Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-62D-25-05/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHAMAD HARIS BIN SAFRI (NO. K/P: 890807-14-5671)
BF-62D-25-05/2022
Sessions Court of Malaysia5 Apr 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“onths imprisonment in 2010 followed by another 5 months imprisonment in 2013 and followed by another 7 months imprisonment in 2015 in similar s. 12(3) offence as well as s. 15(1)(a) offence under the Dangerous Drugs Act 1952. He had also in 2009 served sentence for another offence under s. 15(1)(a) of the Dangerous Dru”
“etapi jika pembelaannya diterima OKT masih boleh dilepaskan sekiranya pembelaannya berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Prinsip ini telah digariskan di dalam Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 yang memutuskan seperti yang berikut: “The position may be convenientl”
“5.1 Di peringkat pembelaan, OKT telah diberikan tiga pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] CLJU 118; [1970] 1 LNS 118; [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1967] CLJU 113; [1967] 1 LNS 113; [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), dan OKT kemudiannya telah memilih untuk memberikan”
“5.1 Di peringkat pembelaan, OKT telah diberikan tiga pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] CLJU 118; [1970] 1 LNS 118; [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1967] CLJU 113; [1967] 1 LNS 113; [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), dan OKT kemudiannya telah m”
“originality of this document via eFILING portal 11 keraguan munasabah yang diperlukan untuk menyangkal kes pendakwaan dalam satu perbicaraan jenayah, telah dinyatakan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 yang memutuskan seperti berikut: “A reasonable doubt must be a doubt a”
“5.6 Mahkamah ini mendapati keterangan OKT yang menafikan pertuduhan ke atasnya adalah penafian semata-mata (bare denial) dan perlu ditolak. Prinsip ini telah dijelaskan di dalam kes D A Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 yang menyatakan bahawa: “The defence was, in effect a simple denial of”
“993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence comm”
“5.3 Di dalam kes Hiew Min Yong v. PP [2000] CLJU 102; [2000] 1 LNS 102; [2001] 5 MLJ 1 menyatakan adalah memadai untuk pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tahap S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw **Note : Serial number w”
“7.2 Mahkamah ini merujuk kepada kes SABRI BIN JAAFAR V. PUBLIC PROSECUTOR [2017] MLJU 751 yang menyatakan seperti berikut: “The Appellant is a repeated offender at close intervals. He had served 8 months imprisonment in 2010 followed by another 5 months imprisonment in 2013 and followed”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA KUBU BHARU KES JENAYAH NO.: BF-62D-25-05/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA V MOHAMAD HARIS BIN SAFRI (NO. K/P: 890807-14-5671)
1
1.1 Pada 24.1.2022, orang kena tuduh (“OKT”) di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan 1 pertuduhan di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu bagi 1 kesalahan iaitu di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah seksyen 39C (1) AKTA yang sama.
1
1.2 Pertuduhan serta hukuman telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Malaysia dan OKT telah minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut. Kes kemudiannya telah ditetapkan untuk perbicaraan dan pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan ke atas OKT. Pendakwaan dikendalikan oleh TPR Puan Asmah Che Wan manakala OKT tidak diwakili peguam.
1
1.3 Pada 5.4.2024, mahkamah ini telah memutuskan di akhir kes pembelaan OKT telah didapati salah dan disabitkan atas pertuduhan dengan dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh tangkap, 3 sebatan rotan dan perintah pengawasan polis selama 3 tahun.
1
1.4 OKT tidak berpuashati atas hukuman tersebut dan telah pada 16.4.2024 memfailkan satu notis rayuan yang merayu atas hukuman dan memohon agar hukuman dapat diringankan.
2
2.1 OKT telah dipertuduhkan dengan pertuduhan seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 24/01/2022 jam lebih kurang 1540hrs bertempat di tandas Balai Polis Kerling, di dalam daerah Hulu Selangor dalam Negeri Selangor kamu telah menggunakan dadah kepada diri sendiri jenis morphine dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ini adalah kesalahan kali yang ketiga dan jika sabit kesalahan boleh di hukum di bawah seksyen 39C (1) AKTA yang sama. Hukuman: penjara tidak kurang dari (5) tahun tetapi tidak melebihi (7) tahun dan hukuman rotan tidak melebihi (3) sebatan”
2
2.2 Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan seperti berikut: S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw “(1) Any person who – (a) consumes, administers to himself or suffers any other person, contrary to section 14 to administer to him any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule; or (b) is found in any premises kept or used for any of the purposes specified in section 13 in order that any such dangerous drug may be administered to or smoked or otherwise consumed by him, shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years.”
2
2.3 Seksyen 39C (1) (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan seperti berikut: “(1) Where a person who has not less than-
a
two previous admissions;
b
two previous convictions under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) or any combination of the sections;
c
one previous admission and one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a);
d
one previous admission and two previous convictions under section 31A; or
e
one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes.”
2
2.4 Selanjutnya mahkamah ini juga merujuk kepada seksyen 38B AKTA yang sama memperuntukkan seperti berikut: “(1) Where a person is found guilty of an offence under section 15, he shall, immediately after having undergone the punishment imposed upon him in respect thereof, undergo supervision by an officer as defined under section 2 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 for a period of not less than two and not more than three years as may be determined by the court.
2
A person required to undergo supervision under subsection (1) shall be deemed to have been placed under such supervision under paragraph 6(1)(b) of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983.” S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw
3
FAKTA KES Secara ringkas fakta kes ini melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut:
3
3.1 Pada 24.1.2022 jam lebih kurang 3.00 petang, semasa SP5 (pengadu) menjalankan tugas Ops Tapis di kawasan Kerling bersama-sama anggota pasukan IPD Hulu Selangor terdiri daripada Sjn 117708 dan D/Sjn 124944 (SP1), telah pergi ke alamat no. 52, Kg. Pasir 44100 Kerling Selangor. Semasa sampai di hadapan rumah tersebut SP5 nampak 2 orang lelaki melayu sedang duduk dalam keadaan mencurigakan. SP5 dan pasukannya telah menghampiri 2 lelaki tersebut dan telah memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa polis. SP5 telah meminta butir-butir diri 2 lelaki melayu tersebut dan salah seorang bernama Mohammad Haris Bin Safri yang merupakan OKT di dalam kes ini.
3
3.2 Pemeriksaan tubuh telah SP5 jalankan ke atas OKT dan rakannya yang menemui barang kes dadah jenis heroin dengan anggaran kasar 0.53 gram di dalam beg hitam yang dipegang OKT di tangan kanannya. OKT kemudian telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kerling untuk tindakan lanjut.
3
3.3 Pada hari yang sama jam lebih kurang 3.40 petang semasa berada di Balai Polis Kerling, SP5 telah mengarahkan anggotanya bersama-sama SP1 untuk mengiringi OKT ke tandas bagi tujuan mengambil sampel air kencing OKT. OKT telah memasukkan sampel air kencing ke dalam botol air kencing yang S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw bersiri no. B0501226. SP5 telah menjalankan ujian saringan awal air kencing dan hasilnya air kencing OKT positif dadah jenis morphine.
3
3.4 Selanjutnya pada 26.1.2022, SP2 telah menghantar sampel air kecing OKT ke makmal patologi di Hospital Kuala Lumpur untuk ujian dan hasil analisa satu laporan patologi (P4) telah dikeluarkan oleh SP3 (pegawai sains kimia hayat) yang mengesahkan air kencing OKT mengandungi positif dadah jenis morphine. Semakan rekod lampau yang dijalankan oleh SP6 mendapati OKT mempunyai rekod lampau sebagaimana yang terkandung pada P12(c) iaitu 2 kesalahan di bawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya seperti berikut:
3
3.4.1 Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu (Kes no.: 83-365-2008) Tarikh: 21.1.2009 Seksyen 15(1)(a) ADB Hukuman: Denda RM1700.00 atau penjara 3 bulan dan 3 tahun pengawasan.
3
3.4.2 Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu (Kes no.: 83-182-2011) Tarikh: 3.6.2011 Seksyen 15(1)(a) ADB Hukuman: penjara 5 bulan dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan.
4
4.1 Pada peringkat pendakwaan, mahkamah ini berpuashati pihak pendakwaan melalui keterangan saksi-saksi dan dokumentar telah berjaya membuktikan S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw elemen-elemen pertuduhan dan prima facie di bawah sekyen 180 Kanun Tatacara Jenayah ke atas OKT. Mahkamah ini menggunapakai prinsip –prinsip yang telah digariskan dalam kes Balachandran v. Pendakwa Raya [2005] 1 CLJ 89 FC di mukasurat 99 dan Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734 berkenaan seksyen 173 dan 180 Kanun Tatacara Jenayah.
