Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH, DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-82D-11-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
NB-82D-11-10/2023
Magistrates Court of Malaysia13 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ppeal upheld a rape conviction based upon the results of tests carried out on a specimen of body fluid obtained from the accused for medical reasons whilst he was on remand. In AG for Quebec v. Begin [1955] SCR 593, it was held that even if a blood sample was obtained from the accused without his consent it is admissib”
“rtuduh ini gagal untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(K) ADB 1952 di atas imbangan kebarangkalian. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263). Dengan itu, Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan sepertimana pe”
“es berikut: - a) PP v. Una Tee Huah [1980] 1 LNS 212: [1982] 2 MLJ 326 “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.” b) DA Duncan v PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195 “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with th”
“mbangkan kesan sabitan terhadap pekerjaan Tertuduh. Faktor ini adalah faktor relevan yang perlu dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana dinyatakan dalam kes Mahkamah Rayuan PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958. [63] Faktor kehilangan pekerjaan Tertuduh akibat sabitan juga dipertimbangkan dalam kes Mohamed Taufik”
“as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.” [67] Sumbangan Tertuduh kepada keluarganya turut diberikan pertimbangan sepertimana kes PP v. Mohd Khairudarwin Niesha Mohd Shafee [2018] MLJU 314: - “27. Responden juga memikul tanggungjawab sosial untuk menyara keluarga yang bergantung sepenuhnya kepa”
“abilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372” b) Muhammad Hafeez bin Zainudin v. Public Prosecutor & another [2022] MLJU 2300 S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this docume”
“ggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 atas beban imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Rujukan dibuat kepada kes-kes berikut: - a) Muhamad Zhafri bin Mohamad Yunus v. Public Prosecutor [2022] MLJU 917 “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of prob”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA PILAH, DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. NB-82D-11-10/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Tertuduh dalam kes ini dituduh di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebagaimana berikut: - “Bahawa kamu pada 11.9.2023 jam lebih kurang 09.30 pagi, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuala Pilah, di dalam daerah Kuala Pilah, di dalam Negeri Sembilan telah didapati memberikan kepada diri S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 sendiri dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid. Oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama dengan Seksyen 38B Akta yang sama.”
2
Tertuduh mengaku tidak bersalah dan perbicaraan penuh dijalankan. Di akhir kes, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan sepertimana Pertuduhan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM4,000.00 dan jika gagal bayar penjara 8 bulan. Selanjutnya, Tertuduh juga diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis selama 2 tahun bermula dari tarikh sabitan selaras dengan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB).
3
Pihak Pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi iaitu: - Koperal Mohd Amir bin Ismail Anggota Pengiring SP2 Lans Koperal Muhamad Alif bin Hazrani Jurufoto SP3 Puan Nur Hazwani binti Harman Shah Pegawai Patologi S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
4
Naratif kes Pendakwaan adalah pada 11.9.2023 jam lebih kurang 09:00hrs, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, IPD Kuala Pilah telah menjalankan OPS Duri dan menahan seramai 24 orang anggota polis IPD Kuala Pilah untuk menjalani ujian saringan awal air kencing bagi mengenal pasti penglibatan dalam kegiatan dadah dalam kalangan anggota polis.
5
Tertuduh telah diarahkan untuk memilih satu paket plastik yang mengandungi botol sampel urin kosong daripada beberapa paket plastik lain yang berada di dalam kotak, dan Tertuduh telah memilih satu paket plastik yang mengandungi botol sampel urin bernombor siri C0343504. Kemudiannya, SP4 bersama SP1 telah mengiringi Tertuduh ke tandas bagi memungut sampel air kencing. Di dalam tandas, Tertuduh telah memasukkan kemaluannya ke dalam botol urin tersebut dan mengisi air kencingnya.
6
Usai Tertuduh memasukkan urin ke dalam botol, SP4 dan SP1 telah mengiringi Tertuduh kembali ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bersama botol yang mengandungi air kencing Tertuduh. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 Tertuduh membawa sendiri botol tersebut dan meletakkan botol berisi air kencingnya di atas meja. SP4 kemudiannya mengarahkan Tertuduh untuk memilih 1 set test strip daripada dalam kotak.
7
Di hadapan SP1 dan Tertuduh, SP4 telah mengoyakkan set test strip yang diserahkan oleh Tertuduh yang mana di dalamnya mengandungi 6 jenis test strip yang berlainan, SP4 telah memasukkan 6 test strip serentak ke dalam botol urin milik Tertuduh. Hasil ujian saringan awal mendapati test strip THC adalah positif.
8
SP4 kemudiannya memaklumkan Tertuduh keputusan saringan tersebut dan mengarahkan Tertuduh untuk menutup serta memegang semula botol urin tersebut sementara menunggu di ruang taklimat. SP4 telah mengisi butir-butir Tertuduh, nombor repot dan tarikh pada label serta melekatkan label tersebut pada botol urin tersebut. Botol urin tersebut juga turut ditutup dan di seal dengan seal keselamatan PDRM.
9
Seterusnya, SP4 telah menyerahkan Tertuduh bersama beberapa dokumentasi kepada SP5. Sejurus penerimaan tersebut, SP5 telah mengarahkan SP2 untuk mengambil beberapa gambar botol urin di bilik Pegawai Penyiasat dan kemudiannya menyimpan botol tersebut di dalam peti ais berkunci di dalam biliknya.
10
Pada 12.9.2023 jam 3.30 petang, SP5 telah menyerahkan sendiri botol urin tersebut kepada pihak makmal dadah, Jabatan Patologi Hospital S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah yang diterima oleh SP3. Hasil analisa terhadap sampel urin tersebut oleh SP3 seperti mana laporan patologi bertarikh 20.9.2023 (P6) mengesahkan bahawa sampel urin tersebut mengandungi 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid.
11
Di akhir kes Pendakwaan, beban statutori terletak kepada pihak Pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie sebagaimana Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah dengan membuktikan semua elemen pertuduhan. Mahkamah hendaklah menilai secara maksimum keseluruhan keterangan saksi dan eksibit bagi menentukan sama ada pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Tertuduh. Prinsip undang-undang dalam Balachandran v PP
2005
2 MLJ 302, Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 dan PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2006) 1 CLJ 457 dirujuk. [12] Selanjutnya dalam kes PP v Anwar Ibrahim (No.3) (1999) 2 CLJ 215, YA Hakim Augustine Paul (ketika itu) menyatakan: - "A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that if unrebutted, it is sufficient to include the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence." ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PIHAK PENDAKWAAN [13] Bagi membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh bagi kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan elemen-elemen kesalahan sebagaimana yang dijelaskan dalam kes PP v Chan Kam Leong (1989) 2 CLJ (Rep) 311: -
a
spesimen urin dalam botol tersebut adalah daripada
b
pemeriksaan spesimen urin Tertuduh telah memenuhi kehendak seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952; dan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw
c
dadah yang dikesan dalam spesimen urin Tertuduh telah disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. DAPATAN MAHKAMAH a) Sama ada spesimen urin dalam botol tersebut adalah daripada Tertuduh [14] Mahkamah telah membuat penilaian maksima kepada semua rantaian keterangan saksi-saksi Pendakwaan serta pengendalian eksibit-eksibit yang dikemukakan bagi menentukan sama ada sampel air kencing tersebut adalah milik Tertuduh. Bagi maksud ini Mahkamah membuat dapatan seperti berikut: - a) Tertuduh telah diberi pilihan untuk memilih sendiri botol urin sendiri sebagaimana dinyatakan oleh SP4 dan Tertuduh telah memilih botol urin dengan nombor siri C0343504 [sepertimana P2(A-D)]. Setelah SP4 memastikan botol tersebut berada dalam keadaan baik, Tertuduh telah diminta untuk memegang botol tersebut. b) SP4 bersama-sama kemudiannya telah mengiringi Tertuduh ke tandas bagi tujuan memungut air kencing Tertuduh ke dalam botol S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw bernombor siri C0343504 tersebut. SP1 dan SP4 mengesahkan bahawa mereka telah melihat Tertuduh memasukkan air kencingnya ke dalam botol tersebut dan sepanjang proses berkenaan, Tertuduh memegang sendiri botol tersebut. c) SP4 dan SP1 seterusnya mengiringi Tertuduh kembali ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik sambil Tertuduh membawa sendiri botol tersebut. Setibanya di Pejabat, Tertuduh telah meletakkan botol berisi air kencing di atas meja di hadapan SP4. d) Dengan disaksikan oleh Tertuduh dan SP1, ujian saringan air kencing dijalankan oleh SP4 dengan menggunakan 6 test strip berlainan jenis, dan test strip bagi dadah jenis THC menunjukkan keputusan positif. SP4 telah memaklumkan keputusan tersebut kepada Tertuduh dan seterusnya mengarahkan Tertuduh untuk menutup serta memegang botol tersebut sementara menunggu di ruang taklimat sambil SP4 menyelesaikan urusan dokumentasi berkaitan Tertuduh. e) SP4 telah membuat satu laporan polis (P8) yang memperincikan butiran kejadian yang berlaku pada S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw tarikh dan masa kejadian, mengisi butir-butir diri Tertuduh pada label dan melekatkan label tersebut pada botol, menutup botol urin dengan seal keselamatan PDRM serta menyediakan borang serah menyerah (P9) dan borang permintaan ujian pengesahan dadah (P5) kepada Pegawai Penyiasat. f) Selain itu, SP1 dan SP4 juga dapat mengecam gambar botol urin C0343504 melalui gambar P2(A-D) yang digunakan dalam kes ini, yang memaparkan terdapat maklumat seperti nombor siri botol urin C0343504, nama Tertuduh, nombor repot kes serta tandatangan Tertuduh dan SP4 pada botol urin tersebut. g) SP4 turut mengesahkan telah bahawa beliau telah menyerahkan Tertuduh bersama botol urin yang telah dimeterai dengan seal PDRM kepada Pegawai Penyiasat (SP5). Perkara ini turut disahkan oleh SP5 yang menyatakan bahawa beliau telah menerima Tertuduh, botol urin C0343504 serta dokumen P5, P8 dan P9 daripada SP4. h) SP5 seterusnya mengesahkan bahawa botol urin yang diterima olehnya adalah bernombor siri C0343504, berada dalam keadaan berseal baik S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw serta mengandungi butiran maklumat Tertuduh pada pelekat label pada botol tersebut. i) SP5 kemudianya telah mengarahkan SP2 untuk mengambil gambar botol urin tersebut dan seterusnya menyimpan botol urin tersebut di dalam peti sejuk yang berkunci, di mana hanya SP5 sahaja yang mempunyai akses kepada peti sejuk tersebut. j) Pada 12.9.2023 jam 3.30 petang, SP5 telah menghantar botol urin tersebut bersama borang UPD (P5) ke Jabatan Patologi, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk tujuan analisis. SP3 selaku Pegawai Sains Hayat, telah mengesahkan penerimaan botol urin dan borang UPD daripada SP5 sebagaimana yang direkodkan serta ditandatangani dalam Bahagian 5 borang P5. k) Hasil analisa terhadap sampel urin tersebut oleh SP3 sebagaimana laporan patologi bertarikh 20.9.2023 (P6) mengesahkan bahawa sampel urin tersebut mengandungi dadah jenis 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid. [15] Berdasarkan keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa rantaian pengendalian eksibit adalah S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw lengkap, berterusan dan tidak terputus, bermula dari saat sampel urin diambil sehingga sampel tersebut dianalisa oleh SP3. Keterangan menunjukkan bahawa sampel urin telah dilabel dan diseal dengan sempurna, tiada sebarang keterangan yang menunjukkan berlakunya kacau ganggu, dan SP3 turut mengesahkan bahawa sampel yang dianalisa adalah sampel yang sama seperti yang diterima olehnya. [16] Maka, Mahkamah mendapati bahawa tiada sebarang kelompangan yang wujud dalam rantaian keterangan kes pendakwaan. Prinsip ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2004] 4 CLJ 551, apabila Mahkamah memutuskan bahawa: - “The proof of the chain of evidence is only a method of proving that fact. The fact that there is “a gap” does not necessarily mean that fact is not proved. It depends on the facts and circumstances of each case. There may be a gap in the chain of evidence. But, if for example, during that “gap” the exhibits are sealed, numbered with identification numbers, there is no evidence of tampering, there is nothing that would give rise to a doubt that that exhibit is the exhibit that was recovered in that case and that was analysed by the chemist, the fact that there is a gap, in the circumstances of the case, may not give rise to any doubt of that fact. “ S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw [17] Oleh yang demikian, berdasarkan keseluruhan keterangan SP1 sehingga SP5, Mahkamah mendapati elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. b) Sama ada pemeriksaan spesimen urin Tertuduh telah memenuhi kehendak seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952. [18] Selanjutnya pihak Pendakwaan boleh mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB sekiranya pihak Pendakwaan berjaya membuktikan ujian yang dibuat ke atas OKT selaras dengan Seksyen 31A Akta tersebut. Maka, untuk anggapan ini terpakai terhadap OKT, kesemua keperluan di bawah Seksyen 31A(1A) ADB perlu dipenuhi. [19] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 37(k) ADB yang memperuntukkan bahawa: - “ Jika seseorang dituduh melakukan suatu kesalahan mengguna dadah berbahaya atau memberi kepada dirinya sendiri atau menyiksa mana-mana orang lain untuk memberi dadah berbahaya kepada dirinya, dan mana-mana dadah berbahaya yang dikesan dalam air kencing orang yang dituduh sebagai keputusan ujian air kencing yang dijalankan di bawah Seksyen 31A, orang itu hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, ada mengguna dadah atau ada memberi dadah kepada dirinya sendiri atau ada menyiksa mana-mana orang untuk S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw memberi dadah kepada dirinya yang bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturannya.” [20] Sungguhpun begitu, cara mana sampel urin tersebut diambil perlulah mematuhi Seksyen 31A(1A) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu: - Section 31A. Examination of arrested person by a medical officer. When any person is arrested on a charge of committing an offence against this Act-
a
which is of such a nature; or
b
which is alleged to have been committed under such circumstances, as give reasonable grounds for believing that an examination of his person will afford evidence as to the commission of an offence against this Act, it shall be lawful for a medical officer acting at the request of any police officer not below the rank of Sergeant, or any other officer in charge of a police station, or any officer of customs, and for any person acting in aid of a medical officer and under his direction, to make such an examination or examinations of the person arrested as may be reasonably necessary in order to ascertain the facts which may afford such evidence, and to use or cause to be used such force as may be reasonably necessary for that purpose. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw
1A
For the purpose of preservation of evidence, it shall be lawful for a police officer not below the rank of Sergeant or an officer of customs to require an arrested person to provide a specimen of his urine for the purposes of an examination under subsection (1) if it is not practicable for the medical officer or the person who is acting in aid of or on the direction of a medical officer to obtain the specimen of the urine within a reasonable period. [21] Isu utama Pembelaan pada peringkat ini adalah sama ada Tertuduh merupakan ‘arrested person’ pada masa sampel urin diambil, dan seterusnya sama ada peruntukan Seksyen 31A(1A) serta anggapan di bawah Seksyen 37(k) boleh terpakai dalam kes ini. Pihak Pembelaan menghujahkan bahawa terdapat ketidakpatuhan dalam prosedur pengambilan sampel urin Tertuduh kerana sewaktu sampel urin tersebut diambil, Tertuduh bukanlah seorang dipanggil “arrested person” seperti dinyatakan dalam Seksyen 31A(1A) ADB 1952. Tertuduh hanya ditangkap selepas ujian saringan air kencing dilakukan dan keputusan menunjukkan Tertuduh positif THC. [22] Mengenai isu tangkapan ini, Mahkamah berpandangan adanya cukup fakta dan keadaan dalam kes ini menunjukkan bahawa pada masa Tertuduh diarahkan memberikan sampel air kencingnya, Tertuduh sebenarnya secara konstruktif adalah seorang yang dalam keadaan telah ditangkap walaupun tidak secara fizikalnya ditangkap dan digari. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw [23] Berdasarkan laporan polis (P10) dan keterangan SP4, Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard, IPD Kuala Pilah pada 11.9.2023 jam lebih kurang 09:00 hrs telah menjalankan OPS Duri bagi ujian air kencing untuk Skim Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) ke atas Tertuduh dan 23 orang anggota polis di IPD Kuala Pilah. Pemeriksaan Balas SP4 S: Saya cadangkan semasa pemeriksaan urin dibuat terhadap 24 orang anggota pada 11.9.2023 tarikh kejadian, saya cadangkan hanya kamu seorang Pegawai yang terlibat dalam ujian urin? J: Betul. S: Saya juga cadangkan bahawa ASP Ahmad Syarizal bin Syed tidak terlibat dalam ujian saringan awal air kencing? J: Ya, betul. S: Saya cadangkan bahawa pada hari kejadian, ASP Ahmad Syarizal telah mengendalikan satu ujian SKDD, setuju? J Ya, betul. [24] Tertuduh juga telah diiringi oleh SP1 dan SP4 ke tandas untuk memberikan sampel air kencingnya. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw Pemeriksaan Utama SP1 S: Selepas OKT dah pilih botol apa yang berlaku selepas itu? J: Pergi ke tandas, saya bersama Inspektor Hasif. Mahkamah: Apa? SP1: Saya bersama Inspektor Hasif eskot OKT pergi ke tandas. S: Sewaktu pergi ke tandas siapa yang pegang botol? J: OKT sendiri. S: Apabila sampai di tandas ada berapa orang di tandas? J: Dalam tandas itu saya, Inspektor Hasif dan OKT. S: Apabila sampai di tandas apa yang berlaku? J: OKT kencing dalam botol. S: Sewaktu OKT kencing, siapa yang pegang botol? J: OKT sendiri. S: Sebelum OKT kencing di dalam botol itu tersebut siapa yang buka penutup? J: OKT. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Selepas OKT dah selesai kencing apa lagi yang berlaku? J: Selepas OKT kencing dalam botol lepas itu OKT tutup sendiri penutup botol dan balik ke bilik standby. S: Semasa pergi ke bilik standby, siapa yang pegang botol? J: OKT. Pemeriksaan Balas SP4 S: Inspektor setelah pemilihan botol urin dilakukan oleh OKT, apa arahan kamu seterusnya? J: Setelah dipilih botol, kemudian buat pemeriksaan dan dapati keadaan baik, Saya serahkan semula kepada OKT untuk memegang botol tersebut. Kemudian saya arahkan OKT untuk pergi ke tandas untuk pungutan saringan air kencing diiringi oleh saya dan Koperal Amir. S: Inspektor ketika perjalanan mengiringi OKT ke tandas daripada bilik taklimat, berapa jauh? J: Kurang daripada 20 meter. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Sepanjang perjalanan 20-meter ke tandas tersebut, botol urin berada bersama siapa, Inspektor? J: Dengan OKT. S: Sampai di tandas, apa arahan Inspektor kepada OKT? J: Saya arahkan OKT masuk ke tandas yang pertama daripada empat ruangan tandas tersebut dan saya buka botol dan masukkan air kencingnya ke dalam botol tersebut. S: Boleh beritahu Mahkamah, Inspektor bagaimana prosedur OKT memasukkan sampel air kencing OKT ke dalam botol urin tersebut? J: OKT perlu memandang ke arah saya, dan seterusnya memasukkan sampel air kencingnya dengan menggunakan alat sulitnya ke dalam botol tersebut. Setelah penuh, saya arahkan OKT untuk tutup semula botol tersebut. S: Selesai OKT menutup botol urin OKT sendiri, apa yang berlaku Inspektor? J: Setelah botol urin ditutup dan OKT memegang botolnya sendiri. Kemudian saya arahkan OKT untuk kembali ke ruangan taklimat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Kembali ke ruangan taklimat Inspektor, apa yang berlaku? J: Setelah sampai di ruang taklimat tersebut, saya arahkan OKT untuk meletakkan botol urinnya dia di atas meja. Kemudian saya arahkan OKT memilih set test strip yang terdapat dalam sebuah kotak yang jumlahnya saya tidak ketahui. Setelah dipilih satu set yang mengandungi 6 jenis test strip yang berlainan dan saya arahkan serahkan semula kepada saya. [25] Daripada keterangan SP1 dan SP4 ini jelas menunjukkan pergerakan Tertuduh telah pun dibatasi, sama sekali tidak boleh meninggalkan bilik taklimat, tidak mempunyai pilihan untuk tidak memberi sampel urin yang diminta dalam botol tersebut mahupun bergerak atau meloloskan diri apabila proses persampelan sedang berlangsung di tandas dan sama sekali tidak boleh mengingkari perintah sah pegawai atasannya. [26] Malahan, kutipan sampel air kencing Tertuduh juga telah dibuat berdasarkan arahan SP4 yang berpangkat Inspektor yang mana mematuhi kehendak Seksyen tersebut iaitu pegawai polis yang berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan. Mahkamah turut merujuk kepada nas undang-undang dalam kes berikut bagi menyokong isu berkaitan Tertuduh adalah arrested person sewaktu memberikan sampel air kencingnya: - S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw a) PP v. Mohd Safwan Husain [2017] 7 CLJ 685, Mahkamah Rayuan menyatakan: - [34] Berlandaskan prinsip am di atas, kami mendapati adanya cukup fakta dan keadaan dalam kes ini yang menunjukkan bahawa pada masa responden diarah memberikan spesimen air kencingnya, dia sudah pun ditangkap bagi maksud s. 31A(1A) ADB 1952. Harus dicatatkan di sini bahawa s. 31A tidak memperuntukkan kuasa menangkap kepada pegawai polis. Kuasa tersebut diberikan dalam s. 31 ADB
