Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN
DA-25-4-02/2023
High Court of Malaysia25 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ething badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though un”
“untuk membuat permohonan itu”. [11] Prinsip undang-undang berhubung semakan kehakiman telah dinyatakan oleh Lord Diplock dalam kes Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister of Civil Service [1985] AC 374 yang mana telah diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN
1
MUHAMMAD TAUFIQ AJMAL BIN JAMALUDIN [NO. K/P: 92115-02-5091]
2
MOHD AZAM BIN AB RAZAK [NO. K/P: 751107-03-5375]
3
MOHAMMAD IZZUDDIN BIN ZULKIFLY [NO. K/P: 821029-14-5843] …PEMOHON-PEMOHON
3
KETUA POLIS NEGERI KELANTAN/
4
KERAJAAN MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Muhammad Taufiq Ajmal bin Jamaludin (“Pemohon 1”), Mohd Azam bin Ab Razak (“Pemohon 2”) dan Mohammad Izzuddin bin Zulkifli (“Pemohon 3”) (secara kolektif akan dirujuk sebagai “Pemohon- Pemohon”) telah memfailkan permohonan semakan kehakiman masing-masing untuk mendapatkan perintah deklarasi dan/atau certiorari terhadap perintah sekatan (restriction order) yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 6(3) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] (“Akta LLPK”). [2] Pada 18.4.2023, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan oleh pihak responden (kandungan 6) supaya ketiga-tiga kes permohonan semakan kehakiman tersebut (DA-25-3-02/2022, DA-25-4-02/2022 dan DA-25-5-02/2022) didengar bersekali. [3] Setelah meneliti dan mempertimbangkan semua afidavit yang telah difailkan dalam permohonan-permohonan semakan kehakiman tersebut serta mengambil kira penghujahan bertulis oleh pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati bahawa permohonan semakan kehakiman tersebut tidak mempunyai merit. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah menolak permohonan-permohonan semakan kehakiman tersebut pada 25.7.2024. [4] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, Pemohon-Pemohon telah memfailkan notis-notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 5.8.2024. Latar Belakang Permohonan [5] Pemohon 1 dan Pemohon 2 telah ditangkap di bawah seksyen 3(1) Akta LLPK tersebut pada 3.8.2022. Manakala Pemohon 3 pula telah ditangkap pada 8.8.2022. [6] Pemohon-Pemohon telah memfailkan suatu permohonan jenayah bagi mendapatkan pengeluaran writ of habeas corpus terhadap penangkapan dan penahanan tersebut dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam (Permohonan Jenayah No. BA-44-221-08/2022, BA-215-08/2022 dan BA-44-231-08/2022). Sementara menunggu keputusan permohonan-permohonan jenayah tersebut, Menteri Dalam Negeri telahpun mengeluarkan perintah sekatan ke atas Pemohon-Pemohon masing-masing bertarikh 29.9.2022 dan 23.9.2022 (“Perintah Sekatan”). Selanjutnya, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan dan memerintahkan pada 10.11.2022 bahawa permohonan writ of habeas corpus dibenarkan ke atas Pemohon-Pemohon serta memerintahkan supaya Pemohon-Pemohon dibebaskan dengan segera. [7] Walau bagaimanapun, atas rayuan oleh pihak responden, Mahkamah Persekutuan (Rayuan Jenayah No. 05(HC)-205-11/2022) telah memutuskan pada 19.1.2023 bahawa rayuan pihak responden dibenarkan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam tersebut adalah diketepikan. Oleh yang demikian, Pemohon-Pemohon diperintah untuk menjalani seterusnya Perintah Sekatan yang telah dikeluarkan. [8] Selanjutnya, Pemohon-Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman pula dalam Mahkamah ini untuk mendapatkan perintah deklarasi dan/atau certiorari terhadap Perintah Sekatan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri di bawah seksyen 6(3) Akta LLPK tersebut. Isu-Isu Yang Dibangkitkan [9] Peguam yang mewakili Pemohon-Pemohon telah membangkitkan enam (6) isu seperti berikut:
a
ketidakpatuhan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan mukadimah Akta LLPK tersebut - tiada alasan-alasan dan pengataan fakta yang dilampirkan bagi menunjukkan penglibatan substantial body of person yang mengancam ketenteraman awam;
b
ketidakpatuhan kepada seksyen 6 Akta LLPK tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan - gagal memaklumkan alasan-alasan Pemohon-Pemohon ditahan dan selanjutnya dikenakan perintah sekatan;
c
ketidakpatuhan kepada seksyen 4 Akta LLPK tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan iaitu gagal untuk membekalkan rakaman percakapan
d
ketidakpatuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan (b) Akta LLPK tersebut iaitu gagal untuk menyatakan masa dan waktu permohonan lanjutan bagi tempoh 24 jam dan 48 jam;
e
ketidakpatuhan kepada seksyen 5 Akta LLPK tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan iaitu kegagalan pegawai siasatan untuk rakam percakapan Pemohon-Pemohon bagi membuat siasatan berkenaan aktiviti pengedaran dadah atau yang berkaitan dengan sekumpulan besar orang atau yang melibatkan rakan sejenayah, gagal memaklumkan Pemohon-Pemohon boleh diwakili peguam serta gagal membekalkan salinan rakaman percakapan kepada Pemohon-Pemohon; dan
f
ketidakpatuhan kepada seksyen 6 Akta LLPK tersebut iaitu gagal menyatakan secara terperinci perimeter dan/atau had kawasan sekatan yang dikenakan ke atas Pemohon-Pemohon. Undang-Undang dan Prinsip Berkenaan Semakan Kehakiman [10] Aturan 53 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkkan berkenaan permohonan semakan kehakiman (termasuklah permohonan certiorari) seperti berikut: “Permohonan (A. 53 k. 2)
1
Suatu permohonan bagi apa-apa relief yang dinyatakan dalam perenggan 1 Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (selain permohonan bagi perintah habeas corpus) hendaklah dalam Borang 109.
2
Suatu permohonan untuk semakan kehakiman boleh mendapatkan apa-apa relief, termasuk suatu permohonan untuk suatu perisytiharan, sama ada bersesama atau sebagai alternatif dalam permohonan yang sama jika ia berhubung dengan atau berkaitan dengan hal perkara yang sama.
3
Setelah mendengar permohonan bagi semakan kehakiman, Mahkamah tidak terbatas kepada relief yang dituntut oleh pemohon tetapi boleh menolak permohonan itu atau membuat apa-apa perintah, termasuk suatu perintah injunksi atau pampasan wang: Dengan syarat bahawa kuasa untuk memberikan suatu injunksi hendaklah dijalankan mengikut peruntukan seksyen 29 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] dan seksyen 54 Akta Relief Spesifik 1950;
4
Mana-mana orang yang mendapat kemudaratan dengan keputusan, tindakan atau peninggalan berhubung dengan penjalanan kewajipan atau fungsi awam adalah berhak untuk membuat permohonan itu”. [11] Prinsip undang-undang berhubung semakan kehakiman telah dinyatakan oleh Lord Diplock dalam kes Council of Civil Service Unions & Ors v. Minister of Civil Service [1985] AC 374 yang mana telah diguna pakai oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 sepertimana dinyatakan dalam penghakiman Edgar Joseph Jr HMP yang berikut: "In this context, it is useful to note how Lord Diplock (at pp 410411) defined the three grounds of review, to wit, (i) illegality,
II
(ii) irrationality, and (iii) procedural impropriety. This is how he put it: By 'illegality' as a ground for Judicial Review I mean that the decision maker must understand directly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of a dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exerciseable. By 'irrationality' I mean what can by now be succinctly referred to as 'Wednesbury unreasonableness' (see Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corp [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of accepted moral standards that no sensible person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. Whether a decision falls within this category is a question that judges by their training and experience should be well equipped to answer, or else there would be something badly wrong with our judicial system. To justify the courts' exercise of this role, resort I think is today no longer needed to Viscount Radcliffe's ingenious explanation in Edwards v Bairstow [1956] AC 14, of irrationality as a ground for a court's reversal of a decision by ascribing it to an inferred though undefinable mistake of law by the decision maker. 'Irrationality' by now can stand on its own feet as an accepted ground on which a decision may be attacked by Judicial Review. I have described the third head as 'procedural impropriety' rather than failure to observe basic rules of natural justice or failing to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to Judicial Review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice. Lord Diplock also mentioned 'proportionality' as a possible fourth ground of review which called for development." (Penekanan ditambah) [12] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v. Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1 menyatakan seperti berikut: "[16] The Rama Chandran decision has been regarded or interpreted as giving the reviewing court a license to review without restrain decisions for substance even when the said decision is based on finding of facts. However, post Rama Chandran cases have applied some brakes to the courts' liberal approach in Rama Chandran. The Federal Court in the case of Kumpulan Perangsang Selangor Bhd v Zaid Noh [1997] 1 MLJ 789; [1997] 2 CLJ 11 after affirming the Rama Chandran decision held that there may be cases in which for reason of public policy, national interest, public safety or national security the principle in Rama Chandran may be wholly inappropriate.” (Penekanan ditambah) [13] Selanjutnya lagi, Mahkamah Persekutuan melalui kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v. Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 2 CLJ 1 telah menyingkap prinsip, konsep dan had batasan semakan kehakiman di Malaysia seperti yang berikut: “[69] A judicial review is a court proceeding where a challenge is made on the decision of the relevant authority or entity (in this case the appellant) ie, by challenging the lawfulness of the decision-making process. This is trite law. Generally, the court dealing with the judicial review application in a supervisory capacity is not to delve into the merits of the case. In other words, the evidence is not reassessed. The court is merely to quash the decision of the relevant authority, if need be, and not to substitute with what it thinks is the correct decision. We are not here to usurp the powers of the designated authority.” (Penekanan ditambah) [14] Oleh itu, Mahkamah dalam menjalankan tugas semakan kehakiman, secara amnya, hanya dapat menyemak keputusan atau perintah yang dicabar terhad kepada alasan-alasan yang diiktiraf di bawah undang-undang, iaitu pertama adalah kepenyalahan undang- undang (illegality), kedua adalah ketidakrasionalan (irrationality), ketiga adalah penyalahgunaan prosedur (procedural impropriety) dan keempat adalah perkadaran (proportionality). [15] Undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah tidak sewajarnya mengganggu keputusan tribunal atau pembuat keputusan yang dipertikaikan tersebut melainkan telah dibuktikan berdasarkan keterangan bahawa keputusan tersebut adalah bercanggah dengan undang-undang (infected with errors of law) atau membuat keputusan yang tidak munasabah sehingga tiada autoriti munasabah lain yang akan membuat keputusan sama. Undang-Undang dan Prinsip Berkenaan Remedi Certiorari [16] Definisi dan kesan kepada pengeluaran writ certiorari telah dijelaskan dalam kes Pihak Berkuasa Tatatertib Majlis Perbandaran Seberang Perai & Anor v. Mohd Sobri Che Hassan [2020] 1 CLJ 595, Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti yang berikut: “[70] We think the apparent confusion in this context stems from the nature of the prerogative writ of certiorari. It is trite that the writ is a judicial remedy available in public law. When granted, the writ serves to quash any impugned administrative action. The net result is that, when granted, the writ nullifies the decision and renders that decision non-existent. There is therefore a stark difference between specific performance, on the one side; and the writ of certiorari on the other.” [17] Objektif bagi remedi writ certiorari adalah untuk membatalkan kesan undang-undang sesuatu keputusan yang dipertikaikan dan pihak yang terkesan tersebut akan diletakkan kepada keadaan seolah-olah keputusan tersebut tidak pernah dibuat. [18] Manakala antara lain fungsi mahkamah pula ialah untuk mentafsirkan undang-undang dan melindungi kepentingan individu yang terkesan dengan keputusan yang dipertikaikan dan memastikan pihak berkuasa yang membuat keputusan atau tribunal mematuhi semua peruntukan dan proses yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berkuatkuasa. [19] Justeru, berasaskan kepada prinsip undang-undang dan nas-nas yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah meneliti dan mempertimbangkan setiap alasan atau isu yang telah dibangkitkan oleh Pemohon-Pemohon. Analisis dan Dapatan Isu 1: Ketidakpatuhan kepada Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan Mukadimah Akta LLPK tersebut – Tiada alasan-alasan dan pengataan fakta dilampirkan untuk menunjukkan penglibatan ‘substantial body of persons’ yang mengancam ketenteraman awam Isu 2: Ketidakpatuhan kepada seksyen 6 Akta tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan iaitu kegagalan untuk memaklumkan alasan Pemohon-Pemohon ditahan dan selanjutnya disekat [20] Isu pertama dan isu kedua diulas bersekali kerana melibatkan prinsip undang-undang yang sama. [21] Pemohon-Pemohon menyatakan bahawa adalah suatu keperluan undang-undang untuk Responden Pertama dan agennya mengeluarkan Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta untuk dilampirkan bersama-sama dengan Perintah Sekatan. Di bawah undang-undang, adalah diperuntukkan bahawa Responden Pertama perlu memastikan kewujudan sekumpulan besar orang ‘substantial body of persons’ yang mempunyai kaitan dengan Pemohon-Pemohon dalam aktiviti pengedaran dadah sebelum Pemohon dikenakan Perintah Sekatan. [22] Mengenai isu ini, Mahkamah memahami bahawa Pemohon-Pemohon cuba menyatakan bahawa elemen ketiadaan alasan-alasan dan pengataan fakta dilampirkan bersama Perintah Sekatan, maka menjadikannya sebagai tidak sah. [23] Seksyen 9 Akta tersebut memperuntukkan seperti berikut: “(1) Satu salinan setiap perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 6(1) hendaklah disampaikan kepada orang yang kepadanya perintah itu berkaitan dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat, dan setiap orang yang sedemikian hendaklah berhak membuat representasi kepada suatu Lembaga Penasihat.
2
Bagi maksud membolehkan seseorang membuat representasi di bawah subseksyen (1) dia hendaklah, pada masa disampaikan kepadanya perintah itu-
a
diberitahu haknya membuat representasi kepada suatu Lembaga Penasihat di bawah subseksyen (1); dan
b
diberi oleh Menteri suatu pernyataan bertulis-
i
mengenai alasan yang atasnya perintah itu dibuat;
II
(ii) mengenai pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan; dan
III
(iii) mengenai butir-butir lain, jika ada, yang pada pendapat Menteri mungkin diperlukan dengan munasabahnya oleh orang itu untuk membuat representasinya terhadap perintah itu kepada Lembaga Penasihat.” (Penekanan ditambah) [24] Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan seperti berikut: “(1) Where any law or ordinance made or promulgated in pursuance of this Part provides for preventive detention—
a
