Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-9-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-9-02/2022
High Court of Malaysia11 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kes Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231 Hakim Raus Sharif KHN pada ketika itu telah menyatakan seperti berikut: [48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act 1950 is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 the court may presume that evidence which could be”
“OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [15] Berdasarkan”
“Oleh itu satu-satunya inferens yang munasabah adalah ianya berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [17] Perkara ini pernah dilulas dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 seperti berikut: “As for physical possession, the judge accepted the evidence of PW-7 that the proscribed”
“to **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 frustrate the defence ' (Nanda Kumar a/l Kunyikanan & Anor v. Pendakwa Raya [2011] 8 CLJ 406; [2011] MLJU 1566). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-9-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dipertuduhkan bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya iaitu dadah Methamphetamine seberat 73.14 gram. Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 11 April 2021 jam lebih kurang 3.30 petang, di sebuah rumah alamat No. 102, Kampung Lawer, Mukim Padang Matsirat, di dalam Daerah Langkawi, di dalam Negeri Kedah Darul Aman telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 73.14 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”
2
Seramai 6 orang saksi telah dipanggil oleh PR dan secara ringkasnya, keterangan yang dikemukakan adalah pada 11/4/2021 jam lebih kurang 3.30 petang, SP5 bersama-sama sepasukan anggota polis telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah beralamat di No. 102, Kampung Lawer, Mukim Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah (rumah tersebut).
3
SP5 mendapati bahawa pintu rumah tersebut adalah di dalam keadaan terbuka dan SP5 telah masuk ke dalam rumah tersebut. SP5 mendapati OKT berada di dalam sebuah bilik sedang duduk di atas lantai. OKT dikatakan telah bertindak agresif serta cuba melarikan diri tetapi berjaya di tahan.
4
Pemeriksaan di atas lantai telah menemui 1 beg merah di dalam keadaan terbuka yang berada di atas lantai di hadapan OKT. Pemeriksaan ke atas beg merah tersebut telah menemukan 1 3 peket plastik lutsinar yang berisi ketulan bahan kristal. Pemeriksaan di dalam rumah mendapati terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki yang sedang makan di bahagian dapur.
5
OKT telah ditangkap dan bahan kristal yang ditemui di dalam bilik tersebut telah disahkan oleh SP2 sebagai dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 73.14 gram.
6
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
7
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna Mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
8
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 elemen-elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 adalah seperti berikut; “In our view, there is force in the submission. The requisites that must be satisfied to sustain conviction for the offence of trafficking in dangerous drugs under s. 39B(1)(a) of DDA 1952 are well-settled. The following elements must be established: a. The impugned drugs are dangerous drugs as listed in the First Schedule of DDA 1952; b. The impugned drugs are under the custody, control and possession of the appellant; and c. The appellant trafficked in the said impugned drugs.”
9
Bagi elemen yang pertama iaitu berkaitan jenis dadah dan rantaian keterangan ke atasnya, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang pertikaian berbangkit berkenaan jenis dadah yang telah dirampas serta dianalisis.
10
Selanjutnya Mahkamah telah meneliti keterangan oleh SP2, SP5 dan SP6 serta mendapati bahawa keterangan yang diberikan adalah kukuh di dalam membuktikan rantaian keterangan barang kes. Ianya tidak terputus dan Mahkamah berpuashati bahawa ia adalah merupakan barang kes yang sama yang ditemui oleh SP5 serta dikemukakan kepada SP2 untuk dianalisis dan seterusnya dikemukakan di Mahkamah ini. Kesemua saksi telah membuat pengecaman ke atas fizikal barang-barang kes tersebut dan ianya tururt disokong oleh keterangan-keterangan dokumen.
11
Ia sepertimana keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Hakim Abdul Hamid Mohammad, HMR (pada ketika itu) menyatakan; "This is because, as far as I am aware, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1965] 1 LNS 171; [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the 6 day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets and a weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence."
12
Mahkamah tidak mendapati sebarang perkara di mana keterangan SP2 boleh diputuskan sebagai secara nyata adalah luar biasa ("inherently incredible"). Mahkamah di peringkat ini berhak untuk menerima keterangan SP2 sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221 seperti berikut; "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step."
13
Sehubungan dengan itu Mahkamah merumuskan bahawa dadah yang dipersoalkan adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine sepertimana yang disenaraikan di bawah
Schedule
Jadual Pertama Akta 234 dan ia adalah dadah yang sama dirampas oleh SP5 serta yang dianalisis oleh SP2. [14] Elemen kedua yang perlu dibuktikan adalah sama ada dadah yang dipersoalkan adalah di dalam milikan OKT. Bagi perkara ini terdapat dua perkara utama iaitu berkaitan jagaan serta kawalan dan selanjutnya berkaitan elemen pengetahuan. Ini bersandarkan kepada kes-kes duluan seperti Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 dan Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870. [15] Berdasarkan kepada analisis Mahkamah ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah merumuskan dapatan-dapatan berikut: a) semasa SP5 sampai di rumah tersebut, ia dalam keadaan terbuka dan OKT ditemui sedang duduk di atas lantai di dalam sebuah bilik di bahagian kiri rumah tersebut; b) pemeriksaan SP5 telah menemui 1 beg berzip bewarna merah dalam keadaan tertutup dan berzip berada di dalam jarak lebih kurang 2 kaki setengah dari tempat OKT duduk; c) SP4 telah mengesahkan bahawa bilik di mana OKT ditemui adalah merupakan bilik OKT dan hanya OKT yang tinggal di dalam bilik tersebut. SP4 turut mengesahkan bahawa pakaian milik OKT juga berada di dalam bilik tersebut dan mengesahkan bahawa pakaian yang diambil oleh pihak polis dari bilik tersebut adalah milik OKT; dan d) SP6 telah mengesahkan bahawa pakaian yang diambil dari bilik tersebut iaitu P10 dan P11 telah ditunjukkan oleh SP4. [16] Paksi kes pendakwaan adalah dadah tersebut dijumpai begitu hampir dengan kedudukan OKT. Oleh itu satu-satunya inferens yang munasabah adalah ianya berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [17] Perkara ini pernah dilulas dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667 seperti berikut: “As for physical possession, the judge accepted the evidence of PW-7 that the proscribed drug was only a foot away from the accused. In PP v Foo Juan Eng [1966] 1 MLJ 197, the accused had been found by the police who raided the premises to be seated in closed proximity to the offending exhibit in that case. It was held that such close proximity was sufficient to found a case to answer. We think that the same holds true in the presence instance. The learned judge was accordingly correct in holding that the appellant had custody or control and physical possession of the cannabis.” [18] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpandangan bahawa beg merah tersebut berada di dalam kedudukan yang sebegitu hampir dengan OKT yang membolehkan satu inferens bahawa hanya OKT sahaja yang boleh berurusan dengannya serta menidakkan orang lain dari berurusan dengannya. Oleh itu, Mahkamah merumuskan bahawa beg merah yang berisi dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT. [19] Selanjutnya, kedudukan beg merah tersebut yang begitu hampir membolehkan satu inferens berkaitan pengetahuan OKT. Dapatan Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada keputusan Mahkamah rayuan di dalam kes PP v Lim Chsung Meng & Anor 2015] MLJU 2234 yang menyatakan: “In our view, based on the above evidence, it is clear that there was affirmative link between both Respondents and the impugned drugs other than the evidence of their presence and proximity to the said drugs. The single most important link or connection between both Respondents and the impugned drugs was the simple fact they were sitting on the sofa in the living room at a distance of 6 feet away from the place where the ‘JULIE’ biscuit tin which contained the impugned drugs was found. This evidence constituted strong presence and proximity. Both Respondents were not merely present