Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: A73KJ-39-07/2022 MOHAMMAD BIN MORAD (NO.K/P:860423-26-5255) ...PLAINTIF DAN NINA AMILIA HAKIM BINTI RIKAN (NO.K/P:810113-12-6158) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
KE-A73KJ-39-07/2022
Magistrates Court of Malaysia25 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ims ("the Compendium") is a useful gauge for the awards prescribed for personal injury claims, as was stated by S Nantha Balan J (as he then was) in Abdul Waffiy Wahubbi & Anor v. AK Nazaruddin Ahmad [2017] SMCU 52; [2017] 5 LNS 52: It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for pe”
“aceration wound over the centre of forehead 5cm in length with hematoma surrounding-deep laceration wound over frontial area RM 7000 Kes: 1) Nor Farida Khalid Lwn. Muhamad Hamidi Shahadan & Satu Lagi [2018] MLRSU 78: RM 15000 Kes: 1) Fairuz Izwan bin Osman v Jatinli bin Majintang&2 Ors”
“ahkamah terdahulu agar jumlah gantirugi diberikan adalah munasabah dan adil. Hal ini adalah selaras dengan prinsip Mahkamah Tinggi dalam kes Sabri Abdul Talib & Anor V. Tiong Mee Kooi & Another Cases [2021] CLJU 2275 yang menyatakan seperti berikut berkaitan compendium: “[41] I am mindful that the Compendium of Minimum”
“4. Defendan pula merujuk kepada kes Nurinah Alip & Anor V. Edwind E S Banting @ Eddie Mohd Banting & Anor [2021] MLRHU 2501 yang mana mahkamah membenarkan RM 12000 bagi “closed fracture of the left clavicle’’.”
“(2022) 2 PIR (9) 109 : b Closed fracture left clavicle RM23000 Kes: 1) Chek Mun Hoe v Loo Yee Cheih [2023] PILRU 21 : RM 23000 RM 13000 Kes: 1) Nurinah bt Alip &Anor v Edwind Es Banting@Eddie b Mohd Banting &Anor (2023) 1 PIR 323 : RM 12000 2) Mohd Nor Hiezam Abdullah v Phiness Anak Thomas”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO: A73KJ-39-07/2022 MOHAMMAD BIN MORAD (NO.K/P:860423-26-5255) ...PLAINTIF DAN NINA AMILIA HAKIM BINTI RIKAN (NO.K/P:810113-12-6158) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 1.12.2020 jam lebih kurang 8.10 pagi di Jalan Taman Ria Mesra 2 melibatkan Plaintif yang merupakan penunggang motosikal VBB 5357 dan Defendan yang merupakan pemandu kereta
2
Perbicaraan telah dijalankan dengan Plaintif mengemukakan (3) tiga orang saksi seperti berikut: SP1 SARJAN SHUHAIDA BINTI KARIA PEGAWAI PENYIASAT SP2 MOHAMMAD BIN MORAD PLAINTIF SP3 MOHD AZMI BIN AZIZAN PEMILIK BENGKEL/BAIKI
3
Seterusnya Defendan mengemukakan (2) dua orang saksi seperti berikut: SD1 NINA AMILIA HAKIM BINTI RIKAN DEFENDAN SD2 MUHAMMAD SHAHIDAN BIN ABU BAKAR
4
Berikut merupakan senarai dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan: BIL
1
TANDAAN
2
A
3
B Rajah Kasar Kunci Rajah Kasar
4
P1a Laporan Polis Trafik Kuala Muda 11907/20
5
D2 Laporan Polis Trafik Kuala Muda 11939/20
6
P3 Laporan Polis Trafik Kuala Muda 3591/2021
7
P4 9 Keping gambar
8
P5 a-i Saman
9
D6 Laporan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim bertarikh 7.2.2021
10
P7 Laporan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim bertarikh 6.2.2021
11
P8 2 helai resit rasmi Hospital Hospital Sultan Abdul Halim bertarikh 20.1.2021 P9 a-b
12
Laporan Perubatan Hospital Pantai Sungai Petani bertarikh 17.1.2021
13
P10 Invois Hospital Pantai Sungai Petani bertarikh 27.12.2020
14
P11 Surat makluman bahawa laporan perubatan telah sedia daripada Hospital Pantai Sungai Petani bertarikh 26.1.2021
15
P12 a Invois Hospital Pantai Sungai Petani bertarikh 9.2.2021
16
P12 b Resit Hospital Pantai Sungai Petani bertarikh 9.2.2021
17
P12 c 2 salinan cash bill Bang Mie Garage P13 a-b
5
Mahkamah mendapati adalah suatu yang tidak dipertikaikan bahawa kemalangan berlaku apabila motosikal Plaintif melanggar dari arah belakang kereta Defendan. Walaubagaimanapun, Plaintif dan Defendan memberikan versi yang berbeza tentang bagaimana kemalangan ini berlaku.