4
4.2 Seksyen 180(4) Kanun Tatacara Jenayah menyatakan suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap OKT di mana pendakwaan telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu elemen kesalahan yang jika tidak dijawab atau diterangkan akan mewajarkan satu sabitan. Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 yang mana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan mengenai maksud prima facie seperti yang berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.”
4
4.3 Di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, Mahkamah persekutuan menyatakan maksud prima facie adalah seperti yang berikut: S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. …. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established."
4
4.4 Rujukan juga dibuat kepada seksyen 173(h)(iii) KTJ menyatakan yang berikut: “(iii) for the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction”
4
4.5 Berdasarkan prinsip undang-undang di atas, mahkamah ini mendapati pihak pemdakwaan telah membuktikan seperti yang berikut:
4
4.5.1 OKT di dalam kes ini menurut rekod lampau (P12(c)) mempunyai 2 rekod kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2009 dan 2011. Keterangan ini telah dikemukakan melalui SP6 dan tidak dinafikan OKT yang telah mengesahkan rekod dalam P12(c));
4
4.5.2 OKT semasa ditangkap juga didapati positif air kencingnya yang mengandungi dadah jenis morphine. Keterangan ini telah dikemukakan S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw oleh SP1, SP2, SP3, SP5 dan SP6. SP3 mengesahkan sampel air kencing atas nama OKT disahkan mengandungi dadah jenis morphine setelah dianalisa. Satu laporan patologi (P4) telah disediakan oleh SP3. Morphine adalah tersenarai dalam jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
4
4.5.3 Rantaian keterangan saksi-saksi dan barang-barang kes tidak terputus di antara satu sama lain. Botol yang mengandungi sampel urine mempunyai label nama OKT, no. kad pengenalan OKT, tandatangan OKT dan no. siri botol tersebut adalah teratur dalam setiap pergerakan sehingga ianya selesai dianalisa.
4
4.5.4 Berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekhibit-ekhibit yang dikemukakan, mahkamah ini telah berpuashati satu kes prima facie telah dibuktikan dan selanjutnya OKT telah diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.
5
5.1 Di peringkat pembelaan, OKT telah diberikan tiga pilihan (lihat PP v. Sanassi [1970] CLJU 118; [1970] 1 LNS 118; [1970] 2 MLJ 198; Ng Hoi Cheu & Anor v. PP [1967] CLJU 113; [1967] 1 LNS 113; [1968] 1 MLJ 53; dan PP v. Krishna Rao Gurumurthi & Ors [2000] 1 CLJ 446), dan OKT kemudiannya telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah.
5
5.2 Di peringkat kes pembelaan ini, Mahkamah perlu menilai samada keterangan pembelaan boleh diterima atau sebaliknya. Sekiranya pembelaan OKT ini S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw diterima, OKT wajar dilepaskan dan sekiranya sebaliknya mahkamah ini boleh mensabitkannya tetapi jika pembelaannya diterima OKT masih boleh dilepaskan sekiranya pembelaannya berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Prinsip ini telah digariskan di dalam Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 yang memutuskan seperti yang berikut: “The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt.... Convict.
b
If you accept or believe the accused's explanation... Acquit.
c
If you do not accept or believe the accused's explanation... Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt.... Convict.
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.... Acquit.”
5
5.3 Di dalam kes Hiew Min Yong v. PP [2000] CLJU 102; [2000] 1 LNS 102; [2001] 5 MLJ 1 menyatakan adalah memadai untuk pihak pembelaan menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tahap S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw keraguan munasabah yang diperlukan untuk menyangkal kes pendakwaan dalam satu perbicaraan jenayah, telah dinyatakan di dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115; [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 yang memutuskan seperti berikut: “A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.”
5
5.4 Keterangan OKT semasa diperingkat pembelaan menyatakan seperti berikut:
5
5.4.1 OKT tidak menafikan telah ditangkap ditempat kejadian namun menyatakan bahawa OKT kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Ulu Bernam oleh Sjn Jabarul dan sampel air kencing diambil di sana. OKT juga menyatakan dia tidak dimaklumkan hasil ujian saringan awal air kencingnya sama ada positif atau negatif. OKT menyatakan bahawa dia sudah 6 ke 7 tahun tidak ambil dadah namun tidak menafikan semasa tangkapan dibuat ada dadah heroin padanya. OKT menyatakan telah ditahan dilokap Ulu Bernam.
5
5.4.2 Pembelaan OKT selanjutnya menyatakan tiada botol urine, gambarnya bersama anggota pengiring dan gambarnya memegang botol air kencing serta ujian saringan awal sebelum dan selepas ujian dikemukakan untuk pengecaman. Namun, OKT tidak menafikan pada gambar P2A-B botol air kencing tersebut ada tertera nama, no. kad pengenalan OKT dan tandatangan OKT sendiri. OKT turut mengakui di borang UPD (P3) yang tertera namanya. OKT juga mengakui ada 2 rekod lampau kesalahan di S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2009 dan 2011.
5
5.5 OKT membangkitkan isu lokasi air kencing diambil ditempat berbeza, gambar tandas balai polis Kerling dan juga sampel air kencing yang cuba dinafikan oleh OKT. Keterangan OKT berjaya dipatahkan oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan dan mengekalkan fakta pendakwaan. Sekali pun penafian OKT bagi sampel air kencing tersebut namun keterangan OKT tidak berjaya menggugat keutuhan rantaian keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekhibit-ekhibit yang telah dikemukakan.
5
5.6 Mahkamah ini mendapati keterangan OKT yang menafikan pertuduhan ke atasnya adalah penafian semata-mata (bare denial) dan perlu ditolak. Prinsip ini telah dijelaskan di dalam kes D A Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12; [1980] 2 MLJ 195 yang menyatakan bahawa: “The defence was, in effect a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a reasonable doubt on the prosecution case against the appellant. … Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We can see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.”
5
5.7 Mahkamah telah menilai pembelaan OKT ini gagal membangkitkan keraguan yang munasabah dan tiada sebab munasabah untuk mahkamah ini tidak mempercayai keterangan saksi-saksi pendakwaan. Setelah keseluruhan keterangan dipertimbangkan, mahkamah ini membuat penilaian maksimum dan memutuskan pembelaan OKT gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan pihak pendakwaan telah membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263). Oleh itu, OKT didapati salah dan disabitkan atas pertuduhan.
5
5.8 Sebelum hukuman diputuskan, mahkamah ini telah mendengar rayuan OKT yang memohon hukuman diringankan kerana mempunyai tanggungan seorang ibu yang telah berusia 62 tahun serta seorang makcik yang kurang upaya berusia 56 tahun. OKT juga merayu agar hukumannya bermula dari tarikh tangkap. Pihak pendakwaan selanjutnya menghujahkan bahawa hukuman maksimum dan berat sewajarnya diberikan ke atas OKT kerana perbicaraan kes ini telah berjalan dalam masa lebih kurang 2 tahun dengan 6 saksi pendakwaan yang dipanggil.
5
5.9 Pertimbangan Mahkamah ini dalam memutuskan hukuman bukanlah hanya semata-mata untuk kepentingan OKT tetapi juga kepada faktor kepentingan awam serta keseriusan kesalahan yang dilakukan seperti mana pertuduhan. Mahkamah ini memandang serius atas kesalahan seperti mana pertuduhan. OKT dalam pertuduhan ini telah dituduh atas kesalahan memasukkan ke dalam badannya dadah berbahaya jenis morphine yang mana OKT juga telah mempunyai sabitan atas kesalahan yang sama dan telah dituduh dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan pada 2009 dan 2011. Kesalahan jenayah melibatkan dadah berbahaya adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan sangat berleluasa sejak bertahun lama sehingga kini. Jenayah melibatkan dadah bukan sahaja merosakkan OKT secara peribadi tetapi juga merosakkan masyarakat dan negara secara amnya. OKT dilihat tidak insaf dan tidak menunjukkan inisiatif untuk berubah dengan hukuman yang pernah dijalani sebelum ini. Maka, atas pertuduhan ini mahkamah perlu memberikan suatu bentuk hukuman yang berbentuk pemenjaraan panjang selaras dengan undang-undang untuk mengasingkan OKT dari bebas terjerumus dalam gejala dadah dan berharap OKT akan berubah sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan ini.
