(F) KESIMPULAN [22] Mengenai hukuman, Mahkamah mendapati bahawa Hakim bicara telah terkhilaf yang mewajarkan Mahkamah ini mencampur tangan sepertimana alasan-alasan yang telah Mahkamah berikan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan Tertuduh/Perayu sebahagian di mana bagi kesalahan pertama, hukuman diturunkan kepada 18 tahun penjara dan 11 sebatan. Bagi kesalahan kedua, hukuman penjara diturunkan kepada 5 tahun dan 5 sebatan. Hukuman penjara berjalan berturut-turut. Tarikh: 4 Januari 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur 12 Pihak-pihak: Peguambela/Perayu: Pn. Latifah binti Ariffin (YBGK), Peguambela & Peguamcara, Tetuan Latifah Ariffin & Co, Lot 1105, Jalan Dato Lundang, Seksyen 52, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Responden/Pendakwa Raya: TPR Shaharaliza binti Ab. Razak, Timbalan Pendakwaraya Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Blok 5, Tingkat Bawah, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan