Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DI-A53KJ-9-04/2022 MOHD ASRI BIN MOHAMED
DI-A53KJ-9-04/2022
Sessions Court of Malaysia20 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“fer to the decision of Asmabi JCA in The Carbon Company Sdn Bhd v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189, where her Ladyship stated- "The law on the burden of proof is so settled. Pursuant to s. 101(1) of the Evidence Act 1950, a party who desires the court to give judgment in its favour as to the legal right or liability bears”
“se of Unsung Rasad v. PP [2019] CLJU 662; [2019] 1 LNS 662, where the concept of balance of probabilities was explained by Abang Iskandar Abang Hashim JCA (now FCJ), adopting the English case of Re B [2008] UKHL 35: In the celebrated case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Denning J (as he then was)”
“f right patella with posterior cruciate ligament (with knee osteoarthritis) - Plaintif berhujah RM 40,000 - Defendan berhujah RM 25,000 - Mahkamah Kanniah T Govindasamy v Woon Khun Mei Dan Satu Lagi [2018] PIRLU 45 Award RM 25,000 RM 25,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah dan sebagaimana hujahan pe”
“ork, speculation, surmise or conjecture. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 I found instructive also the case of Unsung Rasad v. PP [2019] CLJU 662; [2019] 1 LNS 662, where the concept of balance of probabilities was explained by Abang Iskandar Abang Hash”
“friend,Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885. The term of “balance of probabilities' is referred in the case of JP Logistics Sdn Bhd v. Holsten Marketing (M) Sdn Bhd [2020] CLJU 1389; [2020] CLJU 1389; [2020] 1 LNS 1389, The term “balance of probabilities' was described in Miller v. Min”
“rangkalian adalah masih sama dalam tuntutan-tuntutan yang melibatkan tuntutan terhadap syarikat insurans. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Loh Swee Liang & Anor v. AmGeneral Insurans Berhad [2021] CLJU 1166; [2021] 1 LNS 1166; [2021] MLJU 1434; [2021] MLRHU 1062; [2021] 7 AMR 312 di mana Mahkamah memutuskan b”
“ntutan-tuntutan yang melibatkan tuntutan terhadap syarikat insurans. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Loh Swee Liang & Anor v. AmGeneral Insurans Berhad [2021] CLJU 1166; [2021] 1 LNS 1166; [2021] MLJU 1434; [2021] MLRHU 1062; [2021] 7 AMR 312 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The onus of proving that the”
“ng melibatkan tuntutan terhadap syarikat insurans. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Loh Swee Liang & Anor v. AmGeneral Insurans Berhad [2021] CLJU 1166; [2021] 1 LNS 1166; [2021] MLJU 1434; [2021] MLRHU 1062; [2021] 7 AMR 312 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The onus of proving that the loss was caused by”
“the law, his adversary does not bear the burden to adduce any evidence." [6] Seterusnya, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Shiraz Mikael Khan Mohd Rafik Khan v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad [2022] CLJU 30; [2022] 5 LNS 30; [2022] PILRU 3 page 7 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The standard of proof on the P”
“bear the burden to adduce any evidence." [6] Seterusnya, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Shiraz Mikael Khan Mohd Rafik Khan v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad [2022] CLJU 30; [2022] 5 LNS 30; [2022] PILRU 3 page 7 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim is o”
“i atas imbangan kebarangkalian. Pihak plaintif mestilah membuktikan kes mereka melepasi beban pembuktian seperti yang diperuntukkan oleh undang-udang. [5] Dalam kes Chen Chao v Cheong Fong Ling & Ors [2023] CLJU 343, Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya menegaskan tentang beban pembuktian dalam kes-kes sivil adala”
“an adalah wajar adil dan munasabah **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 - Mahkamah Robert J Adonikalasamy v adam Md Esah & Satu lagi [2024] PILRU 23 Award RM 34,000 6 Abrasion wound with skin loss over right frontal area - Plaintif berhujah RM 5,000 - Defe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DI-A53KJ-9-04/2022 MOHD ASRI BIN MOHAMED
1
1.
2
2.
