i
(i) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya;
/akn/my/judgment/high-court/2026/e501fb76-284a-4f93-ac44-112aaf8c34fb
High Court of Malaysia13 Mar 2026BA-45A-151-10/2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“6) If for some valid reasons the registered vehicle owner could not be called to give evidence, his statement ought to have been adduced and tendered as evidence pursuant to section 32(1)(i) of the Evidence Act 1950. That raised the question as to who was in actual control of the vehicle immediately prior to the date o”
“130. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Phrueksa Taemchim (Thailand) v Public Prosecutor [2013] MLJU 732 telah merujuk kepada kes Ibrahim Mohamed & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 yang memutuskan seperti berikut: "1) Possession is an important ingredient in a charge of trafficking. Unless direct evid”
“129. Mahkamah merujuk kepada kes Tay Cher Boon v PP [2025] CLJU 1821, Mahkamah Rayuan telah memberikan panduan seperti berikut di atas isu beban pembuktian: [46] Before concluding this judgment, we wish to take the opportunity to provide an illustrative explanation o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
BA-45A-151-10/2022 Kand. 83 25/05/2026 12:22:59 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-45A-151-10/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AZHARI BIN MOHD RASHID Pengenalan
section
1. Dalam kes ini, tertuduh, Mohd Azhari bin Mohd Rashid telah dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952") yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama bila sabit kesalahannya atas kesalahan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 30,539.9 gram.
section
2. Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut (P2): "Bahawa kamu pada 03.06.2022, jam lebih kurang 3.30 pagi bertempat di alamat hadapan rumah No. 8, Jalan PJS 2C/7, Kampung Medan, 46000 Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu "METHAMPHETAMINE" berat bersih 30,593.9 gram. Oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) di bawah Akta yang sama."
section
3. Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut dan telah dibicarakan.
section
4. Sepanjang perbicaraan kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi pendakwaan iaitu: SP1D/SJN Sharom Bin Md SaadJurustorSP2Harlisa Binti HaidhirAhli KimiaSP3ASP Mohd Faisal Bin JamaludinPegawai TangkapanSP4Mohd Rashid Bin Che MatPemilik kenderaanSP5Insp Muhammad Amirul Mukmin bin AzizPegawai Penyiasat Fakta Kes Pendakwaan
section
5. Pada 02.06.2022, jam lebih kurang 9.00 malam, satu taklimat berkenaan maklumat pengedaran dadah telah diberikan oleh (SP3) iaitu ASP Mohd Faizal Bin Jamaludin di Bilik Taklimat Pasukan Tindakan Khas, JSJN, Bukit Aman melibatkan 2 lelaki Melayu di sekitar Taman Medan, Petaling Jaya melibatkan kenderaan Ford Ranger no. pendaftaran DAN 166 warna kelabu ("kenderaan DAN 166").
section
6. Pada 3.6.2022 jam lebih kurang 12.40 tengah malam, semasa SP3 bersama sepasukan polis dari Pasukan Tindakan Khas, JSJN, Bukit Aman berada di kawasan Taman Medan, SP3 telah melihat kereta Ford Ranger no. pendaftaran DAN 166 menuju ke lebuhraya New Pantai Expressway ("NPE"). Seterusnya, kereta tersebut ditahan di KM 15.6, Lebuhraya NPE.
section
7. Setelah tangkapan dibuat, SP3 mendapati pemandu kereta adalah bernama Mohd Azhari Bin Mohd Rashid (tertuduh) manakala penumpang adalah penama Shahroazaha bin Ahmad.
section
8. Seterusnya, pada jam lebih kurang 2.20 pagi SP3 bersama pasukan tindakan khas JSJN pergi ke alamat No. 41, Jalan PJS 2C/15, Taman Medan, 48000 Petaling Jaya iaitu rumah tertuduh ("rumah No.41") yang dipandu arah oleh tertuduh.
section
9. Pada 2.30 pagi semasa sampai SP3 telah memperkenalkan diri sebagai polis kepada penghuni rumah iaitu Siti Zulaikha binti Derani (isteri tertuduh). Hasil pemeriksaan dalam rumah tiada menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
section
10. SP3 kemudian arahkan isteri tertuduh untuk ikut bagi membantu siasatan dan arahkan semua pasukan untuk ikut ke rumah emak tertuduh yang tidak jauh dari rumah tertuduh.
section
11. Pada jam lebih kurang 3.05 pagi SP3 dan pasukan telah membawa tertuduh, Shahroazaha dan Siti Zulaikah ke rumah No.8, Jalan PJS 2C/7 Kampung Medan, 46000 Petaling ("rumah No.8").
section
12. Pada jam lebih kurang 3.05 pagi, SP3 dan pasukan tiba di rumah No. 8 iaitu rumah emak tertuduh dan mengetuk pintu rumah beberapa kali lalu pintu telah dibuka oleh seorang wanita. Wanita tersebut adalah ibu tertuduh bernama Jainah Binti Jambari. Hasil pemeriksaan dalam rumah tersebut disaksikan tertuduh dan emaknya tiada menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
section
13. Pada 3.15 pagi SP3 telah menemubual tertuduh dan mendapati sebuah kereta Proton Gen 2 no. pendaftaran MBS 9913 ("kenderaan tersebut") diparkir di hadapan rumah tersebut.
section
14. SP3 kemudian arahkan anggota D/SM Shamrin untuk membantu beliau membuat pemeriksaan dalam kenderaan tersebut.
section
15. Pada jam lebih kurang 3.30 pagi SP3 telah membuat pemeriksaan di luar kenderaan tersebut mendapati semua pintu dan tingkap kereta bertutup dan berkunci. SP3 menekan penggera pada kunci kereta yang telah beliau rampas dari tertuduh dan melihat ada kerlipan lampu pada signal kiri kanan kenderaan tersebut.
section
16. SP3 membuat pemeriksaan sambil disaksikan oleh tertuduh dan membuka pintu sebelah pemandu. Hasil pemeriksaan ruang pemandu dan penumpang hadapan tiada menemui apa-apa barang salah. SP3 merampas (1) smart tag beserta kad Petronas Mesra ("Touch N Go") dibahagian ruang poket hadapan pemandu.
section
17. Pemeriksaan lanjut dalam kereta di tempat duduk penumpang bahagian belakang tiada menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
section
18. SP3 kemudian membuat pemeriksaan di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut mendapati bertutup. SP3 bertanyakan tertuduh bagaimana hendak membuka bonet tersebut dan tertuduh memaklumkan perlu tarik butang bonet di bahagian bawah sebelah tempat duduk pemandu.
section
19. SP3 kemudian pergi ke tempat duduk bahagian pemandu lalu melihat butang bonet belakang lalu menariknya. Bonet kemudian terbuka dan hasil pemeriksaan SP3 telah menjumpai di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut sebanyak (2) guni berwarna putih.
section
20. Pihak polis kemudiannya merampas: a) Satu (1) guni berwarna putih dalam keadaan terbuka di mana kiri dan kanan guni terikat dengan tali. Di dalamnya terdapat (26) bungkusan plastik berwarna hijau muda bertulisan Chinese Pin Wei disyaki dadah jenis Methamphetamine (anggaran berat 26,964 gram); b) Satu (1) guni berwarna putih bertulisan Dolphin Brand dalam keadaan berikat dengan tali. Di dalamnya terdapat (14) bungkusan plastik berwarna hijau muda bertulisan Chinese Pin Wei. Di dalam setiap bungkusan terdapat (1) peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (A/B: 14,531 gram); c) Satu (1) Smart Tag berserta Kad Petronas Mesra ("Touch N Go"); d) Sebuah kereta jenis Proton GEN 2 No. Pendaftaran MBS 9913; dan e) Satu (1) kunci jenama 'Proton' berwarna hitam.
section
21. Tertuduh dan rampasan dibawa balik ke Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Barang kes dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan hasil ujian dan analisis dadah adalah seperti mana jenis dan berat yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan.
section
22. Dalam konteks pengedaran dadah, adalah wajar diingatkan bahawa pihak pendakwaan, hendaklah membuktikan di akhir kes pendakwaan bahawa: a) Barang kes yang dirampas adalah dadah yang termasuk dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952); b) Tertuduh mempunyai jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah tersebut; c) Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut; dan d) Tertuduh mengedar dadah tersebut. Hujahan Pihak Pendakwaan Elemen Pertama: Identiti barang kes
section
23. Hasil rampasan barang kes dari Pegawai Serbuan (SP3) dan Pegawai Penyiasat (SP5) dalam keterangannya menyatakan telah menghantar dua (2) kotak berisi barang kes dadah syabu bertanda AR dan AQ dalam keadaan baik dan bersil, bersama dengan Borang Polis 31 (P10) kepada Jabatan Kimia Malaysia dan diterima oleh Ahli Kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (SP2).
section
24. Sebagai bukti penghantaran barang kes, Ahli Kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder telah serahkan kepada SP5 [1] resit rasmi dari Jabatan Kimia Malaysia dengan No Daftar Kimia 22-FR-B-14667 beserta tandatangannya (P11).
section
25. Setelah dianalisa, SP2 iaitu Ahli Kimia telah serahkan kepada SP5 [2] kotak barang kes bertanda "AR" dan "AQ" yang dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia bersama [3] salinan laporan kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah bernombor makmal 22-FR-B-14667.
section
26. Hasil analisa JKM dalam laporan kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah yang disediakan oleh SP2 mendapati tandaan barang kes yang dirampas daripada tertuduh mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti berikut: - "AR": satu guni plastik berwarna putih bertanda "R" diikat dengan tali plastik berisi 26 bungkusan plastik berwarna hijau bertulis "Chinese Pin Wei" bertanda "R1" hingga "R26" (P14(1-26)) masing-masing mengandungi satu peket plastik bertanda "R1a" hingga "R26a" (P15 (1a-26a)) yang mengandungi bahan kristal jernih dan setelah dianalisis, jumlah berat bersih bahan tersebut ialah
section
25972. 5 gram yang mengandungi 19791.0 gram methamphetamine. - "AQ": satu guni plastik berwarna putih bertulis "Dolphin Brand" bertanda "Q" diikat dengan tali plastik berisi 14 bungkusan plastik berwarna hijau bertulis "Chinese Pin Wei" bertanda "Q1" hingga "Q14" (P18(1-18), masing-masing mengandungi satu peket plastik bertanda "Q1a" hingga "Q14a" (19(1a-14a)) yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis SP2 dapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 13993.4 gram yang mengandungi 10802.9 gram methamphetamine. - [Bahan-bahan yang dianalisa "methamphetamine" selepas ini akan disebut ("dadah tersebut")]
section
27. Laporan Kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah bernombor makmal: 22-FR-B-14667 telah dijadikan exhibit P12. Identiti barang kes telah dibuktikan sebagai dadah jenis methamphetamine. Elemen kedua: lsu jagaan, kawalan dan milikan terhadap dadah yang ditemui di dalam bonet kereta Gen-2 di rumah No.8
section
28. Di peringkat pendakwaan, pihak pendakwaan telah memanggil pemilik kenderaan tersebut iaitu bapa tertuduh sendiri Encik Mohd Rashid bin Che Mat (SP4) untuk memberikan keterangan.
section
29. Melalui keterangan SP4 dan keterangan dokumen, kenderaan tersebut dibeli oleh SP4 sejak tahun 2008 dengan menerima dua (2) batang kunci kereta. Setelah beberapa tahun kereta tersebut dipakai, satu (1) batang kunci telah hilang dan hanya guna satu (1) batang anak kunci.
section
30. Pada tahun 2020, SP4 telah serahkan kenderaan tersebut bersama satu (1) batang anak kunci yang ada kepada tertuduh untuk kegunaan seharian bersama keluarganya di tempat tinggal tertuduh.
section
31. Sejak daripada serahan kunci tersebut, SP4 juga tidak lagi gunakan kereta tersebut setelah menyerahkannya kepada tertuduh.
section
32. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya tertuduh yang mempunyai akses penuh kepada kenderaan tersebut kerana SP4 sendiri menyatakan SP4 tidak ada lagi memegang kunci kenderaan tersebut yang telah diserahkan kepada tertuduh untuk kegunaan peribadi tertuduh. Ini membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan milikan terhadap dadah-dadah tersebut. Elemen ketiga: Tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut
section
33. Berkenaan elemen ini, pihak Pendakwaan memohon Mahkamah untuk melihat kepada fakta kes.
section
34. Pada awalnya tertuduh telah ditangkap di tepi jalan Kilometer 15.6 Lebuhraya New Pantai Express Way ("NPE").
section
35. Selepas itu, tertuduh telah pandu arah pihak polis pergi ke rumah yang didiaminya di rumah No. 41.
section
36. Tertuduh sekali lagi telah pandu arah pihak polis ke kenderaan tersebut. Semasa pihak polis sampai di tempat kenderaan tersebut sedang diparkir, kesemua pintu kereta dan bonet belakang kenderaan tersebut dalam keadaan berkunci.
section
37. Dengan menggunakan kunci Proton yang dirampas, pengadu telah membuka kenderaan tersebut dan telah menjalankan pemeriksaan dalam bonet dengan bantuan tertuduh.
section
38. Semasa pemeriksaan dilakukan, pihak polis menjumpai (2) guni berisi (40) bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 41.495 kilogram dalam bonet kenderaan tersebut.
section
39. SP3 kemudiannya merampas barang kes dan menangkap tertuduh serta membawa kesemuanya ke Pejabat Narkotik Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
section
40. Berdasarkan fakta kes tersebut, pihak pendakwaan berhujah bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah yang dijumpai dalam bonet kenderaan tersebut kerana kunci yang dirampas adalah hasil pandu arah tertuduh ke rumahnya di No.41 dan kemudian dipandu arah lagi ke rumah No.8, di mana di rumah No.8 tersebut terdapat kenderaan tersebut yang sedang diparkir di hadapan rumah ibunya yang di dalamnya mengandungi dadah berbahaya.
section
41. Selain daripada itu, dadah-dadah tersebut yang berada jauh daripada tertuduh dan dalam keadaan disimpan dan disembunyikan dalam bonet kenderaan tersebut juga menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut.
section
42. Pihak pendakwaan berhujah bahawa tertuduh tidak akan berbuat demikian sekiranya dia tidak mempunyai pengetahuan langsung berkenaan dengan dadah-dadah terssebut.
section
43. Oleh itu, pihak pendakwaan berhasrat mengguna pakai seksyen 8 Akta Keterangan 1950 bagi membuktikan elemen ini iaitu, di mana dalam kes ini dadah tersebut dijumpai hasil tindakan tertuduh sendiri yang telah pandu arah SP3 dan pasukannya dari tempat tangkapan awal sehingga ke rumah No. 41 dan kemudiannya ke rumah No.8 di mana kenderaan tersebut dijumpai.
section
44. Rujuk kes Amathevelli a/p P Ramasamy v PP [2009] 2MLJ 367 yang mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa perbuatan tertuduh yang menunjukkan dan membawa pihak polis kepada terjumpanya barang kes adalah relevan dan boleh diterima di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950.
section
45. Seterusnya, tidak juga lupa kepada fakta bahawa semasa tertuduh diserbu oleh SP3 dan pasukan serbuannya di lebuhraya NPE, tertuduh yang berada di dalam kereta Ford Ranger. Kedua-dua suspek keluar dari kereta dan cuba bertindak agresif dengan meronta-ronta semasa pihak polis membuat tangkapan.
section
46. Oleh itu, pihak pendakwaan hujahkan bahawa perbuatan tertuduh menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan yang sebenar atau langsung (direct knowledge) terhadap dadah-dadah yang dijumpai dalam bonet kenderaan tersebut. Elemen keempat: Tertuduh mengedar dadah tersebut
section
47. Bagi pembuktian elemen mengedar, pihak pendakwaan Mengguna pakai seksyen 37(da)(vi) Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
49. Berdasarkan kepada berat bersih dadah yang dirampas sebagai mana pertuduhan, pihak pendakwaan menggunakan anggapan undang-undang ini untuk menyatakan yang tertuduh memiliki dadah tersebut bagi tujuan pengedaran. Konklusi pihak Pendakwaan
section
50. Pihak Pendakwaan berhujah bahawa di akhir kes, Pendakwaan telah berjaya membuktikan setiap satu elemen kesalahan bagi pertuduhan tersebut. Oleh itu, pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh. Peringkat Pembelaan
section
51. Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie berdasarkan alasan-alasan berikut: a) Isu Pertama: Pihak pendakwaan gagal membuktikan kawalan, jagaan dan pengetahuan (milikan) tertuduh; b) Isu Kedua: Anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah dibangkitkan di atas kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil saksi-saksi material; c) Isu Ketiga: Wujudnya pecahan di dalam rantaian keterangan dan keraguan mengenai identiti eksibit; dan d) Isu Keempat: Percanggahan material di dalam keterangan saksi-saksi Pendakwaan. Isu pertama: Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kawalan, jagaan dan pengetahuan (milikan) tertuduh. A) Tertuduh bukan pemilik kenderaan tersebut.
section
52. Berdasarkan fakta kes, dadah-dadah tersebut telah dijumpai oleh SP3 di dalam kenderaan tersebut yang diparkir di hadapan rumah di alamat No.8.
section
53. Semakan menunjukkan tertuduh bukan pemilik kepada kenderaan tersebut kerana pemilik sebenar kenderaan tersebut adalah Mohd Rashid bin Che Mat (SP4) iaitu ayah kepada tertuduh. B) Tertuduh bukan pengguna tunggal kenderaan tersebut.
section
54. SP4 juga semasa memberi keterangan menyatakan bahawa kenderaan tersebut telah digunakan oleh beberapa orang iaitu Siti Zulaikha iaitu isteri tertuduh, tertuduh dan anak-anak SP4 yang lain.