6
6.1 Mahkamah ini seterusnya perlu mengambil kira kepentingan awam melampaui kepentingan OKT sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan selari dengan prinsip undang-undang sebagaimana yang telah digariskan di dalam kes R V BALL (KENNETH JOHN) [1951] 35 CR APP R 164 seperti berikut: S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.”
6
6.2 Selanjutnya, mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan Yang Arif Hakim Augustine Paul di dalam TAN LAY CHEN V PUBLIC PROSECUTOR [2001] 1 MLJ 135; [2000] 4 CLJ 492, yang menyatakan seperti berikut: “The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 2 MLJ 252; Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 107). The assessment of a sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134; Public Prosecutor v Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74; Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v Oo Leng Swee & Ors [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537; R v Costen [1989] 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see Public Prosecutor v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181)”
6
6.3 Di dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP [1999] 4 CLJ 391, Siti Norma Yaakob HMR (sebagai mana beliau ketika itu) menyatakan: “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations:
1
the extent and seriousness of the offence committed;
2
the guilty person's antecedents; and
3
the public interest.”
6
6.4 Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah ini adalah suatu hukuman yang munasabah sebagai pengajaran kepada OKT secara khusus supaya tidak diulanginya lagi di masa hadapan dan juga suatu mesej kepada masyarakat secara umumnya agar tidak sewenangnya melibatkan diri dengan sebarang aktiviti berkaitan dadah berbahaya. Masyarakat perlu dilindungi dan aktiviti penagihan dadah ini perlu dibanteras dalam negara ini. Hukuman ringan dilihat tidak lagi relevan kepada OKT yang tidak langsung menunjukkan keinginan untuk berubah dan masih terus hanyut dengan gejala seperti ini. Mahkamah ini berharap dengan hukuman berbentuk pemenjaraan panjang dan sebatan ini akan dapat membantu OKT bermuhasabah serta berubah ke arah yang lebih baik lantas menjadi manusia yang lebih berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan negara.
7
7.1 Berdasarkan P12(c), OKT mempunyai 2 rekod kesalahan lampau atas kesalahan yang sama 2009 dan 2011 dan OKT masih melakukan kesalahan yang sama dan tidak menunjukkan inisiatif untuk menghindari kegiatan dadah ini. Hukuman yang ditunjukkan dalam P12(c) dilihat tidak memberikan kesan untuk OKT berubah ke arah yang lebih baik. Oleh itu, mahkamah ini berpandangan OKT ini sesuai dihukum dengan pemenjaraan yang panjang untuk mencegahnya dari terlibat lagi dengan kegiatan penagihan dadah ini.
7
7.2 Mahkamah ini merujuk kepada kes SABRI BIN JAAFAR V. PUBLIC PROSECUTOR [2017] MLJU 751 yang menyatakan seperti berikut: “The Appellant is a repeated offender at close intervals. He had served 8 months imprisonment in 2010 followed by another 5 months imprisonment in 2013 and followed by another 7 months imprisonment in 2015 in similar s. 12(3) offence as well as s. 15(1)(a) offence under the Dangerous Drugs Act 1952. He had also in 2009 served sentence for another offence under s. 15(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952. The drugs involved were hard drugs comprising of heroin and morphine. The Appellant is therefore a habitual offender contrary to that of a remorseful and rehabilitated person as suggested by his counsel. In the circumstances, it is definitely desirable that the Appellant must be sentenced to imprisonment for such a term that commensurate with the gravity of the offence as well as repeated previous occurrences.”
8
8.1 Kesalahan berkaitan dengan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya adalah suatu kesalahan jenayah serius. Penyalahgunaan dadah bukan sekadar boleh mengancam keselamatan OKT dan keluarganya malah ianya juga boleh mengancam masayarakat di negara ini. Kerajaan Malaysia telah beberapa kali meminda hukuman kesalahan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dengan meningkatkan hukuman kesalahan bagi tujuan membendung masalah penyalahgunaan dadah, namun permasalahan ini sehingga kini masih berleluasa dan sukar dibendung. Oleh itu, mahkamah ini berperanan untuk memberikan pengajaran yang munasabah kepada pesalah penyalahgunaan dadah ini.
8
8.2 Mahkamah ini merujuk PENDAKWA RAYA V. ABDUL HALIM ISHAK & SATU LAGI [2013] 9 CLJ 559, di mana Mahkamah Rayuan telah menekankan mengenai kesalahan berkaitan dadah berbahaya seperti berikut: “[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw “The severity of sentence can only be to reflect Parliament's intention that conviction for being in possession of a large amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case. [Penekanan ditambah]”
8
8.3 Mahkamah ini juga mengambil kira prinsip penghukuman dalam kes LETITIA BOSMAN V PUBLIC PROSECUTOR & OTHER APPEALS (No.1) [2020] 5 MLJ 277, [2020] 8 CLJ 147 yang menyatakan seperti berikut: "[124] ... Generally, the law does not fix a mandatory sentence for a certain offence. A maximum sentence is prescribed for the offence and the court is left to decide the appropriate sentence within the ambit of the punishment provision. In such a case, the accused will then make a plea of mitigation, which is a submission to move the court to pass a lenient sentence. It bears noting that under the scheme of Chapter XX of the CPC that governs the procedure of criminal trials in the High Court, there is no statutory requirement for mitigating factors to be considered by the court before it passes sentence according to law. Although there is no provision in the CPC for a plea in mitigation in High Court trials, nevertheless as a matter of fact, in practice it is quite common to allow a plea in mitigation before the court imposes sentence. After the accused has submitted the mitigation plea, the prosecution will submit the aggravating factors for the purpose of pressing for a heavy sentence. S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw [125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed Azmi J)."
8
8.4 Mahkamah Agung, di dalam kes MOHAMED ABDULLAH ANG SWEE KANG V PP [1988] 1 MLJ 167, telah memutuskan yang berikut: "In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence.”
8
8.5 YA Gopal Sri Ram HMR (sebagaimana beliau ketika itu) dalam kes ADAM ATAN V. PP [2009] 1 CLJ 33, telah menegaskan seperti berikut: “[7] There is no gain say that drug offenders are a menace to society. They are nothing less than serpents on the front lawn of justice and S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw should be dealt with accordingly. Every day we read in the newspapers about the efforts of the law enforcement agencies in seizing large quantities of dangerous drugs and of the deleterious nature of these drugs which is visited upon members of our society, in particular our youth. The courts will be failing in their duty if they do not take a serious view towards the offences of this nature. The sentence imposed must not only be commensurate with the offence in this case but must also stop would be offender’s dead in their tracks from committing it.
9
9.1 Mengambil kira faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas, hukuman yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini ke atas OKT adalah selari dengan peruntukkan undang-undang serta setimpal atas kesalahan yang telah dilakukannya. Hukuman tersebut adalah suatu bentuk pengajaran agar OKT tidak sewenangnya melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang. Disamping itu juga, bentuk hukuman seumpama ini memberikan gambaran bahawa Mahkamah ini memandang berat dan serius atas semua kesalahan jenayah yang patut dijauhi oleh masyarakat secara umum dan khasnya kepada OKT sendiri.
9
9.2 Mahkamah ini telah menimbangkan mitigasi OKT, hujahan pihak pendakwaan dan faktor kepentingan awam yang mahsyur yang perlu diambil kira Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi sesuatu kes. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Mahkamah terus mengabaikan kepentingan OKT. Kaedah yang wajar digunakan Mahkamah adalah membuat imbangan di antara kepentingan S/N Clqr64b2USbDJk6oVncAw awam dan kepentingan OKT dalam menentukan hukuman yang berpatutan. Rujukan selanjutnya di dalam PP v. MD RASHID HARUN [2000] 3 CLJ 832 yang menggariskan seperti berikut: “Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence” …The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence… Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence… Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterrent sentence… That is not to say though, that “the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from risk even to their lives”. Public interest must not be relegated to the background. “The correct approach is to strike a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused.”
9
9.3 Oleh itu, atas imbangan dan pertimbangan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini yang memutuskan OKT dihukum penjara 7 tahun dari tarikh tangkap dan 3 sebatan rotan dengan perintah pengawasan selama 3 tahun adalah munasabah, setimpal, wajar dan selari dengan peruntukkan undang-undang. ………….. Fatimah ………… (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KUALA KUBU BHARU SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 23 Mac 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.