3
ZULKIFLI BIN MUHAMAD NAZARUDDIN BIN MOHAMAD DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Kes ini merupakan satu tuntutan berkaitan satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Motojip No Pendaftaran WWU 5242 yang dipandu oleh plaintif yang menuntut ganti rugi am dan khas terhadap kecuaian pengendalian oleh defendan ketiga atas motorlori No Pendaftaran BHH 314 milik defendan pertama dan kedua yang diletakkan di atas jalan dan bahu jalan tanpa papan tanda amaran sehingga menyebabkan motorjip plaintif mengalami kemalangan dengan kenderaan dari arah bertentangan dengan sebuah motolori No Pendaftaran PJU 4508 (pihak yang tidak dinamakan) pada 10.02.2020 di KM 17 Jalan Gua Musang - Lojing. [2] Selepas perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah ini pada 20.4.2025 telah mendapati bahawa kesemua defendan bertanggungan 80% liabiliti manakala plaintif bertanggungan 20% [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, pihak perayu/defendan pada 16.5.2025 telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut. Rayuan defendan defendan adalah terhadap isu liabiliti dan kuantum. UNDANG UNDANG AM BERKAITAN TUNTUTAN SIVIL [4] Umum mengetahui bahawa beban pembuktian bagi kes-kes sivil adalah di atas imbangan kebarangkalian. Pihak plaintif mestilah membuktikan kes mereka melepasi beban pembuktian seperti yang diperuntukkan oleh undang-udang. [5] Dalam kes Chen Chao v Cheong Fong Ling & Ors [2023] CLJU 343, Hakim Azman Abdullah dalam penghakimannya menegaskan tentang beban pembuktian dalam kes-kes sivil adalah di atas imbangan kebarangkalian. Berikut adalah petikan daripada penghakiman tersebut: “ I also refer to the decision of Asmabi JCA in The Carbon Company Sdn Bhd v. Ng Lee Hoon [2017] 6 CLJ 189, where her Ladyship stated- "The law on the burden of proof is so settled. Pursuant to s. 101(1) of the Evidence Act 1950, a party who desires the court to give judgment in its favour as to the legal right or liability bears the burden to prove its case. The burden of proof on that party is twofold, firstly the burden of establishing a case and secondly the burden of introducing evidence. This burden lies on the party throughout the case and the standard of proof is on the balance of probabilities. Once that party has discharged its evidential burden of proof then the burden would then shift to its adversary. If a party has failed to discharge its burden of proof on the standard required by the law, his adversary does not bear the burden to adduce any evidence." [6] Seterusnya, Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Shiraz Mikael Khan Mohd Rafik Khan v. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad [2022] CLJU 30; [2022] 5 LNS 30; [2022] PILRU 3 page 7 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The standard of proof on the Plaintiff to prove his claim is on a balance of probabilities as said in the judgment delivered by Tan Sri Abdul Hamid Embong FCJ (as he then was) in Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend,Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885. The term of “balance of probabilities' is referred in the case of JP Logistics Sdn Bhd v. Holsten Marketing (M) Sdn Bhd [2020] CLJU 1389; [2020] CLJU 1389; [2020] 1 LNS 1389, The term “balance of probabilities' was described in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as 'more probable than not' and which is 'not so high as required in a criminal case...but if the probabilities are equal, it is not discharged'. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise or conjecture. I found instructive also the case of Unsung Rasad v. PP [2019] CLJU 662; [2019] 1 LNS 662, where the concept of balance of probabilities was explained by Abang Iskandar Abang Hashim JCA (now FCJ), adopting the English case of Re B [2008] UKHL 35: In the celebrated case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Denning J (as he then was) said: If the evidence is such that the tribunal can say 'we think it more probable than not' the burden is discharged, but if the probabilities are equal it is not. That would invariably require that party involved having to lead or adduce affirmative evidence to prove his case, as the court shall presume the absence of those circumstances, to reach a level of proof of at least 51% probability against his adverse party..." [7] Malah, beban yang dipikul Plaintif untuk membuktikan kes di atas imbangan kebarangkalian adalah masih sama dalam tuntutan-tuntutan yang melibatkan tuntutan terhadap syarikat insurans. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Loh Swee Liang & Anor v. AmGeneral Insurans Berhad [2021] CLJU 1166; [2021] 1 LNS 1166; [2021] MLJU 1434; [2021] MLRHU 1062; [2021] 7 AMR 312 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- The onus of proving that the loss was caused by a peril insured against lies on the assured. Unless he discharges the onus, the claim must fail. This principle of law was enunciated by the Supreme Court in American Home Assurance Co v. Nalin Industries Sdn Bhd [1993] 3 CLJ 319 at 322 which said: "It is of course incumbent on the respondent as the plaintiff to establish that the loss it suffered arose out of an accident to an object covered by the policy. In Regina Fur Co. Ltd. v. Bossam [1958] 2 Lloyd's Rep. 425, Evershed MR held that the onus of proving that its case fell within the policy, remained at all times with the insured. While this case serves only to reaffirm the trite position that the onus is on the plaintiff to establish that it comes under the peril insured against, “. . The burden of proof is on the Plaintiffs to bring their claim within the ambit of the Policy. To succeed in their claim, the Plaintiffs must prove "theft" ie, that the Car had been stolen. They have failed to do so on a balance of probabilities. As such, the Plaintiffs have failed to establish that their claim for the missing Car is covered under the Policy." [8] Maka, di sini adalah jelas bahawa beban pembuktian dalam kes sivil (termasuk kes kemalangan jalan raya adalah di atas imbangan kebarangkalian (on the balance of probabilities. FAKTA KES [9] Pada 10.02.2020, jam lebih kurang 2.00 petang di KM 17 Jalan Gua Musang – Lojing, Plaintif pertama yang merupakan pekerja TNB semasa memandu sebuah Motojip No Pendaftaran WWU 5242 dalam perjalanan menuju balik ke Pejabat TNB Gua Musang. [10] Apabila tiba di KM 17 Jalan Gua Musang – Lojing di satu selekoh terdapat sebuah motolori No Pendaftaran BHH 314 yang dipakir di bahu jalan melebihi separuh atas jalan raya tanpa sebarang tanda amaran. [11] Akibat daripada itu plaintif telah cuba mengelak lalu bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan iaitu sebuah motolori No Pendaftaran PJU 4508 (pihak yang tidak dinamakan). SAKSI-SAKSI [12] Bagi tujuan perbicaraan ini, pihak Plaintif telah memanggil tiga orang saksi. Saksi-saksi Plaintif adalah seperti berikut: NAMA PERANAN SP1 Insp Muhammad Rahmad bin Zakaria Pegawai Penyiasat SP2 Hizahir Hafiz bin Ab Rahman Saksi plaintif (Penumpang dalam motorjip) SP3 Mohd Asri bin Mohamed Plaintif pertama [13] Manakala pihak Defendan juga telah memanggil 3 orang saksi. Saksi-saksi Defendan adalah seperti berikut: NAMA PERANAN SD1 Jamaludin bin Mohd Yusup Saksi Defendan SD2 Zulkifli bin Muhamad Defendan kedua SD3 Nazarudin bin Mohammad Defendan Ketiga ISU-ISU YANG PERLU DIBICARAKAN [14] Terdapat beberapa isu penting yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini bagi tujuan liabiliti pihak-pihak. [15] Isu yang paling utama yang perlu diputuskan adalah isu liabiliti berkenaan adakah kewujudan Motolori yang dipakir oleh defendan ketiga? Adakah Motolori Defendan Ketiga menjadi punca halangan menyebabkan kemalangan? Adalah benar kegagalan defendan meletakkan tanda amaran sebagai penyebab kemalangan? Adakah plaintif sendiri yang cuai atau ada sumbang cuai dalam kemalangan ini? ISU LIABILITI VERSI PLAINTIF [16] Versi Plaintif adalah plaintif mengelak motorlori yang letakkan “makan jalan” oleh defendan ketiga tanpa tanda amaran adalah penyebab kemalangan berlaku setelah bertembung dengan kenderaan dari arah hadapan dan menuntut kesemua defendan bertanggungan 100%. VERSI DEFENDAN [17] Versi Defendan adalah motorlori yang dikatakan tersebut telah pakir ditempat selamat 100meter dari tempat kejadian dan segala tanda amaran telahpun diletakkan sewaktu kerja kerja dijalankan dan menyatakan plaintif juga ada sumbang cuai dan bertanggungan 50%. ALASAN LIABILITI [18] Adakah kewujudan Motolori yang dipakir oleh defendan ketiga? Adakah Motolori Defendan Ketiga menjadi punca halangan menyebabkan kemalangan? Adalah benar kegagalan defendan meletakkan tanda amaran sebagai penyebab kemalangan? Adakah plaintif sendiri yang cuai atau ada sumbang cuai dalam kemalangan ini? [19] Bagi sesuatu kes tuntutan kemalangan jalan raya mahkamah hendaklah menimbang kesemua keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah dan memilih versi mana yang lebih probable. [20]
Preamble
Menurut keterangan pegawai penyiasat kes, (SP1), mengesahkan hasil siasatan terhadap defendan ketiga yang bertanggungjawab dan mengakui meletakkan kenderaan tersebut di atas jalan kerana tanah di bahu jalan tersebut lembut dan akan boleh menyebabkan lori terbalik. Keterangan SP1 juga mengesahkan motolori dipandu Defendan ketiga adalah milik Syarikat yang dimiliki oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [21] Ini adalah berdasarkan rakaman percakapan oleh Defendan ketiga sendiri oleh SP1. Ini dapat dilihat semasa keterangan SP1 semasa di dalam mahkamah yang mengesahkan perkara tersebut menjadi sebab utama Defendan ketiga telah disaman dibawah seksyen 16(1) LN166/59 kerana halangan lalulintas pada 3.4.2020. [22] Keterangan ini telah disokong apabila SP1 sendiri telah mengesahkan saman tersebut telahpun dijelaskan 4 bulan kemudian pada 2.7.2020 dengan bayaran sejumlah RM 250 dan resit bayaran telah dikeluarkan atas nama Defendan Ketiga sendiri. [23] Defendan ketiga pula telah menafikan ada menerima saman tersebut dan menafikan menjelaskan apa apa saman walaupun telah dikemukakan rekod saman berkenaan dalam mahkamah. [24] Mahkamah berpuashati keterangan SP1 dan juga keterangan senyap dokumen ini telah mengesahkan kewujudan motorlori dipakir oleh Defendan ketiga sememangnya berada ditempat kejadian. Ini konsisten dengan keterangan SP2 dan juga SP3 selari dengan keterangan oleh SP1. Walaupun pihak yang tidak dinamakan dipanggil oleh pihak plaintif, SP1 juga telah mengesahkan bahwa hasil rakaman percakapan dengan pemandu motorlori No Pendaftaran PJU 4508 mengesahkan Plaintif mengelak motolori defendan ketiga sebelum kemalangan berlaku. [25] Mahkamah juga menilai secara terperinci dan secara menyeluruh versi defendan, walaubagaimanapun keterangan SD1 SD2 tidak konsisten dengan keterangan SD3 dan fakta motorlori tersebut dipakir 100meter dari tempat kejadian adalah bercanggah dengan repot polis SD3 yang langsung tidak menyentuh fakta 100meter tersebut dan hanya dikemukakan semasa perbicaraan dan ianya juga tidak diplidkan di dalam mana mana pembelaan defendan-defendan. [26] Berkenaan dengan isu ketiadaan tanda amaran yang diletakkan, bagi memulakan isu ini mahkamah merujuk kepada gambar IDD 12 (tidak pernah dieksibitkan dan kekal sebagai IDD 12). Defendan memaklumkan segala kon tanda amaran telah diletakkan sebagaimana keterangan SD1 SD2 dan SD3 [27] SP1 telah mengesahkan gambar tersebut bukan di tempat kejadian tetapi berada 5KM dari tempat kemalangan. Sebagaimana gambar yang sama dieksibitkan oleh SP 1 iaitu P8 I-K. Sebagaimana keterangan SP1 juga adalah kerana gambar yang diambil selepas beliau mula beredar kerana proses potong rumput bergerak ke hadapan dari lokasi kejadian. Ini berbeza dengan keterangan oleh SD1 SD2 dan SD3 [28] Oleh yang demikian, mahkamah berpuashati dan bersetuju hasil siasatan SP1 dan juga keterangan saksi – saksi plaintif juga konsisten atas isu ini bahwa sememangnya kewujudan kenderaan motolori oleh Defendan dan tidak memberi pilihan lain kepada mahkamah ini memilih versi mana yang lebih probable. [29] Adakah plaintif sendiri yang cuai atau ada sumbang cuai dalam kemalangan ini? Sebagaimana keterangan SP3 sendiri menyatakan cuaca dalam keadaan hujan dan apabila tiba diselekoh mahkamah berpandangan Plaintif sepatutnya lebih berhati hati apabila menghampiri selekoh denagn memperlahankan lagi kenderaan dan memastikan keadaan lebih selamat sebelum melintasi kenderaan yang dipakir diatas jalan oleh Defendan ketiga di selekoh tersebut. Oleh yang demikian mahkamah percaya plaintif juga sumbang cuai 20% dalam kemalangan ini [30] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi serta meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini, mahkamah ini mendapati bahawasanya pihak Plaintiff telah berjaya membuktikan kes mereka di atas imbangan kebarangkalian terhadap defendan-defendan. Mahkamah memutuskan bahawa defendan-defendan dalam kes ini adalah cuai (80% liabiliti) manakala plaintif sumbang cuai dalam kemalangan ini. ISU KUANTUM GANTIRUGI AM (ATAS DASAR 100%) GANTI RUGI AM ITEM AWAD
