Schedule
Jadual Pertama ADB 1952 25. SP2 (ahli kimia) dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa bahan kristal jernih dalam lapan paket plastik bertanda ‘S1 – S8’ (eksibit P10(1)-(8)) didapati mengandungi 146.8 gram Methamphetamine. Methamphetamine adalah ditafsirkan dalam seksyen 2 ADB 1952 dan tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Ini disokong oleh Laporan Kimia oleh SP2 yang telah ditandakan sebagai eksibit P7. 26. Di samping itu juga, pihak Pembelaan dalam hujahannya tidak mempertikaikan jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan dan dengan itu, Mahkamah berpendapat bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan melalui keterangan SP2. Elemen (b): OKT mempunyai milikan iaitu jagaan atau kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah berbahaya tersebut 27. Bagi membuktikan elemen pemilikan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan, serta pengetahuan terhadap barang kes dadah yang dirampas. 28. Pemilikan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 adalah seperti berikut: “[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property.” Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions [18] Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself — which some authorities term 'custody' or 'control' — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan ditambah] 29. Dadah yang ditemui dalam beg plastik hijau (eksibit P9) telah dirampas daripada tangan kanan OKT oleh SP3. Malahan keterangan SP3 menyatakan bahawa beliau telah nampak OKT di tepi jalan di lokasi kejadian dengan memegang beg plastik eksibit P9 tersebut sebelum tangkapan dilakukan. 30. Pembelaan yang dicadangkan pada peringkat kes Pendakwaan pula secara umumnya menafikan bahawa OKT ditahan di tepi jalan di lokasi kejadian, sebaliknya ditahan di sebuah pondok yang terletak di kawasan rumah no. 42, Kampung Lengkuas, Jalan Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. Pembelaan turut mencadangkan bahawa OKT telah ditangkap di pondok tersebut bersama-sama dua orang yang lain iaitu Muhammad Afifi bin Abdullah dan Zulkifli bin Ahmad Radzi. 31. Versi Pembelaan yang dicadangkan pada peringkat Pendakwaan ini adalah bahawa semasa serbuan dilakukan terhadap pondok tersebut, terdapat empat orang di dalam pondok tersebut, akan tetapi tiga orang sahaja yang berjaya ditangkap termasuk OKT, manakala seorang lagi telah berjaya melarikan diri. 32. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan serta hujahan yang dikemukakan pada peringkat ini. Berdasarkan keterangan SP3, beliau tidak menafikan yang beliau ada membuat tangkapan lain. Namun begitu, tangkapan tersebut dilakukan pada 8.6.2022 dan bukannya ditangkap bersama OKT pada 7.6.2022. Berdasarkan ingatan SP3 juga, tangkapan terbabit melibatkan tiga orang tangkapan yang lain. 33. Keterangan SP3 menunjukkan bahawa dadah dipegang pada tangan kanan OKT semasa tangkapan dilakukan. Di samping itu juga, sebelum tangkapan dilakukan, SP3 juga telah melihat OKT memegang beg plastik hijau (eksibit P9) yang berisi dadah tersebut dipegang pada tangan kanannya. Pada pendapat Mahkamah ini, fakta tersebut menunjukkan bahawa barang kes dadah tersebut berada secara fizikal pada OKT. Berdasarkan fakta ini juga jelas menunjukkan bahawa OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang kes dadah tersebut. 34. Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1 seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shows such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found show such an intention.” [penekanan ditambah] 35. Reaksi OKT yang kelihatan tergamam dan terkejut semasa SP3 menahannya dan memperkenalkan diri polis juga relevan sebagai keterangan kelakuan (conduct) yang membuktikan pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah yang dirampas. Reaksi OKT terkejut dan tergamam tersebut dilihat setelah SP6 memperkenalkan diri polis. 