in a house with the impugned drugs cached away somewhere but the impugned drugs were right under their noses. The ‘JULIE’ biscuit tin was in their plain view.” [20] Di samping itu, keterangan SP4 yang mengesahkan bahawa bilik tersebut adalah merupakan bilik OKT mengukuhkan dapatan Mahkamah ini berkaitan jagaan, kawalan serta pengetahuan OKT ke atas beg merah yang ditemui di dalam bilik tersebut. [21] Keterangan SP5 turut mengesahkan berkaitan reaksi OKT semasa serbuan di mana OKT telah bertindak agresif dan cuba untuk melarikan diri. Keterangan-keterangan ini adalah relevan bagi menentukan pengetahuan OKT. Di dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan berkaitan pembuktian pengetahuan seperti berikut; “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge” [22] Bersandarkan kepada keterangan-keterangan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah di dalam beg merah tersebut adalah sebenarnya berada di dalam pemilikan OKT. Mahkamah turut merujuk kepada panduan yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Khairuddin bin Hassan v Public Prosecutor, [2010] 6 MLJ 145 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti yang berikut: “[10] In this case, the learned trial judge had made a finding of fact that the appellant, and he alone, was in physical possession of the bag containing the drugs. The appellant’s conduct of running away has a nexus to what is now a fact in issue, viz that he was in physical possession of that bag. This in turn gives rise to an inference that he had knowledge of the drugs in the bag. It is thus up to the appellant himself to explain his conduct, and not for the court to offer or suggest one. Chan Kwok Keung & Anor v The Queen [1990] 1 CLJ 411; [1990] 3 CLJ 386 (Rep) is authority for the proposition that an act of running away may be viewed as an admission of guilt. The learned trial judge was therefore not wrong in making that inference in the circumstances of this case, where the drugs was found to be in the appellant’s physical possession. … [12] As regards the proximity of the drugs to the appellant, this too is a relevant fact. This principle is derived from this passage in Public Prosecutor v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197; [1965] 1 LNS 127, where HRH Raja Azlan Shah stated: With regard to the mental element, the learned magistrate rightly directed his mind that knowledge or consciousness would depend on the surrounding circumstances. However, he failed to direct his mind adequately on the facts. He directed his mind to the circumstances when the respondent tried to close the door on PW1. But he failed to consider the other circumstance which, taken together, may well be that the element of possession was proved. That circumstance is the physical proximity of the respondent to the exhibit in question. [13] As such we cannot find fault with the finding of the learned trial judge that, based on both the elements of the conduct of the appellant and his proximity to the recovered drugs, coupled with his failure to give any satisfactory explanation, he was in mens rea possession of the drugs. This was an inference made by the learned trial judge based on sound factual findings which is now confirmed by the Court of Appeal. We find no justification in disturbing those findings.”. [23] Peguam OKT telah mempertikaikan kredibiliti keterangan pihak pendakwaan bersandarkan kepada tindakan pihak pendakwaan untuk tidak memanggil 2 saksi yang berada di tempat kejadian semasa serbuan iaitu Muhammad Adam Faris bin Saad dan Muhammad Amin Iskandar bin Saad. Kedua-duanya walau bagaimanapun telah di tawarkan kepada pihak pembelaan. [24] Hujahan peguam ini berteraskan kepada seksyen 114 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) di misalan (g) yang membolehkan Mahkamah ini menyimpulkan bahawa jika wujudnya satu keterangan yang boleh dikemukakan, tetapi pihak PR memilih untuk tidak mengemukakan keterangan tersebut, maka anggapan di bawah Seksyen 114 misalan (g) Akta 56 adalah terpakai. Anggapan ini akan membenarkan Mahkamah untuk menganggap bahawa sesuatu fakta itu mungkin telah berlaku setelah menilai setiap keterangan di dalam kes tersebut. [25] Di dalam kes PP v. Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233, Mahkamah Persekutuan telah membincangkan berkaitan penggunaan seksyen ini seperti berikut: "The drawing of adverse inferences pursuant to s. 114(g) of the EA is not a matter of an inflexible rule but depends on the circumstances of each particular case. The question to consider is whether the existence of a fact or state of things makes the existence of another fact or state of things so likely that it may be presumed to exist. The answer must naturally vary according to the circumstances, the nature of the fact required to be proved and its importance in the controversy, the usual and commonly recognised mode of proving it, and the nature, quality and cogency of the evidence which has not been produced and its accessibility to the party concerned. In the instant case, no adverse inferences should be drawn against the prosecution for the non-production of both Cholar and Amran, at least at that stage of the trial. They were not material to the point in issue as the basis of the prosecution's case to substantiate the charge was on the "sale of cannabis resulting from negotiations." [26] Manakala di dalam kes Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231 Hakim Raus Sharif KHN pada ketika itu telah menyatakan seperti berikut: [48] The law pertaining to s. 114(g) of the Evidence Act 1950 is settled. Under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 the court may presume that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavorable to the person who withholds it. The usage of the word 'may' gives the discretion to the court whether or not to invoke the adverse inference to a given set of facts. It is not a mandatory inference. To draw an adverse inference against the prosecution the court must be satisfied that the witness that was not offered was a material witness, the prosecution purposely withhold evidence which it possessed and which was always available; and that what the prosecution did was done with an ulterior motive to frustrate the defence ' (Nanda Kumar a/l Kunyikanan & Anor v. Pendakwa Raya [2011] 8 CLJ 406; [2011] MLJU 1566). [49] The aforesaid authority above set out is the correct position of the law, that is, court will not invoke an adverse inference against prosecution if it believes that the facts and/or the prosecution's reasons for not calling the supposed material witnesses show no cause for it. Moreover, the prosecution only needs to produce witnesses who are necessary in the unfolding of its complete narrative, that is, to prove the essential elements of the crime and in this case, custody, control, and knowledge. Applying the above principles to our present case, we are satisfied that there was no evidence to suggest even the slightest inkling that the prosecution withheld testimonies by Javad @ Hasan Tiren and Samaneh Momen in a deliberate scheme to impair the truth or frustrate the appellant's defence. [50] Further, in the case of Siew Yoke Keong v. Public Prosecutor this court had succinctly laid down that witnesses for prosecution are indispensable only insofar as they are necessary in establishing a prosecution's case beyond a reasonable doubt. Thus, any calling of witness beyond that minimum requirement is within prosecutorial discretion. In the end, it is the sufficiency of the evidence that matters. As long as there are no 'unsatisfactory features or gaps in the prosecution's case, an order of adverse inference is not imperative. It is our view, on the facts of this case, adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act, could not be invoked against the prosecution." [27] Mengadaptasi panduan yang telah digariskan oleh nas-nas duluan ini, Mahkamah mendapati bahawa kewujudan kedua-dua penama ini tidak pernah disembunyikan oleh pihak PR. Ia telah dinyatakan oleh SP5 di dalam Pernyataan Bertulisnya semasa pemeriksaan utama. Bahkan kedua-dua penama ini turut ditawarkan oleh pihak PR kepada pembelaan. [28] Selain itu, kedua-dua