Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO: AJ-A72NCC-3-01/2025 ANTARA MOHD AMIN BIN KAMARUDIN …PLAINTIF
AJ-A72NCC-3-01/2025
Magistrates Court of Malaysia26 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v. Comintel Sdn Bhd [2017] 10 CLJ 580; [2017] 5 MLJ 292, yang memutuskan bahawa; [35] On the meaning and application of the term 'burden of proof' s. 101 of the Evidence Act 1950 ('the Act') states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who as”
“upakan manifestasi yang jelas bahawa pihak-pihak bertindak atas premis bahawa suatu kontrak yang sah telah wujud antara mereka. [41] Prinsip yang dinyatakan dalam Sulisen Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2006] MLJU 342 memperuntukkan bahawa pembentukan kontrak memerlukan kewujudan tawaran, penerimaan, balasan dan niat untu”
“(M) Sdn Bhd & Anor [2025] CLJU 133, di mana Mahkamah memutuskan bahawa; “[31] As the Plaintiff's case centres on a claim for the payment for works done and the Defendant's counterclaim for the over claimed payment, the parties bear”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN GUAMAN SIVIL NO: AJ-A72NCC-3-01/2025 ANTARA MOHD AMIN BIN KAMARUDIN …PLAINTIF
2
ROHEME BIN MD IDRIS …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Dalam kes ini, Plaintif telah menuntut kepada Defendan-Defendan seperti berikut:
a
jumlah terhutang sebanyak RM55,000.00 (Ringgit Malaysia:
b
penalti kelewatan menurut Klausa 7.2 Perjanjian Kontrak tersebut sebanyak RM50.00 yang dikira hari ke hari bermula dari 06.12.2023 sehingga selesai pembayaran; S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w
c
kos tindakan ini dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif serta merta;
d
kos atas dasar peguam dan anakguam (solicitor and client basis) dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif serta merta;
e
faedah; dan
f
lain-lain perintah dan/atau relif yang memihak kepada Plaintif-Plaintif yang difikirkan suai manfaat; Fakta yang dipersetujui [2] Adalah dipersetujui bahawa Plaintif telah berurusan dengan Defendan Pertama melalui Defendan Kedua bagi tujuan pembinaan sebuah rumah banglo satu (1) tingkat yang terletak di atas Lot 5336, Tali Air Kanan, Kampung Panchor, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak Darul Ridzuan. [3] Adalah juga tidak dipertikaikan bahawa beberapa perbincangan telah berlangsung antara Plaintif dan pihak Defendan-Defendan berhubung cadangan pembinaan rumah tersebut, yang kemudiannya menjadi asas kepada hubungan kontraktual antara pihak-pihak dalam tindakan ini. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Ringkasan kes Plaintif [4] Kes Plaintif adalah berasaskan kepada suatu Perjanjian Kontrak bertarikh 21.8.2023 yang dimeterai antara Plaintif dan Defendan Pertama yang diwakili oleh Defendan Kedua. Di bawah perjanjian tersebut, Defendan-Defendan telah bersetuju untuk membina sebuah rumah banglo setingkat berkeluasan 700 kaki persegi di atas tanah milik Plaintif yang terletak di Lot No. 5536, Tali Air Kanan, Kampung Panchor, Simpang Empat Semanggol, Perak Darul Ridzuan. [5]
Preamble
Menurut Plaintif, harga kontrak yang dipersetujui bagi pembinaan rumah tersebut adalah sebanyak RM87,500.00. Berdasarkan Klausa 7 Perjanjian Kontrak, Defendan-Defendan dikehendaki menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh empat
4
bulan kalendar selepas tamat tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan bayaran pertama. [6] Plaintif menyatakan bahawa beliau telah membuat bayaran pertama berjumlah RM3,125.00 pada 22.8.2023. Oleh yang demikian, Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan sepatutnya menyerahkan milikan kosong rumah tersebut selewat-lewatnya pada 6.12.2023. Walau bagaimanapun, Defendan-Defendan didakwa telah gagal menyiapkan dan menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh yang diperuntukkan di bawah perjanjian berkenaan. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [7] Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa susulan kegagalan Defendan-Defendan melaksanakan obligasi kontrak tersebut, satu lagi perjanjian telah dimeterai antara pihak-pihak pada 29.2.2024. Melalui perjanjian tersebut, Defendan-Defendan dikatakan telah bersetuju untuk membayar sejumlah RM55,000.00 kepada Plaintif. [8] Namun demikian, Plaintif mendakwa bahawa sehingga tarikh tindakan ini difailkan, Defendan-Defendan masih gagal membuat bayaran sejumlah RM55,000.00 sebagaimana yang dipersetujui di bawah perjanjian bertarikh 29.2.2024 tersebut. [9] Berikutan kegagalan tersebut, Plaintif telah membuat satu laporan polis pada 12.11.2024 dengan nombor rujukan Bagan Serai/005470/24. Berdasarkan keseluruhan keadaan tersebut, Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah melanggar terma-terma perjanjian yang dimeterai antara pihak-pihak dan oleh yang demikian menuntut remedi yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutannya. Ringkasan kes Defendan Pertama dan Defendan Kedua [10] Kes Defendan-Defendan pada asasnya ialah bahawa mereka tidak pernah memeterai atau menandatangani sebarang perjanjian bertulis dengan Plaintif berhubung projek pembinaan rumah yang menjadi subjek tindakan ini. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [11] Defendan-Defendan turut menafikan kewujudan sebarang perjanjian lisan atau perjanjian tersirat antara pihak-pihak yang boleh dianggap sebagai suatu persetujuan muktamad dan mengikat di sisi undang-undang. Menurut Defendan-Defendan, tiada elemen-elemen asas yang diperlukan bagi mewujudkan suatu kontrak yang sah telah dipenuhi. [12] Defendan-Defendan selanjutnya menyatakan bahawa segala pembayaran yang dibuat oleh Plaintif adalah tindakan unilateral Plaintif sendiri dan tidak dibuat menurut mana-mana perjanjian bertulis, terma yang dipersetujui bersama atau kontrak yang sah dan mengikat pihak-pihak. [13] Berhubung kerja-kerja yang didakwa telah dijalankan di tapak projek, Defendan-Defendan menyatakan bahawa sekiranya terdapat apa-apa kerja awal yang dilaksanakan, kerja tersebut hanyalah bersifat sementara dan dilakukan atas dasar muhibah serta kepercayaan awal antara pihak-pihak, dan bukannya sebagai pelaksanaan kepada suatu kontrak yang mengikat. [14] Defendan-Defendan juga mendakwa bahawa sebarang usaha untuk meneruskan kerja-kerja di tapak tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh tindakan Plaintif sendiri yang sering menimbulkan pelbagai gangguan, aduan dan syarat tambahan yang tidak pernah dipersetujui oleh pihak-pihak. Menurut Defendan-Defendan, keadaan tersebut termasuk isu berkaitan laluan keluar masuk ke S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w tapak pembinaan serta gangguan terhadap kawasan ternakan ikan milik Plaintif. [15] Berhubung dokumen bertarikh 29.2.2024 yang dirujuk oleh Plaintif, Defendan-Defendan menafikan bahawa dokumen tersebut merupakan suatu perjanjian yang sah dan mengikat. Sebaliknya, Defendan-Defendan mendakwa bahawa dokumen tersebut hanyalah suatu surat penarikan diri yang diperoleh hasil tekanan dan/atau paksaan daripada Plaintif. [16] Atas alasan tersebut, Defendan-Defendan menegaskan bahawa dokumen bertarikh 29.2.2024 itu adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan atau implikasi undang-undang terhadap mereka. [17] Defendan-Defendan juga mempertikaikan tuntutan Plaintif berjumlah RM55,000.00 dengan alasan bahawa Plaintif gagal mengemukakan perincian yang mencukupi serta asas pengiraan yang jelas bagi jumlah tersebut. Oleh itu, Defendan-Defendan mendakwa bahawa tuntutan berkenaan adalah kabur, arbitrari dan tidak disokong oleh keterangan yang mencukupi. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Isu-isu untuk diputuskan [18] Setelah Mahkamah ini meneliti keseluruhan keterangan lisan saksi-saksi, dokumen-dokumen yang dikemukakan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati isu sebenar yang memerlukan penentuan adalah seperti berikut;
a
sama ada wujud kontrak yang sah iaitu (P2) Perjanjian Kontrak dan mengikat antara Plaintif dan Defendan-Defendan;
b
sama ada Perjanjian Kontrak (P2) adalah tidak pasti (uncertainty) kerana terdapat percanggahan dengan
c
sama ada Defendan-Defendan telah melanggar Perjanjian Kontrak (P2) tersebut;
d
sama ada (P9) Surat Penarikan Diri Daripada Rio Dagang Ventures Bertarikh 29.2.2024 adalah sah dan mengikat Defendan-Defendan serta sama ada dakwaan paksaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan berjaya dibuktikan;
e
sama ada tuntutan gantirugi kelewatan menurut Klausa 7.2 Perjanjian Kontrak (P2) sebanyak RM50.00 sehari berjaya dibuktikan oleh Plaintif; dan S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w
f
sama ada plaintif berjaya membuktikan tuntutan RM55,000.00. Kedudukan undang-undang [19] Mahkamah ini terlebih dahulu mengingatkan dirinya bahawa dalam sesuatu tindakan sivil, beban pembuktian yang dipikul oleh pihak-pihak adalah berdasarkan standard imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Pihak yang mengemukakan sesuatu fakta atau menegaskan kewujudan sesuatu hak di sisi undang-undang hendaklah membuktikan fakta tersebut sehingga Mahkamah berpuas hati bahawa versinya adalah lebih berkemungkinan benar daripada tidak. [20] Prinsip ini telah ditegaskan dalam kes Lim Shu Ying v. NBRAND