36. Keterangan berbentuk kelakuan (conduct) ini adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 [Akta 56], sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samundee Devan a/l Muthu Kerishnan v Public Prosecutor [2010] 2 MLJ 607: “We are also of the view that the contemporaneous conduct of the appellant in attempting to run away when PW7 identified himself as 'police' is relevant and admissible pursuant to s 8 of the Evidence Act 1950 under the circumstances of the instant appeal. Such conduct is of course not to be taken in isolation but together with all the other circumstances of the case. That would be the correct approach to circumstantial evidence (see Chan Chwen Kong v Public Prosecutor [1962] MLJ 307).”. [penekanan ditambah] 37. Selain itu juga, Mahkamah ini telah mendengar, menilai serta meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh kesemua saksi-saksi pendakwaan terutamanya keterangan SP3 yang merupakan pegawai serbuan, dan juga SP4 yang merupakan pegawai penyiasat. Mahkamah berpuas hati bahawa kesemua mereka adalah saksi-saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah keterangan yang 'not inherently improbable'. SP3 semasa memberikan keterangan telah memberikan naratif kejadian yang konsisten. SP3 juga tidak pernah menafikan bahawa beliau ada membuat tangkapan lain di lokasi kejadian iaitu di kampung yang sama. SP3 juga bukanlah seorang saksi yang berkepentingan. Sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Yusri bin Pialmi v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 533: “[6] With respect to the learned counsel for the appellant we do not agree with him. We are of the view even without the calling or offering as witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed (see the cases of Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257 and Public Prosecutor v Teh Cheng Poh [1980] 1 MLJ 251).”. [penekanan ditambah] 38. Berkenaan cadangan versi Pembelaan pula, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Pendakwaan bahawa sehingga cadangan versi Pembelaan tersebut dibuktikan, ia kekal sebagai cadangan semata-mata (rujuk kes Ali Hosseinzadeh Bashir v. PP [2015] MLJU 2069). 39. Selanjutnya, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. Public Prosecutor [2006] 2 MLJ 197, Mahkamah ini mendapati bahawa Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dadah tersebut (iaitu jagaan dan kawalan serta pengetahuan) melalui keterangan langsung. Sehubungan itu, pihak Pendakwaan telahpun berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai pemilikan sebenar (actual possession) ke atas barang kes dadah yang dirampas daripada tangan kanannya. Elemen (c): bahawa OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut 40. Bagi elemen pengedaran, memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen pemilikan sebenar OKT terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 37(da)(xvi) ADB 1952 berdasarkan berat dadah Methamphetamine yang melebihi berat minimum 50 gram iaitu anggapan pengedaran dadah berbahaya juga telah berjaya dibangkitkan. Sehubungan itu, elemen pengedaran ini telahpun berjaya dibuktikan melalui pemakaian anggapan pengedaran dadah berbahaya di bawah perenggan 37(da)(i) dan (iii) ADB 1952. KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PENDAKWAAN 41. Setelah Mahkamah ini membuat penelitian dan penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan pihak Pendakwaan, pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga intipati pertuduhan terhadap OKT bagi pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. 42. Sehubungan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes Pendakwaan pada tahap prima facie dan telah memanggil OKT untuk membela diri atas pertuduhan tersebut. NARATIF KES PEMBELAAN 43. Pada peringkat Pembelaan, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah sebagai SD1. Pembelaan turut mengemukakan tiga orang saksi Pembelaan iaitu SD2 (rakan OKT), SD3 (abang OKT) dan SD4 (Peguambela dan Peguamcara yang telah merakam gambar-gambar lokasi yang dikemukakan oleh pihak Pembelaan). 44. Keterangan OKT secara umumnya menafikan bahawa OKT ditahan di tepi jalan di lokasi kejadian sebagaimana dalam keterangan SP3, sebaliknya ditahan di sebuah pondok yang terletak di kawasan rumah rakannya (SD2). Pembelaan turut mencadangkan bahawa OKT telah ditangkap di pondok tersebut bersama-sama dua orang yang lain iaitu SD2 dan Zulkifli bin Ahmad Radzi, di mana semasa serbuan dilakukan terhadap pondok tersebut, terdapat empat orang di dalam pondok tersebut, akan tetapi tiga orang sahaja yang berjaya ditangkap termasuk OKT, manakala seorang lagi telah berjaya melarikan diri. 45. SD2 merupakan rakan OKT yang menduduki rumah yang terdapatnya pondok yang didakwa oleh Pembelaan sebagai tempat OKT ditahan. Berdasarkan keterangan SD2, pada hari kejadian, beliau dari rumahnya mahu pergi ke kedai dan telah berjumpa OKT di tepi jalan. SD2 telah membawa OKT singgah di rumahnya. Mereka kemudian telah bersembang di pondok yang terletak di kawasan rumah SD2 bersama-sama dua orang lagi rakan mereka. Kesemuanya empat orang berada di pondok tersebut iaitu OKT, SD2, Zulfadli dan Picai (nama gelaran). Keterangan SD2 menyokong keterangan OKT bahawa mereka telah ditangkap bersama pada hari kejadian di pondok tersebut dan bukannya OKT ditahan di tepi jalan di lokasi kejadian sebagaimana keterangan SP3. SD2 turut mengesahkan bahawa semasa serbuan ke atas pondok tersebut, seorang daripada rakannya iaitu Picai telah berjaya melarikan diri. 46. SD3 pula merupakan abang kepada OKT. Keterangan SD3 secara umumnya menunjukkan bahawa pihak polis memburu beliau dan motif penahanan OKT adalah kerana pihak polis tidak dapat menahan SD3 dan berdendam dengannya. ANALISIS DAN DAPATAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 47. Seksyen 182A KTJ memperuntukkan bahawa Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dikemukakan (keterangan peringkat pendakwaan dan peringkat pembelaan) dan hendaklah memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah. 48. Mahkamah Persekutuan dalam kes Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773 telah memutuskan: “At the conclusion of the trial, s 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of the well established principles enunciated in Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. In Mohamed Yatin Bin Abu Bakar v Public Prosecutor [1950] MLJ 57 Spenser-Wilkinson J, at p 59, opined: In an ordinary case, where no special burden of proof or explanation is by law cast upon the accused, his position is more favourable than it is in those cases where the law presumes something against him. The principle laid down in the recent English cases, particularly Mancini v Director of Public Prosecutions appears to me to be that, where no special onus is cast by law upon the accused, then, if his story has the effect of raising a reasonable doubt as to the truth of the prosecution case, he is entitled to an acquittal; and this is the 'ordinary rule' which is referred to in the passage above quoted from Rex v Garth. In this country, at the close of the case for the prosecution the Court will not call upon the accused for his defence unless the evidence of the prosecution witnesses is, in the first instance, believed. If, when called upon for his defence the accused gives evidence, then the question is, not which story is to be believed, but whether, even if the Court is not inclined to accept all that the accused has said, his evidence does not raise a reasonable doubt as to the truth of the prosecution evidence or as to the accused's guilt.”. [penekanan ditambah] 49. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1). 50. Secara keseluruhan, Mahkamah ini telah meneliti keterangan OKT dan saksi-saksi Pembelaan, serta telah turut menilai keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Pembelaan yang diketengahkan adalah bahawa OKT tidak pernah ditangkap di tepi jalan sebagaimana dalam pertuduhan dan tidak memegang barang kes dadah di dalam tangan kanannya. Sebaliknya versi Pembelaan adalah bahawa OKT dan tiga orang lagi rakannya sedang duduk bersembang di pondok di rumah SD2 dan telah diserbu oleh anggota polis yang mana tiga orang termasuk OKT telah berjaya ditangkap, manakala seorang lagi rakan mereka berjaya melepaskan diri. Keterangan OKT ini disokong oleh keterangan SD2. OKT menegaskan bahawa dia tidak pernah memegang dadah yang ditemui dalam tangannya, sebaliknya dadah ditemui oleh anggota polis yang membuat serbuan ke atas pondok tersebut. 51. Pembelaan turut mengetengahkan saksi SD3 yang menyatakan bahawa wujud penganiayaan polis terhadap OKT kerana OKT adalah adik SD3 yang telah gagal memberikan kedudukan SD3 kepada pihak polis. SD3 menyatakan yang dia adalah orang yang dikehendaki polis dan oleh kerana SD3 telah berjaya melepaskan diri daripada ditangkap semasa serbuan ke atasnya dilakukan di Jitra, polis telah membuat tangkapan terhadap adiknya iaitu OKT. 52. Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SD2 perlu dipertimbangkan secara berhati-hati kerana SD2 adalah kawan OKT. Di samping itu juga, Pendakwaan telah mengemukakan eksibit P22 iaitu laporan polis tangkapan SD2 sebagai keterangan menyangkal (rebuttal) yang menunjukkan bahawa SD2 sebenarnya tidak ditangkap bersama OKT tetapi ditangkap sehari selepas OKT ditangkap. Pihak Pendakwaan juga menghujahkan bahawa walaupun semasa disoal balas, SD2 menafikan kebenaran kandungan eksibit P22 tersebut dan tetap menegaskan yang SD2 ditangkap pada tarikh dan masa yang sama dengan OKT, tetapi SD2 juga mengakui bahawa SD2 telah dituduh di Mahkamah bagi kes yang melibatkan laporan polis P22 dan telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Dalam hal itu, dihujahkan bahawa SD2 sememangnya tidak ditangkap bersama-sama OKT sebaliknya ditangkap sehari selepas OKT ditangkap. 53. Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan keterangan dikemukakan oleh saksi-saksi pembelaan dan juga keterangan saksi-saksi Pendakwaan mengenai isu-isu yang ditimbulkan ini. Adalah tidak dinafikan bahawa versi Pembelaan di mana OKT tidak ditangkap di tepi jalan sebagaimana dalam pertuduhan sebaliknya ditangkap bersama tiga orang yang lain di pondok berdekatan rumah SD2 telah dikemukakan sejak kes Pendakwaan lagi. Pada pendapat Mahkamah ini, Pembelaan yang diketengahkan bukanlah suatu afterthought kerana telah diketengahkan sejak peringkat kes Pendakwaan lagi. 54. Namun begitu, Mahkamah dalam meneliti keterangan saksi-saksi Pembelaan juga mendapati bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan saksi-saksi Pembelaan sendiri. Sebagaimana diketengahkan dalam hujahan Pendakwaan, keterangan OKT dan SD2 sendiri bercanggah tentang bagaimana mereka boleh dikatakan berada di pondok tersebut. OKT menyatakan bahawa SD2 telah datang ke rumahnya dan membawa OKT ke pondok tersebut. Sedangkan SD2 pula dalam keterangannya menyatakan yang dia hendak ke kedai dan dalam perjalanan tersebut, SD2 telah terjumpa OKT dan membawa OKT ke pondok terbabit. Keterangan OKT dan SD3 juga bercanggah apabila SD3 menyatakan bahawa OKT tidak terlibat dengan dadah, sedangkan OKT sendiri mengakui bahawa dia menagih dadah. 55. Selain itu juga, pihak Pendakwaan telah mengemukakan keterangan menyangkal (rebuttal) terhdap keterangan SD2 melalui eksibit P22. Eksibit P22 jelas menunjukkan bahawa tarikh SD2 ditangkap adalah pada 8.6.2022 iaitu sehari selepas daripada tarikh OKT ditangkap. Walaupun SD2 dalam keterangannya menafikan kandungan eksibit P22 tersebut, tetapi SD2 turut mengakui bahawa dia telah mengaku bersalah bagi pertuduhan terhadapnya yang melibatkan tangkapan seperti dinyatakan dalam eksibit P22 tersebut. Walaupun pihak Pembelaan menghujahkan bahawa eksibit P22 sepatutnya dikemukakan oleh Pendakwaan sejak kes Pendakwaan lagi kerana telah ada dalam simpanan Pendakwaan dari awal lagi, tetapi pada pendapat Mahkamah ini, maklumat-maklumat tentang tangkapan ke atas SD2 hanya timbul apabila SD2 memberikan keterangan. Dalam hal ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa pengemukaan P22 pada peringkat Pembelaan sebagai keterangan menyangkal (rebuttal) telah dikemukakan pada peringkat kes yang betul. 56. Selanjutnya, berkenaan hujahan motif tangkapan OKT berdasarkan keterangan SD3, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa SD3 tiada di tempat kejadian, malahan SD3 sendiri mengakui bahawa dia mengetahui kejadian tangkapan ke atas OKT selepas tangkapan OKT dilakukan. Akan tetapi, sebagaimana dihujahkan oleh Pendakwaan, SD3 sendiri telah mengakui bahawa yang dia tinggal di rumah yang sama dengan OKT, dan tiada alasan untuk pihak polis tidak dapat mencari SD3 dan menangkapnya. Selain itu juga, keterangan SD3 pada pendapat Mahkamah ini perlu diteliti dengan berhati-hati kerana SD3 merupakan abang OKT sendiri yang semasa memberikan keterangan berada dalam tahanan LLPK. 57. Setelah Mahkamah ini meneliti keterangan-keterangan sebagaimana diperjelaskan tadi, Mahkamah perlu juga menentukan sama ada Mahkamah menerima atau tidak versi Pembelaan. Adalah juga dapatan Mahkamah ini bahawa Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT merupakan keterangan yang telah dikemukakan sejak peringkat Pendakwaan lagi yang menunjukkan bahawa pembelaan OKT bukanlah suatu afterthought. Malahan SP3 sendiri juga tidak menafikan bhawa beliau ada membuat tangkapan lain selepas tangkapan OKT yang melibatkan 3 org lain. 58. Setelah meneliti laporan-laporan polis eksibit P12 (laporan tangkapan OKT) dan eksibit P22 (laporan tangkapan SD2), Mahkamah ini mendapati bahawa tempat dan cara tangkapan kedua-duanya adalah hampir sama iaitu ditangkap di tepi jalan di kampung yg sama, dan didapati dadah dalam genggaman tangan kanan kedua-dua tangkapan. Adalah agak janggal bahawa kedua-dua tangkapan yang dikatakan berlaku pada tarikh yang berbeza tetapi berlaku di tempat yang sama iaitu di tepi jalan kampung yang sama turut juga dipegang dalam cara yang sama. Di samping itu, keterangan SD3 juga walaupun dipertimbangkan oleh Mahkamah ini secara berhati-hati tetapi tidak pernah dicabar oleh Pendakwaan. Dalam hal ini Mahkamah ini berpandukan kepada keputusan dlm kes Mohd Radhi bin Yaakob (supra) yang telah memutuskan seperti yang berikut: “In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established ‘reasonable doubt’ test, rather than to delve in the ‘believable and convincing’ test before applying the ‘reasonable doubt’ test.”. [penekanan ditambah] 59. Mahkamah ini berpendapat bahawa walaupun versi Pembelaan adalah tidak benar-benar meyakinkan (not convincing enough) tetapi berdasarkan eksibit-eksibit Pendakwaan sendiri yang menunjukkan kejadian yang hampir sama bagi tangkapan OKT dan SD2, seolah-olah kedua-dua laporan polis tersebut adalah laporan copy n paste, dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap kebersalahan OKT (doubt as to the accused guilt). KEPUTUSAN PADA AKHIR KES PEMBELAAN 60. Sehubungan itu, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa berdasarkan keseluruhan keterangan dikemukakan oleh Pembelaan dan juga pihak Pendakwaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap elemen pemilikan serta pengetahuan OKT terhadap barang kes dadah tersebut dan juga telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran dadah berbahaya. Sehubungan itu, Mahkamah ini turut memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan keseluruhan kes mereka pada tahap melampaui keraguan yang munasabah. Dengan itu, OKT dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dipertuduhkan terhadapnya. Bertarikh 22 Disember 2025. Evawani (Evawani Farisyta binti Mohammad) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (2) Alor Setar, Kedah Timbalan Pendakwa Raya: Tohirah binti Mohd Fauzi Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Peguam bagi pihak OKT: Mohd Fadhly bin Yaacob Mohd Hezeri bin Harun Tetuan Fadhly Yaacob & Co.