penama ini adalah merupakan adik kepada OKT dan masih lagi kanak-kanak. Mereka tidak berada di dalam bilik tersebut sebaliknya di bahagian dapur rumah tersebut. Dengan kata yang lain, mereka bukan merupakan saksi-saksi yang relevan serta material. Pihak PR sebaliknya telah membentangkan naratif mereka. Sehubungan dengan itu, desakan peguam OKT untuk Mahkamah ini menggunapakai peruntukan tersebut adalah tidak berasas. [29] Elemen terakhir adalah berkaitan elemen pengedaran dadah tersebut di mana pihak PR bersandarkan sepenuhnya kepada seksyen 37(da) Akta 234 iaitu satu peruntukan andaian yang berpaksikan dapatan elemen pemilikan. [30] Di dalam kes ini, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka Mahkamah berhak membuat dapatan bahawa satu kes prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ dengan membangkitkan anggapan pengedaran bawah seksyen 37(da) Akta 234. Pendekatan ini telah diputuskan sebagai betul di sisi undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Hakim Tengku Maimun Tuan Mat KHN di dalam kes Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151 dan oleh yang demikian PR telah berjaya membuktikan elemen pengedaran. Rumusan di akhir kes pendakwaan [31] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan keterangan prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan yang dikenakan dan oleh itu OKT diperintahkan untuk membeladiri bagi pertuduhan tersebut. Kes pembelaan [32] Di dalam pembelaannya, OKT telah memberi keterangan bersumpah dan antara lain menyatakan bahawa OKT tidak pernah ditangkap di dalam bilik sepertimana dakwaan SP5. Malahan menurut OKT, pada ketika itu, OKT berada di luar rumah sedang bermain kapal terbang kawalan jauh. Menurut OKT, SP5 telah membawanya masuk ke dalam rumah dan masuk ke biliknya. OKT menafikan beg yang mengandungi dadah tersebut adalah miliknya. [33] Menurut OKT semasa itu terdapat 2 adiknya berada di pondok di luar rumah dan pasukan polis turut membawa dua orang lagi tangkapan iaitu Ajiz, Khairul, Manja dan Mirul. Kesemua mereka termasuk OKT telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Ayer Hangat, Langkawi. [34] OKT selanjutnya telah memanggil Ketua Polis Daerah Langkawi iaitu ACP Shariman bin Ashari memberi keterangan sebagai SD2. Di dalam keterangannya, SD2 mendedahkan 4 laporan tangkapan yang dibuat oleh SP5 pada hari tersebut seperti berikut: Bil No Laporan Polis Tarikh, masa dan tempat Tangkapan Nama Tangkapan 1. Ekshibit Kuala Teriang 404/2021 11/4/2021 jam 230 pm di kawasan Kampung Lawer, Mukim Padang Mat Sirat Manja bin Ahmad D31 2. Kuala Teriang 405/2021 11/4/2021 jam 300 pm di Kawasan Kampung Lawer, Mukim Padang Mat Sirat Mohd Khairul Amri bin Din 3. D32 Kuala Teriang 406/2021 11/4/2021 1530 pm di No 102, Kampung Lawer, Mukim Padang Mat Sirat Mohammad Firdaus bin Saad (OKT) 4. P25 Kuala Teriang 407/2021 11/4/2021 1545 pm di tepi jalan kawasan Kampung Lawer, Mukim Padang Mat Sirat 1.Muhamad Amirol bin 2. Saad Abdul Aziz bin Ahmad D33 [35] Berdasarkan laporan-laporan polis yang dikemukakan oleh SD2, ia mengesahkan bahawa terdapat 5 orang termasuk OKT yang ditangkap pada sekitar waktu yang sama dan di kawasan yang sama iaitu di Kampung Lawer dan Mukim Padang Mat Sirat. [36] Selanjutnya, OKT turut memanggil Puan Nurul Natasha binti Rizal, iaitu Majistret Langkawi sebagai SD3 bagi mengesahkan permohonan-permohonan reman yang dibuat berdasarkan nota-nota prosiding reman seperti berikut: a) KD-8963-353-04/2021 ke atas Mohammad Firdaus (KP: 941018-02-5201) – D34; b) KD-8963-356-04/2021 ke atas Manja Ahmad (KP: 741104-02-5948) – D35; c) KD-8963-357-04/2021 ke atas Mohd Khairul Amri bin Din (KP: 890728-02-5831) – D36; d) KD-8963-355-04/2021 ke atas Muhammad Amirol bin Saad (KP: 860107-26-5165) – D37. [37] Peguam OKT menghujahkan bahawa keterangan SD2 dan SD3 serta disokong oleh keterangan-keterangan dokumen menunjukkan bahawa SP5 ada membuat 3 lagi laporan polis tangkapan pada tarikh OKT ditangkap dan di dalam jarak masa yang hampir serta di kawasan yang sama. Oleh itu, keterangan OKT bahawa terdapat 5 tangkapan termasuk OKT adalah betul dan menjadikan kredibiliti keterangan SP5 adalah terjejas dan tidak boleh dipercayai. [38] Apabila berhadapan dengan isu perbezaan keterangan seperti ini, maka Mahkamah bertanggungjawab untuk menilai kembali keterangan SP5. Apatah lagi di dalam kes ini pihak PR berpegang sepenuhnya kepada keterangan SP5 dan keputusan Mahkamah ini di peringkat pendakwaan juga bergantung hampir sepenuhnya ke atas keterangan SP5. Analisis dan dapatan Mahkamah di peringkat pembelaan [39] Penelitian Mahkamah mendapati bahawa isu berkaitan terdapat tangkapan yang lain telah dikemukakan oleh peguam OKT di peringkat pemeriksaan balas ke atas saksi-saksi pendakwaan semasa kes pendakwaan terutamanya ke atas SP5. [40] SP5 sama sekali menidakkan cadangan peguam OKT bahawa terdapat tangkapan yang lain. Ini sama sekali bertentangan dengan keterangan SD2 dan SD3 serta keterangan-keterangan dokumen iaitu D31, D32, D33, D34, D35, D36 dan D37. [41] Mahkamah berpandangan bahawa pertentangan ini menimbulkan persoalan berkaitan kredibiliti SP5 serta kebolehpercayaan Mahkamah ke atas keterangan SP5. Ini kerana perkara ini melibatkan perkara yang sangat material. [42] Pihak PR di dalam masa yang sama, tidak membuat apa-apa permohonan untuk memeriksa semula SP5 bagi sekurang-kurangnya memberi penjelasan berkaitan kewujudan laporan-laporan polis yang lain. Apabila tiada permohonan sedemikian, maka keterangan yang ada di hadapan Mahkamah hanyalah kewujudan fakta-fakta penting yang tidak didedahkan oleh SP5 dan ia adalah sama sekali material. [43] Ia membangkitkan persoalan, bukan sahaja kenapa fakta sematerial ini tidak didedahkan oleh pihak PR kepada Mahkamah malahan menafikannya, tetapi telah membangkitkan inferens bertentangan ke atas pihak PR sepertimana yang diperuntukkan di dalam misalan (g) seksyen 114 Akta 56. Ini kerana, pihak PR ternyata tidak membentangkan sepenuhnya naratif kes pihak PR dengan menyembunyikan fakta bahawa terdapat 4 lagi tangkapan di waktu yang hampir sama serta di kawasan yang sama. [44] Prinsip undang-undang berkaitan inferens yang bertentangan adalah mantap dan Mahkamah merujuk ke atas kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 MLJ 492, di mana Mahkamah Agong menyatakan: It is essential to appreciate the scope of s. 114 (g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case." [45] Apabila keterangan SP5 jelas sekali tidak boleh dipertahankan, maka Mahkamah berpandangan bahawa tiada apa lagi yang boleh dipertahankan oleh pihak PR. Ini kerana pihak PR hanya bergantung sepenuhnya kepada keterangan SP5 dan tidak memanggil mana-mana anggota serbuan yang lain. Kesimpulan [46] Di atas pertimbangan ini, maka secara keseluruhannya, OKT telah berjaya membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pihak PR. Oleh yang demikian, OKT adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan. Bertarikh: 16hb Disember 2024 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Aisyah Al Humayrah Binti Kamaruzaman Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Padmanathan A/L Kumarasamy Abdul Halim Bin Harun Tetuan Padmanathan & Co Peguambela & Peguamcara 81-B, Tingkat 2 Kompleks Perniagaan Simpang Kuala 05050 Alor Setar Kedah Darul Aman Tarikh Keputusan : 11hb. November, 2024 Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Abdullah Atan v. PP [2020] 9 CLJ 151; ➢ Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; ➢ Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237; ➢ Ghasem Hozouri Hassan v. Public Prosecutor [2018] 6 CLJ 133; [2019] 6 MLJ 231; ➢ Gunalan Ramachandran v. PP [2004] 4 CLJ 551; ➢ Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113; ➢ Khairuddin bin Hassan v Public Prosecutor, [2010] 6 MLJ 145; ➢ Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524; ➢ Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ (Rep) 221; ➢ Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717; ➢ PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; ➢ PP v. Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233; ➢ Romi Amora Amir v PP [2011] 1 CLJ 870; ➢ Tan Yew Choy v PP [2008] MLJU 667;
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.