the authority on whose order any person is detained under that law or ordinance shall, as soon as may be, inform him of the grounds for his detention and, subject to Clause (3), the allegations of fact on which the order is based, and shall give him the opportunity of making representations against the order as soon as may be;
b
no citizen shall continue to be detained under that law or ordinance unless an advisory board constituted as mentioned in Clause (2) has considered any representations made by him under paragraph (a) and made recommendations thereon to the Yang di-Pertuan Agong within three months of receiving such representations, or within such longer period as the Yang di-Pertuan Agong may allow.” (Penekanan ditambah) [25] Selanjutnya Mukadimah (Preamble) Akta LLPK tersebut pula jelas memperuntukkan seperti berikut: "WHEREAS action which is prejudicial to public order in Malaysia has been taken and further similar action is being threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia; AND WHEREAS Parliament considers it necessary to stop such action;" (Penekanan ditambah) [26] Mahkamah ini mendapati bahawa di dalam kes semasa ini, Pemohon-Pemohon telah dikenakan perintah sekatan (restriction order) di bawah seksyen 6(3) dan bukannya perintah tahanan (detention order) di bawah seksyen 6(1) Akta LLPK tersebut. Oleh itu, berdasarkan peruntukan undang-undang sebagaimana yang dinyatakan di atas, perintah sekatan tidak melibatkan proses representasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perintah tahanan. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Responden bahawa tiada keperluan undang-undang bagi pengeluaran dokumen Alasan-Alasan dan Pengataan Fakta bagi tujuan pengeluaran Perintah Tahanan tersebut. [27] Pengeluaran Perintah Sekatan hanya memerlukan Menteri berpuas hati bahawa kawalan dan pengawasan perlu dibuat ke atas mana-mana orang berkenaan aktivitinya dengan mengenakan apa-apa syarat sekatan. [28] Di dalam kes Abdul Razak Musa Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah & Yang Lain v Irine Pedro dan Rayuan Lain [2020] 1 LNS 1056, Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa perintah pengawasan polis di bawah seksyen 15 Akta Pencegahan Jenayah 1959, in pari materia dengan perintah sekatan di bawah seksyen 6(3) Akta LLPK tersebut, tidak menarik hak untuk membuat representasi di hadapan Lembaga Penasihat dan berkenaan isu sama ada keterangan dalam afidavit jawapan dapat menunjukkan keterangan pertimbangan dalam pengeluaran perintah. [29] Mahkamah ini telah meneliti Afidavit Jawapan Responden Pertama yang atasnya Perintah Sekatan tersebut dikeluarkan di dalam kes semasa ini di perenggan 7 hingga 9 seperti yang berikut: “Selepas menimbangkan kedua-dua laporan tersebut, saya telah berpuas hati dengan laporan tersebut bahawa Pemohon adalah sebahagian dari sekumpulan besar orang yang pernah ada kaitan dengan aktiviti-aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, dan saya telah berpuas hati bahawa penglibatan Pemohon ini telah memudaratkan ketenteraman awam namun tidak perlu menahan Pemohon sebaliknya kawalan dan pengawasan adalah perlu dibuat ke atas Pemohon di bawah Akta tersebut dengan dikenakan sekatan dan syarat tertentu.” (Penekanan ditambah) [30] Melalui Afidavit Jawapan ini, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan tersebut adalah mencukupi dan memenuhi kehendak peruntukan seksyen 6(3) Akta tersebut. [31] Pemohon-Pemohon menghujahkan bahawa ketiga-tiga elemen seperti yang digariskan dalam kes Selva Vinayagam Sures v. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors. [2021] 2 CLJ 29 tidak dipatuhi dengan berlandaskan bahawa alasan-alasan yang atasnya perintah itu dibuat menunjukkan bahawa hanya penglibatan Pemohon seorang sahaja dan tidak ada menunjukkan atau menyatakan penglibatan sekumpulan besar orang (substantial body of persons). Oleh yang demikian dihujahkan bahawa wujud ketidakpatuhan kepada prosedur mandatori apabila alasan-alasan dan pengataan fakta yang menjadi asas perintah tersebut tidak menyatakan penglibatan Pemohon dengan sekumpulan orang yang substantial yang menjadi ancaman terhadap ketenteraman awam. [32] Mahkamah ini berpandangan bahawa kes Selva Vinayagam Sures perlu dibezakan kerana kes tersebut merujuk kepada perintah tahanan di bawah seksyen 6(1) dan seksyen 9 Akta LLPK tersebut, bukannya perintah sekatan di bawah seksyen 6(3) Akta tersebut. [33] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Samat bin Yasmin v. PP [2023] 6 CLJ 1 yang difahami bahawa mukadimah sesuatu akta Parlimen hanyalah salah satu daripada bahan bantu untuk mentafsirkan undang-undang bertulis apabila sesuatu peruntukan tersebut tidak jelas atau samar menurut petikan berikut: “[27] As for the use of the preamble, again we are in complete agreement with the learned SFC that resort to the preamble of an enacted law is only to be taken as an aid to interpret its provision only when the meaning of the said provision is unclear or doubtful.” [34] Maka dalam konteks tafsiran dan pemakaian peruntukan seksyen 6(3) Akta LLPK tersebut, Mahkamah ini mendapati ia adalah jelas bahawa Menteri boleh mengenakan sekatan dan pengawasan ke atas aktiviti seseorang jika berpuas hati bahawa kawalan dan pengawasan perlu dibuat ke atas mana-mana orang berkenaan aktivitinya dengan mengenakan apa-apa syarat sekatan. [35] Justeru, Mahkamah ini memutuskan bahawa isu ketiadaan alasan-alasan dan pengataan fakta dilampirkan untuk menunjukkan penglibatan ‘substantial body of persons’ yang mengancam ketenteraman awam dan kegagalan memaklumkan alasan Pemohon-Pemohon disekat bukanlah suatu ketidakpatuhan prosedur dan oleh yang demikian, alasan tersebut adalah tidak bermerit. Isu 3: Ketidakpatuhan kepada seksyen 4 Akta LLPK tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan – Salinan rakaman percakapan gagal dibekalkan walaupun dipohon [36] Pemohon-Pemohon menyatakan bahawa pihak polis gagal membekalkan salinan rakaman percakapan dan perkara ini adalah bertentangan dengan peruntukan seksyen 4 Akta LLPK tersebut. [37] Seksyen 4(1) Akta LLPK memperuntukkan seperti berikut: “For the purpose of satisfying the Minister that an order under subsection 6(1) should be made and for the purpose of enabling the Minister to furnish a statement under paragraph 9(2)(b), a police officer making an investigation under this Act may direct any police officer not below the rank of Sergeant to examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case and shall reduce into writing any statement made by the person so examined.” (Penekanan ditambah) [38] Pada pandangan Mahkamah ini, peruntukan seksyen 4 Akta LLPK tersebut jelas terpakai kepada siasatan oleh pihak polis melalui rakaman percakapan sebagai asas untuk memuaskan hati Menteri sebelum perintah tahanan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut dikeluarkan. Dokumen seperti rakaman percakapan juga diperlukan bagi tujuan representasi. Memandangkan kes semasa ini melibatkan Pemohon-Pemohon dikenakan perintah sekatan di bawah seksyen 6(3) Akta LLPK tersebut, maka seksyen 4 Akta LLPK tersebut adalah tidak terpakai dan tiada keperluan di bawah undang-undang untuk rakaman percakapan dibekalkan kepada Pemohon-Pemohon. [39] Pihak polis juga melalui e-mel bertarikh 2.9.2022 membalas permohonan peguam Pemohon-Pemohon dengan mencadangkan pihak Pemohon-Pemohon membuat permohonan semula setelah keputusan perintah di bawah seksyen 6 Akta tersebut dikeluarkan dan adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa pihak Pemohon-Pemohon tidak pernah membuat permohonan semula rakaman percakapan setelah Perintah Sekatan tersebut dikeluarkan. [40] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa alasan kegagalan membekalkan rakaman percakapan