8; [1959] MLJ 193). Walau bagaimanapun, saya dapati keterangan SD2 perlu diterima secara berhati-hati memandangkan SD2 dalam keterangannya secara terang-terangan telah mengesahkan bahawa dia datang ke Mahkamah memberi keterangan adalah bagi memastikan Perayu tidak dihukum. Ini jelas menunjukkan niat SD2 ingin menolong Perayu (rujuk kes Rozmi Yusof v. PP [2013] 4 CLJ 384; kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805; dan kes Kumaran Sappani v. PP [2011] 3 CLJ 251). [36] Saya telah meneliti dan memperhalusi keterangan yang telah diberikan oleh SD2 dan dalam masa yang sama saya merujuk kepada keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi dalam kes ini, saya mendapati bahawa SD2 bukanlah seorang saksi yang kredible dan keterangannya telah diada-adakan bagi membantu Perayu. Ini kerana menurut SP2, SP3 dan SP4, tiada orang lain di tempat kejadian melainkan Perayu semasa dia ditangkap di hadapan restoran tersebut dan SD2 dikatakan tidak melihat kejadian tersebut. Selain itu, hasil penelitian saya terhadap keseluruhan nota keterangan sebagaimana Jilid 2(i) Rekod Rayuan, saya mendapati Perayu dilihat cuba menukar versi pembelaannya ketika kes di peringkat pembelaan dengan disokong oleh keterangan SD2. Pada awalnya di peringkat kes pendakwaan, fakta yang cuba diketengahkan oleh pembelaan adalah bahawa Perayu ditangkap di luar restoran sewaktu baru keluar daripada dalam kedai. Ini boleh dilihat melalui soalbalas pihak pembelaan kepada SP2 sebagaimana berikut : PB : Dan setuju saya katakan bahawa OKT di tahan sebaik sahaja beliau keluar daripada kedai dan isteri OKT membuka tirai besi kedai tersebut? Maksudnya macam ini kalau tuan tengok pada eksibit ID11 ini pintu kedai itu ada macam tirai besi inikan yang kita boleh angkat daripada bawah itukan? Jadi maksud saya soalan 15 saya adalah OKT ditahan sebaik sahaja keluar daripada situ yang mana waktu itu isteri dia baru saja angkat dan OKT keluar dan isteri dia baru nak tutup dan OKT di tahan sewaktu Ketika tersebut? SP2 : Sewaktu kami menahan OKT beliau sedang berdiri di bahagian hadapan sedikit daripada tempatnya yang ditunjukkan oleh pihak tuan. Baik jadi saya katakan bahawa isteri OKT membuka pintu dan OKT keluar daripada tirai besi restoran tersebut, tuan setuju ke tak setuju? SP2 : Saya tak pasti. [37] Sewaktu menyoal balas SP3, pihak pembelaan masih akui fakta bahawa Perayu ditangkap di luar restoran dan versi pembelaan adalah pada ketika itu, Perayu dikatakan baru sahaja keluar dari restoran tersebut. Soalbalas yang dibuat adalah sebagaimana berikut : Jadi sewaktu pertama kali SI dan juga pasukan nampak OKT ini SI atau pasukan ada nampak tak OKT datang dari arah mana dan nak ke arah mana? SP3 : Tak nampak cuma dia sedang berdiri di hadapan. Kalau saya kata OKT datang dari arah dalam restoran Al-Amin SI setuju ke tak setuju? SP3 : Saya telah pun katakan tadi kami sampai dia dalam keadaan berdiri, daripada arah mana kita tk tahu. PB: Tak pasti ya? SP3 : Tak pasti. PB : Ini saya just put saya punya faktalah, terpulang kepada SI. Saya katakan bahawa OKT sewaktu di tangkap itu dia ditangkap di kawasan pintu ini. depan bahagian kaki lima depan kedai AL-Amin ini bahagian ini. setuju ke tak? SP3 : Itu yang saya tadi di hadapan. PB : Di hadapan maksudnya di sinilah? SP3 : Di kaki lima. PB : Di kaki inilah. So maksudnya daripada bahagian kanan ini pintu 1, 2 di depan inilah? SP3 : Ya di hadapan restoran ini. PB : Seterusnya SI dan juga pasukan ada buat pemeriksaan menyeluruhlah dalam kedai itu ya? SP3 : Ya disaksikan bersama dengan OKT. [38] Namun begitu, ketika kes di peringkat pembelaan, Perayu dengan dibantu oleh SD2 telah menukar versi pembelaan dengan mengemukakan fakta pembelaan baru yang jelas berbeza. Daripada pengamatan saya terhadap penyata saksi Perayu di muka surat 2-6 Jilid Rekod Rayuan dan penyata saksi SD2 di muka surat 12-15 jilid 3 Rekod Rayuan, kedua-duanya telah menyatakan bahawa Perayu ditangkap ketika berada di dalam Restoran sewaktu pintu besi (roller shutter) masih belum dibuka sepenuhnya oleh SD2 dan bukannya ketika Perayu berada di luar atau di hadapan restoran sebagaimana diakui dan dicadangkan oleh pihak pembelaan semasa di peringkat kes pendakwaan. Fakta baru ini ditegaskan juga oleh SD2 dalam keterangannya yang menyatakan seperti berikut : TPR : Dengan izin puan, saya pohon untuk dirujuk saksi kepada P11 A dan juga B. Iaitu gambar tempat kejadian Mah : Nombor berapa? P berapa? TPR: P11 puan, gambar tempat kejadian A dan juga B. Boleh puan tunjukkan sekali lagi kepada mahkamah di mana tempat suami puan ditangkap? SD2 : Di dalam restoran TPR: Angkat tunjuk SD2 : Dekat sini, saya buka roller shutter ini, saya tak sempat buka sampai habis. Mereka dah serbu masuk ke dalam dan terus tangkap dia TPR : Suami puan tu sebenarnya ditangkap di koridor di depan pintu tersebut. Setuju ataupun tidak? SD2 : Tidak setuju TPR : Saya cadangkan selepas suami puan dan juga puan ditangkap barulah polis masuk ke dalam restoran. Setuju ataupun tidak? SD2 : Tidak setuju TPR : Jadi maksud puan, polis masuk dulu dalam restoran, buat serbuan baru tangkap? SD2 : Ya, betul. [39] Tindakan sebegini (menukar versi di saat-saat akhir iaitu di peringkat pembelaan) dilihat sebagai cubaan pihak pembelaan untuk memperbaiki kes terhadap Perayu. Namun, pembelaan yang berubah-ubah sebegini membolehkan pihak mahkamah membuat inferen bahawa sebenarnya Perayu tiada pembelaan ke atas pertuduhan dan kes yang dikenakan ke atasnya. [40] Dalam kes Shamim Reza Abdul Samad v. PP [2009] 6 CLJ 123 Suriyadi Halim Omar JCA dalam menyampaikan keputusannya menyatakan seperti berikut: “If the appellant changed his defence dramatically at the defence stage, it could only imply that he in reality at the very outset never had a defence, with the afterthought approach being his second last attempt to escape the noose.” [41] Seterusnya berdasarkan versi baru pembelaan tersebut, jelas pada saya bahawa ianya hanya diada-adakan kemudian bagi menyokong versi pembelaan yang telah dikemukakan oleh Perayu. Dalam pembelaannya itu, Perayu menegaskan bahawa kotak rokok mengandungi dadah telah dijumpai dari dalam sebuah tin yang diambil dari dalam sebuah bilik yang berada dalam restoran tersebut. Seorang individu yang dikenali dengan panggilan “Black” telah dikaitkan secara langsung dengan tin dan dadah tersebut oleh saksi pembelaan ketiga iaitu SD3. Namun, penama “Black” ini tidak pernah ditimbulkan seawal kes pendakwaan dan tiada maklumat berkenaannya diberikan kepada pihak polis. Dalam keadaan ini, kegagalan Perayu atau pembelaan memberikan apa-apa maklumat kepada pihak polis berkenaan penama “Black” tersebut seawal kes dalam siasatan atau ketika kes di peringkat pendakwaan menyebabkan “alcontara notice” tidak dipenuhi dan sewajarnya ditolak oleh saya (rujuk ke Tan Chee Khang lwn. PP [2016] 1 LNS 185). Keadaan ini juga mewajarkan Majistret dan Mahkamah ini juga untuk lebih mempercayai keterangan SP2, SP3 dan SP4 berbanding SD2. [42] Oleh yang demikian, saya berpendapat Majistret telah membuat suatu keputusan yang tepat apabila memutuskan untuk menerima dan lebih mempercayai keterangan SP2, SP3 dan SP4 berkenaan kedudukan kotak rokok mengandungi dadah itu yang dikatakan telah dirampas daripada genggaman tangan kanan Perayu. KESIMPULAN [43] Sehubungan dengan dapatan-dapatan saya di atas, rayuan Perayu ke atas sabitan adalah tidak bermerit. Sabitan bagi pertuduhan yang diperintahkan ke atas Perayu oleh Majistret dikekalkan dan rayuan Perayu ditolak. RAYUAN KE ATAS HUKUMAN [44] Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguam Perayu menegaskan bahawa hukuman penjara 30 bulan bermula dari tarikh sabitan dan empat kali sebatan yang telah diberikan oleh Majistret adalah terlalu tinggi. Selain itu, Perayu memohon agar diberikan peluang berdasarkan faktor peribadi dan latar belakang Perayu. [45] Pihak Responden pula menegaskan bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret adalah memadai dengan kesalahan yang dilakukan oleh Perayu. Kepentingan awam perlu diutamakan melebihi kepentingan Perayu. Mahkamah juga diminta untuk mengambil kira bahawa kes ini telah melalui suatu perbicaraan penuh. Oleh itu, hukuman yang diberikan hendaklah berbentuk pengajaran kepada Perayu. Oleh yang demikian, hukuman yang dikenakan oleh Majistret itu adalah dihujahkan berpatutan dan tidak berlebihan. DAPATAN DAN KEPUTUSAN [46] Dalam memberi pertimbangan ke atas rayuan ini, prinsip undang-undang yang mantap berkaitan dengan rayuan ke atas hukuman adalah Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan hukuman yang telah dijatuhkan itu berlawanan dengan prinsip-prinsip asas hukuman atau berlawanan dengan undang-undang. Dalam kes Bhandulananda Jayatilake v PP [1981] 1 LNS 139, Raja Azlan Shah, Hakim Mahkamah persekutuan telah berkata seperti berikut : “Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] ac 525 at 549). It is for the reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentence; whilst others equally conscientious have thought in their duty to view the same crimes the leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judges. It is for the reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court’s interference.” [47] Nada yang sama telah diucapkan oleh YA Azahar Mohamed JCA (pada ketika itu) dalam kes PP v. Ramakrishnan Subramaniam & ORS [2012] 9 CLJ 443 seperti berikut : “Mengikut prinsip penghukuman yang sedia ada , setiap orang yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengan bentuk kesalahan yang dilakukan. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman menurut undang-undang untuk menentukan supaya hukuman yang dikenakan terhadap pesalah itu adil, bersesuaian dan setimpal dengan apa-apa kesalahan yang dilakukannya itu. Adalah juga menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan tidak seharusnya campur tangan dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim perbicaraan dan selalunya tidak akan menukar hukuman melainkan ianya berpuas hati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan itu ternyata amat tidak memadai atau mencukupi atau keterlaluan atau tidak sah atau pun tidak merupakan hukuman yang wajar memandangkan semua fakta yang didedahkan, atau bahawa Mahkamah tersebut jelas tersalah didalam memakai prinsip yang betul dalam penilaian hukuman. Prinsip undang-undang yang menentukan kawalan dan semakan keputusan berkaitan dengan hukuman telah digariskan dengan jelas dalam kes Bhandulananda Jayatilake v P P[1981] 1 LNS 139 dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 CLJ 457” [48] Dalam kes PP v Nguyen Thi Huong [2015] 2 CLJ 102 pula, Mahkamah telah membuat keputusan seperti berikut: Principle regarding appellate interference of sentence The principles regarding appellate interference of sentences imposed have been set out in the case of Dato’ Seri Anwar Ibrahim v PP [2002] 3 AMR 3101; [2002] 3 MLJ 193 as follows: “It is of utmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence, see PP v Loo Choon Fatt [1976]2MLJ 256” In the case of PP v Loo Choon Fatt referred to above it was held as follows: “The principles to be applied in imposing sentence however are the same in every case. The high court sitting in the exercise of its revisionary powers will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence of the lower court is either manifestly inadequate or grossly excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed on the record or to all the facts which the ought to take judicial notice of, that is to say, that the lower court clearly has erred in applying the correct principles in the assessment of the sentence. It is a firmly established practice that the court will not alter sentence merely because it might have passed a different sentence. [49] Sehubungan dengan nas-nas yang dibentangkan di atas, saya telah meneliti tempoh hukuman penjara dan sebatan yang telah dikenakan ke atas Perayu oleh Majistret. Pada hemat saya, hukuman yang diberikan itu adalah tidak keterlaluan beratnya dan masih dalam ruang lingkup hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang berkaitan. Malah, hukuman tersebut juga tidak terlalu ringan mengambil kira kepentingan awam yang mewajarkan hukuman berat dikenakan ke atas pesalah-pesalah bagi kes-kes melibatkan penyalahgunaan dadah. Tambahan pula, berat dadah yang terlibat adalah agak banyak iaitu 6.63 gram dari jumlah minimum 5 gram yang diperuntukan oleh seksyen 39A(1) ADB 1952 bagi dadah berbahaya jenis Methamphetamine. Oleh yang demikian, saya tidak berhasrat untuk mengubah hukuman yang telah diperintahkan oleh Majistret tersebut sepertimana prinsip undang-undang yang telah diputuskan dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v. Public Prosecutor [2002] 3 CLJ 457 di mana Mahkamah Persekutuan di muka surat 228 telah memutuskan seperti berikut: "It is of the utmost importance to stress here that the appellate court will not normally alter the sentence unless it is satisfied that the sentence passed by the lower court is manifestly inadequate or excessive or illegal or otherwise not a proper sentence having regard to all the facts disclosed or that the court has clearly erred in applying correct principles in the assessment of sentence". [50] Rujukan juga dibuat ke atas kes Bhandulananda Jayatilake v. PP [supra], PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28, R v. Sargent [1974] 60 Cr App R 74 dan Rex v. Kenneth John Ball [1951] 35 Cr App R 164. KESIMPULAN [51] Bersandarkan kepada nas-nas yang dibentangkan di atas, saya berpendapat tidak ada sebab untuk saya mengganggu atau mengubah hukuman penjara selama 30 bulan dari tarikh sabitan beserta 4 sebatan tersebut yang telah dijatuhkan oleh Majistret ke atas Perayu. Sehubungan dengan itu, rayuan Perayu ke atas hukuman juga ditolak. Tarikh: