Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-7-03/2024 ANTARA MOHD ASRI BIN MUHAMAD AINAR @ MOHD ZAIN … PERAYU (No. K/P: 780712-03-5851)
DA-12B-7-03/2024
High Court of Malaysia17 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-7-03/2024 ANTARA MOHD ASRI BIN MUHAMAD AINAR @ MOHD ZAIN … PERAYU (No. K/P: 780712-03-5851)
1
SAFWAN BIN AHMAD NAWI (No. K/P: 950216-08-5795)
2
THE PACIFIC INSURANCE BERHAD (No. Syarikat: 91603-K) …RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-A53KJ-226-04/2021 ANTARA MOHD ASRI BIN MUHAMAD AINAR @ MOHD ZAIN … PLAINTIF (No. K/P: 780712-03-5851)
1
SAFWAN BIN AHMAD NAWI (No. K/P: 950216-08-5795)
2
THE PACIFIC INSURANCE BERHAD (No. Syarikat: 91603-K) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah rayuan perayu (plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana berkenaan liabiliti dan kuantum bagi satu tuntutan gantirugi kemalangan jalan raya. Latar Belakang [2] Satu kemalangan jalan raya telah berlaku pada 19.06.2020 lebih kurang pukul 11.00 pagi di Jalan Melor ke Ketereh, Kota Bharu di antara perayu (plaintif) yang menunggang motosikal bernombor BGH 6805 dengan responden pertama (defendan pertama) yang menunggang motosikal bernombor DBX 6259. [3] Di akhir perbicaraan, HMS yang bijaksana telah menolak tuntutan perayu (plaintif) terhadap defendan-defendan (responden-responden) dengan kos. [4] Berkenaan dengan kuantum pula, di atas dasar 100% liabiliti, HMS yang bijaksana telah memutuskan ganti rugi am dan ganti rugi khas menurut penghakiman bertarikh 19.02.2024 seperti yang berikut:- A. Ganti rugi am berjumlah RM153,000.00 seperti berikut:
a
Cerebral concussion sebanyak RM6,000.00;
b
Undisplaced fracture at left ramus of mandible sebanyak RM20,000.00;
c
Opened comminuted fracture midshaft left tibia and proximal third fibula sebanyak RM38,000.00;
d
Closed fracture midshaft of left ulna sebanyak RM18,000.00;
e
Closed comminuted intertrochanteric fracture of left femur sebanyak RM48,000.00;
f
Multiple laceration wound sebanyak RM5,000.00;
g
Multiple abrasion wound sebanyak RM2,000.00;
h
Multiple scars sebanyak RM7,000.00;
i
Muscle wasting di kaki kiri sebanyak RM4,000.00; dan
j
(J) Kesakitan dan kesengsaraan pembedahan (pain and suffering) sebanyak RM5,000.00. B. Ganti rugi khas:
a
Kos pembedahan masa hadapan sebanyak RM7,000.00;
b
Kos perjalanan ulang alik ke hospital tidak dibenarkan; dan
c
Kos fisioterapi tidak dibenarkan. [5] Setelah mendengar rayuan perayu, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian rayuan perayu dan memerintahkan seperti berikut:
i
Liabiliti - responden-responden bertanggungan 100% ke atas kemalangan tersebut.
II
(ii) Kuantum - Semua awad HMS dikekalkan melainkan ganti rugi khas berkenaan kos fisioterapi dibenarkan sebanyak RM7,200.00. [6] Responden kedua yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini telah memohon kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Rayuan berkenaan isu liabiliti. Oleh itu alasan penghakiman ini hanya akan menyentuh berkenaan isu liabiliti sahaja. Isu liabiliti 100% ke atas perayu (plaintif) [7] Berkenaan dengan isu liabiliti ini, alasan utama HMS yang bijaksana yang telah menolak tuntutan perayu (plaintif) adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 6 dan 7 alasan penghakiman. Bagi memudahkan rujukan, diperturunkan semula perenggan 6 dan 7 alasan penghakiman HMS tersebut seperti berikut: “6. Dalam keterangan beliau, Plaintif mengesahkan beliau sebenarnya tidak tahu bagaimana perlanggaran itu berlaku dan siapa yang sebenarnya melanggar beliau. Menurut Plaintif, beliau telah diserahkan nombor pendaftaran motorsikal yang melanggar beliau oleh seorang yang beliau kenali dengan nama Abang Amir. Namun, Abang Amir yang dimaksudkan itu tidak dipanggil untuk memberi keterangan tentang bagaimana motorsikal Defendan 1 boleh dikaitkan dengan perlanggaran tersebut. Defendan 1 sendiri juga tidak hadir memberi keterangan setelah peguam Defendan 1 memilih untuk menghujahkan tiada kes yang perlu Defendan 1 jawab.