tersebut sebagai suatu ketidakpatuhan adalah tidak bermerit. Isu 4: Ketidakpatuhan kepada seksyen 3(2)(a) dan (b) Akta LLPK tersebut – gagal menyatakan masa dan waktu permohonan lanjutan bagi tempoh 24 jam dan 48 jam [41] Mahkamah ini juga menggunapakai dapatan yang sama bagi isu keempat ini berkenaan dengan Perintah Sekatan adalah berbeza dengan Perintah Tahanan. [42] Mahkamah ini mendapati bahawa isu ini berkaitan dengan penahanan Pemohon-Pemohon daripada mula tangkapan iaitu pada 3.8.2022 atau 8.8.2022 masing-masing. Isu berkenaan kegagalan menyatakan masa dan waktu permohonan lanjutan ke atas penahanan Pemohon-Pemohon adalah tidak munasabah kerana isu ini telah diputuskan oleh Mahkamah dalam kes permohonan jenayah bagi perintah habeas corpus yang mana Mahkamah Persekutuan (Rayuan Jenayah No. 05(HC)-205-11/2022) pada 19.1.2023 telah mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam (Permohonan Jenayah No. BA-44- 221-08/2022, BA-215-08/2022 dan BA-44-231-08/2022) yang membenarkan pengeluaran writ habeas corpus dan Pemohon-Pemohon dikehendaki menjalani semula Perintah Sekatan yang telah dikeluarkan. Selaras dengan doktrin res juducata, tindakan membangkitkan semula isu tersebut adalah merupakan penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of court process). Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa isu ini adalah tidak mempunyai merit. Isu 5: Ketidakpatuhan kepada seksyen 5 Akta tersebut dibaca bersama Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan – apabila Pegawai Siasatan gagal merakamkan percakapan Pemohon dengan membuat sebarang siasatan berkenaan aktiviti berkaitan pengedaran dadah ataupun yang berkaitan dengan sekumpulan besar orang atau yang melibatkan rakan sejenayah, gagal untuk maklumkan Pemohon boleh melantik dan diwakili peguam serta gagal membekalkan dengan salinan rakaman percakapan [43] Seksyen 5 Akta tersebut memperuntukkan berkenaan Pegawai Siasatan seperti berikut: “(1) Maka hendaklah dilantik oleh Menteri secara bertulis seberapa banyak Pegawai Siasatan yang perlu bagi maksud Akta ini: Dengan syarat bahawa seseorang pegawai polis atau seseorang yang tidak mempunyai kelayakan undang-undang tidak boleh dilantik sebagai seorang Pegawai Siasatan.
2
Apabila diterimanya laporan di bawah subseksyen 3(3), Pegawai Siasatan hendaklah menyiasat sama ada terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya.
3
Seseorang Pegawai Siasatan boleh, mengikut budi bicaranya, bagi maksud subseksyen (2)-
a
menghendaki seseorang yang ditahan di bawah seksyen 3 hadir di hadapannya;
b
mendapatkan dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau dikehendaki;
c
memanggil dan memeriksa saksi yang telah bersumpah atau berikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan sumpah atau ikrar;
d
menghendaki supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya berkaitan kepada kes itu.” (Penekanan ditambah) [44] Seksyen 5 Akta tersebut menggariskan tentang peranan Pegawai Siasatan dari segi proses atau prosedur dalam membuat siasatan dan memperuntukkan budi bicaranya dalam melaksanakan tugas untuk menjalankan siasatan. [45] Dalam kes Pemohon 1, Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Nor Azah binti Kasran telah menjelaskan tatacara pengendalian siasatannya. Melalui perenggan 6 hingga 9 dan perenggan 12 Afidavit Jawapan (kandungan 18), Pegawai Siasatan telah menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis pada 24.8.2022. Pada 30.8.2022, Pegawai Siasatan telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Selangor. [46] Dalam kes Pemohon 2, Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Mohd Firdaus bin Abu Hanifah telah menjelaskan tatacara pengendalian siasatannya. Melalui perenggan 6 hingga 9, perenggan 12 hingga 15 Afidavit Jawapan (kandungan 16), Pegawai Siasatan telah menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis pada 24.8.2022. Pada 30.8.2022, Pegawai Siasatan telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Selangor. [47] Dalam kes Pemohon 3, Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu Hairuliqram bin Hairudin telah menjelaskan tatacara pengendalian siasatannya. Melalui perenggan 6 hingga 9, perenggan 12 hingga 15 Afidavit Jawapan (kandungan 15), Pegawai Siasatan telah menerima laporan lengkap siasatan daripada Pegawai Penyiasat Polis pada 24.8.2022. Pada 30.8.2022, Pegawai Siasatan telah menjalankan siasatan fizikal ke atas Pemohon di Bilik Siasatan, IPK Selangor. [48] Mahkamah ini telah meneliti penjelasan dan alasan yang diberikan oleh Pegawai Siasatan berkaitan semua prosedur telah dipatuhi di dalam siasatan fizikal yang dijalankan ke atas Pemohon dan Pegawai Siasatan berpuas hati terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai Pemohon-Pemohon bersama sekumpulan besar orang pernah ada kaitan dengan aktiviti yang berhubungan dengan atau pengedaran dadah. [49] Seterusnya, Pegawai Siasatan menyatakan melalui Afidavit Jawapan dan Afidavit Balasan berkenaan rakaman percakapan dan hak diwakili peguam. Pada pandangan Mahkamah ini, seksyen 5 Akta tersebut tidak meletakkan kewajipan mandatori kepada pegawai siasatan untuk merakam percakapan, membekalkan rakaman percakapan tersebut atau memaklumkan Pemohon tentang pewakilan oleh peguam. [50] Mahkamah ini berpuas hati dengan alasan serta penjelasan yang diberikan oleh Pegawai Siasatan tersebut dalam menjalankan siasatannya ke atas kes Pemohon mengikut prosedur undang-undang. Dalam keadaan Pegawai Siasatan telah dilantik secara sah dan menjalankan tugas rasminya di bawah seksyen 5(2) dan seksyen 5(3) Akta LLPK tersebut, Mahkamah ini tidak mendapati mana-mana peruntukan lain tentang kewajipan Pegawai Siasatan yang menghendaki supaya merakam percakapan. Oleh yang demikian, adalah menjadi undang-undang yang mantap sekiranya tiada keperluan prosedur, maka tiadalah perlanggaran prosedur boleh berlaku. Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan, Lew Kew Sang v TMDN Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914 yang memperuntukkan "If there is no such procedural requirement, then there cannot be non-compliance thereof." [51] Justeru, berdasarkan alasan-alasan dan nas-nas di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa isu kelima yang dibangkitkan oleh Pemohon adalah tidak bermerit. Isu 6: Ketidakpatuhan kepada seksyen 6 Akta tersebut – kegagalan dalam menyatakan dan menerangkan secara terperinci perimeter dan/atau had bagi kawasan sekatan yang dikenakan ke atas Pemohon [52] Mahkamah ini telah meneliti Perintah Sekatan yang dikenakan ke atas Pemohon-Pemohon iaitu Perintah Sekatan bertarikh 29.9.2022 dan 23.9.2022. [53] Berdasarkan Perintah Sekatan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa Perintah Sekatan adalah jelas menyatakan Pemohon 1 dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Baung, Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Pemohon 2 pula dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Hulu Kinta, daerah Kinta, Perak. Manakala Pemohon 3 pula dikehendaki tinggal dalam kawasan Mukim Kuala Kuantan, daerah Kuantan, Pahang. [54] Mahkamah ini berpandangan bahawa ini sudah memadai untuk memberitahu Pemohon 1 bahawa dia boleh bergerak bebas di dalam Mukim Baung di Kota Bharu, Kelantan sahaja dan tidak boleh melepasi kawasan ini tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Manakala berkenaan dengan Pemohon 2 pula, beliau boleh bergerak bebas di dalam Mukim Hulu Kinta, daerah Kinta, Perak sahaja dan tidak boleh melepasi kawasan ini tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Seterusnya berkenaan Pemohon 3, beliau boleh bergerak bebas di dalam Mukim Kuala Kuantan, daerah Kuantan, Pahang sahaja dan tidak boleh melepasi kawasan ini tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.