Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-82-2-04/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN MOHAMMAD FERDAUS BIN ISHAK (NO K/P: 900617-095147) ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 13.11.2020 jam lebih kurang 1.45 petang, di rumah alamat No. 32, Jalan Azmi Amzah, Perumahan Polis Seriab, 01000 Kangar, Perlis, dalam daerah Kangar, dalam negeri Perlis, dengan sengaja telah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Siti Fatimah binti Othman, No. KP: 900502-02-5376, dan dengan jalan yang telah demikian itu mendorongnya menyerahkan harta iaitu wang RM30,000.00 kepada kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan. Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh faham Pertuduhan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan. Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan dan meminta untuk dibicarakan ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan di bawah seksyen 384 Kanun Keseksaan. 2) Pertuduhan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap Pertuduhan. 3) Kes telah dijalankan dengan seorang saksi pendakwaan. Pihak pendakwaan enggan menutup kes pihak pendakwaan namun tiada saksi-saksi yang akan dipanggil bagi kes tersebut. Pihak pendakwaan juga memohon budi bicara mahkamah. 4) Setelah mahkamah meneliti keterangan saksi pengadu dan mempertimbangkan tiada saksi lain yang akan dipanggil oleh pihak pendakwaan, mahkamah telah memutuskan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan. 5) Pihak Pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan. B. KRONOLOGI KES PIHAK PENDAKWAAN 6) Pada 19.09.2024, kes ditetapkan untuk bicara namun kes telah ditangguhkan atas permohonan pihak pendakwaan kerana pihak-pihak ingin menyelesaikan kes. 7) Pada 2.10.2024, pihak pendakwaan telah memanggil saksi pengadu memberikan keterangan. Antara keterangan yang diberikan oleh saksi pengadu adalah beliau tidak ingin meneruskan kes dan ingin menarik balik kes. Sepanjang perbicaraan pengadu menyatakan tidak dapat berikan apa-apa keterangan kerana ingin tarik balik kes. 8) Rentetan daripada keterangan yang diberikan oleh saksi pengadu, pihak pendakwaan memohon dan menyerahkan budibicara mahkamah. Mahkamah turut memberikan ruang kepada pihak pembelaan untuk pemeriksaan balas namun tiada soalan lanjut yang dikemukakan. 9) Pihak pendakwaan menyatakan tiada saksi lain yang akan dipanggil namun tidak bercadang untuk menutup kes. Pihak pendakwaan menyerahkan kepada budibicara mahkamah. 10) Setelah mahkamah meneliti keterangan saksi pengadu dan juga mempertimbangkan tiada lagi saksi yang akan dipanggil oleh pihak pendakwaan dan Tertuduh merupakan penjawat awam yang sedang ditahan kerja, mahkamah memutuskan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah seksyen 384 Kanun Keseksaan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. C. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 11) Pihak Pendakwaan telah memanggil seorang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Siti Fatimah binti Othman Pengadu 12) Tiada eksibit dikemukakan oleh pihak pendakwaan. D. PERINTAH PELEPASAN & PEMBEBASAN TERTUDUH 13) Dalam mempertimbangkan perintah pelepasan dan pembebasan Tertuduh, mahkamah telah merujuk kepada seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah. 14) Berdasarkan seksyen 254 KTJ, ia memperuntukkan seperti berikut: