Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 10 DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR NO. KES: WA-62SC-1-02/2022 WA-62SC-2-02/2022 WA-62SC-3-02/2022 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AZHIDI BIN LAILI NO. K/P: 751207-08-5177 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1]. Rayuan dalam kes ini telah dikemukakan oleh pihak Pendakwa Raya yang tidak berpuashati dengan hukuman yang diperintahkan oleh Mahkamah ini pada 7.8.2025. Selepas mengaku salah, Tertuduh disabitkan kesalahan bagi semua 10 pertuduhan untuk kes nombor WA-62SC-1-02/2022 hingga WA-62SC-4- 02/2022. Terdapat 9 pertuduhan di bawah seksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 terhadap Tertuduh. Bagi setiap pertuduhan tersebut, Tertuduh dihukum penjara 24 bulan dari tarikh 21.5.2024 (semua hukuman penjara berjalan serentak) dan denda RM1 juta tak bayar 3 bulan penjara. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap hukuman bagi satu pertuduhan di bawah s.59(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang mana OKT dihukum penjara 24 bulan dari tarikh 21.5.2024 dalam kes WA- 62SC-4-02/2022 tersebut. . PERTUDUHAN [2]. Rayuan pihak Pendakwa Raya adalah terhadap hukuman bagi 9 pertuduhan terhadap Tertuduh di bawah seksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 kerana memperdayakan mangsa untuk membuat pelaburan dalam akaun pelaburan yang tidak wujud. Pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: Kes nombor WA-62SC-1-02/2022 1) Tuduhan pertama: “Bahawa kamu, di antara Mei 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi-transaksi dengan individu bernama Abdullah Sani Bin Md Ali (No. K/P: 491125-10-5535) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun-akaun bernombor R5782, R5797 dan R5810 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun-akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Abdullah Sani Bin Md Ali dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM300,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 2) Tuduhan Kedua “Bahawa kamu, di antara Mei 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksitransaksi dengan Mohd Fuad Bin Mohd Sharuji (No. K/P: 560301-10-6489) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun-akaun bernombor R5782 dan R5797 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaunakaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Mohd Fuad Bin Mohd Sharuji dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM200,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 3) Tuduhan Ketiga “Bahawa kamu, di antara Jun 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi dengan individu bernama Ahmad Nizar Bin Mustafa Kameel (No. K/P: 741206-02-5261) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun bernombor R5782 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Ahmad Nizar Bin Mustafa Kameel dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM100,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” KES NOMBOR WA-62SC-2-02/2022 4) Tuduhan Ke-empat “Bahawa kamu, di antara Jun 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi dengan individu bernama Mohd Tammizi Bin Abdul Hadi (No. K/P: 760511-03-5371) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun bernombor R5782 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Mohd Tammizi Bin Abdul Hadi dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM50,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 5) Tuduhan Ke-Lima “Bahawa kamu, di antara Ogos 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksitransaksi dengan individu bernama Mohamad Sufi Bin Abd Razak (No. K/P: 850905-05-5307) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun-akaun bernombor R5782, R5797 dan R5810 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun-akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Mohamad Sufi Bin Abd Razak dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM350,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 6) Tuduhan Ke-Enam “Bahawa kamu, di antara September 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi-transaksi dengan individu bernama Mohd Razaimie bin Abd Rahim (No K/P: 750330-14-5513) yang berkenaan dengan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun-akaun bernombor R5797 dan R5810 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun-akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Mohd Razaimie