1
Closed fracture midshaft right femur (with shortening right lower limb thigh circumference of 2cm) - Plaintif berhujah RM 60,000 RM 55,000 Award yang diberikan adalah - Defendan berhujah RM34,000 global bagi kecederaan ini - Mahkamah Chong Kok Meng & Anor V Muhammad zahirulzahar Zainuddun [2019] 1 LNS 541 Award RM 60,000 wajar adil dan munasabah 2. Closed fracture right tibial plateau schatzker type II with shortening - Plaintif berhujah RM 25,000 - Defendan berhujah global RM 34,000 bagi kecederaan ini - Mahkamah Nur Ali v Varghese Matthew & satu lagi [2018] 1 LNS 184 Award RM 25,000 RM 20,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah 3. Closed fracture midshaft right tibia with avulsion fracture right tibia tuberosity and segmental fracture right fibula with shortening - Plaintif berhujah RM 60,000 RM 45,000 Award yang diberikan adalah - Defendan berhujah global RM 34,000 bagi kecederaan ini - Mahkamah Jakan Letchumanan & Satu Lagi v Aisha Beevi zainal Abidin & Yang Lain [2024] 2 CLJU 337 Award RM 60,000 wajar adil dan munasabah 4. Closed fracture of inferior pole of right patella with posterior cruciate ligament (with knee osteoarthritis) - Plaintif berhujah RM 40,000 - Defendan berhujah RM 25,000 - Mahkamah Kanniah T Govindasamy v Woon Khun Mei Dan Satu Lagi [2018] PIRLU 45 Award RM 25,000 RM 25,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah dan sebagaimana hujahan perayu/ Defendan 5 Closed fracture distal end right radius with ulna styloid fracture (with osteoarthritis) - Plaintif berhujah RM 60,000 - Defendan berhujah RM 34,000 RM 35,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah - Mahkamah Robert J Adonikalasamy v adam Md Esah & Satu lagi [2024] PILRU 23 Award RM 34,000 6 Abrasion wound with skin loss over right frontal area - Plaintif berhujah RM 5,000 - Defendan tidak berhujah - Mahkamah Faiz Ullah V Nurul Abdul rashed & Anor [2021] 1 PIR 16 Award RM 3,000 RM 3,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah 7 Permanent Scars (affected aesthetically) - Plaintif berhujah RM 20,000 - Defendan berhujah RM 10,000 RM 20,000 Award yang diberikan adalah wajar adil dan munasabah JUMLAH 203,000 GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR 100%) ITEM AWAD (RM) 1 Kos Laporan Perubatan RM 405.00 2 Kos Laporan Perubatan Pakar RM 1,200.00 3 Kos Laporan JPJ RM 10.00 4 Kos Dokumen Polis RM 300.00 5 Kos Perbelanjaan Saudara-Mara/ Keluarga Melawat Plaintif Di Hospital Kuala Krai RM 150.00 6 Kos Perbelanjaan Saudara-Mara/ Keluarga Melawat Plaintif Di KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu RM 500.00 7 Kos Perbelanjaan Ulang-Alik Plaintif Ke KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bharu RM 500.00 8 Kos Sepina Saksi Pegawai Penyiasat Dalam kausa 9 Kos Sepina SP2 Dalam kausa 10 Kos Pembedahan Akan Datang a) Pembedahan Major untuk membuang implant b) Pembedahan Posterior Cruciate Ligament Reconstruction RM 25,000 RM 20,000 11 Kos Fisioterapi RM 2000 12 Kos Kesakitan Dan Penderitaan-atas pembedahan akan datang dan lain lain RM 5000 13 Lain lain item tidak dibuktikan. Tidak dibuktikan JUMLAH KESELURUHAN RM 55,065 [31] Kos mengikut skala. [32] Faedah 5% untuk Gantirugi Am dari tarikh kemalangan sehingga tarikh keputusan. [33] Faedah 2.5% Ganti rugi Khas dari tarikh writ saman diserahkan sehingga tarikh keputusan. [34] Faedah 5% bermula dari tarikh keputusan untuk jumlah keseluruhan sehingga penyelesaian penuh dan muktamad. [35] Atas persetujuan Plaintiff, Wang Penghakiman hendaklah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar Bertarikh: 22 Julai 2025 NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOH SHUKRI HAKIM MAHKAMAH SESYEN GUA MUSANG Pihak-pihak Bagi Plaintif : Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar Bagi Defendan :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.