d
(d) walaupun saksi didapati berbohong atas satu atau dua perkara, ia tidak bermakna keseluruhan keterangan saksi harus ditolak atas dasar ia tidak boleh dipercayai; (e) kalaupun keterangan seseorang saksi tidak diterima sebahagiannya tetapi ia tidak menghalang Mahkamah menerima bahagian keterangan yang lain; dan (f) pertimbangan utama yang harus diberikan adalah mengenai kebarangkalian atau tidaknya berlaku sesuatu fakta yang dipertikaikan. [37] Keterangan SP8 hanya setakat mengesahkan bahawa Mangsa telah memarahi dan memalukan Perayu kerana telah mengajak SP8 makan di rumah kongsinya. Mengikut SP8, Mangsa dan Perayu telah bertengkar mulut dan beliau tidak melihat kedua-dua mereka memegang apa-apa senjata. Setelah melihat Perayu dimarahi, SP8 telah balik selepas berada di tempat kejadian itu **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 selama 5 minit. SP8 tiada pengetahuan tentang apa yang telah berlaku di antara Mangsa dan Perayu selepas itu. [38] SP9 pula memberi keterangan bahawa beliau, Mangsa, Perayu dan penama Kamal yang tidak dapat dikesan, tinggal di rumah kongsi yang sama. Semasa beliau di dalam biliknya, SP9 mendengar pergaduhan mulut yang kuat dan beliau mengenali suara-suara itu sebagai suara Mangsa dan Perayu. Selepas antara 10-15 minit, pergaduhan itu berlarutan sehingga SP9 keluar dari biliknya dan melihat Mangsa dan Perayu bertengkar sambil bergelut dan memegang baju masing-masing. Mengikut SP9, beliau mendengar Perayu mempertikai hak Mangsa menghalang SP8 dari memasuki rumah kongsi itu. Nada suara kedua dua mereka adalah sama kuat dan mereka saling memaki hamun. Selang 1 minit setelah melihat Mangsa dan Perayu bertengkar dalam keadaan mereka memegang baju masing-masing, SP9 melihat Mangsa telah rebah dan berdarah. Namun begitu, beliau tidak melihat apa-apa senjata di pegang sama ada oleh Mangsa atau Perayu atau siapa yang membuat tikaman. Setelah Mangsa rebah, Perayu telah meninggalkan rumah kongsi itu. SP9 memberi keterangan beliau juga telah meninggalkan Mangsa setelah melihat banyak darah kerana ketakutan. SP9 ditangkap selang 1-2 minggu selepas kejadian. [39] Seterusnya Mahkamah meneliti keterangan Pegawai Penyiasat (SP13). Mengikut keterangan SP13, pisau tidak berhulu telah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 dijumpai berdekatan mayat Mangsa di tempat kejadian. Satu perkara penting di dalam keterangan SP13 adalah mengikut SP13, keterangan bahawa Mangsa telah membawa pisau menghala ke Perayu tidak sahaja berdasarkan rakaman percakapan Perayu (ekshibit D33) tetapi juga hasil daripada rakaman percakapan SP9. [40] Maka keterangan itu bersifat keterangan koboratif menyokong kes Perayu pada peringkat kes Pendakwaan bahawa Mangsa telah memegang pisau dan menghala kepada Perayu. Walaupun perkara itu tidak dinyatakan sendiri oleh SP9, namun rakaman yang dibuat oleh SP13 sebagai Pegawai Penyiasat adalah satu keterangan yang material. Mengikut SP13 lagi, tidak ada saksi mata yang telah melihat siapa yang membuat tikaman ke atas Mangsa. [41] Prinsip undang-undang mengenai pembelaan pertahanan persendirian atau “private defence” yang diperuntukan di bawah seksyen 96 KK memperuntukkan tiada sesuatu menjadi kesalahan apabila dilakukan sebagai hak pertahanan persendirian. Perkara hak dan had pembelaan ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Mickelson Gerald Wayne v PP [2021] 10 CLJ 700; [2022] 6 MLJ 118 seperti berikut: “[19] These provisions clearly provide that the right of private defence, or self-defence in ordinary parlance, is a complete **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 defence. However, in order for this defence to bite, there must exist certain circumstances which are again subject to certain limitations. The first of these circumstances is that the right only arises when an offence against the human body is being committed against the person's own body or the body of another person (s. 97(a) PC). We are not here concerned with the right to protect property. The second circumstance for the right to apply is that there must have been no time to have recourse to the protection of the public authorities (s. 99(3) PC). [20] Now, of course, the presence of these circumstances is further circumscribed by two limitations. The first is that the right of private defence will not extend to the case where more harm than necessary is inflicted for the purpose of the defence (s. 97(a) PC). The second limitation is that the right of private defence only commences when there is reasonable apprehension of danger to the body (s. 102 PC). The right dissipates when there is no longer any such apprehension of danger. … [24] So, it is apposite that the right of private defence is available to any person who is suddenly confronted with the immediate necessity of an impending danger or peril, not of his own creation, as long as the harm that is inflicted in the exercise of the right is not more than is necessary for his defence. That right commences the moment there is reasonable apprehension of danger to the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 body and continues as long as such apprehension of danger remains. Whether the apprehension was reasonable or not is a question of fact depending upon the facts and circumstances of each case but should be judged primarily by the unexpected anguish the accused faced at the time and not solely by objective standards, microscopic analysis or pedantic scrutiny by the judge many years later at the trial. [25] It is therefore essential to consider the peculiar circumstances faced by the accused and then put ourselves in his shoes before forming an opinion as to whether he had reasonable apprehension of danger to his person as would entitle him to the right of private defence (see Govindan Neelambaran v. State of Kerala AIR Ker [1960] 258). In such an analysis, due emphasis must be given to what can happen in the crisis of the moment bearing in mind the normal and instinctive reaction of human conduct in the interest of self-preservation.” [42] Di dalam kes Yong Kim Nyien v PP [2019] 8 CLJ 85; [2019] 6 MLJ 406, Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun satu pembelaan pertahanan persendirian itu boleh menyebabkan satu pertuduhan di bawah seksyen 300 KK tidak boleh dipertahankan, namun ianya tetap membolehkan Mahkamah mensabitkan satu kesalahan menyebabkan kematian orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang (“culpable homicide not amounting to murder”) di bawah seksyen 304(a) KK: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 “[10] …This is simply because we are of the view that it is not legally possible for the accused to be given an outright discharge amounting to acquittal even if his right to private defence had been established on a balance of probabilities. We say this because the legislative scheme of s. 300 read under s. 304(a) gives rise to no interpretation other than this - which is that the successful raising of any of the four exceptions to s. 300 would render the charge of murder unsustainable but instead is proof beyond reasonable doubt of a charge under culpable homicide not amounting to murder and for which the punishment is provided by s. 304(a)”. [43] Berbalik kepada keterangan di dalam Rayuan ini, tidak dapat dinafikan semasa di peringkat kes Pembelaan, Perayu telah mengubah haluan pembelaannya dari satu pembelaan pertahanan persendirian kepada penafian beliau berada di tempat kejadian seperti mana yang dinyatakan di dalam Penyata Saksinya (PSD1) dan keterangan lisannya. Mengikut keterangan Perayu, beliau telah meninggalkan Kamal dan SP9 di antara jam 8-9 malam setelah SP8 pulang dan pergi ke Pantai Senibong untuk bercakap dengan ibunya di Bangladesh melalui telefon. Selepas 10-15 minit kemudian, Saiful dan Kamal datang berjumpa Perayu di pantai meminta Perayu menelefon majikan kerana ada masalah tetapi Perayu enggan berbuat demikian kerana beliau tidak diberitahu apa sebenarnya masalah itu. Mengikut Perayu, beliau hanya mengetahui tentang kematian Mangsa hanya pada lebih kurang jam 11 malam di rumah Faridul Alam melalui SP9. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 [44] Maka, satu pemerhatian kasar dan umum menampakkan pembelaan Perayu bukan sahaja tidak konsisten bahkan langsung bercanggah. Namun demikian, perkara itu tidak berakhir di situ. [45] Pada pengamatan kami, HMT seharusnya telah memberi perhatian dan pertimbangan yang wajar kepada keterangan SP13 yang mengatakan berdasarkan rakaman percakapan yang direkod daripada SP9, Mangsa telah dilihat membawa pisau dan menghala kepada Perayu. Setelah meneliti Nota Prosiding dan Alasan Penghakiman HMT, Mahkamah ini mendapati keterangan SP13 itu langsung tidak disentuh oleh HMT walaupun telah dibangkitkan oleh peguambela Perayu di akhir kes Pendakwaan. [46] Kegagalan HMT mempertimbang keterangan SP13 yang menjadi sebahagian daripada keterangan kes Pendakwaan seharusnya diterima sebagai keterangan yang memanfaatkan Perayu. Pada pandangan kami, adalah menjadi satu salah arah apabila HMT hanya menumpukan perhatiannya kepada bahagian keterangan SP13 semasa Pemeriksaan Semula yang menjelaskan bahawa keterangan yang Mangsa membawa pisau, berlakunya pergelutan dan terjadinya tikaman yang tidak disengajakan hanyalah berdasarkan versi Perayu di dalam Rakaman Percakapannya sedangkan SP13 juga memetik apa yang SP9 telah menyatakan kepadanya. Apabila dilihat soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, tiada soalan dikemukakan meminta SP13 menjelaskan keterangannya bahawa SP9 telah memberitahu di **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 dalam rakaman percakapannya bahawa Mangsa telah membawa pisau dan menghala ke Perayu. [47] Kegagalan pihak Pendakwaan mendapatkan penjelasan itu menyebabkan terdapat 2 versi berbeza dan material di dalam keterangan SP13. Adalah menjadi prinsip undang-undang keterangan bahawa pihak yang memanggil seseorang saksi adalah terikat dengan keterangan saksi itu [lihat John Nyumbei v PP [2007] 2 CLJ 509; [2007] 7 MLJ 206] maka pihak Pendakwaan adalah terikat dengan keterangan SP13 bahawa SP9 memberitahu beliau, Mangsa dilihat membawa pisau dan menghala ke Perayu. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ho Tze Kean v PP & Another Appeal [2018] 3 CLJ 71; [2018] 2 MLJ 721 telah merujuk kepada kes John Nyumbei (supra) dan menyatakan: “[35] We have perused the learned judge’s grounds of judgment and we agreed that His Lordship did not at all consider the evidence of PW8 which supported the accused’s defence. The learned judge commented that it is highly improbable that the accused’s wife would have framed her husband into the commission of an offence. This is not the defence’s version. The defence’s version was that the accused was just helping the wife in her business. Without considering the evidence given by PW8 which corroborated the accused’s evidence coupled with the fact that the accused’s wife had gone into hiding, the learned trial judge **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 branded the accused as an ignorance simpliciter for not examining the contents of the cream plastic bag. [36] In John a/k Nyumbei v Public Prosecutor [2007] 7 MLJ 206; [2007] 2 CLJ 509 this court had decided as follows: Now, among the general rules that govern judicial appreciation of evidence in both civil and criminal causes in the adversarial system of justice there is one fundamental importance. It is that a party is bound by the evidence of witnesses whom he calls in proof of his case. See M Ratnavale v S Lourdenadin [1988] 2 MLJ 371. (Emphasis added.) [37] The piece of evidence given by PW8 which supported the defence’s version was not challenged and not even rebutted by the prosecution. Yet, we found that this piece of evidence was not considered by the learned trial judge when His Lordship evaluated the defence case.” (penekanan ditambah) [48] Selanjutnya kami mendapati dalam memberi keputusannya di akhir perbicaraan, HMT langsung tidak mempertimbang rakaman percakapan Perayu ekshibit D33 bersekali dengan keseluruhan keterangan kes Pendakwaan. Telah diputuskan di dalam kes **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan v PP [2014] CLJU 752; [2014] 5 MLJ 433, Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ 577 dan Tan Ewe Huat v PP [2004] 1 CLJ 521; [2004] 1 MLJ 559, adalah menjadi tugas Mahkamah perbicaraan untuk mempertimbang keterangan rakaman percakapan tertuduh dan kalaupun keterangan itu tidak boleh dipercayai, alasan harus diberikan mengapa ianya tidak menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan. [49] Adalah jelas rakaman percakapan Tertuduh telah memberi naratif bahawa Mangsa telah menghala kepadanya dengan sebilah pisau dan keterangan itu disokong oleh keterangan SP13 tadi yang merujuk kepada rakaman percakapan SP9. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ghasem Gharezadehsharbiani Hassan (supra) telah memutuskan: “[13] As we have said in the case of Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282; [2014] 1 MLRA, it is true that generally a self-serving or exculpatory cautioned statement is not in itself evidence of the truth asserted therein. But then, it is the duty of the learned trial judge to consider and to analyse the cautioned statement that has been tendered as evidence by the appellant in support of his defence; that he had no prerequisite knowledge about the impugned drugs found in the bag. In accordance with the provisions of s 182A(1) of the CPC, it is the bounden duty of the learned trial judge, at the conclusion of the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 trial, to consider the cautioned statement of the appellant and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The learned trial judge must consider carefully whether the cautioned statement is capable of raising a reasonable doubt on the prosecution case. The learned trial judge has a duty and obligation to fairly and justly weigh the defence version and evidence (including the cautioned statement of the appellant) to reach a just result (see Ahmad Mukamal bin Abdul Wahab & Ors v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 865; [2013] 4 CLJ 949). [14] However, the learned trial judge had failed to consider and appreciate the cautioned statement which supported the appellant’s oral testimony. The learned trial judge failed to consider and scrutinise the cautioned statement and to make his own findings why even if he did not believe the cautioned statement, it did not raise a reasonable doubt on the prosecution’s case as a whole (see Ganapathy a/l Rengasamy v Public Prosecutor [1998] 2 MLJ 577 and Tan Ewe Huat v Public Prosecutor [2004] 1 MLJ 559; [2004] 1 CLJ 521). In our view, this is a serious non-direction which amounts to a misdirection by the learned trial judge warranting appellate intervention (see Gooi Loo Seng v Public Prosecutor [1993] 2 MLJ 137; [1993] 2 AMR 1135).” [50] Walaupun Perayu telah melarikan diri selepas berlakunya kejadian dan ditangkap 2 minggu kemudian pada 31.8.2020, **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 namun Perayu telah memberikan naratifnya pada peluang terawal iaitu pada 1.9.2020. Maka keterangan bahawa Mangsa telah memegang pisau dan menghalakan pisau itu terhadapnya bukan satu keterangan yang hanya dibangkitkan pertama kali semasa perbicaraan. Kegagalan HMT mempertimbang semua keterangan itu secara menyeluruh dan membuat dapatan mengapa rakaman percakapan itu tidak boleh dipercayai dan tidak dapat menyokong pembelaan pertahanan persendirian atau menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes Pendakwaan merupakan satu salah arah. [51] Adalah juga menjadi prinsip undang-undang bahawa Mahkamah mempunyai beban untuk mempertimbang pembelaan tertuduh kalaupun pembelaan itu dilihat sebagai lemah dan dengan yang demikian, Mahkamah perbicaraan tidak boleh sewenangnya mengenepikan pembelaan tertuduh atas dapatan ianya hanya satu penafian atau yang difikirkan kemudian. Di dalam kes Ganapathy a/l Rengasamy v PP [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ 577, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: “It needs to be remembered that however weak a defence may be, trial judges being judges of both fact and law should not just brush aside the defence on the basis that the prosecution witnesses are to be believed and not the defence. Where the law casts the onus of giving an explanation upon an accused person, and the explanation is given, which is consistent with innocence, the court **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 is duty bound to consider whether it might reasonably be true, although not convinced of its truth. On the issue of the court's duty to consider the defence, the age old decision in Mat v PP [1963] MLJ 263 is still good law today as it was then. This was followed by the Supreme Court in Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169.” [52] Rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Muhammad Faizal Dzulkifli v PP [2017] 3 CLJ 424; [2017] 2 MLJ 228, dimana Mahkamah juga telah menyentuh mengenai tugas Mahkamah perbicaraan untuk menilai pembelaan tertuduh secara keseluruhan dan jika, mengikut keputusan di dalam kes Mat v PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 MLJ 263, terdapat keraguan di dalam minda Mahkamah mengenai sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah, maka tertuduh berhak, sebagai satu keperluan undang-undang, dibebaskan: “[34] So, an afterthought defence is a defence that smacks of a recent invention on the part of an accused person. It is a defence that was never revealed during investigation, nor confronted to the relevant prosecution witnesses during their cross-examination in the prosecution stage. Such being its nature, it is quite incapable, or difficulty of belief. Indeed, it arouses suspicion as to its veracity. But, the fact that it is unbelievable does not relieve the prosecution of its attendant duty throughout the entire case, to prove its case **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 beyond reasonable doubt. Neither does it automatically mean that the court must therefore convict the accused person, on account that the defence has been a mere afterthought. Rather, on authority of the case of Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263, it is still incumbent on the court to consider the entire evidence before it to see whether the accused person has raised a reasonable doubt in the prosecution’s case. If such a lingering, as opposed to a fleeting or whimsical, doubt is created in the mind of the court, then the accused person is entitled, as a matter of law, to be acquitted and discharged forthwith, from the charge levied against him.” [53] Dengan demikian, setelah mempertimbang keterangan SP8, SP9, SP13 dan keterangan ekshibit D33, kami mendapati tidak ada keterangan yang menunjukkan Perayu telah bertindak dengan menyerang Mangsa dengan sebilah pisau. Fakta bahawa SP9 melihat Mangsa dan Perayu bergelut adalah lebih konsisten dengan situasi dimana masing-masing telah bertengkar sambil memegang baju. Keterangan SP9 melalui SP13 bahawa Mangsa telah memegang pisau dan menghala ke Perayu sudah jelas merupakan satu perbuatan yang mengancam keselamatan diri Perayu dan bakal menyebabkan kecederaan jika tiada tindakan mempertahankan diri diambil. Dalam keadaan itu, Perayu tidak mempunyai peluang mengelakkan dirinya dari dicederakan. Keterangan tidak menunjukkan tikaman ke atas Mangsa adalah akibat dari satu perbuatan disengajakan oleh Perayu. Keterangan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 SP9 jelas mengatakan kedua-dua Mangsa dan Perayu telah bertengkar, memaki hamun dengan nada suara yang tinggi dan bergelut sambil memegang baju masing-masing jelas menggambarkan satu keadaan dimana kedua-dua mereka hilang kawalan diri. [54] Tambahan lagi, SP9 tidak melihat Perayu memegang pisau tidak berhulu sejurus selepas Mangsa rebah. Sekiranya Perayu telah menikam Mangsa, sudah pasti Perayu telah mempunyai penggunaan pisau itu bagi menyebabkan kecederaan kepada tubuh Mangsa. Tiada keterangan DNA yang dapat mengaitkan pisau itu dengan Perayu. Fakta bahawa kecederaan itu berlaku pada bahagian belakang kanan Mangsa menunjukkan tikaman itu besar kebarangkaliannya berlaku sewaktu pergelutan dan ketika Mangsa cuba mengelak daripada dicederakan dengan mengawal hala pisau itu. [55] Di atas pertimbangan itu, kami berpendapat Perayu berjaya di atas imbangan kebarangkalian membangkitkan satu pembelaan pertahanan persendirian. Kami mendapati: (i) terdapat keadaan yang sangat tegang di antara Mangsa dan Perayu; (ii) kedua-dua mereka berada dalam keadaan minda dan emosi yang sangat emosional dan tidak dapat mengawal diri; (iii) perbuatan Mangsa memegang pisau dan menghala ke Perayu telah membawa ancaman nyawa kepada Perayu; (iv) memandangkan mereka tinggal bersama-sama di rumah kongsi itu, Perayu tidak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 berkesempatan mengelak konfrontasi dengan Mangsa yang tercetus setelah Mangsa menghalang SP8 memasuk rumah kongsi itu; dan (v) pergelutan itu besar kebarangkalian menyebabkan Perayu mengawal hala pisau sehingga menyebabkan tikaman ke atas Mangsa. [56] Namun begitu, kami mengambil pendekatan yang telah diambil di dalam kes Yong Kim Nyien (supra) dan memutuskan keterangan menyokong satu dapatan bahawa Perayu telah menyebabkan kematian mangsa tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh Mangsa di bawah seksyen 304 (a) KK. KESIMPULAN DAN KEPUTUSAN [57] Berdasarkan semua pertimbangan tadi, kami berpendapat HMT telah khilaf apabila gagal mempertimbang keseluruhan keterangan, khususnya keterangan SP13 yang merujuk kepada rakaman percakapan SP9 dan rakaman percakapan Perayu. Terdapat kegagalan HMT menilai keterangan secara adil dan saksama yang menyebabkan Perayu diprejudis. Berpandukan garis panduan di dalam kes Mohd Yusri bin Mangsor & Anor v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 875; [2014] 7 CLJ 897, kami sebulat suara mendapati terdapat alasan untuk mengganggu keputusan HMT. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31 Peguam bagi pihak Perayu : Encik Sukhaimi Bin Mashud Tetuan Teh Poh Teik & Co. Peguam bagi pihak Responden : Tuan Mohamad Arif Aizuddin Bin Masrom Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal