/akn/my/judgment/high-court/2026/09cbbd5a-d142-4fcb-9a60-2ad351343eab
High Court of Malaysia16 Jan 2026WA-25-163-06/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hing badly wrong with our judicial system. To justify the courts’ exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe’s ingenious explanation in Edwards v. Bairstow [1956] AC 14, or irrationality as a ground for a court’s reversal of a decision by ascribing it to an inferred though und”
“s not received fair treatment by the authority to which he has been subjected. Put differently, in the words of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374, where **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1”
“ta 599 (lihat Pritam Singh a/l S Naranjan Singh lwn Tenaga Nasional Berhad [2014] 4 ILJ 244 dan Chong Wei Keng (berniaga sebagai Kaj Motor Trading) v Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan satu lagi [2016] MLJU 484). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 4”
“ebut telah memerintahkan bahawa permohonan Borang 12 oleh Pemohon ditolak dan Award tersebut dikekalkan. Prinsip Undang-Undang 29. Dalam kes Empire Holding Ltd v Suruhanjaya Sekuriti Malaysia & Ors [2024] CLJU 53, Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “[8] In the Federal Court case of Akira Sales & Service (M) Sdn Bhd v. N”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: WA-25-163-06/2023 ANTARA MOHD ADIL HAKIM BIN MOHAMAD JAMAL [Yang berniaga dalam gaya dan nama ADHA INTERIOR DESIGN STUDIO (002933501-K)] ... PEMOHON DAN
section
1. TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA DI KUALA LUMPUR
section
2. KHAIRULHANA BINTI AHMAD ZIAD .. RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
section
1. Ini merupakan permohonan oleh Pemohon untuk semakan kehakiman bagi mendapatkan suatu perintah certiorari bagi membatalkan award oleh Tribunal Pengguna di Kuala Lumpur (‘R1’) dalam Tuntutan No: TTPM-WP-(P)-128-2022 bertarikh 16.3.2023 (‘Tuntutan tersebut’) yang telah menolak 22/04/2026 18:21:39 WA-25-163-06/2023 Kand. 42 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 permohonan Borang 12 oleh Pemohon dan mengekalkan Award Borang 8 bertarikh 19.1.2023 (‘Award tersebut’).
section
2. Setelah menimbangkan kertas kausa dan penghujahan lisan serta bertulis oleh Pemohon dan Responden Kedua (‘R2’), saya telah menolak permohonan Pemohon. Latar Belakang Kes
section
3. Pemohon merupakan pemilik kepada perniagaan dalam gaya dan nama Adha Interior Design Studio iaitu sebuah perniagaan milikan tunggal yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] dan mempunyai alamat perniagaan di No. 99, Jalan BP 14/4, Bandar Bukit Puchong 2, 47120 Puchong, Selangor.
section
4. R2 ialah seorang individu yang membuat Tuntutan tersebut terhadap Pemohon dan mempunyai alamat di no. 31-06, Berlian Residensi Setapak, No. 8, Jalan Semarak Api 4, Off Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur (‘Premis tersebut’).
section
5. R2 dan Pemohon telah memasuki suatu Interior Design Agreement pada 5.5.2021 (‘Perjanjian tersebut’) untuk kerja ubah suai di Premis tersebut.
section
6.
preamble
Menurut R2, terdapat dokumen lain yang mengikat pihak-pihak berkaitan Perjanjian tersebut iaitu Bills of Quantity/ Claim **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Statement 04 yang bertarikh 19.11.2021, Program Kerja dan Visual 3D bahagian dalam Premis tersebut.
section
7. Klausa A dalam Perjanjian tersebut memperuntukkan jadual pembayaran seperti yang berikut: “A Payment Terms for Renovation Works Payment Amount and Payment
schedule
Schedule 1 50% work payment for preliminary and construction work (highlight in yellow color in work program) RM 80,000.00 2 40% work payment for finishing, furnishing and cleaning process RM 65,000.00 3 10% final payment upon hand over of site or premise keys surrendered to client moves into the site RM 17,439.80” 8. Pembayaran pertama 50% perlu dibuat selepas kerja-kerja yang ditunjukkan dalam warna kuning dalam Program Kerja (‘Highlighted Works’) seperti di ekshibit “KAZ-4” dalam Afidavit Jawapan R2 (lampiran 16). 9. R2 telah membuat pembayaran yang keseluruhannya berjumlah RM145,000.00 seperti yang berikut: (a) RM50,000.00 pada 5.5.2021 (‘Pembayaran 1’); (b) RM30,000.00 pada 8.5.2021 (‘Pembayaran 2’); (c) RM30,000.00 pada 10.9.2021 (‘Pembayaran 3’); **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 (d) RM35,000.00 pada 10.9.2021(‘Pembayaran 4’); dan (e) RM5,000.00 pada 24.9.2021(‘Pembayaran 5’). 10. Kerja ubah suai Premis tersebut telah dimulakan oleh Pemohon pada 8.5.2021 setelah Pembayaran 1 dan Pembayaran 2 diterima. 11. Pada 21.5.2021, Pemohon telah meminta R2 untuk membuat pembayaran sebanyak RM65,000.00 seperti di Klausa A(2), Perjanjian tersebut. R2 menegaskan bahawa, ketika itu, Pemohon masih tidak menyiapkan Highlighted Works seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perjanjian tersebut. 12. Perintah Kawalan Pergerakan (‘PKP’) akibat penularan Covid-19 telah dikenakan pada 1.6.2021 dan kerja ubah suai Premis tersebut terpaksa dihentikan ekoran PKP tersebut. Kerja-kerja disambung semula pada 28.8.2021. 13. Pada 29.8.2021, Pemohon telah memaklumkan kepada R2 bahawa terdapat beberapa kerja seperti yang dinyatakan di bawah yang masih belum disiapkan yang mana kerja-kerja tersebut adalah tergolong dalam kategori Highlighted Works: (a) Ruang tamu; (b) Wiring Suis/ Plug Point; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 (c) Heater tank dan piping - hanya dua daripada empat unit disiapkan; (d) Cat (merujuk kepada bilik kucing); (e) Kipas - hanya empat daripada 12 unit disiapkan; dan (f) Stor - frame pintu belum dipasang. 14. Pada 10.9.2021, R2 telah membuat pembayaran seperti mana di bawah Klausa A(2), Perjanjian tersebut walaupun menurut R2, pada tarikh yang sama, Pemohon telah menyatakan bahawa barang kayu masih belum dipesan di mana ianya tergolong dalam kategori Highlighted Works iaitu Factory (Carpentry Work). 15. Pada 22.9.2021, Pemohon telah mengeluarkan suatu notis lewat berikutan PKP (‘Notis Lewat’) di mana Pemohon menyatakan bahawa penyerahan siap kerja akan dilakukan pada 16.10.2021. Walau bagaimanapun, penyerahan siap kerja tidak dilaksanakan pada tarikh tersebut. 16. Malahan, pada 15.10.2021, Pemohon sekali lagi memohon penangguhan penyerahan Premis tersebut sehingga 22.10.2021. Pemohon memaklumkan bahawa dia akan membayar kos penginapan sementara kepada R2 dan hotel bagi kucing-kucing milikan R2. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 17. R2 mendakwa bahawa pada 21.10.2021, dia telah mengunjungi Premis tersebut dan mendapati keadaan Premis tersebut dalam keadaan bersepah dengan peralatan yang digunakan untuk kerja-kerja ubah suai seperti perancah kayu, kayu, kanvas plastik dan paku ditinggalkan begitu sahaja. Di samping itu, pada 29.10.2021, penghantaran cermin bilik utama dan cermin bagi rak kabinet baru sahaja dilakukan dan kerja-kerja finishing belum disempurnakan. 18. Pada 18.11.2021, R2 telah memohon pengesahan sama ada kerja ubah suai dapat disiapkan pada 19.11.2021. 19. Pada 19.11.2021, R2 telah memeriksa Premis tersebut dan mendapati terdapat kontraktor-kontraktor masih sednag menjalankan kerja dengan lambakan tong cat, tangga dan sampah serta terdapat pecahan di bahagian dinding dan siling dan cat yang tidak sekata. 20. Pada tarikh yang sama, Pemohon cuba menyerahkan kunci Premis tersebut kepada R2 tetapi R2 enggan menerima serahan kunci tersebut dan berpindah ke Premis tersebut memandangkan projek ubah suai masih tidak selesai iaitu, antara lainnya, – (a) kabinet dapur belum siap; (b) soket dinding di bahagian dapur tidak dipasang dan tidak teratur; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 (c) kusyen di ruang tamu tidak disiapkan menggunakan bahan kulit seperti yang dipersetujui; (d) kabinet dinding bilik permainan tidak dipasang; (e) rangka pintu di dalam bilik tidur utama tidak dipasang; (f) kerja kemasan di dinding kayu bilik tidur ketiga tidak disiapkan; dan (g) manhole tidak ditutup. 21. Namun Pemohon dikatakan telah menuntut pembayaran akhir seperti mana dalam Klausa A(3), Perjanjian tersebut. 22. R2 telah mengupah Khasnor Architect bagi melakukan pemeriksaan dan “Laporan Kecacatan dan Kerja Tidak Siap” telah disediakan pada 25.11.2021 (‘Laporan tersebut’). 23. Laporan tersebut telah dihantar kepada Pemohon bersama dengan surat tuntutan oleh peguamcara R2 yang bertarikh 23.12.2021 dan Pemohon telah diminta untuk membetulkan segala kecacatan yang dinyatakan. 24. Pemohon didakwa telah enggan, ingkar, cuai atau gagal dalam melakukan kerja ubah suai dan/ atau kerja pembaikan dan ini menyebabkan R2 memfailkan tuntutan di R1. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 25. Pemohon telah memfailkan Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas terhadap R2 pada 21.4.2022. 26. Award tersebut telah diperoleh terhadap Pemohon tanpa kehadiran Pemohon. Melalui Borang 8, Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 (‘Peraturan tersebut’), R1 memerintahkan Pemohon untuk membayar jumlah sebanyak RM50,000.00 kepada R2. 27. Kemudiannya Pemohon telah memfailkan Borang 12 bagi “Permohonan Untuk Mengenepikan Award” di mana Pemohon telah menyatakan alasan ketidakhadiran pada 19.1.2023 disebabkan Pemohon berada dalam kuarantin kerana isteri dan anak Pemohon dijangkiti demam dan influenza. Susulan itu, Pemohon telah dinasihatkan oleh doktor untuk turut sama berkuarantin. 28. Pada 16.3.2023, R1 melalui Borang 10, Peraturan tersebut telah memerintahkan bahawa permohonan Borang 12 oleh Pemohon ditolak dan Award tersebut dikekalkan. Prinsip Undang-Undang 29. Dalam kes Empire Holding Ltd v Suruhanjaya Sekuriti Malaysia & Ors [2024] CLJU 53, Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “[8] In the Federal Court case of Akira Sales & Service (M) Sdn Bhd v. Nadiah Zee bt. Abdullah and **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 another appeal [2018] 3 MLRA 589; [2018] 2 CLJ 513; [2018] 2 MELR 337; [2018] 2 MLJ 537, the liberal approach on judicial review in R. Rama Chandran v. Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145; [1997] 1 CLJ 147 has been re-emphasized as follows: “[45] In the same appeal, Edgar Joseph Jr FCJ (Eusoff Chin in agreement) said that an award could be reviewed for substance as well as for process: ‘It is often said that judicial review is concerned not with the decision but the decision-making process. (See e.g. Chief Constable of North Wales Police v. Evans [1982] 1 WLR 1155). This proposition, at full face value, may well convey the impression that the jurisdiction of the courts in Judicial Review proceedings is confined to cases where the aggrieved party has not received fair treatment by the authority to which he has been subjected. Put differently, in the words of Lord Diplock in Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister for the Civil Service [1985] AC 374, where **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. But Lord Diplock’s other grounds for impugning a decision susceptible to Judicial Review make it abundantly clear that such a decision is also open a challenge on grounds of ‘illegality’ and ‘irrationality’ and in practice, this permits the courts to scrutinise such decisions not only for process, but also for substance. In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp 410-411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality, (ii) irrationality and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By ‘illegality’ as a ground for Judicial Review, I mean that the decision maker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 the judicial power of the state is exercisable. By ‘irrationality’, I mean what can by now be succinctly referred to as Wednesday unreasonableness’ (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corp. [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it's defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts’ exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe’s ingenious explanation in Edwards v. Bairstow [1956] AC 14, or irrationality as a ground for a court’s reversal of a decision by ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 the decision maker. ‘Irrationality’ by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as ‘procedural impropriety’ rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decisions. This is because susceptibility to judicial review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned ‘proportionality’ as a possible fourth ground of review which called for development.” (emphasis added)”. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13 30. Dalam kes Ringgit Exoticka Sdn Bhd v Pengarah Tanah & Galian Selangor & Ors [2014] 8 MLJ 111 pula, Mahkamah Tinggi menjelaskan bahawa: “[16] At the outset it should also be noted that the remedy of judicial review is not concerned with reviewing the merits of the decision in which the application for judicial review is made. Instead, the remedy of judicial review is primarily a review of the decision making process. In performing this role the court is sitting in its supervisory jurisdiction and not in its appellate jurisdiction. (Michael Lee Fook Wah v Minister of Human Resources, Malaysia & Anor [1988] 1 MLJ 305). The court will not interfere with the exercise of any power or discretion which has been conferred on an inferior court, administrative tribunal or other public authority. However, the decision of the body may be quashed by an order of certiorari where (a) that body has acted without jurisdiction; or (b) that body has exceeded its jurisdiction; or (c) body has failed to comply with the rules of natural justice in a case where the rules are applicable; or (d) there is an error of law on the face of the record or the decision is unreasonable in the Wednesbury sense. In short, whether certiorari will lie to quash the decision which has already been made by that body depends not on the decision itself but on whether the decision was made ultra vires, unfairly or unjustly in the exercise of the discretion. In dealing with this application for judicial review there are fundamental **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 principles to be applied within regard the principles enunciated by the Court Of Appeal in a case involving a judicial review of an award of the Industrial Court are instructive. In Menara PanGlobal Sdn Bhd v Ariokianathan a/l Sivapiragasam [2006] 3 MLJ 493 (CA) at p 511 Mohd Ghazali JCA (later FCJ) said: From the authorities discussed above, I would think that in dealing with judicial review a judge should have the following principles, inter alia, in the forefront of his mind: (i) judicial review is not an appeal from a decision but a review of the matter in which the decision was made; (ii) the High Court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself, on the merits of the facts, was fair and reasonable; (iii) the High Court through judicial review, should not introduce technicalities of the court of law to the Industrial Court; this would certainly