bin Abd Rahim dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM200,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” KES NOMBOR WA-62SC-3-02/2022 7) Tuduhan Ke-Tujuh “Bahawa kamu, di antara Oktober 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi dengan individu bernama Shariman Bin Ahmad (No. K/P: 720919-10-5031) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun bernombor R5810 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Shariman Bin Ahmad dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM100,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 8) Tuduhan ke-Lapan “Bahawa kamu, di antara Disember 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi dengan individu bernama Wan Azhar Bin Abdullah (No. K/P: 810617-08-5791) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun bernombor R5862 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Wan Azhar Bin Abdullah dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM50,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” 9) Tuduhan ke-Sembilan “Bahawa kamu, di antara Mei 2013 dan Mac 2014, di Bursa Malaysia Derivatives Berhad (No. Syarikat: 261937-H), Exchange Square, Bukit Kewangan, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan secara tidak langsung berkaitan dengan transaksi dengan individu bernama Mesni Bin Haji Mohd Dahlan (No. K/P: 590211-10-6079) yang melibatkan perniagaan dalam derivatif melalui akaun dagangan niaga hadapan berdaftar di AmFutures Sdn Bhd (No. Syarikat: 327752-V) iaitu akaun bernombor R5782 yang mana kamu mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut, telah melibatkan diri dalam satu perbuatan yang telah beroperasi sebagai perdayaan terhadap Mesni Bin Haji Mohd Dahlan dengan menyebabkan beliau mendepositkan wang berjumlah sebanyak RM100,000.00 ke dalam “Client Segregated Accounts” yang dipegang oleh AmFutures Sdn Bhd bagi tujuan yang dikatakan sebagai pelaburan dalam niaga hadapan minyak sawit mentah sedangkan pelaburan sedemikian tidak wujud, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen 206(b) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] yang boleh dihukum di bawah seksyen 209 Akta yang sama.” HUKUMAN DI BAWAH SEKSYEN 209 [AKTA 671] Jika disabit kesalahan, kamu boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan didenda tidak kurang daripada satu juta ringgit. [3]. Tertuduh telah pertama kali dihadapkan ke Mahkamah ini atas pertuduhan tersebut pada 14.2.2022 dan Tertuduh minta dibicarakan. Perbicaraan penuh telah dimulakan pada 20 Februari 2023 dan sehingga tarikh akhir sambung bicara pada 5 Mac 2025, seramai 28 orang saksi pendakwaan telah memberikan keterangan. [4]. Seterusnya pada tarikh 24 Julai 2025, Tertuduh telah menukar pengakuan kepada mengaku salah untuk semua 10 pertuduhan terhadapnya dan tarikh jatuh hukum telah ditetapkan pada 7 Ogos 2025. [5]. Pada tarikh jatuh hukum pada 7 Ogos 2025, 10 pertuduhan telah dibacakan dan Tertuduh faham dan mengaku salah atas setiap pertuduhan. Peruntukan hukuman bagi kesalahan juga telah diterangkan dan Tertuduh faham sifat dan akibat daripada pengakuan salahnya dan Tertuduh masih mengaku salah. [6]. Mahkamah telah merekodkan pengakuan salah Tertuduh setelah berpuashati bahawa Tertuduh faham pertuduhan terhadapnya, faham sifat dan akibat pengakuan salahnya dan mengaku salah tanpa syarat. FAKTA KES [7]. Selepas Tertuduh mengaku salah, pihak Pendakwaan telah berhujah supaya mahkamah mengambilkira keterangan-keterangan yang telah dikemukakan melalui saksi-saksi Pendakwaan yang telah dipanggil sebelum ini, daripada SP1 sehingga SP28, dan juga keterangan-keterangan dokumen yang telah diterima masuk dan dirujuk kepada Tertuduh sepanjang perbicaraan. [8]. Selain itu, pihak pendakwaan telah mengemukakan dokumen berikut: -Fakta Kes sebagai Lampiran 2 (Kandungan 230 dalam CMS) -Senarai eksibit P1 hingga P282 sebagai Lampiran 3 (Kandungan 231 dalam CMS) -Senarai eksibit P284 hingga P301 sebagai Lampiran 4 (Kandungan 232 dalam CMS) [9]. Fakta Kes (Lampiran 2) tersebut menyatakan seperti berikut: “1. Antara bulan Mei 2013 dan bulan Januari 2014, kamu telah mengemukakan diri sebagai seorang wakil AmFutures Sdn Bhd (“AmFutures”). Pada setiap masa yang material, kamu tidak memegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal bagi aktiviti terkawal, iaitu berniaga dalam derivatif. Kamu juga bukan merupakan orang berdaftar bagi aktiviti terkawal tersebut.