7
Untuk berjaya dalam tindakan ini, Plaintif perlu membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan 1 telah cuai semasa menunggang motorsikal sehingga menyebabkan berlakunya perlanggaran antara motorsikal yang ditunggang oleh Defendan 1 dengan motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif. Daripada keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan, saya terpaksa memutuskan Plaintif telah gagal melepasi beban pembuktian tersebut. Defendan 1 tidak mempunyai beban untuk mengemukakan keterangan beliau tidak terlibat dalam perlanggaran tersebut sehingga Plaintif mengemukakan keterangan yang membuktikan penglibatan Defendan
1
Atas sebab itu saya menolak tuntutan Plaintif dan memerintahkan Plaintif membayar Defendan 1 dan Defendan 2 kos mengikut skala.” Ringkasan hujahan responden-responden [8] Berkenaan dengan isu ini, responden kedua menghujahkan bahawa perayu tidak mengetahui bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan perayu juga tidak mempunyai pengetahuan berkenaan identiti kenderaan yang telah melanggarnya. [9] Responden kedua juga menghujahkan bahawa individu yang bernama Abang Amir yang dikatakan telah memberi nombor pendaftaran motosikal responden pertama kepada perayu juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan dan tidak membuat sebarang laporan polis berkenaan kejadian kemalangan tersebut. [10] Responden kedua selanjutnya menghujahkan bahawa keterangan pegawai penyiasat (SP3) adalah tidak selari dengan keterangan perayu dan secara keseluruhannya perayu telah gagal untuk membuktikan mekanisma perlanggaran serta lokasi tepat pertembungan. Analisis dan dapatan Mahkamah ini berkenaan isu liabiliti [11] Berkenaan isu liabiliti ini, dari alasan penghakiman HMS yang bijaksana, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS yang bijaksana tidak merujuk kepada dan menilai secara khusus keterangan pegawai penyiasat (SP3) dan SD2 dalam kes ini. HMS yang bijaksana hanya berpegang kepada keterangan perayu semata-mata. [12] Dalam kes MMC OIL & GAS ENGINEERING SDN BHD v. TAN BOCK KWEE & SONS SDN BHD [2016] 2 MLJ 428, Mahkamah Rayuan telah mengatakan seperti berikut: “[17] … This requires the trial judge to undertake a full evaluation of the evidence and issues placed before the Court. A first instance judgment is open to challenge when it fails to address or wholly ignores material evidence or issues placed before it, or when bald finding of facts are made with no reasoning or evidence to substantiate such findings. … . [18] … A failure to consider the entirety of evidence and material issues, a failure to make findings of fact or the making bare findings of fact, all allow for appellate intervention. Apart from the real possibility of a miscarriage of justice, such omissions by a trial judge require the appellate courts to take on the role of first instance judges and review the evidence in its entirety afresh......”. [13] Jika diteliti keterangan SP3, antara keterangan yang telah diberikan adalah seperti yang berikut:- - SP3 telah menerima dua laporan polis yang dibuat oleh perayu (plaintif) dan juga responden pertama (defendan pertama). - SP3 telah mengambil rakaman percakapan penunggang motosikal DBX 6259 iaitu responden pertama (defendan pertama) yang mengatakan bahawa dia keluar dari lorong sebelah kiri jalan dan hendak membelok ke kanan menyebabkan berlaku kemalangan. - (Rujuk Ikatan C m/s 4) Penunggang motosikal DBX 6259 keluar dari simpang sebelah kiri. Tiada simpang selain yang dilakarkan yang berada di kawasan kemalangan. - Bahagian hadapan motosikal BGH 6805 melanggar hadapan tepi sebelah kanan motosikal DBX 6259. - (Rujuk Ikatan C m/s 2) Setuju, penunggang motosikal buat laporan polis 2 minggu selepas kemalangan. Saya ada rakam percakapan dia. Dia kata dia lewat buat report sebab dia mengalami kecederaan. Mengikut rakaman percakapan dia, motosikal dia dari bawah ke atas (lakaran rajah kasar) dan motosikal DBX 6259 dari simpang kiri menghala ke kanan dan bawah rajah kasar. [14] Berdasarkan keterangan SP3 ini, khususnya dari rakaman percakap perayu dan responden pertama, tiada sebarang pertikaian berkenaan berlakunya kemalangan antara perayu dan responden pertama pada tarikh dan ditempat kemalangan sebagaimana yang dilakarkan dalam lakaran rajah kasar iaitu di mulut simpang Kg Buloh Poh. [15] Berkenaan dengan tanda “X” yang dikatakan sebagai tempat berlaku kemalangan yang ditandakan oleh perayu tetapi tidak dipersetujui oleh SP3, Mahkamah ini berpendapat bahawa tandaan yang dibuat oleh perayu tidak semestinya tepat memandangkan perayu telah tidak sedarkan diri sebaik sahaja kemalangan berlaku. Adalah tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa perayu yang terus tidak sedarkan diri sebaik sahaja kemalangan berlaku untuk mengingati dengan tepat di mana titik pertembungan antara dua motosikal tersebut telah berlaku. [16] Seterusnya, jika diteliti pula keterangan SD2 iaitu penyelaras (adjuster) responden kedua (defendan kedua). SD2 telah memberi keterangan, antara lainnya, seperti berikut: - Setuju, defendan tidak pernah nafikan beliau terlibat dalam kemalangan itu. - Setuju, ada statement defendan mengaku dia terlibat dalam kemalangan itu. - Setuju, defendan mengaku kemalangan itu adalah dengan motosikal sebagaimana dalam laporan polisnya. - Setuju, tiada percanggahan fakta bagaimana kemalangan berlaku dalam kes ini dari defendan dan plaintif. - Setuju, masa kemalangan juga tidak dipertikaikan oleh defendan pertama. - Setuju, defendan tiada menyatakan dia berlaku kemalangan dengan motosikal selain motosikal plaintif. [17] Mahkamah ini juga meneliti keterangan dokumentasi khususnya laporan penyelaras insurans (rekod rayuan ms 363 -386) yang menunjukkan gambar responden pertama sedang menandatangani kenyataan (statement) kepada penyelaras insurans iaitu SD2. Di ms 369 rekod rayuan juga terdapat lakaran rajah kasar yang dibuat oleh SD2 yang seakan-akan sama dengan lakaran rajah kasar yang dibuat oleh SP3 khususnya berkenaan keadaan jalan raya dan persimpangan jalan di tempat kemalangan berlaku. Perbandingan lakaran rajah kasar yang dibuat oleh SP3 dan lakaran rajah kasar yang dibuat oleh SD2 adalah seperti dibawah: Rajah kasar oleh SP3 Rajah kasar oleh SD2 [18] Versi naratif bagaimana kemalangan berlaku yang diberitahu oleh responden pertama (defendan pertama) kepada SD2 juga sama dengan versi naratif perayu (plaintif) bahawa responden pertama telah keluar dari simpang di sebelah kiri jalan dan memasuki laluan perayu untuk membelok ke kanan dan menyebabkan kemalangan berlaku. [19] Keterangan seseorang pegawai penyiasat memainkan peranan yang penting dalam suatu kes termasuklah kes kemalangan jalan raya. Hakim perbicaraan mempunyai budibicara sama ada untuk menerima atau menolak keterangan pegawai penyiasat jika terdapat alasan-alasan yang patut dan munasabah. Namun dalam segala hal keadaan, keterangan pegawai penyiasat haruslah di pertimbangkan. [20] Dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v LAI KIUT SEONG [1968] 2 MLJ 130, Mahkamah memutuskan bahawa keterangan pegawai penyiasat adalah satu keterangan yang mesti dipertimbangankan. Ia boleh ditolak atau tidak dipercayai atas alasan yang sah tetapi Majistret telah gagal bukan sahaja untuk memberi alasan untuk menolaknya atau tidak mempercayainya tetapi langsung tidak mempertimbangkannya. [21] Memang benar, jika hanya keterangan perayu sahaja yang diambilkira secara isolasi, perayu telah gagal untuk membuktikan tuntutannya, namun jika keterangan perayu bersama-sama dengan keterangan SP3 dan SD2 diambilkira dan diapresiasi secukupnya oleh HMS yang bijaksana, sudah tentu HMS akan mendapati bahawa atas imbangan kebarangkalian, perayu telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap responden-responden. [22] Walaupun, Abang Amir, yang dikatakan telah memberikan nombor pendaftaran motosikal responden pertama kepada perayu tidak dipanggil memberi keterangan, namun kelompangan maklumat berkenaan nombor motosikal responden pertama telah diisi atau dipenuhi oleh keterangan SP3 khususnya dari rakaman percakapan yang diambil daripada responden pertama sendiri dan juga dari keterangan SD2 yang juga mengandungi pengakuan responden pertama. [23] Dalam kes NEO CHAN ENG V. KOH YONG HOE [1960] 1 MLRH 350, Mahkamah telah memutuskan bahawa beban untuk membuktikan kecuaian defendan adalah terletak ke atas plaintif. Plaintif boleh membuktikan kecuaian sama ada melalui keterangannya sendiri atau melalui pemeriksaan balas defendan atau pengakuan defendan. [24] Berdasarkan kes NEO CHAN ENG V. KOH YONG HOE (supra), Mahkamah ini berpendapat bahawa plaintif juga boleh bergantung kepada keterangan mana-mana saksi lain sama ada saksi bagi pihak plaintif atau saksi bagi pihak defendan atau saksi bagi pihak ketiga untuk membuktikan tuntutannya terhadap defendan. [25] Dalam kes CHU KIM SING & ANOR V. ABD RAZAK AMIN [1999] 4 CLJ 448, Mahkamah mengatakan seperti berikut di muka surat 465 para f - g: “… There is also a principle of law that says that a motorist travelling along a minor road has a duty to stop at the junction and allow vehicles travelling on the main road to pass first before entering the major road.” [26] Dalam kes Chu Kim Sing (supra) ini juga, rujukan telah dibuat kepada satu kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Mohamed Repin v. Lim Yu Kee [1969] 1 MLJ 64 di mana di peringkat Mahkamah Tinggi, YA Hakim Chua telah mendapati bahawa pemandu motorvan yang melalui jalan kecil (minor road) adalah cuai dan perlu dipersalahkan atas kemalangan tersebut apabila dia telah gagal berhenti di garisan henti (halt line) di persimpangan jalan tersebut dan telah memasuki laluan kenderaan di jalan utama (major road). [27] YA Hakim Chua juga mengatakan seperti berikut di muka surat 66: “There is no doubt that the van did not stop at the Halt line but proceeded at speed to try to beat the traffic which was on a major road. Clearly therefore the first defendant was to blame. Even accepting the story of the first defendant to be true that he stopped at the Halt line, nevertheless, he was to be blamed for the accident as he should have stopped there a bit longer to allow the bus, which was travelling on a major road and coming from his right, to pass before attempting to cross the junction. Instead of doing that he took a risk and crossed the junction in the face of the oncoming bus.” [28] Dalam kes yang dibicarakan ini, responden pertama yang datang dari jalan kecil (minor road) wajib berhenti di simpang jalan dan memberi laluan kepada kenderaan di jalan utama (main road) untuk berlalu terlebih dahulu sebelum responden pertama boleh memasuki ke jalan utama setelah memastikan keadaan benar-benar selamat untuk berbuat demikian. Kewajipan ini telah tidak dipatuhi oleh responden pertama dan telah menyebabkan kemalangan tersebut. Kesimpulan [29] Oleh yang demikian, Mahkamah ini membenarkan rayuan perayu berkenaan isu liabiliti dan keputusan HMS yang bijaksana diketepikan dan responden-responden (defendan-defendan) adalah bertanggungan 100% ke atas kemalangan tersebut. Bertarikh pada: 04 Februari 2025. ……………………………….... MOHD ROSLI BIN YUSOFF Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. PIHAK-PIHAK Peguam Perayu: Nur Raihana Nabiha Binti Zul Azura, Tetuan Syazwan Hasim & Azeel Eskandar No. 2, Jalan Lengkong Zoo View, 68000 Ampang, Selangor. Peguam Responden 1: Ravendran A/L Muthiah, Tetuan M. Ravendran & Associates, No. di No. 52A, Jalan Wawasan 2/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Selangor. Peguam Responden 2: Nurul Syafiqah Binti Mohd Shafie, Tetuan Lovelace & Hastings, 5-2, 5th Floor, Wisma Bandar, No.18, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.