Penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyenggarakan sekolah itu. S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA [6] Asas isu yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada SRJKC dan SRJKT yang ditubuhkan di bawah Akta 550 adalah merupakan satu pihak berkuasa awam dan oleh itu seksyen 17 tersebut yang membenarkan bahasa pengantar utama di dalam bahasa ibunda selain Bahasa Melayu adalah bertentangan dengan Perkara 152(1) PP. Pendirian pihak-pihak [7] Peguambela Plf di dalam hujahan mereka bersandar kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Merdeka University Berhad v Government of Malaysia [1982] 2 MLJ 243 (kes Merdeka University) dengan menegaskan bahawa SRJKC dan SRJKT adalah merupakan satu pihak berkuasa awam. Oleh yang demikian, bahasa penghantar hendaklah mematuhi Perkara 152(1) PP. Sebarang peruntukan di bawah undang-undang iaitu secara khususnya di bawah Akta 550 yang bertentangan dengannya adalah ultra vires. [8] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) yang mewakili Defendan 1 dan 2 (Def 1 dan 2) berpandangan bahawa walaupun SRJKC dan SRJKT adalah merupakan satu institusi yang tercakup sebagai pihak berkuasa awam, namun Perkara 152(1) PP perlu dibaca secara seimbang dengan sejarah perundangannya. S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA [9] PKP menegaskan bahawa tujuan utama Perkara 152 PP adalah untuk meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan sekaligus mengekalkan penggunaan bahasa ibunda yang lain sebagai bahasa penghantar yang lain di dalam sistem Pendidikan Negara. Bagi Def 1 dan 2, tindakan Plf bukan sekadar mencabar keperlembagaan Akta 550, namun ia sebenarnya mencabar keabsahan kewujudan SRJKC dan SRJKT. Ini dikatakan sebagai bukan sahaja bertentangan dengan hasrat penggubal PP namun ia meruntuhkan tiang seri keseimbangan PP yang telah lama berpasak di bumi Malaysia. [10] Bagi Defendan-defendan yang lain (yang terdiri daripada Defendan 3, 4, 5, 6, 7 dan 8), kesemuanya berpegang kepada pendirian bahawa SRJKC dan SRJKT adalah bukan merupakan pihak berkuasa awam kerana keduanya tidak menjalankan fungsi awam. Sehubungan dengan itu, ia tidak tertakluk kepada Perkara 152 PP. [11] Di dalam masa yang sama, turut dihujahkan bahawa Parlimen berhak menggubal Akta 550 termasuk seksyen 17 kerana ia merupakan bidangkuasa Parlimen. Ini sepertimana yang ditegaskan oleh Hakim Azhar Mohamad HB (Malaya) di dalam kes Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz v Menteri Pendidikan Malaysia 7 anor [2020] 1 MLJ 398 yang memutuskan: “[31] To take the discussion further, the determination on Parliament's legislative competency has been clearly stipulated in art. 74(1) of the S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA Federal Constitution where it provides that Parliament may make laws with respect to any of the matters enumerated in the Federal List or the Concurrent List, that is to say, the first or third list sets out in the Ninth Schedule. As seen earlier, s. 28 of the Education Act 1996 allows the Minister to establish national schools and national-type schools. Section 17 of the same Act allows such schools to be exempted from using the national language as the main medium of instruction. However, the national language shall be taught as a compulsory subject. In my judgment, these are areas in which Parliament may make laws with respect to matter on "education". Matter on education is clearly spelt out under item 13 of the First List in the Ninth Schedule.” Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes Guaman Sivil No: WA-21NCVC-84-12/2019 Mohd Alif Anas bin Md Noor dan 3 lg v Menteri Pendidikan Malaysia & 14 lg (kes Mohd Aliff Anas) [12] Mahkamah turut berkesempatan untuk menimbang keputusan Hakim Mohd Nazlan bin Mohd Ghazali HMT (pada ketika itu) di dalam kes Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur Guaman Sivil No: WA-21NCVC-84-12/2019 Mohd Alif Anas bin Md Noor dan 3 lg v Menteri Pendidikan Malaysia & 14 lg S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA yang melibatkan isu yang sama. Antara perkara utama yang diputuskan adalah seperti berikut: a) Penggunaan bahasa ibunda lain selain Bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan secara khususnya di sekolah vernakular adalah tidak dilarang di bawah PP; b) Berdasarkan kepada skim perundangan Akta 550, ianya berbeza dengan kes Merdeka University atau dengan mana-mana unversiti yang diwujudkan di bawah Akta Universiti dan Kolej 1971. Sekolah vernakular tidak mempunyai ciri elemen awam untuk menjadikan ianya satu pihak berkuasa awam; c) Sehubungan dengan itu, seksyen 2, 17 dan 28 Akta 550 adalah tidak bercanggah dengan perkara 152(1) PP; d) Selanjutnya cabaran Plf adalah bukan sahaja ke atas pelaksanaan Perkara 152 PP namun untuk memansuhkan sekolah vernakular serta hak mengekalkan bahasa lain selain Bahasa Melayu untuk digunakan sebagai bahasa pengantaraan. Adalah tidak adil untuk memutuskan bahawa pelajar yang telah melengkapkan pembelajaran melalui sistem yang diamalkan di sekolah vernakular telah melaluinya secara yang tidak berpelembagaan; dan S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA e) Sehubungan dengan itu penubuhan dan kewujudan SRJKC dan SRJKT adalah tidak bercanggah dengan Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 PP. Analisis dan Dapatan Mahkamah Sama ada SRJKC dan SRJKT adalah merupakan pihak berkuasa awam [13] Perkara pertama yang menjadi pertimbangan Mahkamah kini adalah berkaitan persoalan berkaitan kedudukan SRJKC dan SRJKT sama ada keduanya merupakan satu pihak berkuasa awam. Ini penting kerana Perkara 152 PP dengan secara khusus mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu oleh pihak berkuasa awam di dalam menjalankan tujuan pihak berkuasa awam tersebut. [14] Ini adalah selaras dengan klausa 6 Perkara 152 PP yang memperuntukkan: “(6) In this Article, "official purpose" means any purpose of the Government, whether Federal or State, and includes any purpose of a public authority.” [15] Manakala tafsiran “pihak berkuasa awam” telah dinyatakan di bawah Perkara 160 PP seperti berikut: S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA “"Public authority" means the Yang di-Pertuan Agong, the Ruler or Yang di-Pertua Negeri of a State, the Federal Government, the Government of a State, a local authority, a statutory authority exercising powers vested in it by federal or State law, any court or tribunal other than the Federal Court, the Court of Appeal and High Courts, or any officer or authority appointed by or acting on behalf of any of those persons, courts, tribunals or authorities;” [16] Di dalam menjawab persoalan ini, Mahkamah perlu menjawab soalan utama iaitu bagaimanakah SRJKC dan SRJKT ini ditubuhkan. Mahkamah memulai dengan merujuk kepada skim Akta 550 yang merupakan satu akta yang dinyatakan di dalam mukadimahnya (preamble) bertujuan seperti berikut: “DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara S/N pmz/nc1oKkaN57Q6A75EtA Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara": DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukunegara: DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing” [17] Berdasarkan Akta 550 secara amnya setiap sekolah SRJKC dan SRJKT adalah merupakan "sekolah jenis kebangsaan" yang ditafsirkan sebagai sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan-