Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-118-08/2024 ANTARA MUHAMMAD FAEZ BIN ISHAK (NO K/P: 000305-10-1313)
/akn/my/judgment/high-court/2026/6a957ecd-9ee8-42b1-a1c3-d110358ec5ae
High Court of Malaysia15 Apr 2026BA-25-118-08/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: BA-25-118-08/2024 ANTARA MUHAMMAD FAEZ BIN ISHAK (NO K/P: 000305-10-1313)
1
1.
2
2.
3
KERAJAAN MALAYSIA ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 5) Pengenalan
1
Pada 2.12.2024, Pemohon diberi kebenaran untuk memohon semakan kehakiman. Lampiran 5 adalah permohonan substantif Pemohon untuk mencabar keputusan Responden Pertama yang mengeluarkan perintah sekatan bertarikh 27.6.2024, yang menyekat Pemohon di Mukim Ampang, (Perintah Sekatan) di bawah seksyen 6(3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta LLPK) selama 2 tahun.
2
Antara lain, Pemohon memohon perintah-perintah berikut
i
(i) perintah certiorari dan deklarasi untuk membatalkan Perintah Sekatan tersebut;
Subparagraph
(ii) perintah mandamus untuk mengarahkan Responden-Responden untuk membebaskan Pemohon dengan serta-merta; dan
Subparagraph
(iii) perintah larangan untuk menghalang Responden-Responden dari terus menahan Pemohon di bawah peruntukan yang sama.
3
Pemohon mendakwa Perintah Sekatan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perintah itu juga tidak sah dan terbatal kerana ianya di luar aturan dan kehendak tatacara Akta LLPK.
4
Setelah meneliti suratcara permohonan Pemohon dan hujahan kedua pihak, Mahkamah menolak Lampiran 5. Berikut alasan keputusan tersebut. Latarbelakang kes
5
Pemohon telah ditangkap pada 22.4.2024 dan dilepaskan keesukan harinya. Kemudian, Pemohon telah ditangkap semula pada 30.4.2024. Laporan penyiasatan Pegawai Penyiasat telah dikemukakan pada 20.5.2024 manakala laporan Pegawai Siasatan dikemukakan pada 30.5.2024. Berdasarkan kedua laporan ini, Responden Pertama mengeluarkan Perintah Sekatan tersebut. Aduan-aduan Pemohon
6
Dalam afidavit sokongannya, Pemohon menyatakan tiada sebarang alasan sama sekali untuk pengeluaran untuk Peritah Sekatan tersebut terhadapnya dan yang segala tatacara dan prosedur sepanjang tangkapan dan sekatannya adalah defektif.
7
Pemohon mendakwa -
i
(i) tiada siasatan lengkap dijalankan terhadapnya di bawah seksyen-seksyen 3 dan 5 Akta LLPK;
Subparagraph
(ii) Pegawai Siasatan gagal mengambil keterangannya mahupun saksi-saksi yang lain dengan sempurna;
Subparagraph
(iii) segala keterangan yang dirakamkan darinya diperolehi secara janjian, paksaan, ugutan dan/atau dorongan dan tidak mengikut peruntukan undang-undang;
Subparagraph
(iv) Responden Pertama tidak diberikan laporan siasatan ke atas Pemohon; dan
v
(v) Responden Pertama juga gagal merujuk dan meneliti laporan siasatan sebelum membuat Perintah Sekatan tersebut. Hujahan
8
Dalam hujahan bertulisnya, Pemohon merujuk Mahkamah kepada kes Re Tan Boon Liat [1977] 2 MLJ 108; [1977] 1 MLRA 22 di mana Lee Hun Hoe HBB memutuskan di 110 Article 151(1)(b) refers to citizens. The three appellants are citizens and entitled to its protection. The duty of the court is to protect the liberty of the individual. However distasteful and undesirable the character of the detenu may be, it is still the duty of the court to construe the law according to accepted principles of interpretation. Thus, in Musa bin Salleh v Public Prosecutor [1973] 1 MLJ 167 this court, in holding an order valid, made clear that any doubt about the validity of a detention or restriction order should be resolved in favour of the accused. In The Reverend Thomas Pelham Dale's Case (1881) 6 QBD 376 461 469 470 Brett L.J. observed at page 461 that : Then comes the question upon the habeas corpus. It is a general rule, which has always been acted upon by the Courts of England, that if any person procures the imprisonment of another he must take care to do so by steps, all of which are entirely regular, and that if he fails to follow every step in the process with extreme regularity the court will not allow the imprisonment to continue. Cotton L.J. in supporting this stated at page 469 : themselves to cause another to be imprisoned, they must strictly follow the powers under which they are assuming to act, and if they do not, the person imprisoned may be discharged, although the particulars in which they have failed to follow those powers may be matters of mere form. Here, however, the departure from the correct procedure is not, in my opinion, a mere matter of form, but is a matter (Muhammad Jailani Kasim v. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2006] 6 MLJ 403 di 410; [2006] 4 CLJ 687; [2006] 5 AMR 689; [2006] 2 MLRA 230).
9
Secara khusus, Pemohon berhujah
i
(i) rakaman pecakapannya dibuat oleh Detektif Koperal Anbarasan a/l Ramesh (Anbarasan) dan bukannya Pegawai Penyiasat dan ini mengingkari seksyen 11C Akta LLPK;
Subparagraph
(ii) Responden Pertama bertindak secara mekanikal dalam mengeluarkan Perintah Sekatan tersebut hanya untuk memastikan ianya dibuat sebelum tempoh tahanan 60 hari terhadap Pemohon yang tamat pada 29.6.2024;
Subparagraph
(iii) terdapat perlanggaran mukadimah Akta LLPK dan Perkara 149 PP kerana tiada sebarang alasan dan pengataan fakta untuk membuktikan yang tindakan Pemohon berkaitan dengan substantial body of seperti yang ditakrifkan dalam kes Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 2 CLJ 29 di headnote [3]; [2021] 1 MLRA 83;
Subparagraph
(iv) kegagalan Responden Pertama mengambilkira kesemua perkara ini menjadikan Perintah Sekatan tersebut tidak sah; dan
v
(v) kegagalan Responden-Responden menzahirkan percakapannya untuk membuktikan tatacara dan kehendak Akta LLPK telah ditepati.
10
Responden pula berhujah aduan-aduan Pemohon tidak bermerit. Secara khusus
i
(i) Responden-Responden merujuk kepada afidavit jawapan kedua ASP Mohd Zuhairi bin Mohd Zubir dan Anbarasan a yang menafikan dakwaan Pemohon yang Anbarasan merakam percakapan Pemohon dan menerangkan anggota polis tersebut hanya bantu menaip percakapan tersebut;
Subparagraph
(ii) Responden-Responden merujuk kepada afidavit jawapan Responden Pertama yang memperincikan proses penilaian dan pertimbangan beliau sebelum membuat Perintah Sekatan tersebut;
Subparagraph
(iii) Responden-Responden merujuk kepada afidavit yang sama di mana Responden Pertama merujuk kepada laporan-laporan dan menyatakan beliau berpuas hati antara lain kerana Pemohon adalah sebahagian dari sekumpulan besar orang yang didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya jenis Ganja (Cannabis) sejak awal bulan April tahun 2023 hingga awal bulan Mac 2024 secara berterusan di pejabat Ninja Van cawangan Bandar Sri Permaisuri Kuala Lumpur dan sekitar Kompleks MyTown, Jalan Cochrane, Maluri Kuala Lumpur di mana Pemohon berperanan sebagai pengedar dan
Subparagraph
(iv) Responden-Responden bergantung kepada seksyen 14 Akta LLPK dan penghakiman dalam kes Logeswaran Rethinam & Anor v. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2008] 1 LNS 869 berhubung penzahiran percakapan Pemohon. Analisa dan dapatan
11
Akta LLPK merupakan perundangan pencegah yang memberi kuasa kepada Responden Pertama untuk mengeluarkan perintah tahanan atau sekatan terhadap mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran atau penyeludupan dadah, walaupun individu itu belum dituduh atau disabitkan kesalahan melalui proses perbicaraan.
