Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCVC-172-11/2024 ANTARA MOHD ALI BIN AMIR BATCHA (NO. K/P: 540108-04-5233) .…PLAINTIF
/akn/my/judgment/high-court/2026/5cdc2cef-bdc5-4128-b41f-c4b2da8cc9d3
High Court of Malaysia28 Apr 2026JA-22NCvC-172-11/2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n bagi permohonan itu mula-mula berbangkit atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada pemohon juga telahpun juga dihalang oleh had masa yang telahpun melangkaui lebih 20 tahun. Seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 (Revised Act 1978) Akta 198 juga tidak boleh membantu Plaintif dalam tindakan ini”
“t atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada pemohon juga telahpun juga dihalang oleh had masa yang telahpun melangkaui lebih 20 tahun. Seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 (Revised Act 1978) Akta 198 juga tidak boleh membantu Plaintif dalam tindakan ini kerana telahpun melepasi tempoh masa 36 b”
“r-benar merupakan suatu tuntutan baharu, atau sekadar pengulangan kepada pertikaian lama yang telahpun dibawa ke Mahkamah sebelum ini. Rujuk juga kes Tan Her Chu & Ors v Ladang Sri Pelanduk Sdn Bhd [2012] MLJU 1385. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21”
“Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa Plaintif turut merujuk kepada beberapa autoriti lain seperti Tony Pua (supra), Fatimah Ahmad(supra) dan Samuel Naik Siang Ting v Majlis Perbandaran Manjung [2025] CLJU 2126. Autoriti-autoriti ini pada asasnya menekankan bahawa **Note : Serial number will be used to verify the o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BHARU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCVC-172-11/2024 ANTARA MOHD ALI BIN AMIR BATCHA (NO. K/P: 540108-04-5233) .…PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
TAN SRI RAHIM BIN MOHD NOOR (NO.K/P POLIS : G/5183) ...DEFENDAN-DEFENDAN 03/06/2026 14:53:14 JA-22NCvC-172-11/2024 Kand. 35 ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 13 – Permohonan oleh Defendan-Defendan dibawah A.18 k.19(1)(a), (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012]
1
Permohonan ini melibatkan suatu Notis Permohonan oleh Defendan-Defendan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif dalam tindakan ini. Permohonan ini diasaskan atas beberapa limb utama di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1), khususnya bahawa:
a
(a) Pernyataan Tuntutan Plaintif tidak mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah; dan/atau
b
(b) tindakan tersebut adalah bersifat remeh, menyusahkan atau tidak berasas; dan/atau
c
(c) tindakan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
2
Selepas meneliti secara menyeluruh pliding, Afidavit Sokongan dan Afidavit Jawapan, Hujahan Bertulis kedua-dua pihak serta Ikatan Autoriti yang dikemukakan, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Defendan-Defendan dan membatalkan keseluruhan tindakan Plaintif dengan kos RM6,000.00. Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan ini Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 15.5.2026 terhadap keseluruhan keputusan tersebut. Disediakan Alasan Penghakiman ini.
3
Dalam mencapai keputusan ini, Mahkamah ini mengambil kira bukan sahaja kandungan pliding Plaintif, tetapi juga latar belakang fakta yang menjadi asas kepada tuntutan ini, termasuk sejarah litigasi terdahulu yang melibatkan pihak Plaintif. Alasan penghakiman ini akan menghuraikan dapatan Mahkamah secara terperinci mengikut isu-isu yang telah dikenal pasti.
4
Berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap Pernyataan Tuntutan Plaintif serta Afidavit Sokongan Defendan, adalah tidak dipertikaikan bahawa pertikaian yang menjadi asas kepada tindakan ini berpunca daripada peristiwa yang berlaku lebih dua dekad yang lalu, iaitu sekitar tahun 1997 hingga
1998
1998.
5
Secara khusus, Plaintif adalah seorang bekas anggota Polis Diraja Malaysia yang pada ketika itu telah:
a
(a) ditahan oleh pihak berkuasa;
b
(b) digantung daripada tugas; dan
c
(c) kemudiannya dibuang kerja berikutan keputusan Suruhanjaya Pasukan Polis.
6
Keputusan pemecatan tersebut, berdasarkan rekod, telah berkuat kuasa pada atau sekitar 20 November 1997, dan merupakan peristiwa utama yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif dalam tindakan semasa. Mahkamah ini mendapati bahawa fakta-fakta ini bukan sahaja dinyatakan dalam pliding Plaintif, tetapi turut dihuraikan dalam Afidavit Sokongan Defendan sebagai sebahagian daripada kronologi kes.
7
Walaupun tindakan semasa hanya difailkan pada tahun 2024, Plaintif mendakwa bahawa terdapat unsur frod dan konspirasi oleh Defendan-Defendan yang hanya dapat dikesan atau ditemui pada 18 Mac 2024. Berdasarkan dakwaan tersebut, Plaintif berpendirian bahawa tindakan ini tidak terhalang oleh had masa memandangkan tempoh had masa hendaklah bermula dari tarikh penemuan fakta tersebut.
