Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan sama ada Perayu atau mana-mana orang dengan sengaja memasukkan dadah ke dalam tubuh Perayu. [20] Secara umumnya, Mahkamah ini telah meneliti alasan-alasan kepada keputusan Majistret tersebut dan seterusnya telah membuat analisis dan dapatan ke atas isu-isu yang dibangkitkan. Isu tangkapan (arrest) Perayu sebelum pengambilan sampel air kencing [21] Isu utama dalam rayuan ini adalah sama ada Perayu telah ditangkap atau tidak, sebelum diambil sampel urin bagi tujuan ujian saringan awal menurut seksyen 31A(1A) ADB 1952 yang memperuntukkan seperti berikut: "For the purpose of preservation of evidence, it shall be lawful for a police officer not below the rank of Sergeant or an officer of customs to require an arrested person to provide a specimen of his urine for the purposes of an examination under subsection (1) if it is not practicable for the medical officer or the person who is acting in aid of or on the direction of a medical officer to obtain the specimen of the urine within a reasonable period." (Penekanan ditambah) [22] Responden menghujahkan bahawa apabila Perayu dibawa ke lobi pentadbiran, diarahkan untuk memilih botol urin dan seterusnya diarahkan untuk memberikan sampel urin maka Perayu adalah ditangkap di bawah undang-undang (rujuk perenggan 26 hujahan bertulis pihak pendakwaan). [23] Mahkamah ini telah meneliti kepada keterangan yang ada dalam kes tersebut. Naratif kes pendakwaan bermula dengan kehadiran sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai dan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) iaitu seramai 103 orang anggota dan pegawai. [24] Pada peringkat ini, adalah tidak munasabah dan tiada keterangan wujudnya syak wasangka atau kecurigaan yang munasabah (reasonable suspicion) apa-apa aduan atau keterangan bahawa semua 103 orang yang diperiksa tersebut terlibat dengan aktiviti dadah. Oleh itu, ia belum atau tidak membangkitkan alasan yang munasabah untuk membuat tangkapan ke atas Perayu sama ada tangkapan sebenar (actual arrest) atau tangkapan konstruktif (constructive arrest). [25] Seksyen 31A(1A) ADB 1952 memperuntukkan tentang kuasa pegawai polis untuk menghendaki spesimen air kencing 'seseorang yang ditangkap' (an arrested person). Malahan apabila diteliti Pengkalan Chepa Report No. 5359/18 (ekshibit P7) menyatakan bahawa tangkapan hanya dibuat selepas ujian air kencing dijalankan. [26] Mahkamah ini telah membezakan fakta dan keadaan dalam kes ini dengan fakta atau keadaan dalam kes PP v. Mohd Safwan Husain [2017] 7 CLJ 685. [27] Dalam kes PP v. Mohd Safwan Husain (supra) Mahkamah Rayuan mendapati wujudnya tangkapan secara konstruktif (constructive arrest). Dalam kes tersebut, pihak polis bertindak atas maklumat penyalahgunaan dadah dan merancang serbuan pada tarikh yang material. Apabila sampai, pihak polis telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tentang kehadiran untuk menangkap responden berkaitan maklumat disyaki penyalahgunaan dadah. Seterusnya telah diminta untuk mengemukakan sampel air kencing. Dengan erti kata lain, telah wujud alasan yang munasabah disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dan tangkapan secara konstruktif walaupun responden tidak digari. [28] Berbeza dengan fakta dan keadaan (facts and circumstances) dalam kes ini, tidak terdapat apa-apa maklumat awalan atau syak yang munasabah untuk justifikasi tangkapan ke atas Perayu menurut seksyen 31 ADB 1952: "(1) Any police officer or any officer of customs may arrest without a warrant any person whom he reasonably believes to have committed or to be committing an offence against this Act, and every offence against this Act shall be deemed to be a seizable offence for the purpose of the Criminal Procedure Code." (Penekanan ditambah) [29] Mahkamah ini merujuk dan menerimapakai keputusan YA Noorin Badaruddin (sekarang HMR) dalam kes PP v. Jarizal Jasni [2023] 8 CLJ 193 seperti berikut: [29] It is of the considered view that the respondent cannot be said to be under constructive arrest just because he was escorted to the washroom by SP4 to give his urine sample because the facts and circumstances of the case did not reveal that this is a situation where the police had suspected the respondent or any of the 143 individuals at the premise having already consumed drugs and it was therefore