Content
1
DJ-62JSK-52-12/2023
Sessions Court of Malaysia10 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“e scene of crime'. (See: Mutachi Stephen v. Uganda (supra). The evidence of his alibi need only raise a reasonable doubt that he committed the crime. (See: Lizotte v. The King, 1950 Can LII 48 (SCC), [1951] SCR 115); and”
“here other than at the time and place alleged.") (emphasis added) [51] The burden cast upon the accused to establish the defence of alibi is to raise a reasonable doubt only. (see Illian & Anor v. PP [1988] CLJU 139; [1988] 1 LNS 139; [1988] 1 MLJ 421 (SC)). … [54] On this issue of alibi, this court had explained exten”
“of the S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 accused beyond reasonable doubt'. (See: Leve v. S (CA & R 163/12) [2013] ZAECGHC 5 (31 January 2013) (South Africa).”
“kes PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 yang telah menyatakan seperti berikut: “[50] The defence of alibi and its procedures are provided for under s. 402A of the Criminal Procedure Code. The alibi defence essentially is that the accused was somewhere else other than at the time and”
“edure Code. The alibi defence essentially is that the accused was somewhere else other than at the time and place of the offence committed. In a landmark case on alibi, this court in Ku Lip See v. PP [1981] CLJU 155; [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194 Abdul Hamid FJ explained the issue of alibi in the following manner:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1
1
Tertuduh telah dibicarakan di Mahkamah ini terhadap satu (1) pertuduhan bagi kesalahan amang seksual terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (“AKSTKK”).
2
Kes telah didengar separuh-bicara di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) terdahulu dimana satu (1) saksi pendakwaan telah memberi keterangan. Kes S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 telah disambung-bicara oleh HMS pengganti dimana tiga (3) lagi saksi pendakwaan telah dipanggil sebelum pihak pendakwaan menutup kes. Pihak-pihak telah bersetuju untuk sambung-bicara kes didengar oleh HMS pengganti dan tiada permohonan oleh mana-mana pihak untuk memanggil-semula saksi pendakwaan yang telah memberi keterangan di hadapan HMS terdahulu.
3
Pada 22.05.2025, Mahkamah telah memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh sebagaimana pertuduhan dan tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan.
4
Tertuduh telah memberi keterangan bersumpah dan memanggil satu (1) saksi pembelaan lain.
5
Pada 10.09.2025, Mahkamah telah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara lapan (8) tahun bermula dari tarikh sabitan dan tiga (3) sebatan menurut peruntukan hukuman di bawah seksyen 14 AKSTKK. Tertuduh juga dikenakan perintah menjalani Kaunseling Pemulihan menurut peruntukan di bawah seksyen 26 AKSTKK dan perintah Pengawasan Polis bagi tempoh dua (2) Tahun menurut peruntukan di bawah seksyen 27 AKSTKK. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
Mahkamah telah membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman sementara rayuan oleh tertuduh terhadap keputusan oleh Mahkamah ini didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
7
Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 25.09.2023 jam lebih kurang 02.00 petang, bertempat di rumah alamat Kampung Cherang Meranti, di dalam daerah Pasir Mas, di dalam Negeri Kelantan dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual fizikal dengan menggeselkan kemaluan kamu pada bahagian dubur seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Alya Nabila binti Abdullah (No. KP: 121119-08-1196) yang berumur 10 tahun 10 bulan. Oleh itu kamu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] dan boleh dihukum dibawah Seksyen 14 Akta yang sama.”
8
Perbuatan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak di bawah seksyen 14(d) AKSTKK dinyatakan seperti berikut: “14. Amang seksual fizikal atas kanak-kanak S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual-
a
menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak;
b
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan orang itu atau bahagian badan mana-mana orang lain;
c
membuatkan seseorang kanak-kanak menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri; atau
d
melakukan apa-apa perbuatan lain yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Huraian 1- Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. Huraian 2- Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu.” [9] Berdasarkan peruntukan-peruntukan di atas, elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen 14(d) AKSTKK adalah:
a
Tertuduh telah melakukan apa-apa perbuatan yang melibatkan kontak fizikal dengan seseorang kanak-kanak tanpa persetubuhan; dan
b
perbuatan tersebut adalah bagi maksud seksual. Keterangan pihak pendakwaan [10] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 4 orang saksi seperti berikut: SP1 Sarjan Mohd Kamarul Bin Hashim (Jurugambar Polis) SP2 Nur Alya Nabila Binti Abdullah (Mangsa) SP3 Zulfadila Binti Berhaudin (Pegawai Pelindung, Jabatan Kebajikan Masyarakat) SP4 Insp. Mohd Faiz Bin Mohd Saufi (Pegawai Penyiasat) [11] Senarai dokumen bagi pihak pendakwaan dan pembelaan yang telah diterima masuk sebagai eksibit di peringkat kes pendakwaan adalah seperti berikut: P1 Pertuduhan P2 (A-B) Gambar mangsa P3 (A-K) Gambar tempat kejadian S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w P4 Cakera Padat (Compact Disc) P5 Sijil di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950 D6 Laporan Polis No. 769/23 bertarikh 25.09.2023 (Laporan Polis SP2) P7 Laporan Polis No. 886/23 bertarikh 29.11.2023 (Laporan Polis SP3) P8 Sijil Lahir SP2 P9 Laporan Polis No. 2188/23 bertarikh 15.12.2023 (Laporan tangkap tertuduh) [12] Senarai Pernyataan Bertulis bagi saksi pendakwaan yang diterima masuk di bawah seksyen 402B(1) Kanun Tatacara Jenayah adalah seperti berikut: PSP-4 Penyata Saksi SP4 Fakta kes pendakwaan [13] SP2 adalah seorang kanak-kanak yang dilahirkan pada 19.11.2012 dan merupakan anak angkat kepada tertuduh. [14] SP3 adalah seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (“JKM”) daerah Pasir Mas yang telah mengenali SP2 setelah mendapat makluman daripada pihak sekolah mengenai masalah disiplin SP2 di sekolah. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [15] Pada 29.11.2023, SP3 telah menerima panggilan telefon daripada guru kaunseling sekolah yang memaklumkan bahawa SP2 ingin memberitahu sesuatu kepada pihak JKM dengan syarat mereka datang sendiri ke sekolah. Semasa perjumpaan diantara SP3 dengan SP2 di sekolah tersebut, SP3 telah dimaklumkan oleh SP2 mengenai perbuatan tertuduh yang telah menggesel kemaluan tertuduh di bahagian punggung SP2. Menurut keterangan SP3, kejadian dikatakan telah berlaku sejak SP2 berumur 7 tahun, kali kedua semasa SP2 berumur 10 tahun dan kejadian terakhir pada bulan September 2023. [16] Setelah mendapat maklumat berkenaan kejadian tersebut, SP3 telah berbincang dengan pegawai atasannya dan SP2 telah di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk pemeriksaan pada hari yang sama. SP3 telah dimaklumkan oleh doktor di hospital tersebut untuk membuat laporan polis dan SP3 telah membuat laporan polis pada hari yang sama iaitu 29.11.2023 jam 12.45 tengahari (Eksibit P7). [17] SP4 adalah Pegawai Penyiasat kes. SP4 telah pergi ke tempat kejadian bersama jurugambar SP1 pada 04.12.2023. Pada 16.12.2023, SP4 telah dimaklumkan mengenai tangkapan yang telah dibuat ke atas tertuduh pada 15.12.2023 di Kuala Sungai Baru, Melaka (Eksibit P9). S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w Keterangan SP2 [18] Semasa memberi keterangan di Mahkamah pada 24.11.2024, SP2 telah mencapai umur 12 tahun dan sedang sedang belajar dalam Darjah Enam. Mahkamah telah mendengar keterangan SP2 sebagai keterangan bersumpah menurut peruntukan seksyen 2B (1) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007. Mahkamah mendapati bahawa SP2 mempunyai tahap kematangan yang tinggi dan luar biasa bagi seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan telah memberi keterangan dengan sangat tenang, jelas dan meyakinkan. [19]
Preamble
Menurut keterangan SP2, beliau telah dicabul oleh ayah angkatnya iaitu tertuduh buat kali pertama semasa beliau berumur 7 tahun dan kejadian berlaku di rumah neneknya yang beliau kenali dengan panggilan “Tokma”. Kejadian yang terakhir dikatakan berlaku pada tahun 2023 semasa beliau berumur 11 tahun. [20] Kejadian pada tahun 2023 dikatakan berlaku pada hari yang sama selepas beliau pulang daripada hospital dimana beliau telah pergi ke hospital untuk pemeriksaan berkaitan kes rogol terhadapnya yang dikatakan telah dilakukan oleh teman lelaki bernama Ashraf. [21] Dalam kejadian pada tahun 2023 tersebut, SP2 menyatakan bahawa tertuduh telah melakukan perbuatan-perbuatan seperti berikut terhadap SP2: S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w
i
Tertuduh telah membuka seluar SP2 dan seluar tertuduh;
II
(ii) Tertuduh telah menggeselkan kemaluan tertuduh di bahagian punggung SP2;
III
(iii) Tertuduh telah meraba bahagian buah dada SP2;
IV
(iv) Selepas tertuduh menggesel kemaluan tertuduh di bahagian punggung SP2, tertuduh telah menggeselkan kemaluan tertuduh di bahagian kemaluan SP2;
v
Sebelum kejadian, tertuduh telah mengeluarkan kata-kata seperti berikut, iaitu “Daripada Alya bagi dekat orang lain, baik Alya bagi dekat Ayah”. [22] Kejadian dikatakan berlaku di atas katil di bahagian ruang tamu rumah dimana mereka tinggal di Kampung Cherang, Meranti (gambar tempat kejadian dicamkan oleh SP2: Eksibit P3 (G), (I) dan (J)) dan ketika ibu angkat SP2 berada di tempat kerja iaitu di kedai makan dan sejurus selepas kejadian tersebut berlaku, SP2 dan tertuduh telah pergi ke kedai makan tersebut. Tiada orang lain di rumah tersebut semasa kejadian berlaku. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [23]
Preamble
Menurut SP2, beliau telah memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada kawan sekelas dan kepada guru kaunseling di sekolahnya iaitu Cikgu Maheran yang kemudiannya telah memaklumkan kepada pegawai di JKM yang kemudiannya telah datang ke sekolah. SP2 kemudiannya telah memberitahu mengenai kejadian tersebut kepada pegawai daripada JKM yang datang ke sekolah dan seterusnya telah di bawa ke hospital untuk pemeriksaan. [24] Dalam keterangan semasa pemeriksaan-balas, SP2 mengakui bahawa Ashraf pernah melakukan perbuatan yang sama terhadapnya iaitu menggesel kemaluan di bahagian punggung. SP2 menafikan cadangan peguam bahawa keterangan mengenai perbuatan tersebut terhadap tertuduh adalah rekaan dan telah dibuat kerana perasaan marah SP2 terhadap tertuduh yang telah menentang perhubungan diantara SP2 dengan Ashraf. SP2 juga menafikan cadangan bahawa SP2 mahu tertuduh dipenjarakan kerana SP2 merasa benci terhadap tertuduh yang selalu bergaduh dan memukul isteri tertuduh yang juga ibu angkat SP2. Isu yang berbangkit di akhir kes pendakwaan [25] Pada pendapat Mahkamah, adalah jelas bahawa perbuatan menggeselkan kemaluan seseorang lelaki dewasa pada bahagian dubur seorang kanak-kanak perempuan, secara lazimnya dan selagi tidak dibuktikan sebaliknya, adalah merupakan suatu perbuatan yang secara munasabah dan sewajarnya dianggap sebagai perbuatan yang dilakukan dengan maksud seksual. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [26] Oleh yang demikian, elemen pertuduhan seterusnya yang perlu diputuskan adalah sama ada tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut sebagaimana pertuduhan. [27] Dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie sebagaimana pertuduhan, Mahkamah berpendapat bahawa berdasarkan keterangan pihak pendakwaan serta hujahan pihak-pihak, terdapat dua