m
(M) Sdn Bhd & Anor [2025] CLJU 133, di mana Mahkamah memutuskan bahawa; “[31] As the Plaintiff's case centres on a claim for the payment for works done and the Defendant's counterclaim for the over claimed payment, the parties bear the burden of proving such causes of action/elements on a balance of probabilities.” [penekanan ditambah] S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [21] Mahkamah dalam kes tersebut turut merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Sinnayah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584; [2015] 5 MLJ 1 yang memperkukuhkan prinsip bahawa pihak yang menegaskan sesuatu tuntutan atau pembelaan wajib membuktikannya menurut standard yang ditetapkan oleh undang-undang. [22] Prinsip tersebut berakar umbi daripada peruntukan Seksyen 101, Seksyen 102 dan Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan bahawa beban pembuktian terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah memberikan penghakiman berdasarkan fakta-fakta yang ditegaskannya. Sekiranya tiada keterangan dikemukakan oleh mana-mana pihak, pihak yang akan gagal dalam tindakannya itulah yang memikul beban pembuktian. [23] Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa beban pembuktian yang ditanggung dalam prosiding sivil tidak memerlukan tahap pembuktian melampaui keraguan munasabah sebagaimana yang dikehendaki dalam prosiding jenayah. Walau bagaimanapun, standard yang lebih rendah itu tidak bermaksud sesuatu tuntutan boleh dibuktikan melalui andaian, spekulasi atau dakwaan semata-mata tanpa sokongan keterangan yang kukuh dan boleh dipercayai. [24] Dalam menentukan sama ada sesuatu kes telah dibuktikan atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini hendaklah menilai keseluruhan keterangan secara menyeluruh (holistic assessment) S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w dan menimbangkan versi pihak manakah yang lebih munasabah, lebih konsisten, lebih selaras dengan dokumen-dokumen kontemporari serta lebih disokong oleh fakta-fakta objektif yang terbukti. [25] Prinsip tersebut telah dihuraikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v. Comintel Sdn Bhd [2017] 10 CLJ 580; [2017] 5 MLJ 292, yang memutuskan bahawa; [35] On the meaning and application of the term 'burden of proof' s. 101 of the Evidence Act 1950 ('the Act') states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who assert the affirmative of the issue. [penekanan ditambah] [26] Mahkamah ini juga berpendirian bahawa keterangan yang bercanggah dengan dokumen kontemporari, tidak disokong oleh bukti material, tidak selaras dengan fakta yang telah diakui, atau sekadar berupa penafian kosong (bare denial) atau fikir semula (afterthought) tidak boleh diberikan berat yang signifikan. Adalah menjadi prinsip yang mantap bahawa penafian atau pemikiran semula semata-mata tidak mempunyai nilai pembuktian sekiranya tidak disertakan dengan keterangan yang mampu menangkis bukti positif yang dikemukakan oleh pihak lawan. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [27] Dengan mengambil kira prinsip-prinsip undang-undang yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah kini beralih kepada analisis keterangan dan penentuan isu-isu yang dipertikaikan dalam tindakan ini. Penilaian Mahkamah terhadap keterangan Defendan-Defendan [28] Sebelum Mahkamah ini meneliti isu-isu yang dipertikaikan, Mahkamah terlebih dahulu menilai kebolehpercayaan keterangan SD1 yang merupakan saksi utama Defendan-Defendan. [29] Mahkamah ini menerima prinsip yang diputuskan dalam Puganeswaran Ganesan & Ors v PP [2020] 9 CLJ 326 bahawa tidak setiap percanggahan akan menyebabkan keseluruhan keterangan seseorang saksi ditolak. Walau bagaimanapun, percanggahan yang menyentuh perkara material boleh menjejaskan kredibiliti dan kebolehpercayaan keseluruhan keterangan tersebut. [30] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati terdapat percanggahan yang ketara dalam keterangan SD1 berkaitan isu teras pertikaian. Pada satu pihak, SD1 menegaskan bahawa (P2) hanyalah suatu draf yang tidak pernah dimuktamadkan. Namun pada masa yang sama, SD1 mengakui bahawa dokumen tersebut ditandatangani oleh pihak-pihak, pembayaran telah diterima dan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [31] Pengakuan tersebut bercanggah dengan pendirian bahawa tiada kontrak yang mengikat pernah wujud antara pihak-pihak. Mahkamah ini berpendapat bahawa perlakuan Defendan-Defendan sendiri sepanjang pelaksanaan projek adalah lebih konsisten dengan kewujudan suatu hubungan kontraktual berbanding penafian yang dikemukakan semasa perbicaraan. [32] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SD1 berhubung dakwaan bahawa (P2) hanyalah suatu draf perlu dinilai dengan penuh berhati-hati kerana tidak selari dengan fakta-fakta yang telah diakui sendiri oleh beliau. Isu preliminari : penyeteman dokumen (P2) Perjanjian Kontrak dan (P9) Surat Penarikan Diri Daripada Rio Dagang Ventures Bertarikh 29.2.2024 [33] Defendan-Dedendan berhujah bahawa (P2) dan (P9) tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana tidak disetem menurut Seksyen 52 Akta Setem 1949. [34] Mahkamah mendapati bantahan ini dibangkitkan bukan melalui permohonan yang sewajarnya semasa dokumen-dokumen tersebut dikemukakan dan ditandakan sebagai ekshibit semasa perbicaraan. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [35] Prinsip yang mantap ialah apabila sesuatu dokumen telah diterima dan ditandakan sebagai ekshibit tanpa bantahan atau permohonan yang sewajarnya pada masa ia dikemukakan, keberatan terhadap kebolehterimaannya tidak boleh dibangkitkan secara lewat melalui hujahan semata-mata. [36] Walau apa pun kedudukan (P2) dan (P9), Mahkamah ini mendapati kewujudan hubungan kontraktual dan liabiliti Defendan-Defendan turut dibuktikan melalui keterangan lisan serta pengakuan SD1 sendiri berhubung penerimaan bayaran dan kegagalan menyiapkan projek. [37] Justeru, isu awalan ini tidak menjejaskan keseluruhan tuntutan Plaintif. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu (a): sama ada wujud kontrak yang sah iaitu (P2) Perjanjian Kontrak dan mengikat antara Plaintif dan Defendan-Defendan; [38] Defendan-Defendan menghujahkan bahawa (P2) hanyalah suatu draf yang tidak pernah dimuktamadkan dan oleh itu tidak mewujudkan sebarang hubungan perundangan yang mengikat. Sebaliknya, Plaintif menegaskan bahawa (P2) merupakan suatu kontrak yang sah yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak melalui perlakuan mereka selepas perjanjian tersebut ditandatangani. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [39] Mahkamah menerima prinsip yang digariskan dalam kes Deutsche Bank (M) Bhd v MBf Holdings Bhd & Anor [2015] 6 MLJ 310 bahawa sesuatu kontrak yang sah memerlukan persetujuan bersama (consensus ad idem) serta niat untuk mewujudkan hubungan perundangan. Walau bagaimanapun, apabila prinsip tersebut diaplikasikan kepada fakta kes ini, Mahkamah ini mendapati ia lebih menyokong kes Plaintif berbanding pembelaan Defendan-Defendan. [40] Keterangan SD1 sendiri menunjukkan bahawa (P2) telah ditandatangani oleh pihak-pihak dan Defendan-Defendan kemudiannya menerima bayaran berjumlah RM67,500.00 daripada Plaintif. Tidak terhenti setakat itu, Defendan-Defendan turut memulakan kerja pembinaan di tapak projek melalui penghantaran pekerja dan pelaksanaan kerja-kerja pembinaan. Perlakuan sedemikian merupakan manifestasi yang jelas bahawa pihak-pihak bertindak atas premis bahawa suatu kontrak yang sah telah wujud antara mereka. [41] Prinsip yang dinyatakan dalam Sulisen Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2006] MLJU 342 memperuntukkan bahawa pembentukan kontrak memerlukan kewujudan tawaran, penerimaan, balasan dan niat untuk mewujudkan hubungan perundangan. Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati kesemua elemen tersebut telah dibuktikan. Terdapat tawaran dan penerimaan melalui pelaksanaan (P2), balasan melalui pembayaran yang dibuat oleh S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Plaintif, serta niat untuk terikat yang dizahirkan melalui pelaksanaan projek oleh Defendan-Defendan. [42] Mahkamah ini turut menolak hujahan bahawa pembayaran yang dibuat oleh Plaintif adalah bersifat "unilateral". Selain gagal dihuraikan secara jelas oleh SD1, hujahan tersebut tidak disokong oleh mana-mana fakta yang boleh menafikan kewujudan kontrak. Sebaliknya, penerimaan bayaran tersebut tanpa bantahan oleh Defendan-Defendan menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap obligasi yang terbit daripada perjanjian berkenaan. [43] Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam menentukan kewujudan sesuatu kontrak, tumpuan tidak seharusnya diberikan semata-mata kepada label yang diberikan kepada (P2) tersebut, tetapi juga kepada perlakuan pihak-pihak selepas (P2) itu ditandatangani. Dalam kes ini, tindakan Defendan-Defendan menerima bayaran yang substantial dan memulakan kerja pembinaan adalah bercanggah sama sekali dengan dakwaan bahawa (P2) hanyalah suatu draf yang tidak mengikat. [44] Setelah menilai keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati pembelaan bahawa (P2) hanyalah suatu dokumen yang belum dimuktamadkan adalah tidak selari dengan perlakuan Defendan-Defendan sendiri dan tidak disokong oleh fakta yang boleh dipercayai. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [45] Mahkamah ini memutuskan bahawa (P2) yang ditandatangani oleh pihak-pihak adalah sah, mengikat dan boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang. Isu (b): Sama ada Perjanjian Kontrak (P2) adalah tidak pasti (uncertainty) kerana terdapat percanggahan dengan Surat Tawaran Bagi Kontrak Persetujuan Bertarikh 21.8.2023 (P3) [46] Defendan-Defendan berhujah bahawa (P2) adalah tidak pasti dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana terdapat percanggahan antara tempoh pembinaan yang dinyatakan dalam (P2) dan (P3), iaitu masing-masing "4 bulan" dan "4 hingga 6 bulan". [47] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan tersebut. [48] Prinsip undang-undang yang mantap ialah sesuatu kontrak hanya akan menjadi tidak sah atas alasan ketidakpastian apabila terma-terma yang dipersetujui adalah begitu kabur atau tidak pasti sehingga Mahkamah ini tidak dapat menentukan hak dan obligasi pihak-pihak. Ketidakselarasan pada perkara sampingan tidak semestinya menjejaskan keberkuatkuasaan sesuatu kontrak. [49] Dalam kes ini, percanggahan yang dibangkitkan hanya berkaitan tempoh pelaksanaan projek dan tidak menyentuh terma-terma S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w asas kontrak seperti skop kerja, harga kontrak, obligasi pihak-pihak atau tujuan utama perjanjian tersebut. [50] Mahkamah berpendapat bahawa perbezaan antara tempoh "4 bulan" dan "4 hingga 6 bulan" tidak menjadikan kontrak itu tidak pasti sehingga tidak boleh dikuatkuasakan. Teras perjanjian antara pihak-pihak kekal jelas, iaitu Defendan-Defendan dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan rumah Plaintif mengikut terma yang dipersetujui. [51] Malah, isu sebenar dalam tindakan ini bukanlah mengenai tempoh sama ada empat bulan atau enam bulan, tetapi kegagalan Defendan-Defendan menyiapkan projek tersebut walaupun selepas tempoh yang dinyatakan dalam kedua-dua dokumen berkenaan telah berlalu. [52] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa ketidakselarasan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan tidak menjejaskan kesahan atau keberkuatkuasaan (P2). Kontrak tersebut mengandungi terma-terma yang mencukupi dan jelas untuk dikuatkuasakan di sisi undang-undang. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Isu (c): sama ada Defendan-Defendan telah melanggar Perjanjian Kontrak (P2) tersebut; [53] Setelah Mahkamah ini mendapati bahawa (P2) merupakan suatu kontrak yang sah dan mengikat, isu seterusnya ialah sama ada Defendan-Defendan telah melaksanakan obligasi kontraktual yang dipersetujui atau sebaliknya. [54] Keterangan yang tidak dipertikaikan menunjukkan bahawa Plaintif telah melaksanakan bahagian kontraknya dengan membuat bayaran berjumlah RM67,500.00 kepada Defendan-Defendan. Sebaliknya, Defendan-Defendan gagal menyiapkan pembinaan rumah tersebut sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak. [55] Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan-Defendan tidak mengemukakan sebarang keterangan yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa projek tersebut telah mencapai tahap kemajuan yang setimpal dengan bayaran yang diterima ataupun bahawa kelewatan dan kegagalan menyiapkan projek berpunca daripada sebarang keadaan yang boleh melepaskan mereka daripada tanggungjawab kontraktual. [56] Sebaliknya, dokumen (P9) memperlihatkan dengan jelas bahawa Defendan-Defendan tidak lagi berupaya meneruskan pelaksanaan projek berkenaan. Dokumen tersebut bukan sahaja mengesahkan kegagalan projek diteruskan, malah merupakan pengakuan S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w tersirat bahawa obligasi yang dipersetujui di bawah kontrak tidak dapat disempurnakan oleh Defendan-Defendan. [57] Dalam menilai keseluruhan keterangan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa kegagalan menyiapkan pembinaan rumah yang menjadi subjek utama kontrak merupakan suatu pelanggaran yang menyentuh teras dan tujuan asas perjanjian tersebut. Kegagalan sedemikian tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran yang bersifat remeh atau teknikal, sebaliknya merupakan kegagalan terhadap obligasi utama yang menjadi asas kepada persetujuan pihak-pihak untuk berkontrak. [58] Mahkamah ini turut mengambil kira kegagalan Defendan-Defendan mengemukakan dokumen-dokumen material yang berada dalam kawalan mereka, termasuk rekod kemajuan kerja, laporan pelaksanaan projek, penyata penggunaan wang yang diterima atau mana-mana dokumen sokongan yang mampu menjelaskan kedudukan sebenar projek tersebut. Kegagalan mengemukakan keterangan yang sewajarnya dalam keadaan sedemikian membolehkan Mahkamah ini membuat inferens buruk menurut seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa keterangan yang tidak dikemukakan itu tidak akan menyokong pembelaan Defendan-Defendan. [59] Berdasarkan keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Defendan-Defendan telah gagal melaksanakan obligasi utama mereka di S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w bawah (P2) dan dengan itu telah melakukan pelanggaran kontrak yang nyata serta serius. [60] Walaubagaimanapun, itu tidak bermakna kandungan (P2) boleh diterima secara automatik sebagai bukti muktamad mengenai jumlah kerugian Plaintif. Ianya perlu dinilai bersama keseluruhan keterangan lain dan pembuktian bagi mengesahkkan jumlah kerugian yang dituntut oleh Plaintif Isu (d): Sama ada (P9) Surat Penarikan Diri Daripada Rio Dagang Ventures Bertarikh 29.2.2024 adalah sah dan mengikat Defendan-Defendan serta sama ada dakwaan paksaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan berjaya dibuktikan [61] Mahkamah seterusnya beralih kepada isu utama yang menjadi teras pembelaan Defendan-Defendan, iaitu sama ada (P9) merupakan suatu dokumen yang sah dan mengikat ataupun sama ada dokumen tersebut diperoleh melalui paksaan sebagaimana yang didakwa. [62] Tidak dipertikaikan bahawa (P9) telah ditandatangani oleh Defendan-Defendan. Kandungan dokumen tersebut dengan jelas menunjukkan pengakuan Defendan-Defendan bahawa projek pembinaan yang dipersetujui tidak dapat diteruskan serta persetujuan untuk membayar sejumlah RM55,000.00 kepada Plaintif. Oleh itu, beban yang dipikul oleh Defendan-Defendan S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w adalah untuk membuktikan bahawa persetujuan tersebut tidak diberikan secara bebas sehingga menjejaskan kesahan dokumen berkenaan. [63] Prinsip undang-undang yang mantap ialah pihak yang membuat sesuatu dakwaan memikul beban untuk membuktikannya. Dalam konteks dakwaan paksaan, beban tersebut terletak sepenuhnya pada pihak yang mendakwa bahawa persetujuannya diperoleh secara tidak sukarela. Prinsip ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sulaiman Bin Ngarif v Ahmad Ikhwan Ahmad Fauzi (Mendakwa Melalui Bapa Sahabat Wakilnya, Ahmad Fauzi Bin Abdullah) & 1 Lagi Rayuan [2022] 5 MLJ 972. [64] Mahkamah ini telah meneliti mesej-mesej WhatsApp yang dirujuk oleh Defendan-Defendan bagi menyokong dakwaan paksaan tersebut. Pada penilaian Mahkamah ini, mesej-mesej berkenaan tidak menunjukkan kewujudan ancaman yang boleh menafikan kerelaan bebas Defendan-Defendan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 15 Akta Kontrak 1950. Sebaliknya, mesej-mesej tersebut hanya memperlihatkan desakan Plaintif agar Defendan-Defendan bertanggungjawab terhadap kegagalan projek yang telah berlaku. [65] Mahkamah ini berpendapat bahawa ancaman untuk mengambil tindakan undang-undang, membuat aduan kepada pihak berkuasa atau menuntut hak yang sah di sisi undang-undang tidak boleh disamakan dengan paksaan dalam erti kata undang-undang S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w kontrak. Apa yang perlu dibuktikan ialah kewujudan tekanan atau ancaman yang begitu serius sehingga menafikan kebebasan sebenar pihak yang menandatangani dokumen tersebut. Tiada keterangan sedemikian dikemukakan oleh Defendan-Defendan. [66] Sebaliknya, keterangan menunjukkan bahawa (P9) telah ditandatangani di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah dan turut disaksikan oleh Defendan Kedua. Fakta ini merupakan petunjuk yang signifikan bahawa Defendan-Defendan memahami kandungan serta implikasi dokumen tersebut sebelum menurunkan tandatangan mereka. Mahkamah ini tidak melihat sebarang keadaan luar biasa yang boleh menyokong inferens bahawa tandatangan tersebut diperoleh secara tidak sukarela. [67] Mahkamah ini turut mengambil kira kegagalan Defendan-Defendan untuk mengambil sebarang tindakan susulan yang lazimnya dijangka dilakukan oleh seseorang yang benar-benar mendakwa dirinya dipaksa menandatangani sesuatu dokumen. Tiada laporan polis dibuat, tiada aduan dikemukakan kepada mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dan tiada tindakan undang-undang difailkan untuk mengetepikan atau membatalkan (P9) dalam tempoh yang munasabah selepas dokumen tersebut ditandatangani. [68] Dalam hal ini, Mahkamah menerima prinsip yang dinyatakan dalam kes Soo Lip Hong v Tee Kim Huan [2006] 2 MLJ 49 bahawa kegagalan mengambil langkah yang munasabah selepas S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w berlakunya kejadian yang didakwa boleh menjejaskan kredibiliti dakwaan tersebut. Kegagalan Defendan-Defendan untuk bertindak bagi tempoh yang panjang adalah tidak selari dengan dakwaan bahawa mereka telah dipaksa menandatangani dokumen berkenaan. [69] Setelah menilai keseluruhan keterangan secara menyeluruh, Mahkamah ini mendapati bahawa dakwaan paksaan yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan tidak disokong oleh bukti yang mencukupi dan tidak mencapai tahap pembuktian yang diperlukan di sisi undang-undang. Pembelaan tersebut tidak lebih daripada suatu penjelasan yang dibangkitkan kemudian bagi mengelakkan liabiliti yang telah diakui sendiri melalui (P9). [70] Sehubungan itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa (P9) telah ditandatangani secara sukarela, adalah sah di sisi undang-undang dan mengikat Defendan-Defendan menurut terma-terma yang terkandung di dalamnya. Isu (f): Sama ada tuntutan gantirugi kelewatan menurut Klausa 7.2 Perjanjian Kontrak (P2) sebanyak RM50.00 sehari berjaya dibuktikan oleh Plaintif; [71] Dalam kes ini, Plaintif turut menuntut gantirugi kelewatan berdasarkan Klausa 7.2 Perjanjian Kontrak (P2) yang memperuntukkan seperti berikut: S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w “Sekiranya Kontraktor gagal menyerahkan pemilikan kosong Bangunan Tersebut pada masa yang tepat, maka Kontraktor bersetuju untuk membayar kepada Tuanpunya gantirugi bersamaan RINGGIT MALAYSIA: LIMA PULUH (RM50.00) Sahaja yang dikira dari hari ke hari” [72] Mahkamah ini telah pun memutuskan bahawa (P2) merupakan suatu kontrak yang sah dan mengikat serta Defendan-Defendan telah melakukan pelanggaran kontrak dengan gagal menyiapkan projek pembinaan yang dipersetujui. Walau bagaimanapun, dapatan tersebut tidak secara automatik melayakkan Plaintif memperoleh gantirugi di bawah Klausa 7.2 tanpa pembuktian lanjut mengenai syarat dan asas tuntutan tersebut. [73] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak yang menuntut gantirugi hendaklah membuktikan fakta-fakta yang menjadi asas kepada tuntutannya. Beban pembuktian tersebut kekal terletak di bahu Plaintif menurut seksyen 101 Akta Keterangan 1950. [74] Dalam meneliti keseluruhan pliding, keterangan lisan, dokumen yang dikemukakan serta hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati Plaintif gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi membolehkan Mahkamah menentukan dengan S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w tepat tempoh kelewatan yang didakwa serta jumlah gantirugi yang dituntut berdasarkan Klausa 7.2 tersebut. [75] Walaupun Plaintif merujuk kepada tarikh 6.12.2023 sebagai tarikh bermulanya pengiraan gantirugi kelewatan, tiada keterangan yang memadai dikemukakan bagi menunjukkan asas tarikh tersebut dipilih menurut terma kontrak. Mahkamah juga tidak dirujuk kepada mana-mana pengiraan yang jelas berhubung jumlah hari kelewatan yang dituntut atau jumlah keseluruhan gantirugi yang dikatakan terakru setakat tarikh tindakan ini difailkan. [76] Lebih penting, Mahkamah ini mendapati tuntutan tersebut dikemukakan dalam bentuk yang umum tanpa perincian yang mencukupi untuk membolehkan Mahkamah menilai sama ada syarat-syarat bagi penguatkuasaan Klausa 7.2 benar-benar telah dipenuhi mengikut fakta kes ini. [77] Mahkamah ini menerima bahawa Defendan-Defendan telah gagal melaksanakan obligasi kontraktual mereka. Namun demikian, sesuatu tuntutan gantirugi kontraktual tidak boleh diberikan semata-mata atas alasan pelanggaran kontrak telah dibuktikan. Mahkamah ini masih perlu berpuas hati bahawa asas tuntutan dan kaedah pengiraannya telah dibuktikan melalui keterangan yang boleh dipercayai. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [78] Dalam keadaan di mana Plaintif gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi bagi menyokong pengiraan gantirugi di bawah Klausa 7.2, Mahkamah ini tidak berada dalam kedudukan untuk membuat penilaian yang tepat mengenai jumlah yang dituntut. Isu (f): Sama ada plaintif berjaya membuktikan tuntutan RM55,000.00 [79] Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif gagal mengemukakan laporan Quantity Surveyor atau bukti teknikal bagi membuktikan kerugian sebenar. [80] Mahkamah menerima bahawa secara amnya pihak yang menuntut ganti rugi perlu membuktikan kerugiannya. [81] Walau bagaimanapun, fakta kes ini mempunyai keunikan tersendiri. Jumlah RM55,000.00 bukanlah angka yang direka secara unilateral oleh Plaintif. Sebaliknya, jumlah tersebut datang daripada Defendan-Defendan sendiri melalui (P9). [82] Dalam (P9) tersebut, Defendan mengakui ketidakupayaan meneruskan projek dan bersetuju untuk membayar RM55,000.00 kepada Plaintif. Mahkamah ini menganggap (P9) tersebut sebagai suatu pengakuan yang jelas terhadap liabiliti Defendan. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [83] Defendan-Defendan tidak mengemukakan sebarang penjelasan yang munasabah mengapa jumlah RM55,000.00 dipersetujui jika jumlah tersebut tidak mencerminkan liabiliti sebenar mereka. [84] Mahkamah ini juga mendapati bahawa jumlah RM55,000.00 adalah lebih rendah daripada jumlah keseluruhan RM67,500.00 yang diterima oleh Defendan-Defendan. Oleh itu, tuntutan tersebut bukanlah bersifat keterlaluan atau tidak munasabah. Kesimpulan [85] Berdasarkan keseluruhan keterangan, dokumen dan hujahan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan sebahagian kesnya atas imbangan kebarangkalian. [86] Mahkamah ini mendapati bahawa (P2) adalah sah dan mengikat, Defendan-Defendan telah melanggar kontrak tersebut, dan kemudiannya mengakui liabiliti mereka melalui (P9). [87] Dakwaan bahawa (P9) diperoleh melalui paksaan gagal dibuktikan dan tidak disokong oleh keterangan yang boleh dipercayai. Sebaliknya, keseluruhan keterangan menunjukkan bahawa Defendan-Defendan cuba mengelakkan tanggungjawab yang telah dipersetujui dan diakui sendiri. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w [88] Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa seseorang pihak yang telah menerima manfaat di bawah suatu kontrak tidak boleh kemudiannya menafikan kewujudan kontrak tersebut apabila timbul liabiliti terhadapnya. Prinsip kesucian kontrak (sanctity of contract) menuntut agar obligasi yang dipersetujui secara sah dihormati dan dilaksanakan. [89] Oleh yang demikian, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan sebahagian tuntutan Plaintif dan memerintahkan seperti berikut:
a
Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah bertanggungan secara bersama dan berasingan (jointly and severally) membayar kepada Plaintif jumlah RM55,000.00;
b
Penalti kelewatan menurut Klausa 7.2 Perjanjian Kontrak tersebut sebanyak RM50.00 yang dikira hari ke hari bermula dari 6.12.2023 sehingga selesai pembayaran adalah ditolak;
c
faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman tersebut dari tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh; dan
d
kos tindakan ini adalah kos mengikut skala. S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Bertarikh : 26 Jun 2026 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh Keputusan : 26 Jun 2026 Peguam bagi pihak Plaintif : Sharmela Tamilmani [menyebut bagi pihak Plaintif] Tetuan Aimee & Zaim Arif A-1-6, Blok A Bangi Business Avenue Seksyen 14 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan Peguam bagi pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua : Sharmela Tamilmani [menyebut bagi pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua] Tetuan Khairul Naim Rafidi Chambers 18-15, Avenue Crest Jalan Jubli Perak 22/1 Seksyen 22 40300 Shah Alam Selangor Darul Ehsan S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w Kes-kes yang dirujuk: Deutsche Bank (M) Bhd v MBf Holdings Bhd & Anor [2015] 6 MLJ 310; Lim Shu Ying v. NBRAND (M) Sdn Bhd & Anor [2025] CLJU 133; Puganeswaran Ganesan & Ors v PP [2020] 9 CLJ 326; Sinnayah & Sons Sdn Bhd v. Damai Setia Sdn Bhd [2015] 7 CLJ 584; [2015] 5 MLJ 1; Soo Lip Hong v Tee Kim Huan [2006] 2 MLJ 49; Sulaiman Bin Ngarif v Ahmad Ikhwan Ahmad Fauzi (Mendakwa Melalui Bapa Sahabat Wakilnya, Ahmad Fauzi Bin Abdullah) & 1 Lagi Rayuan [2022] 5 MLJ 972; Sulisen Sdn Bhd v Kerajaan Malaysia [2006] MLJU 342; dan U Television Sdn Bhd & Anor v. Comintel Sdn Bhd [2017] 10 CLJ 580; [2017] 5 MLJ 292. Perundangan yang dirujuk: Akta Keterangan 1950, s.101, s. 102, s.103 S/N zb9eEc4kMkqzmCULUBbd1w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.