section
55. Tertuduh tidak boleh dikatakan mempunyai kawalan atau jagaan terhadap kenderaan tersebut serta barang kes dadah yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut memandangkan tertuduh bukanlah satu-satunya pengguna kenderaan tersebut.
section
56. Terdapat juga keberangkalian bahawa dadah tersebut diletakkan oleh orang ketiga atau ada seseorang yang mempunyai kawalan dan akses terhadap kenderaan tersebut sebelum hari serbuan. C) Kunci kenderaan tidak dijumpai pada tertuduh
section
57. Pihak pembelaan berhujah bahawa tertuduh tidak pernah mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kenderaan tersebut dan kunci kenderaan tersebut tidak dijumpai dalam simpanan/pegangan tertuduh. Berdasarkan keterangan saksi Pendakwaan sendiri iaitu SP3, semasa tangkapan dibuat sehingga ketibaan di IPD, tiada sebarang kunci kenderaan tersebut dijumpai pada tertuduh.
section
58. SP3 dan SP5 juga mengesahkan bahawa kunci kenderaan tersebut dijumpai di rumah No.41 apabila serbuan dijalankan, tertuduh tidak berada di rumah tersebut dan yang berada di rumah tersebut adalah penama Siti Zulaikha Binti Derani, isteri beliau. D) Tertuduh tidak ditangkap semasa di dalam kenderaan tersebut ataupun berdekatan dengan kenderaan tersebut.
section
59. Pihak pembelaan berhujah bahawa ketidak beradaan tertuduh di dalam kenderaan tersebut mahupun berdekatan dengan kenderaan tersebut secara jelas menidakkan elemen "milikan" terhadap dadah yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut.
section
60. SP3 dalam keterangan mengesahkan bahawa tangkapan pertama tertuduh adalah di NPE Highway di mana ketika itu tertuduh menaiki kenderaan DAN 166 manakala kenderaan yang terdapatnya dadah-dadah tersebut berada di rumah No.8.
section
61. SP5 juga mengesahkan bahawa jarak antara tertuduh dan tempat dadah dijumpai adalah di antara 7 hingga 10 km dan tertuduh berada dalam kawalan polis dari jam 12.50 sehingga 3.30 pagi hari serbuan.
section
62. Pada masa yang sama, tiada saksi Pendakwaan yang dapat mengesahkan bahawa tertuduh pernah pada bila-bila masa berada berhampiran dengan kenderaan tersebut ketika ia diparkir di tempat ia dijumpai. Dengan demikian, tanpa sebarang bukti keberadaan fizikal atau "dealing" dengan kenderaan tersebut, maka milikan terhadap dadah-dadah tersebut tidak dapat dibuktikan. E) Tiada keterangan Tertuduh yang meletakkan eksibit dadah dadah di dalam kenderaan tersebut.
section
63. SP3 dengan jelas mengesahkan bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh telah meletakkan dadah di dalam kenderaan tersebut. Malah, mereka sendiri tidak dapat memastikan bila dan siapa yang meletakkan dadah di dalam kenderaan tersebut. F) Tiada cap jari atau DNA tertuduh pada eksibit dadah
section
64. SP5 mengesahkan dalam keterangan bahawa tiada DNA atau cap jari tertuduh dijumpai di dalam kenderaan tersebut mahupun pada barang kes dadah tersebut. G) Akses eksklusif kepada kenderaan tersebut dan dadah gagal dibuktikan
section
65. Adalah dihujahkan bahawa tertuduh tidak mempunyai akses eksklusif kepada kenderaan tersebut memandangkan: a) SP4 mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan oleh Siti Zulaikha, ahli keluarga lain dan anak-anak lain SP4; b) Kunci kenderaan tersebut tidak berada di dalam simpanan tertuduh; c) Kunci kenderaan dijumpai di dalam sebuah rumah di mana kunci kepada rumah tersebut juga tidak dijumpai pada tertuduh; d) Tertuduh tidak ditangkap di dalam kenderaan tersebut; e) Pada waktu serbuan dan tangkapan kunci kenderaan tersebut berada dalam kawalan Siti Zulaikha; f) Semasa soal siasat Nur Shahira Muhammad Rashid turut mengesahkan bahawa beliau melihat kelibat seorang bernama 'Abang Mat' berada di tempat pemandu kenderaan tersebut.
section
66. Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa hanya tertuduh seorang yang mempunyai akses eksklusif, milikan dan jagaan terhadap kenderaan tersebut. H) Tiada barang salah dijumpai pada tertuduh ketika serbuan
section
67. SP3 dan SP5 juga telah mengesahkan bahawa ketika pemeriksaan, tiada barang salah dijumpai pada tertuduh. I) Tiada barangan di dalam kenderaan tersebut yang dapat dikaitkan dengan tertuduh
section
68. Fakta bahawa tertuduh tiada kawalan atau jagaan ke atas kenderaan dan dadah tersebut diperkukuhkan lagi apabila tiada barangan yang dapat dikaitkan dengan tertuduh yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut. J) Tiada cap jari atau DNA tertuduh pada barang kes
section
69. Tiada sebarang kesan DNA dan / ataupun cap jari tertuduh dijumpai pada barang-barang yang disyaki dadah-dadah tersebut. Dengan demikian, inferens yang munasabah adalah bahawa tertuduh tidak menyentuh bungkusan tersebut dan dengan demikian tiada pengetahuan mengenai dadah-dadah tersebut. K) Tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut
section
70. Pihak Pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan ke atas dadah yang ditemui di dalam kenderaan tersebut. Tiada keterangan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut. L) Kelakuan (conduct) tertuduh membuktikan bahawa tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah di dalam kereta tersebut
section
71. Pihak pembelaan berhujah bahawa kelakuan tertuduh konsisten dengan kelakuan seorang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai. Tertuduh telah bekerjasama semasa serbuan dan dia telah ditangkap dengan mudah seperti mana dalam keterangan SP3. M) Cara dadah disimpan
section
72. Di dalam menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan atau sebaliknya, Mahkamah yang mulia ini perlu meneliti keterangan mengenai cara dadah-dadah tersebut dijumpai untuk membuat sebarang inferens mengenai pengetahuan.
section
73. Saksi-saksi Pendakwaan telah mengesahkan bahawa dadah dadah tersebut yang dijumpai di dalam guni-guni dalam kereta tersebut tidak dapat dilihat dengan mudah. Cara penyimpanan dadah-dadah tersebut adalah terlindung dan tidak dapat dilihat dengan mudah. Oleh itu, adalah tidak munasabah untuk membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah-dadah tersebut. Isu kedua: Anggapan bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai di atas kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi seperti Shahroazaha bin Ahmad, Abang Mat, Siti Zulaikha binti Derani, Nur Syahirah binti Mohd Rashid dan Puan Jainah.
section
74. Kegagalan pihak Pendakwaan memanggil saksi-saksi di atas ke Mahkamah untuk menjelaskan berkaitan apa yang berlaku dari waktu tertuduh ditahan sehinggalah penemuan dadah berbahaya di dalam kenderaan tersebut telah membangkitkan anggapan bertentangan di bawah S.114(g) Akta Keterangan 1950. Isu ketiga: Wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan dan timbul tanda tanya mengenai eksibit dadah.
section
75. Semasa perbicaraan, SP1, Jurustor telah mengemukakan sesalinan Pendaftaran barang-barang kes (P5A) manakala SP2, Ahli Kimia, telah mengemukakan laporan kimia (P12).
section
76. Melalui penelitian kepada kedua-dua dokumen tersebut, pihak pembelaan berhujah bahawa terdapat percanggahan di antara kedua-dua dokumen tersebut di mana percanggahan mengenai nombor rujukan makmal Jabatan Kimia.
section
77. Di dalam P5A, di bawah rupa bentuk dan butir-butir barang kes, dinyatakan nombor makmal sebagai "22-FR-B-14023", namun di dalam P12, no rujukan makmal yang dinyatakan adalah "22-FR-B-14667".
section
78. Perkara yang sama juga terjadi semasa Resit Kimia, P11 yang dikeluarkan. Ini merupakan percanggahan ketara yang menimbulkan tanda tanya mengenai identiti eksibit yang disita dan dikemukakan di Mahkamah.
section
79. Fakta ini telah disahkan oleh SP1 melalui Pernyataan Saksi SP1 (PSP 1) di mana dalam PSP 1 tersebut, barang-barang kes bagi kes ini telah didaftarkan dengan nombor "22-FR-B- 14023".
section
80. Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa terdapat perbezaan nombor makmal yang ketara dalam P5A dan P12 dan eksibit fizikal yang dikemukakan di Mahkamah.
section
81. Adalah dihujahkan bahawa ini telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya mengenai identiti eksibit yang dihantar ke Jabatan Kimia dan yang dikemukakan di Mahkamah. Adakah nombor rujukan makmal tersebut betul?
