Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. ELEMEN PERTAMA: SAMA ADA TERTUDUH TELAH MEMASUKKAN DADAH BERBAHAYA IAITU JENIS AMPHETAMINE METHAMPHETAMINE KE DALAM BADANNYA [13] Dalam pembuktian elemen pertama ini, pihak Pendakwaan boleh mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa ujian yang dibuat ke atas Tertuduh selaras dengan seksyen 31A Akta tersebut. [14] Beban di bahu pihak Pembelaan pula adalah untuk membuktikan sebaliknya seperti yang diperuntukkan di bawah peruntukan tersebut. [15] Dalam berbuat sedemikian, pihak Pembelaan telah menimbulkan beberapa isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah dalam mencapai satu keputusan samada pihak pendakwaan telah membuktikan elemen pertuduhan ini di mana kesemua isu-isu ini akan dikupas satu persatu. Isu Pematuhan Seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 [16] Berkenaan dengan isu ini, pihak pembelaan telah menghujahkan bahawa terdapat ketidakpatuhan prosedur di mana Tertuduh hendaklah dibawa kepada seorang pegawai perubatan sebagai prasyarat di bawah Seksyen 31A ADB 1952. Selain itu, pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa pegawai perubatan telah menolak permohonan pihak polis sebelum pihak polis sendiri mengambil sampel air kencing Tertuduh dan membuat ujian saringan awal terhadap sampel tersebut. [17] Menurut pihak Pembelaan, SP1 yang merupakan pegawai tangkapan dan juga pegawai pemungut sampel air kencing Tertuduh hanya dibenarkan untuk memungut dan menjaga sampel air kencing yang diambil daripada Tertuduh dan tidak dibenarkan untuk melakukan ujian saringan awal terhadap sampel air kencing Tertuduh sebelum dihantar ke makmal. [18] Berkenaan dengan perkara ini, pihak pendakwaan telah membawakan perhatian Mahkamah ini kepada kes Mahkamah Rayuan Public Prosecutor v Samsul Arifin bin Bakar [2019] MLJU 1953. Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa isu pematuhan seksyen 31A ADB 1952 ini telah diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan tersebut. Sebahagian petikan kes tersebut adalah dirujuk sebagai panduan yang diambil oleh Mahkamah ini seperti berikut: [9] Section 31A(1A) which was added as a subsection in 2002 appears to target drugs addicts specifically. As pointed out by the learned Deputy Public Prosecutor, the Parliamentary Secretary who tabled the Bill in Parliament said in his speech that the main aim of 31A(1A) provision is to preserve evidence as it may not be practicable for a medical officer to procure a urine sample from an arrested suspect. The aim of 31A(1A) is also stated in the opening words of the provision, i.e. “For the purpose of preservation of evidence…” To our mind, these words are the key to interpreting this provision. Otherwise, the intention of Parliament in enacting the provision to preserve evidence in the face of the exigencies faced by enforcement authorities while carrying out operations against drug addicts would be defeated. [10] The learned High Court Judge opined that several pre-conditions must be satisfied before a urine sample can be taken by a police officer not below the rank of sergeant. His Lordship said that the police must prove in court that it was not practicable for a medical officer to obtain the urine sample from the arrested person. His Lordship also said that the determination whether the procurement of the urine sample by a medical officer is practicable must be made by the medical officer himself. In our view, such a reading of the provision is not warranted by the words of section 31A(1A). If the police are obligated to wait for the determination of the medical officer, precious time would be wasted and it is possible that traces of drugs in the body of a suspect would have disappeared by the time the urine sample is obtained. [11] In respect of the argument that the police have to “prove” that it was not practicable to send the suspect to the hospital for the medical officer to obtain the urine sample, we note that section 31A(1A) does not impose that duty. It is a provision designed to preserve evidence depending on constraints of the situation faced by the enforcement authorities. Therefore, the test result from a urine sample is not rendered inadmissible merely because the police could not prove that sending the suspect to see a medical officer to take a urine sample is not practicable. [19] Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa isu pematuhan seksyen 31A ADB 1952 ini telah diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan tersebut. [20] Dengan penelitian kepada kes Samsul Arifin bin Bakar di atas, pada pandangan Mahkamah ini, prosedur di bawah seksyen 31A ADB ini telah dipatuhi yang mana pengambilan sampel air kencing Tertuduh oleh SP1, selaku seorang Inspektor Polis tanpa mendapatkan mahupun membuktikan usaha mendapatkan Pegawai Perubatan, adalah masih dalam ruang lingkup seksyen 31A ADB. [21] Dalam kes tersebut juga, Mahkamah telah merujuk kepada satu lagi kes Mahkamah Rayuan iaitu PP Iwn. Mohd Safwan Husain [2017] 7 CLJ 685 di mana kegagalan untuk mematuhi kehendak seksyen 31A ADB tidak membuatkan bukti yang diperoleh hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan (inadmissible evidence). [36] Harus juga dicatat lanjut bahawa s. 31A ADB 1952 tidak menyebut di mana-mana bahawa kegagalan untuk mematuhi kehendak di situ boleh membuatkan apa jua bukti yang diperoleh hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan akan menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan (inadmissible). Ini berbeza dengan peruntukan s. 113 KTJ ataupun s. 37A ADB 1952 yang memperuntukkan dengan jelas bahawa percakapan tertuduh selepas ditangkap dan tanpa diberikan kata-kata amaran tidak boleh diterima sebagai keterangan (inadmissible). Sepertimana yang dinyatakan di atas berkenaan dengan objektif s. 31A, seksyen ini memberikan keabsahan undang-undang (lawfulness) ke atas tindakan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai atau orang yang disenaraikan dalam mengambil sampel dan membuat pemeriksaan ke atas orang yang ditangkap. Pada pandangan kami itulah dasar utama peruntukan s. 31A ini. Pada pengamatan kami lagi, skema peruntukan tersebut jelas membezakan antara pemberian kebenaran viz-a-viz kesahan dengan kerelevanan sesuatu bahan bukti yang diperoleh daripada tindakan tersebut. Ini dapat dilihat daripada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam s. 31A(1A) itu sendiri iaitu "for the purpose of preservation of evidence...". Dari sudut ini, penghujahan TPR berkenaan dengan kebolehterimaan keterangan yang relevan, di sini sampel darah yang diambil, walaupun diperoleh secara tidak sah, diwajarkan untuk diterima masuk sebagai keterangan sepertimana diperjelaskan dalam kes Karuma v. The Queen [1955] AC 197, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2015] 2 CLJ 145. Dari sudut ini, kami berpendapat terdapatnya merit dalam penghujahan ini. [22] Rujukan berkenaan posisi undang-undang ini juga diambil daripada kes Mahkamah Tinggi dalam Public Prosecutor v Saiful Bahari bin Mohamad [2020] MLJU 2237, antara lain. [23] Jadi, berkenaan persoalan samada kehendak Seksyen 31A ADB 1952 adalah dipatuhi, Mahkamah ini berpendapat bahawa kehendak peruntukan undang-undang tersebut adalah dipatuhi di mana tindakan SP1 dalam kes ini adalah masih dalam ruang lingkup seksyen 31A ADB. Prosedur Pengambilan Air Kencing Tertuduh [24] Selanjutnya, Mahkamah menyentuh berkenaan isu prosedur pengambilan air kencing Tertuduh. Bagi isu berkenaan sama ada pengambilan satu botol sampel air kencing daripada Tertuduh adalah fatal ataupun tidak, seperti dimaklumi, terdapat 2 kes Mahkamah Rayuan yang bercanggah iaitu Pendakwa Raya lwn Rosman bin Saprey dan satu lagi rayuan [2018] 4 MLJ 139; [2019] 4 CLJ 767 dan Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460; [2017] 4 CLJ 434. [25] Dalam konteks ini, adalah menjadi prinsip undang-undang mantap seperti diputuskan dalam kes Dalip Bhagwan Singh v. PP [1997] 4 CLJ 645 bahawa apabila terdapat dua keputusan Mahkamah Rayuan yang bercanggah berkenaan satu perkara undang-undang, keputusan yang terkemudian mengatasi keputusan terdahulu selaras dengan prinsip stare decisis. [26] Peringatan juga telah diberikan oleh YA Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu) dalam kes Mahkamah Rayuan Periasamy s/o Sinnapan & Anor v Public Prosecutor [1996] 2 MLJ 557; [1996] 3 CLJ 187 seperti berikut: We may add that it does not augur well for judicial discipline when a High Court judge treats the decision of the Supreme Court with little or no respect in disobedience to the well-entrenched doctrine of stare decisis. We trust that the occasion will never arise again when we have to remind High Court judges that they are bound by all judgments of this court and of the Federal Court and they must, despite any misgivings a judge may entertain as to the correctness of a particular judgment of either court, apply the law as stated therein. [27] Maka, Mahkamah ini terikat dan sewajarnya berpandukan kepada kes Rosman bin Saprey [supra] dan bukannya Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi [supra] dalam memutuskan bahawa pengambilan satu botol sampel air kencing daripada Tertuduh adalah tidak fatal. [28] Posisi ini juga disahkan dalam kes yang menjadi antara kes sandaran utama pihak pembelaan iaitu Public Prosecutor v Ahmad Saiful Islam bin Mohamad [2023] 2 MLJ 950 seperti berikut: (1) In terms of judicial hierarchy, the principles governing the Federal Court in Dalip Bhagwan Singh were equally applicable to the Court of Appeal in such instances. For the present appeal, when two decisions of the Court of Appeal conflicted on a point of law, the later decision prevailed over the earlier decision. If the subordinate courts could choose either decision of the Court of Appeal, there would be no finality to the issue and no certainty in the law. This would defeat the purpose of judicial precedent and the doctrine of stare decisis. Judicial hierarchy must be observed for the orderly development of legal rules and for the courts and lawyers to regulate their affairs, and to avoid chaos and misapprehensions in the judicial system. The learned magistrate was correct when he followed the decision in Rosman Saprey as he was bound by it. Therefore, the failure of the police to collect the respondent’s urine sample in two bottles was not fatal to the prosecution’s case. On this issue, the court disagreed with the decision of the learned High Court judge (see paras 42–44, 47 & 50). [29] Walaupun demikian, seperti yang dihujahkan oleh pihak Pembelaan, dinyatakan juga dalam kes Ahmad Saiful Islam [supra] ini, kepentingan terhadap penjagaan integriti sampel air kencing agar tidak dikacauganggu atau tercemar perlulah diberikan kepentingan yang sangat utama kerana sampel air kencing seorang Tertuduh merupakan tunjang/asas kepada sesuatu pertuduhan atau pembelaan Tertuduh tersebut. [30] Dalam kes semasa, pihak polis (khususnya SP1 dan SP4) telah memberikan keterangan bahawa sebanyak 6 keping test strip telah dimasukkan dalam sampel air kencing Tertuduh. Pihak pembelaan selanjutnya mencadangkan kepada SP5 selaku Pegawai Sains bahawa sampel air kencing yang dihantar kepadanya kemungkinan tercemar di mana SP5 mengesahkan bahawa beliau tidak pasti sama ada sampel air kencing yang dihantar telah tercemar sebelum spesimen air kencing dihantar kepadanya untuk dianalisis. Pemeriksaan Balas SP5 pada 28 Julai 2025 63. PB: Sekarang saya rujuk kepada P12, puan tengok borang. Puan tengok bahagian 2, di sebelah kanan sekali, C, apa puan faham dengan kotak ‘x’ bahagian C ini? Bila puan terima borang ini apa puan faham? SP5: Memohon untuk ujian ATS, Amphetamine Type Stimulant. Terdiri daripada Amphetamine, Methamphetamine, MDA dan MDMA 64. PB: Semua ini, semua jenis ujian ini saringan awal boleh dibuat dengan test strip, betul? Not pengesanan, puan buat pengesanan di makmal. SP5: Saya buat ujian saringan dan pengesahan di makmal 65. PB: Screening and confirmation Tuan. Tapi di tempat pungut hanya saringan? SP5: Di luar pengetahuan saya 66. PB: Soalan saya puan, secara am, puan tahu tak, dekat luar bahagian department lah, polis, AADK, dan Kastam, bila dia ambil spesimen air kencing daripada orang awam ataupun daripada kakitangan kerajaan sebelum dihantar ke makmal mereka buat saringan awal dengan menggunakan test strip? SP5: Di luar pengetahuan saya 67. PB: Bukan dalam kes ini, secara am lah? SP5: Di luar pengetahuan saya, sebab tiada rasmi 68. PB: Maka dengan basis itu, dengan jawapan puan, setuju dengan saya, adalah penting untuk pegawai pemungut apabila mengambil contoh air kencing untuk dibuat saringan dan pengesanan oleh makmal, spesimen itu tidak dikacauganggu dengan apa cara sekalipun? SP5: Setuju 69. PB: So dalam kes ini spesimen yang puan terima melalui Norhadi, puan tidak dimaklumkan samada oleh Norhadi ataupun pihak polis dalam kes ini bahawa “Puan kami telahpun mengusik ataupun mengusik spesimen ini iaitu air kencing lah, atau membuat saringan spesimen air kencing dalam botol C0005543 sebelum diserahkan kepada Puan”, ada maklum pada puan? SP5: Tiada, tidak ada maklum 70. PB: So oleh itu, apa-apa yang berlaku sebelum 8/8/2022 jam 12 tengah hari puan tidak tahu kepada spesimen tersebut? SP5: Ya betul [31] Seperti dinyatakan sebelum ini, keadaan yang sama telah disentuh dalam kes Ahmad Saiful Islam [supra] di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: [55] Secondly, the learned counsel for the respondent during the trial before the learned magistrate raised the issue on the possibility of the urine sample being contaminated during the screening test conducted by the police. There was no clear evidence adduced by the prosecution to address this issue. Even SP5 in her evidence during cross-examination stated that she was not sure whether the respondent’s urine sample was contaminated prior to the urine specimen being delivered to her for analysis. There was also no clarification sought by the learned DPP on this issue during re-examination. [56] Based on the above, we agree with the learned counsel for the respondent that the respondent’s conviction by the learned magistrate was unsafe. [32] Dalam keadaan ketidakpastian oleh SP5 juga dalam kes ini, ketulenan integriti sampel air kencing tidak dapat dipastikan oleh mana-mana pihak. Ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan sama ada sampel air kencing yang dihantar untuk analisa adalah tercemar ataupun tidak. Identiti Barang Kes [33] Maka, selanjutnya, Mahkamah mula meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan berkenaan identiti barang kes yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. [34] Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa barang kes yang menjadi asas kepada satu pertuduhan di bawah S. 15(1)(a) ADB 1952 ialah sampel air kencing itu sendiri, serta botol yang mengandungi sampel air kencing tersebut. [35] Dalam kes semasa, botol yang mengandungi sampel air kencing telah dikemukakan kepada Mahkamah dan ditandakan sebagai P5, manakala gambar botol urin tersebut telah ditandakan sebagai P9(A-L). [36] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpeluang untuk melihat sendiri botol urin yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Penelitian lanjut Mahkamah terhadap gambar botol urin yang dikemukakan mendapati bahawa tiada tandaan dibuat pada mana-mana kotak dalam label di atas botol sampel air kencing (di bahagian jenis dadah yang dikenalpasti dalam ujian saringan awal) yang dihantar untuk analisa ke Jabatan Kimia. Namun demikian, ketika dirujuk botol urin secara fizikal di Mahkamah (P5), terdapat pula tandaan ‘x’ di kotak “meth” pada botol urin yang dikemukakan tersebut. [37] Kewujudan perbezaan antara botol urin fizikal dan gambar botol urin ini telah ditimbulkan dan dicadangkan kepada kesemua saksi-saksi pendakwaan iaitu SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP5 dan nyata kesemua saksi pendakwaan bersetuju bahawa sememangnya gambar botol urin dan botol urin fizikal yang dikemukakan di Mahkamah adalah berbeza di mana terdapat tandaan ‘x’ di kotak “meth” pada botol urin fizikal yang dikemukakan sedangkan tiada sebarang tandaan dibuat pada gambar botol urin tersebut. [38] Ketika diminta penjelasan berkenaan perbezaan antara barang kes (botol urin) dan gambar barang kes (gambar botol urin) ini oleh pihak pembelaan, Mahkamah mendapati terdapat percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam memberikan penjelasan berkenaan isu ini. Pemeriksaan Balas SP1 pada 4 Disember 2025 85. PB: Kamu kata botol yang kamu hantar, selain tanda tangan dan semua catitan, ada satu kolumn yang bawah sekali? SP1: Kolumn keputusan meth 86. PB: What is the finding yang kamu catit? 87. PB: Kamu akan serah kepada IO? SP1: Dalam botol ni tak tanda 88. PB: Kamu akan serah dengan keputusan betul? ......... 95. PB: Bawah sekali, kolumn itu, botol di gambar ini, gambar D dan H, bottle which is shown to the court tiada apa-apa tanda keputusan saringan awal kamu sebagai meth? SP1: Dalam gambar ni tiada 96. PB: Oleh itu, pengecaman yang kamu buat di mahkamah hanya berdasarkan kepada kamu? DPP minta kamu tengok gambar dan camkan, never produced the bottle? SP1: Ada botol Botol urin (P5) dirujuk 97. PB: Ada atau tak dalam botol, catitan keputusan botol yang kamu hantar? SP1: Ada 98. PB: Oleh itu, botol yang kamu beri pada IO ada tanda meth? 99. PB: Tapi di dalam gambar D dan H, kolumn meth tiada tanda ‘x’? 100. PB: Saya katakan, botol yang kamu kata kamu serah pada IO adalah satu botol yang kamu katakan lengkap dengan semua butir yang kamu beri? 101. PB: Saya katakan, gambar botol yang dikemukakan di Mahkamah ialah gambar yang berbeza dengan botol, catitan di botol? SP1: Ada beza [39] Pada awalnya, SP1 menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan botol urin dengan butiran-butiran yang lengkap termasuk tandaan pada kotak ‘meth’ tersebut. Namun kemudiannya, semasa pemeriksaan semula, SP1 menyatakan bahawa tandaan itu mungkin dibuat oleh SP2, Pegawai Penyiasat yang menyedari tiada tandaan pada kotak keputusan jenis dadah pada botol tersebut. [40] Semasa ditanyakan kepada SP2 pula, SP2 menyatakan bahawa beliau sendiri yang membuat tandaan tersebut setelah disuruh oleh SP1, walaupun beliau sedar bahawa beliau tidak boleh membuat sebarang kacauganggu kepada barang kes (dan perkara ini (sekiranya dilakukan juga) tidak dicatat dalam diari siasatan beliau). Pada masa yang sama, SP2 juga mengakui bahawa beliau ada berbincang dengan SP1 berkenaan isu penandaan botol ini sebelum memberikan keterangan di Mahkamah. [41] Peguambela Tertuduh juga mencadangkan bahawa tandaan yang dibuat oleh SP1 atau SP2 ini adalah dibuat selepas barang kes ini diterima balik dan sebelum dibawa ke Mahkamah di mana SP2 juga bersetuju dengan cadangan tersebut. SP2 juga bersetuju bahawa beliau menghantar botol yang tidak bertanda kepada Jabatan Patologi. Kemudiannya, di akhir sesi pemeriksaan semula pula, semasa disoal oleh TPR terpelajar untuk mendapatkan penjelasan berkenaan bila sebenarnya penandaan tersebut dibuat, SP2 menyatakan bahawa beliau membuat penandaan pada tarikh hari kejadian beliau menghantar botol ke patologi. [42] Keterangan-keterangan SP2 berkaitan dengan isu ini adalah dipetik semula bagi kemudahan rujukan: Pemeriksaan Utama SP2 pada 17 Mac 2025 50. TPR: Insp rujuk gambar botol urin dan botol urin secara fizikal. Gambar botol gambar ID9, D, H, J. Boleh Insp jelaskan kenapa dalam gambar tiada tandaan pada kolumn keputusan di bawah itu tapi botol fizikal ada tandaan? SP2: Setelah saya ambil gambar dan cetak gambar tersebut, saya telah perasan pada bahagian kolumn dadah jenis Meth, tidak ditandakan oleh Pengadu. Kemudiannya saya maklumkan pada pengadu dan pengadu minta saya tandakan pada kolumn tersebut sebelum dihantar ke Patologi. Pemeriksaan Balas SP2 pada 28 Julai 2025 64. PB: So dalam kes ini botol yang kamu terima seperti dalam gambar dan kamu anggap, kamu katakan kamu hantar pada pegawai patologi adalah botol yang tidak ada tandaan dalam kotak-kotak di bahagian bawah botol itu iaitu lebih kurang 6 jenis kotak, betul? SP2: Betul ..... 90. PB: So sekarang lihat gambar P10 yang awak ambil, dengan gambar P9 (D & H). Dengan botol itu, P5. Setuju ada perbezaan? 91. PB: Dalam P9, setuju dengan saya tidak ada satu gambar pun yang menunjukkan botol yang kamu hantar kepada Jabatan Patologi yang ada tanda ‘x’ dalam kotak Meth? Setuju? SP2: Setuju 92. PB: Tiada satu gambar pun eh. So secara rumusannya, masa kamu terima kamu ada ambil gambar dan hantar dan juga dalam tengok P3, serah menyerah, tiada apa-apa catitan tandaan Meth pada botol itu? SP2: Setuju ..... 95. PB: Sebelum bagi keterangan di Mahkamah, kamu sebagai IO juga ada datang ke Mahkamah? 96. PB: Ada juga Tn Shashi ada sini kan? 97. PB: Dan ada bincang hal ini, isu botol ada tanda, dalam gambar tiada tanda, ada kan? 98. PB: Dan pada masa itu, dalam perbincangan itu ada you, cuba cari satu jawapan bagaimana tanda dekat botol itu ada, sedangkan dalam gambar tiada? SP2: Setuju 99. PB: Dan Shashi telah maklumkan pada kamu bahawa dia telah memberi keterangan bahawa dia telah maklumkan pada kamu untuk tandakan pada botol itu? SP2: Ya 100. PB: Dan mengatakan bahawa botol itu penandaan IO, kamu, ada buat penandaan pada botol? Itu perbincangan kamu? Setuju? SP2: Setuju 101. PB: Dan justeru itu, kamu juga sebelum saya soal masa puan soal kamu telah memberi jawapan seperti perbincangan dengan Shashi bahawa pengadu minta kamu untuk menandakan di botol itu? SP2: Setuju ..... 109. PB: Oleh itu saya cadangkan kepada kamu, tandaan, sekiranya apa-apa tandaan ini dibuat, adalah dibuat oleh Shashi ataupun kamu, selepas barang kes ini diterima balik sebelum dibawa ke Mahkamah? Sebelum dikemukakan ke Mahkamah? SP2: Setuju 110. PB: Baik. Selepas tandaan dibuat tiada sebarang gambar diambil terhadap botol ini? SP2: Betul Pemeriksaan Semula SP2 pada 28 Julai 2025 11. TPR: Insp sendiri yang tandakan kolumn ‘x’ di Meth, betul tak? SP2: Betul 12. TPR: Tapi bila peguam cadangkan sekiranya apa-apa tandaan dibuat, adalah dibuat oleh Insp Shashi ataupun Insp sendiri. Peguam ada bagi 2 kebarangkalian, samada Insp Shashi yang buat tandaan itu atau Insp yang buat tandaan itu. Insp setuju, tapi Insp sebelum ini jawab tandaan itu Insp sendiri yang buat. Jadi kenapa Insp setuju dengan cadangan peguam ada juga kebarangkalian Insp Shashi buat tandaan? SP2: Tiada, hanya saya yang buat tandaan 13. TPR: Tadi peguam cadangkan kamu tidak boleh dan tidak berhak membuat tandaan pada kolumn Meth mengikut SOP dan Insp jawab setuju, boleh Insp jelaskan kenapa Insp ada membuat tandaan pada kolumn Meth tersebut walaupun Insp kata mengikut SOP Insp tidak boleh buat penandaan? SP2: Mengikut SOP memang saya tak boleh buat tandaan, tetapi semasa menghantar botol patologi mahukan kolumn jenis dadah ditandakan ...... 17. TPR: Berkenaan cadangan tadi itu, peguam ada cadangkan, justeru itu, kamu telah di peringkat EIC kamu telah berikan jawapan masa perbincangan dengan Insp Shashi bahawa dia minta kamu tanda pada botol, dan Insp setuju. Boleh Insp jelaskan jawapan Insp, yang peguam cadang ini? SP2: Saya hanya membuat tandaan selepas diminta oleh Insp Shashi 18. TPR: Peguam cadangkan Insp juga tak boleh ingat bila penandaan itu dibuat, Insp jawab saya boleh ingat. Boleh Insp beritahu bila? SP2: Pada tarikh hari kejadian saya hantar botol ke patologi [43] Dalam keadaan sebegini dan diteliti keterangan SP2 khususnya berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati percanggahan dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan ini telah menimbulkan satu tanda tanya iaitu; siapakah sebenarnya yang membuat tandaan tersebut di kotak ‘meth’ pada botol urin tersebut dan bilakah tandaan tersebut sebenarnya dibuat. [44] Seperti dinyatakan dalam kes Mahkamah Rayuan Sabarudin Non v PP [2005] 4 MLJ 37 yang dipetik oleh pihak pendakwaan, benar, kewujudan percanggahan antara keterangan-keterangan saksi adalah tidak boleh dinafikan dalam kebanyakan kes dan percanggahan tersebut tidak semestinya menggoyahkan kredibiliti seseorang saksi. Namun demikian, persoalan yang perlu ditanya oleh Mahkamah ini sebagai Mahkamah perbicaraan ialah samada percanggahan tersebut adalah material atau tidak; dan dalam kes ini percanggahan ini berlaku kepada asas pertuduhan di bawah S. 15(1)(a) ADB 1952 iaitu botol urin itu sendiri. [45] Maka, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini untuk memberikan pertimbangan yang berat kepada percanggahan tersebut dan atas konteks ini, Mahkamah ini percaya percanggahan tersebut adalah satu percanggahan yang material kepada kes pendakwaan. [46] Tambahan pula, apabila dihadapkan dengan situasi atau keterangan yang bercanggah sebegini di mana terdapat dua atau lebih keterangan berbeza yang menimbulkan inferens yang berbeza seperti di atas, maka adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk memilih inferens yang berpihak atau bermanfaat kepada Tertuduh (lihat PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 332): “The function of the court in a criminal trial is to find whether the person arraigned before it as the accused is guilty of the offence with which he is charged. For this purpose the court scans the material on record to find whether there is any reliable and trustworthy evidence upon the basis of which it is possible to found the conviction of the accused and to hold that he is guilty of the offence with which he is charged. If in a case the prosecution leads two sets of evidence, each one of which contradicts and strikes at the other and shows it to be unreliable, the result would necessarily be that the court would be left with no reliable and trustworthy evidence upon which the conviction of the accused might be based. Inevitably, the accused would have the benefit of such a situation. I have also found in the prosecution case the following infirmities and unsatisfactory features which makes it unsafe for me to call the accused to enter upon his defence...” [47] Adalah tidak boleh dinafikan bahawa identiti barang kes adalah sangat penting dan sebarang percanggahan berkenaan identiti barang kes tanpa sebarang penjelasan yang munasabah boleh mengakibatkan kelompangan dalam kes pihak pendakwaan sekaligus menjejaskan pergerakan dan rantaian keterangan barang kes (chain of evidence). [48] Kepentingan penjagaan rantaian keterangan barang kes ini telah diperjelaskan dengan lanjut dalam kes Public Prosecutor v Sim, Odita, Muhammad Sdn Bhd [2008] 7 MLJ 164: “(i) The law on break in chain of evidence is an area of law which has a close connection with the law of evidence in particular and also the general principles of criminal law and procedure, to meet out substantive justice on the basis of beyond reasonable doubt. (ii) The cardinal principle in a criminal trial is based on the golden rule that the prosecution must prove its case beyond reasonable doubt. In the Supreme Court case of Teoh Hoe Chye v Public Prosecutor and Yeap Teong Tean v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 220 it was held that ‘the law is clear that it is unnecessary to call evidence to ensure that there is no break in the chain of evidence but where a doubt arises as to the identity of an exhibit, a failure to adduce evidence to provide the necessary link in the chain of evidence would be fatal to the prosecution case.’ (iii) .... It is the duty of the prosecution to explain the gap in the manner the exhibits being handled. However, the prosecution failed to adduce evidence to explain the gap. In the premises, the learned sessions court judge had properly decided that there was break in the chain of evidence which was fatal to the prosecution's case. ...... The issue of break in chain of evidence is normally considered by the court before coming to a conclusion whether the prosecution has proved its case against the accused beyond reasonable doubt. The accused is eligible to an acquittal, if there is break in chain of evidence and or gap occurs in prosecution's case. Thus, it is important for the prosecution to ensure that there is no break in the chain of evidence adduced before the court. When chain of evidence is broken and subsequently due to the break doubt arises on prosecution's case, it is the duty of the prosecution to remedy the break and or to fill in the gap. Failure of the prosecution to remedy or to fill the gap will absolutely create doubt in the mind of the court. Once doubt is created, prosecution's case fails and this would benefit the accused, and accordingly the accused shall be eligible to an acquittal and discharge. In the case of Mohd Osman bin Pawan [1989] 2 MLJ 110 it was held ‘in a serious case such as trafficking in drugs it is pertinent to emphasize again that investigating officers should not treat the custody of exhibits lightly so as to leave a gap in the chain of evidence relating to the exhibits before their production to court. For reasons stated above, I take the view that the decision of the learned sessions judge ought not to be disturbed. In consequence, the appeal is dismissed. I hereby order so.” [49] Berbalik kepada kes semasa, percanggahan antara gambar barang kes dan barang kes ini telah memutuskan rantaian keterangan barang kes (chain of evidence) sekaligus membuka satu kelompangan yang besar dalam kes pendakwaan, khususnya dalam keadaan di mana pemutusan rantaian keterangan ini berlaku ke atas asas kepada keseluruhan kes ini, iaitu botol urin itu sendiri. Ini pada pandangan Mahkamah, adalah fatal kepada kes pendakwaan. [50] Pada peringkat ini, Mahkamah sekali lagi merujuk dan mengambil panduan daripada kes Ahmad Saiful Islam [supra] di mana situasi yang serupa berlaku sepertimana dalam kes semasa. Petikan yang berkaitan adalah diperturunkan seperti berikut: [52] Firstly, as correctly pointed out by the learned counsel for the respondent, there was a major discrepancy in the labelling of the urine sample bottle. The label on the bottle stated that the sample was taken on 5 January 2018 which was not the actual date when the raid was conducted and the urine sample was taken, according to the prosecution’s witnesses. [53] SP1 admitted to the discrepancy in the date on the urine sample bottle and explained that it was a mere human error. If this was true, there should have been some effort on the part of SP1 to amend, correct or revise the discrepancy on the urine sample bottle before sending it for analysis, but there was none in the present case. [54] To our minds, the prosecution has to ensure that the urine specimen in the bottle which was sent to SP5 for analysis was actually taken from or belonged to the respondent. In the absence of any DNA evidence, the prosecution must ensure that there is no mistake in the labelling of the bottle which would otherwise affect the identity and credibility of the respondent’s urine sample. There must not be any break in the chain of evidence. Anything short would definitely raise serious doubts as to whether the urine sample was actually taken on the day in question and whether the urine sample actually belonged to the respondent. [51] Situasi seperti dalam kes Ahmad Saiful Islam [supra] boleh dicerminkan dengan kes di hadapan Mahkamah ini. Dalam kes semasa, sememangnya terdapat percanggahan antara gambar botol urin dan botol urin secara fizikal yang dikemukakan kepada Mahkamah, dan percanggahan ini, pada pandangan Mahkamah, adalah tidak dapat diperjelaskan oleh saksi-saksi pendakwaan. [52] Sekalipun sekiranya benar penandaan pada botol tersebut dibuat oleh SP2, ini menjurus kepada kacauganggu kepada barang kes/eksibit (tampering of exhibit) kerana SP2 bukanlah pemungut spesimen sampel air kencing Tertuduh, mahupun pegawai yang menjalankan ujian saringan awal terhadap sampel tersebut. Tambahan pula, SP2 sendiri mengakui bahawa beliau tidak sepatutnya membuat sebarang perubahan kepada botol urin yang diterima daripada pegawai serbuan, SP1. [53] Lebih-lebih lagi, dalam kes ini, semasa ujian saringan awal dibuat terhadap sampel air kencing Tertuduh, terdapat 6 test strip yang dimasukkan ke dalam sampel tersebut iaitu “Opium, Meth, Keth, Amp, Cannabis (THC) dan Benzo”, namun hanya satu test strip yang menunjukkan tanda positif iaitu dadah jenis Methamphetamine. Perlu diambil perhatian bahawa dadah jenis Amphetamine tidak dikesan semasa ujian saringan awal dijalankan, walaupun test strip jenis Amphetamine telah dicelupkan juga ke dalam botol sampel air kencing yang diambil daripada Tertuduh. [54] Kemudian satu botol sampel air kencing telah dihantar kepada Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa, di mana hasil analisa SP5 mendapati bahawa sampel air kencing telah didapati mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. [55] Benar bahawa SP5 memberikan keterangan bahawa kedua-dua jenis dadah ini adalah tergolong dalam Amphetamine-Type-Stimulant (ATS), namun perlu diberikan perhatian bahawa pokok persoalan yang menjadi asas pertuduhan ialah jenis dadah tersebut dan bukannya klasifikasi dadah tersebut. Lebih-lebih lagi dalam kes ini, terdapat ketidakselarasan antara keputusan ujian saringan awal yang dilakukan oleh pihak polis dan juga ujian pengesahan daripada Jabatan Kimia Malaysia. [56] Pada pandangan Mahkamah ini, kedua-dua Amphetamine dan Methamphetamine adalah jenis dadah yang berbeza. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk menjelaskan mengapa Amphetamine, yang tidak dikesan daripada keputusan ujian saringan awal, kemudiannya dikesan dalam ujian pengesahan, khususnya dalam keadaan terdapat percanggahan yang jelas antara gambar botol urin dan botol urin fizikal yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. Tiada penjelasan sebegitu ditawarkan sepanjang perbicaraan ini dan dalam konteks ini, Mahkamah dibiarkan dalam keadaan ragu-ragu sama ada sampel yang dianalisis oleh SP5 adalah, sebenarnya, sampel yang sama diambil daripada Tertuduh. [57] Apabila dipertimbangkan bersama-sama dengan dapatan Mahkamah mengenai rantaian keterangan, percanggahan keterangan saksi pendakwaan berserta ketidakkonsistenan yang tidak dapat diselesaikan, ini menimbulkan satu keraguan yang serius terhadap integriti sampel itu sendiri. Berkenaan dengan ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mohd Azmeer Yusnar bin Romli lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 1905 di mana Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut juga memutuskan berkenaan isu percanggahan keterangan mengenai identiti botol urin: “[43] Memandangkan pihak pendakwaan bergantung kepada urin semata-mata untuk membuktikan Perayu telah menggunakan dadah berbahaya sebagaimana Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan secara prima facie bahawa urin dan botol urin itu adalah kepunyaan Perayu. Pembuktian mengenai identiti pemunya urin dan botol urin tersebut boleh dibuat melalui maklumat yang terdapat pada label botol urin tersebut. Justeru, pihak pendakwaan hendaklah memastikan keterangan mengenai maklumat yang dicatatkan oleh SP4 pada label botol urin itu adalah sama dengan maklumat pada label botol urin yang diterima dan dianalisa oleh SP3. [44] Sungguhpun begitu, berdasarkan pemeriksaan dan penilaian Mahkamah ini terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut didapati wujud percanggahan yang material mengenai butiran maklumat pada label botol urin tersebut. ..... [48] Pada pendapat Mahkamah ini, percanggahan keterangan saksi-saksi pendakwaan mengenai kewujudan nombor siri botol pada label botol urin tersebut adalah serius dan telah menimbulkan keraguan terhadap identiti botol urin itu, iaitu sama ada botol urin yang digunakan oleh SP4 untuk mengambil urin Perayu dan dilabelkan di Balai Polis Arau tersebut adalah botol urin yang sama yang diserahkan oleh SP5 kepada SP3 untuk dianalisa. [49] Memandangkan wujudnya percanggahan keterangan mengenai identiti botol urin tersebut, pada pendapat Mahkamah ini adalah tidak selamat untuk mensabitkan kesalahan Perayu berdasarkan keterangan-keterangan tersebut. ..... [63] Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati terdapat percanggahan mengenai jenis dadah yang disebut dalam Pertuduhan tersebut dengan Ekshibit P4. Dalam Pertuduhan tersebut, Perayu telah dituduh menggunakan dadah berbahaya jenis methamphetamine, sedangkan keputusan urin dalam Ekshibit P4 menunjukkan dadah itu ialah jenis amphetamine dan methamphetamine. Di bawah Bahagian III, Jadual Pertama, ADB, amphetamine dan methamphetamine adalah dua jenis dadah yang berbeza. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana didapati tidak mengambil kira perbezaan jenis dadah yang terdapat dalam Pertuduhan tersebut dan Ekshibit P4 dalam keputusannya. [64] Pihak pendakwaan sepatutnya cermat dan berhati-hati dalam merangka sesuatu pertuduhan ke atas tertuduh supaya ia tidak bercanggah dengan keterangan pihak pendakwaan sendiri. Dalam kes ini, tiada penjelasan diberikan oleh pihak pendakwaan mengapa berlaku perbezaan jenis dadah dalam Pertuduhan tersebut dengan Ekshibit P4. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati percanggahan tersebut adalah material dan telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan. Isu perbezaan jenis dadah tersebut sepatutnya diambil kira dan dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana semasa membuat penilaian maksimum di akhir kes pendakwaan.” [58] Rujukan juga dibuat kepada kes Syafiq Syazwan bin Abdul Jalil lwn Pendakwa Raya [2017] MLJU 591) berkenaan isu perbezaan jenis dadah ini. [59] Maka, melihat segala keadaan sedemikian, ini bukan sahaja memutuskan rantaian keterangan barang kes, malah menimbulkan satu lagi tanda tanya dan keraguan yang material dalam kes ini iaitu adakah botol urin yang mengandungi satu spesimen sampel air kencing yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa adalah benar-benar milik Tertuduh? [60] Dibayangi persoalan ini, Mahkamah percaya faedah keraguan ini seharusnya diberikan kepada Tertuduh. Isu-Isu Lain [61] Berkenaan dengan isu-isu lain yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan seperti dinyatakan dalam hujahan bertulis (eg: keraguan mengenai seal tape biru, keraguan pada tanda tangan SP1 pada stiker label pada botol urin, cara penyimpanan dan serahan botol urin, dan keraguan pada borang UPD), Mahkamah berpandangan bahawa isu-isu tersebut adalah tidak bermerit atau agak remeh di mana Mahkamah tidak berhasrat untuk menyentuh isu-isu tersebut secara terperinci. [62] Namun, berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan di atas dan keraguan yang berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan, bagi menjawab persoalan sama ada Tertuduh telah memasukkan dadah berbahaya iaitu jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badannya, Mahkamah mendapati bahawa elemen pertama pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas Tertuduh adalah tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. ELEMEN KEDUA: SAMA ADA AMPHETAMINE METHAMPHETAMINE YANG DIKESAN DALAM AIR KENCING TERTUDUH MERUPAKAN DADAH BERBAHAYA YANG DISENARAIKAN DI JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 [63] Dalam pembuktian elemen kedua ini, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan daripada Pegawai Sains (SP5) dan Laporan Patologi (P13). [64] Dalam konteks ini, Mahkamah ini mengambil panduan daripada kes Mahkamah Agung Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa: "We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the Court is entitled to accept the opinion of the expert of its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into the details of what he did in the laboratory, step by step." [65] Selanjutnya dalam kes In PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426, Mahkamah Agung juga merujuk kepada perenggan dalam kes Munusamy v PP [supra] di atas dan menjelaskan perkara tersebut seperti berikut: “Two things are implicit in that passage. First, unless the evidence is so inherently incredible that no reasonable person can believe it to be true it should be accepted as prima facie evidence. Second, so long as the evidence is credible there is no necessity for the chemist to show in detail what he did in his laboratory. In our view the evidence of the chemist in this case was more than sufficient as basis to call for the defence granted that all the other ingredients of the offence had been successfully proved.” [66] Prinsip ini juga diikuti oleh kes-kes Mahkamah Atasan seperti Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, dan Khoo Hi Chiang v PP [1994] 1 MLJ 265. [67] Berkenaan dengan perkara ini, SP5 telah mengesahkan penemuan beliau bahawa setelah membuat analisa pada sampel air kencing yang diberikan kepada beliau, beliau mendapati bahawa sampel tersebut mengandungi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine sebagaimana disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti yang dinyatakan dalam keterangan beliau dan juga laporan kimia (P13) yang disediakan oleh beliau. [68] Keterangan ini pada hemat Mahkamah, adalah keterangan yang memberangsangkan dan walaupun cuba dicabar oleh pihak Pembelaan, perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang keraguan yang material. Oleh itu, Mahkamah ini menerima keterangan SP5 secara prima facie seperti yang diputuskan dalam kes-kes yang dirujuk di atas bahawa sampel air kencing yang dianalisa oleh beliau sememangnya dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Isu Laporan Patologi [69] Pihak pembelaan menimbulkan satu lagi isu iaitu samada Laporan Patologi yang dikeluarkan oleh SP5 adalah mengikut format dan peruntukan undang-undang atau tidak, di bawah S.399 KTJ. [70] Berkenaan dengan isu ini, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip kes yang diketengahkan dalam kes Sawindran a/l Subramaniam lwn Pendakwa Raya [2023] MLJU 3314 di mana HMT YA Julia Ibrahim telah memutuskan sedemikian: [20] Mahkamah bersetuju bahawa tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan ayat “[dadah berkenaan] adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952” untuk dinyatakan dalam laporan patologi seperti P10. Laporan seperti P10 juga bukanlah laporan yang disediakan format atau borang tertentu di bawah ADB 1952. Perkara yang lebih penting adalah laporan itu menyatakan nama pemilik spesimen urin yang diuji dan keputusan ujian tersebut. [21] Dalam kes ini laporan P10 mengandungi semua butiran penting seperti pemilik sampel urin, tarikh pungutan, pegawai yang membawa sampel dan sebagainya. Keputusan ujian dinyatakan dengan jelas jenis dadah yang dikesan. Dadah yang dikesan pula sedia tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952. Tiada kekeliruan tentang jenis dadah yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama tersebut. Kesalahan dan jenis dadah diperuntukkan di dalam Akta yang sama. [71] Oleh hal yang demikian, Mahkamah berpandangan bahawa persoalan ini adalah tidak bermerit untuk dipertimbangkan selanjutnya oleh Mahkamah ini. [72] Walaupun demikian, seperti yang dihuraikan di bawah elemen pertama di atas, Mahkamah mendapati bahawa terdapatnya keraguan sama ada botol urin yang mengandungi sampel air kencing yang dianalisa oleh SP5 adalah benar-benar milik Tertuduh, dan keraguan ini adalah material dalam pembuktian elemen kedua ini juga. [73] Maka, bagi menjawab persoalan sama ada Amphetamine dan Methamphetamine yang dikesan dalam air kencing Tertuduh merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan di Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; Mahkamah percaya dalam keraguan terhadap identiti barang kes itu sendiri yang membawa kepada kesangsian sama ada sampel air kencing yang dianalisa benar-benar milik Tertuduh atau tidak, Mahkamah mendapati bahawa elemen kedua ini juga adalah tidak berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. KESIMPULAN [74] Pada peringkat ini, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301 seperti berikut: “The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative, then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt, there can be no prima facie case.” [75] Selanjutnya, Mahkamah ini dalam menilai kes ini secara keseluruhan sentiasa berpegang kepada kata-kata hikmat YA Gopal Sri Ram JCA (pada ketika itu) dalam Looi Kow Chai & Anor V Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65 seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidenceto maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [76] Atas dasar itu, mengambil kira kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan membuat satu penilaian maksimum terhadap segala keterangan-keterangan tersebut, Mahkamah ini percaya bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie bagi pertuduhan di bawah S. 15(1)(a) ADB 1952 ke atas Tertuduh di mana pihak pembelaan telah berjaya menyangkal anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952. [77] Justeru, Mahkamah percaya adalah tidak selamat untuk Tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut di mana Mahkamah tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh sekiranya pembelaan dipanggil dan beliau memilih untuk berdiam diri. [78] Oleh hal yang demikian, Tertuduh adalah dengan ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 tanpa dipanggil untuk membela diri. Berdasarkan keputusan ini, Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan sejumlah RM 1,500 yang telah didepositkan di Mahkamah ini dikembalikan kepada Tertuduh. Bertarikh: 21 November 2025 (DHILIP NAIR A/L R.N. ATCHUTHAN) MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET SEGAMAT JOHOR DARUL TAKZIM PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pendakwa Raya Puan Nur ‘Aina binti Muhammad Ismail Tadj Timbalan Pendakwa Raya Johor Bagi Pihak Tertuduh En. Subramaniam Nair & Visvanathan Nair bersama Swarnamugi Parry dan Karthini Parry Tetuan Maniam Nair & Co. No. 117 , Tingkat Dua, Jalan Genuang, 85000 Segamat Johor KES-KES YANG DIRUJUK: 1. PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; [2005] MLJU 244 2. PP v Chan Kam Leong [1989] 2 CLJ (Rep) 311 3. Public Prosecutor v Samsul Arifin bin Bakar [2019] MLJU 1953 4. PP Iwn. Mohd Safwan Husain [2017] 7 CLJ 685 5. Public Prosecutor v Saiful Bahari bin Mohamad [2020] MLJU 2237 6. Pendakwa Raya lwn Rosman bin Saprey dan satu lagi rayuan [2018] 4 MLJ 139; [2019] 4 CLJ 767 7. Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v Public Prosecutor [2017] 3 MLJ 460; [2017] 4 CLJ 434 8. Dalip Bhagwan Singh v. PP [1997] 4 CLJ 645 9. Periasamy s/o Sinnapan & Anor v Public Prosecutor [1996] 2 MLJ 557; [1996] 3 CLJ 187 10. Public Prosecutor v Ahmad Saiful Islam bin Mohamad [2023] 2 MLJ 950 11. Sabarudin Non v PP [2005] 4 MLJ 37 12. PP v Lee Eng Kooi [1993] 2 MLJ 332 13. Public Prosecutor v Sim, Odita, Muhammad Sdn Bhd [2008] 7 MLJ 164 14. Mohd Azmeer Yusnar bin Romli lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 1905 15. Syafiq Syazwan bin Abdul Jalil lwn Pendakwa Raya [2017] MLJU 591 16. Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 17. PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426 18. Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 19. Khoo Hi Chiang v PP [1994] 1 MLJ 265 20. Sawindran a/l Subramaniam lwn Pendakwa Raya [2023] MLJU 3314 21. Looi Kow Chai & Anor V Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65