Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES JENAYAH NO. BA-83-2075-08/2023 & BA-83JS-15-08/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN MOHD AZMIL BIN SALIM [Identity Card No.: 870723-49-5879] ALASAN PENGHAKIMAN [1] Bagi kes ini, keterangan SP-1, SP-2 dan SP-3 telah didengar oleh Tuan Majistret terdahulu. Tuan Majistret terdahulu kemudiannya telah berpindah ke Mahkamah Majistret Tampin, Negeri Sembilan dan saya telah diarahkan untuk mengambil alih dan menyambung pendengaran perbicaraan bagi kedua-dua kes ini sehingga selesai. [2] Saya telah meneruskan perbicaraan kes ini dengan bergantung kepada nota keterangan yang telah disediakan oleh Tuan Majistret terdahulu dan juga rujukan kepada Sistem Rakaman Audio Video Mahkamah (RVT). Saya juga telah menyemak rakaman tersebut dan dapat melihat suasana perbicaraan serta demeanor saksi-saksi yang telah memberikan keterangan. MUKADIMAH [3] Pendakwaan bagi kes ini melibatkan dua pertuduhan ke atas tertuduh bernama Mohd Azmil bin Salim ("OKT"). Dua pertuduhan tersebut melibatkan nombor kes BA-83-2075-08/2023 ("Kes Pertama") dan BA-83JS-15-08/2023 ("Kes Kedua"). Mahkamah ini telah membicarakan kedua-dua nombor kes tersebut bersama-sama. [4] Bagi Kes Pertama, OKT telah dituduh sebagaimana dalam Kertas Pertuduhan iaitu telah gagal mengemukakan kad pengenalan bagi pemeriksaan apabila diminta oleh pihak berkuasa di bawah undangundang. [5] Bagi Kes Kedua, OKT telah dituduh sebagaimana dalam Kertas Pertuduhan iaitu telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurin Shareena binti Mohd Nasser (No KP: 041211-12-1162) dengan maksud hendak mencabul kehormatannya. [6] OKT tidak mengaku salah ke atas kedua-dua pertuduhan di atas. [7] Di akhir kes pendakwaan bagi Kes Pertama dan Kes Kedua, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh OKT dan seterusnya memerintahkan OKT untuk membela diri. [8] Di akhir kes pembelaan, setelah Mahkamah meneliti semula keseluruhan keterangan dengan mengambil kira keterangan pembelaan dan pendakwaan dan membuat satu analisis maksimum terhadap segala keterangan di hadapan Mahkamah, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut. Oleh yang demikian, OKT dengan ini didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan seksyen 354 Kanun Keseksaan. [9] Bagi pertuduhan di bawah Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007), OKT dikenakan hukuman denda sebanyak RM 2,000.00 sekiranya gagal bayar tiga (3) bulan penjara. [10] Bagi pertuduhan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, OKT dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 7,000.00, sekiranya gagal bayar enam (6) bulan penjara. [11] Pada 18 Mei 2026, pihak pendakwaan telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam dan membuat rayuan terhadap hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah ini bagi Kes Pertama dan Kedua. [12] Penghakiman bertulis ini mengandungi sebab hukuman yang diberikan bagi Kes Pertama dan Kes Kedua. PERTUDUHAN [13] OKT telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) seperti yang berikut: "Bahawa kamu pada 07/08/2023 jam lebih kurang 10.35 pagi, di hadapan lobi Sunway College, Jalan Universiti, Bandar Sunway, 47500, Selangor, dalam Daerah Petaling, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah gagal mematuhi Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu kamu sebagai seorang yang tidak dikecualikan di bawah Peraturan 27 akta yang sama, telah gagal mengemukakan kad pengenalan untuk pemeriksaan apabila diminta oleh D/SM Norwan Afendy Bin Mohd Ridzwan. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, dan boleh dihukum di bawah Peraturan yang sama. Hukuman Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990. Apabila disabit boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya." [14] OKT juga telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan seperti yang berikut: "Bahawa kamu pada 22/01/2023 jam lebih kurang 7.30 malam, bertempat di tempat letak kereta Sunway University, Bandar Sunway,di dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurin Shareena Binti Mohd Nasser (No KP: 041211-12-1162) dengan maksud hendak mencabul kehormatannya. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan. Hukuman Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Apabila disabit boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.” RINGKASAN BAGI DAKWAAN PENGADU [15] Berikut adalah ringkasan dakwaan Pengadu: "Pengadu mendakwa telah dibawa oleh Tertuduh menuju ke Kawasan Sunway Universiti dengan alasan untuk mengikut jalan lain. Tertuduh kemudiannya didakwa telah meletakkan kereta di kawasan meletak kereta di Sunway University. Selanjutnya Pengadu mendakwa bahawa Tertuduh telah menurunkan kerusi penumpang hadapan yang diduduki oleh Pengadu dan telah menyelak kain dan membuka baju Pengadu. Selanjutnya Tertuduh didakwa telah meraba payudara Pengadu walaupun Pengadu dikatakan telah meronta untuk melepaskan dirinya. Tertuduh kemudiannya didakwa telah menghantar Pengadu ke tempat kerjanya apabila Pengadu memberikan nombor telefon beliau kepada Tertuduh. Pada 5.4.2023, Pengadu telah diarahkan oleh Pensyarahnya (SP-4) untuk membuat jurnal bertajuk bebas bagi meluahkan apa yang terbuku di dalam hati pelajar yang mana Pengadu telah di dalam penulisannya menyatakan insiden tersebut telah membuatnya membenci lelaki. Akibat daripada penulisan tersebut, SP-4 berjumpa Pengadu bagi mendapatkan butiran lanjut insiden tersebut. SP-4 telah membawa Pengadu berjumpa Pegawai Hal Ehwal Pelajar bernama En. Fadhly Bin Nasir untuk yang mana berikutan daripada itu, satu perjumpaan telah dibuat yang dihadiri oleh Pengadu, Tertuduh, SP-4, dan beberapa staf Alfa Universiti. Tertuduh kononnya didakwa telah membuat pengakuan telah memegang payudara dan memeluk Pengadu. Tertuduh juga telah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengganggu Pengadu lagi. Pada 15.4.2023, pada jam 17.38, Pengadu telah memaklumkan SP-4 melalui aplikasi whatsapp bahawa Tertuduh masih mengganggu Pengadu dan menghantar tangkap layar kononnya isteri Pengadu memarahinya kerana mengganggu Tertuduh. SP-4 telah meminta Pengadu menyekat nombor Tertuduh dan membuat laporan polis. Setelah siasatan dibuat, tangkapan telah dibuat ke atas Tertuduh di hadapan lobi Sunway Collenge pada 7.8.2023 jam 10.35 pagi yang mana semasa tangkapan, Tertuduh didakwa gagal untuk mengemukakan kad pengenalan beliau." PENILAIAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [16] Dalam kes ini, Mahkamah telah memberikan perhatian yang maksimum kepada keterangan saksi SP-3 Pengadu/Mangsa dan OKT sebelum memberikan keputusan di akhir kes pendakwaan dan pembelaan. PEMERIKSAAN UTAMA SP-3/PENGADU "Q Pada 22/1/2023 cik berada dimana. A : Saya dihadapan KFC SS15. Q : Keadaan cuaca bagaimana. A : Hujan. Q : Apa berlaku. A: Semasa itu hujan dan saya terima pelawaan okt untuk hantar pergi kerja. Q: Kenal OKT. A: Tak dikenali. Q: Boleh camkan gambar kenderaan OKT. A: Boleh. Q: Adakah OKT memandu ke arah tempat kerja. A: Tidak dia memandu ke sunway university. Q: Ada berinteraksi dengan OKT. A: Tiada. Q: Ada orang lain. A: Tiada. Q: Apa berlaku selepas itu. A: Dia memandu ke sunway university dan meletakkan kereta di tempat letak kereta, dia datang pada kerusi penumpang dan turunkan seat kereta dan cuba buka baju saya. Q: Bagaimana dia turunkan seat kereta. A: Dia turunkan seat kereta dan naik atas saya da selak kain dan selak baju saya. Q: Selepas okt buka baju apa tindakan cik. A: Saya meronta dan teriak. Q: Apa perasaan cik ketika itu. A: Saya rasa takut. Q: Kenapa tak larikan diri. A: Sebab pintu kunci dan saya tak dapat larikan diri. Q: Selepas kejadian apa berlaku. A: Dia hantar saya balik dan paksa saya beri no telefon dan saya bagi sebab takut, dan selepas itu saya cerita pasal kejadian pada kawan Yusfareza. Q: Okt ada hubungi. Q: Cik ada balas panggilan. A: Ada dan saya kata jangan hubungi saya. Q: Ada beritahu siapa lagi. A: Lecturer saya sir Zairul tapi dia kurang percaya. Q: Ada bg tahu siapa lagi. A: Lecturer lain masa assignment pengalaman buruk. Q: Lepas itu apa berlaku A: Lecturer panggil saya dan saya cerita apa terjadi TPR :Pohon saksi dirujuk dengan Salinan jurnal yg ditulis pengadu. Q: Apa terjadi selepas itu. A: Pensyarah panggil okt datang dan okt datang ke kolej dan pensyarah tanya adakah betul dan dia mengaku dan semasa perjumpaan pensyarah ada buat rekod. Q: Selepas perjumpaan ada okt hubungi cik. A: Okt ada hubungi untuk minta maaf tetapi saya berdegil dan tetap buat repot. Q: Lepas cik beritahu pensyarah okt masih hubungi cik, apa pensyarah lakukan. A: Pensyarah cakap saran suruh buat repot polis." PEMERIKSAAN BALAS SP-3: "Q: Tak pernah kenal Azmil. A: Tak pernah kenal. Q: Kamu jumpa pertama kali 22/1/2023. Q: Pakai baju apa semasa jumpa OKT. A: Baju kelabu. Q: Pakai seluar. A: Tak skirt labuh. Q: Kamu kata OKT selak kain, selak sampai mana. A: Sampai peha. Q: Kamu tak pernah jumpa azmin, kenapa setuju naik kereta. A: Masa itu hujan, dan saya tak fikir panjang dan terus terima pelawaan. Q: Tak guna aplikasi grab. A: Tak terfikir nak guna. Q: Setuju adalah tidak wajar untuk terima pelawaan lelaki tidak kenal. TPR : Soalan adalah tidak relevan. Pegua: Soalan saya relevan kerana saya nak establish adapaksaan atau tidak. Mahkamah :Saya benarkan soalan. Q: Kamu ada pilihan lain sama ada nak naik kereta grab atau naik kenderaan orang tak kenal. A: Setuju." PEMERIKSAAN BALAS TERHADAP SP-4/PENSYARAH PENGADU: "Q: Hanya Pengadu kata pegang payudara Q: Puan kata pegang payudara berdasarkan keterangan pengadu sahaja. A: Setuju." KETERANGAN OKT SEMASA PEMERIKSAAN SEMULA: "Q: Pada tarikh jumpa Nurin, waktu itu adalah hujan lebat. Sebab tu mangsa duduk depan KFC SS15? A: Betul. Q: Kamu tak setuju cuaca hujan. Terangkan macam mana jumpa Nurin masa tu. A: Masa tu tiada hujan, jumpa dia. Q: Kamu juga dicadangkan kamu ditanya mangsa setuju masuk mangsa masuk kereta kerana kamu orang Sabah. Kamu guna kepercayaan mangsa dengan mencabul? Kamu jawab tak setuju? Jelaskan. A: Saya bawa dia pusing. Takkan saya nak buat dekat tempat kerja. Saya bawa dia pusing-pusing Q: Kamu dah ada niat mencabul sejak dari KFC. A: Tak setuju. Saya cuma pegang bahu. Saya tak ada niat mencabul. Q: Mangsa jerit dan meronta-kamu tak setuju. Jelaskan. A: Kereta memang hidup, dia tidak teriak. Q: Ada kamu sentuh mangsa? A: Saya pegang dia punya bahu. Q: Kamu sentuh bahu, payudara dan selak kain. Kenapa? A: Saya memang tak sentuh payudara atau selak kain. Q: Semasa jumpa di Universiti, kamu tak setuju cabul mangsa? A: Saya tak ada pun cakap saya mengaku. Q: Mangsa tak selesa dengan kamu. Kamu jawab ya. Kenapa cakapya. Bagaimana mangsa tak selesa dengan kamu? A: Dia nak masuk kerja, dia bagi tahu boleh tak hantar, saya lepas tangan di bahu dan terus saya hantar ditempat kerja." SABITAN KESALAHAN [17] Bagi sabitan di bawah Peraturan 25(1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, rujukan dibuat kepada keputusan Mahkamah dalam kes Public Prosecutor v Lim Chein Hsiung [2018] MLJU 1310. [18] Type of offences like failure to produce IC for inspection like accused must be distinguished with offences of not having an IC at all. Different offence carries different degree in sentencing for this Court after hearing the mitigating factors. Accused also at defence stage have a burden to raise a reasonable doubt at prosecution case where that doubt is sufficient enough for his acquittal and not just a bare denial like what accused do now. It was this Court view that accused doesn't have any merit in his defence and through his statement he's agreed by the suggestions put forth by the prosecution during cross examination." [18] Berdasarkan panduan kes di atas, Mahkamah telah menilai keterangan OKT dan adalah jelas OKT gagal mengemukakan kad pengenalan apabila diminta oleh pegawai yang mempunyai kuasa terhadapnya di bawah undang-undang dan tiada alasan dan pembelaan yang kukuh serta munasabah dibuktikan semasa kes pendakwaan mahupun pembelaan. [19] Bagi sabitan terhadap OKT di bawah seksyen 354 Kanun Keseksaan, Mahkamah ini membuat dapatan ini dengan berpandukan kepada kes State v Major Singh AIR 1967 SC 63, Yang Arif Hakim Bachawat ketika itu menyatakan: "I think that the essence of a woman's body is her sex. The modesty of an adult female is writ large on her body. Young or old, intelligent or imbecile, awaken or sleeping, the woman possesses a modesty capable of being outraged."The reaction of the woman is very relevant, but its absence is not always decisive, as for example, when the accused with a corrupt mind stealthily touches the flesh of a sleeping woman. She may be an idiot, she maybe under the spell of anesthesia, she maybe sleeping, she maybe unable to appreciate the significance of the act, nevertheless, the offender is punishable under the section." [20] Mahkamah ini selanjutnya berpendapat bahawa bagi suatu pertuduhan di bawah s.354 Kanun Keseksaan ini, suatu kekerasan jenayah tidak semestinya melibatkan kecederaan yang zahir. Cukup dengan perbuatan Tertuduh yang dibuat tanpa kerelaan mangsa dan Tertuduh tahu perbuatan itu akan menakutkan atau menjengkelkan mangsa. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan di misalan (f) S. 350 Kanun Keseksaan seperti yang berikut: "(f) A intentionally pulls up a woman's veil. Here A intentionally uses force to her; and if he does so without her consent, intending or knowing it to be likely that he may thereby injure, frighten or annoy her, he has used criminal force to her." [21] Penerangan misalan (f) ini juga sama seperti yang dinyatakan dalam kes Nuna (1912) 13 Cri LJ (PUN), di mana mahkamah menyatakan seperti berikut: "Accused took off a girl's clothes, threw her on the ground, sat down beside her and said nothing to her nor did he do anything to her, it was held that he was guilty of an offence under this section 354." HUKUMAN [22] Sama ada hukuman yang diberikan oleh Mahkamah ini sah atau tidak dari segi perundangan, Mahkamah ini berpandangan bahawa—