Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO KES : DA-61-4-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN MOHD ADNAN BIN MAT ISA (NO.KP: 740427-03-5565) … ORANG YANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
DA-61-4-07/2023
Sessions Court of Malaysia17 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“smissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." (rujuk kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115). S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA NO KES : DA-61-4-07/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA … PERAYU LAWAN MOHD ADNAN BIN MAT ISA (NO.KP: 740427-03-5565) … ORANG YANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan daripada pihak Pendakwaraya terhadap keputusan saya yang melepas dan membebaskan OKT di akhir kes pembelaan. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
2
OKT merupakan kakitangan kerajaan telah dituduh dengan pertuduhan sepertimana berikut: PERTUDUHAN "Bahawa kamu pada 10/1I2023 lebih kurangjam 3.00 petang di pejabat Biro Bantuan Guaman Jalan Sultanah Zainab, dalam daerah Kota Bharu, dalam negeri Kelantan telah dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah ke atas bekas isteri kamu nama: Fadilah binti Jusoh, No. KPT: 780908035028 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah s 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama s 326A Kanun Keseksaan. Hukuman Seksyen 325 Kanun Keseksaan Barang siapa, kecuali dalam ha/ yang diperuntukkan oleh seksyen 335, dengan sengaja menyebabkan cedera parah, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan boleh juga dikenakan denda. Seksyen 326A Kanun Keseksaan Sesiapa yang menyakiti pasangannya atau bekas pasangan, kanak kanak, orang dewasa yang tidak berupaya atau ahli lain keluarga dan melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 323, 324, 325, 326, 334 atau 335 boleh dihukum penjara untuk tempoh sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang mana dia akan bertanggungjawab jika sabit kesalahan itu kesalahan di bawah S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg seksyen yang berkenaan walau apa pun yang lain hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu."
3
Pendakwaan mengemukakan seramai tujuh (7) orang saksi seperti berikut: a. SP1 - Fadilah binti Jusoh Pengadu b. SP2 - L/Kpl Muhamad Farid bin Ahamad c. SP3 - Puteri Mamiza binti Mohd Adnan d. SP4 - Dr. Muhammad Syafiq bin Ahamad Kamil e. SP5 - Wan Norhisham bin Wan Deraman f. SP6 - SM Norazlina binti Ismail g. SP7 - Dr Nor Amalina Muhamad
4
Kejadian dikatakan berlaku pada 10/1/2023 pada jam lebih kurang 3.00 petang di pejabat Biro Bantuan Guaman, Kata Bharu Kelantan. Bekas isteri kepada OKT (SP1) bersama anak tirinya yang bernama Puteri Mamiza binti Mohd Adnan (SP3) dan bekas madu pengadu bernama Nurkhasanah telah ke pejabat BBG untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan harta sepencarian. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
5
Semasa pengadu dan anak tirinya Puteri Mamiza berada di pejabat Bantuan Biro Guaman, mereka didatangi bekas suami pengadu penama Mohd Adnan Bin Mat Isa iaitu OKT. OKT telah memanggil anaknya SP3 tetapi SP3 tidak mengendahkannya.
6
SP1 memberitahu Mahkamah, selepas proses pendaftaran mereka bertiga beratur untuk berjumpa dengan Pegawai Biro Bantuan Guaman. Apabila Nurkhasanah masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan Pegawai Biro Bantuan Guaman, OKT telah datang dan duduk di kerusi belakang SP1 dan SP3. Pada masa tersebut SP1 dan SP3 duduk di kerusi di barisan kedua sepertimana gambar P2a-b.
7
OKT dikatakan telah menuduh SP1 menghasut anaknya SP3 untuk datang ke Biro Bantuan Guaman.
8
Oleh kerana tidak puashati, OKT dikatakan telah bertindak menarik tangan kanan pengadu hingga pengadu terjatuh di atas lantai simen. Kemudian, OKT beredar daripada pejabat tersebut.
9
Akibat tindakan tersebut SP1 mengalami kesakitan di kaki kanan dan kaki tersebut bengkak. Berdasarkan keterangan SP1, akibat tindakan OKT tersebut SP1 mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa dibantu untuk berjalan keluar dari pejabat tersebut. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
10
SP1 telah ke klinik kesihatan dan telah dirujuk ke HRPZ II. Semasa di HRPZ II, pemeriksaan oleh SP7 mendapati kesan kecederaan bengkak pada buku tali, limited range of motion due to pain and swelling. Hasil pemeriksaan juga dapati ada bukti kepatahan pada right lateral malleolus SP1.
11
Laporan polis telah dibuat oleh SP1 semasa di HRPZ II dengan nombor repot Kata Bharu 767/23 (P1). Berdasarkan keterangan SP1, beliau telah menjalani pembedahan akibat kecederaan tersebut dan telah ditahan wad dari 10/1/2023 hingga 16/1/2023 dan selepas itu hanya tinggal di rumah kerana kakinya dimasukkan besi dan dijahit selepas pembedahan.
12
Di akhir kes pendakwaan, saya perlu menganalisa secara cermat segala keterangan saksi-saksi pendakwaan beserta eksibit-eksibit yang difailkan.
13
Seksyen 173 (h) (i) Kanun Tatacara Jenayah telah memberikan garis panduan yang harus dipatuhi di akhir kes pendakwaan seperti berikut; "The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials; S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
h
(i) if the Court finds that a prima facie case been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence"
14
Kes 'prima facie' bermaksud antara lain seperti berikut; "For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. "
15
Frasa "prima facie" turut disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ. Kes Looi Kow Chai & Anor (supra) telah dirujuk oleh kes di dalam kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 yang menyatakan antara lain seperti berikut: "The test at the end of the prosecution's case is "prima facie case" based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinized properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts. " S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
16
Oleh yang demikian, berdasarkan pertuduhan, pendakwaan hendaklah membuktikan intipati-intipati berikut: i. mangsa merupakan bekas isteri OKT ii. OKT telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa iii. Kecederaan parah adalah seperti mana yang ditafsirkan seksyen 320 Kanun Keseksaan. Intipati Pertama Mangsa merupakan bekas isteri OKT
17
Keterangan yang tidak dipertikaikan bahawa mangsa adalah bekas isteri OKT. SP1 iaitu mangsa dalam kes ini menyatakan bahawa beliau merupakan bekas isteri kepada OKT dan telah bercerai pada 21/6/2022. (rujuk surat cerai melalui exhibit P4).
18
Oleh itu, saya memutuskan pendakwaraya telah berjaya membuktikan intipati pertama. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg Intipati Kedua OKT telah dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa
19
Dalam membuktikan intipati ini, keterangan SP1 dan SP3 adalah sangat relevan. SP1 menceritakan semasa berada di Pejabat Biro Bantuan Guaman Kota Bharu, OKT telah datang dan telah memegangnya telah menolak mangsa di bahagian bahu sehingga jatuh ke lantai simen.
20
Pada masa itu mangsa sedang duduk di atas kerusi di hadapan kaunter Pejabat Biro Bantuan Guaman bersama-sama anak tirinya SP3. Manakala bekas madunya Norakhsana berada dalam bilik bertemu dengan Pegawai Biro Bantuan Guaman.
21
OKT menolak mangsa setelah tidak berpuas hati SP1 tidak membenarkan SP3 berjumpa dengannya. SP1 berkata OKT bertindak menarik dan menolaknya dengan kuat dan menyebabkan dia terjatuh.
22
Akibat tindakan OKT, SP1 telah jatuh dan semasa jatuh mangsa telah mendengar bunyi "prak" di kakinya dan kaki kanan mangsa bengkak dan mangsa tidak boleh berjalan. Mangsa telah dibantu S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg untuk keluar dari tempat kejadian dan tidak boleh memakai kasut kerana sakit pada bahagian kaki.
23
Tindakan yang dilakukan oleh OKT adalah tindakan yang secara tiba tiba. Perkara ini disahkan oleh SP1 yang bersetuju bahawa semasa kejadian tiada sebarang unsur-unsur pergelutan.
24
Mangsa juga mengatakan tindakan OKT itu bukan disebabkan provokasi. Jelas dalam keterangan mangsa bahawa OKT telah memegang mangsa di bahu, angkat mangsa dan hempas mangsa hingga jatuh ke lantai.
25
Kajadian SP1 telah jatuh ke bawah di tepi kerusi juga dilihat oleh SP3 meskipun dia pada ketika itu tidak melihat OKT menolak bahu SP1. SP3 nampak kaki SP1 bengkak di bahagian buku lali. SP3 juga sahkan dalam keterangan bahawa SP1 ditahan di dalam wad pada malam itu.
26
Berdasarkan dapatan fakta di atas, saya berpuas hati pihak pendakwaraya telah berjaya membuktikan intipati kedua. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg Intipati Ketiga Kecederaan parah adalah seperti mana yang ditafsirkan dibawah seksyen 320 Kanun Keseksaan.