be so as s 30(5) of the Act imposes a duty upon the Industrial Court to have regard to substantial merits of the case rather **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 than to technicalities and it also requires the Industrial Court to decide a case in accordance with equity and good conscience; (iv) the main and only function of the Industrial Court in dealing with a reference under s 20 of the Act is to determine whether the misconduct or irregularities complained of by the management as to the grounds of dismissal were in fact committed by the workman and if so, whether such grounds constitute just cause or excuse for the dismissal. (v) the Industrial Court should not be burdened with the technicalities regarding standard of proof, the rules of evidence and procedure that are applied in the court of law; (vi) the High Court will not interfere with findings of fact by the Industrial Court unless the same are completely unsupported by evidence and further, will not interfere merely because it may come to different conclusions on facts on the basis of the same **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16 evidence; weighing and assessing the evidence of the witnesses is the function of the Industrial Court and not that of the High Court.”. 31. Oleh yang demikian, jelas bahawa semakan kehakiman bukanlah rayuan terhadap ketidakpuasan hati seseorang pemohon terhadap suatu keputusan yang telah dibuat tetapi penekanannya adalah terhadap proses keputusan; sama ada terdapat procedural impropriety, illegality dan/ atau irrationality tanpa melibatkan merit keputusan itu sendiri. 32. Beban untuk membuktikan elemen-elemen yang mewajarkan semakan kehakiman, atas imbangan kebarangkalian, terletak pada Pemohon. Alasan-Alasan Permohonan 33. Pemohon menegaskan bahawa keputusan R1 dibuat atas kesilapan dan kekhilafan undang-undang di permukaan rekod dan secara prosedur yang mana, antara lainnya, berlawanan dengan prinsip keadilan semulajadi dan oleh yang demikian, tidak sah dan terbatal. 34. Secara ringkasnya, alasan-alasan untuk permohonan semakan kehakiman ialah seperti yang berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17 (a) R1 telah memberikan Award tersebut tanpa kehadiran Pemohon. Pemohon kemudiannya memfailkan Borang 12, Peraturan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan untuk mengenepikan Award tersebut dan R1 telah menetapkan tarikh 16.3.2023 untuk perbicaraan. Keputusan yang dibuat oleh R1 melalui Borang 8 adalah tidak sah secara prosedur dan substantif memandangkan semasa pendengaran, Pemohon tidak diberikan hak untuk membela diri dan juga untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau perkara yang menyokong tuntutan balas Pemohon walaupun Pemohon hadir; (b) R2 tidak seharusnya membuat tuntutan kepada R1 memandangkan Pemohon telah melaksanakan kerja-kerja ubah suai Premis tersebut sehingga selesai seperti mana di bawah Perjanjian tersebut; (c) R2 sepatutnya membuat tuntutan kontrak terhadap Pemohon menerusi Perjanjian tersebut dan bukannya kepada R1. R2 gagal untuk membuat pembayaran baki terakhir kepada Pemohon seperti yang dipersetujui. Jumlah keseluruhan yang sepatutnya dibayar kepada Pemohon adalah sebanyak RM162,439.80 yang mana R2 mempunyai hutang yang masih belum dibayar sebanyak RM17,439.00 dan jumlah kos tambahan lain seperti yang diminta oleh R2; **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 (d) Pemohon dengan suci hati telah menghabiskan dan menyiapkan ubah suai Premis tersebut walaupun terdapat ugutan daripada R2 sehingga memaksa Pemohon dan pekerja Pemohon untuk membuat dua laporan polis bertarikh 18.11.2021 dan 19.11.2021; (e) menurut Klausa D2, Perjanjian tersebut, tempoh perkhidmatan pembetulan adalah selama dua bulan untuk kerja-kerja yang telah dilakukan oleh Pemohon tetapi R2 sendiri yang gagal, enggan dan ingkar untuk menyelesaikan bayaran akhir