Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO. JA-62JSK-35-03/2026 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD ANIZAMRIZAL BIN MOHD NOR (No. K/P: 830801016911) PENGHAKIMAN
JA-62JSK-35-03/2026
Sessions Court of Malaysia4 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit partic”
“16. Di dalam kes BHANDULANANDA JAYATILAKE V. PP [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83, at 84: “…I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of ac”
“13. Mahkamah berpandangan semasa menjatuhkan hukuman dalam satu kes jenayah, ia hendaklah dilakukan mengikut undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kes PP V. JAFA DAUD [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 seperti berikut: “…A "sentence according to law" means that the sentence must not only”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA KES TANGKAP NO. JA-62JSK-35-03/2026 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD ANIZAMRIZAL BIN MOHD NOR (No. K/P: 830801016911) PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan OKT terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah pada 4 Mac 2026. Rayuan OKT adalah terhadap hukuman. PERTUDUHAN A. PERTUDUHAN PERTAMA: Bahawa kamu, pada 22/01/2026 jam lebih kurang 11.35 malam bertempat di rumah setinggan Jalan Lurah 18, Kampung Kempas Baru, Johor, di dalam Daerah Johor Bahru Utara, di dalam Negeri Johor, telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak iaitu Ummu Nur Aernyzhara binti Abdullah (KPT NO. 190414-01-0584), berumur 6 tahun 9 bulan, dengan cara membuatkan kanak-kanak tersebut menghisap zakar kamu bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Hukuman: Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. B. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu pada 22/01/2026 jam lebih kurang 11.35 malam bertempat di rumah setinggan Jalan Lurah 18, Kampung Kempas Baru, Johor, di dalam Daerah Johor Bahru Utara, di dalam Negeri Johor telah membuat bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam bentuk video ke atas Ummu Nur Aernyzhara binti Abdullah (KPT NO. 190414-01-0584) berumur 6 tahun 9 bulan., dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga puluh tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat tidak kurang dari enam sebatan.
2
Pada 22/01/2026 pada jam lebih kurang 11.35 malam, apabila mangsa bernama Ummu Nur Aernyzhara binti Abdullah (KPT: 190414-01-0584) yang mana pada ketika itu berumur 6 tahun 9 bulan berada di rumah setinggan, Jalan Lurah 18, Kampung Kempas Baru, Johor Bahru Utara, Johor, OKT telah menyuruh mangsa menghisap kemaluan kamu. Kemudian, mangsa bertindak menghisap kemaluan kamu berulang kali.
3
Kesemua kejadian ini telah dirakam sendiri menggunakan telefon OKT yang telah dirampas sebagaimana BUKITINDAH/1096- 1097/26 pada 17/2/2026. Semakan terhadap barang kes mendapati terdapat rakaman mangsa menghisap kemaluan OKT.
4
Susulan kejadian ini, pengadu iaitu ibu mangsa telah membuat laporan polis Kempas/2270/26 pada 18/2/2026. OKT telah ditahan pada 28/2/2026 di mana repot tangkapan kamu adalah
5
OKT telah dituduh di bawah seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan seksyen 14(b) Akta yang sama kerana menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak iaitu merakam mangsa Ummu Nur Aernyzhara binti Abdullah (KPT: 190414-01-0584) yang berumur 6 tahun 9 bulan ketika OKT melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara membuatkan mangsa menghisap kemaluan OKT.
6
MOHD ANIZAMRIZAL BIN MOHD NOR (OKT) telah mengaku salah terhadap 2 pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya. Pertuduhan yang dihadapkan terhadapnya adalah satu pertuduhan pertama di bawah seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala pertuduhan kedua di bawah seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
7
OKT telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua. Fakta kes dan ekshibit-ekshibit yang menjadi bukti perbuatan OKT di atas kesalahan-kesalahan tersebut telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
8
OKT telah mengaku kepada fakta kes, begitu juga dengan kesemua eksibit P2 sehingga P10 yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tanpa sebarang bantahan. Memandangkan OKT telah mengaku bersalah tanpa bicara, maka pendakwaan tidak mempunyai beban untuk membuktikan OKT bersalah, pendakwaan hanya perlu mengemukakan kepada mahkamah fakta kes yang menunjukkan bahawa OKT telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 14(b) Akta 792 dan seksyen 5 Akta 792. Rujuk : ENG SONG HAI V PP (1954) MLJ 38.
9
Seterusnya, berdasarkan kepada pengakuan salah OKT terhadap pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua, Mahkamah berpuashati bahawa OKT telah memahami sifat dan akibat daripada pengakuan OKT terhadap kesalahan yang telah dilakukan olehnya dan hukuman yang akan dikenakan terhadapnya di bawah 14(b) dan seksyen 5 Akta 792. Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengakuan salah OKT adalah daripada kerelaan OKT sendiri tanpa sebarang paksaan dan mahkamah ini menerima pengakuan salah OKT. Mahkamah mendapati OKT bersalah dan mensabitkan OKT dengan kesalahan-kesalahan atas pertuduhan-pertuduhan tersebut.
10
Rayuan mitigasi OKT adalah seperti berikut: I. Hukuman rendah II. Jalan serentak kerana saya ada tanggungan lagi III. Anak seramai enam orang masih kecil IV. Isteri yang sakit kanser. V. Nur Aemyzhara adalah anak teman wanita. VI. Saya panggil Nur Aemyzhara, anak.
11
Hujahan TPR seperti berikut: I. Mangsa di dalam kes ini adalah merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 6 tahun. II. Kesalahan yang dilakukan yang dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang amat serius. III. Sepertimana yang dibacakan dalam penyata impak mangsa,adalah jelas bahawa mangsa berasa sakit yang amat teruk IV. Tetapi mangsa tidak boleh menangis kerana mangsa berasa takut, perkara ini adalah jelas mangsa mengalami satu trauma yang kekal berpanjangan. V. Disamping itu, di dalam kes ini adalah jelas jenayah yang dilakukan oleh OKT dirancang dengan baik kerana usia mangsa dan pengawalan OKT ada terhadap mangsa. VI. Pohon hukuman berat kerana kesalahan adalah tidak berperikemanusiaan. VII. Sewaktu rayuan dilakukan oleh OKT sendiri OKT tidak memohon maaf dan tidak berasa insaf ke atas kesalahan yang dilakukan terhadap mangsa. VIII. Pohon satu hukuman yang berat dan hukuman berbentuk pengajaran kepada OKT supaya OKT tidak mengulangi kesalahannya dan dijadikan sebagai satu pengajaran kepada masyarakat umum. IX. Pihak pendakwaan berhujah bahawa di dalam kes kepentingan awam hendaklah diutamakan berbanding kepentingan OKT berdasarkan keseriusan OKT. X. PIhak Pendakwaan memohon hukuman pencegahan supaya OKT menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan berdasarkan seksyen 26 Akta 792 dan pengawasan polis di bawah seksyen 27 Akta 792.
12
Mahkamah memutuskan hukuman seperti berikut: A. Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 14 (b) Akta 792, mahkamah menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 1 sebatan. B. Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 5 Akta 792, mahkamah menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 6 sebatan. C. OKT dikehendaki menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan berdasarkan seksyen 26 Akta 792. D. OKT hendaklah diletakkan pengawasan polis selama setahun selepas tempoh pemenjaraan di bawah seksyen 27 Akta 792. E. Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap.
13
Mahkamah berpandangan semasa menjatuhkan hukuman dalam satu kes jenayah, ia hendaklah dilakukan mengikut undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kes PP V. JAFA DAUD [1981] CLJU 28; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 seperti berikut: “…A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature or value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor…”
14
Mahkamah perlu mengambil kira perkara-perkara berikut dalam menentukan hukuman yang sewajarnya diberikah kepada OKT: a) keterangan atau maklumat berkaitan dengan latar belakang dan tingkah laku OKT. b) sekiranya terdapat kesalahan lampau yang sewajarnya dikemukakan mengikut kehendak s. 400 Kanun Tatacara Jenayah mahkamah perlu menimbangkan sama ada kesalahan tersebut adalah sama dengan kesalahan yang sedang dipertuduhkan. Mahkamah perlu menimbangkan sama ada hukuman yang telah dijatuhkan pada masa yang lalu telah dapat memberikan kesan halang cegah (deterrent) kepada OKT. Sekiranya mahkamah mendapati bahawa kesalahan yang dilakukan itu adalah sama dengan kesalahan yang sedang dipertuduhkan, maka mahkamah hendaklah memutuskan hukuman yang berat melainkan terdapat keadaan luar biasa berdasarkan kepada nilai dan keadaan barangan yang terlibat di dalam kejadian jenayah tersebut bagi mempertimbangkan hukuman ringan. c) tujuan penggubalan undang-undang jenayah dan hukuman yang dinyatakan. Ini bagi mengelak daripada hukuman yang dijatuhkan itu tidak menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan. d) faktor-faktor peringanan dan pemberatan sebelum menjatuhkan hukuman. e) kes-kes terdahulu yang melihatkan kesalahan yang sama bagi meneliti apakah hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan sebagai kayu ukur kepada hukuman yang sewajarnya dijatuhkan. f) kedudukan OKT sama ada dia adalah pesalah muda, kanak-kanak, wanita atau pesalah dewasa. g) fakta kes yang dikemukakan di hadapan mahkamah bagi memahami bagaimanakah kejadian jenayah itu dilakukan dalam menentukan sama ada hukuman yang berat atau ringan perlu dijatuhkan kepada OKT. Kepentingan awam
15
Mahkamah mendapati kesalahan yang melibatkan kanak-kanak adalah satu jenayah yang serius dan sewajarnya OKT diberikan hukuman pemenjaraan yang lama sebagai suatu bentuk pengajaran kepadanya, khasnya dan juga kepada masyarakat awam, amnya. Mahkamah juga mengambil kira prinsip kepentingan awam adalah mengatasi kepentingan individu.
16
Di dalam kes BHANDULANANDA JAYATILAKE V. PP [1981] CLJU 139; [1981] 1 LNS 139; [1982] 1 MLJ 83, at 84: “…I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v. Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore, sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge. It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. It is to be noted that when Bhandulananda was decided, Parliament had abolished appeals to the Privy Council for constitutional and criminal matters. In other words, when the Federal Court delivered the judgment in Bhandulananda, the Federal Court was our apex court for criminal matters at that time;
b
all the relevant facts and circumstances of the case should be taken into account, including:
1
mitigating factors; and
2
aggravating factors. As explained in the above sub-para. (a), public interest should override mitigating factors; and
c
the court should also consider the following four objects of sentencing:
1
deterrence, both specific and general deterrence. Specific deterrence of an offender has also been described as "incapacitation" of the offender (to render the offender incapable of committing any offence in the future);
2
rehabilitation, reformation or restoration of the offender;
3
retribution; and
4
restitution;…”
17
Mahkamah ini berpendapat proses penentuan hukuman yang sewajarnya oleh hakim bicara adalah suatu yang penting dan hendaklah dilakukan dengan penuh teliti serta pertimbangan yang sewajarnya dibuat terhadap prinsip penghukuman, bagaimana kejadian jenayah itu dilakukan, kesan trauma kepada mangsa jenayah tersebut dan keutamaan perlu diberikan kepada kepentingan awam. Frasa kepentingan awam ini telah disimpulkan dengan menarik oleh Mahkamah Rayuan dalam kes SINNATHURAI SUBRAMANIAM V. PP [2011] 5 CLJ 56 seperti berikut: “…[30] The public interest element is a bare shell. It is shaped and coloured by the facts of the case, by the surrounding circumstances that compelled the court to take into account before sentencing and, more importantly, by the mores of a particular society…”
18
Mahkamah juga merujuk kepada hasrat dan niat kerajaan semasa undang-undang 792 digubal adalah untuk melindungi kanak-kanak yang mana merupakan masa depan negara. Di dalam petikan Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 3 April 2017 Bil. 14 m/s 30- 32, Dato’ Sri Azalina Othman semasa membentang rang undang-undang kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 menyatakan seperti berikut: “…masalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang berada di hadapan kita pada hari ini adalah satu masalah yang saya ibaratkan sebagai barah yang kalau tidak ditangani maka ianya akan menghancurkan masa depan negara. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa rang undang-undang ini adalah satu permulaan untuk menangani masalah ini dan bukannya satu penyelesaian yang total. Dengan izin seperti yang dikatakan oleh Winston Churchill, ‘Now this is not the end, it is not even the beginning of the end but it is perhaps the end of the beginning’. Izin saya untuk membawa perhatian Dewan yang mulia ini terhadap berapa kisah benar jenayah seksual kanak-kanak yang telah berlaku di negara kita sendiri. Ungkapan ‘haruan makan anak’ atau ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ memanglah sudah cukup sinonim jika dikaitkan dengan isu jenayah seksual kanak-kanak yang melanda masyarakat kita pada hari ini. Saban hari ada sahaja kes-kes yang terpampang di dada-dada akhbar. Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia lapan tahun telah diperkosa, dipukul, dicederakan dan dirogol oleh bapa tirinya sendirinya semata-mata mahu memenuhi keinginan nafsu. Malah kanak-kanak ini telah diugut supaya terus berdiam diri sehinggakan pihak sekolah mendapat tahu dan seterusnya membuat laporan kepada pihak polis. Selain itu, satu lagi kisah benar adalah yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia hanya empat tahun yang mana kemaluannya telah dimasukkan jari oleh seorang lelaki yang berusia sekitar 60 tahun ketika kanak-kanak itu membuang air kecil di rumahnya di mana lelaki ini adalah guru bagi kanak-kanak tersebut. Lebih kejam lagi seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 16 tahun telah dirogol oleh bapa kandungnya sendiri dan empat orang abang kandungnya dengan cara menarik mangsa ke dalam bilik kosong di dalam rumah sendiri secara paksa untuk meratah tubuh kanak-kanak itu di rumahnya. Mereka yang berhati binatang ini seterusnya mengugut kanak-kanak ini dengan menggunakan pisau supaya tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa. Kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali apabila jenayah seksual turut melibatkan mereka. Sebagai contohnya, baru-baru ini terdapat dua orang pelajar sekolah kanak-kanak lelaki yang berusia lapan dan sembilan tahun masing-masing telah didera secara seksual oleh seorang pengawal keselamatan di sekolah mereka sendiri dengan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur kanak-kanak ini. Lebih menyedihkan adalah kedua-dua kanak-kanak ini adalah anak yatim yang tinggal di bawah satu pusat penjagaan anak-anak yatim. Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya menegaskan kesemua kisah-kisah ini adalah kisah benar yang melibatkan anak-anak dan aset negara kita yang bakal mencorak dan mewarisi kepimpinan negara pada masa depan….”
19
Pada pandangan Mahkamah, hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah ini untuk pertuduhan pertama di bawah seksyen 14(b) Akta 792 iaitu 6 tahun penjara dan 1 sebatan dan pertuduhan kedua di bawah seksyen Seksyen 5 Akta 792 iaitu 5 tahun penjara dan 6 sebatan adalah suatu hukuman yang wajar bagi memberi pengajaran kepada OKT. Hukuman ini juga mampu memberi refleksi kepada keseriusan jenayah tersebut.
20
OKT sudah berusia 43 tahun. OKT sepatutnya menjadi pelindung kepada mangsa yang hanya berumur 6 tahun. OKT memanggil mangsa sebagai anak apabila ditanya oleh Mahkamah jelas menunjukkan mangsa telah dianggap sebagai anak kepada OKT. OKT sepatutnya melindungi mangsa bukannya menganiayai dan memusnahkan masa depan mangsa. Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa mangsa dalam usia yang terlalu kecil tidak mampu untuk melawan OKT yang jauh lebih tua daripadanya dan mempunyai tenaga yang lebih kuat daripada mangsa.
21
Mahkamah mendapati selain daripada melakukan amang terhadap mangsa, OKT turut merakam perbuatan tersebut tanpa rasa bersalah. Mahkamah berpandangan bahawa OKT telah mengeksploitasi mangsa yang kecil dan perbuatan tersebut boleh meninggalkan trauma seumur hidup terhadap mangsa.
22
Mahkamah berpandangan bahawa Mahkamah tidak boleh bertolak ansur dengan perbuatan OKT ini, Mahkamah berpandangan satu hukuman berbentuk pencegahan perlu diberikan kepada OKT. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa hukuman pencegahan yang sewajarnya diberikan kepada OKT adalah hukuman sebatan.
23
Pada masa yang sama, Mahkamah berpandangan bahawa satu perintah berbentuk pembinaan sahsiah atau pemulihan perlu diberikan kepada OKT bagi membendung kesalahan ini dilakukan berulang kali selepas OKT menjalani hukuman pemenjaraan dan bertujuan untuk memulihkan OKT menjadi orang yang baik dan dapat diterima oleh masyarakat. Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa OKT perlu menjalani kaunseling untuk pembinaan akhlak dan sahsiah OKT sepanjang tempoh pemenjaraan di bawah seksyen 26 Akta 792
24
Mahkamah juga memerintahkan supaya OKT diletakkan di bawah pengawasan polis selepas tamat tempoh pemenjaraan di bawah seksyen 27 Akta 792 bertujuan untuk mengawasi dan memastikan OKT tidak lagi terjebak di dalam kesalahan yang sama dan pada masa boleh menjaga keselamatan dan kepentingan awam.
25
Pengakuan Salah OKT Walau bagaimanapun, Mahkamah juga mengambil kira pengakuan bersalah OKT yang menjimatkan masa dan kos semua pihak. Oleh itu, Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan secara serentak.
26
Dalam menentukan hukuman yang dijatuhkan, Mahkamah telah mengambil kira kesemua faktor mitigasi oleh OKT dan juga hujahan pendakwaan. Mahkamah menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 1 sebatan untuk pertuduhan pertama di bawah seksyen 14(b) Akta 792 dan 5 tahun penjara dan 6 sebatan untuk pertuduhan kedua di bawah seksyen Seksyen 5 Akta 792.
27
Hukuman penjara dan sebatan tersebut adalah wajar, adil dan bersesuaian. Hukuman adalah tidak melampau dan berpatutan dengan jenayah yang dilakukan dan berlandaskan peruntukan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. Bertarikh 31 haribulan Mac 2026 t.t (MADIHAH BINTI ZAINOL) Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.