27
Untuk membuktikan kecederaan yang dialami oleh mangsa, pihak Pendakwa telah memanggil dua orang pegawai perubatan memberi keterangan iaitu SP4 dan SP7. Laporan Perubatan menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada kaki kanan.
28
Pemeriksaan awal mendapati wujud bengkak pada buku lali kanan. Saksi P7 mengatakan hasil x-ray menunjukkan terdapat kesan patah dan kecederaan oblique fracture right lateral malleolus pada kaki kanan mangsa. Kesan kecederaan parah ini adalah merupakan kecederaan parah dan menepati peruntukkan Seksyen 320(9) Kanun Keseksaan.
29
Secara ringkasnya SP1 telah mengalami a right lateral malleolus fracture is a break in the fibula bone, just above the ankle joint, on the outside of the ankle
30
Akibat kecederaan tersebut, SP1 telah terpaksa menjalani pembedahan dan telah ditahan di dalam wad dari 10/1/2023 sehingga 16/1/2023. Berdasarkan kepada keterangan SP1 juga S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg selepas keluar dari wad beliau hanya duduk di rumah kerana kakinya dimasukkan besi dan dijahit selepas pembedahan.
31
Oleh itu, saya mendapati mangsa mengalami kecederaan parah selepas jatuh pada hari kejadian dan memenuhi peruntukkan seksyen di atas.
32
Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, saya memutuskan pihak Pendakwa raya telah berjaya membuktikan satu kes prima facie seperti mana yang diperuntukkan Seksyen 173 (h) (i) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, saya memutuskan OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan. KES PEMBELAAN Tanggungjawab Mahkamah di peringkat kes pembelaan 33. Saya merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria HMP menyatakan seperti berikut: In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case.
34
Di peringkat ini, tugas OKT adalah mudah di mana perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Definisi keraguan yang munasabah telah diterangkan dengan jelas dalam kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 ALL ER 372 di mana Hakim Denning telah menyatakan: "[The degree of cogency] ... need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable', the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice." (rujuk kes PP v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115). S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
35
Dengan merujuk kes Mat v PP (1963) 1 LNS 82 saya perlu menilai pembelaan OKT seperti digariskan dibawah: The correct law to Magistrate to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus a proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed satisfy the onus of proof which lies upon it" The position may be conveniently stated as follows:
a
If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt convict
b
If you accept or believe the accused's explanation. Acquit.
c
If you do not accept or believe the ccused's explanation. Do not convict but consider the next steps below.
d
If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raised in your mind a reasonable doubt as to his guilt. convict
e
If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt.. Acquit S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
36
Di peringkat pembelaan, hanya OKT yang memberikan keterangan. OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah daripada kandang saksi.
37
Saya perlu menilai keterangan OKT adakah cukup dan memadai untuk menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.
38
Saya juga perlu menimbangkan semula keseluruhan keterangan samada di peringkat kes pendakwaan sama ada konsisten dengan pembelaan yang telah dibangkitkan oleh OKT sepanjang kes pendakwaan.
39
OKT antara lain menyatakan seperti berikut; i. OKT merupakan bekas suami kepada mangsa yang baru sahaja bercerai lebih kurang 6 bulan daripada tarikh kejadian berdasarkan kepada P4 iaitu Sijil Perceraian ii. OKT telah hadir ke tempat kejadian setelah melihat anak beliau masuk ke dalam pejabat Jabatan Bantuan Guaman dan berhajat untuk mendapatkan penjelasan mengenai kehadiran anak beliau di tempat kejadian. iii. Di tempat kejadian beliau telah melihat mangsa duduk bersama anak beliau di ruangan menunggu. Beliau cuba untuk bertanyakan kepada anak beliau mengenai kehadiran anak beliau di situ namun anak beliau hanya mendiamkan diri. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg iv. Ketika itu, mangsa telah memarahi dan memaki OKT dengan mengatakan OKT sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab dan telah berlaku pertengkaran mulut antara OKT dan juga mangsa. v. Di waktu itu anak OKT telah menangis dan memalingkan muka ke dinding menyebabkan OKT cuba menarik tangan anak beliau bagi mengajak anak beliau untuk berbincang berdua di luar. vi. Ketika OKT menghulurkan tangan untuk menarik tangan anak beliau, mangsa telah menepis tangan OKT berulang kali dengan menggerakan tubuh beliau dan telah menyebabkan beliau terjatuh.
40
Peguambela yang bijaksana berhujah bahawa keseluruhan keterangan yang diberikan oleh OKT adalah konsisten dengan versi pembelaan ketika kes pendakwaan malah telah berjaya mengakas segala tohmahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terutamanya OKT telah menarik dan menolak tangan mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh. Termasuk dakwaan mangsa yang mengatakan OKT telah memegang bahu, mengangkat beliau dan menghempas beliau ke lantai. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
41
Setelah meneliti kembali, pada hemat saya kejadian telah berlaku secara spontan atau impromptu melibatkan kedua-dua pihak. Kejadian telah berlaku apabila OKT terserempak dengan mangsa bersama-sama anak OKT. Setelah berlaku pertengkaran mulut “verbal exchange” yang mana telah merebak kepada sentuhan fizikal antara kedua-dua pihak.
42
Saya berpendapat pertelingkahan dimarakkan lagi “escalated” disebabkan oleh hubungan tegang disebabkan isu-isu rumahtangga yang terdahulu antara kedua-dua pihak.
43
Saya menerima keterangan OKT bahawa pada ketika itu mangsa juga telah memarahi dan memaki OKT dengan mengatakan OKT sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab dan telah berlaku pertengkaran mulut antara OKT dan mangsa.
44
Di waktu itu anak OKT telah menangis dan memalingkan muka ke dinding menyebabkan OKT cuba menarik tangan anak beliau bagi mengajak anak beliau untuk berbincang berdua di luar.
45
Saya berpendapat kejadian terjadi bila mana OKT terlihat anaknya ada bersama-sama dengan mangsa di Pejabat Jabatan Bantuan Guaman Kota Bharu dan out of curiosity, OKT telah masuk untuk S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg mendapatkan maklumat dari anaknya dan bukanlah OKT datang secara sengaja ke tempat kejadian.
46
Saya dapati berdasarkan tindakan OKT dan keterangan keadaan (circumstacial evidences) pada ketika itu adalah sukar untuk membuat konklusi bahawa OKT mempunyai niat untuk mencederakan mangsa. Malah, lebih malang akibat daripada verbal exchange, pergelutan telah berlaku.
47
Saya menerima keterangan OKT bahawa pada masa itu, dia hanya menarik tangan anak beliau untuk bertanyakan sesuatu. Akan tetapi telah dihalang oleh mangsa seterusnya terjadi pergelutan kedua-dua pihak dan menyebabkan mangsa hilang imbangan badan.
48
Oleh itu, pada hemat saya tiada mana-mana pihak berniat sengaja untuk mencederakan satu sama lain apatah lagi sehingga menyebabkan satu kecederaan parah pada manamana orang. Apa yang berlaku adalah secara spontan dan pihak-pihak menyumbang kepada kejadian malang tersebut.
49
Saya bersetuju dengan hujahan peguambela yang bijaksana bahawa kejadian ini berlaku secara spontan dan sama sekali tidak memenuhi elemen terpenting dalam pertuduhan kes Seksyen 325 Kanun Keseksaan ini yang meletakkan bahawa OKT hendaklah S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
50
Mahkamah juga menilai keseluruhan kejadian adalah disebabkan pergelutan yang mana kecederaan berlaku adalah secara 'accidental' dan bukannya secara sengaja ataupun disengajakan. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira prinsip dalam kes Mat v PP (supra) dimana pada hemat saya penjelasan OKT dalam pembelaannya boleh diterima dan dipercayai dan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah.
51
Setelah meneliti keterangan keseluruhan kes dan saksi-saksi pembelaan, saya dapati pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah diakhir kes pembelaan. Oleh itu, saya melepaskan dan membebaskan OKT. Dengan demikian, saya melepas dan membebaskan OKT daripada pertuduhan. S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg Wang Jaminan dikembalikan. Bertarikh : 15 JUN 2025 (ZULKIFLI BIN ABLLAH) HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU KELANTAN DARUL NAIM S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg Pihak Perayu: Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Kelantan AG-3-03-06 Al-Waqf @ Tunjong Tingkat 3 Bangunan Hotel H-Elite Design Jalan Kuala Krai 16010 Kota Bharu Kelantan. (No. Ruj.:DA-61-4-07/2023) No. Tel.: 09-7408500 Emel: ptjkelantan[at]kehakiman.gov.my Peguam bagi pihak Responden Tetuan Rafizi Zubairi & Firdaus Peguambela & Peguamcara PT 1621, Tingkat Dua Jalan Kuala Krai Batu 4, Bandar Baru Tunjong 15050 Kota Bharu (No. Ruj.: RZF/CR/263-2023) No. Tel.: 09-7462524 Emel: rzfcokb@gmail.com S/N fyOzH9g1kGGx1PzwRgTtg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.