1952
Seksyen 31 memberikan kuasa tangkapan jika terdapat kepercayaan yang munasabah bahawa sesuatu kesalahan di bawah ADB 1952 telah dilakukan atau akan dilakukan. Ini mewajarkan pengemukaan maklumat yang diterima (information received) oleh pihak polis sebagai keterangan untuk menentukan isu tangkapan ini (rujuk kes Raissi v. Metropolitan Police Commissioner [2009] 3 All ER 14; dan Shaaban & Ors v. Chong Fook Kam & Anor, supra). b) Shaaban & Ors v Chong Fook Kam (1969) CLJU 170, dimana Privy Council memutuskan: - An arrest occurs when a police officer states in terms that he is arresting or when he uses force to restrain the individual concerned. It occurs also S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw when by words or conduct he makes it clear that he will if necessary, use force to prevent the individual from going where he may want to go. It does not occur when he stops an individual to make inquiries. c) Holgate-Mohammed v. Duke (1984) 1 AC 437 (HL) diputuskan di ms. 441: - The word "arrest"... is a term of art. First, it should be noted that arrest is a continuing act: it starts with the arrester taking a person into his custody. (sc. By action or words restraining him from moving anywhere beyond the arrester's control), and it continues until the person so restrained is either released from custody or, having been brought before a magistrate, is remanded in custody by the magistrate's judicial act. d) PP lwn Abdul Rahim Kalandari Mustan (1998) 5 CLJ 566, YA Abdul Hamid Mohamad (ketika itu) berpendapat: - Walau bagaimanapun saya berpendapat bahawa penggunaan kata-kata "actual arrest" dan "constructive arrest" adalah "unfortunate". Undang-undang cuma menyebut "arrest" (tangkapan). Apa yang jelas ialah sama ada tangkapan telah berlaku atau tidak terletak kepada keadaan sesuatu kes. Perkataan "awak ditangkap" atau yang serupa dengannya dan seseorang itu digari bukanlah satu kemestian. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw Hakikat bahawa seorang itu akan dihalang daripada beredar dari tempat itu juga tidak semestinya bererti dia telah ditangkap. Mengatakan sebaliknya adalah keterlaluan. Ia bererti setiap kali seorang pegawai polis menahan seseorang untuk meminta kad pengenalannya orang itu telah ditangkap kerana dalam keadaan seperti itu pun tentu sekali pegawai polis itu akan menghalang orang itu daripada pergi dari situ tanpa mempedulikan permintaannya. [27] Dalam kes ini, walaupun Tertuduh dikatakan memberikan kerjasama dan sebagai seorang anggota polis, namun kebebasannya telah disekat dan Tertuduh telah mengikuti segala arahan yang diberikan oleh SP4. Sepertimana diputuskan dalam kes Alderson v. Booth [1969] 2 QB 216: - "Held (1) that an arrest was constituted when any form of words was used which, in the circumstances, were calculated to and did bring to the notice of a defendant that he was under compulsion to which he thereafter submitted". [28] Selain itu, prinsip undang-undang mantap menyatakan bahawa sesuatu Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seseorang atau mengambil cognisance sesuatu kesalahan yang berlaku tanpa menghiraukan bagaimana orang itu telah berada di bawah bidang kuasa Mahkamah itu. Tambahan pula, Seksyen 31A(1A) ADB merupakan satu peruntukan berkaitan dengan prosedur atau satu empowering provision berbanding dengan peruntukan Seksyen 15(1)(a) ADB yang merupakan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw peruntukan berbentuk substantif. Rujukan sepertimana kes-kes berikut: - a) Hanafi Mat Hassan v. PP [2006] 3 CLJ 269; [2006] 4 MLJ 134 [68] It is therefore clear that the court has no discretion to refuse to admit evidence on the ground that it was illegally obtained if it is relevant. This rule applies, inter alia, to cases involving illegal searches, evidence obtained by secret listening devices or by undercover police operations. It also applies to evidence obtained by unfair procedures. Thus, in R v. Apicella [1986] 82 Cr App R 295, the English Court of Appeal upheld a rape conviction based upon the results of tests carried out on a specimen of body fluid obtained from the accused for medical reasons whilst he was on remand. In AG for Quebec v. Begin [1955] SCR 593, it was held that even if a blood sample was obtained from the accused without his consent it is admissible to prove intoxication. It follows that the evidence relating to the blood sample taken from the accused is admissible as it is relevant even if it was taken without his consent. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw b) Karuma son of Kaniu v Reginam (1955) 1 ALL ER 236 “… the test to be applied in considering whether evidence is admissible is whether it is relevant to the matters in issue. If it is, it is admissible and the court is not concerned with how the evidence was obtained. While this proposition may not have been stated in so many words in any English case, there are decisions which support it and, in their Lordships' opinion, it is plainly right in principle. (emphasis added)” [29] Pihak Pembelaan turut menghujahkan bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan SP1 dan SP4 berkaitan paket test strip berwarna oren yang diberikan kepada Tertuduh sahaja. Mahkamah ini meneliti semula keterangan yang diberikan oleh kedua-dua saksi ini seperti berikut: - Pemeriksaan Utama SP1 S: Boleh Koperal ceritakan kepada mahkamah dengan terperinci mengenai penugasan kamu pada 11 September 9, 2023? Ceritakan daripada mula? J: Daripada mula OKT pilih sendiri test strip. S: Koperal cakap OKT pilih test strip dan sampul kah? S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Di mana OKT pilih sampul itu? J: Di bahagian Narkotik IPD Kuala Pilah, bilik standby. --- S: Masa dekat bilik standby, selepas OKT dah kencing OKT bawa botol yang berisi air kencing itu ke bilik, dekat bilik itu apa yang berlaku? J: OKT buka penutup botol untuk masukkan test strip dalam botol. S: Siapa yang masukkan test strip ini? J: Inspektor Hasif. S: So, bukanlah OKT? J: Ya, bukan. S: Berapa banyak test strip yang disediakan? J: Ada lebih kurang 6. Pemeriksaan Balas SP1 S: Berapa sampul yang OKT pilih? Sampul test strip? J: Sampul test strip. Mahkamah: Yang OKT pilih, ingat tidak berapa? Berapa sampul test strip yang OKT pilih? SP1: Satu saja. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Sampul test strip ini yang kecil-kecil kah? Satu sajakah? J: Sampul itu ada satu saja, dia punya test strip itu ada dalam itu. S: Test strip ada dalam? J: Ada dalam sampul. S: Maknanya enam test strip keluar daripada satu sampul? --- S: Apa yang specialnya sampul ini yang kamu boleh cam? J: Sampul ini semua sama saja. S: Sama saja semua? Tadi kamu cakap satu saja? J: Dia pilih satu satu. Tak faham macam mana. S: Tadi kamu cakap 24 orang ada satu saja sampul warna oren. So kalau satu saja sampul warna oren, memang sampul ini istimewa, setuju? Setuju atau tidak? S: Maknanya warna dia yang istimewa, setuju? S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S: Sampul yang lain bukan warna oren, setuju? Dekat IPD itu ada satu saja sampul warna oren, setuju? Setuju atau tidak? Pemeriksaan Utama SP4 S: Kembali ke ruangan taklimat Inspektor, apa yang berlaku? J: Setelah sampai di ruang taklimat tersebut, saya arahkan OKT untuk meletakkan botol urinnya dia di atas meja. Kemudian saya arahkan OKT memilih set test strip yang terdapat dalam sebuah kotak yang jumlahnya saya tidak ketahui. Setelah dipilih satu set yang mengandungi 6 jenis test strip yang berlainan dan saya arahkan serahkan semula kepada saya. S: Kemudian apa tindakan Inspektor? J: Kemudian dengan diperhatikan oleh Koperal Amir dan juga OKT, saya telah mengoyakkan keenam-enam jenis test strip tersebut dan mengeluarkan setiap satu test strip tersebut dan saya mencelupkan keenam-enam test strip S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw tersebut secara serentak ke dalam botol air kencing yang telah dibuka sendiri oleh OKT. S: Setelah keenam-enam test strip tersebut dimasukkan ke dalam sampel air kencing OKT, apa yang berlaku Inspektor? J: Setelah lebih kurang 2 minit, saya dapati positif THC daripada sampel air kencing tersebut. --- S: Kamu nyatakan bahawa OKT telah memilih 6 paket test strip? J: 1 set yang kandungi 6 jenis test strip. S: Dalam 1 plastik? J: Satu kotak. S: Saya rujuk saksi kepada P1, bawah itu test strip S: Dalam 1 paket test strip ada? J: Ada satu. S: Maknanya dia kena ambil 6 paket betul? J: Satu set ada 6 set berlainan jenis. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw [30] Mahkamah mendapati percanggahan yang dibangkitkan oleh pihak Pembelaan berhubung bungkusan atau set test strip, termasuk isu warna dan bilangan sampul atau paket adalah percanggahan kecil yang tidak menyentuh perkara pokok kes (go to the root of the matter). Percanggahan tersebut hanya berkaitan ujian saringan awal dan tidak menjejaskan rantaian pengendalian sampel urin, identiti botol, pelabelan, pemeteraian serta penghantaran sampel ke Jabatan Patologi. [31] Pendekatan yang sama juga telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Puganeswaran Ganesan & Ors v PP & Other Appeals (2020) 6 MLRA 1 yang antara lain menegaskan: - “[82] The proper approach to deal with the discrepancies in evidence is well settled by case law. In Khoon Chye Hin v PP (1961) 1 MLRA 684 it was held that even where a witness demonstrably lies, it would be ho too far to say his evidence must be rejected entirely. The proper way to deal with the evidence of such witness is to treat it with suspicious and caution. In considering them, what the court has to decide is whether they are such a nature as discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy” [32] Selanjutnya, kes PP v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (1976) 1 MLRH 562, Raja Azlan Shah Hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu) menyatakan bahawa: - S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw “In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must be either be believed in its entirely or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of witness and to reject the other. It is, therefore necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in [33] Mahkamah mendapati bahawa Laporan Patologi (P6) oleh SP3 merupakan dapatan akhir yang konklusif yang mengesahkan kehadiran dadah 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid dalam air kencing Tertuduh. Tambahan pula, berdasarkan keterangan SP1 dan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw SP4, tiada sampel biologi lain diambil daripada Tertuduh. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa isu berhubung test strip yang dibangkitkan oleh Pembelaan tidak menjejaskan pematuhan dan kehendak Seksyen 31A ADB 1952, dan elemen kedua pertuduhan berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. c) Sama ada dadah yang dikesan dalam spesimen urin Tertuduh, 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid merupakan dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [34] Berdasarkan Laporan Patologi (P6) oleh SP3, mengesahkan bahawa hasil analisa urin di dalam botol urin tersebut didapati ada mengandungi 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid. Dadah jenis ini adalah tersenarai di Bahagian III, Jadual Pertama ADB 1952. Keterangan SP3 selaku seorang saksi pakar dengan ini diterima Mahkamah tanpa sebarang keraguan dan elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. (rujuk kes PP v Munusamy [1987] 1 MLJ 492 dan PP v Lam San [1991] 3 MLJ 426). [35] Pihak Pembelaan juga tidak sama sekali menafikan kredibiliti SP3 dan tiada sebarang pertikaian dibangkitkan berkenaan hasil analisis yang dilakukan oleh SP3. Mahkamah Tinggi dalam kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v. PP [2013] 7 CLJ 636 telah memutuskan: - S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw “[25] Dalam kes terhadap perayu, orang yang membuat pemeriksaan dan menjalankan ujian pengesanan dadah dalam air kencing perayu adalah Encik Muhammad Nubli Mohd Shuhaimi, pegawai sains (ahli kimia hayat), Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi, Hospital Kuala Lumpur (“HKL”). Tidak dipertikaikan HKL adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Malaysia dan pengkhidmat HKL adalah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.” [36] Oleh yang demikian, elemen ketiga juga telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [37] Setelah membuat penilaian yang maksimum terhadap keterangan-keterangan yang diberikan sepertimana dinyatakan di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pendakwaan terhadap Tertuduh bagi pertuduhan terhadapnya. Oleh yang demikian, Tertuduh telah dipanggil untuk membela diri. [38] Tertuduh telah diterangkan dengan tiga pilihan untuk membela diri sepertimana Seksyen 173(HA) Kanun Tatacara Jenayah iaitu: - i) beri keterangan bersumpah di dalam kandang saksi; S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw ii)beri pernyataan tidak bersumpah di kandang Tertuduh; atau iii) tetap senyap. [39] Tertuduh telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi dan hanya Tertuduh sahaja dipanggil sebagai saksi Pembelaan. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN [40] Pihak Pembelaan menyatakan bahawa tiada sebarang tangkapan dilakukan terhadap Tertuduh sebelum ujian saringan awal air kencing Tertuduh dan hanya dimaklumkan oleh pegawai atasan sehari sebelum tarikh kejadian berkenaan akan diadakan ujian pemeriksaan rutin (SKDD) sahaja. [41] Pada 11.9.2023 jam lebih kurang 09:00hrs, Tertuduh telah dipanggil oleh anggota Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) dan kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Kuala Pilah. Tertuduh tidak digari, kad kuasa dan kad pengenalan berada pada dirinya. Oleh itu, ia merupakan ketidakpatuhan kepada Seksyen 37(k) dan Seksyen 31(1A) ADB. [42] Tertuduh bersama beberapa anggota yang lain telah diserahkan dengan satu botol urin dan hanya Tertuduh mendapat satu bungkusan plastik S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw test strip berwarna oren. Sebaik diberikan botol dan bungkusan plastik oren tersebut, Tertuduh dan yang lain dibenarkan untuk duduk di lantai Pejabat Narkotik sementara menunggu ujian dilakukan. [43] Ujian air kencing dilakukan mengikut giliran yang mana setiap satu sesi membabitkan tiga orang anggota. Nama Tertuduh berada pada senarai ke-15 dan sewaktu diarahkan untuk ke tandas bagi memberikan sampel air kencing, Tertuduh telah meletakkan bungkusan plastik oren yang diterima sebelum ini di atas meja Pejabat Narkotik. [44] Tertuduh menyatakan hanya SP1 mengiringinya ke tandas dan mengarahkan Tertuduh mengisi air kencing ke dalam botol yang dibawa oleh Tertuduh tersebut. Tertuduh menafikan kehadiran SP4 di tandas semasa pengambilan sampel urin tersebut kerana sepanjang masa SP4 dikatakan berada di Pejabat Narkotik untuk menjalankan ujian ke atas sampel-sampel lain sebelum tiba giliran Tertuduh. [45] Sebaik botol urin Tertuduh penuh, botol telah ditutup oleh Tertuduh dan diarahkan untuk kembali ke Pejabat Narkotik. Kemudiannya, Tertuduh telah membuka botol urinnya dan meletakkan botol tersebut di atas meja. Tertuduh telah menyerahkan plastik test strip oren yang diterimanya kepada SP4. [46] Sebelum Tertuduh duduk kembali di ruangan taklimat, Tertuduh melihat terdapat beberapa botol urin berada di atas meja dalam keadaan masih S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw terbuka dan sebahagian botol mempunyai test strip yang terendam di dalamnya. [47] Selepas beberapa minit, anggota lain bersurai namun Tertuduh telah ditahan dan dimaklumkan oleh SP4 air kencingnya positif ganja (THC). Tertuduh menyatakan dirinya tidak melihat siapa yang menutup semula botol urin, menulis, menampal serta meletakkan seal pada botol tersebut. DAPATAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [48] Di akhir kes Pembelaan adalah menjadi tugas Mahkamah untuk menimbangkan semua keterangan yang ada di hadapannya dan memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 173 (m) Kanun Tatacara Jenayah. [49] Maksud keraguan munasabah telah dijelaskan dalam kes PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: - “It has again been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there.' Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence. [50] Selanjutnya, pihak Pembelaan di peringkat ini juga seharusnya mengemukakan satu keterangan pembelaan yang mampu mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 atas beban imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Rujukan dibuat kepada kes-kes berikut: - a) Muhamad Zhafri bin Mohamad Yunus v. Public Prosecutor [2022] MLJU 917 “It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372” b) Muhammad Hafeez bin Zainudin v. Public Prosecutor & another [2022] MLJU 2300 S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw “In this Court’s view notwithstanding that the decisions referred above involve section 39B (1) DDA, the duty of the trial Judge to make a finding on whether a presumption is rebutted, be it under section 37(d) or 37(da) DDA for the possession or trafficking of dangerous drugs or under section 37(k) DDA for self-administration of drugs, is the same. Therefore, in a trial for section 15(1) the Magistrate must discharge the same duty in finding on whether the presumption was successfully rebutted or not. “ c) Hooman Khanloo v. PP [2015] 6 CLJ 1005 yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: - “[77] It is clear that the judgment of Suffian J (as he then was) in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82 was the guiding principle in the above decision. It also seems clear that the Supreme Court was speaking in terms of a case which had to be decided on the basis of the truth of the prosecution case as against the falsity of the defence story. But that is not the legal and factual matrix of the present case under appeal. What the court had to consider in the present appeal is whether the statutory presumptions under ss. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw 37(d) and 37(da) of the DDA applied and had been rebutted. [78] Indeed the Supreme Court in Mohamad Radhi Yaakob (supra) recognised that the quantum of proof required to rebut a statutory presumption is proof on the balance of probabilities. Mat v. PP, it must be noted, does not involve any statutory presumption. It was a case of theft of two chickens and alternatively of dishonestly retaining a stolen chicken. Clearly the accused in that case had no duty to prove or to disprove anything, let alone a legal duty to rebut any statutory presumption. All that Mat had to do to earn an acquittal was merely to raise a reasonable doubt in the Magistrate's mind as to whether or not he stole the two chickens or dishonestly retaining one of the chickens. It is in this legal and factual context that Mohamad Radhi Yaakob must be understood.” [51] Atas prinsip tersebut, Mahkamah menilai pembelaan Tertuduh, dapatan Mahkamah secara keseluruhannya adalah seperti berikut: - i) Tertuduh sememangnya berada dalam keadaan tangkapan semasa diarahkan oleh SP4 untuk Tertuduh memberi sampel air kencing ke dalam botol yang telah diserahkan kepadanya. Tertuduh tidak S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw mempunyai pilihan untuk tidak memberikan sampel urin yang diminta dalam botol tersebut atau meloloskan diri daripada kawalan SP4 ketika proses persampelan sedang berlangsung; ii) Dakwaan pihak Pembelaan bahawa Mahkamah telah mendapati keterangan hanyalah bersifat sokongan dan kepada kenyataan SP4 (di perenggan 1 muka surat 8 dalam Hujahan Pembelaan di Akhir Kes Pembelaan), sama sekali tidak berasas dan tersasar daripada dapatan sebenar Mahkamah. Perkara ini telah dibentang secara jelas sepertimana dapatan Mahkamah ini di peringkat kes Pendakwaan setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi secara maksimum dan menyeluruh. iii) Tertuduh tidak menafikan sama sekali bahawa dirinya telah memberikan sampel air kencing ke dalam botol urin tersebut. Malah, Tertuduh turut mengakui bahawa keputusan ujian air kencing positif telah dimaklumkan kepadanya oleh SP4. Pemeriksaan Balas SD1- (Tertuduh) S: Inspektor Hasif ada serah botol untuk kamu periksa dan pegang? J:Setuju. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw S:Botol kamu pegang dalam keadaan baik baru dan kosong? J:Setuju. S:Semua anggota lain yang terlibat untuk ujian saringan, pegang 1 botol sendiri? J:Setuju. S:Botol kamu pegang adalah botol sama bawa ke tandas J:Setuju. S:Botol sama kamu isi air kencing di dalamnya? J:Setuju. S:Selepas beri sampel air kencing botol kamu pegang masih dalam keadaan bersih dan air kencing tidak tumpah? J:Setuju. S:Selepas isi air kencing kamu tutup botol tersebut? J:Setuju. S:Kamu tahu penggunaan test strip untuk ujian saringan awal air kencing tersebut? S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw J:Setuju S:Inspektor Hasif beritahu keputusan ujian dekat kamu? J:Ya. [52] Oleh itu, Mahkamah mendapati keterangan Tertuduh adalah berbentuk penafian semata-mata (mere denial) yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan dan perlu ditolak. Prinsip ini telah dijelaskan dalam kes-kes berikut: - a) PP v. Una Tee Huah [1980] 1 LNS 212: [1982] 2 MLJ 326 “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient.” b) DA Duncan v PP [1980] CLJU 12; [1980] 2 MLJ 195 “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution’s evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that his denial did not cast a doubt on the prosecution’s case against the appellant”. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw c) Ali Tan bin Abdullah v. PP [2013] 4 CLJ 757, Mahkamah Rayuan memutuskan: - “Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubts. The court’s acceptance of explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of evidence and on as examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation.” [53] Mahkamah juga mendapati bahawa tidak terdapat keterangan yang menunjukkan motif jahat atau alasan munasabah yang lain untuk menunjukkan SP1 dan SP4 sebenarnya menipu berkenaan pemilihan botol urin oleh Tertuduh sendiri dan keterangan tersebut adalah bukan sesuatu di luar batas kemungkinan. Mahkamah Rayuan dalam kes PP v. Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] MLJU memutuskan bahawa: - “…In this regard too, consideration must be made to the legal proposition which has been accepted by the court that unless there is evidence to show bad motive or other cogent reason why the police witnesses - here it is primarily PW5 and PW3 - would want to lie and fabricate evidence against S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw the 1st accused, then their evidence must be accepted by the court. [25] We would now reproduce an excerpt from the judgment of the Supreme Court in PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] 1 MLJ 257 in support of what we just said above: "When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence, is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course, if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted." [54] Isu Tertuduh tidak mengetahui botol berada dalam keadaan baik sebelum ujian saringan dilakukan, tidak melihat bagaimana saringan awal air kencingnya dilakukan dan Tertuduh tidak menutup semula botol air kencingnya, tidak disoalbalas dan dicabar pihak Pembelaan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw kepada mana-mana saksi Pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa versi pembelaan Tertuduh ini merupakan suatu pemikiran terkemudian (afterthought). Dalam kes Shamim Reza bin Abdul Samad v. Public Prosecutor [2009] 6 CLJ 93, Suriyadi Halim Omar HMR (kemudian HMP) telah menyatakan: - “[27] We found no evidence of the appellant seriously challenging any of the prosecution’s witnesses at the stage of the cross-examination let alone testing his defence at the earliest opportunity i.e. at the prosecution stage. Without such a challenge the credibility of the prosecution’s witnesses especially SP10 must remain intact. Raja Azlan CJ (As His Royal Highness was then) had opined in Wong Swee Chin v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 212: A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant’s trouser pockets remains unshaken. On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness’s testimony.” S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw [55] Begitu juga dalam kes Meaat Halim Meaat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154, YA Abdul Hamid Embong HMR (ketika itu) telah menyatakan seperti yang berikut: - “[63] Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should he put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case… [56] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh ini gagal untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(K) ADB 1952 di atas imbangan kebarangkalian. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263). Dengan itu, Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 15(1) (a) ADB 1952. HUKUMAN [57] Dalam rayuan mitigasi, Tertuduh memohon agar diberikan hukuman denda yang minimum. Tertuduh berusia 33 tahun, telah berkahwin dan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw mempunyai empat (4) orang anak yang masih bersekolah. Isteri Tertuduh bekerja sebagai kerani stor dengan pendapatan RM1,700 sebulan. Tertuduh kini bekerja sendiri dan menjaga ibu bapanya yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Segala urusan rawatan ibu bapanya diuruskan oleh Tertuduh sepenuhnya. Ini merupakan kesalahan pertama Tertuduh dan pada peringkat awal, Tertuduh telah direman selama 3 hari. Sepanjang perjalanan kes daripada pertuduhan sehingga ke perbicaraan kes, Tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik dan tidak pernah gagal pada setiap tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah. [58] Sebaliknya, pihak Pendakwaan memohon agar hukuman pemenjaraan diberikan ke atas Tertuduh mengambilkira faktor Tertuduh merupakan seorang anggota polis, kes telah berjalan sejak bulan Oktober 2023 dan bilangan saksi yang dipanggil serta hukuman yang dapat diberikan pengajaran bukan sahaja kepada Tertuduh malah kepada masyarakat di luar berkaitan penyalahgunaan dadah. [59] Mahkamah ini merujuk prinsip undang-undang dalam kes-kes berikut:- a) Lim Guan Eng v. PP & Other Appeals [1998] 3 CLJ 769; [1998] 3 MLJ 14, yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan: - “The principles governing sentencing have been stated on numerous occasions and we think no assistance is to be S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw had by going through all the authorities on the subject. Suffice to say that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest.” b) PP v. Md Rashid Harun [2000] 3 MLJ 503; [2000] 3 CLJ 832, telah memutuskan bahawa: - "Courts are duty bound to consider all these matters before deciding upon a suitable sentence"…The sentence must be one appropriate to the gravity of the offence... Accordingly, the sentence should reflect the seriousness of the offence... Mitigating factors are not to be disregarded, even if the offence calls for a deterr ent sentence… That is not to say though, that "the circumstances of the individual offender are more important than the protection of innocent members of the community from injury to their persons, or from ris k even to their lives "… Public interest must not be relegated to the background. "The correct approach is to strike S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw a balance, so far as possible, between the interest of the public and the interest of the accused". [60] Dalam membuat imbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh bagi menentukan hukuman ke atas Tertuduh, Mahkamah telah mengambil kira faktor-faktor berikut: - Pesalah Pertama [61] Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa hukuman pemenjaraan adalah tidak bersesuaian kepada pesalah pertama memandangkan tempoh pemenjaraan yang panjang tidak akan mencapai objektif menginsafkan Tertuduh tetapi akan mengubah pesalah pertama menjadi pesalah tegar. Hal ini merujuk kepada kes Lisa Christina A/P Balan v. PP [2020] 1 LNS 349 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: - “21. Hukuman denda sepatutnya diberikan keutamaan dalam kes ini. Majistret sewajarnya mengambil kira faktor bahawa Tertuduh / Pemohon merupakan seorang pesalah pertama dan tidak mempunyai apa-apa rekod sabitan lampau sebelum ini dan sepatutnya diberi peluang untuk berubah menjadi seorang manusia yang lebih berguna kepada masyarakat dan keluarganya sendiri. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw
22
Hukuman penjara adalah tidak sesuai bagi pesalah pertama yang mana suatu tempoh pemenjaraan bukanlah jalan penyelesaian tetapi akan menimbulkan kesan yang berat pada Tertuduh/Pemohon memandangkan dia bukanlah seorang pesalah hardcore yang sering keluar masuk penjara. … 26. Pesalah pertama sewajarnya dijauhkan daripada penjara dan bergaul dengan banduan-banduan yang lain yang berlatarbelakang pelbagai kesalahan jenayah yang serius Kesan sabitan terhadap Tertuduh [62] Dalam menjatuhkan hukuman yang bersesuaian, Mahkamah juga perlu mempertimbangkan kesan sabitan terhadap pekerjaan Tertuduh. Faktor ini adalah faktor relevan yang perlu dipertimbangkan Mahkamah sebagaimana dinyatakan dalam kes Mahkamah Rayuan PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958. [63] Faktor kehilangan pekerjaan Tertuduh akibat sabitan juga dipertimbangkan dalam kes Mohamed Taufik v. Public Prosecutor [1975] 1 MLJ 36 yang menyatakan: - “… the learned President…quite rightly took into account the appellant's position as a police officer but it is also a fact S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw that the appellant will lose his job as a result of the conviction. An imprisonment of two and a half years would in the circumstances of this case be rather excessive. I will therefore allow the appeal against sentence. In so doing, I am not saying that an offence of this nature must be viewed less seriously. All I am saying is that an imprisonment of one year would in the instant case be adequate punishment and in my view sufficiently deterrent to any police officer who would venture to obtain a bribe.” Faktor pemulihan [64] Mahkamah turut mengambil kira dan ingin menekankan faktor pemulihan untuk kesalahan di bawah seksyen 15 (1) ADB yang mana hasrat penggubalan undang-undang seksyen 15 (1) (a) ADB dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 telah diterangkan dengan komprehensif oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Mat Nor dalam kes Azhar Ibrahim v. PP [2022] 1 LNS 2607 seperti berikut:- “[36] ... Disamping itu Mahkamah juga harus memahami jenis kesalahan yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan juga kesalahan-kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya agar dapat memahami jenis-jenis kesalahan dan hukuman yang diperuntukkan. Apa yang jelas daripada peruntukan di bawah s. 15 ADB 1952 tersebut ialah ia memberikan hukuman denda sehingga RM5,000.00 dan S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw pemenjaraan sehingga tidak melebihi dua tahun penjara dan memperuntukkan peruntukan di bawah s. 38B ADB 1952 iaitu perintah pengawasan. Ini bermakna kesalahan di bawah s. 15 ADB 1952 ini mempunyai serampang dua mata iaitu hukuman kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan di samping memberi peluang kepada pesalah tersebut untuk dimasukkan ke dalam skim pemulihan ketagihan dadah di bawah s. 38B ADB 1952 tersebut. la adalah peruntukan undang-undang yang memperkuatkan peruntukan-peruntukan di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang mewujudkan skim rawatan dan pemulihan di bawah s. 6, 8, dan 9 Akta tersebut. Pemahaman kepada peruntukan s. 15 (1) (a) ADB 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 serta keupayaan untuk menghubung kaitkan kedua-dua undang-undang tersebut dapat membantu mahkamah memahami peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan rawatan kepada penagih dadah. la tidak boleh ditafsirkan secara berasingan dalam menentukan hukuman yang diberikan. Jika itu dilakukan seseorang yang dituduh di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 akan dianggap sebagai penjenayah tegar seperti kesalahan-kesalahan jenayah yang serius yang lain sehingga tidak memberikan peluang untuk pesalah S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw tersebut melalui proses pemulihan seperti yang dinyatakan dalam undang-undang. Kegagalan memahami peruntukan-peruntukan tersebut akan menyebabkan hukuman yang dijatuhkan akan tersasar dan tidak membolehkan matlamat untuk memulihkan pesalah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh undang-undang. [40] Selain daripada itu peruntukan-peruntukan di bawah s. 39C ADB 1952 adalah suatu gambaran bahawa sekiranya pesalah yang melakukan kesalahan di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 telah diberikan peluang pengawasan di bawah s. 38B ADB 1952 dan masih melakukan kesalahan yang sama seperti yang dinyatakan di bawah s. 39C (a) hingga (e) ADB 1952 maka ketika itu mahkamah boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan minima tidak kurang daripada lima tahun. la mencadangkan bawah setelah peluang diberikan kepada pesalah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 di atas kesalahan pertama tetapi masih juga terlibat di dalam penyalahgunaaan dadah di bawah s. 15 (1) (a) ADB 1952 maka ketika itu mahkamah boleh menjatuhkan hukuman yang wajarnya disebabkan pesalah tersebut tidak menggunakan kesempatan untuk memulihkan dirinya daripada ketagihan dadah seperti yang di bawah s. 38B ADB 1952. la menyebabkan beliau wajar diberikan hukuman pemenjaraan di bawah s. 39C (i) ADB 1952.” S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw Trend penghukuman [65] Rujukan kepada trend penghukuman bagi kes-kes Bicara penuh bawah Seksyen 15(1)(a) ADB juga diberikan pertimbangan seperti berikut: - Azhar Ibrahim v. PP [2022] 1 LNS 2607 Tertuduh merupakan penjawat awam dan seorang anggota polis, kes telah dibicarakan secara penuh. Majistret telah memberikan hukuman penjara 2 tahun dari tarikh sabitan dan 2 tahun pengawasan. Namun, YA Pesuruhjaya Kehakiman setelah merungkai hasrat penggubalan undang-undang Seksyen 15 (1) ADB telah menggantikan hukuman kepada hukuman denda RM4,000.00 gagal bayar enam bulan penjara dan pengawasan selama 2 tahun. Fakhrurrazi Ismail v. PP [2021] 1 LNS 1221 Tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine telah dijatuhkan hukuman denda RM3,500.00 gagal bayar 8 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan. Mohamad Shoffi Jikan v. PP [2020] 1 LNS 1032 Tertuduh merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Menyara keluarga iaitu isteri dan tiga (3) orang anak serta seorang artis. Mahkamah Tinggi telah menggantikan hukuman penjara 12 bulan dari tarikh S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw tangkapan dengan hukuman denda RM3,000.00 gagal bayar 3 bulan penjara. PP v. Mohd Arabi Aminudden [2017] 11 MLJ 533; [2017] 9 CLJ 382 Tertuduh telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 14 tahun, menerima pelbagai anugerah dalam perkhidmatannya, penanggung tunggal keluarganya, pesalah pertama dan usia yang muda. Walaupun perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah telah memberikan hukuman denda RM3,500.00 gagal bayar 8 bulan penjara. Rayuan mitigasi Tertuduh [66] Selain itu, undang-undang juga adalah mantap bahawa rayuan mitigasi Tertuduh juga perlu dipertimbangkan Mahkamah dengan sewajarnya dan tidak seharusnya diketepikan tanpa pertimbangan. Kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1979] 1 MLJ 270 dirujuk di mana Mahkamah memutuskan: - “In his grounds of judgment the learned Magistrate seemed to be unduly influenced by the submission of Counsel for the prosecution that the plea in mitigation did not amount to a mitigation at all and therefore rejected all of them. I disagree. No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice.” [67] Sumbangan Tertuduh kepada keluarganya turut diberikan pertimbangan sepertimana kes PP v. Mohd Khairudarwin Niesha Mohd Shafee [2018] MLJU 314: - “27. Responden juga memikul tanggungjawab sosial untuk menyara keluarga yang bergantung sepenuhnya kepada Responden. Oleh itu, hukuman pemenjaraan ternyata tidak bersesuaian jika dikenakan ke atas Responden lebih-lebih lagi dalam mengimbangi antara kepentingan awam dan kepentingan Responden…
28
Oleh yang demikian, semasa hukuman dijatuhkan terhadap Responden, HMS yang bijaksana telah menimbang kedua-dua kepentingan Responden dan kepentingan awam dengan seimbang dan wajar. Hukuman denda RM6000.00 yang dikenakan terhadap Responden boleh dikategorikan sebagai tinggi dalam keadaan ekonomi sekarang apabila beliau kehilangan kerja selepas dituduh dan menanggung isteri dan anak Responden yang memberikan kesan mendalam dan sebagai pengajaran terhadap diri Responden sendiri dan masyarakat awam secara amnya”. S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw [68] Berpandukan prinsip kes di atas, dan setelah mengambilkira Tertuduh merupakan pesalah pertama yang seharusnya diberikan kesempatan dan peluang untuk memulihkan dirinya serta Tertuduh sepanjang perbicaraan tidak pernah gagal menghadirkan diri dan mengikuti syarat-syarat jaminan yang diletakkan ke atasnya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda RM4,000.00 gagal bayar penjara 8 bulan dan menjalani pengawasan polis selama tempoh 2 tahun bermula dari tarikh sabitan. KESIMPULAN [69] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah setelah mempertimbangkan segala keterangan secara menyeluruh, dan setiap prinsip undang-undang dalam membuat keputusan kes serta menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh, berpandangan bahawa sabitan terhadap Tertuduh adalah selamat untuk dikekalkan dan hukuman yang telah dijatuhkan ini adalah satu hukuman yang munasabah, setimpal dan adil. Bertarikh 6 Februari 2026 YUSNA KHADIJAH BINTI MD YUSOP MAJISTRET KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw Timbalan Pendakwa Raya : Nurul Farahana Athirah binti Yaacob Peguam bela Tertuduh : Mohd Redzuan bin Mohamed Yussof Tetuan The Law Chambers of Redzuan & Faiezad S/N mTqVi1Qgyk6tTunCDpLqHw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.