12
Undang-undang ini terletak di bawah rangka undang-undang bersifat pencegah yang dibenarkan di bawah Perkara 149 PP untuk menangani ancaman kepada keselamatan, ketenteraman awam atau penyalahgunaan dadah.
13
Keputusan Responden Pertama boleh dicabar di Mahkamah melalui proses semakan kehakiman dan kebiasaannya, cabaran itu terhad kepada pematuhan ketat peruntukan-peruntukan prosidur. Kegagalan mematuhi prosidur boleh menjadikan perintah sekatan itu cacat dan mewajarkan perintah itu dibatalkan Mahkamah.
14
Dalam kes Chua Kian Voon v. Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351, Zawawi Salleh HMP memutuskan
i
(i) di 362 A detainee is entitled to take advantage of any technical defect which has the effect of invalidating the detention (see Ng Hong Choon v Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1994] 3 MLJ 285; [1994] 4 CLJ 47). Even if the detention was originally made in the exercise of a legal power, the said detention order subsequently becomes invalid over a passage of time (see Lui Ah Yong v Superintendent of Prisons, Penang [1977] 2 MLJ 226; Jayaganesan a/l Ramakrishnan v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 697; [2019] 5 AMR 509; Vishnu a/l Telagan v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2019] 6 MLJ 1; [2019] 9 CLJ 177).
Subparagraph
(ii) di 377 we would like to emphasize that under the provision of 1985 Act, non-compliance with any procedural requirements are the only safeguard available to detenu since the court is not allowed to go beyond the subjective satisfaction of the minister. Therefore, the procedure requirements must be strictly and faithfully complied with.
15
Dengan berpandukan prinsip undang-undang ini, Mahkamah telah meneliti kesemua aduan Pemohon.
16
Mahkamah mendapati dakwaan-dakwaan Pemohon berkenaan kecacatan dalam prosidur yang membawa kepada Perintah Sekatan tersebut berupa penyataan kosong (bare statements) yang tidak disokong oleh sebarang bukti dokumentari atau keterangan yang kukuh. Beban pembuktian terletak di bahu Pemohon untuk membuktikan wujudnya ketidakaturan prosedur, namun Pemohon gagal berbuat demikian.
17
Lebih penting lagi, segala dakwaan Pemohon dinafikan secara spesifik oleh deponen-deponen melalui afidavit jawapan mereka termasuk Responden Pertama. Dalam keadaan di mana dakwaan-dakwaan Pemohon tidak terbukti dan disangkal, dakwaan Pemohon yang terdapatnya kepincangan dalam tatacara dan kehendak Akta LLPK tidak bermerit.
18
Mahkamah juga mendapati aduan Pemohon berkenaan penzahiran percakapannya tidak bermerit. Isu ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Muhammad Fitri bin Saad v. Timbalan Menteri Dalam Negeri dan lain-lain [2025] 1 MLJ 606.
19
Azman Abdullah HMR memutuskan di para [38] Berdasarkan penelitian kepada peruntukan undang-undang di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan penghakiman YA HMT bahawa keperluan untuk mengemukakan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta hanya terpakai dalam keadaan di mana seseorang individu dikenakan Perintah Tahanan, bagi membolehkan individu tersebut membuat atau mengemukakan representasi di hadapan Lembaga Penasihat. Berbalik kepada kes Perayu ini, Perayu dikenakan Perintah Sekatan di bawah Seksyen 6(3) yang mana tiada keperluan untuk membuat suatu representasi. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tiada keperiuan undang-undang untuk dikemukakan kepada Perayu, apa-apa Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta sebagaimana dakwaan Perayu. Justeru, isu pertama yang dibangkitkan oleh Perayu ini tidak bermerit dan tidak ada sebarang isu ketidakpatuhan prosedur berjaya dibangkitkan di pihak Perayu
20
Mahkamah setuju dengan hujahan Responden-Responden yang prinsip undang-undang dalam kes Selva Vinayagam (supra) tidak terpakai kepada halperkara kes ini.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.