2
isu yang berbangkit yang perlu diputuskan oleh Mahkamah, iaitu:
1
sama ada SP2 adalah saksi yang kredibel; dan
2
sama ada kejadian berlaku pada 25.09.2023 jam lebih kurang 2.00 petang sebagaimana pertuduhan. Isu (1): Sama ada SP2 adalah saksi yang kredibel [28] Pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa SP2 adalah saksi yang tidak kredibel di atas alasan-alasan berikut, iaitu:
i
SP2 telah memberi keterangan yang bercanggah mengenai masa kejadian pada tahun 2023 tersebut, iaitu sama ada pada tarikh 25.09.2023 sebagaimana S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w dalam pertuduhan atau pada bulan November sebagaimana dinyatakan oleh SP2 semasa pemeriksaan-balas dan pemeriksaan-semula; dan
II
(ii) SP2 telah memberi keterangan yang tidak benar terhadap tertuduh kerana SP2 tidak mahu lagi tinggal bersama tertuduh sebagai anak angkat tertuduh. [29] Berdasarkan keterangan SP2, SP3 dan SP4, terdapat tiga (3) kejadian yang berlaku iaitu kali pertama semasa SP2 berumur 7 tahun, kali kedua semasa SP2 berumur 10 tahun, dan kali ketiga atau kali terakhir pada tahun 2023 semasa SP2 berumur 11 tahun. [30] SP2 tidak ingat tarikh kejadian pada tahun 2023 tersebut. Apa yang SP2 ingat adalah kejadian tersebut berlaku pada hari yang sama selepas pulang daripada hospital berkaitan aduan kes rogol yang dibuat oleh SP2 terhadap teman lelaki SP2 bernama Ashraf. Berdasarkan Eksibit D6 iaitu laporan polis yang dibuat oleh SP2 yang dikemukakan oleh pihak pembelaan semasa pemeriksaan-balas SP2, laporan polis oleh SP2 terhadap Ashraf dibuat pada 25.09.2023 jam 12.28 tengahari. Namun, semasa pemeriksaan-balas dan pemeriksaan-semula, SP2 menyatakan kejadian pada tahun 2023 tersebut berlaku pada bulan 11 (November). [31] Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, Mahkamah berpendapat bahawa percanggahan di dalam keterangan SP2 mengenai kejadian yang berlaku pada tahun 2023 dimana SP2 telah menyatakan semasa pemeriksaan-S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w balas dan pemeriksaan-semula bahawa kejadian pada tahun 2023 tersebut berlaku pada bulan 11 (November) adalah akibat kesilapan dan kekeliruan oleh SP2 yang tidak dapat mengingati secara tepat bila kejadian berlaku. Pada pendapat Mahkamah, kesilapan dan kekeliruan tersebut adalah suatu perkara yang munasabah untuk berlaku apabila SP2 cuba untuk mengingati semula kejadian tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa percanggahan tersebut semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menjadi suatu alasan yang munasabah dan kukuh untuk Mahkamah meragui kredibiliti SP2 sebagai saksi yang bercakap benar. [32] Berdasarkan penilaian ke atas keterangan SP2 secara keseluruhan, Mahkamah berpendapat bahawa SP2 adalah saksi yang kredibel dan keterangan SP2 di Mahkamah sewajarnya diterima oleh Mahkamah sebagai keterangan yang benar mengenai kejadian yang telah berlaku yang menjadi sabjek pertuduhan. [33] Seterusnya, mengenai dakwaan atau kemungkinan bahawa SP2 telah memberi keterangan yang tidak benar kerana ingin keluar dari jagaan tertuduh yang merupakan ayah angkat SP2, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang boleh menyokong dakwaan tersebut yang boleh menjadi asas yang kukuh untuk Mahkamah meragui kredibiliti SP2 sebagai saksi yang bercakap benar. Isu (2): Sama ada kejadian berlaku pada 25.09.2023 jam lebih kurang 2.00 petang sebagaimana pertuduhan S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [34] Mengenai kejadian yang berlaku pada tahun 2023 yang menjadi sabjek pertuduhan terhadap tertuduh, SP2 semasa memberi keterangan di Mahkamah tidak dapat mengingati secara tepat tarikh kejadian tersebut berlaku. [35] Namun, SP2 dengan jelas menyatakan bahawa kejadian pada tahun 2023 tersebut berlaku pada hari yang sama selepas SP2 dan tertuduh pulang ke rumah selepas SP2 selesai menjalani pemeriksaan di hospital yang berkaitan dengan dakwaan kejadian rogol terhadap SP2 oleh teman lelaki SP2 yang bernama Ashraf. [36] Semasa pemeriksaan-balas SP2, pihak pembelaan telah mengemukakan laporan polis yang dibuat oleh SP2 mengenai kejadian rogol tersebut (Eksibit D6). Berdasarkan Eksibit D6, laporan polis oleh SP2 tersebut telah dibuat pada tarikh 25.09.2023 jam 12.28 tengahari. [37] Keterangan Pegawai Penyiasat SP4 sebagaimana dalam Pernyataan Bertulis (PSP-4) di Perenggan 10 menunjukkan bahawa berdasarkan keterangan oleh SP2 kepada SP4, kejadian berlaku pada 25.09.2023 pada jam lebih kurang 2.00 petang. [38] Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, Mahkamah berpuashati bahawa kejadian yang menjadi sabjek pertuduhan telah berlaku pada pada 25.09.2023 pada jam lebih kurang 2.00 petang sebagaimana yang dinyatakan di dalam pertuduhan. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w Keputusan Mahkamah di akhir kes pendakwaan [39] Setelah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan kes pihak pendakwaan, Mahkamah berpuas hati bahawa saksi-saksi pendakwaan terutama mangsa SP2 adalah saksi yang kredibel dan keterangan yang diberikan adalah boleh diterima dan dipercayai oleh Mahkamah. Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan yang kukuh dan munasabah untuk SP2 mereka cerita dan memberikan keterangan palsu terhadap tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah tidak mendapati sebarang alasan untuk meragui kredibiliti keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan oleh mangsa di dalam kes ini. [40] Berdasarkan keterangan pihak pendakwaan secara keseluruhan, Mahkamah berpuas hati bahawa satu kes prima facie sebagaimana pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh iaitu tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara perbuatan menggeselkan kemaluan tertuduh pada bahagian dubur SP2 dengan maksud seksual. Oleh yang demikian, tertuduh dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan. Keterangan pembelaan [41] Tertuduh (SD1) telah memberi keterangan secara bersumpah dan telah memanggil seorang saksi pembelaan iaitu isterinya (SD2). Senarai saksi pihak pembelaan adalah seperti berikut: S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w SD1 Mohd Adli Bin Jusoh (tertuduh) SD2 Norafidah Binti Mat Junoh @Yunus (isteri tertuduh) [42] Senarai dokumen bagi pihak pembelaan yang telah diterima masuk sebagai eksibit di peringkat kes pembelaan adalah seperti berikut: D10 Laporan Polis No. 764/23 bertarikh 24.09.2023 (Laporan Polis tertuduh) Fakta kes pembelaan [43] Tertuduh mengenali ibu kandung SP2 dan tertuduh telah mengambil SP2 sebagai anak angkat pada tahun 2016 semasa SP2 berumur 4 tahun semasa tertuduh tinggal di Port Dickson. [44] Pada tahun 2017, tertuduh pulang ke Kelantan dan tinggal di rumah ibu mertua selama beberapa bulan sebelum berpindah ke rumah sewa di Kampung Cherang Meranti. [45] SP2 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Meranti setakat darjah 5 dan merupakan seorang pelajar yang terlalu banyak kes disiplin termasuk suka menipu, suka mencuri dan suka bergaduh. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [46] SP2 mempunyai teman lelaki bernama Ashraf. Pada 21.09.2023, tertuduh telah menghantar SP2 ke sekolah, namun tertuduh kemudian dimaklumkan oleh guru SP2 bahawa SP2 tidak hadir ke sekolah. Tertuduh bersama beberapa guru dan anggota polis kemudiannya telah pergi ke rumah Ashraf dan dapati bahawa SP2 dan Ashraf berada di rumah tersebut. Berkaitan kejadian tersebut, tertuduh telah membuat laporan polis pada 24.09.2023 (Eksibit D10) dan telah merujuk SP2 ke Klinik Kesihatan Meranti untuk rawatan kaunseling. [47] Berkaitan laporan polis yang dibuat oleh tertuduh pada 24.09.2023 tersebut, SP2 kemudiannya telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan pada hari yang sama pada waktu malam sebelum maghrib dan pemeriksaan hospital tersebut selesai pada 25.09.2023 jam 3.00 pagi. [48] Pada 25.09.2023 jam 7.00 pagi, tertuduh keluar bersarapan dan kemudiannya menerima panggilan telefon daripada Tuan Halim daripada IPD Pasir Mas dan atas arahan Tuan Halim, tertuduh telah membawa SP2 ke balai polis untuk SP2 membuat laporan polis (Eksibit D6). Selepas selesai urusan di balai polis selepas waktu zohor jam lebih kurang 1.00 petang lebih, tertuduh bersama SP2 telah pergi ke kedai makan dimana isterinya (SD2) bekerja yang mengambil masa lebih kurang 20 minit. Tertuduh sampai di kedai tersebut sebelum jam 2.00 petang. Tertuduh berada di kedai tersebut sekejap sahaja dan tertuduh terus balik ke rumah kerana terlalu marah dan meninggalkan SP2 kedai tersebut bersama SD2. SP2 pulang ke rumah bersama SD2 kemudiannya pada jam 6.00 petang selepas SD2 selesai bekerja. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [49] Tertuduh menafikan kejadian terhadap SP2 yang dikatakan berlaku pada 25.09.2023 selepas SP2 pulang daripada membuat laporan polis kerana daripada balai polis, tertuduh dan SP2 terus pergi ke tempat kerja SD2. [50] Tertuduh ada mengambil rakaman video bersama SP2 semasa berada di dalam kereta sebelum bertolak dari balai polis ke tempat kerja SD2. [51] Tertuduh menafikan pernah mencabul SP2 semasa SP2 berumur 7 tahun di rumah ibu mertuanya. [52] Semasa pemeriksaan-balas, tertuduh memberikan keterangan berikut:
i
Semasa tertuduh menghantar SP2 ke tempat kerja SD2 pada 25.09.2023, terdapat 3 orang lagi di kedai tersebut iaitu majikan SD2 yang dikenali sebagai Kak Ra, Abang Saufi dan Along;
II
(ii) Rakaman video yang dikatakan diambil pada 25.09.2023 berada dalam telefon bimbit dan tidak di bawa ke Mahkamah; rakaman video ada diberikan kepada peguambela; dan
III
(iii) Tertuduh menafikan bahawa pada 25.09.2023, tertuduh dan SP2 pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat SD2 bekerja, dan menafikan S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w kejadian tertuduh telah mengeselkan kemaluannya ke bahagian punggung SP2. [53] Tiada pemeriksaan-semula ke atas tertuduh oleh peguambela. Menjawab soalan Mahkamah mengenai motif mengapa SP2 telah memberi keterangan palsu terhadap tertuduh, tertuduh menyatakan bahawa SP2 berdendam terhadapnya kerana telah melaporkan perbuatan teman lelaki SP2 iaitu Ashraf dan SP2 tidak mahu Ashraf dipenjarakan tetapi sebaliknya SP2 mahu tertuduh dipenjarakan. [54] SD2 iaitu isteri tertuduh telah memberikan keterangan berikut. SD2 hanya mengetahui bahawa SP2 telah diambil oleh pihak JKM semasa SD2 pergi ke sekolah untuk mengambil SP2. SD2 kemudiannya telah dimaklumkan oleh pihak JKM berkenaan sebab kenapa SP2 diambil oleh pihak JKM iaitu berkaitan kejadian SP2 membawa ubat Insulin ke sekolah dan kejadian tertuduh telah melakukan “sesuatu” terhadap SP2. SD2 kemudiannya telah dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Faiz (SP4) mengenai kes seksual yang didakwa telah dilakukan oleh tertuduh terhadap SP2 termasuk kejadian pada 25.09.2023. SD2 telah memberitahu SP4 bahawa beliau bekerja pada 25.09.2023 dan juga bahawa tertuduh dan SP2 telah pergi ke IPD Pasir Mas pada sebelah pagi hari tersebut. [55] Pada 24.09.2023, SD2 bersama tertuduh dan SP2 telah pergi ke Balai Polis Meranti dimana tertuduh telah membuat laporan polis (Eksibit D10) dan mereka juga kemudiannya telah pergi ke IPD Pasir Mas pada hari yang sama. Pada hari yang sama juga mereka telah pergi ke hospital untuk pemeriksaan ke atas SP2 dan mereka S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w pulang dari hospital pada jam 2.00 pagi 25.09.2023. Pada 25.09.2023 jam 7.00 pagi, mereka keluar bersarapan sebelum SD2 ke tempat kerja dan tertuduh bersama SP2 pergi ke IPD Pasir Mas atas arahan Tuan Halim. Kemudiannya pada jam 1.00 petang lebih, selepas waktu zohor, tertuduh dan SP2 tiba di kedai makan tempat SD2 bekerja. Tertuduh berada di kedai tersebut selama lebih kurang setengah jam. SD2 dan