Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 323 Kanun Keseksaan.” [3] Mahkamah telah mendapati OKS bersalah dan mensabitkan OKS ke atas pertuduhan. OKS telah didenda denda RM1,500 jika gagal bayar 5 bulan penjara. [4] Di dalam rayuannya, OKS menyatakan bahawa OKS berumur 28 tahun, bekerja sebagai penghantar barang, telah berkahwin serta menanggung isteri dan seorang anak. OKS juga sedar akan kesalahan dan telah insaf akan kesalahan serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Pihak pendakwaan di dalam hujahan pemberatan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas OKS. [5] Terkilan dengan hukuman yang diberikan Mahkamah, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan ke atas hukuman tersebut pada 17.10.2025. [6] Dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah perlu mempertimbangkan pelbagai faktor dan juga mengambil kira rayuan mitigasi, hujahan pemberatan serta fakta kes bagi kes tersebut, Mahkamah Rayuan di dalam kes PP v. Khairul Jasmi Abdul Majid [2016] CLJU 225; [2016] MLJU 1645; [2016] 3 AMR 220, memutuskan bahawa: [18] In applying the discretionary power on sentencing, there are several factors the court should take into account. These general principles were laid down in Federal Court's case of Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ (Rep) 209; [1987] 2 CLJ 405 as below: "In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigation factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any." Kepentingan Awam [7] Kepentingan awam merupakan faktor utama yang perlu diambil kira oleh mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman atau perintah. Di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, mahkamah telah mumutuskan: “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.” [8] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk mengimbangkan antara kepentingan awam dan kepentingan OKS dalam menentukan sebarang hukuman,.Di dalam kes PP v Md Rashid Harun [2000] 3 CLJ 832, Mahkamah telah memutuskan bahawa: "Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence"...The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence... Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence... Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence... That is not to say though, that "the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives"... Public interest must not be relegated to the background. "The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused." [9] Sepertimana yang dihujahkan oleh Pegawai Pendakwa, hukuman yang setimpal dengan kesalahan perlu dijatuhkan sebagai pengajaran. Namun begitu, hukuman yang memberi pengajaran kepada OKS tidak semestinya satu hukuman pemenjaraan tetapi boleh juga hukuman denda bagi memberi peluang kepada OKS untuk kembali ke jalan yang betul dan mengelakkan OKS menjadi pesalah tegas akibat pergaulan dengan penjenayah-penjenayah tegar yang lain di penjara. Di dalam kes PP v Wan Hasrul Nizam Wan Hizamuddin [2017] 4 CLJ 389, Mahkamah memutuskan seperti berikut: "In my considered judgment, "interests of the public" is best served not merely by imposing custodial sentence as spelled out in the legislations but by encouragement to induce the offender to turn from criminal ways to honest living (Lim Yoon Fah v. PP [1970] CLJU 66; [1970] 1 LNS 66; [1971] 1 MLJ 37)." Pengakuan Salah [10] OKS telah mengaku salah pada kali pertama sebaik sahaja pertuduhan dibacakan. Mahkamah telah mengambil kira pengakuan salah OKS di peringkat awal telah menjimatkan masa dan kos kesemua pihak sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134 di mana telah diputuskan seperti berikut: “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” Kesalahan Pertama [11] Kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKS merupakan kesalahan kali pertama bagi OKS. Pihak pendakwaan pada sepanjang masa tidak pernah mengemukakan sebarang rekod lampau OKS. [12] Di dalam kes Chan Sit Hoong v. PP [1974] CLJU 19, [1974] 1 LNS 19, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut: “A first offender, be he on a drug charge or some other criminal charge, should be dealt with by the imposition of a fine or by placing him under bond or probation, but he should be kept away from prison unless there are, in the public interest, strong reasons for ordering a term of imprisonment, such as the gravity of the offence itself and the manner in which it is committed, or as a deterrent when the prevalence of a particular type of offence has truly reached a stage that a sentence of imprisonment alone may deter others from committing that type of offence.” [13] Berdasarkan kes di atas mahkamah berpandangan hukuman berbentuk denda yang dijatuhkan ke atas OKS adalah memadai mengambil kira tertuduh merupakan pesalah pertama. Hujahan Pemberatan [14] Pegawai Pendakwa di dalam kes ini hanya memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas OKS. Tambahan lagi, hujahan pemberatan juga tidak menunjukkan sebarang alasan kukuh yang mewajarkan hukuman berbentuk pemenjaraan ke atas OKS. Pihak pendakwaan juga tidak pernah pada bila-bila masa mengemukakan sebarang kenyataan impak mangsa sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 183A Kanun Tatacara Jenayah yang boleh membantu hujahan pemberatan mereka. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat hukuman berbentuk denda adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKS. Hukuman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksan [15] Peruntukan undang-undang bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKS adalah penjara boleh sampai 1 tahun atau denda boleh sampai RM2000 atau kedua-duanya. Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan ini adalah direktori dan bukannya mandatori memandangkan perkataan yang digunakan adalah “atau”. Oleh yang demikian, Mahkamah mempunyai budi bicara sama ada untuk memberikan hukuman denda atau penjara kepada OKS. Memandangkan kesalahan OKS merupakan kesalahan pertama maka hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah adalah di dalam lingkungan yang diperuntukkan oleh undang-undang. [16] Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman denda RM1,500 jika gagal bayar 5 bulan penjara yang dijatuhkan ke atas OKS adalah setimpal dan wajar dengan kesalahan yang dilakukan olehnya serta selari dengan peruntukan undang-undang. Bertarikh 12 Disember 2025 Disediakan oleh, …………………………………………..