section
82. Eksibit manakah yang dihantar ke Jabatan Kimia oleh SP5? Adalah dihujahkan bahawa tanda tanya dan persoalan ini telah gagal dijawab oleh pihak pendakwaan dan menimbulkan jurang di dalam kes pendakwaan. Percanggahan dalam pergerakan barang kes sebelum dihantar ke Jabatan Kimia
section
83. SP1, Sarjan Sharom Bin Md Saad, Jurustor telah mengesahkan bahawa kotak bertanda "AQ" dan "AR" telah diterima pada 7.6.2022 pada jam lebih kurang 1 petang. SP1 telah merekodkan penerimaan barang kes di dalam borang pendaftaran barang-barang kes ekshibit P5A.
section
84. Menurut SP1, barang kes yang telah diterima oleh beliau telah diserahkan semula kepada SP5 Insp. Muhammad Amirul Mukmim bin Aziz, Pegawai Penyiasat pada 9.6.2022 jam lebih kurang 8.15 pagi untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
section
85. Namun demikian, keterangan SP1 tersebut bercanggah dengan keterangan SP5. SP5 pula mendakwa bahawa barang kes tidak dihantar ke stor barang tetapi berada dalam simpanan beliau sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.
section
86. Adalah dihujahkan bahawa berdasarkan percanggahan di atas, timbul persoalan-persoalan berikut: a) Barang kes apa yang diterima oleh SP1 pada 7.6.2022 daripada SP5; b) Barang kes apa yang diserahkan oleh SP1 pada 9.6.2022 kepada SP5; c) Apa terjadi kepada barang kes yang diserahkan pada 7.6.2022? d) Barang kes mana yang akhirnya dikemukakan ke Jabatan Kimia?
section
87. Oleh itu, pihak pembelaan berhujah bahawa percanggahan ini adalah material menunjukkan rantaian keterangan barang kes sebelum ia dikemukakan ke Jabatan Kimia. Kedua-dua versi yang bercanggah ini telah gagal dijelaskan oleh saksi-saksi Pendakwaan dan menimbulkan tanda tanya mengenai rantaian identiti barang kes yang dihantar ke Jabatan Kimia. Isu keempat: Percanggahan material di dalam keterangan saksi saksi pendakwaan
section
88. SP3 dan SP5 merupakan saksi-saksi utama pihak pendakwaan. Namun demikian adalah dihujahkan bahawa kredibiliti mereka adalah diragui terutamanya apabila telah terbukti bahawa keterangan mereka bercanggah secara material di antara satu sama lain.
section
89. Percanggahan di antara SP3 dan SP5 dalam persoalan, siapakah yang berada di rumah No 41 semasa pihak polis tiba di lokasi tersebut?
section
90. Melalui keterangan kedua-dua saksi tersebut, terdapat 2 versi yang dapat disimpulkan di akhir kes pendakwaan yang mana, kedua-duanya adalah bertentangan jaitu: a) Versi oleh SP3; SP3 mengesahkan bahawa apabila pihak polis tiba di rumah No.41 Siti Zulaikha dan Ibu Siti Zulaikha yang berada dirumah tersebut. b) Versi oleh SP5: SP5 menyatakan bahawa apabila pihak polis tiba di rumah No.41, Siti Zulaikha dan anak-anak yang berada di rumah tersebut.
section
91. Pihak pembelaan berhujah bahawa percanggahan ini gagal dijelaskan oleh saksi-saksi Pendakwaan dan menimbulkan tanda tanya di atas keboleh percayaan SP3 dan SP5 dan menimbulkan keraguan munasabah di dalam kes Pendakwaan. Konklusi pihak pembelaan
section
92. Oleh yang demikian, pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati pertuduhan dan dengan demikian pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
section
93. Pada masa yang sama, pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Kes pihak pendakwaan dipenuhi dengan keraguan dan kelompangan yang telah gagal dijelaskan. Sekiranya sebarang anggapan diguna pakai, anggapan tersebut telah berjaya disangkal di atas imbangan kebarangkalian.
section
94. Oleh itu, pihak pembelaan dengan rendah diri memohon agar tertuduh dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.
section
95. Di akhir kes pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk menilai secara maksimum keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak Pendakwaan bagi menentukan sama ada satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan.
section
96. Prinsip maximum evaluation telah dijelaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ yang mana Mahkamah Persekutuan telah menggariskan langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh Mahkamah bicara di akhir kes Pendakwaan seperti berikut: "i) The close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused. ii) Ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defense and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No", then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted."
section
97. Dalam kes ini, tertuduh Mohd Azhari bin Mohd Rashid telah dituduh seperti pertuduhan di eksibit P2. Dadah yang terlibat adalah dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 30,539.9 gram.
section
98. Intipati yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut:
i
(i) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya;
subparagraph
(ii) Tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan dan milikan terhadap dadah yang dijumpai di dalam kereta Proton Gen 2 MBS 9913 ("kenderaan tersebut");
subparagraph
(iii) Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di dalam kereta tersebut; dan
subparagraph
(iv) Tertuduh telah mengedar dadah tersebut
i
(i) Dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya
section
99. SP5 iaitu Pegawai Penyiasat dalam keterangannya mengatakan telah menghantar dua (2) kotak berisi barang kes dadah syabu bertanda "AR" dan "AQ" dalam keadaan baik dan bersil, bersama dengan Borang Polis 31 (P10) kepada Jabatan Kimia Malaysia dan diterima oleh Ahli Kimia iaitu Puan Harlisa binti Haidhir Harminder (SP2).
section
100. Sebagai bukti penghantaran barang kes, SP2 telah serahkan kepada SP5 [1] resit rasmi dari Jabatan Kimia Malaysia dengan Nombor Daftar Kimia 22-FR-B-14667 berserta tandatangannya (P11).
section
101. Pada 3.8.2022 setelah dianalisa, SP2 telah serahkan kembali kepada SP5 [2] kotak barang kes bertanda "AR" dan "AQ" yang dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia bersama [3] salinan laporan kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah bernombor makmal 22-FR-B-14667.
section
102. Hasil analisa Jabatan Kimia Malaysia dalam laporan kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah yang disediakan oleh SP2 mendapati barang kes yang dirampas mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seperti berikut: - - "AR": satu guni plastik berwarna putih bertanda "R" diikat dengan tali plastik berisi 26 bungkusan plastik berwarna hijau bertulis "Chinese Pin Wei" bertanda "R1" hingga "R26" (P14(1-26)) masing-masing mengandungi satu peket plastik bertanda "R1a" hingga "R26a" (P15 (1a-26a)) yang mengandungi bahan kristal jernih dan setelah dianalisis, jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 25972.5 gram yang mengandungi 19791.0 gram methamphetamine. - "AQ": satu guni plastik berwarna putih bertulis "Dolphin Brand" bertanda "Q" diikat dengan tali plastik berisi 14 bungkusan plastik berwarna hijau bertulis "Chinese Pin Wei" bertanda "Q1" hingga "Q14" (P18(1-18) masing-masing mengandungi satu paket plastik bertanda "Q1a" hingga "Q14a" (19(1a-14a)) yang mengandungi bahan kristal jernih. Setelah dianalisis SP2 dapati jumlah berat bersih bahan tersebut ialah 13993.4 gram yang mengandungi 10802.9 gram methamphetamine.
section
103. Laporan Kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah bernombor makmal: 22-FR-B-14667 telah dijadikan exhibit P12. Identiti barang kes telah dibuktikan sebagai dadah jenis methamphetamine. ii) Tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan.
section
104. Berdasarkan fakta kes, dadah dijumpai oleh SP3 di dalam kenderaan tersebut yang terletak di luar parkir rumah No.8. Tertuduh bukanlah pemilik kenderaan tersebut. Ini jelas dari keterangan SP4 pemilik kenderaan tersebut iaitu bapa kepada tertuduh. (rujuk polisi insurans kereta MBS 9913 ekshibit P30).
section
105. Mengikut keterangan SP4 kenderaan tersebut diguna oleh tertuduh untuk menghantar anak ke sekolah. SP4 juga mengatakan bahawa kenderaan tersebut bukan sahaja digunakan oleh tertuduh tetapi juga diguna oleh isteri tertuduh iaitu Siti Zulaikha, dan anak-anak SP4 yang lain.
section
106. SP4 juga menyatakan bahawa bila kereta ada di rumah beliau, kunci kenderaan tersebut disimpan di ruang tamu dan sesiapalah dalam keluarga akan guna dan boleh guna kenderaan tersebut.
section
107. Apa yang dapat disimpulkan dari keterangan SP4 bahawa kenderaan tersebut boleh digunakan oleh semua ahli keluarganya dan bukan tertuduh semata-mata.
section
108. Ini menunjukkan bahawa tertuduh bukanlah pengguna tunggal kenderaan tersebut. Adalah sukar mengatakan bahawa tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan eksklusif terhadap kenderaan tersebut serta barang kes dadah yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut.
section
109. Saksi SP3 dan SP5 juga tidak dapat mengesahkan bahawa pada hari kejadian tertuduh seorang sahaja yang menggunakan kenderaan tersebut. Siti Zulaikha atau manamana ahli keluarga yang ada akses kepada kenderaan tersebut tidak dipanggil sebagai saksi untuk menjelaskan tentang fakta penting ini.
section
110. Dari keterangan SP3 kunci (P9) dijumpai di rumah tertuduh di ruang tamu seperti dalam gambar P28 (8) dan (9) bertanda X. SP3 telah merampas kunci kenderaan tersebut untuk siasatan lanjut. (rujuk P21 Report PJ6599/22). Mahkamah juga ingin merujuk kepada keterangan SP3 berkaitan kunci seperti berikut: S: secara spesifik dimana kunci dimana kunci kereta Gen 2 ditemui tidak dinyatakan di dalaam dokumentasi semasa Tarikh serbuan betul? Laporan polis, borang bongkar. J: Kecuali dalam WS S: Adakah dijumpai diruang terbuka ruang tamurumah No.42? J: Betul S: Dekat mana rumah? J: Didalam kotak di bahagian ruang tamu. S: Kotak berada dimana diruang tamu? J: Berdekatan dinding rumah. S: Dinding, kotak atas meja makan ke lantai? J: Rak
section
111. Dari keterangan SP3 sendiri tiada masalah untuk mendekati kunci tersebut, kawasan tidak berkunci. Mengikut SP3, orang yang mengawal kunci pada masa tersebut adalah isteri tertuduh Siti Zulaikha dan mak mertuanya.
section
112. Apa yang meragukan, walaupun kunci kenderaan dijumpai di rumah tertuduh tetapi adalah menjadi tanda tanya kenapa pada hari kejadian kenderaan di parkir di rumah No.8 dan kunci berada di rumah No 41? Persoalan ini tidak dijawab oleh pihak Pendakwaan.
section
113. Tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bila dan siapa yang membawa kenderaan tersebut ke situ, adakah ahli keluarga SP4 atau pihak ketiga yang meminjam kenderaan tersebut? Inferens boleh dibuat bahawa kemungkinan terdapat orang lain yang meletakkan dadah di dalam kenderaan tersebut, lebih-lebih lagi dalam kes ini SP4 dengan jelas dalam keterangannya menyatakan bahawa kenderaan tersebut bukan sahaja dipakai oleh tertuduh tetapi isteri tertuduh dan anak-anak SP4 yang lain. (Rujuk kes Pendakwa Raya v Leong Chee Wai [2014]1 LNS 1341.)
section
114. Nur Syahirah (A12) iaitu adik bongsu tertuduh dalam keterangan melalui rakaman percakapan kepada SP5 telah menyatakan bahawa pada malam kejadian, jam lebih kurang 11 malam di rumah No.8, beliau telah nampak kelibat seseorang seperti "Abang Mat" berada di tempat memandu kenderaan tersebut.
section
115. Malangnya Nur Syahirah tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk menjelaskan persoalan ini, walaupun SP5 sendiri dalam keterangannya menyatakan bahawa Nur Syahirah adalah saksi yang penting untuk mengesahkan mengenai penggunaan kenderaan tersebut sebelum tangkapan dibuat.
section
116. Tiadanya kesan cap jari mahupun DNA tertuduh dijumpai dalam kenderaan tersebut mahupun pada guni-guni dadah yang dijumpai untuk membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan, jagaan dan milikan ke atas dadah-dadah tersebut.
section
117. Tiada barangan peribadi tertuduh dalam kenderaan tersebut yang boleh mengaitkan tertuduh dengan dadah-dadah tersebut. Barang salah juga tidak dijumpai pada badan tertuduh ini disahkan oleh SP3 dan SP5.
section
118. Tiada keterangan yang dapat menyokong bahawa tertuduh mempunyai kawalan, milikan mahupun pengetahuan tentang dadah yang berada dalam kenderaan tersebut selain dari Pendakwaan menggunakan fakta bahawa tertuduh yang memandu arah SP3 dan pasukan ke rumah No.41 seterusnya ke rumah No.8 dan seterusnya pandu arah SP3 kepada kenderaan tersebut yang mana dadah-dadah tersebut dijumpai.
section
119. Berbalik kepada tangkapan pertama tertuduh di NPE Highway ketika tertuduh menaiki kenderaan Ford Ranger (DAN 166) yang mana jarak adalah 3 hingga 5 km dari tempat di mana dadah-dadah tersebut ditemui.
section
120. SP3 dalam kes ini tidak mengemukakan laporan rampasan kereta DAN 166 dan tangkapan tertuduh dan seorang suspek (Shahroazaha) yang merupakan Laporan Pertama (Bricksfields Report 5534/22) yang merupakan titik tolak kejadian dalam kes ini. Laporan ini penting untuk menunjukkan kronologi tangkapan tertuduh sehinggalah dadah-dadah tersebut dijumpai.
section
121. SP3 hanya mengemukakan laporan polis Petaling Jaya seperti dalam ekshibit P21, P22 dan P23 walaupun mengakui Laporan Pertama adalah penting. Dalam ketiga-tiga report tersebut SP3 menyatakan bahawa tertuduh yang memandu arah ke rumah No.41, ke rumah No.8 dan ke tempat kenderaan tersebut yang diparkir di hadapan rumah No.8 di mana dadah-dadah tersebut dijumpai.
section
122. Mahkamah mendapati memandu arah yang dikatakan oleh pihak Pendakwaan tidak mencukupi untuk membuktikan pengetahuan dan kawalan terhadap dadah yang dijumpai dalam kenderaan tersebut tanpa keterangan saksi-saksi yang material.
section
123. Dalam kes ini fakta-fakta berikut perlu diambil kira: 1) kenderaan bukan milik tertuduh; 2) kunci kenderaan tersebut tidak dijumpai pada badan tertuduh semasa tangkapan dibuat dan berada di ruang tamu di mana orang lain juga mempunyai akses; 3) dari keterangan SP4 tertuduh bukan pengguna tunggal yang menggunakan kenderaan tersebut; 4) Dadah-dadah tersebut dijumpai di dalam bonet kenderaan yang di parkir di rumah No.8 yang bukan rumah tertuduh; 5) Persoalannya, siapa orang terakhir yang menggunakan kenderaan tersebut; 6) Orang-orang yang berada di tempat kejadian perlu dipanggil untuk membuktikan kes pihak Pendakwaan; 7) Tertuduh bukan berada di dalam kereta mahupun berdekatan kenderaan tersebut secara direct semasa dadah-dadah tersebut dijumpai. 8) Pihak Pendakwaan lebih bergantung kepada pandu arah tertuduh dalam membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai milikan, kawalan, jagaan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. (P21.P22 dan P23)
section
124. Tanpa penjelasan fakta tersebut di atas adalah sukar untuk Mahkamah ini membuat dapatan bahawa tertuduh memiliki, mempunyai kawalan atau jagaan terhadap dadah-dadah tersebut yang dijumpai dalam kenderaan tersebut.
section
125. SP3 Pegawai Serbuan dalam keterangan beliau semasa soal balas tidak dapat mengesahkan siapa yang menggunakan kenderaan tersebut, bila dadah dimasukan ke dalam kereta. Beliau tidak nampak siapa yang memarkir kenderaan tersebut, juga tidak nampak dan di antara jam 12.50 - 3.30 pagi kenderaan bukan di bawah kawalan tertuduh kerana tertuduh pada masa itu bersama dengan SP3.
section
126. Mengikut SP3 bila beliau tarik, boot kenderaan tersebut terbuka dan nampak guni dan tidak tahu itu dadah cuma nampak plastik hijau dan jika buka plastik hijau baru boleh nampak dadah.
section
127. Mahkamah ingin menarik perhatian kepada hujahan pihak Pendakwaan yang hanya bergantung kepada fakta seperti di bawah untuk membuktikan kawalan, jagaan dan kawalan iaitu: i) kereta tersebut telah diserahkan oleh SP4 kepada tertuduh pada tahun 2020 bersama satu batang anak kunci untuk kegunaan seharian tertuduh bersama keluarganya; dan ii) Pihak Pendakwaan menyatakan bahawa sejak serahan kunci tersebut, SP4 tidak lagi menggunakan kenderaan tersebut.
section
128. Mahkamah mendapati adalah tidak mencukupi oleh pihak Pendakwaan hanya bergantung kepada dua perkara di atas untuk membuat kesimpulan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kawalan, jagaan dan milikan dadah-dadah tersebut terhadap tertuduh. (rujukan kepada perenggan 16 hingga 22 kandungan 72 hujahan pihak Pendakwaan).
section
129. Mahkamah merujuk kepada kes Tay Cher Boon v PP [2025] CLJU 1821, Mahkamah Rayuan telah memberikan panduan seperti berikut di atas isu beban pembuktian: [46] Before concluding this judgment, we wish to take the opportunity to provide an illustrative explanation of the three standards of proof that are consistently applied in a criminal trial in court. This is done with the aim of clarifying and facilitating the understanding of the concept of the burden of proof for the benefit of legal practitioners. The levels of proof outlined below can be summarised as follows: First: Beyond Reasonable Doubt In criminal cases, the burden of proof always lies with the prosecution to prove the accused's guilt beyond reasonable doubt. This is the highest standard of proof. Second: Balance of Probabilities In a criminal case where a statutory presumption applies, if the burden of proof shifts to the defence at the end of the prosecution's case, then the level of proof that must be discharged by the accused is on a balance of probabilities. In a criminal offence that does not involve any statutory presumption that must be rebutted by the accused, the level of proof required for the accused to exonerate and acquit themselves from the charge is lower than the balance of probabilities. At this stage, the accused only needs to create a reasonable doubt in the prosecution's case."
section
130. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Phrueksa Taemchim (Thailand) v Public Prosecutor [2013] MLJU 732 telah merujuk kepada kes Ibrahim Mohamed & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113 yang memutuskan seperti berikut: "1) Possession is an important ingredient in a charge of trafficking. Unless direct evidence of trafficking is adduced, the prosecution must prove the ingredient of "possession" and the trial judge must make an affirmative finding of "possession" before the presumption of trafficking under s37(d) of the Act can be invoked; 2) Neither one of the accused were the registered owner of the vehicle. The registered owner of the vehicle was never called as prosecution witness. The courts below concluded that the second accused had custody and control over the drugs on the mere fact that he was a passenger of the vehicle when he was arrested and that several months prior to his arrest the second accused was summoned for driving the vehicle without licence in Kedah. There was nothing to suggest as to what happened to the vehicle in between the period he was summoned in Kedah until the date of his arrest. A fact cannot be proved by presumption. A finding must be made based on proved facts or inferences drawn from proved facts. It followed that there was no evidence to prove that both accused were exclusively in custody and control of the vehicle prior to their arrest; 3) There were many favourable inferences that could be made to both accused from the existing factual matrix of the case. The vehicle could have been rented to a third party or the registered owner of the vehicle could have taken possession of the vehicle after the second accused's summons incident in Kedah. Those favourable inferences were never considered by the courts below which casted a reasonable doubt on the element of custody and control. The failure of the courts below to consider that issue was misdirection in law. 4) Notwithstanding that the prosecution has complete discretion as to the choice of witnesses to be called at the trial, it has a duty to call all necessary witnesses essential to the unfolding of the narrative of the prosecution's case. In the present case, the question as to how the vehicle came to be in the custody and control of both accused still remained unanswered. The registered owner of the vehicle was the one that held the key to the unfolding of the events without which there were gaps in the prosecution's case; 5) There was a danger of relying on a tip-off case as there was a possibility that the drugs might have been planted in order to implicate the accused (see Abdullah Zawawi Yusoff v. PP). The prosecution must exclude possibilities that other individuals might have had access to the drugs. In the present case, the prosecution failed to adduce evidence that the registered vehicle owner and/or other individuals had no access to the vehicle prior to the date of arrest of both accused. Further, the courts below erroneously took the position that the failure to call the registered vehicle owner was not fatal as he was not together with both accused when they were arrested; 6) If for some valid reasons the registered vehicle owner could not be called to give evidence, his statement ought to have been adduced and tendered as evidence pursuant to section 32(1)(i) of the Evidence Act 1950. That raised the question as to who was in actual control of the vehicle immediately prior to the date of arrest of both accused. Further, there was no evidence to indicate for how long both accused had possession of the vehicle..."
section
131. Dalam kes ini tindakan berasaskan maklumat (tip-off case), pertama pihak Pendakwaan perlu membuktikan milikan dan kawalan terhadap kenderaan tersebut sebelum anggapan boleh dibuat. Persoalan bagaimana kenderaan tersebut berada di rumah No.8, siapa sebenarnya yang ada kawalan dan milikan eksklusif terhadap kenderaan tersebut masih tidak terjawab oleh pihak pendakwaan.
section
132. Juga, tiada keterangan yang dapat menjelaskan apa yang terjadi di rumah No.8 semasa tangkapan tertuduh di NPE Highway. Siapa yang ada akses dan kawalan terhadap kenderaan tersebut?
section
133. Kunci kenderaan tersebut berada dengan Zulaikha pada pukul 12.30 malam hingga 3.30 pagi, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan untuk menjelaskan persoalan ini.
section
134. Mahkamah ingin menarik perhatian terhadap keterangan yang diberikan oleh SP5 seperti berikut: - S: Antara 12.30 hingga 3.30 pagi, kunci tidak berada secara fizikal dengan tertuduh betul? J: Benar YA S: Kunci berada dengan Zulaikha dalam tempoh masa tersebut. Dirumah dialah betul? J: Dirumah dia, benar. S: Tuan, jam berapa Gen 2 dihadapan rumah? Jam berapa tuan Gen 2 dipakir dihadapan rumah No. 8 tuan? J: Siasatan saya lebih kurang 8 malam. S: 8 malam dipakir sana. Dalam Gen 2 ni tuan, dalam Gen2 jumpa apa-apa dokumen milik tertuduh? S: Jumpa apa-apa DNA tertuduh? J: Tidak YA. S: Pada badan OKT, ada kita jumpa apa-apa yang dapat dikaitkan dengan Gen 2 itu? J: Tidak ada hanya kunci rumah. S: Saya ulang tuan, pada OKT, pada badan dia, ada apa-apa yang dapat dikaitkan dengan Gen 2? J: Tidak ada. S: Saya cadangkan kepada Tuan bahawa Nur Syahira boleh mengesahkan mengenai penggunaan kereta Gen 2 ikut kata tuan lah? J: Benar YA. S: Dan saya cadangkan juga Nur Syahirah ada melihat siapa yang menggunakan kereta tersebut. Betul tak? Dia ada menyaksikan siapa guna kereta ini, betul tak? J: Pada waktu bila. S: Sebelum polis tangkap. J: Betul YA S: Kereta tidak disorok lah dia jumpa betul-betul depan rumah Mak OKT lah? J: Benar YA.
section
135. Adalah jelas dari keterangan di atas bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan bahawa tertuduh bukan sahaja tidak ada akses eksklusif kepada kenderaan tersebut tetapi secara tidak langsung gagal membuktikan dadah-dadah tersebut adalah dalam milikan, kawalan dan jagaan eksklusif tertuduh. (rujuk kes Mahkamah Rayuan Ooi Choon Hock v PPN [2014]2 MLJ 200.) iii) Tertuduh tiada pengetahuan mengenai dadah yang dijumpai di dalam kereta tersebut
section
136. Dalam kes ini pihak Pendakwaan harus membuktikan bahawa tertuduh mempunyai milikan ke atas dadah-dadah tersebut yang ditemui di dalam kenderaan tersebut. Untuk membuktikan intipati "milikan," pihak Pendakwaan harus membuktikan melalui keterangan kredibel bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut. Seperti hujahan di atas, pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan tertuduh mempunyai milikan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut.
section
137. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan bahawa milikan hanya dapat dibuktikan sekiranya pengetahuan tertuduh dapat dibuktikan. [15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish "possession". The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, by direct knowledge has to be proved either evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17)."
section
138. Dalam kes ini pihak Pendakwaan antara lain bergantung kepada kelakuan tertuduh untuk membuktikan pengetahuan. SP3 di dalam penyataan saksi beliau menyatakan "Kedua-dua tertuduh bertindak agresif dengan meronta-ronta semasa pihak polis membuat tangkapan". Walau bagaimanapun, Mahkamah dapati perlakuan kedua-dua suspek tidak disebut di dalam report Petaling Jaya (P21). SP3 hanya menyatakan dalam penyataan saksi beliau di Mahkamah (PSP3) yang mana menimbulkan keraguan keterangan SP3.
section
139. Mahkamah juga mendapati bahawa pihak Pendakwaan dalam hujahan telah menyatakan bahawa setelah sampai di rumah No.41 tertuduh telah mengambil dan serahkan kepada pengadu (1) kunci kereta berlogo Proton dan pengadu jalankan siasatan dibawah seksyen 37(1)(b) ADB 1952 yang mana tertuduh telah mengaku ada simpan dadah dalam sebuah kereta Proton Gen 2 yang berada di hadapan rumah ibunya di rumah No.8. Fakta ini adalah bertentangan dengan report (P21) yang dibuat oleh SP3 bahawa beliau merampas satu kunci kereta bertulis Proton di dalam rumah No.41. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan dalam Mahkamah yang menyatakan bahawa tertuduh mengaku ada menyimpan dadah dalam kenderaan tersebut. (rujuk hujahan Pendakwaraya di perenggan 24 kandungan 72) SP3 dalam report (P23) hanya menyatakan bahawa di rumah No.8 pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dengan dipandu arah oleh tertuduh sendiri.
section
140. Pihak pendakwaan bergantung kepada pandu arah tertuduh dari rumah No.8 ke kenderaan tersebut yang dijumpai dadah-dadah merbahaya tersebut. Mengikut kes Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4CLJ 113: "The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs". Mahkamah berpendapat bahawa dengan hanya dipandu arah dan kunci berada dirumah tertuduh tidak bermakna tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap dadah-dadah tersebut.
section
141. Pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa dalam keadaan dadah-dadah tersebut berada jauh daripada tertuduh dan dalam keadaan disimpan dan disembunyikan dalam bonet kenderaan tersebut juga menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah-dadah tersebut yang mana Mahkamah mendapati dengan fakta tersebut pendakwaan tidak boleh membuat inferens bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan.
section
142. Pihak Pendakwaan perlu membuktikan intipati pengetahuan untuk membuktikan milikan. Persoalan-persoalan tentang milikan, kawalan, jagaan dan pengetahuan telah ditimbulkan di atas yang tidak dapat dijawab oleh pihak Pendakwaan, dan dari penelitian Mahkamah terdapat beberapa percanggahan keterangan oleh pihak pendakwaan sendiri berkenaan isu pemilikan, kawalan, jagaan dan juga pengetahuan yang tidak sepatutnya berlaku. Saksi-saksi material tidak dipanggil oleh pihak Pendakwaan
section
143. Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan gagal memanggil saksi-saksi penting untuk menyokong kes Pendakwaan seperti, Siti Zulaikhah, Shahroazaha, Nur Shahirah, Jainah dan Abang Mat.
section
144. Penama Siti Zulaikhah isteri tertuduh yang ditahan bersama tertuduh di rumah No.41 juga tidak dipanggil sebagai saksi Pendakwaan untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi di rumah No. 41 semasa tahanan dibuat keatasnya oleh SP3 serta pasukannya.
section
145. Perkara yang paling penting adalah untuk beliau menjelaskan berkaitan kunci kenderaan tersebut yang dijumpai di ruang tamu rumah yang mana pada masa itu beliau yang berada di rumah No.41.
section
146. Keterangan beliau adalah diperlukan untuk membuktikan siapakah yang ada akses kepada kunci kenderaan tersebut, bila kenderaan diparkir di rumah No.8 dan juga semasa dadah-dadah tersebut dijumpai dalam bonet kenderaan tersebut dalam kehadiran beliau dan Shahroazaha.
section
147. Mengikut laporan yang dibuat tertuduh iaitu IDD36, tertuduh menyatakan bahawa pada 2.6 2022 jam lebih kurang 6 petang, isteri beliau Zulaikha telah meletakkan kenderaan tersebut di hadapan rumah emak tertuduh iaitu Puan Jainah di rumah No.8 kemudiannya kereta tersebut telah dipinjam dan digunakan oleh kenalan tertuduh bernama Mat Leo. Selepas digunakan, Mat Leo meletakkan semula kenderaan tersebut di hadapan rumah No 8.
section
148. Mahkamah mendapati bahawa terdapat kelompangan faktadengan tidak memanggil Siti Zukaikha sebagai saksi pihak Pendakwaan, hanya beliau yang dapat menjelaskan siapakah orang terakhir yang menggunakan kenderaan tersebut sama ada beliau atau terdapatnya pihak ketiga. Semua ini dapat dijelaskan dengan memanggil Siti Zulaikha sebagai saksi.
section
149. SP5 dalam keterangannya bersetuju bahawa Siti Zulaikha adalah saksi yang penting dalam kes ini. Mahkamah mendapati beliau adalah saksi penting dan keterangan beliau dapat menjelaskan kronologi kes dari mula tertuduh dibawa oleh SP3 dengan pasukan ke rumah No.41 sehinggalah beliau turut serta ke rumah No.8 di mana dadah-dadah tersebut dijumpai di dalam bonet kenderaan tersebut.
section
150. Penama Abang Mat yang telah disebut kepada SP5 yang dikatakan orang terakhir yang mempunyai akses terhadap kereta tersebut juga tidak dipanggil sebagai saksi. Ini berikutan rakaman SP5 Nur Syahirah iaitu adik bongsu tertuduh melalui rakaman percakapan kepada SP5 telah menyatakan bahawa pada malam kejadian beliau telah nampak kelibat Abang Mat berada di tempat memandu kereta tersebut.
section
151. Penama Abang Mat yang telah disebut kepada SP5 yang dikatakan orang terakhir yang mempunyai akses terhadap kereta tersebut juga tidak dipanggil sebagai saksi. Ini berikutan rakaman SP5 Nur Syahirah iaitu adik bongsu tertuduh melalui rakaman percakapan kepada SP5 telah menyatakan bahawa pada malam kejadian beliau telah nampak kelibat Abang Mat berada di tempat memandu kereta tersebut.
section
152. Nur Syahirah tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk menjelaskan siapa Abang Mat yang beliau nampak berada di tempat pemandu kenderaan tersebut semasa kejadian. SP5 sendiri dalam keterangannya menyatakan bahawa Siti Zulaikha, Nur Syahirah dan Puan Jainah ketiga-tiga penama ini adalah penting kepada kes ini.
section
153. Tiada bukti yang dapat mengaitkan tertuduh dengan dadah-dadah tersebut yang menunjukkan tertuduh ada kawalan, jagaan milikan serta pengetahuan. Terdapatnya kelompongan fakta dalam kes Pendakwaan yang menimbulkan keraguan. Tiadanya saksi-saksi material dipanggil oleh pihak Pendakwaan untuk menjelaskan kelompongan ini.
section
154. Siapakah memasukkan dadah-dadah tersebut ke dalam kenderan tersebut. Adakah kemungkinan pihak ketiga terlibat? Fakta tidak boleh dibuktikan dengan anggapan semata-mata. Dapatan hanya dapat dibuat dengan fakta yang dibuktikan atau inferens berlandaskan fakta yang dibuktikan oleh pihak Pendakwaan.
section
155. SP3 dan SP5 mengatakan pada masa kejadian di Lebuhraya NPE penama Shahroazaha juga ditangkap bersama tertuduh semasa berada dalam kereta DAN 166. Walau bagaimanapun, Shahroazaha yang ditangkap bersama tertuduh juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk menjelaskan tentang tangkapan di Lebuhraya NPE pada 3.6.2022 jam lebih kurang 12.50 pagi sehinggalah ke rumah No.41, ke rumah No.8 dan seterusnya kearah kenderaan tersebut yang dadah-dadah tersebut ditemui.
section
156. Puan Jainah pula adalah ibu kepada tertuduh yang berada di No. 41 rumah beliau semasa pemeriksaan rumah dan kenderaan tersebut di dalam kes ini. Adalah dihujahkan bahawa Puan Jainah adalah "witness essential to unfolding of the narrative" seperti mana yang ditegaskan di dalam kes Abdullah Zawawi v PP [1985] 2 MLJ 16.
section
157. Mengikut SP5, keterangan Siti Zulaikha, Puan Jainah dan Nur Syahirah adalah penting untuk kes ini. SP5 juga menyatakan bahawa Puan Jainah boleh mengesahkan apa yang berlaku di rumah beliau semasa ketibaan pihak polis, termasuk lokasi dan keadaan kenderaan tersebut yang berada di hadapan rumah beliau. SP5 juga mengesahkan bahawa rumah di mana kenderaan tersebut dijumpai itu adalah rumah yang didiami oleh SP4 bersama isterinya Puan Jainah, seorang saksi material dalam kes ini.
section
158. SP3 juga mengesahkan bahawa Puan Jainah merupakan antara saksi awam yang boleh mengesahkan kronologi kejadian termasuk: - Tempat pemeriksaan dijalankan; - Pergerakan pihak polis antara rumah No.41 dan rumah No.8; - Isu berkenaan kunci kereta tersebut; - Siapakah saksi awam yang benar-benar menyaksikan tindakan pihak polis semasa pemeriksaan dan pembukaan kenderaan tersebut.
section
159. Mengambil kira kegagalan penama-penama di atas dipanggil sebagai saksi material pendakwaan, telah membangkitkan anggapan bertentangan di bawah 114(g) Akta Keterangan 1950. Tanpa keterangan saksi-saksi tersebut menyebabkankelompangan kes pendakwaan yang masih tidak dijawab. Terputusnya rantaian keterangan dan timbul tanda tanya mengenai eksibit dadah: -
section
160. Dalam kes ini terdapatnya percanggahan nombor Makmal Jabatan Kimia yang dikemukakan oleh pihak polis dan oleh pihak Jabatan Kimia. Mahkamah mendapati bahawa semasa perbicaraan SP1, iaitu Jurustor telah mengemukakan sesalinan Pendaftaran Barang-Barang Kes (P5A) yang mana Nombor Makmal yang ditulis oleh SP1: 22-FR-B-14023 manakala SP2 Ahli Kimia telah mengemukakan No Makmal: 22-FR-B-14667 (P12). Melalui penelitian kepada kedua-dua dokumen tersebut, Mahkamah mendapati bahawa terdapat percanggahan mengenai nombor makmal Jabatan Kimia. Di resit kimia Nombor Makmal adalah "22-FR-B-14667" (P11).
section
161. Mahkamah mendapati bahawa perbezaan Nombor Makmal adalah percanggahan ketara yang mana menimbulkan tanda tanya mengenai identiti eksibit yang disita dan yang dikemukakan di Mahkamah.
section
162. Mahkamah tidak boleh memandang ringan dan menyatakan bahawa dadah yang dikemukakan adalah sama di dalam entri P5A dan P12, lebih-lebih lagi pihak pendakwaan tidak menjelaskan tentang isu ini semasa saksi SP1 atau SP2 memberi keterangan.
section
163. Jika dilihat entri pada column ketiga ekshibit P5A nombor report balai dan tarikh terdapatnya pemotongan nombor report dari PJ/6063/22 kepada PJ/6603/22.
section
164. SP1 iaitu jurustor telah mengesahkan bahawa berdasarkan POL 61 (P5A) pada tarikh 7.6.2022 bertempat di Stor Barang Kes Narkotik IPD PJ, SP1 telah mendaftar barang kes bersangkut PJ Rpt: 6603/22 ADB/563/22 daripada SP5 dengan nombor pendaftaran ER:562/22 satu kotak barang kes dadah bertanda "AQ" dan satu kotak barang kes dadah bertanda "AR" dengan nombor makmal "22-FR-B-14023".
section
165. Apa yang Mahkamah ingin tekankan disini terdapatnya 2 nombor Jabatan Kimia yang berlainan di dalam kes ini.
section
166. Pada 9.6.2022 jam lebih kurang 8.15 pagi bertempat di Stor Barang Kes Narkotik IPD PJ, SP5 telah mengambil (1) kotak barang kes dadah bertanda "AQ" dan satu kotak barang kes dadah bertanda "AR" daripada SP1 untuk dihantar ke Jabatan Kimia PJ.
section
167. Pada 3.8.2022 jam lebih kurang 4.30 petang, bertempat di Stor Barang Kes Narkotik IPD PJ, SP5 telah menghantar (2) kotak barang kes bertanda "AQ" dan "AR" bersabit PJ Rpt:6603/22 ADB /563/22 yang telah didaftarkan nombor Stor ER 562/22 di buku pendaftaran POL 261 kepada SP1 untuk disimpan di Stor Barang Kes Narkotik PJ, telah diterima pada 7.6.2022 pada jam lebih kurang 1 petang. SP1 telah merekodkan penerimaan barang kes di dalam borang pendaftaran barang-barang kes P5A.
section
168. SP1 menyatakan bahawa pada 7.6.2022 beliau telah mendaftar barang kes POL 201 jam lebih kurang 1 ptg bertempat di Stor barang Kes Narkotik di IPD PJ daripada SP5 dengan nombor pendaftaran ER:562/22.
section
169. Pada 9.6.2022 jam 8.15 pagi di Stor Barang Kes Narkotik di IPD PJ yang sama, SP5 telah mengambil barang kes dadah AQ dan AR untuk dihantar ke Jabatan Kimia. Apa yang Mahkamah ingin tekankan bahawa sejak dari tarikh 7.6.2022 hingga 9.6.22 barang kes adalah bersama SP1 di Stor Barang Kes Narkotik di IPD PJ.
section
170. Dan pada 3.8.2022 barang kes bertanda AQ dan AR dihantar semula oleh SP5 kepada SP1 untuk disimpan.
section
171. Namun demikian, SP5 menyatakan pada jam 11.00 pagi bertempat di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD PJ, beliau telah terima barang kes dari SP3 bersabit Laporan Polis Petaling Jaya Rpt 6603/22 daripada SP3. Pada 4.6.2022 jam lebih kurang 11 pagi bertempat di Pejabat Pegawai Penyiasat Narkotik IPD PJ, beliau telah keluarkan semua barang kes dari almari besi berkunci pejabat beliau.
section
172. SP5 telah memasukkan 1 guni bertanda R berisi (26) bungkusan plastik berisi dadah syabu ke dalam 1 kotak bertanda AR dan 1 guni bertanda AQ berisi (14) bungkusan plastik berisi dadah syabu ke dalam (1) kotak bertanda AQ.
section
173. Pada 9.6.2022 jam lebih kurang 3.41 petang bertempat di Jabatan Kimia PJ, SP5 telah menghantar (2) kotak berisi barang kes dadah syabu bertanda AR dan AQ yang diterima oleh Ahli Kimia SP2 dengan nombor daftar kimia 22-FR-B-14667. Resit oleh Jabatan Kimia P11 adalah dirujuk.
section
174. Pada 3.8.2022 jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di Stor Barang Kes Narkotik PJ, SP5 telah mendaftar masuk (2) kotak barang kes bertanda AR dan AQ yang siap dianalisa oleh Jabatan Kimia yang diterima oleh jurustor SP1.
section
175. Oleh itu, terdapat perbezaan dalam keterangan SP1 dan SP3 tentang penyimpanan dadah-dadah tersebut.
section
176. Mahkamah ingin menekankan terdapatnya perbezaan nombor Jabatan Kimia yang ketara dalam P5A dan P12. Perkara ini telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya mengenai identiti eksibit yang dihantar ke Jabatan Kimia dan yang dikemukakan ke Mahkamah.
section
177. Persoalan yang timbul adalah, adakah nombor rujukan makmal tersebut betul? Eksibit manakah yang dihantar ke Jabatan Kimia oleh SP5? Persoalan ini telah gagal dijawab oleh pihak pendakwaan dan menimbulkan jurang di dalam kes pendakwaan.
section
178. Percanggahan Nombor Makmal: 22-FR-B-14023(P5A) yang diterima oleh SP1 dan laporan kimia yang diterima dari Jabatan Kimia Nombor Makmal: 22-FR-B-14667(P12). Mahkamah mendapati bahawa percanggahan ini menyebabkan terjadinya putus rantaian keterangan dalam kes Pendakwaan yang sangat material dan tidak boleh diabaikan oleh Mahkamah ini.
section
179. Mahkamah juga mendapati terdapatnya percanggahan di dalam pergerakan barang kes sebelum dihantar ke Jabatan Kimia. SP1 telah mengesahkan bahawa kotak bertanda AQ dan AR telah diterima pada 7.6.2022 pada jam lebih kurang 1 petang dari SP5 dengan no pendaftaran ER:562/22
section
180. Mengikut SP1 barang kes yang telah diterima oleh beliau pada 7.6.2022 telah diserah semula kepada SP5 Insp Amirul Mukmin bin Aziz / Pegawai Penyiasat pada 9.6.2022 jam lebih kurang 8.15 pagi untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
section
181. Keterangan SP1 bercanggah dengan keterangan SP5 yang mendakwa bahawa barang kes tidak dihantar ke stor barang tetapi berada dalam simpanan beliau sebelum dihantar ke Jabatan Kimia.
section
182. Mahkamah mendapati bahawa percanggahan ini adalah percanggahan serius, lebih-lebih lagi melibatkan barang kes yang penting dalam kes ini.
section
183. Mahkamah bersetuju dengan hujahan peguam bijaksana bahawa percanggahan ini telah menimbulkan soalan-soalan seperti berikut: - a) Barang kes apa yang diterima oleh SP1 pada 7.6.2022 daripada SP5; b) Barang kes apa yang diserahkan oleh SP1 pada 9.6.2022 kepada SP5; c) Apa terjadi kepada barang kes yang diserahkan pada 7.6.2022? d) Barang kes mana yang akhirnya dikemukakan ke Jabatan Kimia? dan; e) Perlu diambil kira bahawa terdapatnya pemotongan nombor report balai pada ekshibit (P5A) yang mana PJ6063/22 dipinda kepada PJ/6603/22. Perkara ini tidak diperjelaskan oleh pihak pendakwaan.
section
184. Mahkamah juga memandang berat Nombor Makmal yang berlainan yang mana percanggahan Nombor Makmal: 22-FR-B-14023(P5A) yang diterima oleh SP1 dan Nombor Laporan Kimia yang diterima dari Jabatan Kimia Nombor Makmal:22-FR-B-14667(P12).
section
185. Dalam kes ini walaupun setelah dianalisa, SP2 iaitu Ahli Kimia telah menyerahkan kepada SP5 [2] kotak barang kes bertanda "AR" dan "AQ" yang dimeterai dengan label keselamatan Jabatan Kimia Malaysia bersama [3] salinan laporan kimia di bawah Seksyen 399 Kanun Tatacara Jenayah bernombor makmal 22-FR-B-14667.
section
186. Walaupun tandaan "AR" dan "AQ" digunakan, Mahkamah mendapati bahawa terdapatnya keraguan sama ada dadah tersebut adalah dadah-dadah yang sama yang mana tertuduh dipertuduhkan. Mahkamah mengambil sikap berhati-hati untuk menerima fakta ini.
section
187. Mahkamah juga berpendapat percanggahan ini melibatkan unsur asas (fundamental elemen) yang perlu dalam setiap kes dadah yang mana atas percanggahan yang serius ini sahaja, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes.
section
188. Setelah mempertimbangkan dan meneliti semua keterangan secara maksimum, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di bawah pertuduhan P2. Oleh itu tertuduh Mohd Azhari Bin Mohd Rashid dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri. Bertarikh 10 Mei 2026 LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4 SHAH ALAM Pihak-pihak: Faelly Jeffrey Lanjungan Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor Geethan Ram Vincent Peguambela tertuduh Tetuan Geetham Ram Suite No.5, L15-05 PJX Tower, No.16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.