Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-82D-18-07/2021 ANTARA
DA-82D-18-07/2021
Magistrates Court of Malaysia26 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tal, the defence put forward must be a story that leaves the court in a genuine and reasonable doubt as to whether the explanation put forward by the accused is true — Public Prosecutor v Sam Kim Kai [1950] MLJ 8”
“ahkamah yakin dan percaya, tempoh tersebut mampu menginsafkan Tertuduh dan individu lain. [44] Mahkamah ini memetik penghakiman Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana dinyatakan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of thi”
“by the powers that-be to stem the scourge but nevertheless, there is no sign of its abatement. The position is best stated by His Lordship, Mohd Zawawi Salleh JCA, in Public Prosecutor v Ling Leh Hoe [2015] MLJU 1006; [2015] 4 CLJ 869, in the following terms: **Note : Serial number will be used to verify the originalit”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (2) KOTA BHARU, KELANTAN DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP NO: DA-82D-18-07/2021 ANTARA
1
Ini merupakan alasan penghakiman berikutan rayuan yang difailkan oleh Tertuduh terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas Tertuduh bagi pertuduhan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama.
2
Tertuduh yang merupakan seorang penjawat awam iaitu anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) BN 8 Pengkalan Chepa, Kelantan telah dituduh di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Seusai perbicaraan penuh dijalankan, Mahkamah dapati Tertuduh bersalah atas pertuduhan dan mensabitkan Tertuduh atas kesalahan yang dipertuduhkan.
3
Setelah memperimbang keseluruhan fakta kes, keterangan yang dikemukakan pihak-pihak sepanjang perbicaraan, hujahan pemberatan dan mitigasi hukuman, Mahkamah ini telah mendapati Tertuduh salah dan disabitkan atas pertuduhan pindaan, seterusnya telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 9 bulan dari tarikh sabitan dan menjalani 2 tahun pengawasan di AADK Kota Bharu.
4
Terkilan dengan keputusan tersebut, Tertuduh telah tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhi, justeru telah memfailkan rayuan.
5
Sebagai pencerahan, Tertuduh dalam kes ini telah terlebih dahulu diperingkat kes Pendakwaan telah diperintahkan supaya dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah ini. Namun setelah rayuan pihak pendakwaan dibenarkan di Mahkamah Tinggi, kes telah dihantar semula ke Mahkamah ini dan Tertuduh telah diperintahkan untuk membela diri di peringkat kes pembelaan.
6
Justeru, tanpa menyentuh atau ‘revisit’ dapatan Mahkamah Tinggi terhadap perintah untuk Tertuduh dipanggil membela diri tersebut, Mahkamah ini tertumpu untuk menyambung pendengaran kes ini di peringkat bela diri dan membuat dapatan terhadap pembelaan Tertuduh di dalam kes ini. Dalam pada itu juga, bagi membantu membuat dapatan pada peringkat kes pembelaan ini, Mahkamah juga telah meneliti keterangan material yang dikemukakan sewaktu kes pendakwaan berlangsung.
7
Berikut diperturunkan pertuduhan sebagaimana yang dikenakan ke atas Tertuduh: PERTUDUHAN DAN HUKUMAN PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu pada 24/7/2018, jam lebih kurang 1215 Hrs bertempat di lobi pejabat pentadbiran BN8 PGA, Pengkalan Chepa, dalam daerah Kota Bharu, di dalam negeri Kelantan, telah memberikan kepada kamu sendiri dadah berbahaya jenis Amphetamine, Methamphetamine. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama dan dibacakan bersama seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. HUKUMAN SEKSYEN 15(1) ADB 1952 Barang siapa jika disabitkan kesalahan hendaklah didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun. SEKSYEN 38B ADB 1952 Barang siapa yang didapati bersalah di bawah seksyen 15, hendaklah menjalani pengawasan oleh pegawai tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih daripada 3 tahun sebagaimana perintah.
8
Fakta ringkas kes pendakwaan adalah sebagaimana berikut:
8
8.1 Pada 24/07/2018, SP3 bersama sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah jalankan pemeriksaan ke atas pegawai dan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu seramai 103 orang anggota dan pegawai.
8
8.2 Kemudian, pada jam lebih kurang 12:15 hrs, bertempat di Pejabat Pentadbiran Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa, Kelantan, SP3 telah menjalankan pemeriksaan air kencing ke atas Tertuduh.
8
8.3 SP3 telah mengarahkan SP7 untuk mengiringi Tertuduh ke tandas di Pejabat Pentadbiran Batalion 8 PGA tersebut bagi proses pengambilan sampel urin milik Tertuduh menggunakan botol yang telah dibekal oleh PDRM dan dipilih sendiri oleh Tertuduh iaitu botol dengan No. Siri 1349960 (P7)
8
8.4 SP7 kemudiannya telah mengiringi Tertuduh ke tandas sebagaimana gambar P18 A-C untuk pengambilan air kencing. Di pintu tandas tersebut, SP7 telah arahkan Tertuduh untuk mengoyak plastik botol urin, Tertuduh lipat plastik tersebut dan memasukkan ke dalam poket seluar Tertuduh sendiri. Seterusnya, setelah tiba di dalam tandas, iaitu di mangkuk tandas tersebut, SP7 telah nampak dengan jelas Tertuduh memasukkan kemaluannya ke dalam botol dan Tertuduh memberi sampel air kencing miliknya ke dalam botol urin yang sama. Setelah itu, SP7 arahkan Tertuduh untuk menutup botol urin itu dan botol tersebut dipegang oleh Tertuduh sendiri sehingga Tertuduh tiba di meja pemeriksaan sambil diiringi oleh SP7.
8
8.5 Di meja pemeriksaan urin sebagaimana gambar P8 C&D, SP3 telah mengarahkan SP6 untuk mencelup test trip Amphetamine, Methamphetamine, Benzo, THC dan Opiate yang dibekalkan oleh PDRM ke dalam botol urin milik Tertuduh. Hasil pemeriksaan saringan awal tersebut mendapati test trip Methamphetamine (P15) dan Amphetamine (P17) menunjukkan keputusan positif iaitu tertera satu garisan pada test trip tersebut.
8
8.6 SP3 kemudiannya telah membaca keputusan tersebut dengan disaksikan oleh Tertuduh dan SP7. Selepas itu, SP3 menjalankan proses sealed botol, pelabelan botol, mengisi borang Ujian Pengesanan Dadah atau UPD (P2) dan menyediakan borang serah/terima barang kes (P11) dengan disaksikan oleh Tertuduh sendiri.
8
8.7 Pada 24/07/2018, jam lebih kurang 2:50 petang, SP3 telah serahkan Tertuduh bersama-sama barang kes kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu SP4 bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Bharu.
8
8.8 Pada 25/07/2018 jam lebih kurang 9:00 pagi SP4 telah menyerahkan P5 kepada SP5 untuk dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk tujuan analisa spesimen air kencing milik Tertuduh.
8
8.9 Spesimen air kencing milik Tertuduh tersebut kemudiannya diserahkan kepada SP1 pada 25/07/2018 jam lebih kurang 11:15 pagi yang dalam keadaan baik dan bermeterai PDRM merah 786. SP1 kemudiannya menyerahkan P5 berserta P2 kepada Pegawai Sains Kimia Hayat iaitu SP2 untuk tindakan analisis sampel urin selanjutnya.
8
8.10 Keputusan dikeluarkan adalah menunjukkan sampel urin tersebut mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine sebagaimana laporan patologi (P6). VERSI DAN KETERANGAN PEMBELAAN [9] Pihak pembelaan telah memanggil 2 orang saksi iaitu Tertuduh selaku SD1 dan Insp Nurul Akmal yang berperanan selaku Pegawai Perakam rakaman percakapan beramaran Tertuduh sebagai SD2 untuk memberikan keterangan secara bersumpah sebagaimana keterangan yang diringkaskan seperti berikut:
9
9.1 SD1(Tertuduh) pada pagi hari kejadian di Batalion 8 PGA, Pengkalan Chepa, telah diarahkan untuk berbaris dan mengambil ujian air kencing bersama 100 orang anggota lain. SD1 (Tertuduh) telah diarahkan untuk menduduki tempat pertama dan seorang rakannya lagi di tempat kedua.
9
9.2 SD1 (Tertuduh) telah mengambil botol kosong dan diiringi ke tandas oleh seorang anggota polis JSJN Bukit Aman dan SD1 (Tertuduh) telah memasukkan air kencing yang tidak banyak pada pagi tersebut, lalu dibawa ke lobi untuk ujian. Seorang pegawai dari Bukit Aman yang tidak dikenali telah membuat ujian saringan urin menggunakanempat test strip. Hasilnya, didapati 2 test strip adalah positif iaitu test strip Methamphetamine dan Amphetamine.
9
9.3 SD1 (Tertuduh) telah ditangkap dan dibawa ke IPD Kota Bharu untuk siasatan. Pada jam 5.30 petang hari tersebut, SD1 (Tertuduh) telah diambil rakaman percakapan beramaran di bawah seksyen 37B ADB 1952 oleh SD2. SD1 (Tertuduh) menyatakan hanya meminum air ketum 2 atau 3 hari sebelum kejadian dan tidak pernah menggunakan dadah. Perkara ini disahkan melalui catatan rakaman percakapan Tertuduh yang diambil oleh SD2 (D20) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT KES PEMBELAAN [10] Mahkamah setelah meneliti keterangan yang diberikan oleh SD1 (Tertuduh) memutuskan bahawa keterangan pembelaan yang dikemukakan adalah suatu bentuk pemikiran semula 'afterthought', tidak relevan dan kredibel serta bersifat bare assertion atau bare denial semata sekaligus gagal mewujudkan pembelaan atau keraguan yang munasabah terhadap kes ini.
i
Pembelaan yang berbentuk pemikiran semula (afterthought) [11] Tertuduh dalam pembelaannya telah menyatakan ada meminum air ketum sahaja pada 2 atau 3 hari sebelum ujian saringan urin dibuat. Perkara ini cuba disokong melalui rakaman percakapan yang diambil oleh SD2 iaitu D20. [12] Walaubagaimanapun, Mahkamah dapati pembelaan ini adalah bersifat terkemudian atau suatu bentuk pemikiran semula (afterthought) kerana perkara ini tidak pernah ditimbulkan sewaktu kes pendakwaan. Adalah jelas bahawa sepanjang kes berlangsung di hadapan Mahkamah ini, tidak pernah timbul isu mengenai penglibatan ketum ini dalam mana-mana peringkat kes pendakwan sebelum ini. [13] Rujukan Mahkamah adalah sepertimana yang telah diputuskan oleh Augustine Paul J (as he then was) di dalam kes Public Prosecutor v Dato Seri Anwar bin Ibrahim 16 (No. 3) [1999] 2 MLJ: “The nature of the defence is to be ascertained not only from the evidence of the accused himself but also from the trend of the crossexamination of the prosecution witnesses and from the arguments of the accused’s counsel at the close of the trial (see Kuli & Ors v Emperor AIR 1930 Cal 442). It is therefore important for the accused to put his essential and material case to the prosecution witnesses in cross-examination. This is a principle of essential justice and was neatly stated by Mukhrji J in AEG Carapiet v AY Derderian AIR 1961 Cal 359 in the following terms:- “The law is clear on the subject. Wherever the opponent has declined to avail himself of the opportunity to put his essential and material case in cross-examination, it must follow that he believed that the testimony given could not be disputed at all. It is wrong to think that it is merely a technical rule of evidence. It is a rule of essential justice. It serves to prevent surprise at trial and miscarriage of justice, because it gives notice to the other side of the actual case that is going to be made when the turn of the party on whose behalf the cross-examination is being made comes to give and lead evidence by producing witnesses. It has been stated on high authority of the House of Lord that this much a counsel is bound to do when cross-examining that he must put to each of his opponent’s witnesses in turn, so much of his own case as concerns that particular witness or in which that witness had any share. If he asks no question with regard to this, then he must be taken to accept the plaintiff’s account in its entirety. Such failure leads to miscarriage of justice, first by springing surprise upon the party when he has finished the evidence of his witnesses and when he has no 17 further chance to meet the new case made which was never put and secondly, because of such subsequent testimony has no chance of being tested and corroborated.” [14] Juga diputuskan oleh Mahkamah Agong (Supreme Court) dalam kes PP v Lin Lian Chen [1992] 4 CLJ 2086: “The trial Judge appreciated correct law when he held, as he did in fact hold, that the defence are entitled, through cross examination of prosecution witnesses, to put its case at the earliest possible stage. Indeed, it behoves the defence to do so, for we need hardly say that if a defence is sprung in Court for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, so that the prosecution is taken by surprise, the accused runs the risk of being criticised for having kept his defence "up his sleeve", so to speak, and it being branded as a recent invention.” [15] Walaupun pembelaan Tertuduh mengenai penglibatan ketum ada disentuh melalui rakaman percakapan D20 yang diambil sejak awal penahanan Tertuduh, namun ianya tidak dicadang atau ditimbulkan kepada saksi-saksi pendakwaan terutamanya kepada SP4 yang menjalankan siasatan ketika kes pendakwaan berlangsung. Kegagalan mencabar saksi terhadap fakta yang material oleh pihak pembelaan sebeginilah yang menunjukkan penerimaan Tertuduh terhadap fakta kes pendakwaan, sekaligus menjadikan versi atau pembelaan Tertuduh ini adalah terkemudian yang sukar diterima oleh Mahkamah memandangkan ianya tidak dicadangkan seawal mungkin semasa kes pendakwaan.
i
Pembelaan yang tidak relevan dan kredibel [16] Tertuduh dalam pembelaannya telah menyatakan ada meminum air ketum sahaja pada 2 atau 3 hari sebelum ujian saringan urin dibuat dan tidak pernah menghisap dadah. Perkara ini cuba disokong melalui rakaman percakapan yang diambil oleh SD2 iaitu D20. Lantas, hal ini menjadi asas hujahan pembelaan kononnya Tertuduh tidak pernah melakukan kesalahan sebagaimana pertuduhan. [17] Namun begitu, Mahkamah sendiri kebingungan apakah kaitan antara perbuatan meminum ketum dengan kesalahan memberikan kepada diri Tertuduh dadah berbahaya sebagaimana pertuduhan. Pembelaan tidak memperlihatkan apa jua kaitan penglibatan ketum tersebut oleh Tertuduh yang membolehkan air kencing Tertuduh didapati positif dadah berbahaya Amphetamine dan Methamphetamine seperti dalam kertas pertuduhan. [18] Hanya dengan mengaitkan jawapan Tertuduh di dalam rakaman percakapan D20 dengan aktiviti ketum sudah tidak pasti mampu mewujudkan pembelaan yang bermerit dan relevan dengan kesalahan Tertuduh. Kredibiliti pembelaan yang dikemukakan Tertuduh juga tidak mampu menimbulkan keraguan yang munasabah apabila tiada fakta atau keadaan konkrit yang diperlihatkan kepada Mahkamah bagaimana dengan aktiviti meminum air ketum itu boleh menjadikan ianya suatu keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. [19] Mahkamah merujuk kepada kes Public Prosecutor v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 dalam menolak pembelaan Tertuduh dalam kes ini: “… A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence. To warrant an acquittal, the defence put forward must be a story that leaves the court in a genuine and reasonable doubt as to whether the explanation put forward by the accused is true — Public Prosecutor v Sam Kim Kai [1950] MLJ 8
265
And that a reasonable doubt is not created on a story, which is incredible or romancing character, or that the abstention arises from mere motives of delicacy or when counsel indicates that he is merely abstaining for convenience, eg, to save time — Ayoromi Helen v
i
Pembelaan yang bersifat bare assertion dan bare denial [20] Berdasarkan dapatan Mahkamah di atas, Mahkamah berpandangan bahawa keseluruhan pembelaan yang dibawa adalah merupakan pernyataan kosong (bare assertion) dan penafian kosong (bare denial) semata. [21] Tiada sebarang keterangan dikemukakan bagi membuktikan pembelaan Tertuduh terutamanya membabitkan aktiviti meminum ketum. Sama ada dengan meminum air ketum itu mampu memberi impak kepada penemuan dadah berbahaya dalam air kencing Tertuduh juga gagal dibuktikan dengan tuntas dan penuh logik oleh pihak pembelaan. [22] Mahkamah merujuk kepada Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan sebagaimana berikut: “103 Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person.” [23] Memandangkan keterangan pembelaan telah menimbulkan fakta mengenai penglibatan Tertuduh dalam meminum air ketum sebelum kejadian, maka adalah menjadi tanggungjawab Tertuduh untuk membuktikan situasi tersebut dan bagaimana ia memberi kesan kepada penemuan dadah berbahaya di dalam air kencingnya bagi mengabsahkan suatu keraguan munasabah dalam kes pihak pendakwaan. [24] Ketiadaan penjelasan dikemukakan terhadap pertuduhan dan keterangan pendakwaan, serta sekadar membuat penafian atau pernyataan tanpa sokongan keterangan yang kredibel menjadikan pembelaan Tertuduh bersifat penafian dan pernyataan kosong semata. Jelas, bahawa penafian kosong semata bukanlah dengan sendirinya boleh dianggap suatu bentuk pembelaan yang harus diambil kira oleh Mahkamah. Ini berdasarkan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Mr Losali v. Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694: “[54] The learned trial judge rightly held that the defence of the appellant was a bare denial. It is trite law that the defence of bare denial is no defence. What this amounts to is this. That the appellant did not offer any explanation to the two charges and merely denied the evidence advanced by the prosecution. That was indeed a perilous course to undertake.” [25] Ketiadaan keterangan konkrit yang lain menjadikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan gagal ditimbulkan dan keterangan pembelaan Tertuduh adalah kekal bersifat penafian kosong dan pernyataan kosong semata. KESIMPULAN [26] Setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada di Mahkamah, Mahkamah telah memutuskan, Tertuduh telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Sekaligus, menjadikan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Tertuduh. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan disabitkan dengan kesalahan. HUJAHAN PEMBERATAN DAN MITIGASI [27] Rayuan mitigasi Tertuduh melalui peguambelanya telah memohon supaya Mahkamah mengenakan denda yang minima dan hukuman penjara dielakkan memandangkan ini adalah kesalahan pertama Tertuduh apabila Tertuduh tidak pernah terlibat dengan kes sebegini sebelum ini. Peguam juga berhujah bahawa dengan mengambil kira Tertuduh yang merupakan seorang anggota polis PGA Batalion 8 sejak 1997, menjadikan Tertuduh telah berkhidmat untuk negara selama 28 tahun. Tertuduh juga merupakan penanggung tunggal keluarganya. Pada peringkat ini, Tertuduh telah menyesal dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan sama. Peguam juga hujahkan memandangkan kes terhadap Tertuduh melibatkan kesalahan urin yang membenarkan hukuman denda, justeru pohon denda minima dikenakan ke atas Tertuduh. [28] Pihak pendakwaan pula di dalam kes ini menghujahkan bahawa Tertuduh dipohon untuk dikenakan hukuman yang setimpal supaya dapat dijadikan pengajaran kepada Tertuduh. Tertuduh juga telah disabitkan dengan kesalahan setelah menjalani perbicaraan penuh yang mengambil masa panjang serta melibatkan saksi yang ramai perlu dipanggil ke Mahkamah. Selanjutnya, pihak pendakwaan hujahkan memandangkan Tertuduh ketika kejadian merupakan seorang anggota polis, seharusnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Justeru, hukuman setimpal dipohon agar Tertuduh tidak mengulangi lagi kesalahan ini. Pihak pendakwaan juga pohon Mahkamah mengenakan perintah pengawasan AADK kepada Tertuduh di samping menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas Tertuduh. [29] Mahkamah setelah hujahan pihak-pihak telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 9 bulan dari tarikh sabitan serta perintah pengawasan dengan melapor diri di AADK Tumpat selama tempoh 2 tahun ke atas Tertuduh. ALASAN DAN JUSTIFIKASI HUKUMAN [30] Sekalipun wujud faktor-faktor mitigasi sepertimana yang dihujahkan oleh peguambela yang bertindak mewakili Tertuduh, namun menjadi tanggungjawab Mahkamah ini juga memperhalusi faktor-faktor pemberatan serta fakta kes yang berkaitan dalam mempertimbangkan bentuk dan kuantum hukuman yang bersesuaian dengan kesalahan Tertuduh sepertimana yang dipertuduhkan. Berikut adalah sebab dan alasan Mahkamah: 1) Kepentingan Awam Melebihi Kepentingan Seseorang Tertuduh [31] Mahkamah sedia maklum mengenai prinsip kepentingan awam sebagai suatu faktor pemberatan yang sering kali ditekankan oleh pihak pendakwaan supaya hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada tertuduh ("deterrent") dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang. [32] Justeru, Mahkamah bersetuju bahawa dalam apa jua pertimbangan faktor yang harus diambil kira, prinsip pertama dan utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah ialah faktor kepentingan awam. [33] Di dalam kes ini, kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah melibatkan penyalahgunaan najis dadah yang menjadi suatu barah kepada masyarakat. Apatah lagi, penggunaan dadah berbahaya oleh Tertuduh melibatkan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang merupakan suatu dadah jenis sintetik yang boleh menyebabkan ketagihan melampau dan merosakkan akal fikiran. Fakta inilah yang membawa kepada pengamatan penting Mahkamah bahawa kepentingan awam harus menjadi tunjang utama dalam Mahkamah menjatuhkan hukuman sedemikian kepada Tertuduh. Justeru, hukuman pemenjaraan adalah wajar dan munasabah bagi memberi cerminan kepada Tertuduh dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa dan berjinak dengan najis dadah. [34] Selain itu, sungguhpun hujahan mitigasi Tertuduh telah dibuat dan diambil kira oleh Mahkamah, Mahkamah juga berpandu kepada prinsip keseimbangan antara kepentingan awam dan kepentingan seseorang tertuduh. Dalam melakukan proses perimbangan tersebut, Mahkamah juga tidak boleh terlalu bersimpati dengan mitigasi seperti kesusahan keluarga dan kesusahan hidup Tertuduh. Ini adalah sepertimana yang dijelaskan dalam kes PP v Loo Choon Fatt (Supra) oleh Hashim Yeop Sani J: “Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard L.C.J. in Rex v Grondkowski [1946] 1 All ER 560 561 offered some good advice when he said:– "The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often nowadays thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." [35] Mahkamah berpendapat bahawa hukuman berbentuk penjara selama 9 bulan adalah wajar dan munasabah bagi memberi pencegahan kepada Tertuduh dan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan kesalahan sedemikian rupa, sekaligus dilihat mampu menjaga kepentingan awam. [36] Tempoh pemenjaraan 10 bulan yang dikenakan ke atas Tertuduh juga dinilai oleh Mahkamah sebagai suatu tempoh yang terbaik bagi memberikan Tertuduh ruang dan peluang yang mencukupi untuk melakukan muhasabah diri agar Tertuduh sedar bahawa setiap tindakan yang dilakukannya mempunyai sebab dan akibat yang perlu ditanggung. Ini dilihat mampu untuk memberikan pengajaran yang berguna keatas Tertuduh secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya agar berfikir panjang sebelum terdetik dalam fikiran untuk melakukan apa jua perbuatan jenayah. 2) Jenis dan graviti kesalahan [37] Mahkamah mengambil kira trend kes-kes melibatkan penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat serta berleluasa di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan dan di daerah Kota Bharu. Setiap hari masyarakat dihidangkan dengan berita-berita tentang penyalahgunaan dadah yang berlaku di negara kita. Saban hari, puluhan kes melibatkan pertuduhan kes penyalahgunaan dadah akan dihadapkan ke Mahkamah. Tiada sebarang tanda trend ini bakal menurun. [38] Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak bagi membanteras kes penyalahgunaan dadah di kalangan rakyat Malaysia supaya ianya tidak menjadi barah yang memudaratkan negara. Justeru, Mahkamah amat memandang berat kes-kes sebegini memandangkan dadah adalah barah masyarakat yang boleh membawa kepada punca permasalahan dan berlakunya jenayah-jenayah lain. [39] Dalam kes Public Prosecutor v Yap Kim Wang [2016] 2 MLJ 402, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “We were in full agreement with the learned DPP. We were all on common ground that the offences committed by the respondent were indeed serious and prevalent. Much has been done by the powers that-be to stem the scourge but nevertheless, there is no sign of its abatement. The position is best stated by His Lordship, Mohd Zawawi Salleh JCA, in Public Prosecutor v Ling Leh Hoe [2015] MLJU 1006; [2015] 4 CLJ 869, in the following terms: “. abuse of dangerous drugs is a scourge to our society leading to many spinoff incidences of criminal behaviour. It is a purveyor of death. Therefore, one could hardly deny that drug offenders are a threat to our society from which we must be protected, sometimes by means of lengthy custodial sentence.” [40 Justeru, Mahkamah berpendapat hukuman penjara 9 bulan yang dikenakan ke atas Tertuduh dalam kes ini adalah wajar bagi melindungi kepentingan awam dan juga diri Tertuduh. Walaupun hukuman denda turut diperuntukkan oleh undang-undang bagi kesalahan ini, Mahkamah berpendapat hukuman berbentuk keinsafan dan kesedaran harus diberikan kepada Tertuduh yang melibatkan diri dengan najis dadah. Justeru, Mahkamah percaya tauladan melalui jeriji besi mampu membentuk keinsafan yang mendalam terhadap diri Tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapan. Bahkan, perintah 2 tahun pengawasan sejurus selepas Tertuduh dibebaskan dari penjara kelak diharap dapat mengawal dan mengikat Tertuduh daripada berterusan terjebak dengan penyalahgunaan dadah. 3) Latar belakang OKT dan kes [41] Tertuduh merupakan seorang penjawat awam yang menjadi sebahagian daripada denyut nadi kumpulan perkhidmatan awam bagi membantu dan membangunkan masyarakat. Oleh sebab itu, saringan yang dibuat untuk menjadi seorang penjawat awam amat teliti termasuklah harus bersih dari apa jua perbuatan jenayah dan perkara yang melanggar undang-undang negara. Atas dasar tersebut, Tertuduh seharusnya lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin diri yang lebih tinggi berbanding dengan masyarakat umum yang lain. [42] Ironinya, Tertuduh telah didapati terlibat dengan kes jenayah sebegini dan didapati salah oleh Mahkamah. Justeru, mengambil kira juga perjalanan kes yang memakan masa dan kos, hukuman berbentuk pemenjaraan adalah wajar dan sesuai demi memberi pengajaran kepada Tertuduh dan juga masyarakat di luar, termasuklah kepada penjawat awam lain yang dipandang tinggi oleh masyarakat kerana menjadi kelompok barisan hadapan yang berkhidmat untuk negara. Kes sebegini juga merupakan satu kesalahan yang acap kali berulang dan kini mula menular di kalangan penjawat awam. Tertuduh sebagai penjawat awam seharusnya menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang. [43] Mahkamah dapati tiada hal keadaan yang boleh meringankan (extenuating circumstances) sewaktu Tertuduh melakukan kesalahan ini. Oleh itu, hukuman pemenjaraan selama 9 bulan oleh Mahkamah adalah tidak melampau kerana masih dalam ruang lingkup peruntukan undang-undang yang dibenarkan (within ambit of the law), malah tempoh tersebut adalah jauh kurangnya daripada hukuman pemenjaraan maksimum yang dibolehkan undang-undang. Mahkamah yakin dan percaya, tempoh tersebut mampu menginsafkan Tertuduh dan individu lain. [44] Mahkamah ini memetik penghakiman Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon v Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222 di mana dinyatakan seperti berikut:- “Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving “discounts” for less than the most serious manner of commission.” [45] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa keputusan Mahkamah ini adalah adil, wajar dan munasabah bagi sabitan dan hukuman sepertimana yang telah diberikan kepada Tertuduh. Disediakan oleh AHMAD SYAFIQ AIZAT BIN NAZRI
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.