Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: /TAHUN 2023 ANTARA MOHD ARIFFIN BIN MESMANI (NO. K/P: 840302-14-6331) … PERAYU
WA-44-17-02/2023
High Court of Malaysia19 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA [BIDANGKUASA RAYUAN] RAYUAN JENAYAH NO: /TAHUN 2023 ANTARA MOHD ARIFFIN BIN MESMANI (NO. K/P: 840302-14-6331) … PERAYU
1
1.
2
PENGUASA KANAN PUSAT PEMULIHAN AKHLAK
3
KETUA POLIS NEGARA … RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERMOHONAN JENAYAH NO.: WA-44-17-02/2023 ANTARA MOHD ARIFFIN BIN MESMANI (NO. K/P: 840302-14-6331) … PEMOHON DAN S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA
1
1.
2
PENGUASA KANAN PUSAT PEMULIHAN AKHLAK
3
KETUA POLIS NEGARA … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Pemohon, seorang tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam telah di tahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Melalui Notis Usul di Kandungan (1), Pemohon memohon supaya satu writ habeas corpus dikeluarkan terhadap Pemohon dan Pemohon dibebaskan serta-merta dari tahanan tersebut. [2] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak permohonan tersebut. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Pemohon telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [4] Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut. S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA B. RINGKASAN KES [5] Pemohon telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam dengan perintah tahanan bertarikh 18.11.2021 selama 2 tahun yang telah dikeluarkan oleh Responden Pertama di bawah
1
Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. [6] Pemohon melalui Kandungan (1) ingin membuat permohonan supaya satu writ habeas corpus dikeluarkan kerana kononnya perintah tahanannya tidak sah kerana ketidakpatuhan prosedur-prosedur semasa Responden Pertama membuat Perintah Tahanan tersebut. [7] Justeru, Pemohon ingin mencabarnya kerana pematuhan terhadap prosedur adalah penting sebab ianya ada kaitan dengan kebebasan hak asasi Pemohon. C. ISU YANG DIBANGKITKAN [8] Pemohon telah membangkitkan sebanyak dua (2) isu seperti berikut:
a
Isu Pertama: Pengataan Fakta Perintah Tahanan Pemohon gagal menyatakan atau menunjukkan Pemohon terlibat dengan aktiviti “sebahagian besar ahli kumpulan pengedaran dadah” seperti yang dikehendaki oleh Fasal 149 Perlembagaan S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA Persekutuan dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985; dan
b
lsu Kedua: Pengataan Fakta yang menunjukkan Pemohon mendapatkan bekalan dadah daripada rakan sejenayah adalah tidak cukup untuk menunjukkan Pemohon terlibat dengan sebahagian besar aktiviti kumpulan pengedaran dadah. D. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [9] Pemohon yang mengakui tidak terlibat dengan aktiviti penjualan dan pengedaran dadah menghujahkan bahawa Penyataan Fakta yang diasaskan Perintah Tahanan tersebut adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Pemohon terlibat dengan aktiviti sebahagian besar ahli kumpulan. Mahkamah telah meneliti segala bukti-bukti yang ada, seperti Afidavit-Afidavit berkenaah khususnya Afidavit yang diikrarkan oleh Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri (“TMDN”). [10] Mahkamah berpendapat hujahan sedemikian adalah tidak benar memandangkan terdapat frasa “sekumpulan besar orang (substantial body of person)” dalam “Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah itu Dibuat”. Mahkamah telah mengambil pendekatan supaya tidak melihat kepada Perintah Tahanan dan Pengataan Fakta semata-mata, sebaliknya mengambil-kira juga Alasan-Alasan tersebut sebagaimana diekshibitkan dalam Ekshibit “DSIMS-1” Kandungan 4 perlu diteliti dan diambil-kira bersama dengan keterangan Afidavit S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA Jawapan DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID, Timbalan Menteri Dalam Negeri (“TMDN”) sepertimana di perenggan 8, Kandungan 4. [11] Menjawab Afidavit Pemohon yang menafikan keterlibatannya dengan ahli kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah, TMDN telah di dalam Afidavit Jawapannya mengikrarkan seperti di bawah ini di perenggan 8, Kandungan 4: “(8) Setelah meneliti dan mempertimbangkan kedua-dua laporan tersebut, saya telah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemohon bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] iaitu mengedar dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti yang tersenarai di bawah Jadual Pertama,
Part
Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234]. Berdasarkan pertimbangan dan penelitian saya kepada kedua-dua laporan tersebut juga, saya mendapati bahawa Pemohon yang merupakan sebahagian dari sekumpulan besar orang telah mengendalikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya dengan menjual dadah jenis
Content
Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dalam bentuk peket plastik dengan anggaran berat dan harga yang berbeza. Bukan itu sahaja, saya juga telah berpuas hati dan mendapati bahawa kegiatan Pemohon dalam membeli bekalan S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine daripada rakan sejenayah bagi tujuan pengedaran jelas menunjukkan Pemohon tidak bertindak secara bersendirian dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya. Kegiatan Pemohon dalam membeli, menjual dan mendapatkan bekalan dadah jenis Syabu yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine daripada rakan sejenayah bagi tujuan pengedaran kepada pelanggan-pelanggan Pemohon jelas membuktikan bahawa Pemohon tidak bertindak secara berseorangan dalam melakukan aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti dalam pengataan-pengataan fakta yang menunjukkan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah berbahaya seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta tersebut. Penglibatan Pemohon ini telah memudaratkan ketenteraman awam dan tindakan di bawah Akta tersebut perlu diambil ke atas Pemohon.”
12
Di dalam kes Selva Vinayam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2021] 2 CLJ 29, Mahkamah Persekutuan telah menggariskan keperluan undang-undang untuk tiga (3) elemen yang perlu dipatuhi oleh Menteri Dalam Negeri/Timbalannya dalam mengeluarkan suatu perintah tahanan di bawah Seksyen 6 Akta tersebut, dalam perkataan berikut: “[47] ... One, that the activity which has been taken or is being threatened by a substantial body of persons relates to or involves the S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 trafficking in dangerous drugs. Two, that the detenu is a member of a substantial body of persons. Three, that the Minister is satisfied that it is necessary in the inferest of public order that the detenu be subjected to preventive detention.”
13
Setelah meneliti afidavit-afidavit berkaitan, Mahkamah mendapati bahawa kesemua tiga (3) elemen atau keadaan ini telah dipatuhi sebelum TMDN mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut.
14
Pertamanya, seperti yang Mahkamah rujuk kepada Afidavit Jawapan TMDN di atas (Kandungan 4, perenggan 8), TMDN telah berpuas hati bahawa aktiviti yang melibatkan Pemohon adalah kegiatan pengedaran dadah yang mana telah diambil atau diancam oleh sekumpulan besar orang yang terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah tersebut.
15
Justeru itu, “aktiviti yang mana telah diambil atau sedang diancam oleh sekumpulan besar orang” adalah berkaitan atau melibatkan pengedaran dadah berbahaya telah berjaya dibukti dilakukan oleh Pemohon.
16
Kedua, elemen yang perlu ditunjukkan adalah orang tahanan ialah ahli sekumpulan besar (a member of a substantial body of person).
17
Frasa “sekumpulan besar orang” telah wujud dalam “Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah itu Dibuat” dalam Perintah Tahanan Pemohon. Hal ini menunjukkan dan konsisten dengan keterangan S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 TMDN di perenggan 8, Kandungan 4 bahawa semasa beliau mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut, beliau telah berpuas hati bahawa Pemohon bersama sekumpulan besar orang adalah terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah berbahaya.
18
Di dalam kes Selva Vinayagam (supra), di perenggan [44], telah mentafsirkan “sekumpulan besar orang” (substantial body of persons) seperti berikut: “[44] What is meant by the phrase ‘a substantial body of persons’? ... In the light of the foregoing, we think that the phrase ‘a substantial body of persons’ refers to a large number of individuals acting in concert or working together for a common purpose. In the context of Act 316, we think that it refers to action which is prejudicial to public order which has been taken or is being threatened by a large number of individuals acting together in the trafficking in dangerous drugs.”
19
Ekoran dari kes Selva Vinayagam (supra) disebabkan ketiadaan perkataan “sekumpulan besar orang (substantial body of person)” dalam Perintah Tahanan, “Alasan-Alasan dan Pengataan-Pengataan Fakta Yang Atasnya Perintah Itu Diasaskan”, maka Mahkamah mempunyai tugas untuk melihat dan meneliti (“scrutinize”) peranan Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah bagi memastikan Menteri telah mempertimbangkan adanya elemen tersebut. S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9
20
Ini dapat dilihat di mana Mahkamah Persekutuan di dalam kes Muhammad Redzuan Omar v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Anor [2022] 1 LNS 880 telah menyatakan sepeti berikut: “[34] Hence, to apply the rationale enunciated in Selva Vinayagam (supra) to determine whether the procedures have been complied with by the authorities, the courts must examine the affidavits and the Statemenf of Facts with great scrutiny which will reveal whether the appellant was acting alone or in association with a substantial body of persons.”
21
Di dalam kes Pemohon ini, Mahkamah mendapati bahawa elemen “sekumpulan besar orang (substantial body of person)” telah dinyatakan dalam “Alasan-Alasan Yang Atasnya Perintah itu Dibuat” yang jelas menunjukkan bahawa TMDN telah mempertimbangkan bahawa Pemohon telah terlibat bersama-sama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah sebelum Perintah Tahanan dikeluarkan terhadap Pemohon. Ini telah dinyatakan beliau di dalam Afidavit Jawapannya. Justeru, Mahkamah tidak perlu melihat dan meneliti (“scrunitize”) kepada peranan Pemohon bersama-sama sekumpulan besar orang dalam aktiviti pengedaran dadah.
22
Keputusan Menteri yang berpuas-hati di dalam mengeluarkan Perintah Tahanan ini tidak boleh dicabar berdasarkan peruntukan Seksyen 11C Akta tersebut yang berbunyi seperti berikut: S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 “Judicial review of act or decision of Yang di-Pertuan Agong and Minister
11C
(1) There shall be no judicial review in any court of, and no court shall have or excersize any jurisdiction in respect of, any act done or decision made by the Yang di-Pertuan Agong or the Minister in the exercise of their discretionary power in accordance with this Act, save in regard to any question on compliance with any procedural requirement in this Act governing such act or decision.” [23] Ketiga, sebelum mengeluarkan Perintah Tahanan yang dibuat di bawah Seksyen 6 Akta tersebut, TMDN perlu berpuas hati bahawa adalah perlu bagi kepentingan awam bahawa Pemohon dikenakan penahanan preventif. [24] Dari keterangan Afidavit DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID di perenggan 8, Kandungan 4, Mahkamah ini juga memutuskan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan. Jelas TMDN telah berpuas-hati bahawa penglibatan Pemohon dalam aktiviti pengedaran dadah tersebut telah memudaratkan ketenteraman awam dan dengan itu telah membuat keputusan untuk mengeluarkan Perintah Tahanan tersebut. D. KESIMPULAN [25] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpuas hati bahawa pematuhan kepada tiga (3) elemen seperti S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA kehendak-kehendak di dalam kes Selva Vinayagam (supra) telah dipatuhi dan dipenuhi. Afidavit TMDN juga jelas menunjukkan minda TMDN telah terarah dan diaplikasikan secara tepat kepada penahanan Pemohon di bawah Akta tersebut. Justeru, Mahkamah memutuskan bahawa tidak terdapatnya apa-apa tidak patuhan undang-undang kerana semua prosedur telah diikuti dengan sempurna di dalam mengeluarkan Perintah Tahanan terhadap Pemohon. [26] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan isu yang telah dibangkitkan oleh peguam Pemohon dengan hormatnya tidak mempunyai merit dan perlu ditolak kerana ianya tidak terjumlah kepada ketidakpatuhan prosedur/undang-undang. Tarikh: 30 Julai 2023 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur. S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA Pihak-Pihak Perayu/Pemohon: Encik Ibrahim Haikal bin Razak TETUAN HAIKAL & CO No. 6, Jalan Laksamana 2 Taman Ungku Tun Aminah 81300 Sekudai JOHOR (Emel: haikalrazak.co@gmail.com) Timbalan Pendakwa Raya/ Encik Mohamad Firdaus bin Saidina Ali Responden: PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG Kementerian Dalam Negeri Aras 5, Blok D1, Parcel D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJAYA S/N 7bqGOv1xe0OQB72fruUsiA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.