Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-3-01/2024 ANTARA Mohd Arif Siregar Bin Abdul Mutalib (No. KP: 930310-11-5235) … Pemohon
BA-44-3-01/2024
High Court of Malaysia26 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rtheless entitled to take advantage of any technical imperfection which has the effect of invalidating the restrictive order; or to use the precise words of Regby J in Ex parte Johannes Choeldi & Ors [1960] MLJ 184 at p 186: The distinction, no doubt, is a highly artificial one. But this is an application for a writ of”
“understands the exact demarcation of the area. Any failure on the part of the Respondent will undoubtedly affect the Applicant’s constitutional right as enshrined under Article 5 and Article 9 of the Federal Constitution.” [49] Bergantung pada kes di atas, pemohon menggesa Mahkamah ini membenarkan permohonan habeas cor”
“bahawa ini adalah pelanggaran seksyen 6(3), 6(6) dan 7(4) Akta 316. [48] Pemohon selanjutnya memetik kes Mahkamah Tinggi Ahmad Burhan bin Md Nasir lwn. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2022] MLJU 316 yang memutuskan: “[21] A clarity of the area is incumbent to the Applicant. He must fully understand the e”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN JENAYAH NO: BA-44-3-01/2024 ANTARA Mohd Arif Siregar Bin Abdul Mutalib (No. KP: 930310-11-5235) … Pemohon
1
Menteri Dalam Negeri Malaysia 2. Ketua Polis Negara Malaysia 3. Pengarah, Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor … Responden-responden S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Alasan Penghakiman Pengenalan [1] Berdasarkan Perintah Tahanan di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (“Akta 316”) bertarikh 17.10.2023, pemohon telah ditahan di PPA Simpang Renggam, Johor. Kemudian, pada 5.3.2024, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan di bawah seksyen 7(1) Akta 316 ke atas pemohon untuk menjalani sekatan dengan syarat-syarat di sekitar Pekan Batu Berendam, Melaka. [2] Namun, pemohon tidak berpuas hati dan telah memfailkan permohonan ini untuk mendapatkan writ habeas corpus. Pemohon membangkitkan 6 isu: 1) bahawa responden gagal mematuhi Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan (“PP”) dan Mukadimah Akta 316; 2) bahawa terdapat kelewatan oleh Timbalan Menteri dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan yang melanggar seksyen 10(2) Akta 316; 3) bahawa terdapat pelanggaran seksyen 4(5) Akta 316 kerana amaran tidak dibacakan sebelum setiap sambungan rakaman percakapan dan pemohon tidak diberi peluang untuk membaca semula atau meminda selepas rakaman percakapan dirakamkan.; 4) bahawa Lembaga Penasihat gagal menyatakan tarikh pelantikan 2 Ahli Panel Lembaga Penasihat yang mendengar S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ representasi pemohon dan oleh itu ia melanggar Perkara 151(2) PP; 5) bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada seksyen 7(4), 6(3) dan 6(6) Akta 316 kerana gagal menyatakan dan menerangkan secara terperinci perimeter had bagi kawasan sekatan yang dikenakan keatas pemohon; dan 6) bahawa Borang 1 yang disampaikan kepada Pegawai PPA Simpang Renggam tidak sama dengan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat sebelum ini, sekali gus melanggar peraturan 3 Kaedah-Kaedah Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (Prosedur Lembaga Penasihat) 1987 (“Peraturan 1987”). Fakta kes [3] Latar belakang kes ini sebahagian besarnya tidak dipertikaikan. Bagi memudahkan rujukan dan memandangkan kronologi kes ini banyak mengaitkan dengan seksyen 3 Akta 316, Mahkamah ini menerbit semula peruntukan seksyen 3 tersebut: Seksyen 3. Kuasa menahan orang yang disyaki. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ yang tidak melebihi enam puluh hari tanpa suatu perintah tahanan dibuat mengenai orang itu di bawah subseksyen 6(1): Dengan syarat bahawa— Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ terpakai, laporan lengkap penyiasatan yang disebut dalam subseksyen (3) berkenaan dengan orang itu boleh mengandungi apa-apa jua pernyataan, dokumen, maklumat, atau apa-apa jua benda atau bahan lain, yang telah diperoleh semasa sesuatu siasatan berkenaan dengan orang itu dijalankan oleh seseorang pegawai polis di bawah seksyen 3 Ordinan bagi maksud perintah tahanan di bawah seksyen 4, atau perintah sekatan di bawah seksyen 4A, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ordinan, terhadapnya, tanpa mengambil kira bahawa pernyataan, dokumen, maklumat, atau benda lain atau bahan lain itu telah diperoleh mengikut cara yang tidak selaras dengan atau tidak mematuhi kehendak seksyen 4, dan tidaklah perlu sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4 bagi maksud laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu, tetapi jika sesuatu pernyataan diambil di bawah seksyen 4, ia hendaklah juga dimasukkan ke dalam laporan sedemikian berkenaan dengan orang itu. [4] Pada 20.8.2023, pemohon telah ditangkap di bawah seksyen 3(1) Akta 316. Kemudian, pada 21.8.2023, Pegawai Penyiasat (Inspektor Polis Mohammad Yushairey bin Zolkepli) telah membenarkan pemohon S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ supaya ditahan lebih daripada 24 jam seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 3(2)(a) Akta 316. [5] Pada 22.8.2023, ASP Shahibbul Najib bin Kamaruddin (Pegawai Kanan Polis, Bahagian Siasatan Jenayah, Besut, Terengganu) telah memberi kebenaran untuk menahan pemohon lebih daripada 48 jam seperti diperuntukkan dalam seksyen 3(2)(b) Akta 316. [6] Pada 23.8.2023, Pegawai Penyiasat kemudian merakam percakapan pemohon seperti yang termaktub dalam seksyen 4 Akta 316. Pada masa tersebut, Detektif Koperal Muhamad Shairul Farhan bin Samsuhaini yang merupakan Polis di Bahagian Siasatan Jenayah, Besut, Terengganu telah diarahkan untuk menaip rakaman percakapan sepanjang sesi tersebut. [7] Pada keesokan hari, iaitu 24.8.2023, Pegawai Penyiasat telah merakam percakapan saksi-saksi lain bagi kes pemohon. Kemudian, Pegawai Penyiasat telah terlibat dalam operasi lain di sekitar daerah Besut, Terengganu antara 25 hingga 26.8.2023. Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Mahkamah ini difahamkan bahawa Pegawai Penyiasat juga berusaha untuk mengesan saksi-saksi lain bagi kes pemohon. [8] Pada 27.8.2023, rakaman percakapan kali kedua terhadap pemohon telah dijalankan oleh Pegawai Penyiasat di mana Detektif Koperal Muhamad Shairul Farhan juga sekali lagi ditugaskan untuk menaip rakaman percakapan pemohon sepanjang sesi tersebut. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [9] Pada 28.8.2023, Pegawai Penyiasat berjaya merakam percakapan saksi lain bagi kes pemohon. [10] Pada 29.8.2023, Pegawai Penyiasat telah menjalankan rakaman percakapan kali ketiga terhadap pemohon dan Detektif Koperal Muhamad Shairul Farhan juga ditugaskan untuk menaip rakaman percakapan pemohon sepanjang sesi tersebut. [11] Pada keesokan hari iaitu 30.8.2023, Superintenden Polis Abdul Rozak bin Muhamad yang merupakan Pegawai Kanan Polis, Bahagian Siasatan Jenayah, Besut, Terengganu telah menerima fail kes berkaitan pemohon dan beliau telah melaporkan fail pemohon kepada Senior Asisten Komisioner Polis Mazleen binti Mohd Nasir. Senior Asisten Komisioner Polis Mazleen merupakan pegawai yang dilantik oleh Ketua Polis Negara di bawah seksyen 3(2)(c) Akta 316. [12] Pada 31.8.2023, Pegawai Penyiasat berjaya merakam percakapan seorang lagi saksi yang berkaitan kes pemohon. Perkara yang sama berlaku pada 1.9.2023. [13] Pada hari yang sama (1.9.2023), Senior Asisten Komisioner Polis Mazleen melaporkan tangkapan pemohon kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar (selepas ini dikenali sebagai “Timbalan Menteri”) seperti yang dikehendaki di bawah seksyen 3(2)(c) Akta 316. [14] Pada 2.9.2023, Pegawai Penyiasat telah menerangkan kepada pemohon tentang lanjutan penahanan. Pada keesokan hari, Pegawai S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Penyiasat telah diarahkan untuk memberi taklimat serta perkembangan kes pemohon kepada Bahagian Tahanan JSJN IPK Terengganu. [15] Kemudian, antara 4.9.2023 hingga 5.9.2023, Pegawai Penyiasat terlibat dengan tugasan operasi di sekitar daerah Besut, Terengganu dan pada masa yang sama, Pegawai Penyiasat mengatakan beliau terus usaha mencari dan mengesan saksi-saksi lain untuk kes pemohon. [16] Pada 6.9.2023, Pegawai Penyiasat telah melengkapkan fail siasatan kes pemohon dan mengemukakan laporan siasatan tersebut di bawah seksyen 3(3) Akta 316 kepada Pegawai Siasatan KDN (Inquiry Officer) dan juga Timbalan Menteri pada keesokan hari 7.9.2023. [17] Pada 15.9.2023, Pegawai Siasatan KDN Roshaira binti Rosly telah menjalankan siasatan secara fizikal terhadap pemohon. Dan pada 26.9.2023, Pegawai Siasatan mengemukakan laporan lengkap seperti di bawah seksyen 5(4) Akta 316 kepada Timbalan Menteri. [18] Maka, pada 17.10.2023, Timbalan Menteri telah mengeluarkan Perintah Tahanan seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 6(1) Akta 316 terhadap pemohon supaya ditahan di PPA Simpang Renggam.
Preamble
Menurut Perintah Tahanan bertarikh 17.10.2023, pemohon akan ditahan selama tempoh 2 tahun. [19] Pada keesokan hari 18.10.2023, pemohon telah dibawa ke PPA Simpang Renggam. Pada masa tersebut, pegawai di PPA Simpang Renggam Mohamad Nazeef bin Mohamed Mazelan telah berjumpa dengan pemohon sebaik sahaja pemohon tiba di tempat tahanan tersebut. Pada hari yang sama 18.10.2023, Mohamad Nazeef juga telah S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ menghantar dua salinan Borang 1 pemohon kepada Lembaga Penasihat melalui emel. [20] Kemudian, pada 10.11.2023, Lembaga Penasihat telah mengeluarkan Notis Pendengaran Representasi (Borang 2) untuk memaklumkan pemohon mengenai ketetapan tarikh pendengaran representasi pemohon. Menurut Borang 2, pendengaran representasi pemohon akan bersidang pada 22.11.2023 di PPA Simpang Renggam. [21] Maka, pada 22.11.2023, pemohon telah hadir di depan Lembaga Penasihat untuk pendengaran representasi. Walaubagaimanapun, melalui surat bertarikh 20.11.2023, peguam pemohon telah memohon supaya pendengaran representasi ditangguhkan kerana tidak dapat hadir pada hari pendengaran tersebut. Permohonan penangguhan telah dibenarkan dan tarikh pendengaran baru telah ditetapkan pada 5.12.2023. [22] Maka, Borang 2 versi baharu pun diisu untuk memaklumkan tarikh pendengaran baru pada 5.12.2023. [23] Pada 5.12.2023, pemohon berserta peguamnya telah hadir dan peguam sekali lagi memohon penangguhan prosiding representasi atas alasan untuk mendapatkan arahan lanjut daripada pemohon. Permohonan penangguhan kali kedua ini juga dibenarkan oleh Lembaga Penasihat dan tarikh baharu pendengaran telah ditetapkan pada 20.12.2023. Begitu juga Borang 2 baru telah dikeluarkan kepada pemohon. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [24] Pada 20.12.2023, prosiding representasi telah diadakan di depan Lembaga Penasihat. Kemudian, pada 5.1.2024, Lembaga Penasihat telah mengemukakan syor kes pemohon kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) selaras dengan seksyen 10(1) Akta 316. Mahkamah ini difahamkan bahawa syor Lembaga Penasihat terhadap pemohon adalah supaya Perintah Tahanan bertarikh 17.10.2023 diteruskan dan digantung dan Pemohon menjalani perintah sekatan. [25] Pada 9.1.2024, YDPA telah memperkenankan syor Lembaga Penasihat. [26] Maka, pada 5.3.2024, Timbalan Menteri telah menggantungkan Perintah Tahanan seperti di bawah seksyen 7(1) Akta 316 terhadap pemohon. Namun, pergerakan pemohon adalah disekat dan dihadkan ke Pekan Batu Berendam, Melaka beserta dengan syarat-syarat mulai 5.3.2024. [27] Pemohon tidak berpuas hati dan telah memfailkan Notis Usul
Lampiran
Lampiran 1 memohon writ habeas corpus diberikan kepadanya. Hujah-hujah pemohon adalah seperti berikut. Hujahan pihak-pihak Isu 1: responden gagal mematuhi Perkara 149 PP dan Mukadimah Akta 316 [28] Pemohon cuba berhujah bahawa terdapat ketidakpatuhan kepada Perkara 149 PP serta Mukadimah Akta 316. Mukadimah Akta tersebut berkata: S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ “Tajuk Panjang & Mukadimah Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya. BAHAWASANYA tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia telah diambil dan tindakan selanjutnya yang serupa diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia; DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat adalah perlu tindakan itu dihentikan; MAKA, OLEH HAL YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 149 Perlembagaan MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:” [29] Pertama, pemohon mengadu bahawa syarat "sekumpulan besar orang" tidak dipatuhi. Pemohon di sini hanyalah "individu" dan bukan "kumpulan orang yang besar" dan maka adalah salah untuk meletakkannya di bawah bidang kuasa Akta 316. Sebaliknya, dia harus tertakluk kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [30] Kedua, tiada "ancaman" wujud di pihak pemohon. Berdasarkan Mukadimah Akta 316, agak jelas bahawa terdapat keperluan "memudaratkan ketenteraman awam". Pada masa ini, Timbalan Menteri tidak memenuhi syarat khusus ini apabila mengeluarkan Perintah Tahanan bertarikh 17.10.2023. Oleh itu, ini merupakan ketidakpatuhan yang mewajarkan pengeluaran writ habeas corpus. [31] Responden berpendapat hujahan pemohon di sini adalah tidak berasas. Ini adalah kerana Perintah Tahanan dengan jelas menyatakan bahawa (i) Timbalan Menteri telah mempertimbangkan dengan sewajarnya laporan siasatan, dan (ii) Timbalan Menteri berpuas hati bahawa pemohon dikaitkan dengan “sekumpulan besar orang” yang berurusan dalam aktiviti dadah. Akta 316 hanya memerlukan pematuhan perkara (i) dan (ii) dan kedua-dua keperluan ini telah dipatuhi dalam kes ini. Isu 2: bahawa terdapat kelewatan oleh Timbalan Menteri dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan yang melanggar seksyen 10(2) Akta 316; [32] Pemohon berhujah bahawa terdapat kelewatan selama 55 hari di pihak responden, khususnya oleh Timbalan Menteri, dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan dan ini merupakan pelanggaran seksyen 10(2) Akta 316. Peruntukan ini menyatakan seperti berikut: Seksyen 10. Laporan Lembaga Penasihat. (1) Jika mana-mana orang telah membuat representasi di bawah subseksyen 9(1) kepada suatu Lembaga Penasihat, Lembaga S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Penasihat itu hendaklah, dalam masa tiga bulan dari tarikh penerimaan representasi itu, atau dalam tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menimbangkan representasi itu dan membuat syor mengenainya kepada Yang di-Pertuan Agong. (2) Apabila menimbangkan syor Lembaga Penasihat di bawah seksyen ini, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi Menteri arahan, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai perintah yang dibuat oleh Menteri dan setiap keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah, tertakluk kepada seksyen 11, muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. [33] Berdasarkan afidavit responden, ternyata Lembaga Penasihat telahpun mendengar kes pemohon pada 5.1.2024. YDPA juga pada 9.1.2024 telah memperkenankan syor yang dibuat oleh Lembaga Penasihat seperti yang termaktub dalam seksyen 10(1) (supra). Bagaimanapun, Timbalan Menteri hanya menggantung Perintah Tahanan itu pada 5.3.2024 seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 7(1) Akta 316: Seksyen 7. Penggantungan perintah tahanan. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya kuat kuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk kepada semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang dia diberi kuasa oleh subseksyen 6(3) mengenakan melalui suatu perintah tahanan, dan tertakluk, jika Menteri mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 6(4). [34] Menurut pemohon, dari 9.1.2024 hingga 5.3.2024, terdapat kelewatan sebanyak 55 hari oleh Timbalan Menteri dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Walaupun seksyen 7(1) yang disebutkan di atas tidak menyatakan tempoh masa untuk mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan, namun tugas itu perlu dilakukan dengan pantas (lihat Tai Choi Yu lwn Kerajaan Malaysia [1994] 2 CLJ 174). Lebih memburukkan lagi, Timbalan Menteri tidak memberi alasan mengapa berlaku kelewatan selama 55 hari untuk beliau mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. [35] Oleh itu, pemohon mengatakan writ habeas corpus perlu diberi kepadanya. [36] Responden berhujah bahawa Akta 316 tidak pernah menetapkan masa / tempoh untuk Menteri mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Oleh itu, adalah tidak betul untuk berhujah bahawa Menteri mesti mengambil tindakan "at all convenient speed". [37] Mahkamah perlu menyatakan di sini bahawa, terdapat isu yang dibangkitkan oleh pemohon dalam Isu Kedua Lampiran 25 berkaitan: a) ketidakpatuhan kepada seksyen 5(2), 5(3) dan 5(4) Akta 316 bahawa terdapat kelewatan 18 hari oleh Pegawai Siasatan KDN untuk mengemukakan laporan kepada Timbalan Menteri; dan b) ketidakpatuhan kepada seksyen 6(1) Akta 316 kelewatan 21 hari oleh Timbalan Menteri dalam mengeluarkan perintah tahanan. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [38] Namun, memandangkan kedua-dua perkara ini tidak dihujahkan lebih lanjut oleh pemohon dalam hujahan bertulis (lihat Lampiran 27 muka surat 18-25) mahupun semasa hujahan lisan di Mahkamah begitu juga dengan responden. Oleh itu, Mahkamah ini tidak akan menyentuh isu ini. Isu 3: Responden telah melanggar seksyen 4(5) Akta 316 [39] Pemohon mengadu bahawa (i) amaran tidak diberikan sebelum kenyataannya diambil, dan (ii) dia juga tidak diberi peluang untuk membaca semula kenyataan yang direkodkan. Peninggalan ini adalah pelanggaran seksyen 4 Akta 316. [40] Untuk menyokong hujahan ini, pemohon berkata bahawa: • beliau tidak diberi peluang untuk membaca semula kenyataan yang direkodkan pada 23.8.2023 @ 1400 hrs; • sesi rakaman kenyataan diteruskan pada 27.8.2023 @ 1000 hrs tetapi Pegawai Penyiasat tidak memberikan sebarang amaran (caution) dan tidak memberi peluang untuk membaca semula kenyataan tersebut; • kejadian yang sama berlaku pada 29.8.2023 @ 1100 hrs di mana tiada amaran telah diberikan. [41] Oleh itu, keterangan yang disebutkan di atas menunjukkan ketidakpatuhan seksyen mandatori 4(5) Akta 316. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [42] Responden pula mengambil pendirian bahawa hujahan di atas adalah tidak benar. Ini kerana berdasarkan perenggan 13 afidavit Pegawai Penyiasat Lampiran 6, beliau telah menyatakan bahawa prosedur di bawah seksyen 4 Akta 316 telah dipatuhi dengan sewajarnya, termasuk amaran dan membenarkan pemohon membaca semula kenyataan yang direkodkan. Pegawai Penyiasat dalam afidavitnya menyatakan seperti berikut: “13. Dalam melengkapkan penyiasatan, rakaman percakapan ke atas saksi-saksi yang lain juga telah diambil di bawah Seksyen 4 Akta tersebut. Saya telah mengambil percakapan daripada saksi-saksi bagi kes secara teratur tanpa sebarang dorongan, ugutan atau janji. Saya sesungguhnya menyatakan tarikh-tarikh dan masa rakaman percakapan saksi-saksi yang berkaitan adalah seperti di perenggan 15 dalam Afidavit ini. Saya ingin menegaskan bahawa sebelum rakaman keterangan saksi-saksi dibuat, saya telah menjelaskan kepada saksi saksi bahawa mereka perlu berkata benar dan menjawab semua soalan yang dikemukakan. Saya telah menerangkan kepada saksi-saksi bahawa tujuan rakaman keterangan yang diambil adalah untuk tujuan penyiasatan. Saya juga telah menerangkan prasyarat di bawah Akta tersebut kepada saksi-saksi sebelum rakaman percakapan diambil. Seterusnya, rakaman percakapan saksi-saksi telah diambil dan selepas itu, rakaman keterangan tersebut telah dibacakan kepada saksi-saksi dalam bahasa pilihan masing-masing. Setelah saksi-saksi faham dan mengesahkan kandungan rakaman percakapan tersebut sebagai betul seperti yang telah diberikan oleh saksi-saksi, dan saksi-saksi menyatakan tiada pembetulan perlu dibuat setelah ditanya, barulah saksi-saksi diminta untuk menurunkan S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ tandatangan mereka sebagai pengesahan percakapan yang diberikan. Justeru, saya menegaskan bahawa tatacara rakaman percakapan saksi-saksi juga telah dibuat selaras dengan peruntukkan Seksyen 4 Akta tersebut. Walau bagaimanapun, percakapan dan keterangan yang telah diambil daripada saksi-saksi adalah sukar