Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES: DF-83-201-08/2023 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHD AFIZAN BIN MOHD ASERI NO K/P: 840826035237 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
DF-83-201-08/2023
Magistrates Court of Malaysia20 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“His Majesty then was) had the occasion to consider what constitutes "dangerous driving" in Ramiah v. PP [1972] 1 LNS 120; [1972] 2 25 MLJ 258. Therein, the accused was charged under s. 34A(1) of the Road Traffic Ordinance 1958 (the predecessor of s. 41(1) of the S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw **Note : Serial number will be”
“at a bend which is known to be dangerous, and running from behind into another vehicle, is guilty of driving in a manner which is dangerous to the public. 20 [28] In PP v. Cheong Kam [1946] 1 LNS 41; [1946] MLJ 12, it was held that to overtake a cyclist who is far from steady at the moment when a heavy lorry is approac”
“s a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances. [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] 1 LNS 91; [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one's own proper side of the road and 10 getting into the path of an o”
“m evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408. 5”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PASIR PUTEH DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM NO KES: DF-83-201-08/2023 5 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN 10 MOHD AFIZAN BIN MOHD ASERI NO K/P: 840826035237 …ORANG KENA TUDUH (OKT) ALASAN PENGHAKIMAN 15
1
OKT dalam kes ini telah dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (“APJ”) 1987. Pertuduhan adalah seperti berikut: PERTUDUHAN 20 BAHAWA KAMU PADA 14/04/2023 JAM LEBIH KURANG 04.30 PETANG DI KM 12 JALAN MACHANG-GERIK KE PASIR PUTEH DAERAH PASIR PUTEH DI DALAM NEGERI KELANTAN TELAH S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw MEMANDU MOTORKAR NOMBOR PENDAFTARAN DDE 5470 DI ATAS JALAN ITU DENGAN CARA YANG MANA SETELAH MENGAMBIL PERHATIAN TENTANG SEGALA HAL KEADAAN TERMASUK JENIS KEADAAN, SAIZ JALAN DAN KESESAKAN LALULINTAS YANG DIJANGKA ADA DIJALAN ITU ADALAH 5 BERBAHAYA KEPADA ORANG AWAM DAN MENYEBABKAN KEMATIAN KEPADA WAN AB HISHAM BIN WAN NOH NO. K/P 630203-03-5169. OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH 10
2
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap 15 OKT. Oleh itu Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil membela diri.
3
Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah telah memfailkan rayuan. Maka alasan penghakiman ini 20 ditulis untuk menjelaskan mengapa Mahkamah memutuskan sedemikian.
4
Ringkasan fakta kes pendakwaan adalah seperti berikut: 25 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw a. Kemalangan yang berlaku melibatkan tiga buah kenderaan iaitu motosikal bernombor pendaftaran DDM 366 yang ditunggang si mati (“motosikal si mati”), motokar Myvi berwarna merah bernombor pendaftaran DDE 5470 (“motokar OKT”) dan motokar jenis Kelisa bernombor pendaftaran AFR 1064 yang dipandu oleh SP5 yang 5 merupakan anak OKT (“Motokar Kelisa”). Motosikal si mati dari arah Pasir Puteh menghala ke Machang manakala motokar OKT dan motokar Kelisa dari arah Machang menghala ke Pasir Puteh. Motokar OKT berada di hadapan motokar Kelisa. 10 b. Kejadian dikatakan berlaku apabila motokar OKT telah jatuh ke bahu jalan sebelah kiri menghala Pasir Puteh dan masuk semula ke laluannya secara terburu-buru sehingga menyebabkan perlanggaran dengan motokar Kelisa yang berada di belakangnya (“impak pertama”). Perlanggaran tersebut kemudiannya telah menyebabkan 15 motokar Kelisa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal si mati (“impak kedua”). PRINSIP UNDANG-UNDANG DI AKHIR KES PENDAKWAAN 20
5
Prinsip undang-undang dalam pembuktikan kes prima facie oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 dan dalam kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP (2005) 1 CLJ 85. 25 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw
6
Prinsip undang-undang berkenaan “maximum evaluation” dan “credible evidence” adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Abdullah bin Atan v Public Prosecutor and other appeals, [2020] 6 MLJ 727 dan kes Public Prosecutor v Tal bin Shuaib [2017] MLJU 2408. 5
7
Kes-kes duluan di atas yang dirujuk memberikan gambaran peri pentingnya setiap tapisan, ujian dan penilaian dibuat ke atas semua keterangan pihak pendakwaan. 10
8
Kesalahan di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 yang menjadi pertuduhan terhadap OKT memperuntukkan:
41
Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan 15
1
Mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu atau dengan kelajuan atau dengan cara yang, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan (termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan, dan kesesakan lalu lintas yang dijangkakan yang ada atau mungkin ada di jalan itu) 20 merbahaya kepada orang awam, menyebabkan kematian mana-mana orang, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara *selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima 25 puluh ribu ringgit dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, penjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw tahun dan tidak lebih daripada lima belas tahun dan denda tidak kurang daripada lima puluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit
9
9.
Preamble
Menurut kes PP v. Wan Khairil Wan Isa [2007] 9 CLJ 557; [2007] 6 5 MLJ 601 Mahkamah menyatakan: THE LAW [3] Section 41(1) of the Act provides: Any person who, by the driving of a motor vehicle on a road recklessly or at a speed or in a manner 10 which having regard to all the circumstances (including the nature condition and size of the road, and the amount of traffic which is or might be expected to be on the road) is dangerous to the public causes the death of any person shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding ten thousand 15 ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both. [4] The essential ingredients then of the offence created under s 41(1) of the Act are:
a
a person who;
b
by driving a motor vehicle recklessly; or
c
by driving a motor vehicle at a speed; or
d
by driving a motor vehicle in a manner which, having regard to the circumstances (including the nature, condition and size of the road and the amount of traffic which is or might be expected to be 25 on the road) is dangerous to the public;
e
causes the death of a person… S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw
10
Setelah meneliti pertuduhan yang dirangka, mahkamah merumuskan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah seperti berikut: i. OKT telah memandu kereta DDE 5470 semasa kemalangan 5 berlaku; ii. OKT telah memandu kereta itu, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka ada dijalan, secara berbahaya; dan 10 iii. Kemalangan tersebut mengakibatkan kematian si mati.
11
Setelah meneliti semua keterangan yang dikemukakan, Mahkamah 15 mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membukti elemen pertama pertuduhan iaitu OKT telah memandu kereta tersebut. Fakta ini juga tidak pernah dipertikaikan oleh pihak pembelaan sepanjang perbicaraan. Walau bagaimanapun elemen kedua dan ketiga pertuduhan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. 20 Sama ada OKT telah memandu kereta itu, setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis keadaan, saiz jalan dan kesesakan lalulintas yang dijangka ada di jalan, secara berbahaya? 25 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw
12
Pihak pendakwaan telah merujuk kes PUBLIC PROSECUTOR v ZULKIFLI BIN OMAR [1998] 6 MLJ 65 bagi membuktikan pemanduan OKT adalah satu pemanduan yang berbahaya. Mahkamah Tinggi dalam kes Zulkifli Bin Omar menyatakan: 5 As Parliament has not spelt out the meaning of ‘driving dangerously’ or ‘driving recklessly’ it is left to the courts to do so. To be guilty of the more serious category of the offence of reckless driving the driver (defendant) must have created an obvious and serious risk of injury to the person or damage to property and must either have 10 given no thought to the possibility of that obvious risk, have seen the risk and nevertheless decided to run it.
13
Pihak Pendakwaan turut merujuk kes Mahkamah Rayuan dalam kes Ng Beng Kok [2017] 7 CLJ 157 yang telah membincangkan maksud 15 pemanduan merbahaya yang termasuk pemanduan secara recklessness (melulu) dan speeding (terlalu laju): “Dangerous Driving”: [24] There is no definition of "dangerous driving" under the RTA. It is open to the court to determine what amounts to "dangerous 20 driving". Reported cases serve as a guide and illustrations. [25] Over the years, our courts have considered what can be categorised as "dangerous driving". Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) had the occasion to consider what constitutes "dangerous driving" in Ramiah v. PP [1972] 1 LNS 120; [1972] 2 25 MLJ 258. Therein, the accused was charged under s. 34A(1) of the Road Traffic Ordinance 1958 (the predecessor of s. 41(1) of the S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw RTA 1987 ). It was held that in proving that there was "dangerous driving", it must be shown that: i) there must be a situation created by the accused which, viewed objectively, is dangerous; ii) that when creating such a situation the accused was at fault. 5 Fault here involves a failure; a falling below the care and skill of a competent and experienced driver in relation to the manner of driving and the relevant circumstances. [26] In PP v. Low Yong Ping [1961] 1 LNS 91; [1961] MLJ 306 at p. 307, Ong J held that leaving one's own proper side of the road and 10 getting into the path of an oncoming vehicle is considered an act which has potentially fatal consequences and it definitely falls within the definition of "dangerous driving". [27] In Lau Lim Peng v. PP [1968] 1 LNS 63; [1968] 2 MLJ 14 at pp. 14-25, Chang Min Tat J held that, in the absence of any 15 explanation to the contrary, a driver who drives in a speed limit area with such a speed and in such a manner as to be unable to avoid overturning at a bend which is known to be dangerous, and running from behind into another vehicle, is guilty of driving in a manner which is dangerous to the public. 20 [28] In PP v. Cheong Kam [1946] 1 LNS 41; [1946] MLJ 12, it was held that to overtake a cyclist who is far from steady at the moment when a heavy lorry is approaching from the opposite direction is to take an unjustifiable risk and constitutes dangerous driving.” 25
14
Dalam hujahan bertulisnya pihak pendakwaan berhujah bahawa tindakan OKT yang masuk semula ke laluannya secara terburu-buru S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw tanpa memastikan keadaan selamat terlebih dahulu sehingga menyebabkan perlanggaran antara motokar Kelisa dan motosikal OKT terjumlah kepada pemanduan yang berbahaya. Hujahan pihak pendakwaan ini adalah berdasarkan keterangan SP1 yang telah melihat motokar OKT turun ke bahu jalan dalam keadaan kelam-kabut dan telah 5 masuk semula ke laluannya sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Pihak pendakwaan turut menghujahkan bahawa OKT mempunyai peluang untuk memberhentikan kenderaannya terlebih dahulu dan memberikan isyarat sebelum masuk semula ke jalan utama. 10
15
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujah sedemikian kerana situasi sebenar yang berlaku ada berbeza dengan naratif pendakwaan dalam hujahan bertulisnya. Situasi kemalangan dalam kes ini tidak sama seperti situasi sebuah kenderaan yang berhenti di persimpangan jalan dan perlu memastikan jalan raya selamat terlebih dahulu sebelum masuk 15 ke mana-mana jalan atau lorong. Mahkamah tidak boleh melihat kes ini secara sekerat-sekerat pada bahagian yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan sahaja. Keseluruhan babak dan adegan kejadian kemalangan termasuk tindakan kenderaan-kenderaan terlibat secara langsung atau tidak perlu diambil kira dan dipertimbangkan sewajarnya.
16
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan yang terlalu memfokuskan kepada tindakan motokar OKT masuk semula ke laluan utama dan berlanggar dengan motokar Kelisa. Mahkamah juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak pendakwaan yang membahagi- 25 bahagikan babak kejadian, mengecualikan sebahagian kejadian dan hanya menumpukan kepada satu babak kejadian kemalangan tersebut S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw tanpa mengambil kira tindakan semua aktor yang menyumbang kepada kejadian malang ini.
17
Berdasarkan keterangan semua saksi yang terlibat dan yang melihat kemalangan tersebut (SP1-penumpang Hilux, SP2-pemandu Hilux, SP4- 5 peserta konvoi motosikal dan SP5-pemandu motokar Kelisa), Mahkamah mendapati kenderaan Hilux yang dipandu oleh SP2 sebenarnya turut terlibat secara tidak langsung dalam kemalangan ini. Kemalangan ini tidak hanya melibatkan motokar OKT, motokar Kelisa dan motosikal si mati sahaja. Walaupun tidak ada perlanggaran antara 10 Hilux tersebut dengan mana-mana kenderaan kemalangan, Mahkamah membuat kesimpulan sedemikian setelah berpuas hati terdapat keterangan yang cukup yang boleh menggambarkan bagaimana Hilux tersebut telah bertindak memotong sebuah kenderaan Myvi putih di hadapannya lalu menyebabkan motokar OKT yang datang dari arah 15 bertentangan terpaksa mengelak ke bahu jalan.
18
Kewujudan Myvi putih di hadapan Hilux tersebut diakui sendiri oleh SP1 dan SP2. SP1 dan SP2 dalam keterangan bersumpahnya mengakui bahawa Myvi putih tersebut bergerak dengan sangat perlahan.
19
Walaupun SP1 dan SP4 tidak pasti sama ada Hilux tersebut ada memotong atau tidak dan SP2 pula tidak setuju dengan cadangan dia telah memotong Myvi putih di hadapannya, Mahkamah mendapati besar kemungkinan wujudnya tindakan SP2 memotong Myvi putih di 25 hadapannya. Hal ini dikatakan demikian kerana SP5 yang sedang memandu motokar Kelisa di belakang motokar OKT mengsahkan Hilux S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw tersebut memotong di garisan berkembar dari arah bertentangan hingga menyebabkan motokar OKT hilang kawalan lalu turun ke bahu jalan. Perkara sama turut diceritakan sendiri oleh OKT kepada pegawai penyiasat (SP9) meskipun SP9 tidak menerima penjelasan tersebut. Tambahan pula Mahkamah mendapati tiada penjelasan yang 5 memuaskan daripada SP9 kenapa dia tidak menerima penjelasan daripada OKT berhubung perkara ini.
20
Tidak dinafikan lagi bahawa fakta ini telah menimbulkan percanggahan material dalam kalangan saksi-saksi pendakwaan berkenaan dengan 10 tindakan Hilux memotong kenderaan di hadapannya. Percanggahan ini sudah pasti memberikan kelebihan “benefit of doubt” kepada pembelaan
21
Tindakan Hilux tersebut memotong di garisan berkembar telah 15 menyebabkan keadaan cemas dan berbahaya kepada motokar OKT yang berada di laluan bertentangan. Tidak keterlaluan untuk Mahkamah membuat dapatan bahawa keadaan cemas tersebut telah mewujudkan kemungkinan motokar OKT telah hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan perlanggaran dengan motokar Kelisa di belakangnya.
22
Mahkamah mendapati gambaran motokar OKT hilang kawalan ini sama seperti apa yang digambarkan oleh SP1. Dalam keterangan bersumpahnya SP1 menyatakan dia telah melihat motokar OKT seperti mengelak dan jatuh ke bahu jalan dalam keadaan kelam-kabut yang 25 menyebabkan batu-batu habuk berterbangan. Berdasarkan keterangan S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw ini Mahkamah pasti motokar OKT mengelak Hilux yang sedang memotong dari arah bertentangan.
23
Dapatan fakta tentang tindakan Hilux memotong kenderaan di hadapannya adalah satu fakta yang sukar ditepis. Untuk menafikan 5 inferens ini pihak pendakwaan berpeluang untuk memanggil penumpang-penumpang lain di dalam motokar OKT. SP9 sebagai pegawai penyiasat mengakui kewujudan tiga lagi ahli keluarga OKT yang turut ada bersama OKT di dalam motokarnya. Semestinya mereka boleh menggambarkan situasi yang berlaku kepada motokar OKT dengan 10 lebih jelas dari aspek pemandu dan penumpang motokar tersebut. Namun pihak pendakwaan telah memilih untuk tidak memanggil mereka dan hanya menawarkan mereka sebagai saksi pembelaan.
24
Keengganan pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi sudah pasti 15 memberikan kelebihan anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 kepada OKT. Seksyen 114 (g) menyatakan:
114
The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common 20 course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume—
g
that evidence which could be and is not produced would if 25 produced be unfavourable to the person who withholds it; S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw
25
Selain daripada itu, Mahkamah mendapati terdapat kemungkinan SP5 memandu motokar Kelisa dengan jarak yang terlalu rapat dengan dengan motokar OKT sehingga tidak mampu memperlahankan atau membrek kenderaannya ketika motokar OKT jatuh ke bahu jalan dan naik semula ke laluannya. Sekiranya SP5 memandu dengan jarak yang 5 selamat terdapat kemungkinan impak kedua dalam kemalangan maut dapat dielakkan.
26
Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Cantona Lim Xiang Kim v Public Prosecutor [2020] 1 MLJ 544 yang 10 menyatakan: [27] Applying the principles in the above cases and looking at the prosecution’s case as well as the defence of the accused as a whole, we found that the learned judicial commissioner fell into 15 error in upholding the findings of the magistrate. The defence of the accused that his vision was impaired due to the splash of water onto his windscreen which was caused by another car which overtook him prior to the accident, was not challenged by the prosecution. The magistrate and the learned judicial 20 commissioner failed to give sufficient consideration to the fact that the obvious and serious risk which resulted in the death of the deceased was not caused solely by the accused. There was an intervening cause which contributed to it and when viewed objectively, could not be said to be the fault of the accused. 25 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw [28] Apart from the fact that the accused had collided into, and caused the death of the deceased, no other evidence was led to show the recklessness of the accused. As propounded in Ramiah, it is not the law that merely because an accident happened which led to fatal consequences, it follows that the 5 appellant was driving in a manner dangerous to the public. The prosecution needed to show something more, ie that the accused was driving in a manner which has shown a selfish disregard for the safety of other road users. This element was conspicuously absent in the prosecution’s case. In our judgment, the essential 10 or core ingredients of recklessness under s 41(1) of the Act have not been proved beyond reasonable doubt by the prosecution.
27
Berdasarkan panduan dan rujukan kepada kes Contana Lim di atas, Mahkamah berpuas hari wujudnya “intervening cause” yang 15 menyebabkan berlakunya kemalangan maut ini. Adalah tidak adil untuk Mahkamah menutup mata dan tidak mempertimbangkan tindakan Hilux tersebut yang secara jelas telah menyumbang kepada kemalangan ini dan juga kemungkinan motokar Kelisa dipandu secara dekat sehingga tidak dapat mengelak motokar OKT.
28
Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen OKT telah memandu secara berbahaya. 25 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw Sama ada kemalangan tersebut telah menyebabkan kematian si mati?
29
Dalam menilai isu ini, Mahkamah sekali lagi mempertimbangkan keterangan semua saksi yang terlibat dan melihat kemalangan tersebut. 5 Mahkamah juga mengambil kira keterangan SP7 yang merupakan pegawai sains yang menjalankan analisis kedudukan kenderaan semasa perlanggaran berlaku.
30
Hasil analisisnya mendapati wujudnya perlanggaran antara motokar 10 Myvi dan motokar Kelisa. Selain itu wujud juga perlanggaran antara motokar Kelisa dan motosikal si mati. Namun begitu tiada sebarang perlanggaran antara motokar OKT dan motosikal si mati.
31
Oleh yang demikian, selain daripada “intervening factor” di atas, tidak 15 ada keterangan yang boleh menunjukkan OKT yang menyebabkan kematian kepada si mati dalam kemalangan ini. KESIMPULAN 20
32
Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum ke atas semua keterangan saksi dan ekshibit pendakwaan, dan atas faktor-faktor yang telah dijelaskan di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT, justeru, Mahkamah melepaskan dan membebaskan OKT di akhir kes pendakwaan tanpa 25 diperintahkan untuk membela diri. S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw Tarikh: 30 JANUARI 2026 t.t. (MUHAMMAD AIMAN BIN AZAHAN) Majistret 5 Mahkamah Majistret Pasir Puteh Kelantan Darul Naim Timbalan Pendakwa Raya: TPR Yusnaliza Binti Mohammad Yusoff Timbalan Pendakwa Raya 10 Jabatan Peguam Negara Cawangan Pendakwaan Negeri Kelantan Peguam Bela OKT : Maizani Bin Abdullah Tetuan Maizani Abdullah & Associates. 15 S/N vYZocvboS0WcraVyEy8Lsw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.