1
Ini adalah rayuan terhadap sabitan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman iaitu perintah di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
CB-41S-9-08/2022
High Court of Malaysia27 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“anah dan Survei & Anor & Another Appeal [2006] 2 CLJ 251; [2006] 3 MLJ 289; PP v. Ahmad Firdaus Zulkifli [2017] CLJU 113; [2017] 1 LNS 113; [2017] 3 MLJ 492). [20] In Davendar Singh Sher Singh v. PP [2012] CLJU 261; [2012] 1 LNS 261, Azahar Mohammed JCA (as he then was) had this to say on appellate intervention (at p 6”
“gineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785; [2018] Supp MLJ 363; Hamit Matusin & Ors v. Penguasa Tanah dan Survei & Anor & Another Appeal [2006] 2 CLJ 251; [2006] 3 MLJ 289; PP v. Ahmad Firdaus Zulkifli [2017] CLJU 113; [2017] 1 LNS 113; [2017] 3 MLJ 492). [20] In Davendar Singh Sher Singh v. PP [2012] CLJU 261; [2012] 1”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah rayuan terhadap sabitan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Pendakwa Raya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman iaitu perintah di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
2
Dalam hal ini, Mahkamah terlebih dahulu akan meneliti kepada rayuan berkenaan dengan sabitan. Penelitian kepada hujahan bertulis dan hujahan lisan pihak Perayu adalah tidak dapat dinafikan bahawa isu utama yang ingin dikemukakan oleh pihak Perayu ialah ketiadaan identiti ataupun simati tidak dicamkan melalui laporan post mortem yang dikatakan tidak disediakan dengan sempurna. Malahan keterangan daripada bapa simati juga mengesahkan bahawa post mortem tidak dijalankan. Ini menunjukkan bahawa tiada sebarang keterangan yang dapat mengaitkan simati adalah mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
3
Namun demikian, Majistret dalam alasan penghakiman beliau telah meneliti keterangan-keterangan lain yang relevan bagi membuat dapatan kematian dan pengesahan bahawa simati adalah individu yang dinamakan dalam kertas pertuduhan sebagai mangsa dalam kejadian tersebut. Oleh yang demikian adalah jelas Majistret telah berpuas hati bahawa simati adalah individu yang dimaksudkan dalam pertuduhan tersebut.
4
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan adalah perlu berhati-hati dalam membuat dapatan yang dibuat oleh hakim bicara. Ini telah dinyatakan dalam kes Cantona Lim Xiang Kim v PP [2010] 1 CLJ 63 seperti berikut: “[19] As a matter of principle, an appellate court will not intervene with a decision of a trial court with whom the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. The appellate court would only intervene if it is convinced that there was no judicial appreciation by the trier of fact of the evidence adduced at the trial and that the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision. (see UEM Group Bhd v. Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785; [2018] Supp MLJ 363; Hamit Matusin & Ors v. Penguasa Tanah dan Survei & Anor & Another Appeal [2006] 2 CLJ 251; [2006] 3 MLJ 289; PP v. Ahmad Firdaus Zulkifli [2017] CLJU 113; [2017] 1 LNS 113; [2017] 3 MLJ 492).
20
In Davendar Singh Sher Singh v. PP [2012] CLJU 261; [2012] 1 LNS 261, Azahar Mohammed JCA (as he then was) had this to say on appellate intervention (at p 6): [9]... Nonetheless, it would be open to us to upset the findings made by a trial judge if such a finding is not supported by evidence or the decision is against the weight of the evidence or there is no proper judicial evaluation of the evidence or there is misdirection in law or the trial court 4 has fundamentally misdirected itself. In this regard, judicial appreciation and evaluation of evidence is at the heart of the duty of the learned trial judge. It is the duty of the learned trial judge to undertake a positive evaluation of the evidence, which includes a careful analysis of the credibility and reliability of the witnesses for the prosecution (see: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). It is also his duty to consider the entire evidence presented before him, including the evidence which favours the defence. On what constitutes judicial appreciation of evidence, it is apt to bear in mind the following words of Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97: A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness, test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who 5 makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness' evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
5
Ini bermakna adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas bahawa Mahkamah tidak akan campur tangan dalam dapatan yang dibuat oleh Majistret melainkan terdapat kekeliruan dalam penentuan tersebut.
6
Adakah Mahkamah ini wajar campur tangan terhadap dapatan, sabitan dan hukuman yang diberikan oleh Majistret? Bagi menjawab persoalan tersebut Mahkamah perlu meneliti keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi semasa perbicaraan dan bagaimana Majistret membuat dapatan sama ada ia berasaskan kepada keterangan yang dikemukakan atau sebaliknya. Mahkamah ini juga perlu melihat sama ada hakim bicara telah menggunakan prinsip undang-undang yang betul semasa mengendalikan keterangan-keterangan saksi-saksi semasa perbicaraan.
7
Berkenaan dengan isu pertama iaitu pengecaman simati Mahkamah ini mendapati bahawa Majistret telah mengambil kira keterangan saksi-saksi lain bagi mengesahkan bahawa yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah simati seperti yang dinyatakan di perenggan [3] di atas.
8
Namun demikian, perkara kedua yang perlu dilihat dalam aspek ini ialah adakah elemen bagi kesalahan di bawah seksyen 41 (1) APJ 1987 itu telah dibuktikan dengan ketiadaan laporan post mortem tersebut. Fakta bahawa simati adalah orang yang menjadi mangsa dalam kemalangan tersebut sudah pasti melalui keterangan saksi-saksi lain dapat ditunjukkan dengan jelas bahawa itulah orangnya yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Ia disokong pula dengan keterangan yang mana seorang saksi yang menyatakan beliau telah menunggang motosikal berada di belakang simati dan telah melihat kejadian tersebut. Ia mengesahkan bahawa simati adalah pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Persoalannya adalah adakah kematian simati adalah disebabkan oleh kemalangan tersebut.
9
Apa yang jelas daripada laporan perubatan seperti yang dihujahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya menyatakan laporan perubatan tersebut adalah diambil kira sebagai laporan post mortem. Namun demikian apa tercatat dalam nota keterangan dan keterangan daripada doktor yang menunjukkan bahawa berdasarkan kepada pengalaman beliau kecederaan yang dialami oleh simati itu adalah konsisten dengan kemalangan jalan raya. Persoalan yang timbul ialah adakah kecederaan tersebut secara pasti disebabkan oleh kemalangan 7 yang telah menimpa simati sehingga menyebabkan beliau telah meninggal dunia.
10
Dalam kes ini Mahkamah berpendapat Majistret telah membuat dapatan yang tepat berkenaan dengan identiti simati dan telah mengasaskan dapatan tersebut dengan penelitian kepada laporan post mortem yang mengesahkan bahawa kematian simati adalah konsisten dengan kemalangan jalan raya. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan yang dapat menyanggah keterangan tersebut.
11
Mahkamah ini juga telah meneliti alasan penghakiman Majistret bagi melihat sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan telah membuktikan bahawa Perayu telah memandu kenderaan secara berbahaya seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan.
12
Dalam hal ini tidak dapat dinafikan bahawa terdapat keterangan menunjukkan bahawa Perayu telah membuat pusingan U sehingga dikatakan melibatkan kemalangan ini. Tindakan Perayu tersebut telah disahkan oleh saksi mata SP3 dan SP4. Dapatan Majistret berkenaan tindakan Perayu tersebut adalah disokong keterangan kedua-dua saksi tersebut.
13
Persoalannya, adalah adakah tindakan Perayu membuat pusingan U boleh digolongkan dalam tindakan memandu secara berbahaya? Penelitian kepada alasan penghakiman adalah didapati Majistret telah memutuskan bahawa tindakan Perayu tersebut telah 8 menyebabkan pihak pendakwaan telah membuktikan intipati pertuduhan. Dapatan itu dapat dilihat di perenggan [26] hingga [27] alasan penghakiman seperti berikut:
26
Tindakan OKT yang secara tiba-tiba membuat pusingan U telah berlanggar dengan mangsa yang menunggang motosikal dan dibonceng SP4 dari arah sama sehingga menyebabkan kematian mangsa.
27
Ini menunjukkan OKT telah gagal mengambil kira keadaan jalan lurus dua hala, jalan tidak licin, tiada halangan, cuaca cerah, kawasan tidak dibenarkan pusingan U dan keadaan kesesakan lalulintas ketika kejadian. Hal ini dapat dilihat berdasarkan keterangan SP3, SP4 dan SP8.
14
Penelitian kepada keterangan SP4 menunjukkan bahawa dia menyatakan seperti berikut: Soalan : Jadi kamu nampak kemalangan berlaku? Jawapan : Nampak. Soalan : Ada apa-apa menghalang? Jawapan : Tiada. Soalan : Semasa myvi U turn ada signal diberi? Jawapan : Tak pasti.
15
SP3 memperihalkan kemalangan tersebut seperti berikut: Soalan : Cerita apa berlaku. Jawapan : Lebih kurang 4.00 - 4.30 gerak dari Lipis sampai di tempat kejadian masa tu jalan jem saya duduk di sebelah kiri. Kawan saya drive di sebelah kanan. Tibat-iba ada sebuah kereta membuat pusingan U turn secara tiba-tiba yang menyebabkan pertembungan antara kedua-dua kenderaan. Selepas kejadian saya park motosikal ke sebelah kiri untuk ke tempat kejadian. Ada masa sama ada org awam telefon pihak polis dan ambulans juga polis bantuan. Polis sampai dalam lebih kurang 10 min lepas tu. Lepas ambulans sampai mereka periksa kawan saya dan mereka bagitahu yang kawan saya Khairul Azmi Bin Azman dah tak ada. Mohd Khairul Nizam dibawa ke hospital untuk dibuat pemeriksaan.
16
Seterusnya SP3 menyatakan bahawa kawasan tersebut boleh memotong dengan menyatakan seperti berikut: Soalan : Adakah kawasan tersebut kenderaan boleh memotong? Jawapan : Boleh memotong tetapi tiada kawasan untuk pusingan U. Soalan : Di kawasan tersebut ada nampak tanda boleh buat pusingan U? Jawapan : Tak ada. Soalan : Adakah kenderaan myvi tersebut membuat apa-apa isyarat untuk buat pusingan U? Jawapan : Tak ada.
17
Berdasarkan kepada keterangan SP 3 dan SP 4 adalah jelas bahawa sama ada perayu telah memberikan lampu isyarat sebelum membuat pusingan U tidak dapat disahkan oleh SP 3. Namun begitu mahkamah juga perlu melihat keterangan SP 4 yang memperihalkan berkenaan kemalangan tersebut. Namun ia masih tidak dapat mengesahkan bahawa ia adalah kawasan yang tidak dibenarkan membuat pusingan U kerana tiada keterangan yang menunjukkan kawasan tersebut adalah garisan berkembar yang tidak membolehkan pusingan U dibuat.
18
Persoalan yang timbul ialah adakah tindakan Perayu itu adalah satu yang boleh digolongkan sebagai pemanduan berbahaya? Bagi menjawab persoalan ini Mahkamah perlu melihat kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Ng Beng Kok v PP [2017] 7 CLJ 157 apabila dinyatakan bahawa tiada definasi yang diberikan berkenaan dengan pemanduan berbahaya. Oleh kerana itu Mahkamah perlu melihat kepada keterangan-keterangan yang dapat menunjukkan keadaan yang menyebabkan kemalangan tersebut dan titik hentaman. Pada hemat mahkamah ia perlu digambarkan dan dicerminkan dalam 11 alasan penghakiman yang menunjukkan bahawa Majistret telah mengambil kira faktor-faktor yang berkenaan semasa memutuskan sama ada tindakan Perayu adalah sesuatu yang tergolong di dalam pemanduan yang berbahaya.
19
Namun demikian, dalam kes ini penelitan kepada alasan penghakiman tidak menunjukkan ianya telah dilakukan. Apa yang ada ialah disebabkan terdapatnya keterangan bahawa Perayu telah membuat pusingan U maka Perayu telah dikatakan memandu secara berbahaya. Pada hemat mahkamah sekiranya Majistret meneliti keterangan berkenaan dengan kelajuan pemanduan Perayu, kelajuan kenderaan simati dan keadaan lalulintas pada masa tersebut maka Majistret akan membuat dapatan yang berbeza.
20
Sekiranya dilihat kepada penganalisan Mahkamah Rayuan terhadap fakta dalam kes Ng Beng Kok (supra) terdapat dapatan daripada Majistret semasa perbicaraan dalam kes tersebut yang menyatakan bahawa Perayu dalam kes tersebut telah memandu dengan laju dan telah ditunjukkan dengan keterangan-keterangan yang menyatakan itu adalah merupakan keadaan yang jelas yang mana dinyatakan: “…… The manner of driving encompasses all matters connected with the management of the car by a driver when it was being driven. In our view, the speed of the appellant's motor vehicle is a relevant circumstance to the issue whether he was driving dangerously. If one speeds in an area where there are school 12 children or on a narrow busy road, surely that could amount to "dangerous manner of driving" which creates a serious risk of causing physical injury to some other person who might happen to be using the road, or doing substantial damage to property.” Ini tidak dapat dilihat dalam alasan penghakiman Majistret di dalam kes ini.
21
Jadi ini bermakna bagi membuat dapatan bahawa seseorang itu memandu secara berbahaya, keadaan, suasana, tempat dan bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku perlu diambil perhatian oleh hakim bicara. Oleh kerana itu Majistret dalam kes ini perlu melihat keadaan lalulintas dan bagaimanakah perayu membuat pusingan U pada masa itu. Ini bagi menentukan tindakan Perayu tersebut tergolong dalam pemanduan berbahaya berdasarkan kes Ng Beng Kok (supra) dan Ramiah v PP [1972] 2 MLJ 258. Adakah tindakan Perayu itu termasuk dalam kesilapan keputusan Perayu untuk membuat pusingan U pada masa tersebut, di tempat tersebut dan pada masa kemalangan itu berlaku.
22
Dalam hal ini pada hemat Mahkamah Majistret perlu melihat keterangan yang dikemukakan oleh salah seorang saksi yang melihat kemalangan tersebut yang dikatakan sedang menunggang motosikal di belakang simati yang menyatakan bahawa simati memandu dalam keadaan yang tidak laju dan bersesuaian dengan keadaan tempat tersebut. Mahkamah juga harus melihat bahawa tidak dapat dinafikan bahawa kesalahan yang dilakukan untuk buat pusingan U itu harus 13 dilihat sama ada ia tergolong dalam dikatakan bahawa ia adalah merupakan satu keadaan memandu secara berbahaya. Mahkamah ini mendapati Majistret tidak menganalisa keterangan-keterangan dengan mendalam sehingga Majistret telah membuat satu dapatan bahawa pemanduan yang dilakukan oleh pihak Perayu dalam kes ini adalah satu pemanduan yang dikatakan sebagai berbahaya hanya disebabkan terdapatnya keadaan yang sepatutnya Perayu tidak membuat pusingan U tersebut.
23
Mahkamah mendapati Majistret tidak meneliti keterangan-keterangan pendakwaan dengan sewajarnya. Oleh itu adakah dengan berdasarkan analisa yang dibuat oleh Majistret maka Mahkamah ini boleh menyatakan bahawa dapatan yang dibuat oleh Majistret tersebut adalah teratur bagi tujuan maksud seksyen 41 (1) APJ 1987?
24
Dalam kes ini mahkamah berpendapat dapatan Majistret berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan adalah tidak selamat untuk Perayu dipanggil membela diri di bawah seksyen 41(1) APJ 1987.
25
Mahkamah ini juga meneliti penilaian pembelaan oleh Majistret. Ia dapat dilihat di perenggan [44] alasan penghakiman tersebut di mana Majistret menyatakan seperti berikut: “[44] Oleh itu, Mahkamah dapati pembelaan OKT ini tidak dapat menimbulkan keraguan yang munsabah terhadap kes pendakwaan dan OKT didapati bersalah serta disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”
26
Pada hemat Mahkamah adalah mustahak untuk difahami apakah yang dimaksudkan dengan penafian semata-mata. Ini adalah disebabkan penafian semata-mata bukannya suatu pembelaan. Ini telah dinyatakan dalam kes PP v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 seperti berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient.”
27
Keputusan dalam kes Ling Tee Huah (supra) dibuat berdasarkan keterangan yang dinyatakan di dalam kes tersebut seperti berikut: “The accused's defence was one of denial. He said that PW1 had asked him for a loan of $20,000.00 but he never gave any money to PW1. He alleged that PW1 trapped him in alleging this offence against him because he had refused to co-operate in PW1's investigation against another DEP. The learned magistrate believed in the truthfulness of the explanation given by the accused having regard to the accused's demeanour.”
28
Berkenaan dengan hal ini mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes DA Duncan V Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195 melalui penghakiman YAA Raja Azlan Shah Hakim Besar Malaya ketika itu dalam mempertimbangkan satu keterangan sama ada ianya merupakan penafian semata-mata semasa pembelaan. Fakta dalam kes tersebut menunjukkan seperti berikut: “The appellant did not dispute that the bag was his but strenuously throughout his trial denied any connection with the four boxes.”
29
Seterusnya Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut telah membuat dapatan berkenaan pembelaan sedemikian dengan menyatakan seperti berikut: “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.”
30
Seterusnya begitu juga Mahkamah Rayuan dalam kes Mr Losali v PP [2011] 4 MLJ 694 ketika menimbangkan penafian-penafian yang dikemukakan oleh tertuduh yang mana penafian-penafian tersebut dibuat semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya dan tiada pemeriksaan semula oleh peguambela telah menolak pembelaan 16 tersebut dan memutuskan ianya hanyalah merupakan penafian semata-mata. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “[53] Having considered the defence of the appellant, the learned trial judge rightly came to the conclusion that the appellant failed to raise any reasonable doubt that the appellant was in fact actively involved and was the principal organiser in supplying the drugs in question.
54
The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake.”
31
Begitu juga di dalam kes Dato' Seri Anwar bin Ibrahim v Public Prosecutor and another appeal [2015] 2 MLJ 293. Dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan telah menolak pembelaan Perayu yang menyatakan bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah satu konspirasi politik. Keterangan tersebut diberikan daripada kandang salah tanpa memberikannya melalui keterangan bersumpah. Ini bermakna dakwaan tersebut tidak dapat disokong oleh mana-mana keterangan lain. Ini telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “[205] We hold that the Court of Appeal had adopted the right principle in assessing the appellant's statement from the dock. As such we find no merit on the appellant's complaint that the Court of Appeal had seriously misdirected itself in making adverse comments on the appellant's decision to give his statement from the dock. While it is true that it is within the appellant's right to give a statement from the dock, that statement must however amount to a credible defence. A mere denial does not amount to a credible defence. We hold that the defence of political conspiracy remains a mere allegation unsubstantiated by any credible evidence.”
32
Ini bermakna mahkamah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya menyatakan sesuatu pembelaan tersebut adalah penafian semata-mata. Sebaliknya mahkamah perlu meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan bagi menentukan sama ada ianya suatu penafian semata-mata. Ini adalah disebabkan di akhir kes pembelaan tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu mahkamah tidak boleh menyatakan bahawa setiap keterangan yang dikemukakan oleh tertuduh terutamanya pada peringkat pemeriksaan balas yang tidak mempersetujui cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sebagai penafian semata-mata. Ini adalah penting bagi mengelakkan mahkamah bicara terkhilaf apabila tidak menimbangkan keterangan-keterangan yang boleh menimbulkan keraguan munasabah kepada kes pendakwaan disebabkan menumpukan kepada keterangan yang digolongkan sebagai penafian semata-mata.
33
Dalam kes ini Perayu telah tidak sedarkan diri ekoran daripada kemalangan tersebut. Dia hanya sedar ketika menerima rawatan di hospital. Oleh yang demikian Perayu tidak dapat menjelaskan dalam keterangannya bagaimana kemalangan itu berlaku. Dia hanya boleh menyatakan keadaannya sejurus sebelum kemalangan itu berlaku. Ketidakupayaan Perayu untuk menjelaskan secara mendalam dalam keterangannya berkenaan dengan kemalangan tersebut pada hemat mahkamah ini tidak boleh dikatakan sebagai penafian semata-mata.
34
Apa yang wajar dilakukan oleh Majistret ialah menimbangkan sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak Perayu dalam kes ini telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan. Mahkamah mendapati bahawa penelitian yang sewajarnya tidak dilakukan kepada pembelaan Perayu.
35
Oleh itu setelah meneliti keseluruhan keterangan dalam kes ini, alasan penghakiman dan keterangan saksi-saksi, mahkamah berpendapat dapatan Majistret bahawa pertuduhan di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan tidak dapat dikekalkan. Rayuan adalah dibenarkan. Namun demikian keterangan yang ada dapat membuktikan kesalahan di bawah seksyen 43(1) APJ
1987
Setelah pertuduhan dibacakan Perayu telah mengaku salah di bawah seksyen 43(1) APJ 1987 dan dijatuhi hukuman yang sewajarnya. [36] Disebabkan mahkamah ini telah membenarkan rayuan Perayu dan menggantikan sabitan dan hukuman di bawah seksyen 43 (1) APJ 1987, maka rayuan Timbalan Pendakwa Raya berkaitan dengan perintah di bawah seksyen 294 KPJ ditolak. Bertarikh: 29hb. Julai 2024 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Perayu P. Taneswaran Tetuan Tanes, Khoo & Paulraj Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden Ain-Nur ‘Amieyerra Awod Abdullah Timbalan Pendakwa Raya Temerloh, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.