Content
MAHKAMAH SESYEN TELUK INTAN, PERAK AC-62JSK-15-04/2024 PP V. MOHAMMAD BAKHARI BIN ABD GHANI ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan Di dalam kes ini, tertuduh pada mulanya dipertuduhkan dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, untuk kesalahan menyentuh seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun di bahagian buah dada serta memeluk mangsa dari arah belakang bagi maksud seksual. OKT tidak mengaku salah dan satu tarikh sebutan pada 6 Disember 2024 telah ditetapkan untuk mendengar keputusan permohonan representasi yang dibuat oleh peguambela bagi pihak OKT. Pada 6 Disember 2024, Mahkamah ini telah dimaklumkan bahawa permohonan representasi OKT telah diterima dan satu pertuduhan pilihan telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaaan, bagi kesalahan menggunakan kekerasan jenayah kepada kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun tersebut dengan niat untuk mencabul kehormatannya. OKT telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan tersebut dan Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman tiga (3) tahun penjara dan denda sebanyak RM5000, gagal bayar 6 bulan penjara. OKT tidak berpuashati dengan keputusan S/N D7g8rvpj8ECvbiOyXJpvcw Mahkamah dan telah memfailkan notis rayuan terhadap hukuman mahkamah ini. Keputusan mahkamah Mahkamah telah mempertimbangkan perkara-perkara berikut di dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT.