Preamble
Menurut Plaintif, Defendan dan Raihan pada masa itu tidak mempunyai punca kewangan untuk mendirikan rumah di atas tanah tersebut, maka Defendan bercadang mendapatkan Pinjaman Perumahan dari pihak Kerajaan. [10] Namun untuk membolehkan Defendan memperolehi Pinjaman Perumahan tersebut, tanah yang dicadangkan untuk dibina rumah oleh Defendan perlu dicagar/digadai kepada Kerajaan sebagai Cagaran kepada pembiayaan yang diberikan. [11] Menurut Plaintif, Che Omar dan Selamah bersetuju memberikan setengah (1/2) bahagian tanah dari tanah tersebut yang terletak di sebelah rumah kediaman mereka secara percuma kepada Raihan, sebagai tapak rumah yang dicadangkan hendak dibina. 4 [12] Memandangkan Raihan tidak bekerja dan Pinjaman tersebut dibuat oleh Defendan (guru/kakitangan kerajaan), maka tanah yang hendak dijadikan Cagaran mestilah juga atas nama Defendan dan Defendan hendaklah menggadainya sebagai cagaran kepada Pinjaman berkenaan. [13] Mengikut Plaintif, memandangkan setengah (1/2) bahagian tanah dari tanah tersebut yang diberikan kepada Raihan terletak di atas satu Hakmilik/Geran dengan tapak kediaman Che Omar dan Selamah, maka untuk tujuan Defendan mendapat pembiayaan untuk membina rumah, keseluruhan tanah tersebut perlu digadai. [14] Dengan itu bagi membolehkan Defendan membuat Pinjaman dan mencagarkan tanah tersebut, maka Selamah perlu memindahmilik keseluruhan tanah tersebut kepada Defendan, termasuklah sebahagian tanah tersebut yang diberikan kepada isteri Defendan, Raihan. [15] Menurut Plaintif lagi, memandangkan hanya 1/2 bahagian sahaja tanah tersebut diberikan kepada Isteri Defendan untuk tujuan mendirikan rumah, maka sebelum membenarkan 1/2 bahagian lagi yang dipinjamkan tersebut dipindahmilik kepada Defendan, pihak-pihak (Selamah & Che Omar) telah kononnya bersepakat bahawa setelah pinjaman Defendan selesai dan tanah dilepas gadai, Defendan hendaklah memindahmilik 1/2 bahagian tanah tersebut kepada Plaintif kerana Che Omar dan Selamah berhasrat untuk memberikan 1/2 bahagian tanah tersebut (bahagian tapak rumah kediaman Che Omar dan Selamah) kepada Plaintif. 5 [16] Menurut Plaintif lagi, Defendan dan isterinya Raihan, bersetuju dengan syarat tersebut dan bersetuju setelah pinjaman selesai, ½ bahagian tanah tersebut akan dipindahmilik kepada Plaintif. Di dalam erti kata lain, di dalam undang-undang, sehingga itu Defendan hanya memegang tanah tersebut sebagai Pemegang Amanah (bare trustee) kepada Plaintif semata-mata. [17] Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman, telah meninggal dunia pada 14/7/2010. Menurut Plaintif tanah tersebut tidak pernah dijual oleh Selamah kepada Defendan dan Defendan juga tidak pernah membuat apa-apa bayaran berkaitan tanah tersebut kepada ibu mahupun bapa Plaintif. [18] Menurut Plaintif lagi, namun setelah pinjaman selesai, apabila Plaintif dan bapa Plaintif menuntut agar setengah bahagian tanah tersebut dipindahmilik semula kepada Plaintif, Defendan enggan berbuat demikian dan mendakwa 1/2 bahagian telah dijual kepada Defendan. [19] Justeru, Plaintif menyatakan Defendan memegang tanah tersebut sebagai “bare trustee” semata-mata kepada Plaintif dan Plaintif menuntut perkara-perkara berikut: a) Pengisytiharan bahawa Defendan memegang 1/2 bahagian Tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan semata-mata sebagai Pemegang Amanah Biasa (bare trustee) kepada Plaintif; 6 b) 1/2 bahagian tanah tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan diletak hak kepada Plaintif; c) 1/2 bahagian tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan didaftarkan secara sah kepada Plaintif selepas penyempurnaan dan kelulusan ubah syarat; d) Defendan melaksanakan Permohonan Ubah Syarat Tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan kepada syarat “bangunan kediaman”; e) Sekiranya Defendan gagal melaksanakan permohonan sebagaimana (d) di atas dalam tempoh 14 hari daripada Perintah dikeluarkan untuk berbuat sedemikian maka Pihak Yang Berkuasa berkaitan, iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, melalui Pentadbir Tanah Jajahan diberi kuasa untuk melaksanakan permohonan untuk ubah syarat Tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan bagi tujuan menukar syarat tanah tersebut daripada “Pertanian” kepada “Bangunan Kediaman” dan Defendan dikecualikan untuk melaksanakan mana-mana dokumen untuk tujuan sedemikian; f) Berikutan perintah (a), (b), (c) dan (d) di atas, Pentadbir Tanah Jajahan Bachok, Kelantan membatalkan secara sah nama MOHD ZAWAWI B. MAT GHANI (NO KP LAMA: 4165683) sebagai Pemilik berdaftar 1/2 bahagian Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan; g) Berikutan perintah (f) di atas juga, Pentadbir Tanah Jajahan Bachok, Kelantan mendaftarkan secara sah 1/2 bahagian Lot 7 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan kepada Plaintif, MOHD AZMI BIN CHE OMAR (NO KP: 590713-03-6007) sebagai pemilik berdaftar bagi menggantikan nama MOHD ZAWAWI B. MAT GHANI (NO KP LAMA: 4165683); h) Alternatifnya, Defendan membayar gantirugi sebagai nilai ganti sebuah rumah kediaman berserta kedai dan nilaian 1/2 bahagian Tanah Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok; i) Gantirugi sebagaimana butir-butir gantirugi ditaksirkan; j) Faedah ke atas gantirugi; k) Kos; l) Lain-lain Perintah atau arahan yang difikirkan patut oleh Mahkamah Yang Mulia. C. KES DEFENDAN [20] Defendan menafikan versi Plaintif ini dan menegaskan bahawa ½ bahagian tanah tersebut telah dijual oleh arwah Selamah kepadanya. Defendan bersetuju sekitar tahun 1984 Defendan serta isterinya (Raihan binti Che Omar) berhasrat untuk mendirikan sebuah rumah kediaman. Defendan mengakui arwah Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman, telah beri kepada Raihan, 1/2 bahagian lagi tersebut. [21] Menurut Defendan, satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 20/10/1984 telah dilaksanakan diantara Defendan dan arwah Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman bagi mengesahkan Penjualan tersebut. Tanah tersebut 8 telah dipindahmilik dari arwah Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman kepada Defendan pada 20/04/1985. [22] Pindahmilik keseluruhan tanah tersebut, iaitu 1/2 bahagian yang diberikan kepada Raihan (isterinya) dan 1/2 bahagian lagi yang dibeli oleh Defendan, telah dibuat kepada Defendan untuk membolehkan Defendan membuat Pinjaman daripada pihak Kerajaan bagi mendirikan rumah kediaman dengan menggadaikan tanah tersebut. [23] Justeru itu, Defendan menegaskan bahawa Defendan adalah merupakan “beneficial owner” bagi bahagian tanah yang menjadi tuntutan Plaintif. [24] Defendan menegaskan bahawa Plaintif tidak mempunyai hak dan “locus standi” untuk membuat tuntutan ini dan tanah tersebut juga bukan merupakan sebahagian pesaka peninggalan arwah Selamah Bt. Ab. Rahaman @ Ag. Ab. Rahman. Defendan mendakwa bahawa Plaintif telah juga mendapat “hibah” daripada arwah Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman iaitu sebidang tanah seluas 1/2 ekar di depan Sekolah Menengah Beris Panchor, Jajahan Bachok, Kelantan sebagai ganti tanah yang menjadi tuntutan ini. D. FAKTA-FAKTA YANG DIPERSETUJUI [25] Adalah perlu mahkamah menyenaraikan fakta-fakta yang dipersetujui disini kerana sebahagian keputusan mahkamah adalah bersandarkan 9 kepada fakta yang dipersetujui ini selain dari keterangan-keterangan lain yang akan diperincikan di para-para seterusnya. [26] Adalah dipersetujui pihak-pihak bahawa Defendan adalah Tuanpunya Berdaftar terkini ke atas semua bahagian tanah tersebut yang dikenali pada masa ini sebagai Lot 2499, GM 2052, Kg. Tawang, Mukim Pauh Sembilan, Jajahan Bachok, Kelantan (selepas ini dirujuk sebagai “Tanah Tersebut”). [27] Adalah dipersetujui juga bahawa kesemua bahagian tanah tersebut pada asalnya adalah kepunyaan berdaftar ibu Plaintif, Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman. Che Omar Bin Bin Che Awang dan Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman kemudiannya mendirikan rumah kediaman di atas sebahagian daripada tanah tersebut dan tinggal di atas tanah tersebut sehingga kini. [28] Adalah dipersetujui bahawa Defendan telah mendapat Pinjaman dengan Perbendaharaan Malaysia dan telah mencagar tanah tersebut bagi maksud menjamin Pinjaman dengan Perbendaharaan Malaysia. Defendan kemudiannya mendirikan rumah bersebelahan dengan rumah asal ibubapa Plaintif di atas tanah tersebut. Selamah Bt. Ab. Rahman @ Ag. Ab. Rahman meninggal dunia pada 14/7/2010. [29] Adalah dipersetujui juga cabutan tanah tersebut yang terkini mengesahkan tanah tersebut yang digadai kepada Perbendaharaan Malaysia oleh Defendan telah dilepas Gadai. Plaintif bersama-sama 10 dengan ayah dan kesemua adik beradik Plaintif telah menuntut 1/2 bahagian tanah tersebut tetapi tidak dipersetujui oleh Defendan. E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [30] Mahkamah telah meneliti keseluruhan keterangan lisan dan dokumentar yang ada dan telah meneliti hujahan kedua-dua pihak. Hasil daripadanya, setelah penelitian dan penganalisaan dibuat, mahkamah mendapati seperti di para-para seterusnya. [31] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa Plaintif bukanlah pihak yang mempunyai locus standi di dalam kes ini, dan ini adalah satu keperluan di dalam undang-undang mantap yang menyatakan bahawa mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengambil sesuatu tindakan sebegini hendaklah terlebih dahulu menunjukkan bahawa beliau mempunyai locus standi untuk berbuat demikian. [32] Abdul Hamid CJ (pada masa itu), di dalam kes Government Of Malaysia v Lim Kit Siang & Another Case [1988) 1 CLJ Rep (Federal Court) telah mendefinisikan locus standi sebagaimana berikut: “Locus standi is generally understood to mean the right of a party to appear and be heard by a tribunal. A litigant is said to have locus standi, in effect standing to sue in a Court of Law, if that Court recognises his or her ability to institute and maintain proceedings before it. The question of standing is thus separate and distinct from questions of the substantive merits and the legal capacity of the 11 plaintiff. It follows, therefore, that a litigant may lack standing to bring a case which would succeed if brought by the right litigant.” [Lihat juga kes lkatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang & Ors v Yayasan Bumiputra Pulau Pinang & Ors And Another Appeal (2013) 9 CLJ 941.] [33] Ini adalah kerana tanah tersebut bukan milik Plaintif dan pada bila-bila masa pun tidak pernah menjadi milik Plaintif kerana ianya pernah didaftarkan atas nama Arwah Selamah sahaja iaitu ibu Plaintif. [34] Dari keterangan-keterangan yang ada, tiada bukti atau tiada bukti yang kukuh yang dikemukakan oleh Plaintif bahawa Plaintif adalah pemegang amanah dan/atau pentadbir harta pusaka arwah Selamah untuk membuktikan Plaintif mempunyai locus.Tiada bukti yang kukuh juga dikemukakan untuk membuktikan Plaintif ialah wakil diri atau pemegang kuasa bagi pihak SP1, (Hj. Che Omar) sebagai salah seorang yang memperolehi tanah tersebut daripada Arwah Selamah. [35] Tambah-tambah lagi tiada sebarang keterangan dokumentar yang jelas untuk menunjukkan kewujudan hak Plaintif ke atas ½ bahagian tanah tersebut sebagaimana yang dituntut. [36] Oleh itu, mahkamah berpendapat di atas sebab-sebab ini sahaja tuntutan Plaintif ini perlu ditolak. 12 [37] Apapun mahkamah akan menganalisa kes ini seterusnya dari segi merit kes pula. Mahkamah setelah meneliti beberapa keterangan yang ada mendapati Defendan adalah pembeli bona fide ke atas ½ bahagian tanah tersebut (fakta ini telah dipersetujui pihak-pihak) dengan bayaran sebanyak RM15,000.00 iaitu separuh dari nilaian ke atas keseluruhan tanah tersebut. Harga ini adalah sebagaimana yang dinilaikan oleh Pemungut Hasil/Cukai Setem Bachok, Kelantan pada 20/04/1985. [38] Mahkamah juga telah melihat Perjanjian Jual Beli bertarikh 20/10/84 di D2. Dari pemerhatian mahkamah, Perjanjian Jual Beli bertarikh 20/10/1984 ini telah disempurnakan oleh Arwah Selamah dan Defendan (SD4) di hadapan SD5 (Penolong Ketua Jajahan/Pemungut Hasil, Bachok). [39] Defendan (SD4), di dalam PSD2 mengesahkan seperti berikut: “S: Bilakah cikgu membeli tanah tempat tinggal sekarang? Saya membeli tanah ini pada 20/10/1984. Saya telah membelinya dari ibu mertua saya iaitu Selamah binti Abdul Rahman @ Ag. Ab. Rahman 4 bahagian. Manakala ½ bahagian lagi ibu mertua memberi secara hibah kepada isteri saya iaitu Raihan. Ayah mertua dan adik beradik Raihan termasuk Plaintif pun tahu yang emak mertua telah menjual ½ bahagian tanah tersebut kepada saya dan bukannya untuk tujuan cagaran semata-mata. 13 Sebab apa cikgu kata mereka tahu? Kesemua mereka telah diberitahu oleh arwah emak mertua saya tentang hakikat ini. Adakah cikgu membuat perjanjian jual beli tanah dengan ibu mertua cikgu? Ya. Saya telah membuat perjanjian jual beli tanah dengan ibu mertua saya pada 20/10/1984.” [40] Mahkamah menerima Perjanjian Jual Beli tersebut sebagai kontrak yang sah dan berkuatkuasa sebagaimana Seksyen 10(1) Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: “(1) All agreements are contracts if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void.” [41] Mahkamah kini meneliti keterangan SD5 iaitu Penolong Pemungut Hasil Tanah Bachok/Penolong Ketua Jahahan (pada masa material). SD5 mengesahkan kedua-dua Arwah Selamah dan Defendan telah menyempurnakan Perjanjian Jual Beli tersebut di hadapannya di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. Keterangan SD5 (dalam PSD3) adalah seperti berikut: Saya ingin merujuk kepada Tuan Haji mengenai Ikatan Dokumen Yang Tidak dipersetujui (C) iaitu muka surat 1 dan 2. 14 Adakah Penjual dan Pembeli menandatangani dokumen Perjanjian Jual Beli tanah berkenaan hadapan Tuan Haji? Ya, Penjual dan pembeli telah menyatakan persetujuan masing-masing untuk menjual dan membeli tanah sepertimana butiran yang terkandung di dalam dokumen perjanjian berkenaan pada 20/10/1984 serta menurunkan tandatangan serta cap jari di ruangan yang dikhaskan masing-masing di hadapan saya sebelum saya menurunkan tandatangan dan cop mohor Pemungut Hasil Tanah Bachok. Bolehkah Tuan Haji terangkan prosedur penyaksian tandatangan dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan itu. Prosedur ini adalah sebahagian dari proses penyaksian biasa dilakukan oleh saya sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Bachok ke atas sebarang dokumen, mana-mana perjanjian jual beli tanah atau pindahmilik tanah di atas Borang 14A. Penyaksian ini bertujuan mengesahkan identiti penjual dan pembeli/penerima hadir, adalah tepat dan berkeupayaan berkomunikasi sendiri menyatakan hasrat masing-masing tanpa dibantu serta bersetuju menurunkan tandatangan atau cap jari di hadapan saya. Apabila saya berpuas hati mengenai segala butiran adalah betul dan menepati maka saya akan menurunkan tandatangan dan cop mohor sebagai Pemungut Hasil Tanah Bachok. 15 Dokumen-dokumen berkenaan adalah muktamad dan menjadi dokumen yang sah di sisi undang-undang setelah disetemkan dan didaftarkan.” [42] SD5 (Penolong Ketua Jajahan) juga mengesahkan bahawa beliau telah mengajukan beberapa pertanyaan kepada Arwah Selamah berkenaan persetujuan beliau untuk menjual dan memindahmilik tanah tersebut. Keterangan berikut (dalam PSD-3) adalah relevan: “S: Adakah Tuan Haji menanyakan Selamah binti Abdul Rahman @ Ag. Ab Rahman (No. K/P: 1943601) telah bersetuju untuk menjual dan memindahmilik tanah ini kepada Mohd Zawawi bin Mat Ghani (No. K/P: 4165683) dengan harga RM30,000,00? Ya. Pertanyaan itu adalah mandatori bagi saya sebagai Pentadbir Tanah dan dia bersetuju dengan harga yang dinyatakan sebanyak RM30,000.00 sebagai balasan menjual tanah GM 2052, Lot 2499, Kg Tawang, Mukim Pauh Sembilan, jajahan Bachok, Negeri Kelantan kepada Mohd Zawawi bin Mat Ghani. Selain itu ada apa-apa yang diberitahu oleh penjual kepada Tuan Haji? Saya tidak dapat mengingati secara detail kesemua butir-butir yang telah diberitahu kepada saya pada masa itu. Tetapi saya dimaklumkan bayaran akan dibuat sebaik sahaja permohonan pinjaman diluluskan selepas gadaian didaftarkan. 16 Penjual juga memberitahu bahawa Pembeli hanya perlu membayar ½ bahagian tanah sahaja memandangkan ½ bahagian diberikan percuma kepada anak perempuannya iaitu isteri kepada Zawawi.” [43] Mahkamah telah melihat demeanour SD5 semasa memberi keterangan. Mahkamah berpendapat SD5 adalah seorang saksi bebas yang bercakap benar sebagai seorang Penolong Ketua Jajahan. Beliau tidak ada kepentingan di dalam kes ini. Keterangan yang diberinya adalah rasional, konsisten dan tidak goyah walaupun diasak dengan jitu oleh pihak Plaintif. Justeru mahkamah mendapati bahawa beliau adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. [44] Mahkamah juga telah melihat demeanour Defendan (SD4) semasa memberi keterangan. Keterangan Defendan (SD4) didapati rasional, konsisten dan tidak goyah apabila disoal balas, tidak ada sebab mahkamah tidak boleh mempercayai keterangannya. Ini adalah kerana keterangannya disokong oleh Raihan (SD3) dan juga 2 keterangan dokumentar utama iaitu D2 iaitu Perjanjian Jual Beli dan juga Borang 14A (D4), serta dokumentar-dokumentar lain. Keterangan-keterangan ini tidak dapat dipatahkan oleh mana-mana keterangan yang lain. [45] Begitu juga dengan Raihan (SD3). Keterangan beliau juga adalah rasional, konsisten malahan saling sokong menyokong keterangan SD4, dan beliau tidak goyah ketika disoal balas. Keterangannya juga disokong keterangan-keterangan dokumentar khususnya D2 dan D4. Justeru itu mahkamah mendapati beliau adalah saksi yang kredibel. 17 [46] Perjanjian Jual Beli tersebut kemudiannya telah dibayar duti setem pada hari yang sama (20.10.1984) mengikut prosedur terentu. Peruntukan Seksyen 4 Akta Setem 1949 menyatakan: “4. Instruments chargeable with duty