imperative that the urine sample be obtained immediately before all traces of the drug disappear from their bodies. This is not the case where at the time the respondent was instructed to give his urine sample, he was arrested on a charge of committing an offence against the DDA or alleged to have been committed under such circumstances, as to give reasonable grounds for believing that examination of his person will afford evidence as to the commission of an offence against the DDA. [30] This court finds the facts and circumstances of the case shows that this is a random examination conducted by the police during a raid and arrest would only take place if evidence of offence under s. 15(1)(a) of the DDA was obtained. The respondent was only suspected to have committed an offence against the DDA after he has given his urine sample and hence the arrest only took place thereafter." (Penekanan ditambah) [30] Mahkamah ini berpandangan bahawa tanpa alasan yang munasabah untuk mensyaki mana-mana individu melakukan apa-apa kesalahan, pihak polis tidak sepatutnya membuat tangkapan sepertimana hak kebebasan individu yang termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (Liberty of Person). [31] Oleh yang demikian, penelitian Mahkamah ini kepada fakta dan keadaan dalam kes ini mendapati bahawa Perayu tidakpun ditangkap dan tiada alasan munasabah mensyaki Perayu melakukan kesalahan di bawah ADB 1952 semasa diminta mengemukakan sampel air kencing tersebut. Justeru, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan intipati (ingredient) penting iaitu berlaku tangkapan ke atas Perayu sebelum tindakan pengambilan sampel air kencing Perayu. Maka dengan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa hujahan Perayu bahawa tidak wujud tangkapan ke atas Perayu sebelum diminta mengemukakan sampel air kencing tersebut adalah bermerit. Isu dapatan Majistret bahawa pembelaan Perayu yang merupakan pernyataan kosong (bare assertion) dan penafian kosong (bare denial) [32] Di peringkat kes pembelaan, 2 orang saksi pembelaan telah memberi keterangan iaitu Perayu sendiri (SD1) dan Insp. Nurul Akmal (SD2) iaitu pegawai perakam percakapan Perayu. [33] Naratif kes pembelaan adalah Perayu ada meminum air ketum sahaja pada 2 atau 3 hari sebelum ujian saringan urin dibuat. Keterangan lisan Perayu ini disokong dengan rakaman percakapan Perayu (ekshibit D20) yang telah dirakam atau diambil oleh SD2. [34] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang kukuh bahawa mahkamah perbicaraan perlu menilai dan membuat pertimbangan ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pembelaan. Walaupun keterangan kes pembelaan itu gagal untuk menyakinkan hakim perbicaraan, namun ia perlu juga dinilai sekurang-kurangnya sama ada ia dapat membangkitkan apa-apa keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [35] Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Perayu bahawa Majistret yang bijaksana telah terkhilaf apabila terus membuat dapatan bahawa keterangan kes pembelaan adalah pernyataan kosong (bare assertion) dan penafian kosong (bare denial). Isu kegagalan pihak pendakwaan membuktikan sama ada Perayu atau mana-mana orang dengan sengaja memasukkan dadah ke dalam tubuh Perayu [36] Adalah menjadi hujahan lisan oleh peguambela Perayu bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan sama ada Perayu atau mana-mana orang dengan sengaja telah memasukkan dadah tersebut ke dalam diri Perayu. [37] Walau bagaimanapun, Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan peguambela Perayu tersebut. Menurut seksyen 37(k) ADB 1952, jika seseorang didakwa atas kesalahan mengambil dadah, memasukkan dadah ke dalam badan sendiri, atau membenarkan orang lain memasukkan dadah ke dalam badannya, dan dadah ditemui dalam ujian air kencing mereka (seperti yang dijalankan di bawah seksyen 31A), individu itu dianggap telah mengambil dadah tersebut melainkan dibuktikan sebaliknya. [38] Adalah memadai bagi pihak pendakwaan membuktikan wujudnya dapatan dadah dalam badan Perayu sepertimana yang disahkan melalui Laporan Patologi (eskhibit P6) selepas analisa dan ujian makmal yang telah dijalankan oleh Romel Shahfri bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Sains HRPZ (SP2). [39] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati isu ini yang dibangkitkan oleh Perayu adalah tidak bermerit.