6
Plaintif menghujahkan bahawa beliau melanggar belakang kereta Defendan kerana Defendan yang pada masa tersebut berada di hadapan Plaintif di kiri jalan telah bergerak ke kanan jalan secara mengejut tanpa memberi sebarang isyarat dan menjadi halangan kepada Plaintif sehingga berlaku kemalangan.
7
Defendan menghujahkan bahawa Plaintif mempunyai lima versi bagaimana kemalangan berlaku dan versi pertama harus diambil iaitu Plaintif tidak perasan kereta Defendan berada di hadapan dengan memberi isyarat hendak membelok ke kanan dan oleh kerana jarak terlalu dekat, Plaintif cuba mengelak ke kiri dan melanggar bahagian belakang kereta Defendan.
8
Mahkamah mendapati seperti berikut: a) arah perjalanan motosikal Plaintif dan kereta Defendan kedua-duanya adalah dari bawah ke atas rajah kasar yang mana kereta Defendan berada di hadapan motosikal Plaintif. Kereta Defendan dan Plaintif bergerak dalam arah yang sama. b) Kemalangan berlaku apabila motosikal Plaintif melanggar belakang kereta Defendan yang mana Defendan hendak membeli nasi lemak di sebelah kanan jalan. Defendan sendiri menyatakan bahawa beliau hendak membeli nasi lemak di Gerai bertanda X dalam rajah kasar. c) Plaintif menghujahkan bahawa kerosakan kereta tertumpu kepada bahagian kiri kereta seperti Ekshibit P 5 (g) dan (i) yang menunjukkan terdapat hentaman daripada arah kiri, menunjukkan Defendan dalam mengakibatkan kemalangan bergerak dari kiri ke kanan jalan. SP1 menyatakan kerosakan motosikal Plaintif mudguard depan pecah dan coverset depan rosak dan kerosakan kereta Defendan adalah besi belakang kemek, cermin belakang kiri pecah, bumper belakang kiri kemek. Namun Defendan menghujahkan bahawa sekiranya Defendan menyerong dari kiri ke kanan jalan, persoalan yang timbul bagaimana hanya belakang bumper tertolak ke dalam dan cermin belakang pecah tanpa sebarang kerosakan kepada bahagian kanan kereta tersebut. d) Mahkamah ini merujuk kepada kesan serpihan komponen kenderaan D1 dan D dengan merujuk P1 Rajah kasar dan juga P5 (a) dan (b) gambar tempat kejadian dan mendapati bahawa kesan serpihan adalah lebih ke kiri jalan daripada tengah jalan. SP1 dalam keterangannya menyatakan D ialah serpihan kaca kereta dan serpihan komponen motosikal dan D1 ialah serpihan motosikal sahaja. Mahkamah merujuk kes Ng Aik Kian & Anor v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ Supp 218; [1997] 2 AMR 1996 yang menyatakan seperti berikut: “It is now well known that the position of the broken pieces of broken glass would show the point of impact or the ultimate resting place of the vehicle after impact. Past decision have shown that if broken pieces of glass from the headlamp of a vehicle are found scattered at a spot, then that point would be the point of impact for the simple reason that the broken pieces of glass from the headlamp would normally fall at the point of impact.’’ e) Berdasarkan kerosakan kenderaan dan kedudukan serpihan kenderaan (point of impact), mahkamah mendapati kereta Defendan tidak berada di tengah jalan semasa perlanggaran namun lebih kepada sebelah kiri jalan. Ada dua teori yang munasabah akan menyebabkan kerosakan kenderaan dan kedudukan serpihan komponen kenderaan sepertimana kemalangan ini iaitu : i. Plaintif bergerak sedikit ke kanan dan semasa kereta Defendan bergerak dari kiri ke kanan jalan, Plaintif cuba mengelak dan berlaku perlanggaran; atau ii. Kereta Defendan dalam keadaan berhenti namun bukan di tengah jalan, tetapi agak ke kiri jalan yang mana ketika itu Plaintif memandu di sebelah kanan dan cuba mengelak kereta Defendan dan bergerak ke kiri lalu berlaku perlanggaran. f) Mahkamah