SP2 pulang ke rumah pada jam 6.00 petang iaitu selepas waktu kerja SD2 tamat. [56] SD2 telah memberi keterangan kepada Inspektor Faiz (SP4) berkaitan kejadian pada 25.09.2023. Berdasarkan keterangan SD2 semasa pemeriksaan-utama, pemeriksaan-balas dan pemeriksaan-semula, Mahkamah mendapati bahawa SD2 dalam keterangannya kepada SP4 tidak menyatakan keterangan sebagaimana yang diberikan di Mahkamah iaitu keterangan bahawa tertuduh bersama SP2 telah pergi ke tempat SD2 bekerja pada jam 1.00 petang lebih, selepas waktu zohor, dan SP2 sepanjang masa selepas waktu tersebut berada bersama SD2 di tempat SD2 berkerja sehingga mereka pulang ke rumah pada jam 6.00 petang, yang merupakan keterangan yang amat penting untuk membantu penyiasatan SP4 terhadap tertuduh berkaitan kesalahan yang didakwa telah dilakukan oleh tertuduh pada jam 2.00 petang hari tersebut, atas alasan bahawa semasa memberi keterangan kepada SP4, SD2 tidak pasti berkenaan tarikh dan dimana tertuduh dan SP2 berada pada tarikh tersebut. [57] Semasa pemeriksaan-balas, SD2 telah memberi keterangan yang bercanggah dengan keterangan tertuduh berkenaan siapa yang ada di kedai tempat SD2 bekerja semasa tertuduh dan SP2 berada di tempat tersebut, iaitu pada waktu tersebut, hanya S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w ada majikan SD2 iaitu Kak Ra di kedai manakala penama Saufi dan Kak Long tiada di kedai pada masa tersebut. Dapatan Mahkamah ke atas kes pembelaan [58] Pihak pembelaan di akhir kes pembelaan telah berhujah bahawa pembelaan tertuduh adalah merupakan pembelaan alibi dan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [59] Pihak pembelaan walaubagaimanapun mengakui bahawa tiada Notis Alibi yang dikemukakan kepada pihak pendakwaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 402A Kanun Tatacara Jenayah. [60] Pada 08.07.2025, selepas SD1 dan SD2 selesai memberi keterangan, pihak pembelaan ada menyatakan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan Notis Alibi dan akan memanggil seorang saksi sebagai saksi alibi iaitu majikan SD2 yang dirujuk sebagai “Kak Ra” semasa SD1 dan SD2 memberi keterangan. Walaubagaimanapun, pada tarikh sambung-bicara seterusnya iaitu pada 10.08.2025, pihak pembelaan telah menutup kes tanpa memanggil saksi tersebut dan kes telah ditangguhkan untuk hujahan dan keputusan. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [61] Pihak pendakwaan sebaliknya berhujah bahawa pembelaan tertuduh adalah merupakan suatu penafian semata-mata (bare denial) dan keterangan fikir-kemudian (afterthought). [62] Dalam memutuskan sama ada pembelaan tertuduh adalah merupakan suatu pembelaan alibi, Mahkamah merujuk kepada satu keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Muhammad Khairuanuar Baharuddin & Another Appeal [2025] 1 CLJ 517 yang telah menyatakan seperti berikut: “[50] The defence of alibi and its procedures are provided for under s. 402A of the Criminal Procedure Code. The alibi defence essentially is that the accused was somewhere else other than at the time and place of the offence committed. In a landmark case on alibi, this court in Ku Lip See v. PP [1981] CLJU 155; [1981] 1 LNS 155; [1982] 1 MLJ 194 Abdul Hamid FJ explained the issue of alibi in the following manner: A determination whether particular evidence is evidence in support of alibi entails a consideration whether the evidence shows or tends to show that by reason of the presence of the accused at some particular place or area at a particular time he cannot be or is unlikely to be at the place where the offence is committed. It is difficult if not impossible to envisage with reference to a particular charge what evidence amounts or does not amount to evidence in support of a defence of alibi. It depends very much on the facts of each particular case. It has been described that "What is ordinarily meant by an alibi is that the accused's presence elsewhere is essentially inconsistent with his presence at the time and place alleged, and therefore with participation in the crime. An S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w alibi may absolutely preclude the possibility of presence at the alleged time and place of the act, or the alibi may not involve absolute impossibility, but only high improbability and yet be convincing." (see Criminal Law Review 1978 pp. 277-8 and also on p. 278 where it is further stated that "a true alibi defence consists of an affirmative proof of the defendant's presence somewhere other than at the time and place alleged.") (emphasis added) [51] The burden cast upon the accused to establish the defence of alibi is to raise a reasonable doubt only. (see Illian & Anor v. PP [1988] CLJU 139; [1988] 1 LNS 139; [1988] 1 MLJ 421 (SC)). … [54] On this issue of alibi, this court had explained extensively in the case of Duis Akim & Ors v. Public Prosecutor [2013] 9 CLJ 692 as follows: [92] Now, the following legal principles on the defence of alibi are relevant in the present namely:
i
'the defence of alibi must preclude the possibility that the accused could have been physically present at the place of the crime or its vicinity at or about the time of its commission'. (See: Regina v. Youssef (1990) 50 A Crim R 1 at pp. 2-3);
II
(ii) the correct 'approach to be adopted in regard to an alibi defence,... is to consider the alibi in the light of the totality of the evidence and the court's impression of the witnesses. If there are identifying witnesses, the court should be satisfied not only that they are honest, but also that their identification of the accused is reliable. The ultimate test, and there is only one test in a criminal case, is whether the evidence establishes the guilt of the S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w accused beyond reasonable doubt'. (See: Leve v. S (CA & R 163/12) [2013] ZAECGHC 5 (31 January 2013) (South Africa).
III
(iii) as such 'it would be wrong to reason that if the evidence of the state witnesses, considered in isolation, is credible the alibi must therefore be rejected. The correct approach is to consider the alibi in the light of all the evidence in the case and the court's impressions of the witnesses and from that totality to decide whether the alibi might reasonably be true '. (See: R v. Hlongwane 1959 (3) SA 337);
IV
(iv) "once the trial court accepted that the alibi evidence could not be rejected as false, it was not entitled to reject it on the basis that the prosecution had placed before it strong evidence linking the appellant to the offences. The acceptance of the prosecution's evidence could not, by itself alone, be a sufficient basis for rejecting the alibi evidence. Something more was required. The evidence must have been, when considered in its totality, of the nature that proved the alibi evidence to be false." (See: S v. Liebenberg 2005 (2) SACR 355 (SCA);
v
'it is trite that once an accused person pleads an alibi he does not assume the burden to prove it is true. The onus is on the prosecution to prove by evidence the alibi is false and to place the accused squarely at the scene of crime'. (See: Mutachi Stephen v. Uganda (supra). The evidence of his alibi need only raise a reasonable doubt that he committed the crime. (See: Lizotte v. The King, 1950 Can LII 48 (SCC), [1951] SCR 115); and
VI
(vi) the alibi of an accused does not have to be corroborated by independent evidence in order to raise a defence (See: R v. Letourneau [1994] BCJ No. 265 (QL) (CA), 61). (emphasis added)” S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [63] Seterusnya, berkaitan dengan kegagalan pihak pembelaan untuk memberikan Notis Alibi sebagaimana dikehendaki di bawah seksyen 402A KTJ, Mahkamah merujuk kepada satu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mazlan Othman v. PP [2013] 1 CLJ 750 yang telah memutuskan seperti berikut: “[92] The pre-requirement of a pre-trial notice under s. 402A of the CPC is mandatory and the courts in Malaysia have no discretion whatsoever to waive such a mandatory requirement. [93] It is germane, at this juncture, to refer to the Supreme Court case of Vasan Singh v. PP [1989] 2 CLJ 402; [1989] 1 CLJ (Rep) 166. There Harun Hashim SCJ interpreted s. 402A of the CPC and lucidly laid down the law pertaining to an alibi defence in these trenchant terms (see pp. 404 to 406 of the report): Section 402A was added to the Criminal Procedure Code in 1976. Until then, accused persons were free to put up an alibi defence and to call witnesses in support of the alibi thus creating an element of surprise at the trial. The object of section 402A is aimed at this mischief. It seeks to deprive accused persons of the privilege of keeping back a defence of alibi until the last moment. Clearly the object is to prevent the accused person from keeping back not merely the names of any witnesses he might call in support of the alibi, but also the fact that an alibi is to be raised. The question is, has the legislature achieved these objectives in section 402A. There is certainly now abundant authority that if witnesses are to be called in support of an alibi defence, then the requirements of a pre-trial notice must be complied with – strictly. What then is the position where the accused himself is the only witness to the alibi. It is obvious, however, that an alibi defence will not be a simple statement of: ‘I did S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w not do it. I was not there. I was elsewhere.’ That would be evidence of a bare denial. To establish his alibi, the accused must disclose where he was at the time of the alleged offence and what he was doing. He could be travelling at the time and the only evidence he has is a ticket or an endorsement on his passport or, as here, he was in bed. That would be evidence in support of his alibi. The question is whether the words seeks to put forward in section 402A(1) include the case where the accused himself gives evidence. An accused who gives evidence himself clearly does so because he is seeking to put forward evidence tending to show that he was elsewhere at a particular time. And that evidence is the evidence in support referred to in the sub-section. We are therefore of the view that the words of section 402A(1) given their natural meaning include the case where the accused alone is to testify that he was elsewhere at the material time. Thus – Sub-section (1) standing by itself clearly means that notice must be given in all cases of an alibi defence otherwise the evidence will be excluded. No distinction is made between an alibi defence of the accused alone and an alibi defence supported by witnesses. Sub-section (2) sets out the particulars required in such a notice which is in two parts:
a
Particulars of the place where the accused claims to have been at the time of the commission of the offence with which he is charged; and
b