8
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-Defendan telah membangkitkan satu aspek penting dalam latar belakang kes ini, iaitu kewujudan beberapa tindakan terdahulu yang telah difailkan oleh Plaintif berhubung pertikaian yang sama atau berkait rapat dengannya. Tindakan-tindakan terdahulu tersebut telah dirujuk oleh Defendan sebagai:
a
(a) Tindakan Sivil 1 (S21-70 Tahun 2003);
b
(b) Tindakan Sivil 2 (BA-24NCC(ARB)-5-03/2022); dan
c
(c) Tindakan Sivil 3 (WA-22NCvC-716-12/2023).
9
Walaupun butiran penuh setiap tindakan tersebut tidak diperincikan dalam Pernyataan Tuntutan semasa, Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan tindakan-tindakan tersebut tidak dinafikan secara substantif oleh Plaintif dalam afidavitnya. Pada hemat Mahkamah ini, kewujudan tindakan-tindakan terdahulu ini adalah suatu faktor yang amat signifikan kerana ia menunjukkan bahawa Plaintif telahpun mengambil langkah-langkah litigasi berhubung pertikaian yang sama sebelum ini.
10
Selain itu, dalam perjalanan prosiding ini, Plaintif pada mulanya telah membangkitkan suatu bantahan awal berhubung kesahan Afidavit Sokongan Defendan, termasuk isu kapasiti deponen. Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod dan hujahan Defendan, bantahan awal tersebut telah ditarik balik oleh Plaintif pada 5.3.2026, dan dengan itu tidak lagi menjadi isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini.
11
Selepas penarikan balik bantahan awal tersebut, Plaintif dalam Hujahan Tambahan telah membangkitkan satu isu baharu, iaitu dakwaan bahawa terdapat ketidaktepatan dalam rujukan eksibit oleh pihak Defendan, khususnya berhubung penggunaan singkatan seperti “NNH” dan “NHH”. Mahkamah ini mendapati bahawa isu tersebut adalah bersifat prosedural dan berkaitan dengan cara dokumen dirujuk dalam afidavit, dan bukannya melibatkan pertikaian fakta utama dalam kes ini.
12
Secara keseluruhannya, latar belakang kes ini menunjukkan bahawa tindakan semasa:
a
(a) berasaskan kepada peristiwa lama sekitar tahun 1997– 1998;
b
(b) difailkan hanya pada tahun 2024;
c
(c) disokong oleh dakwaan penemuan frod pada tahun 2024; dan
d
(d) wujud dalam konteks sejarah litigasi terdahulu oleh Plaintif. Latar belakang inilah yang menjadi asas kepada pertimbangan Mahkamah ini dalam menentukan isu-isu yang timbul dalam permohonan pembatalan ini. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Plaintif 13. Pihak Plaintif berhujah bahawa tindakan ini tidak wajar dibatalkan pada peringkat awal kerana ia melibatkan isu fakta yang kompleks, khususnya dakwaan bahawa Defendan-Defendan telah melakukan frod dan konspirasi yang hanya dapat dikesan pada suatu tarikh yang lebih kemudian. Plaintif menegaskan bahawa kes ini tidak sesuai diputuskan melalui permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 kerana memerlukan penelitian fakta melalui perbicaraan penuh.
14
Bagi menyokong pendirian tersebut, Plaintif bergantung kepada prinsip yang terkandung dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLRA 611, yang menegaskan bahawa kuasa untuk membatalkan sesuatu pliding hendaklah digunakan secara berhati-hati dan hanya dalam kes yang jelas. Plaintif berhujah bahawa Mahkamah tidak sepatutnya menilai merit sesuatu tuntutan secara mendalam pada peringkat ini.
15
Plaintif seterusnya merujuk kepada autoriti seperti Tung Kean Hin & Anor v Yuen Heng Phong [2019] 9 CLJ 493 untuk menyokong hujahan bahawa dakwaan frod, jika dibangkitkan, perlu dinilai berdasarkan fakta dan tidak wajar ditolak secara ringkas tanpa perbicaraan. Walau bagaimanapun, Plaintif pada masa yang sama menegaskan bahawa dakwaan frod yang dikemukakan olehnya adalah mencukupi untuk melepasi ambang awal.
16
Berhubung isu had masa, Plaintif berhujah bahawa tindakan ini tidak terhalang oleh Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953 kerana ia berada dalam lingkungan pengecualian di bawah Seksyen 29(1) Akta Had Masa 1953. Plaintif menyatakan bahawa fakta-fakta yang membentuk asas dakwaan frod hanya ditemui pada 18.3.2024, dan oleh itu tempoh had masa hendaklah bermula dari tarikh tersebut.
17
Dalam menyokong hujahan ini, Plaintif merujuk kepada kes Fatimah Ahmad v Zabaidah Md Haneef & Ors And Another case [2024] 7 CLJ 572, yang pada asasnya menegaskan bahawa dalam kes melibatkan penemuan fakta baharu atau frod, tempoh had masa boleh ditangguhkan sehingga tarikh penemuan tersebut.
18
Plaintif juga merujuk kepada kes Tony Pua Kiam Wee v Government of Malaysia & Another Appeal [2018] 12 MLRAU 237, dengan hujahan bahawa tindakan terhadap pihak berkuasa awam boleh wujud apabila terdapat salah laku atau penyalahgunaan kuasa, dan bahawa Mahkamah tidak seharusnya menutup pintu kepada tuntutan sedemikian pada peringkat awal.
19
Selain itu, Plaintif membangkitkan isu prosedural berhubung Afidavit Sokongan Defendan, termasuk dakwaan bahawa deponen tidak mempunyai kapasiti yang sesuai serta dakwaan bahawa terdapat ketidaktepatan dalam rujukan eksibit, khususnya penggunaan singkatan seperti “NNH” dan “NHH”. Hujahan Defendan 20. Di pihak Defendan, hujahan utama adalah bahawa tindakan Plaintif adalah jelas tidak boleh dipertahankan dan wajar dibatalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
21
Defendan berhujah bahawa Pernyataan Tuntutan Plaintif gagal mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah kerana dakwaan frod yang diketengahkan adalah bersifat umum dan tidak diperincikan dengan fakta material. Defendan menegaskan bahawa sekadar melabelkan sesuatu tuntutan sebagai “frod” atau “konspirasi” tidak mencukupi untuk mewujudkan suatu kausa tindakan yang sah di sisi undang-undang.
22
Defendan seterusnya berhujah bahawa tindakan ini adalah terhalang oleh had masa di bawah Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953, memandangkan semua peristiwa material yang menjadi asas tuntutan berlaku sekitar tahun 1997 hingga 1998. Berhubung pergantungan Plaintif kepada Seksyen 29(1), Defendan berhujah bahawa Plaintif gagal menunjukkan sebarang fakta baharu yang boleh menangguhkan tempoh had masa. Defendan menegaskan bahawa dakwaan “penemuan” pada tahun 2024 adalah tidak konsisten dengan fakta bahawa Plaintif telah lama mengetahui asas tuntutannya.
23
Lebih penting, Defendan menekankan bahawa Plaintif telahpun memfailkan beberapa tindakan terdahulu berhubung isu yang sama atau berkait rapat, iaitu yang dirujuk sebagai Tindakan Sivil 1, Tindakan Sivil 2 dan Tindakan Sivil 3, dan oleh itu tindakan semasa bukanlah suatu tuntutan baharu. Dalam konteks ini, Defendan berhujah bahawa tindakan semasa merupakan suatu bentuk litigasi berulang dan dengan itu merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) KKM 2012.
24
Berhubung isu prosedural, Defendan menjelaskan bahawa bantahan awal yang sebelum ini dibangkitkan oleh Plaintif telah pun ditarik balik pada 5.3.2026, dan oleh itu tidak lagi menjadi isu untuk diputuskan. Mengenai dakwaan ketidaktepatan eksibit, Defendan berhujah bahawa isu tersebut hanyalah bersifat teknikal dan tidak menjejaskan keadilan prosiding. Dalam hal ini, Defendan merujuk kepada kes Utama Merchant Bank Bhd v Dato’ Mohd Nadzmi bin Mohd Salleh [2001] 5 MLJ 317, yang menunjukkan bahawa kecacatan teknikal yang tidak menyebabkan prejudis sebenar tidak seharusnya menjadi asas untuk menolak sesuatu afidavit.
25
Defendan juga bergantung kepada Aturan 2 Kaedah 1 hingga 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, yang memperuntukkan bahawa ketidakpatuhan kepada kaedah adalah suatu ketidakteraturan dan tidak membatalkan prosiding melainkan jika terdapat prejudis sebenar atau salah laksana keadilan. Oleh itu, Defendan berhujah bahawa keseluruhan tindakan Plaintif adalah tidak berasas, terhalang oleh had masa, dan merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah yang wajar ditamatkan pada peringkat ini. ISU UNTUK DIPUTUSKAN Isu (i) : Sama ada tuntutan Plaintif mendedahkan kausa tindakan yang munasabah. Isu (ii) : Sama ada tindakan Plaintif adalah terhalang oleh had masa dan/atau prinsip ‘res judicata’. Isu
Subparagraph
(iii): Sama ada tindakan ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Isu (iv) : Sama ada dakwaan Plaintif dalam Hujahan Tambahan bahawa kertas eksibit yang dirujuk oleh Defendan dalam Kandungan 14 adalah salah atau tidak tepat, termasuk isu singkatan “NNH” dan “NHH”, menjejaskan kebolehterimaan atau kekuatan permohonan Defendan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu (i) : Sama ada tuntutan Plaintif mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.
26
Mahkamah ini memulakan pertimbangan dengan meneliti sama ada Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah dalam erti kata undang-undang di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
27
Dalam menilai isu ini, Mahkamah ini sedar bahawa kuasa untuk membatalkan sesuatu pliding pada peringkat awal adalah suatu kuasa yang serius dan perlu digunakan secara berhati-hati, memandangkan kesannya ialah menamatkan tindakan tanpa perbicaraan penuh.
28
Prinsip ini telah dihuraikan dalam kes Bandar Builder (supra), yang dirujuk oleh Plaintif sendiri, di mana Mahkamah Agung menegaskan bahawa walaupun Mahkamah perlu berhati-hati, ia tidak terhalang daripada membatalkan suatu tindakan yang jelas tidak boleh dipertahankan. Rujuk juga kes Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd V Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ 1 Oleh itu, pendekatan yang perlu diambil oleh Mahkamah ini ialah suatu pendekatan imbangan, iaitu antara hak Plaintif untuk didengar di perbicaraan penuh dan kewajipan Mahkamah untuk menghalang litigasi yang tidak mempunyai asas undang-undang daripada diteruskan.
29
Dalam kerangka tersebut, Mahkamah ini meneliti Pernyataan Tuntutan Plaintif secara keseluruhan, tanpa menambah atau mengurangkan apa-apa yang tidak diplidkan.
30
Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan Plaintif berpunca daripada peristiwa yang berlaku sekitar tahun 1997 hingga 1998, termasuk penahanan, penggantungan kerja dan keputusan Suruhanjaya Pasukan Polis yang membawa kepada pemecatan beliau. Fakta ini bukan sahaja dinyatakan dalam pliding Plaintif, malah disokong oleh Afidavit Sokongan Defendan yang merujuk kepada kronologi tersebut secara terperinci. Oleh itu, tidak dapat dipertikaikan bahawa asas faktual tindakan ini berkait dengan suatu pertikaian lama yang telah lama diketahui oleh Plaintif. Walau bagaimanapun, Plaintif cuba menampilkan tuntutan ini sebagai suatu tindakan yang berasaskan frod dan konspirasi oleh Defendan-Defendan.
31
Mahkamah ini menegaskan bahawa dakwaan frod merupakan suatu dakwaan yang serius dan tertakluk kepada standard pliding yang lebih ketat. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada autoriti Plaintif sendiri, iaitu petikan daripada kes Tung Kean Hin & Anor (supra), yang menegaskan bahawa dakwaan frod:
a
(a) mesti diplid secara khusus;
b
(b) mesti disokong dengan fakta material; dan
c
(c) tidak boleh dibuat secara umum atau berdasarkan kesimpulan semata-mata.
32
Oleh itu, sekadar menimbulkan sesuatu tuntutan sebagai frod tidak mencukupi untuk mewujudkan suatu kausa tindakan. Mahkamah ini telah meneliti dengan teliti Pernyataan Tuntutan Plaintif dan mendapati bahawa dakwaan frod yang dikemukakan adalah tidak diperincikan dengan tahap ketelitian yang dikehendaki oleh undang-undang.
33
Secara khusus, Mahkamah ini mendapati bahawa:
a
(a) tiada butiran jelas mengenai perbuatan yang dikatakan sebagai frod;
b
(b) tiada pengenalpastian khusus terhadap individu yang terlibat;
c
(c) tiada kronologi yang terperinci;
d
(d) tiada fakta material baharu yang menyokong dakwaan tersebut.
34
Sebaliknya, dakwaan tersebut adalah bersifat umum dan lebih merupakan inferens daripada fakta lama. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa dakwaan frod tersebut tidak memenuhi standard pliding yang diperlukan.
35
Mahkamah ini juga mendapati bahawa walaupun Plaintif menggunakan istilah seperti “frod” dan “konspirasi”, inti pati tuntutan masih berpaksikan kepada pertikaian lama berhubung pemecatan beliau. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan ini merupakan suatu percubaan untuk merumuskan semula pertikaian lama dalam bentuk baharu. Walau bagaimanapun, perubahan peristilahan tidak dengan sendirinya mewujudkan suatu kausa tindakan yang baharu jika fakta asas kekal sama.
36
Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa Plaintif turut merujuk kepada beberapa autoriti lain seperti Tony Pua (supra), Fatimah Ahmad(supra) dan Samuel Naik Siang Ting v Majlis Perbandaran Manjung [2025] CLJU 2126. Autoriti-autoriti ini pada asasnya menekankan bahawa Mahkamah harus berhati-hati dalam membatalkan tindakan pada peringkat awal.
37
Mahkamah ini menerima prinsip tersebut, namun menegaskan bahawa ia tidak bermaksud bahawa setiap tuntutan mesti dibenarkan untuk diteruskan tanpa terlebih dahulu memenuhi keperluan asas pliding. Dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan Plaintif tidak mencapai tahap minimum tersebut.
38
Apabila keseluruhan pliding diteliti secara menyeluruh, Mahkamah ini mendapati bahawa:
a
(a) tuntutan Plaintif berasaskan kepada fakta lama;
b
(b) dakwaan frod tidak diperincikan;
c
(c) tiada fakta material baharu yang menyokong tuntutan;
d
(d) pliding adalah bersifat umum dan tidak mencukupi.
39
Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Plaintif tidak mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa limb di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) KKM 2012 telah dipenuhi. Permohonan Defendan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah wajar dibenarkan atas alasan ini sahaja.
40
Mahkamah ini menegaskan bahawa fungsi pliding adalah untuk memperjelaskan asas tuntutan melalui fakta material, dan bukan sekadar menyatakan kesimpulan undang-undang. Membenarkan suatu tuntutan yang tidak diperincikan untuk diteruskan ke perbicaraan penuh akan menjejaskan kecekapan prosiding dan membebankan pihak lawan secara tidak wajar. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan Plaintif tidak wajar diteruskan dan hendaklah ditamatkan pada peringkat ini. Isu (ii) : Sama ada tindakan plaintif adalah terhalang oleh had masa dan/atau ‘res judicata’
41
Mahkamah ini seterusnya meneliti sama ada tindakan Plaintif adalah terhalang oleh had masa di bawah undang-undang yang terpakai, serta sama ada terdapat elemen yang berkait dengan prinsip ‘res judicata’ berdasarkan sejarah litigasi yang dikemukakan oleh pihak Defendan.
42
Dari sudut perundangan, adalah tidak dipertikaikan bahawa tindakan sivil seperti yang difailkan oleh Plaintif adalah tertakluk kepada tempoh had masa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953, yang menetapkan bahawa tindakan berasaskan kontrak atau tort hendaklah dimulakan dalam tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan terakru. Oleh itu, persoalan asas yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah bilakah kausa tindakan Plaintif terakru, dan sama ada tindakan yang difailkan pada tahun 2024 masih berada dalam lingkungan tempoh tersebut.
43
Berdasarkan penelitian Mahkamah ini terhadap Pernyataan Tuntutan Plaintif serta Afidavit Sokongan Defendan, adalah jelas bahawa keseluruhan asas tuntutan Plaintif berpunca daripada peristiwa lama yang berlaku sekitar tahun 1997 hingga
1998
Peristiwa tersebut termasuk penahanan Plaintif, penggantungan kerja, serta keputusan Suruhanjaya Pasukan Polis yang membawa kepada pemecatan beliau berkuat kuasa pada 20.11.1997. Fakta-fakta ini bukan sahaja tidak dipertikaikan, malah menjadi teras kepada tuntutan Plaintif sendiri sebagaimana diplid dalam Pernyataan Tuntutan. JIka Plaintif ingin mencabar keputusan Suruhanjaya Pasukan Polis melalui Semakan Kehakiman dibawah Aturan 53 k.3(6) KKM 2012 yang mempruntukkan bahawa semakan Kehakiman hendakalah dibuat segera dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh bila alasan bagi permohonan itu mula-mula berbangkit atau bila keputusan itu mula-mula diberitahu kepada pemohon juga telahpun juga dihalang oleh had masa yang telahpun melangkaui lebih 20 tahun. Seksyen 2(a) Public Authorities Protection Act 1948 (Revised Act 1978) Akta 198 juga tidak boleh membantu Plaintif dalam tindakan ini kerana telahpun melepasi tempoh masa 36 bulan.
44
Dalam keadaan tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa, secara prinsipnya, kausa tindakan Plaintif telah terakru pada atau sekitar tempoh tersebut. Oleh itu, tindakan yang hanya difailkan pada tahun 2024 adalah, secara ‘prima facie’, berada jauh di luar tempoh had masa enam tahun yang diperuntukkan oleh Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953, melepasi tiga bulan dibawah A.53 k.3(6) KKM 2012 dan juga melepasi 36 bulan dibawah Akta 198.
45
Mahkamah ini seterusnya mengambil maklum bahawa Plaintif cuba mengatasi halangan had masa ini dengan bergantung kepada Seksyen 29(1) Akta Had Masa 1953, dengan mendakwa bahawa unsur frod yang menjadi asas tuntutan hanya diketahui atau ditemui pada 18.3.2024. Hujahan ini pada asasnya bertujuan untuk menangguhkan permulaan tempoh had masa sehingga tarikh penemuan tersebut.
46
Walau bagaimanapun, Mahkamah ini menegaskan bahawa untuk berjaya di bawah Seksyen 29(1), adalah tidak mencukupi bagi Plaintif untuk sekadar menyatakan bahawa terdapat “penemuan” baharu. Sebaliknya, Plaintif mesti menunjukkan secara jelas dan terperinci apakah fakta baharu yang ditemui, bagaimana fakta tersebut ditemui, serta mengapa fakta tersebut tidak boleh diketahui lebih awal dengan usaha yang munasabah.
47
Dalam hal ini, Mahkamah ini mengambil maklum autoriti yang dirujuk oleh Plaintif sendiri dalam kes Fatimah Ahmad (supra), yang pada asasnya menegaskan bahawa dakwaan ‘discovery of fraud’ tidak boleh dibuat secara umum atau bersifat kesimpulan semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan penjelasan yang konkrit dan terperinci mengenai sifat penemuan tersebut serta sebab mengapa ia tidak boleh diketahui lebih awal.
48
Apabila prinsip tersebut diaplikasikan kepada fakta kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif gagal memenuhi keperluan tersebut. Tiada butiran spesifik diberikan mengenai apakah sebenarnya fakta baharu yang ditemui pada tahun
2024
Tiada juga penjelasan diberikan mengenai bagaimana penemuan tersebut dibuat, atau mengapa fakta tersebut tidak boleh diketahui lebih awal, sedangkan peristiwa yang menjadi asas tuntutan telah berlaku lebih dua dekad yang lalu. Lebih penting lagi, Mahkamah ini memberi perhatian kepada hujahan Defendan bahawa Plaintif telahpun memfailkan beberapa tindakan terdahulu berhubung isu yang sama atau berkait rapat, iaitu yang dirujuk sebagai Tindakan Sivil 1, Tindakan Sivil 2 dan Tindakan Sivil 3. Walaupun butiran penuh tindakan-tindakan tersebut tidak dihuraikan secara menyeluruh dalam pliding semasa, Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan tindakan-tindakan terdahulu tersebut tidak dinafikan secara substantif oleh Plaintif. Fakta ini mempunyai implikasi yang amat signifikan terhadap dakwaan Plaintif di bawah Seksyen 29(1) Akta Had Masa 1953.