kepada Pemohon seperti yang telah dipersetujui dalam Klausa A(3), Perjanjian tersebut; (f) Pemohon dengan suci hati telah membayar kos sebanyak RM6,260.00 kepada Responden R2 bagi kos penginapan hotel serta hotel kucing untuk tempoh 26 hari dalam tempoh Pemohon menyiapkan projek ubah suai Premis tersebut; dan (g) R1 tidak memanggil saksi-saksi penting daripada Khasnor Architect dalam pendengaran perbicaraan untuk menyokong tuntutan R2 bahawa projek ubah suai tidak siap dan tidak selamat digunakan. Khasnor Architect bukanlah pihak yang berkelayakan sebagai Home Inspector yang diktiraf dan berdaftar oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 Analisa dan Dapatan Mahkamah Alasan 1: Sama ada terdapat perlanggaran hak keadilan asasi apabila Pemohon tidak diberikan hak untuk membela diri dan mengemukakan tuntutan balas semasa perbicaraan di hadapan R1 35. Seksyen 111, Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599] memperuntukkan bahawa: “Tribunal boleh bertindak semasa pihak tidak hadir 111. Tribunal boleh mendengar dan memutuskan tuntutan yang di hadapannya walaupun mana-mana pihak kepada prosiding itu tidak hadir jika dibuktikan sehingga Tribunal berpuas hati bahawa notis pendengaran telah diserahkan kepada pihak yang tidak hadir itu dengan sewajarnya.”. 36. Peraturan-Peraturan 21(3) dan 23, Peraturan tersebut pula memperuntukkan bahawa – “Peraturan 21. Ketidakhadiran pihak … (3) Jika penentang tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi pihak **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 20 yang menuntut hadir, Presiden boleh, jika dia berpuas hati bahawa notis pendengaran telah diserahkan dengan sepatutnya- (a) meneruskan pendengaran tanpa kehadiran penentang; atau (b) menangguhkan pendengaran ke suatu tarikh kemudian. … Peraturan 23. Pendengaran (1) Semasa pendengaran di hadapan Tribunal, pihak yang menuntut berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya. (2) Selepas pihak yang menuntut membentangkan kesnya, penentang hendaklah membentangkan kesnya dan boleh mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya. (3) Selepas pihak yang menuntut dan penentang menutup kes masing-masing, suatu penghujahan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 lisanatau bertulis yang ringkas boleh dibuat oleh penentang dan selepas itu oleh pihak yang menuntut. (4) Presiden boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam menjalankan kes mereka. (5) Suatu award yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam Borang 10.”. 37. Dalam kes ini, tiada isu yang berbangkit mengenai penyerahan notis pendengaran kepada Pemohon. Melalui Nota Keterangan yang bertarikh 16.11.2022 dan Sebab Keputusan yang bertarikh 16.3.2023, jelas bahawa R1 telah memaklumkan kepada Pemohon berkenaan notis pendengaran untuk tarikh yang seterusnya melalui e-mel yang bertarikh 28.10.2022 dan dua panggilan telefon juga telah dibuat oleh Penolong Setiausaha R1 untuk menghubungi Pemohon pada 16.11.2022. Tiada keraguan bahawa Pemohon telah mempunyai makluman berkenaan tarikh pendengaran di R1 sejak awal lagi. 38. Alasan yang diberikan oleh Pemohon untuk ketidakhadiran pada tarikh bicara di hadapan R1 iaitu dalam kuarantin kerana isteri dan anak Pemohon dijangkiti demam dan batuk influenza dan doktor telah menasihatkan untuk Pemohon turut berkuarantin memandangkan Pemohon yang menjaga mereka (rujuk perenggan 21, lampiran 3), tidak disokong oleh apa-apa bukti seperti Sijil Cuti Sakit atau surat doktor melainkan resit bayaran rawatan untuk isteri dan anak Pemohon yang berjumlah RM75.00 dan RM80.00. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22 39. Saya bersetuju dengan penghujahan peguam yang bijaksana bagi pihak R2 bahawa sebenarnya Pemohon tidak mengambil endah dan tidak menghadirkan diri pada hari perbicaraan dijalankan walaupun Pemohon mempunyai pengetahuan tentang tarikh tersebut. 40. Pemohon sepatutnya memberitahu R1 dengan kadar yang segera sekiranya tidak dapat hadir untuk perbicaraan. Pemohon hanya memandang serius mengenai prosiding di R1 selepas Award tersebut yang memihak kepada R2. 41. Persoalan yang ditimbulkan oleh Pemohon mengenai sama ada tindakan R1 berada dalam lingkungan kuasa statutori di bawah Akta 599 langsung tidak bermerit. Berdasarkan keterangan afidavit, Mahkamah berpuas hati bahawa semua tindakan R1 adalah sejajar dengan kuasa statutori di bawah Akta 599. R1 telah mendengar alasan Pemohon melalui Borang 12, menilai bukti dan penghujahan secara rasional dan mengeluarkan Award tersebut. 42. Dalam hal keadaan kes ini, R1 berhak untuk mengeluarkan award yang sewajarnya, tanpa kehadiran Pemohon, selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah s 111, Akta 599 (lihat Pritam Singh a/l S Naranjan Singh lwn Tenaga Nasional Berhad [2014] 4 ILJ 244 dan Chong Wei Keng (berniaga sebagai Kaj Motor Trading) v Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan satu lagi [2016] MLJU 484). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 43. Oleh itu, Mahkamah mendapati Pemohon gagal membuktikan berlakunya pelanggaran hak keadilan asasi oleh R1 dan/ atau apa-apa procedural impropriety, tindakan yang melampaui kuasa atau keputusan yang tidak rasional sebagaimana yang didakwa oleh Pemohon dalam Penyataan di bawah A. 53, k. 3(2), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan Afidavit Sokongannya. Alasan 2: Sama ada R2 mempunyai locus standi untuk membawa tuntutannya di hadapan R1 44. Pemohon berhujah bahawa R2 tiada locus standi kerana Pemohon dan R2 telah memasuki Perjanjian tersebut dan Pemohon sepatutnya mengambil tindakan guaman sivil terhadap Pemohon dan bukannya di R1. 45. Mahkamah ini mendapati bahawa perkara ini langsung tidak dibangkitkan dalam Pembelaan Pemohon yang dikemukakan kepada R1, malahan Pemohon sendiri telah mengemukakan tuntutan balas berdasarkan Perjanjian tersebut. 46. Sekali lagi, adalah teramat jelas bahawa Alasan 2 tidak bermerit manakala perkara yang selainnya yang dihujahkan oleh Pemohon menyentuh isu merit berkenaan tuntutan oleh R2 terhadap Pemohon serta pembelaan dan tuntutan balas yang dikemukakan oleh Pemohon di hadapan R1. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 47. Prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa permohonan semakan kehakiman tidak melibatkan penilaian semula merit tuntutan oleh R2 dan pembelaan Pemohon. Semakan kehakiman tidak boleh dijadikan platform untuk Pemohon memperoleh semakan atau rayuan untuk kali kedua. 48. Walau apa pun, berdasarkan keterangan afidavit di Mahkamah ini, kerja-kerja di bawah skop kerja Pemohon masih belum siap. R1 telah mengambil kira semua bukti yang dikemukakan, termasuk yang diberikan oleh Mohd Khiedir Bin Md Ali, sub-kontraktor kepada Norah Construction & Services, dan menimbangkan penghujahan Pemohon secara substantif melalui Borang 12, dan membuat keputusan berdasarkan merit permohonan Borang 12. 49. Keputusan R1 untuk mengekalkan Award Borang 8 dengan menolak permohonan di Borang 12 adalah wajar, rasional dan selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Akta 599. Kesimpulan 50. Berdasarkan alasan-alasan yang dihuraikan di atas, Mahkamah mendapati bahawa Pemohon gagal membuktikan bahawa R1 tersilap mengaplikasikan s 111, Akta 599; keputusan R1 adalah tidak sah; dan/ atau R1 membuat keputusan tanpa penilaian yang wajar. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 51. Oleh itu, permohonan Pemohon telah ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 24.3.2026 (ALIZA SULAIMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR (BKK1) Peguamcara bagi pihak Pemohon: Nazmi Bin Mhd Asrar Tetuan Hafiz Zabir & Rezal Peguamcara bagi pihak Responden Kedua: Noor Amalina Mursiedy Tetuan Edlin Ghazaly & Associates **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.