The names and addresses of any witnesses whom he intends to call for the purpose of establishing his alibi. If the accused does not intend to call any witnesses, then he need only comply with part (a) of the notice. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w The primary purpose of an alibi notice is to alert the prosecution to the fact that an alibi might be relied upon so that they may have the opportunity before the trial of making such investigations as they think fit. It may well be that the alibi is in fact true in which event the prosecution will either withdraw the charge or offer no evidence in the case. The defence of alibi is a legitimate defence and in fact is often the only evidence of an innocent man. The difficulty, it seems to us, is when and how to exclude an alibi defence for non-compliance with section 402A. First, a distinction should be drawn between a bare denial and an alibi defence. Evidence of bare denial is in any case always admissible. In order to distinguish one from the other, the Court must know the nature of the evidence. As was said in Ku Lip See v. PP (supra) at p. 196 – If a trial Court having considered the evidence put forward by the defence, holds that such evidence amounts to evidence in support of an alibi for which no notice under section 402A Criminal Procedure Code has been given, then he has no discretion in the matter but to exclude such evidence. It follows that, initially, the Court cannot prevent an accused person from giving evidence. Having heard the evidence, then the trial Court must decide the nature of the evidence. If it is only evidence of a bare denial, the evidence stays. If it is evidence in support of an alibi and no notice under section 402A has been given, then he must exclude that part of the evidence from his consideration of the defence evidence. [94] The sum total of it all would be this. That since there was no written notice in regard to the alibi defence within the prescribed time as set out in s. 402A of the CPC, the learned JC was right when His Lordship held that (see pp. 36 to 37 of the appeal record at Jilid 1):
i
the defence did not comply with the provisions of s. 402A of the CPC when the defence failed to give written notice to the prosecution pertaining to the alibi defence;
II
(ii) the evidence of Uda (SD3) was excluded since it was evidence in support of the appellant’s alibi defence;
III
(iii) the evidence of the appellant pertaining to his meeting with Uda (SD3) at the Kuala Pilah Bazaar Ramadan and whatever connected therewith must be excluded; and
IV
(iv) the evidence of the appellant that he left his Styer pistol (exh. “P23”) with the deceased in his GEN-2 motorcar while he went to the Kuala Pilah Bazaar Ramadan and met Uda (SD3) were also excluded because it was linked to the appellant’s alibi defence. [95] Applying Vasan Singh ‘s case, the learned JC was right in not preventing the appellant from giving evidence. Having heard the evidence of the appellant, the learned JC “must decide the nature of the evidence”. Since the evidence of the appellant hinged on alibi defence where no written notice under s. 402A of the CPC has been given to the public prosecutor, the learned JC was right to exclude that part of the evidence pertaining to the alibi defence from His Lordship’s consideration of the appellant’s defence.” (penekanan (underline) ditambah) [64] Berdasarkan otoriti di atas, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pembelaan tertuduh adalah suatu pembelaan alibi dan sekiranya ya, Mahkamah hendaklah menolak keterangan berkaitan pembelaan alibi tersebut sekiranya pihak pembelaan telah gagal untuk mematuhi kehendak mandatori di bawah seksyen 402A KTJ berkaitan pemberian Notis Alibi kepada pihak pendakwaan. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [65] Berdasarkan keterangan secara keseluruhan, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan tertuduh pada dasarnya adalah merupakan suatu keterangan berupa penafian dan tidak terjumlah kepada pembelaan alibi kerana naratif kes pembelaan sebagaimana keterangan tertuduh dan SD2 adalah merupakan penafian kepada naratif kes pendakwaan sebagaimana keterangan SP2 iaitu selepas SP2 dan tertuduh pulang dari hospital pada 25.09.2023, SP2 dan tertuduh pulang ke rumah dan kejadian sebagaimana pertuduhan telah berlaku dan selepas kejadian tersebut, SP2 dan tertuduh telah pergi ke kedai makan tempat SD2 bekerja. [66] Sebaliknya, naratif kes pembelaan adalah bahawa selepas pulang daripada hospital pada 25.09.2023 jam 2.00 pagi, tertuduh bersama SD2 dan SP2 kemudiannya telah keluar bersarapan pada jam 7.00 pagi, dan kemudiannya tertuduh dan SP2 telah pergi ke IPD Pasir Mas dan SD2 telah pergi ke tempat kerjanya. Kemudiannya pada jam lebih kurang 1.00 petang lebih, tertuduh dan SP2 telah bertolak dari IPD Pasir Mas dan terus pergi ke kedai makan tempat SD2 bekerja dan mereka sampai di kedai tersebut sebelum jam 2.00 petang. [67] Berdasarkan keterangan tertuduh dan SD2, Mahkamah mendapati bahawa SP2 semasa memberi keterangan telah gagal untuk mengingati bahawa selepas pulang dari hospital dan sebelum SP2 dan tertuduh pergi ke kedai makan tempat SD2 bekerja pada 25.09.2023, SP2 dan tertuduh juga telah pergi ke IPD Pasir Mas dimana SP2 telah membuat satu laporan polis (Eksibit D6) sebagaimana yang telah dirujuk kepada SP2 semasa pemeriksaan-balas. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [68] Berdasarkan fakta kes pembelaan seperti di atas, fakta utama kes pembelaan selain fakta bahawa tertuduh tidak berada di tempat kejadian pada masa kejadian di dakwa berlaku, adalah fakta bahawa mangsa juga tidak berada di tempat kejadian tetapi berada di tempat lain, dan fakta bahawa mangsa berada ditempat tersebut bersama tertuduh. [69] Berdasarkan keterangan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa apa yang ada di hadapan Mahkamah di akhir kes pembelaan adalah dua versi keterangan yang berbeza dan bertentangan iaitu satu versi kes pembelaan yang merupakan penafian kepada versi kes pendakwaan. [70] Namun, sekiranya keterangan tertuduh dan SD2 bahawa tertuduh dan SP2 berada di kedai makan tempat SD2 bekerja pada 25.09.2023 jam lebih kurang 2.00 petang adalah merupakan keterangan alibi, maka keterangan tersebut tidak boleh diterima oleh Mahkamah sebagai keterangan alibi di atas kegagalan pihak pembelaan untuk mematuhi kehendak pemberian Notis Alibi kepada pihak pendakwaan di bawah seksyen 402A KTJ. [71] Jadi, apa yang ada dihadapan Mahkamah adalah merupakan keterangan penafian oleh tertuduh dan SD2 terhadap naratif kes pendakwaan sebagaimana keterangan SP2, dan Mahkamah perlu memutuskan sama ada keterangan tersebut telah berjaya untuk menimbulkan suatu keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, dan seterusnya sama ada pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan diluar keraguan yaag munasabah. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w Keputusan Mahkamah di akhir kes pembelaan [72] Setelah membuat penilaian ke atas keseluruhan keterangan kes pendakwaan dan pembelaan, dan setelah meneliti hujahan pihak-pihak, Mahkamah berpendapat bahawa keterangan tertuduh dan SD2 adalah merupakan suatu keterangan yang tidak kredibel dan berupa keterangan fikir kemudian dan tidak mencukupi untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [73] Mahkamah berpendapat bahawa kegagalan tertuduh dan SD2 untuk menyatakan keterangan sebagaimana yang diberikan dalam keterangan pembelaan mereka di Mahkamah pada peringkat yang paling awal iaitu semasa penyiasatan polis dijalankan iaitu dengan cara membuat suatu laporan polis atau dengan memberikan keterangan kepada pegawai polis yang menjalankan penyiasatan, telah menjejaskan kredibiliti keterangan tertuduh dan SD2 di Mahkamah. [74] Di akhir kes, Mahkamah juga tidak mendapati sebarang alasan yang kukuh dan munasabah untuk meragui keterangan yang diberikan oleh mangsa SP2 sebagai keterangan yang benar dan bukan keterangan palsu yang direka oleh SP2 terhadap tertuduh dengan tujuan atau motif sebagaimana yang dinyatakan dalam keterangan pembelaan tertuduh. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [75] Berdasarkan keterangan secara keseluruhan, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh diluar keraguan yang munasabah. [76] Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini mendapati bahawa tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan. Hukuman [77] Pihak pembelaan telah mengemukakan faktor mitigasi seperti berikut:
i
Latarbelakang tertuduh: Tertuduh berusia 39 tahun; bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan lebih kurang RM1,800.00; tertuduh menanggung seorang isteri yang mempunyai penyakit kencing manis dan tidak dapat melihat dengan baik yang memerlukan perhatian oleh tertuduh; mangsa adalah anak yang dipelihara oleh tertuduh dan isteri;
II
(ii) Ini adalah kesalahan yang pertama yang dilakukan oleh tertuduh dan tertuduh tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah; dan
III
(iii) Tertuduh telah memberikan kerjasama di sepanjang kes berjalan. S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w [78] Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan faktor agravasi atau pemberatan seperti berikut:
i
Faktor kepentingan awam sentiasa mengatasi kepentingan tertuduh; hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai suatu gambaran jelas kepada tertuduh dan anggota masyarakat bahawa kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak merupakan suatu kesalahan serius yang tidak boleh dipandang ringan, untuk menghalang anggota masyarakat daripada melakukan kesalahan yang sama;
II
(ii) hukuman yang setimpal perlu dikenakan untuk memberikan pengajaran kepada tertuduh supaya tidak melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang;
III
(iii) kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merupakan satu kesalahan yang berat yang mana hukuman yang telah ditetapkan oleh parlimen memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan wajib dikenakan sebat;
IV
(iv) tahap leluasa (rampancy) kesalahan seksual terhadap kanak-kanak; suatu mesej yang keras wajar diberikan bagi membendung kesalahan yang sama daripada terus berlaku dan menjadi barah dalam masyarakat; S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w
v
usia mangsa ketika kejadian adalah 10 tahun 10 bulan, iaitu usia yang masih sangat muda dan sangat ‘vulnerable’;
VI
(vi) Tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu hak penjagaan ke atas mangsa sejak mangsa berusia 4 tahun yang sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa sebaliknya telah mengambil kesempatan dengan melakukan perbuatan terkutuk dengan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa;
VII
(vii) kesan dan akibat perbuatan tertuduh terhadap mangsa yang mana mangsa mengalami tekanan pada usia mangsa yang masih sangat muda dan kesan trauma ini akan dibawa oleh mangsa untuk satu jangkamasa yang sangat panjang; dan
VIII
(viii) Tertuduh disabitkan setelah proses perbicaraan penuh. [79] Berdasarkan peruntukan hukuman di bawah seksyen 14 AKSTKK, dan setelah mengambilkira segala fakta dan hal keadaan kes serta faktor-faktor mitigasi dan agravasi seperti di atas, khususnya fakta bahawa tertuduh yang merupakan bapa angkat kepada mangsa yang telah mengambil amanah untuk menjaga mangsa sejak mangsa berumur 4 tahun lagi, sebaliknya telah tergamak untuk berlaku zalim terhadap mangsa yang baru berumur 10 tahun, dan merupakan seorang kanak-kanak malang yang telah kehilangan jagaan dan kasih sayang ibu dan bapa kandung sejak umur 4 S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w tahun dan terpaksa bergantung dan berharap kepada kasih sayang dan belas ihsan daripada tertuduh dan isteri, Mahkamah berpendapat bahawa suatu hukuman yang berat wajar dikenakan terhadap tertuduh. [80] Mahkamah berpendapat bahawa hukuman penjara 8 tahun dan 3 sebatan adalah suatu hukuman yang setimpal dan wajar terhadap tertuduh dan adalah selaras dengan undang-undang. Tertuduh juga dikenakan perintah menjalani Kaunseling Pemulihan sepanjang tempoh hukuman penjara di bawah seksyen 26 AKSTKK, dan perintah Pengawasan Polis bagi tempoh 2 tahun selepas tamat hukuman penjara di bawah seksyen 27 AKSTKK. Alasan Penghakiman oleh: (ZULKPLI BIN ABDULLAH) HAKIM, MAHKAMAH SESYEN PASIR MAS, KELANTAN DARUL NAIM Bertarikh: 21.05.2026 S/N Qdpzr5QCUSP6gca9nb9w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.