(b) An advocate and solicitor shall undertake the defence of a person accused of an offence regardless of his personal opinion as to the guilt or otherwise of the accused. 16 Advocate and solicitor to uphold interest of client, justice and dignity of profession An advocate and solicitor shall while acting with all due courtesy to the tribunal before which he is appearing, fearlessly uphold the interest of his client, the interest of justice and dignity of the profession without regard to any unpleasant consequences either to himself or to any other person.” [5] Mahkamah Persekutuan dalam kes Zainur Zakaria v. PP [2001] 3 CLJ 673 telah menjelaskan berkenaan dengan pemakaian Kaedah 9 dan 16 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 seperti yang berikut: “Rules 9 and 16 of the Rules clearly set out the responsibilities of an advocate and solicitor towards his client, inter alia, to present every defence that the law permits and to uphold the interest of his client, justice and the dignity of the profession without regard to any unpleasantness to himself or to any other person. He is supposed to act fearlessly. That is well and good but what happens when there is a conflict between his obligation to the court and his duty to his client? As an officer of the court his obligation to the court prevails over his duty to the client. Lee Hun Hoe, CJ (Borneo) speaking for the Federal Court in the case of Cheah Cheng Hoc v. PP[1986] 1 CLJ 169; [1986] CLJ 84 (Rep)at p. 174 said: It is very important for a counsel to remember that whatever may be his duty to his client his duty to the court remains paramount in the administration of justice.” [6] Mahkamah ini berpendapat ia juga terpakai bagi pengendalian rayuan di Mahkamah ini. Sesungguhnya para peguam adalah bertanggungjawab untuk berguam bagi pihak anak guam mereka tanpa dipengaruhi oleh pandangan peribadi terhadap kes berkaitan anak guam. Jika ini dilakukan ia adalah satu tindakan yang dapat meletakkan profesionalisma yang tinggi di dalam amalan guaman. [7] Seterusnya Mahkamah perlu menimbangkan sama ada terdapat alasan untuk Mahkamah ini campur tangan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh Majistret. Adakah terdapat apa-apa kekhilafan di dalam pertimbangan Majistret terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas Perayu. Selain daripada itu Mahkamah juga perlu mempertimbangkan sama ada terdapat ketidakpatuhan kepada prinsip-prinsip penghukuman dalam kes ini. [8] Adalah didapati bahawa Rekod Rayuan menunjukkan bahawa Perayu mempunyai rekod kesalahan lalu seperti yang terdapat di halaman 18 Rekod Rayuan Tambahan 1 (KM 26) yang menunjukkan terdapat 8 kesalahan yang membabitkan seksyen 457 Kanun Keseksaan. Kesalahan terakhir yang dijatuhkan hukuman kepada Tertuduh ialah pada 16.01.2017 yang dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara dan denda RM 1,000.00, jika gagal bayar 12 penjara dan 1 tahun pengawasan. [9] Hujahan pihak Perayu menyatakan bahawa tempoh daripada kali terakhir kesalahan dilakukan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dengan kesalahan yang dilakukan dalam kes ini ialah dalam lingkungan 6 tahun. Majistret dihujahkan tidak mengambil kira faktor tersebut sebaliknya menimbangkan kepada rekod kesalahan lalu Perayu. Ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh Majistret menurut hujahan pihak Perayu. [10] Jika diteliti kepada alasan penghakiman Majistret berkenaan dengan rekod kesalahan lalu telah dinyatakan ekoran daripada 8 kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang sama dengan pertuduhan di Mahkamah ini Majistret telah menggolongkan Perayu ke dalam pesalah berulang (habitual offender). Oleh itu satu hukuman berbentuk pencegahan adalah perlu diberikan bagi menghalang Perayu daripada melakukan kesalahan yang sama. [11] Majistret juga telah menimbangkan faktor kepentingan awam. Majistret telah menimbangkannya dengan fakta bahawa Perayu telah mengaku salah setelah pertuduhan dibacakan. Namun demikian Majistret berpendapat ia tidak dapat mengatasi faktor kepentingan awam dalam kes ini. [12] Majistret juga telah menyatakan dalam alasan penghakiman mengenai tren hukuman yang melibatkan kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan dan merujuk secara khusus kes PP v Nagaraja Subramaniam [2009] 10 CLJ 569. Analisa dan Keputusan [13] Pada hemat Mahkamah ini adalah menjadi amalan yang baik untuk Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman sentiasa mengambil perhatian kepada prinsip-prinsip penghukuman yang telah mantap di dalam undang-undang. Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulanginya di sini. Ini disebabkan ia telah maklum dan sewajarnya difahami oleh Majistret atau Hakim yang menjatuhkan hukuman dalam sesuatu kes jenayah. [14] Pada masa yang sama Majistret atau Hakim yang menjatuhkan hukuman juga perlu menghayati fakta di dalam sesuatu kes digabungjalinkan dengan pertuduhan yang dikemukakan kepada Tertuduh. Ini pada hemat Mahkamah penting bagi membolehkan hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret atau Hakim tersebut akan dapat mencerminkan keseriusan sesuatu kesalahan atau sebaliknya. Bagi kes ini Mahkamah mendapati bahawa pertuduhan yang dikenakan kepada Perayu di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan seperti yang berikut: “457 Lurking house-trespass or housebreaking in order to commit an offence punishable with imprisonment Whoever commits lurking house-trespass or housebreaking, in order to commit any offence punishable with imprisonment, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years, and shall also be liable to fine; and if the offence intended to be committed is theft, the term of the imprisonment may be extended to fourteen years; and for every second or subsequent offence shall in either case be liable to fine or whipping.” [15] Kanun Keseksaan juga telah memberikan takrifan pencerobohan rumah dengan tersembunyi (lurking house-trespass) di seksyen 443 seperti yang berikut: “443 Lurking house-trespass Whoever commits house-trespass, having taken precautions to conceal such house-trespass from some person who has a right to exclude or eject the trespasser from the building, tent or vessel which is the subject of the trespass, is said to commit, "lurking house-trespass".” [16] Begitu juga sekiranya dilihat kepada tafsiran pencerobohan jenayah yang dinyatakan di bawah seksyen 441 Kanun Keseksaan dan pencerobohan rumah seperti yang dinyatakan di bawah 442 Kanun Keseksaan seperti yang berikut: “441 Criminal trespass Whoever enters into or upon property in the possession of another with intent to commit an offence or to intimidate, insult or annoy any person in possession of such property; or having lawfully entered into or upon such property, unlawfully remains there with intent thereby to intimidate, insult or annoy any such person, or with intent to commit an offence, is said to commit "criminal trespass". 442 House-trespass Whoever commits criminal trespass by entering into or remaining in any building, tent or vessel used as a human dwelling or any building used as a place for worship, or as a place for the custody of property, is said to commit "house-trespass". Explanation - The introduction of any part of the criminal trespasser's body is entering sufficient to constitute house-trespass.” Kesemua kesalahan ini adalah kesalahan terhadap harta namun telah digolongkan kepada pencerobohan jenayah. [17] Penelitian ini adalah penting bagi mengelakkan daripada berlaku kekeliruan apabila kesalahan yang melibatkan pencerobohan rumah dengan tersembunyi (lurking house-trespass) tersebut melibatkan tindakan mencuri yang seolah-olah sama dengan kesalahan di bawah 378 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan atau kesalahan mencuri di dalam rumah yang boleh dihukum di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan. Apa yang penting difahami ialah walaupun ia adalah perbuatan curi tetapi ianya dilakukan semasa pencerobohan rumah dengan tersembunyi (lurking house-trespass) atau pecah rumah ia perlu dijatuhkan hukuman seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan walaupun berkemungkinan jumlah kehilangan harta itu adalah kecil. Pada hemat Mahkamah ini adalah disebabkan kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan tersebut bukan bergantung kepada jumlah nilai harta yang terlibat semata-mata tetapi tindakan Tertuduh menceroboh masuk secara jenayah atau melakukan pecah rumah sehingga menjejaskan keamanan seseorang yang memiliki atau berada di dalam rumah tersebut bersama-sama dengan hartanya yang sepatutnya tidak dicerobohi oleh mana-mana pihak perlu juga dipertimbangkan oleh Mahkamah. [18] Penelitian kepada pertuduhan dalam kes ini menunjukkan bahawa wang yang hilang adalah lebih kurang RM 200.00. Apakah ini mewajarnya hukuman pemenjaraan 5 tahun seperti yang telah diberikan oleh Majistret? Adakah lebih wajar untuk Majistret mempertimbangkan hukuman yang lebih rendah disebabkan jumlah harta yang hilang hanyalah RM 200.00? Pada hemat Mahkamah ini seperti yang dinyatakan di atas, jumlah nilai harta yang hilang bukannya faktor penentu pengurangan hukuman bagi pertuduhan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan. Majistret telah menimbangkan dengan sewajarnya hukuman pemenjaraan tersebut bersama-sama dengan jumlah nilai harta yang telah hilang dan perbuatan Perayu yang telah menceroboh dan memecah masuk kedai milik pengadu dalam kes ini. [19] Sekiranya Mahkamah menitikberatkan kepada jumlah nilai harta yang hilang dengan membelakangkan fakta bahawa Perayu telah menceroboh dan memecah masuk kedai milik pengadu maka ia akan menyebabkan kepentingan awam yang sepatutnya menikmati keamanan ketika berada dalam kediaman sendiri akan tergugat. Ini adalah disebabkan hukuman pemenjaraan yang sewajarnya tidak dikenakan kepada kesalahan di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan. [20] Selain daripada itu Mahkamah juga perlu menimbangkan hukuman 5 tahun penjara yang diputuskan oleh Majistret dengan menimbangkannya dengan fakta bahawa Perayu telah mengaku salah pada kali pertama pertuduhan dibacakan. Apakah Majistret telah tidak mempertimbangkan dengan sewajarnya seksyen 172G KPJ yang menyatakan seperti yang berikut: “172G Subparagraph 172D(1)(c)(ii) to be applicable to accused who pleads guilty Where an accused pleads guilty at any time before the Commencement of his trial, the Court shall sentence the accused in accordance with subparagraph 172D(1)(c)(ii).” [21] Seksyen 172G perlu dibaca bersama dengan seksyen 172D yang memperuntukkan seperti yang berikut: “172D Disposal of the case