berpendapat bahawa pergerakan kereta semasa bergerak dari kiri ke kanan yang mana jalan adalah lurus boleh menyebabkan kerosakan sepertimana dialami kereta Defendan dan motosikal Plaintif kerana kereta bukannya melintang di tengah jalan untuk kerosakan di bahagian kanan kereta sahaja sepertimana dihujahkan Defendan. Namun teori perlanggaran yang munasabah (i) dan (ii) diatas tidak dapat dirungkaikan dalam kes ini memandangkan terdapat versi berbeza tentang kejadian kemalangan ini terutamanya tentang kedudukan (kiri atau kanan) motosikal Plaintif dan kereta Defendan sebelum kemalangan berlaku. g) Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan menyatakan berhenti dua minit untuk memastikan jalan kosong tiada kenderaan untuk membelok, namun jika diteliti keterangan semua saksi adalah konsisten jalan tidak sibuk dan mahkamah mendapati bahawa dua minit adalah jangka masa yang panjang untuk berhenti apabila tiada kenderaan dari arah bertentangan dan merupakan tindakan yang tidak munasabah sedangkan boleh terus membelok kerana tiada kenderaan daripada jalan bertentangan. h) Defendan mempunyai tanggungjawab untuk memandu dengan berhati-hati dalam pergerakan daripada kiri ke kanan jalan ataupun berhenti di tengah jalan (yang mana dalam kes ini mahkamah berpendapat Defendan tidak betul-betul berhenti di tengah jalan namun agak ke sebelah kiri sekiranya berhenti berdasarkan kesan serpihan komponen kenderaan). i) Plaintif juga mempunyai tanggungjawab untuk memandu dengan berhati-hati. SP1 menyatakan keadaan lalu lintas tidak sibuk dan tiada halangan pandangan di kawasan kemalangan, tiada simpang di kawasan kemalangan. Plaintif menyatakan cuaca baik dan tiada halangan pandangan dan SP1 menyatakan had laju tempat kemalangan 50-60km/j dan Plaintif menunggang 50KM/J dan kereta Defendan dalam keadaan berhenti. Plaintif menyatakan bahawa kelajuan beliau lebih kurang 40-50km/j dan kali pertama melihat kereta Defendan adalah lebih kurang jarak 2 kereta. Defendan menyatakan bahawa Ekshibit P5 (g) dan
i
amat jelas bahawa bumper bahagian belakang kereta tertolak ke dalam serta cermin belakang kereta telah pecah dan SP1 memberikan keterangan bahawa kerosakan dialami oleh kereta Defendan mencerminkan motosikal Plaintif dibawa dengan laju. j) Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, sekiranya Plaintif tidak memandu laju dan dalam jarak yang selamat dengan kereta Defendan, sudah pasti Plaintif dapat mengelak daripada kemalangan ini berlaku. Menilai daripada kerosakan kenderaan dan keterangan di atas, mahkamah mendapati Plaintif memandu dengan laju. Sekiranya pemanduan adalah tidak laju, Plaintif mempunyai peluang untuk melihat kereta Defendan dihadapan dan dapat mengelak daripada berlaku perlanggaran. k) Berkaitan saksi bebas iaitu SD2, Mahkamah tidak menerima keterangan SD2 dalam membuat keputusan berkaitan kemalangan ini dan berpendapat SD2 merupakan saksi yang diada-adakan dan pemikiran terkemudian afterthought. Berkaitan SD2 sebagai saksi, mahkamah mendapati: a. SD2 menyatakan bahawa terdapat garis tengah jalan dan beliau pasti tentang ini. Beliau juga menyatakan bahawa biasa menggunakan jalan tersebut dan rumah berhampiran tempat kemalangan. Namun jika dilihat melalui P5 gambar tempat kejadian dan keterangan SP1, SP2 dan SD1 sendiri, jalan tersebut tiada garis ditengah jalan. Keterangan SD2 ini bercanggah dengan keterangan saksi lain; b. SP1 menyatakan semasa keterangan beliau bahawa tiada saksi bebas dalam kemalangan ini; c. SD1 juga tidak memberitahu SP1 sebagai Pegawai Penyiasat tentang terdapatnya saksi bebas walaupun telah menerima kad daripada SD2 semasa di tempat kemalangan sekiranya benar seperti dinyatakan; d. SD1 juga dalam D2 iaitu laporan polisnya tidak langsung menyatakan berkaitan kewujudan saksi bebas; e. SD2 juga tidak membuat apa-apa laporan polis bahawa beliau merupakan saksi kemalangan yang berlaku antara Plaintif dan Defendan l) Plaintif menghujahkan bahawa saman yang telah dijelaskan/dibayar oleh Plaintif akibat kesalahan R10 LN 166/59 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu cuai, tidak dapat kawal kenderaan lalu langgar belakang kereta Defendan yang sedang berhenti tidak seharusnya diambilkira dalam membuat keputusan liabiliti kerana dibuat oleh Plaintif untuk memudahkan menghidupkan lesen memandu dan lesen kenderaan motor dan insuran yang tamat tempoh dan bukan pengakuan salah. Namun Defendan menghujahkan bahawa ini tidak harus diterima kerana pemikiran semula afterthought. Pada hemat mahkamah, saman yang dikeluarkan adalah berdasarkan siasatan Pegawai Penyiasat berkaitan kemalangan dengan mempertimbangkan keterangan dan bukti yang beliau perolehi. Saman ini bukanlah bukti kukuh Plaintif bertanggungan 100% mengakibatkan kemalangan. Mahkamah perlulah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah untuk menentukan tahap kecuaian pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan.
9
Memandangkan tidak terdapat versi mutlak bagaimana kemalangan berlaku dan adalah munasabah bahawa kedua-dua pihak bertanggungan menyebabkan kemalangan, maka mahkamah menetapkan kedua-dua pihak bertanggungan secara sama rata. Kes Peraganathan Karpaya v. Choong Yuk Sang & Anor [1996] 1 CLJ 622, menyatakan seperti berikut: “I cannot find any evidence as to the respective positions of the two vehicles on the road immediately before or how they collided into each other. Counsel for the defendants submitted that, bearing in mind the two conflicting versions, and in the absence of any objective evidence liability should be apportioned equally. In the case of Baker v. Market Harborough Industrial Co-operative Society [1953] 1 WLR 1472 the principle is stated in the head-note which reads as follows: Where the evidence established that a collision between two motor vehicles proceeding in opposite directions occurred in the centre of a straight road during the hours of darkness when both drivers were killed, the inference, in the absence of any other evidence enabling the Court to draw a distinction between them, was that each driver was committing almost the same acts of negligence - failing to keep a proper lookout and to drive his vehicle on the correct side of the road - and accordingly both were equally to blame. In Howard v. Bemrose at p. 38, Buckley LJ summarized the principle as follows: The principle of (Baker's case) is that when, after all available evidence has been heard, it is clear that on the balance of probabilities there has been negligence on the part of somebody but when, on that evidence, and again on the balance of probabilities, the Court is unable to say whether the negligence is that of one party or the other, or of both parties, then it is open to the Court - once again on the balance of probabilities to say that the negligence was the negligence of both parties, and then, being without further information enabling the Court to apportion the blame, the Court will conclude that the parties contributed equally to the accident. In the instant case, I am left in doubt as to how or where the accident occurred on the road. I accordingly find that the principle in Baker's case applies to this case. I find both the parties contributed equally to the accident and each party is 50% to blame."
10
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Ng Aik Kian & Anor. v. Sia Loh Sia [1997] 2 CLJ SUPP 218 di mana Abdul Malik Ishak J (pada masa itu) di dalam membuat keputusan, menyatakan seperti berikut: “The varied versions of the accident given by the parties herein have created such doubt that this Court is unable to determine their respective degree of blameworthiness. On the facts, and on the balance of probabilities, it is just impossible to apportion the blame. This being the case, the Court can only hold that both are equally to blame”
11
Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat Plaintif dan Defendan kedua-duanya mempunyai tanggungjawab untuk memandu dengan berhati-hati dan bertanggungjawab secara sama rata menyebabkan kemalangan ini. Ketiadaan garis jalan juga mempengaruhi dalam penentuan liabiliti. Oleh yang demikian, agihan liabiliti 50:50 adalah munasabah dan adil.
12
Kesimpulannya, setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif, meneliti pliding, dokumen dan hujahan yang dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah atas imbangan kebarangkalian mengagihkan liabiliti sebanyak 50:50 terhadap Plaintif dan Defendan.
13
C. ISU KUANTUM Berkaitan isu kuantum yang melibatkan kecederaan diri, adalah prinsip undang-undang yang mantap sepertimana kes Fletcher v. Autocar and Transporter Ltd [1968] 1 All ER 726 yang menyatakan: "The damages should be such that the ordinary sensible man would not instinctively regard them as either mean or extravagant, but to consider them to be sensible and fair."
14
Tambahan itu, rujukan juga dibuat kepada Revised Compendium of Personal Injury Award (as revised at 6 July 2018) sebagai panduan kepada mahkamah ini dalam pemberian jumlah gantirugi.
15
Mahkamah ini dalam membuat keputusan berkaitan pemberian jumlah gantirugi sentiasa berpandukan compendium, fakta kes dan keputusan-keputusan mahkamah terdahulu agar jumlah gantirugi diberikan adalah munasabah dan adil. Hal ini adalah selaras dengan prinsip Mahkamah Tinggi dalam kes Sabri Abdul Talib & Anor V. Tiong Mee Kooi & Another Cases [2021] CLJU 2275 yang menyatakan seperti berikut berkaitan compendium: “[41] I am mindful that the Compendium of Minimum and Maximum Awards for Personal Injury Claims ("the Compendium") is a useful gauge for the awards prescribed for personal injury claims, as was stated by S Nantha Balan J (as he then was) in Abdul Waffiy Wahubbi & Anor v. AK Nazaruddin Ahmad [2017] SMCU 52; [2017] 5 LNS 52: It is axiomatic and imperative that when awarding damages for pain and suffering for personal injuries, the court must endeavour to ensure that the sum awarded falls within the range as stipulated in the Compendium and it would be wrong for trial courts to ignore the range of damages as recommended in the Compendium and to pluck a quantum from the air and make an award for a particular injury which does not resonate with the range in the Compendium. [42] However, at the same time, it must also be noted that the Compendium is not cast in stone. The fact that it is revised from time to time is also an indication that it is not a static guide. The rationale for the Compendium may be obtained from the following paragraph of the Malaysian Bar Circular No 255/2018: We wish to highlight to Members that the Compendium is merely a guideline, intended as a guide reference for judges and lawyers. The Compendium is not meant to stifle the rights of the parties to submit below or above the stipulated quantum, nor is it meant to fetter the discretion of the court. Judges and lawyers are at liberty to depart from the Compendium if case law or factual circumstances so dictate. [1]
16
GANTIRUGI AM (atas dasar 100% liabiliti) Berdasarkan hujahan bertulis dan hujahan balas Plaintif dan Defendan, berikut merupakan ringkasan berkaitan gantirugi am yang dituntut: BUTIR KECEDERAAN TUNTUTAN PLAINTIF TUNTUTAN DEFENDAN a Laceration wound over the centre of forehead 5cm in length with hematoma surrounding-deep laceration wound over frontial area RM 7000 Kes: 1) Nor Farida Khalid Lwn. Muhamad Hamidi Shahadan & Satu Lagi [2018] MLRSU 78: RM 15000 Kes: 1) Fairuz Izwan bin Osman v Jatinli bin
2022
2 PIR (4) 75 : 2) Zahid Alam Bin Sayod Karim&Anor v Mohamad Azhar bin Ayob &Anor
2022
2 PIR (9) 109 : b Closed fracture left clavicle RM23000 Kes: 1) Chek Mun Hoe v Loo Yee Cheih [2023] PILRU 21 : RM 23000 RM 13000 Kes: 1) Nurinah bt Alip &Anor v Edwind Es Banting@Eddie b Mohd Banting &Anor (2023) 1 PIR 323 : RM 12000 2) Mohd Nor Hiezam Abdullah v Phiness Anak Thomas
2022
2 PIR (166) : RM 12000 a) Laceration wound over the centre of forehead 5cm in length with hematoma surrounding-deep laceration wound over frontial area
17
Berkaitan “Laceration wound over the centre of forehead 5cm in length with hematoma surrounding-deep laceration wound over frontial area’’, Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM 7000 dan Defendan menghujahkan untuk jumlah
18
Merujuk kepada “Compendium Of Personal Injury Awards (Revised - 2018) Circular No 255/2018” jumlah berikut dinyatakan: Injury Low (RM) High (RM) Lacerations (single to multiple) 2,500 9,500
19
Merujuk kepada kes Nor Farida Khalid Lwn. Muhamad Hamidi Shahadan & Satu Lagi [2018] MLRSU 78 yang dirujuk Plaintif, jumlah RM 15000 dalam kes ini dibenarkan bagi “Deep facial laceration wounds on frontal region with exposed bone’’. Mahkamah mendapati bahawa ini adalah kecederaan yang lebih serius melibatkan tulang terkeluar juga.
20
Manakala Defendan merujuk kepada kes Fairuz Izwan bin Osman v Jatinli bin Majintang & 2Ors [2022] 2 PIR (4) 75 yang mana mahkamah membenarkan RM 2500 namun hal ini adalah kecederaan pada telinga iaitu “’laceration wound over the left ear’’ yang mana tidak sama dengan kes dihadapan mahkamah ini.
21
Kes Zahid Alam Bin Sayod Karim & Anor v Mohamad Azhar bin Ayob &Anor
2022
2 PIR (9) 109 yang dirujuk Defendan membenarkan jumlah RM 2500 juga adalah melibatkan kecederaan yang berbeza dengan kes dihadapan mahkamah ini iaitu pada lutut kanan iaitu “laceration wound over the right knee’’.
22
Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, mahkamah berpendapat RM 4000 adalah wajar dan berpatutan memandangkan walaupun kecederaan ini telah pulih namun meninggalkan kesan pada wajah Plaintif iaitu dahi kerana melibatkan jahitan. b) Closed fracture left clavicle 1. Berkaitan kecederaan ini, Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM 23000 dan Defendan menghujahkan untuk jumlah RM 13000.
2
Merujuk kepada “Compendium Of Personal Injury Awards (Revised - 2018) Circular No 255/2018” jumlah berikut dinyatakan : Injury Low (RM) High (RM) Clavicle 13,000 28,000
3
Merujuk kepada kes yang dirujuk Plaintif iaitu Chek Mun Hoe v Loo Yee Cheih [2023] PILRU 21, mahkamah membenarkan jumlah RM 23000 akibat daripada kecederaan “midshaft left clavicle fracture”.
4
Defendan pula merujuk kepada kes Nurinah Alip & Anor V. Edwind E S Banting @ Eddie Mohd Banting & Anor [2021] MLRHU 2501 yang mana mahkamah membenarkan RM 12000 bagi “closed fracture of the left clavicle’’.
5
Defendan juga merujuk kepada kes Mohd Nor Hiezam Abdullah v Phiness Anak Thomas (2022) 2 PIR (166), mahkamah membenarkan RM 12000 bagi “closed fracture of the left clavicle’’.
6
Dalam kes dihadapan Mahkamah ini, kecederaan adalah “closed fracture left clavicle” yang mana Mahkamah berpendapat RM 12000 adalah wajar dan berpatutan sepertimana kes-kes yang dirujuk Defendan di atas. [2] GANTIRUGI KHAS (atas dasar 100% liabiliti)
7
Mahkamah meringkaskan seperti berikut: Item Perkara Tuntutan Plaintif Hujahan Defendan Mahkamah A Kos bagi relevan dokumen a. Carian JPJ b. Laporan polis, gambar, rajah kasar dan kekunci c. Dua salinan laporan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim d. Laporan perubatan daripada Hospital Pantai Sungai Petani Dijadikan kos Plaintif berhak kepada item berikut sahaja: 80 Laporan perubatan Hospital Sultan Abdul Halim P9 a-b 300 Laporan perubatan Hospital Pantai Sungai Petani P12 a-c Item A, (a) hingga (d) dibenarkan sebagai kos sebenar. B Perbelanjaan perjalanan RM 500 Tidak harus dibenarkan
b
(B) Perbelanjaan perjalanan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. C Kos membaiki motosikal RM943 Ditolak kerana P13 a dan b tidak mencerminkan sebarang nombor siri dan nombor invois untuk barang yang ditukar. Selaras dengan prinsip undang-undang bahawa setiap butiran gantirugi khas perlu dibuktikan dengan ketat dan Plaintif juga mempunyai tanggungjawab untuk mitigasi kerugian yang dialaminya, mahkamah merujuk kepada keterangan saksi-saksi berkaitan kerosakan motosikal dan keterangan SP3 yang mana beliau sendiri membaiki motosikal Plaintif dan P13 a-b dirujuk yang mana jumlah keseluruhan RM 943, maka mahkamah berpendapat ganti rugi khas membaiki motosikal 300 adalah munasabah bagi motosikal. D Kos perubatan hospital Kerajaan/swasta Dipersetujui 1/3 daripada RM 14 822.65 iaitu RM 4941 Dibenarkan sepertimana dipersetujui. E Kerosakan pakaian helmet dan jam tangan RM 500 Tidak harus dibenarkan Tiada sebarang bukti dikemukakan untuk menyokong tuntutan ini. Namun mahkamah membenarkan gantirugi nominal berjumlah RM 50 memandangkan Plantif dalam kes ini sebagai penunggang motosikal sudah semestinya mengalami kerugian melibatkan pakaian semasa kemalangan. F Kos perubatan/pembedahan masa depan Ditarik balik - Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif G Kehilangan pendapatan Ditarik balik - Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif D. KESIMPULAN
8
Oleh yang demikian, berdasarkan 100% liabiliti, mahkamah ini membenarkan gantirugi am berjumlah RM 16 000 seperti berikut: a) Laceration wound over the centre of forehead 5cm in length with hematoma surrounding-deep laceration wound over frontial area : RM 4000 b) Closed fracture left clavicle : RM 12000 9. Disamping itu, berdasarkan 100% liabiliti, mahkamah ini membenarkan gantirugi khas seperti berikut: a. Item (A) (a) hingga (d) dibenarkan sebagai kos sebenar. b. Item (B) Perbelanjaan perjalanan tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan. c. Item (C) Kos membaiki motosikal dibenarkan RM 300 d. Item (D) Kos perubatan hospital Kerajaan/swasta dibenarkan sepertimana dipersetujui RM 4941 e. Item (E) Kerosakan pakaian helmet dan jam tangan dibenarkan gantirugi nominal RM 50 f. Item (F) Kos perubatan/pembedahan masa depan dan (G) Kehilangan pendapatan tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif.
10
Faedah yang dibenarkan adalah seperti berikut : i. Faedah 5% untuk gantirugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; ii. Faedah 2.5% untuk gantirugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; iii. Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga sehingga penyelesaian penuh.
11
Kos adalah mengikut skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
12
Peguamcara Plaintif telah memohon agar wang penghakiman dibuat ke dalam Akaun Pelanggan Peguamcara Plaintif dengan akujanji untuk bayar balik kepada Plaintif dan permohonan ini dibenarkan oleh Mahkamah ini. Bertarikh pada : 25 April 2024 ( ANIS SURAYA BINTI AHMAD ) Majistret Mahkamah Majistret Gurun Kedah Darul Aman.
1
Peguam Plaintif: TETUAN SOFIAH HISHAM&ASSOCIATES Wisma Kavila, No. 19, Lenkok Cempaka 2, Bandar Aman Jaya, 0800 Sungai Petani, Kedah
2
Peguam Defendan : TETUAN V.K.RAJ&BAVANI No. 14, Lebuh Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Pulau Pinang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.