49
Pada hemat Mahkamah ini, jika Plaintif telahpun memfailkan tindakan-tindakan terdahulu berhubung pertikaian yang sama, adalah sukar untuk menerima bahawa fakta asas yang kini dijadikan asas tuntutan hanya “ditemui” pada tahun 2024. Sebaliknya, sejarah litigasi tersebut menunjukkan bahawa Plaintif telah lama mengetahui fakta-fakta material yang menjadi teras tuntutan ini. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa dakwaan ‘discovery’ yang dikemukakan oleh Plaintif adalah tidak selari dengan tingkah laku litigasi beliau sendiri, dan dengan itu tidak boleh diterima sebagai asas untuk menangguhkan tempoh had masa di bawah Seksyen 29(1) Akta Had Masa 1953.
50
Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa Plaintif telah merujuk kepada kes Tony Pua (supra). Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mendapati bahawa kes tersebut berkaitan dengan elemen ‘tort misfeasance in public office’ dan tidak menyentuh secara langsung isu had masa atau keperluan di bawah Seksyen 29 Akta Had Masa 1953. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa autoriti tersebut tidak membantu Plaintif dalam isu yang sedang diputuskan dalam kes ini.
51
Berhubung dengan prinsip ‘res judicata’, Mahkamah ini mengambil pendekatan yang berhati-hati. Dalam ketiadaan rekod penuh keputusan dalam tindakan-tindakan terdahulu, Mahkamah ini tidak membuat dapatan muktamad bahawa tindakan ini adalah terhalang secara ketat oleh prinsip ‘res judicata’. Walau bagaimanapun, kewujudan tindakan-tindakan terdahulu tersebut tetap relevan sebagai faktor dalam menilai sama ada tuntutan semasa benar-benar merupakan suatu tuntutan baharu, atau sekadar pengulangan kepada pertikaian lama yang telahpun dibawa ke Mahkamah sebelum ini. Rujuk juga kes Tan Her Chu & Ors v Ladang Sri Pelanduk Sdn Bhd [2012] MLJU 1385.
52
Apabila keseluruhan faktor diambil kira, termasuk kelewatan yang melampau, kegagalan Plaintif untuk memenuhi keperluan Seksyen 29(1) Akta Had Masa 1953, serta kewujudan tindakan-tindakan terdahulu (Tindakan Sivil 1, Tindakan Sivil 2, Tindakan Sivil 3), Mahkamah ini berpendapat bahawa tuntutan Plaintif adalah terhalang oleh had masa. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Plaintif tidak boleh diteruskan atas alasan ini.
53
Mahkamah ini seterusnya menegaskan bahawa undang-undang had masa bukan sekadar suatu peraturan teknikal, tetapi merupakan suatu prinsip substantif yang bertujuan memastikan bahawa pertikaian dibawa ke Mahkamah dalam tempoh yang munasabah dan bagi menjamin kepastian undang-undang. Membenarkan tindakan seperti ini diteruskan, walaupun jelas difailkan selepas tempoh yang sangat lama tanpa asas pengecualian yang kukuh, akan menjejaskan prinsip tersebut serta membuka ruang kepada litigasi yang tidak berkesudahan. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tindakan Plaintif adalah terhalang oleh had masa dan wajar ditamatkan pada peringkat ini. Isu
Subparagraph
(iii):Sama ada tindakan Plaintif merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah 54. Mahkamah ini seterusnya beralih kepada isu sama ada tindakan semasa yang difailkan oleh Plaintif merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dalam erti kata Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
55
Peruntukan tersebut memperuntukkan bahawa sesuatu pliding boleh dibatalkan sekiranya ia merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, suatu konsep yang tidak terhad kepada kecacatan teknikal semata-mata, tetapi meliputi keadaan di mana proses litigasi digunakan secara tidak wajar atau bertentangan dengan tujuan sebenar sistem kehakiman.
56
Berbeza dengan limb di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), yang menumpukan kepada kecukupan kausa tindakan, limb (d) memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menilai sifat keseluruhan tindakan tersebut, termasuk latar belakangnya, sejarah litigasi pihak-pihak, dan tujuan sebenar tindakan itu dimulakan.
57
Dalam hal ini, Mahkamah ini mengambil maklum hujahan Defendan bahawa tindakan semasa bukanlah suatu tuntutan baharu yang berdiri sendiri, tetapi merupakan suatu kesinambungan kepada beberapa tindakan terdahulu yang telah dimulakan oleh Plaintif berhubung pertikaian yang sama atau berkait rapat. Secara khusus, Defendan telah menghujahkan bahawa asas tuntutan ini telahpun dibangkitkan melalui Tindakan Sivil 1, Tindakan Sivil 2 dan Tindakan Sivil 3, sebagaimana dirujuk dalam Afidavit Sokongan Defendan. Mahkamah ini mendapati bahawa kewujudan tindakan-tindakan terdahulu ini tidak dinafikan secara substantif oleh Plaintif, dan dengan itu boleh diterima sebagai sebahagian daripada latar belakang fakta yang relevan dalam menilai isu ini. Rujuk kes Tan Her Chu (supra) tentang ‘finality in litigation’.
58
Pada hemat Mahkamah ini, kewujudan sejarah litigasi tersebut merupakan faktor yang amat penting kerana ia menunjukkan bahawa Plaintif telahpun menggunakan proses Mahkamah sebelum ini bagi membangkitkan isu yang sama atau sekurang-kurangnya berkait rapat dengan isu yang kini dibawa semula ke hadapan Mahkamah ini. Mahkamah ini menegaskan bahawa konsep penyalahgunaan proses tidak terhad kepada keadaan di mana sesuatu tindakan adalah secara teknikal terhalang oleh ‘res judicata’. Sebaliknya, ia meliputi juga keadaan di mana sesuatu tindakan, walaupun mungkin dibawa secara berbeza, pada hakikatnya merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan semula pertikaian yang sama.
59
Dalam menilai isu ini, Mahkamah ini turut mengambil pendekatan berhati-hati sebagaimana yang digariskan dalam kes Bandar Builder (supra), bahawa kuasa pembatalan tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya dan Mahkamah hendaklah memastikan bahawa sesuatu tindakan tidak ditamatkan melainkan jelas bahawa ia tidak boleh dipertahankan.
60
Walau bagaimanapun, prinsip berhati-hati tersebut tidak bermaksud bahawa Mahkamah harus membenarkan tindakan yang jelas tidak ‘bona fide’ untuk diteruskan semata-mata atas alasan bahawa ia melibatkan isu fakta.
61
Mahkamah ini seterusnya meneliti hubungan antara tindakan semasa dengan tindakan-tindakan terdahulu tersebut. Daripada penelitian tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan semasa adalah berasaskan kepada fakta yang sama, iaitu pemecatan Plaintif pada tahun 1997–1998 serta peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengannya. Fakta ini telahpun dihuraikan dalam Isu (ii), dan Mahkamah ini tidak melihat sebarang fakta baharu yang material yang dapat membezakan tindakan semasa daripada tindakan-tindakan terdahulu.
62
Mahkamah ini juga memberi perhatian kepada cara Plaintif cuba menampilkan tuntutan semasa, iaitu dengan merumuskannya sebagai suatu tindakan berasaskan frod dan konspirasi. Walau bagaimanapun, seperti yang telah diputuskan dalam Isu (i), Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan frod tersebut tidak diperincikan dengan mencukupi dan tidak disokong oleh fakta material yang jelas. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa dakwaan tersebut tidak mencukupi untuk mewujudkan suatu perbezaan material antara tindakan semasa dan tindakan-tindakan terdahulu.
63
Dalam keadaan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan semasa pada hakikatnya merupakan suatu percubaan untuk merumuskan semula pertikaian lama dalam bentuk baharu, tanpa membawa asas fakta yang benar-benar baharu. Mahkamah ini seterusnya menegaskan bahawa proses Mahkamah tidak boleh digunakan sebagai suatu mekanisme untuk mengulang litigasi yang sama, walaupun dengan penyusunan semula kausa tindakan. Jika pendekatan sedemikian dibenarkan, ia akan membuka ruang kepada litigasi yang tidak berkesudahan, di mana pihak yang tidak berpuas hati akan terus memfailkan tindakan baharu berhubung isu yang sama dengan harapan untuk memperoleh keputusan yang berbeza.
64
Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa dalam kes ini, Plaintif bukan sahaja gagal menunjukkan fakta baharu yang material, tetapi juga gagal memberikan penjelasan yang memadai mengenai tindakan-tindakan terdahulu yang telah difailkan olehnya. Ketiadaan penjelasan tersebut, pada hemat Mahkamah ini, menguatkan lagi dapatan bahawa tindakan semasa tidak dimulakan secara ‘bona fide’.
65
Mahkamah ini seterusnya meneliti sama ada terdapat sebarang faktor lain yang boleh menunjukkan bahawa tindakan ini patut dibenarkan untuk diteruskan walaupun terdapat sejarah litigasi terdahulu. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini tidak menemui sebarang faktor sedemikian. Sebaliknya, semua faktor yang relevan, termasuk kelewatan yang melampau, ketiadaan fakta baharu, serta sejarah litigasi, menunjukkan bahawa tindakan ini tidak mempunyai asas yang kukuh. Oleh itu, apabila semua faktor ini dipertimbangkan secara kumulatif, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan semasa mempunyai ciri-ciri litigasi berulang yang jelas. Dalam keadaan tersebut, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tindakan ini merupakan suatu penggunaan proses Mahkamah secara tidak wajar. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Plaintif merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dalam erti kata Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
66
Mahkamah ini menegaskan bahawa kuasa di bawah peruntukan tersebut adalah penting bagi memastikan bahawa proses Mahkamah tidak disalahgunakan dan bahawa sumber kehakiman digunakan secara adil dan efisien. Membenarkan tindakan seperti ini diteruskan akan menjejaskan prinsip kepastian undang-undang serta membebankan pihak lawan dengan litigasi yang tidak sepatutnya. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa tindakan Plaintif wajar ditamatkan atas alasan ini juga. Isu (iv) : Sama ada dakwaan Plaintif dalam Hujahan Tambahan bahawa kertas eksibit yang dirujuk oleh Defendan dalam Kandungan 14 adalah salah atau tidak tepat, termasuk isu singkatan “NNH” dan “NHH”, menjejaskan kebolehterimaan atau kekuatan permohonan Defendan.
67
Mahkamah ini terlebih dahulu menegaskan bahawa bantahan awal berhubung kesahan Afidavit Sokongan bukan lagi isu untuk diputuskan, memandangkan ia telah ditarik balik oleh Plaintif pada 5.3.2026 sebagaimana dinyatakan dalam Hujahan Balas Defendan. Oleh itu, isu yang tinggal hanyalah dakwaan Plaintif dalam Hujahan Tambahan bahawa kertas eksibit yang dirujuk oleh Defendan dalam Kandungan 14 adalah salah atau tidak tepat, termasuk penggunaan singkatan “NNH” dan “NHH”.
68
Mahkamah ini mendapati bahawa isu ini adalah bersifat prosedural dan tertakluk kepada prinsip di bawah Aturan 2 Kaedah 1 hingga 3 KKM 2012, yang memperuntukkan bahawa ketidakpatuhan kepada kaedah adalah suatu ketidakteraturan dan tidak membatalkan prosiding melainkan terdapat prejudis sebenar. Dalam konteks ini, Mahkamah ini juga merujuk kepada autoriti Defendan dalam kes Utama Merchant Bank Bhd (supra), yang digunakan untuk menunjukkan bahawa hanya kecacatan yang bersifat substantif yang boleh menjejaskan kebolehterimaan afidavit, manakala kesilapan teknikal yang tidak menyebabkan prejudis bukanlah fatal.
69
Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif tidak menunjukkan:
a
(a) bagaimana kesilapan tersebut menjejaskan pemahaman dokumen;
b
(b) bagaimana ia menyebabkan kekeliruan sebenar;
c
(c) bagaimana ia menghalang Plaintif daripada menjawab kes Defendan.
70
Sebaliknya, Mahkamah ini berpuas hati bahawa dokumen yang dirujuk masih boleh dikenal pasti dengan jelas daripada konteks afidavit dan rekod. Oleh itu, sebarang ketidaktepatan yang didakwa adalah bersifat teknikal semata-mata. Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada prejudis sebenar telah dibuktikan oleh Plaintif. Sehubungan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa isu ini tidak menjejaskan merit permohonan pembatalan Defendan.
71
Berdasarkan keseluruhan analisis dan dapatan Mahkamah ini terhadap Isu (i) hingga (iv), Mahkamah ini merumuskan seperti berikut.
72
Berhubung Isu (i), Mahkamah ini mendapati bahawa Pernyataan Tuntutan Plaintif gagal mendedahkan suatu kausa tindakan yang munasabah dalam erti kata Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dakwaan frod dan konspirasi yang diketengahkan oleh Plaintif tidak diperincikan dengan fakta material yang mencukupi dan tidak melepasi standard pliding yang dikehendaki oleh undang-undang.
73
Berhubung Isu (ii), Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Plaintif adalah terhalang oleh had masa di bawah Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953. Percubaan Plaintif untuk bergantung kepada Seksyen 29(1) adalah tidak berjaya memandangkan ketiadaan fakta baharu yang jelas serta ketidakselarasan dengan sejarah litigasi terdahulu Plaintif.
74
Berhubung Isu (iii), Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Plaintif merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Tindakan ini pada hakikatnya merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan semula pertikaian lama melalui perumusan semula kausa tindakan tanpa asas baharu yang kukuh.
75
Berhubung Isu (iv), Mahkamah ini mendapati bahawa bantahan awal telah ditarik balik oleh Plaintif dan tidak lagi menjadi isu untuk diputuskan. Isu baharu yang dibangkitkan dalam Hujahan Tambahan berhubung ketidaktepatan eksibit dan penggunaan singkatan “NNH” dan “NHH” hanyalah bersifat ketidakteraturan teknikal dan tidak menyebabkan prejudis sebenar kepada Plaintif serta tidak menjejaskan merit permohonan Defendan.
76
Oleh itu, apabila semua dapatan ini dipertimbangkan secara keseluruhan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tindakan Plaintif tidak wajar diteruskan dan hendaklah ditamatkan pada peringkat ini.
77
Sehubungan itu, Mahkamah ini membuat perintah seperti berikut:
a
(a) Permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 13 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah dibenarkan;
b
(b) Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah dengan ini dibatalkan keseluruhannya;
c
(c) Tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah dengan ini ditolak;
d
(d) Plaintif hendaklah membayar kos kepada Defendan-Defendan sebanyak RM6,000.00. BERTARIKH 3 JUN 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Shaharudin bin Ali Tetuan Shaharudinali & Co Selangor Peguam Bagi Pihak Defendan Nur Najihah binti Hamidi Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.