dan tidak boleh didedahkan atau dibaca semula kepada Pemohon. Hal ini demikian kerana pendedahan segala maklumat dan keterangan tersebut akan mengancam keselamatan saksi-saksi yang memberi keterangan terhadap Pemohon secara berasingan dan berasingan. Oleh itu, saya menuntut perlindungan dan keistimewaan undang-undang di bawah Perkara 151(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14 Akta tersebut. [43] Oleh itu, tiada ketakpatuhan seksyen 4 Akta 316 dalam kes ini. Isu 4: Lembaga Penasihat melanggar Perkara 151(2) PP [44] Berkenaan dengan isu 4, pemohon merujuk kepada Perkara 151(2) PP: “Perkara 151. Sekatan ke atas tahanan pencegahan. … (2) Sesuatu lembaga penasihat yang ditubuhkan bagi maksud Perkara ini hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan yang menjadi atau pernah menjadi atau yang layak menjadi, hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, atau yang pernah menjadi seorang hakim Mahkamah Besar sebelum S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Hari Malaysia, dan dua orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.” [45] Pemohon berhujah bahawa afidavit-afidavit responden gagal mendedahkan tarikh pelantikan 2 Ahli Panel yang lain. Sehubungan itu, Perkara 151(2) PP tidak dipatuhi oleh responden dalam kes ini. [46] Responden berhujah bahawa perkara yang dinyatakan di atas tidak pernah menghendaki tarikh pelantikan dinyatakan. Perkara 151(2) sekadar mengatakan bahawa pengerusi dan ahli panel hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Justeru, hujahan pemohon mesti ditolak. Isu 5: terdapat ketidakpatuhan kepada seksyen 7(4), 6(3) dan 6(6) Akta 316 [47] Seperti yang dinyatakan dalam Fakta kes di atas, Perintah Penggantungan Perintah Tahanan telah dikeluarkan terhadap pemohon pada 5.3.2024. Bagaimanapun, pemohon terkilan dengan Perintah ini dan cuba meyakinkan Mahkamah ini bahawa Perintah Penggantungan Perintah Tahanan itu gagal menyatakan sempadan pergerakannya di sekitar Pekan Batu Berendam, Melaka. Pemohon berhujah bahawa ini adalah pelanggaran seksyen 6(3), 6(6) dan 7(4) Akta 316. [48] Pemohon selanjutnya memetik kes Mahkamah Tinggi Ahmad Burhan bin Md Nasir lwn. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2022] MLJU 316 yang memutuskan: “[21] A clarity of the area is incumbent to the Applicant. He must fully understand the exact area since the order will limit the area he S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ could reside in. As a person under restriction, he is facing the possibility of committing an offence under section 6(7) of Act 316 if he contravenes or fails to comply with any restriction or condition expressed in his restriction order including to reside within the area and not to leave the area. [22] As the area may also affects the Applicant’s activities and freedom of movement, the Respondent is duty bound to ensure the restricted area is recognised by law and the Applicant fully understands the exact demarcation of the area. Any failure on the part of the Respondent will undoubtedly affect the Applicant’s constitutional right as enshrined under Article 5 and Article 9 of the Federal Constitution.” [49] Bergantung pada kes di atas, pemohon menggesa Mahkamah ini membenarkan permohonan habeas corpus memandangkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan gagal membuat spesifikasi jelas mengenai kawasan yang dibenarkan atau dilarang untuk dia bergerak. [50] Responden berhujah bahawa seksyen 7 Akta 316 sebenarnya tidak memerlukan butiran khusus seperti sempadan, perimeter dan sebagainya untuk dinyatakan dalam Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Malah, Perintah Penggantungan Perintah Tahanan itu sendiri telah cukup jelas kerana kawasan “Pekan Batu Berendam, Melaka” telahpun dinyatakan dengan baik di dalamnya. Sehubungan itu, hujahan pemohon di sini sekali lagi adalah tidak berasas. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Isu 6: terdapat ketidakpatuhan peraturan 3 Peraturan 1987 [51] Bagi isu ini, pemohon berhujah bahawa Borang 1 yang disampaikan kepada Pegawai PPA Simpang Renggam tidak sama dengan yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat sebelum ini. Perbezaan ini didedahkan dalam afidavit-afidavit di mana Borang 1 yang dilampirkan dalam afidavit Pegawai Penyiasat (Lampiran 6) mengandungi pengesahan di bahagian atas sebelah kanan dokumen tetapi Borang 1 yang dilampirkan dalam S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ afidavit Pegawai PPA (Lampiran 11) tidak mempunyai ciri ini: Borang 1 dalam afidavit Pegawai Penyiasat (Lampiran 6) S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Borang 1 dalam Afidavit Pegawai PPA Simpang Renggam (Lampiran 11) S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [52] Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa Borang 1 yang disampaikan oleh Pegawai Penyiasat dan versi yang diterima oleh Pegawai PPA adalah tidak serupa. Tiada penjelasan juga diberikan untuk menjawab/memperjelaskan percanggahan ini. Pemohon merujuk Mahkamah ini kepada kes Ng Hong Choon lwn. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri & Anor [1994] 3 MLJ 285 di mana Mahkamah Agung memutuskan: “In any event, in cases of this nature the appellant is nevertheless entitled to take advantage of any technical imperfection which has the effect of invalidating the restrictive order; or to use the precise words of Regby J in Ex parte Johannes Choeldi & Ors [1960] MLJ 184 at p 186: The distinction, no doubt, is a highly artificial one. But this is an application for a writ of habeas corpus, and the applicants, in matters which concern their personal liberty, are entitled to avail themselves of any technical defects which may invalidate the order which deprives them of that liberty.” [53] Pemohon merujuk kepada peraturan 3 Peraturan 1987 yang menyatakan: Procedure for making representation. (1) When any person is served with a detention order, the police officer serving the detention order shall at the same time - (a) inform that person of his right to make representations against the detention order; and S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ (b) provide him with three copies of Form 1 prescribed in the Schedule and obtain from him an acknowledgement of the receipt thereof. [54] Justeru, berdasarkan alasan tersebut, pemohon memohon writ habeas corpus dikeluarkan kepadanya. [55] Responden menjawab dan berhujah bahawa hujahan ini tidak berasas. Ini kerana prosiding representasi telah diadakan dan sebenarnya telah selesai. Justeru, isu 6 tidak sepatutnya diterima oleh Mahkamah ini. Analisis dan Keputusan Mahkamah Isu 1: responden gagal mematuhi Perkara 149 PP dan Mukadimah Akta 316 [56] Mengenai isu ini, Mahkamah ini memahami bahawa pemohon cuba mengatakan elemen-elemen "ancaman" dan "sekumpulan besar orang" tidak dipenuhi dan dengan itu, Perintah Tahanan dan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan yang berikutnya adalah tidak sah. [57] Pada pandangan Mahkamah ini, Perintah Tahanan itu sendiri telah jelas menyatakan bahawa pemohon dikaitkan dengan "sekumpulan besar orang" yang berurusan dengan aktiviti berkaitan dadah. Keperluan ini telah dipenuhi seperti yang dikehendaki di bawah Akta 316. [58] Mengenai isu "ancaman" yang dibangkitkan oleh pemohon, Mahkamah ini berpendapat hujahan ini tidak bermerit. Jenayah yang S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ terlibat oleh pemohon di sini adalah berkaitan dadah dan ia memang adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa kegiatan berkaitan dadah merupakan ancaman kepada masyarakat. [59] Oleh itu, Mahkamah ini tidak setuju dengan pemohon bahawa keperluan "ancaman" tidak dipenuhi. Isu 2: Timbalan Menteri telah bertindak lewat dalam menggantung Perintah Tahanan [60] Setelah mempertimbangkan dengan teliti hujahan-hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini bersetuju dengan pemohon bahawa terdapat kelewatan yang tidak wajar selama 55 hari. [61] Seperti yang diperincikan dalam fakta kes di atas, tarikh-tarikh material dalam kes ini ialah: Laporan oleh Lembaga Penasihat (5.1.2024) YDPA memperkenankan syor Lembaga Penasihat (9.1.2024) Perintah Tahanan (17.10.2023) Efektif: 2 tahun Perintah Penggantungan PerintahTahanan selama 2 tahun (5.3.2024) Perintah Penggantungan PerintahTahanan tamat tempoh (4.3.2026) Jurang 55 hari Tempoh Perintah Penggantungan Perintah Tahanan (2 tahun) S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ [62] Jelas sekali, terdapat jurang 55 hari untuk Timbalan Menteri menjalankan kuasanya di bawah seksyen 7(1) Akta 316 dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Apabila Mahkamah ini meneliti afidavit Timbalan Menteri dalam Lampiran 5 dan 19, tiada justifikasi dikemukakan oleh Timbalan Menteri untuk menjawab sebab wujudnya jurang 55 hari ini. Dalam kes ini, Timbalan Menteri hanya sekadar berkata bahawa beliau telah mematuhi seksyen 7(1) Akta 316 dan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan telah dikeluarkan dengan sah (lihat perenggan 9 afidavit Timbalan Menteri dalam Lampiran 19). [63] Pada pandangan Mahkamah ini, tindakan Timbalan Menteri dalam kes ini tidak boleh diterima kerana Mahkamah Persekutuan dalam kes Chua Kian Voon lwn. Timbalan Menteri Dalam Negeri & 1 lagi [2020] 1 CLJ 747, [2020] 1 MLJ 351 di perenggan [58] telah memutuskan bahawa “if there is no explanation given, the Court will assume that there is no reason”. Dengan hanya sekadar kenyataan bahawa beliau percaya seksyen 7(1) Akta 316 telah dipatuhi adalah tidak boleh diterima sama sekali terutamanya terdapat jurang 55 hari dalam kes ini. Lebih-lebih lagi apabila Perintah tersebut sama ada Perintah Tahanan atau Perintah Penggantungan Perintah Tahanan adalah berkaitan dengan kebebasan dan hak asasi seseorang individu. [64] Mahkamah ini mengambil maklum hujahan responden bahawa seksyen 7(1) Akta 316 tidak menyatakan tempoh / masa Timbalan Menteri mesti mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan, dan seksyen 7(1) juga tidak pernah mengatakan bahawa pengeluaran Perintah Penggantungan Perintah Tahanan mesti dibuat "dengan semua kelajuan yang mudah" (with all convenient speed). Namun begitu, selepas mempertimbangkan hujahan responden dengan teliti, Mahkamah ini S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ berpandangan bahawa kelewatan 55 hari dalam kes ini adalah nyata berlebihan (manifestly excessive). Mahkamah ini berpendapat bahawa kelewatan dalam kes ini oleh Timbalan Menteri telah menjejaskan dan / atau memprejudiskan pemohon secara serius dalam tiga cara berbeza. [65] Pertama sekali, berdasarkan kronologi di atas, pada 9.1.2024 susulan syor yang diperkenankan oleh YDPA, ini bermakna bahawa pemohon mempunyai legitimate expectation untuk dikenakan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan pada tarikh-tarikh terdekat selepas 9.1.2024. Mengambilkira tugasan Timbalan Menteri, Mahkamah ini berpendapat bahawa kemungkinan tidak wajar bagi Timbalan Menteri untuk mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan secara serta-merta pada 9.1.2024 selepas syor Lembaga Penasihat diperkenankan oleh YDPA. Namun, ini tidak bermakna bahawa Timbalan Menteri boleh mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan tersebut terhadap pemohon. Pemohon di sini tidak sepatutnya menunggu selama 55 hari selepas 9.1.2024 untuk Timbalan Menteri mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan tersebut. [66] Walaupun seksyen 7(1) menyatakan “Menteri boleh, pada bila-bila masa, mengarahkan supaya kuatkuasa mana-mana perintah tahanan digantung tertakluk kepada semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang dia diberi kuasa oleh seksyen 6(3)…”, Mahkamah ini berpandangan ia tidak bermakna Timbalan Menteri boleh melengahkan pengeluaran Perintah Penggantungan Perintah Tahanan terhadap pemohon. Mahkamah ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya jika terdapatnya alasan atau justifikasi kelewatan 55 hari tersebut. Jika seksyen 7(1) ditafsirkan secara literal S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ sebagai “pada bila-bila masa” dan tidak tertakluk kepada sebarang semakan oleh Mahkamah, ia adalah bersamaan dengan membuat ejekan terhadap keseluruhan pentadbiran keadilan (equivalent to making a mockery of justice). Ini bermakna Timbalan Menteri boleh melengahkan sebarang tindakan di bawah seksyen 7(1) dan masih tidak salah di sisi undang-undang dan boleh menunggu sehingga menjelang tamat tempoh Perintah Penggantungan Perintah Tahanan pada 16.10.2025. Mahkamah berpendapat bahawa bukanlah spirit seksyen 7(1) beroperasi secara sedemikian. [67] Oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan responden bahawa “Menteri boleh, pada bila-bila masa, ...” bermakna Timbalan Menteri dibenarkan menggunakan kuasa di bawah seksyen 7(1) Akta 316 untuk melengah-lengahkan pengeluaran Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Adalah menjadi undang-undang mantap bahawa apabila tiada masa yang ditetapkan dalam mana-mana Akta, seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 & 1967 mengatakan: “Section 54. Computation of time. ... (2) Where no time is prescribed within which anything shall be done, that thing shall be done with all convenient speed and as often as the prescribed occasion arises”. [68] Seperti yang dihujah oleh peguam terpelajar bagi pemohon, Mahkamah Persekutuan di Tai Choi Yu (supra) memutuskan bahawa: “What is ‘convenient speed’ has been held by the courts to mean reasonable time within which an act has to be done, but S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ always having regard to the facts and peculiar circumstances of each case” [69] Begitu juga, dalam Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor lwn. Awang Sari bin Lasikan [05(HC)-69-04/2021(B)], Mahkamah Persekutuan sekali lagi mengulangi bahawa: “[4] On the issue of delay, we rule that the cases of Tamilarasan and Lock Wee Kok, with respect, are not good law because: a) A reading of the Act clearly envisages that the Minister must make regulations detailing time limits. Where he has failed to do so, then the Interpretation Acts come into play meaning as expeditiously as possible – that is an objective test to be determined by the Court when considering all of the circumstances. It will vary from case to case. This is the ratio of Chua Kian Voon. Tamilarasan is wrong in law...” [70] Oleh itu, dalam memutuskan isu kelewatan, Mahkamah ini sentiasa terbuka untuk mendengar dan menilai sebab-sebab kelewatan oleh Timbalan Menteri dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen 7(1) tetapi dalam kes ini, atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh Timbalan Menteri, beliau memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang justifikasi mengapa memerlukan 55 hari untuk mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Dalam Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Malaysia & Ors lwn. Liau Nyun Fui [1991] 1 CLJ Rep 458, Mahkamah Agung memutuskan bahawa: S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ “Whoever caused the delay must explain the delay; and it is for the Court to decide whether the delay is reasonable under the circumstances.” [71] Dalam erti kata lain, Mahkamah ini tidak dimaklumkan mengapa pemohon dikehendaki menunggu 55 hari dari 9.1.2024 sehingga 5.3.2024 di PPA Simpang Renggam, Johor. Senario sedemikian tidak boleh dan tidak akan diterima oleh Mahkamah ini. [72] Kedua, seperti yang dinyatakan, pemohon menunggu dari 9.1.2024 sehingga 5.3.2024 untuk Timbalan Menteri menjalankan kuasanya di bawah seksyen 7(1) Akta 316. Secara ketara, dalam tempoh 55 hari ini pemohon terus kekal di PPA Simpang Renggam yang mana sepatutnya pemohon boleh "dibebaskan" daripada tahanan fizikal di PPA Simpang Renggam lebih awal daripada itu dan mula melaksanakan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan di Pekan Batu Berendam, Melaka. [73] Malah, seperti yang disebut melalui nama masing-masing, Perintah Tahanan bermaksud pemohon akan ditahan secara fizikal di pusat tahanan dan dalam kes ini, dia diletakkan dalam tahanan dan kurungan pihak berkuasa di PPA Simpang Renggam, Johor. Dalam analogi mudah, ini adalah serupa dengan suatu pemenjaraan. Sebaliknya, Perintah Penggantungan Perintah Tahanan memberi kebebasan kepada pemohon untuk bergerak dan melaksanakan haknya (walaupun bukan semua hak) di kawasan yang lebih besar di Pekan Batu Berendam, Melaka, dengan syarat-syarat yang dikenakan di bawah Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Seperti yang diakui oleh Timbalan Menteri sendiri dalam perenggan 11 afidavit Lampiran 19 beliau, pemohon tidak ditahan secara fizikal dan bebas melakukan aktiviti harian pemohon tertakluk kepada S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ syarat-syarat yang terkandung Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. [74] Berdasarkan perkara yang dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa pemohon dalam kes ini: (a) telah ditahan secara prejudis selama 55 hari di PPA Simpang Renggam tanpa sebarang alasan / justifikasi; dan (b) telah dinafikan peluang untuk melaksanakan hak dan kebebasannya yang diberikan di bawah Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Ini dengan sendirinya sudah mewajarkan writ habeas corpus kerana pemohon sepatutnya disekat di Pekan Batu Berendam, Melaka selepas 9.1.2024 dan bukan lagi ditahan di PPA Simpang Renggam, Johor secara fizikal selama 55 hari sehingga 5.3.2024 tanpa sebarang sebab / alasan yang munasabah. [75] Ketiga, seperti yang dinyatakan dalam Perintah Penggantungan Perintah Tahanan bertarikh 5.3.2024, menurut seksyen 6(4) Akta 316, Perintah Penggantungan Perintah Tahanan ini akan berjalan untuk tempoh dua tahun sehingga 4.3.2026. Sekali lagi, ini bermakna apabila Timbalan Menteri lewat dalam melaksanakan kuasanya di bawah seksyen 7(1), pemohon juga mengalami prejudis dan kesan-kesan buruk kerana dia dinafikan hak untuk dibebaskan daripada Perintah Penggantungan Perintah Tahanan lebih awal daripada 4.3.2026. [76] Dalam erti kata lain, sekiranya Timbalan Menteri bertindak dengan sewajarnya dalam cara yang munasabah (atau at all convenient speed) dalam mengeluarkan Perintah Penggantungan Perintah Tahanan dan S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ tidak menunggu sehingga 5.3.2024, pemohon sebenarnya akan bebas melakukan aktiviti harian lebih awal daripada 4.3.2026 kelak. Malangnya, bukan sahaja terdapat jurang 55 hari yang besar dalam kes ini, malahan Timbalan Menteri juga tidak mengemukakan sebarang alasan dalam afidavit beliau untuk mewajarkan jurang 55 hari. [77] Sehubungan itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa Timbalan Menteri sepatutnya bertindak berjaga-jaga (vigilantly) terutamanya apabila kes itu melibatkan kebebasan dan hak asasi seseorang. Pemohon tidak seharusnya terus ditahan di PPA Simpang Renggam, Johor selama 55 hari tanpa sebarang alasan / justifikasi oleh Timbalan Menteri kerana penahanan tersebut telah menggugat hak asasi pemohon itu sendiri untuk bergerak dengan bebas dan melakukan aktiviti harian tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan di bawah Perintah Penggantungan Perintah Tahanan. Lebih-lebih lagi, YDPA telah memperkenankan syor Lembaga Penasihat seawal 9.1.2024 supaya pemohon disekat di Pekan Batu Berendam, Melaka. [78] Oleh itu, atas sebab-sebab yang tersebut di atas, Mahkamah ini menolak hujahan responden berkenaan seksyen 7(1) Akta 316 dan bersetuju dengan pemohon bahawa terdapat kelewatan selama 55 hari pada pihak Timbalan Menteri dalam kes ini. Mahkamah ini juga merujuk kepada maxim mantap ubi jus ibi remedium yang membawa maksud bahawa “where one's right is invaded or destroyed, the law gives a remedy to protect it or damages for its loss”. Mahkamah ini mengambil pendirian dan memutuskan bahawa pemohon di sini berhak mendapat writ habeas corpus dan dibebaskan. S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ Isu 3: responden telah melanggar seksyen 4(5) Akta 316 [79] Bagi isu ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan responden kerana afidavit Pegawai Penyiasat (Lampiran 6) jelas menyatakan bahawa prosedur seksyen 4 Akta 316 telah dipatuhi dengan sewajarnya. Isu 4: Lembaga Penasihat melanggar Perkara 151(2) PP [80] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan pemohon bahawa terdapat ketidakpatuhan Perkara 151(2) PP. Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sebenarnya hanya memerlukan pengerusi dan ahli panel dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia tidak memerlukan tarikh pelantikan dinyatakan. [81] Oleh yang demikian, hujahan pemohon di sini adalah ditolak. Isu 5: terdapat ketidakpatuhan kepada seksyen 7(4), 6(3) dan 6(6) Akta 316 [82] Pertama, Mahkamah ini setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Ahmad Burhan (supra) yang dipetik oleh pemohon. [83] Walau bagaimanapun, dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Perintah Penggantungan Perintah Tahanan adalah jelas yang telah pun menyatakan bahawa pemohon hanya boleh bergerak di dalam kawasan Pekan Batu Berendam, Melaka. Pada pandangan Mahkamah, ini sudah memadai untuk memberitahu pemohon bahawa dia boleh S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ bergerak bebas di dalam Pekan Batu Berendam di Melaka sahaja dan tidak boleh melepasi kawasan ini. [84] Oleh itu, hujahan pemohon ini juga ditolak. Isu 6: terdapat ketidakpatuhan peraturan 3 Peraturan 1987 [85] Begitu juga, Mahkamah ini tidak yakin bahawa peraturan 3 Peraturan 1987 telah dilanggar seperti yang didakwa oleh pemohon. Walaupun mengandaikan bahawa Borang 1 yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat dan versi yang diterima oleh Pegawai di PPA Simpang Renggam adalah berbeza, hakikatnya ialah prosiding representasi telah dijalankan dengan sewajarnya. Malah, pemohon juga tidak pernah membangkitkan sebarang isu undang-undang berhubung prosiding representasi. [86] Justeru, isu 6 ini juga ditolak. Kesimpulan [87] Atas alasan yang diberikan, permohonan writ habeas corpus ini dibenarkan. Pemohon dengan ini dibebaskan dengan serta merta. Bertarikh pada 26 Jun 2024. LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 SHAH ALAM SELANGOR S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ COUNSEL Bagi Pihak Pemohon: Puan Naizatul Zamrina binti Karizaman Tetuan K.L Chee & Co. Peguambela & Peguamcara Suite D1-2-7 Solaris Dutamas No.1 Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden: TPR Puan Nur Syafiqah Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian Dalam Negeri Putrajaya S/N bh78sM9KkE6zlhtZdywKzQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.